Rabu, 27 Oktober 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Video] "Juru Kunci" Gunung Merapi Diduga Rentung Dalam Keadaan Sujud

Posted: 27 Oct 2010 12:20 AM PDT

Jenazah mirip Mbah Maridjan sedang sujud ditemui

YOGYAKARTA: Mbah Maridjan, Jurukunci Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu, dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan gunung itu petang semalam.

Pihak berkuasa termasuk doktor percaya satu jenazah melecur yang ditemui dalam keadaan bersujud ke arah kiblat dalam bilik tidur di rumahnya di kaki gunung itu di Cangkringan daerah Sleman, adalah Mbah Maridjan yang berusia 83 tahun.

Mereka, bagaimanapun, enggan mengesahkan perkara itu sehingga hasil ujian DNA diperolehi.

Dr Kresno Heru Nugroho dari Hospital Sardjito di sini berkata, mayat berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal Mbah Maridjan, termasuk satu ibu jari tangannya yang bengkok, serta warna dan pakaian terakhir yang dikenakannya sebelum bencana itu petang semalam.

Beberapa hari sebelum ini, Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara maranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (menghamba diri kepada Sultan Jogja) sebagai penjaga gunung itu.

Pasukan penyelamat malam tadi menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah beliau yang melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu dalam kejadian letusan Merapi petang semalam.

Satu daripada empat jenazah itu, yang ditemui dalam rumah Mbah Maridjan dikenalpasti sebagai wartawan portal berita vivanews.com berdasarkan dokumen pengenalan diri di mayat itu.

Mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu turut melecur.

Selain mereka, seorang bayi juga mati akibat hujan abu panas gunung merapi itu.

Puluhan ternakan lembu penduduk kampung di lereng gunung Merapi juga ditemui mati dalam kejadian berkenaan.

Sungguhpun sudah mengambil alih sebagai Jurukunci Merapi sejak awal 1980-an, nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular semasa bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu.

Ketika itu, katanya beliau menerima tugas sebagai Jurukunci Merapi dari Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX dan belum ada perintah dari sultan sekarang untuk beliau pergi dari situ.

Padahal masa itu Sultan Hamengku Buwono X yang juga Gabenor Yogyakarta (anak Sultan Hamengku Buwono IX) sudah mengeluarkan perintah beliau berpindah namun Mbah Maridjan menganggap putera Sultan HB IX itu bukan raja, melainkan hanya seorang gabenor. - BERNAMA


Mbah Maridjan
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Mbah Maridjan (nama asli: Mas Penewu Suraksohargo; lahir di Dukuh Kinahrejo, Desa Umbulharjo, Cangkringan, Sleman pada tahun 1927) adalah seorang juru kunci Gunung Merapi. Amanah sebagai juru kunci ini diperoleh dari Sri Sultan Hamengkubuwono IX.

Setiap Gunung Merapi akan meletus, warga setempat selalu menunggu komando dari beliau untuk mengungsi.

Ia mulai menjabat sebagai wakil juru kunci pada tahun 1970. Jabatan sebagai juru kunci lalu ia sandang sejak tahun 1982.

Sejak kejadian Gunung Merapi mau meletus tahun 2006, Mbah Maridjan semakin terkenal. Karena faktor keberanian dan namanya yang dikenal oleh masyarakat luas tersebut, Mbah Maridjan ditunjuk untuk menjadi bintang iklan salah satu produk minuman energi.

Keluarga

Mbah Maridjan mempunyai beberapa anak
Mbah Ajungan
Raden Ayu Surjuna
Raden Ayu Murjana
Raden Mas Kumambang
Mbah Ajungan menjadi penasihat presiden Sukarno tahun 1968-1969, kemudian menjadi wali Mangkunagara VIII tahun 1974-1987.

Dugaan Meninggal

Artikel ini terkait dengan suatu peristiwa terkini. Informasi di halaman ini bisa berubah setiap saat.

Pada tanggal 26 Oktober 2010, terjadi letusan gunung merapi yang disertai awan panas setinggi 1,5 kilometer. Gulungan awan panas tersebut meluncur turun melewati kawasan tempat mbah marijan bermukim. Sebuah jasad yang diduga kuat jasad dari Mbah Maridjan ditemukan kemudian oleh tim SAR bersama dengan 16 orang lainnya telah meninggal dunia, umumnya kondisi korban yang ditemukan mengalami luka bakar serius. -wikipedia



Kisah Dua Orang Tanggang Moden Di Negara Kita

Posted: 26 Oct 2010 11:27 PM PDT

Bakal pengantin tumbuk muka ibu sehingga koma

Gambar hiasan

KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, akibat kesan tumbukan itu, mangsa mengalami patah tulang kening manakala hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.

"Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, mangsa mula sedar pada awal petang semalam dan menunjukkan tanda pulih.

Abdullah berkata, pemeriksaan imbasan yang dilakukan terhadap wanita berkenaan di HTAA bagaimanapun menunjukkan tidak berlaku sebarang pendarahan dalam otak dan dia dirujuk semula ke HK untuk rawatan lanjut.

"Susulan itu polis menahan reman seorang lelaki yang juga anak ketiga mangsa berumur 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun," katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sementara ibunya sedang mengemas rumah.

Abdullah berkata, suspek dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada 6 November depan dan inginkan kepastian daripada ibunya mengenai perkembangan persiapan perkahwinan seperti kelengkapan pelamin, barangan hantaran dan jamuan. -hm


Ugut bunuh, bakar rumah emak

AMPANG: Seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh dan membakar rumah didiami ibunya hanya semata-mata mahu rumah itu yang terletak di Kuala Ampang, di sini dijual.

Akibat perbuatan anak derhaka terbabit, ibu malang berkenaan yang baru bersara daripada perkhidmatan kerajaan melarikan dan menumpang di rumah saudara kerana khuatir anak kandungnya itu akan bertindak di luar dugaan.

Malah, anaknya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu sanggup menakut-nakutkan ibunya apabila membawa sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya yang enggan menjual rumah itu.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, ketika mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi anak lelakinya itu yang berusia lingkungan 30-an.

"Dalam keadaan marah, anaknya mengamuk dengan menyepak perkakas rumah dan turut mengugut akan membunuh ibunya itu jika enggan menjual rumah dan memberikan wang yang diperolehi kepadanya. "Bagaimanapun, si ibu cuba mententeramkan keadaan dan menerangkan kepada anaknya itu yang dia kini dalam proses untuk menjual rumah berkenaan dan memintanya bersabar," katanya.

Menurutnya, mangsa turut memberitahu akan mendapat hak sewajarnya selepas segala urusan jual beli rumah selesai kelak.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan suspek.

"Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.-hm



Pukul ibu hingga cedera dilaknat

KUALA TERENGGANU – Mana-mana individu yang sanggup memukul ibu kandung mereka sendiri sehingga mendatangkan kecederaan termasuk koma boleh digolongkan dalam kelompok anak derhaka.

Iman Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, perkara itu memang jelas disebutkan dalam Islam dan anak derhaka tidak akan mendapat kehidupan yang baik sama ada di dunia mahupun akhirat.

Menurutnya, menjalani kehidupan tanpa rahmat Allah SWT dan ibu bapa juga menyebabkan hati mereka tidak akan berasa tenang, mudah ditimpa musibah dan sering dirundung malang yang tidak berpenghujung.

"Dalam hadis sendiri ada sebut, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu bapa dan oleh itu, jika ibu kita marah sudah pasti Allah juga akan marah kepada kita," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang anak menumbuk ibu kandungnya sendiri sehingga koma selepas anak-beranak itu bertengkar di rumah mereka di Kampung Mak Chili Paya, Kemaman.

Lantaran tumbukan di bahagian pipi kiri tersebut, si ibu yang berusia 49 tahun jatuh tersembam sebelum mukanya terkena meja sehingga menyebabkan tulang di bahagian kening kiri ibu malang itu patah.

Lebih menyedihkan sehingga semalam ibu terbabit masih belum sedar daripada koma dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kemaman.

Semuanya berlaku berikutan sikap panas baran si anak berusia 25 tahun yang tidak berpuas hati apabila melihat persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 6 November depan agak perlahan.

Sambil melahirkan rasa kesalnya terhadap kejadian tersebut, Aizi Saidi berkata, lelaki seperti itu tidak se-suai dijadikan pasangan hidup kerana kegagalannya menghormati dan menyayangi ibu kandungnya sendiri.

Malah katanya, sekiranya lelaki berkenaan berkahwin dan membina rumahtangga, keluarga yang dibinanya juga tidak akan mencapai kebahagiaan disebabkan Allah tidak memberi rahmat kepadanya.

Sehubungan itu menurut Aizi Saidi, mana-mana individu yang termasuk dalam golongan anak derhaka perlu memohon ampun kepada ibu bapa mereka dan bertaubat kepada Allah supaya hidup mereka tidak dilaknat.

"Ramai orang gagal me-ngawal api kemarahan mereka kerana kurangnya kekuatan iman dalam diri masing-masing dan atas sebab itu, terjadilah perkara di luar batasan termasuk memukul ibu bapa sendiri.

"Ada juga sampai ke tahap membunuh ibu bapa kerana iblis sudah menguasai jiwa dan dalam mengatasi perkara ini, kita kena banyak melakukan amalan baik seperti zikir, membaca al-Quran dan mendekati ulama," katanya. -SH


Ulasan GB

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
H.R. Thabrani

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".
H.R. Muslim

Astaghfirullah.. Hidup Matinya UMNO, Katanya.

Posted: 26 Oct 2010 10:00 PM PDT

Hidup mati saya UMNO'

ALOR SETAR – "Saya tidak ada niat langsung nak tinggalkan UMNO," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap yang pernah mencetus kontroversi dengan ura-ura mahu melompat parti beberapa bulan lalu itu berkata, beliau juga tiada hasrat mahu menyertai Pas.

"Macam mana saya nak lompat parti sedangkan darah daging saya bersama dengan UMNO. Datuk saudara saya, Syed Omar (Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah Shahabuddin) adalah Menteri Besar Kedah yang pertama selepas merdeka, seorang pemimpin besar UMNO negeri ini suatu ketika dulu. Bapa saudara saya, Allahyarham Tan Sri Syed Nahar Shahabuddin Tun Syed Sheh Shahabuddin pun bekas Menteri Besar dan pemimpin utama UMNO Kedah juga.

"Saya tidak akan lompat parti. Hidup mati saya tetap bersama UMNO," katanya.

Syed Sobri berkata, isu mahu menyertai Pas tidak timbul walaupun beliau diketahui mempunyai hubungan yang agak rapat dengan pemimpin tertentu parti itu, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Sebagai ahli politik dan wakil rakyat, saya perlu baik dengan semua orang terutama dengan pemimpin negeri. Kalau ada apa-apa isu rakyat yang melibatkan Kerajaan Negeri, saya perlu berjumpa dengan mereka. Saya berbaik dengan mereka untuk kepentingan rakyat.

"Itu bukan bermakna saya mahu sertai parti mereka. Macam mana saya nak selesaikan masalah rakyat kalau saya tidak ada hubungan yang baik dengan pemimpin kerajaan?," katanya.

Sehubungan itu, Syed Sobri menempelak pihak yang menuduhnya mahu menyertai Pas lantaran menjalin hubungan baik dengan pemimpin parti itu supaya tidak berfikiran sempit atau memainkan isu politik sempit.

"Zaman sekarang orang tak boleh main politik cara itu lagi. Ahli politik kenalah bersikap profesional, justeru tidak timbul isu sekiranya saya mesra dengan wakil rakyat Pas, itu tanda saya mahu lompat parti," katanya.

Syed Sobri berkata, rakyat juga mahu melihat pemimpin mereka berbaik walaupun berbeza pegangan politik.

"Sebagai wakil rakyat saya tidak boleh menolong rakyat berdasarkan parti politik yang mereka sertai," katanya.

Syed Sobri berkata, pendiriannya adalah mahu meneruskan perjuangan bersama UMNO.

"Saya ada prinsip perjuangan sendiri dan pada saya hanya UMNO sahaja parti yang mampu memperjuangkan dan menolong orang Melayu," katanya.

Ulasan GB

Lantaran dirimu rapat dengan orang PAS, izinkan kami menegurmu.

Igatkah akan dikau ikrarmu di dalam doa iftitah setiap kali dirikan solat? Di dalamnya kita menyebut.. inna solati, wanusuki, wamayahya, wamamati lillahi robbil'alamin..

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (Al-An'am: 162).

Kenapa menjadikan dirimu hamba UMNO, bukan hamba kepada Allah Yang Maha Mencipta dan Menguasai kamu?

Siaran TV6 Untuk Rakyat Malaysia, Beri Liputan Untuk Pakatan Rakyat Di Galas

Posted: 26 Oct 2010 09:35 PM PDT

Kuala Lumpur, 27 Oktober - Era baru dalam kebebasan media di Malaysia. Sebuah syarikat swasta dari Kuala Lumpur telah melancarkan satu saluran TV Internet yang dikenali sebagai TV Malaysia.net atau TV 6 yang berkonsep TV On Demand

Kemunculan TV Malaysia.net ini memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menyiarkan program-program yang selama ini terhalang dan terkunci kemas oleh kerajaan Pusat.Liputan Pilihanraya DUN Galas , Kelantan juga boleh dipantau melalui TV Malaysia.net

Encik Hifdzi, CEO TV Malaysia.net mengalu-alukan berita semasa dari semua pihak sama ada pihak kerajaan pusat ataupun pihak kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menggunakan khidmat platform siaran TV Malaysia.net. TV Malaysia.net adalah tv yang bebas dari mana-mana parti politik.

Menurut beliau, TV Malaysia.net tidak membangkang kerajaan pusat dan tidak anti kepada pakatan rakyat.

TV Malaysia.net adalah berkonsep TV jalanan atau street tv yang lebih bebas dan tepat dengan liputan yang pantas. Orang ramai boleh menyumbangkan berita bervideo atau teks kepada TV Malaysia.net untuk siaran. Aduan rakyat juga amatlah digalakkan untuk dihantar kepada TV Malaysia.net untuk siaran dan makluman pihak berkaitan.

TV Malaysia.net juga memberi peluang kepada ahli perniagaan untuk mempromosikan produk mereka dengan kadar yang murah dengan liputan meluas.

Kerajaan negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim, YB Haji Husam Musa merakamkan jutaan terima kasih kepada TV Malaysia.net kerana sudi mempromosikan iklan montaj Ekspo Cheng Ho dan Liputan Tuntutan Royalti Minyak Kelantan dalam siaran 24 jam TV Malaysia.net

TV Malaysia.net boleh ditonton 24 jam sehari tanpa henti melalui laman web www.tvmalaysia.net

husammusa.com

Ku Li Tak Akan Sertai Mana-mana Ceramah Utama Kempen PRK

Posted: 26 Oct 2010 08:59 PM PDT

Ku Li Jelaskan Tidak Iring Calon

GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan ketiadaannya mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff ke dewan pusat penamaan calon pada Selasa bukan sesuatu yang pelik.

Ini kerana, kata Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas itu kerana beliau berkumpul dan meluangkan masa bersama penyokong di luar dewan itu.

Amalan itu tambah beliau, merupakan amalan tradisinya selama 35 tahun sebagai Ahli Parlimen kawasan ini.

"Secara tradisinya begitu, malah sewaktu saya sendiri bertanding, sayahanya menghantar ejen bagi mengemukakan borang pencalonan dan semua dokumen yang berkaitan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

"Malah pernah sekali dahulu saya minta orang asli menjadi ejen sayasemasa bertanding di kerusi Parlimen," katanya dalam satu temuramah dikediamannya pada Selasa malam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ketiadaannya bersama calon, pemimpin Umno dan BN yang lain di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang semalam.

Ketiadaan Ku Li menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanyaberkaitan dengan calon yang dipilih BN bagi menentang PAS dalampertandingan dua penjuru itu.

Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihanraya kecil DUN itu dilihat turut berkumpul bersama calon, pengundi dan penyokong BN di luar pusat penamaan calon namun tidak turut serta masuk ke pusat penamaan calon.

Pilihan raya kecil DUN Galas yang akan diadakan pada 4 November depan itu menyaksikan saingan satu lawan satu antara Ab Aziz daripada BN menentang calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

Mengulas lanjut, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata beliau mempunyai formulanya yang tersendiri semasa berkempen iaitu memilih untuk bersama-sama dengan pengundi dan rakyat.

Jelas beliau, pilihan raya kecil ini sepatutnya berkaitan dengan rakyat dan bukannya hanya sekadar faktor calon.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan Ab Aziz sebagai calon dilakukan oleh Umno Bahagian Gua Musang dan kepimpinan tertinggi BN.

"Calon ini bukan saya 'hand-picked', tapi dipilih dan dipersetujui oleh ramai pihak dan kepimpinan tertinggi," katanya.

Ditanya strategi kempen yang akan digunakannya bagi memastikan kerusi DUN Galas kembali menjadi milik BN, Ku Li berkata beliau memilih untuk turun padang berjumpadengan rakyat.

"Saya tidak akan menyertai mana-mana ceramah utama semasa proses kempen ini, saya lebih gemar berjumpa rakyat dari rumah ke rumah," katanya.

Sementara itu Tengku Razaleigh turut menyifatkan bahawa pelihan raya kecil ini merupakan satu pertandingan 'kekeluargaan' dan mengarahkan agar jentera partinya tidak menyerang peribadi lawan.

"Sebab saya anggap pilihan raya ini hanya pertandingan kekeluargaan ialah kerana landskap politik di Kelantan tidak akan berubah walaupun mana-mana pihak menang.

"PAS perlu tanding kerana pada pilihan raya umum 2008 mereka menang di DUN Galas manakala Umno pula perlu bertanding di sini kerana kerusi ini milik BN sebelum ini... mana-mana pihak yang menang pun tak akan memberi perubahan kepada suasana politik di Kelantan," katanya. -mstar

[Video & Gambar] Thailand Dilanda Banjir Terburuk

Posted: 26 Oct 2010 07:05 PM PDT

Jika Tsunami Mentawai melanda Sumatera dan Gunung Merapi meletus di Jawa, di Thailand pula banjir terburuk melandanya mengakibatkan sekurang-kurangnya 56 terbunuh.

Namun Bangkok ketika ini masih dapat mengelakkan kemasukan bah yang memburukkan lagi keadaan.

Ibu kota Thailand itu berada dalam situasi berjaga-jaga di mana ribuan beg pasir dan pam ditempatkan dari utara aliran air yang menyebabkan banjir.

"Situasi di Bangkok masih dalam pemerhatian rapat dan kami tidak boleh berasa selesa, khususnya di sepanjang tebing sungai Chao Phraya," kata Perdana Menterinya, Abhisit Vejjajiva, demikian lapor AFP.



Banjir di Thailand Korbankan 56 Orang

Bangkok, (ANTARA/TNA-OANA) - Lembaga Kesehatan Darurat Thailand Selasa melaporkan jumlah korban banjir terburuk di Thailand selama beberapa dasawarsa terakhir mencapai 56 orang di 17 daerah.

Korban terbanyak, 10 orang, terjadi di daerah Lopburi, di susuli sembilan di Nakhon Ratchasima.

Sementara itu, dari 34 daerah yang dilanda banjir, situasi di sembilan daerah telah kembali normal, sedangkan 25 daerah lainnya masih terus terendam, kata departemen penanggulangan bencana dan mitigasi Thailand dalam laporan situasi terakhir banjir, yang telah berlangsung 10-26 Oktober.

Menteri pada Pejabat Perdana Menteri, Satit Wonghnongtaey, selaku ketua jawatankuasa menyaksikan pemberian bantuan kepada para korban banjir.

Dia mengatakan ia akan minta anggaran 280 juta bath (9,3 juta dolar) untuk penduduk yang dihantam banjir pada sidang kabinet Selasa.

Anggaran itu diperuntukkan sebagai bantuan darurat kemudahan-kemudahan yang diperlukan, terutama wc yang dapat dipindah-pindahkan, perahu karet, dan perahu motor.

Mengenai kekurangan karung-karung pasir, komite akan melakukan koordinasi dengan Kementerian Perindustrian untuk memberikan penambahan 500.000 karung pasir lagi, sebagai tambahan untuk 1.000.000 karung pasir yang diberikan oleh Departemen Penanggulangan Bencana dan Mitigasi.

Satit menambahkan bahwa dia juga akan mengusulkan kepada kabinet untuk melonggarkan peraturan-peraturan untuk mempercepat bantuan kepada korban banjir, di samping memberikan bantuan keuangan secara tranparan.

Sebagai daerah pusat yang menangani jumlah limpahan air dan gelombang tinggi, tingkat air di Sungai Chao Phraya di Jembatan Phra Phutta Yodfa, Bangkok, mencatat ketinggian 2.10 meter pada pukul 09:09 Selasa.

Tingkat air kemudian menyusut tapi diperkirakan akan naik lagi pada pukul 16:44 waktu setempat.

Toko-toko di dermaga Prachan telah ditenggelami banjir dan karung-karung pasir tak mampu membendung limpahan air dari sungai.

Masyarakat di permukiman dekat Tha Chang juga dilanda banjir, namun mereka masih membuka toko.

Banjir paling dahsyat menghantam daerah timur laut Nakhon Ratchasima, Maharat Nakhonratchasima Hospital, yakni rumah sakit terbesar di daerah itu.

Rumah sakit tersebut kembali memberikan pelayanan penuh pada Selasa setelah dilanda banjir selama sembilan hari.

Sekitar 100 orang pergi ke rumah sakit itu Selasa pagi, meskipun banjir masih setinggi 30-40 sentimeter, namun dicapai dengan melalui jembatan dan trak-trak sebagai alat transportasi para pengunjung ke rumah sakit tersebut. (*/sun)










Galas: Sudah Gila, Bila Bertudung & Bergelek Di Khalayak Ramai

Posted: 26 Oct 2010 06:00 PM PDT

Akhirnya perbuatan mungkar terdedah jua di mana semasa penamaan calon Galas semalam, sekumpulan ahli Puteri UMNO, dengan bertudung tanpa segan silu menari di khalayak ramai.

Jika sebelum ini, digemparkan oleh blogger UMNO sendiri bahawa sewaktu persidangan Agong UMNO yang baru lalu, semua kelab dangdut di KL dipenuhi dengan orang-orang UMNO, kini Puteri UMNO "menunjukkan miangnya" bila mempamerkan aksi gelek di depan Tuhan, di depan semua orang....

Penulis blog lydiausm72 (seorang ahli puteri umno?) di dalam blognya menyatakan bahawa peserta-peserta perhimpunan UMNO macam dayak dapat senapang, apatah lagi bila berjauhan dengan anak bini, tambahnya. Peluang itu digunakan untuk pergi ke pusat dangdut di KL.

Petikan:






Wah! Macam dayak dapat senapang ker..? Maklumlah dah berjauhan dengan anak bini…, dah macam trend pulak kalau pegi outstation mesti nak enjoy!

Dengar cerita bila sesi pagi ramai yang datang lambat, sebab malam tadi perwakilan laki2 banyak pegi enjoy, tumpuan of course la ke Dangdut kat KL nie…

Ade member cerita pagi tadi, bila dia dengan geng dari Penang pegi dangdut nie terserempak dengan kawan2 UMNO, bila pegi dangdut yang lain pulak pun jugak ramai "kawan kawan" UMNO….

Hmmmmm enjoy la bang, sesekali…!


Dan seperti Puteri UMNO "membalas dendam" terhadap perbuatan ahli-ahli UMNO (yang mungkin terdiri suami@bapanya yang berdangdut itu), mereka kini berdangdut pula secara "terang-terangan" di Galas.

Mereka tidak menyedari bahawa Allah telah pun menurunkan "peringatan" di sekeliling kita dimana berlaku Tsunami Mentawai yang mengorbankan lebih 100 orang di Sumatera, meletusnya Gunung Merapi di Jawa, banjir besar di Thailand, kini puteri-puteri UMNO ini seolah-olah mengejek peringatan Tuhan itu.

GB telah berkali-kali menyatakan sebelum ini bahawa akibat kesalahan orang-prang yang berbuat salah (mungkar), maka seluruh umat Islam tak kira jahat atau baik, akan ditimpa musibah dan bencana dariNya. Ini adalah kerana gagalnya yang baik-baik mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh yang jahat-jahat itu.

Sabda Nabi s.a.w.

"Apabila kemungkaran sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata..." -HR. Ahmad

Kami hanya mampu berdoa:

"Ya Allah, kiranya Engkau hendak menurunkan bala dan musibahmMu lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh bangsaku itu, siksakanlah si pembuat jahat itu tetapi Engkau lindungi dan selamatkanlah kami kerana kami telah memberitahu perlakuan mungkar mereka melalui pendedahan kami ini agar mereka kembali dan menyedari diri."




[Video & Gambar] Gunung Merapi Telah Meletus! - updated

Posted: 26 Oct 2010 04:30 PM PDT

Gunung Merapi Meletus

YOGYAKARTA: Setelah meningkatkan aktivitinya sejak dua minggu lepas, Gunung Merapi akhirnya meletus Selasa pada pukul 5.02 petang waktu tempatan dengan menghembus abu vulkanik setinggi 1,500 meter dan menurunkan hujan debu.

Ribuan penduduk di kawasan radius 10 kilometer dari kaki gunung itu telah dipindahkan pihak berkuasa tempatan ke kawasan selamat. Setakat ini belum ada maklumat mengenai korban jiwa akibat bencana ini.

Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana, Badan Geologi, Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral, Surono yang dihubungi Bernama melalui telefon berkata sejak letusan pertama hingga sekarang, letusan masih berlaku namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana keadaan cuaca gelap.

Dalam siaran langsung televisyen kelihatan hujan abu yang pekat menyiram kawasan pusat pemindahan penduduk di Desa Hargobinangun, di daerah Sleman, Yogyakarta, yang berjarak 15 kilometer dari kaki gunung berapi teraktif di dunia itu.

"Saya harapkan pegawai daerah kawasan terbabit untuk mempercepat pemindahan penduduk setelah selesai prosedur yang telah disepakati," katanya.

Sementara itu sekumpulan 34 pelajar Malaysia di sebuah pesantren di Secang, Magelang sedang dipindahkan ke kawasan selamat.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar yang dalam perjalanan untuk proses memindahkan pelajar terbabit telah ditimpa hujan abu gunung berapi itu semasa mereka di Magelang.

"Saya bersama Ludinata (Atase Pendidikan) dan Dr Nazaluddin dalam perjalanan untuk menyelamatkan pelajar-pelajar di Magelang.

"Setelah setengah jam perjalanan, tiba-tiba pandangan menjadi kabur dan gelap gelita. Rupa-rupanya hujan debu dan lumpur telah menimpa semua kenderaan dan di daratan.

"Jalan raya penuh dengan lumpur. Dan jarak pandangan menjadi pendek. Sesampai di stesen minyak, kami berhenti untuk meninjau keadaan kereta. Amat terkejut kerana badan kereta dipenuhi lumpur," katanya.

Setelah keluar dari kereta mereka terpaksa memakai topeng muka dan sesak nafas kerana udara bersih telah menipis.

"Tambahan saya ada asma. Hujan debu menimpa badan kami dan serta merta baju menjadi putih akibat lumpur. Kami meneruskan misi ke Magelang untuk bertemu para pelajar Malaysia," katanya. - BERNAMA










Galas: Jangan Tercicir - Dari Lensa TPU

Posted: 26 Oct 2010 08:59 AM PDT


Ada lagi gambar yang tercicir. Ingatkan tak payah masuk tapi kerana kebanyakan gambar ini hanya diperolehi di dalam musim pilihanraya kecil Galas ini, maka di buatkanlah entri untuknya bertujuan sebagai satu dokumentasi dan diberikan nama Dari Lensa TPU (Topeng Perak Unmasked). Terima kasih kepadanya.

































TERKINI : Tsunami Mentawai, 108 Terkorban Lebih 502 Hilang

Posted: 26 Oct 2010 07:30 AM PDT

Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera

JAKARTA, 26 Okt - Seramai 40 orang dilaporkan maut dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.

Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja.

Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu.

Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.

Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.

"Maklumat itu sedang kami sahkan, belum jelas maklumat dari lokasi kejadian dan kami masih menunggu," kata Maryadi, petugas BNPB kepada Bernama.

Beliau berkata pasukan daripada badan itu belum berada di Mentawai kerana sedang memberi tumpuan kepada ancaman letusan Gunung Merapi di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah serta banjir di Wassior (Papua Barat).

"Tsunami itu berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya.

Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

Badan itu mengeluarkan amaran potensi tsunami kepada masyarakat sejurus selepas gampa itu, namun menarik balik amaran ancaman itu kemudiannya.

-- BERNAMA


Korban di Mentawai 108 Tewas, 502 Hilang
Breaking News / Nusantara / Selasa, 26 Oktober 2010 20:06 WIB

Metrotvnews.com, Mentawai: Jumlah korban gempa dan tsunami di Pulau Pagai Selatan, Kabupaten Kepulauan Mentawai, Sumatra Barat, bertambah. Sebanyak 108 orang tewas dan 502 lainnya hilang. Hingga kini pencarian korban masih berlangsung.

"Dari sejumlah posko bencana melaporkan. Hingga kini total yang meninggal 108 orang, dan 502 hilang," kata Ketua DPRD Kepulauan Mentawai Hendri Dori Satoko saat dihubungi Metro TV, Selasa (26/10) malam.

"Situasi di daerah Mentawai belum kondusif. Masyarakat masih trauma. Kami sedang menfokuskan untuk melakukan pencarian korban dan membantu korban jiwa," ujarnya.

Pihak DPRD Mentawai dengan gubernur akan melakukan rapat untuk membahas bencana di Mentawai. "Kami sudah dihubungi pihak gubernur untuk melakukan rapat," tambahnya.

Sebelumnya gempa berskala 7,2 Skala Richter yang disusul dengan gelombang Tsunami melanda Pulau Pagai Selatan, Senin (25/10) malam.(*) -metrotvnews



Tsunami Mentawai, 40 Tewas dan 400 Hilang

Gempa berkekuatan 7,3 skala Richter di pinggir Pantari Desa Bulasok, Pagai Selatan, Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, menimbulkan gelombang tsunami, Senin (25/10), pada pukul 21.40 WIB, yang menewaskan 40 orang dan 400 orang dinyatakan hilang.

Menurut Kepala Penanggulangan Bencana Wilayah Pagai Selatan Joskamtir mengatakan, jumlah korban tewas masih simpang siur namun data terakhir benar menyebutkan ada 40 orang tewas dan sekitar 400 orang hilang. Saat itu ada korban tewas yang tengah memancing di pinggir Pantai Pagai Selatan, diperkirakan ada 33 orang yang tengah memancing belum diketahui nasibnya.

Bupati Mentawai Edison Saleleo Baja mengatakan, saat ini korban tsunami memerlukan bantuan berupa bahan makanan, tenda-tenda, dan lainnya.

Gempa 7,2 skala Richter disusul gelombang tsunami merusak sejumlah kawasan di Kabupaten Mentawai. Berdasarkan informasi sementara terdapat 9 peselancar asal Australia dikabarkan tewas, mereka dinyatakan hilang setelah kapal yang membawa peselancar itu diterjang gelombang tsunami.






Jika Berita Ini Benar, Ketua Polis Negara Perlu Bertanggungjawab

Posted: 26 Oct 2010 05:35 AM PDT

Saksi yang lihat Guna ditendang polis, ditangkap

Seorang saksi yang memberi keterangan melihat melihat seorang lans korporal polis menendang seorang tahanan - R Gunasegaran, ditahan polis semalam.

Menurut kenyataan media, pertubuhan bukan kerajaan mengenai hak asasi manusia, SUARAM yang dikeluarkan pagi ini, K Selvachandran kini dikurung di lokap balai polis kontijen Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 39 tahun itu dibelasah oleh anggota polis di hadapan isterinya pada jam 10 malam semalam, sebelum diheret polis.

Keluarganya kemudian dimaklumkan Selvachandran akan ditahan reman untuk 60 hari. Mereka kemudiannya membuat laporan di balai polis Wangsa Maju berhubung tahanan dan layanan buruk berkenaan.

Setakat ini, belum diketahui di bawah seksyen mana Selvachadran ditahan.

Dalam kenyataannya, penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata seseorang hanya boleh dikenakan tahanan reman tidak melebihi daripada 24 jam kecuali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat atau Akta Dadah Berbahaya 1985 yang bercanggahan dengan prinsip hak asasi manusia.

"Suaram berpendirian pihak polis telah melanggari kebebasan hak asasi manusia seperti yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia dan saksi mahkamah langsung tidak diberi perlindungan malahan ditindas oleh pihak polis," katanya.

Semalam, koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.

Beliau berkata, walaupun laporan bedah siasat merupakan satu bukti "prima facie" yang tidak boleh disangkal, versi kedua juga diterima mahkamah.

"Dengan ini, saya mendapati kes inkues ini adalah satu kes "open verdict" di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan," katanya.

Selvachandran, yang berada di balai polis Sentul pada 16 Julai 2009 pada hari Gunasegaran ditangkap memberi keterangan bahawa dia melihat Lans Korporal Mohd Faizal Mat Taib menendang simati di dada.

Galas: Lagi Gambar-gambar 5 Bintang Sekitar Penamaan Calon

Posted: 26 Oct 2010 04:00 AM PDT


Berikut ialah beberapa lagi koleksi gambar menarik yang dirakam di hari penamaan calon PRK Galas oleh beberapa sahabat. Terika kasih kepada semua pemilk-pemilk gambar ini.







































BERITA BERKAITAN SEBELUM INI

Ku Li Sudah Tahu Awal Bahawa...

Fitnah Khalwat: UMNO Telah Minta Maaf Secara Terbuka - Dr.Zul

[Video & Bergambar] Sekitar Penamaan Calon Galas

Galas: Cerah Untuk PAS, Gelap Bagi BN

[Bergambar] Lintas Lansung Penamaan Calon Galas & Batu Sapi (updated)

Ku Li Sudah Tahu Awal Bahawa...

Posted: 26 Oct 2010 02:00 AM PDT

Galas: Ku Li tak bersama pemimpin BN di pusat penamaan calon

Tengku Razaleigh Hamzah (kiri sekali) bersama penyokongnya dan calon BN Abdul Aziz Yusof di luar kawasan pusat penamaan calon di Gua Musang pagi tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

GUA MUSANG, 26 Okt — Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tidak hadir di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dilihat tidak bersama pemimpin-pemimpin BN yang lain memasuki ke pusat penamaan calon pagi.

The Malaysian Insider difahamkan Tengku Razaleigh bersama dengan penyokong-penyokong BN di luar kawasan pusat penamaan calon.

Menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya Datuk Seri Mustapha Mohamad, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" hadir tetapi bersama penyokong di luar.

"Ku Li ada, beliau bersama rakyat di luar.

"Beliau tidak mahu naik, bagi beliau yang lebih penting adalah pengundi. Jadi beliau mahu bersama pengundi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Ku Li ada bersamanya di luar ketika calon dan pemimpin memasuki pusat penamaan calon tapi sudah pulang.

"Beliau ada bersama saya pagi tadi, tapi sekarang sudah balik,"
katanya.

Dalam pilihan raya kecil DUN Galas, Barisan Nasional meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS pula meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.


BERITA BERKAITAN SEBELUM INI

Fitnah Khalwat: UMNO Telah Minta Maaf Secara Terbuka - Dr.Zul

[Video & Bergambar] Sekitar Penamaan Calon Galas

Galas: Cerah Untuk PAS, Gelap Bagi BN

[Bergambar] Lintas Lansung Penamaan Calon Galas & Batu Sapi (updated)

Tiada ulasan: