Rabu, 27 Oktober 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Berita Harian Online buat bancian merepek

Posted: 26 Oct 2010 06:02 PM PDT


Berita Harian Online sememangnya sudah lama terkenal dengan kecenderungan penulisan berita dan rencana yang condong kepada Barisan Nasional. Sebarang hasil penulisan dapat dilihat jelas menyokong kerajaan Barisan Nasional meskipun isu-isu yang salah akan cuba diputar belitkan supaya dapat diterima oleh rakyat.

Namun kali ini isu yang hendak dibangkitkan ialah tentang bancian yang selalu dibuat oleh pihak Berita Harian Online di sudut kiri website berkenaan. Kali ini ReJaM© lihat soalan bancian yang dibuat kelihatan merepek. Selain itu bancian ini tampak memaksa pembaca untuk bersetuju sekiranya ingin turut serta memberi pandangan di dalam bancian ini. Berikut bancian yang dimaksudkan.

Bancian jenis apakah ini? Apa yang yang dia BHO nak tahu? Anda lihat pada soalan bancian dan pilihan jawapan yang diberikan. Sebagai warga yang rasional, apakah jawapan yang akan anda pilih sekiranya ingin menyertai bancian ini? Anda tidak boleh tidak untuk mengundi setuju sebagai jawapan sekiranya anda warga yang rasional.

Ibarat seperti soalan begini, UMNO menggalakkan rakyat menjaga kesihatan agar sentiasa cergas dan sihat untuk membangunkan negara adakah anda setuju? Bolehkah anda kata tak setuju? Tentu sekali anda terpaksa setuju walaupun anda anti kepada UMNO sepenuh jiwa!

Contoh lain, Langkah Perdana Menteri Israel memberi bantuan makanan kepada penduduk palestin adalah sesuatu tindakan yang baik. Tentu sekali kita sebagai rakyat yang rasional akan berkata atau menjawab setuju untuk bancian ini.


Sepatutnya Berita Harian Online membuat bancian-bancian yang lebih kritikal seperti Konsep 1 Malaysia telah berjaya menyatupadukan rakyat? Calon Barisan Nasional akan memenangi PRK Galas? atau Barisan Nasional mampu memenangi PRU 13? Soalan-soalan bancian yang kritikal begini barulah bermakna kepada pembaca, inilah yang pembaca nak tahu. Malah kerajaan Najib tentu sekali perlukan bancian seperti ini untuk mengukur sejauh mana sokongan rakyat kepadanya.

Ini soalan mengarut mencarut nak buat apa? Orang nak ikut bagi pendapat pun rasa macam bangang! Ini namanya Akhbar Pencacai taik Barisan Nasional.






ReJaM© "BHO tak berani buat bancian kritikal, pemimpin UMNO tak berani tengok keputusannya! Kah kah kah... "

Gambar penyokong PAS di penamaan calon DUN Galas

Posted: 26 Oct 2010 03:26 PM PDT

Penyokong-penyokong PAS yang hadir di hari penamaan calon PRK DUN Galas jelas sekali menewaskan Penyokong Barisan Nasional dari segi jumlah. Mengulas kenyataan itu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata,

"Kita tidak mahu menang sorak, jadi kita mengambil pendekatan penyokong yang sederhana".

Beliau juga menegaskan bahawa Barisan Nasional kali ini sengaja tidak mahu mengikut rentak pembangkang yang membawa ribuan penyokong Pakatan Rakyat dari luar Negeri Kelantan.


















ReJaM© "Undilah dengan bijak!"

Puteri UMNO berdangdut di Galas

Posted: 26 Oct 2010 11:30 AM PDT

Kalau sebelum ini blogger UMNO sendiri telah mendedahkan bahawa semasa pehimpunan Agong UMNO di PWTC, disko-disko dan dangdut di Kuala Lumpur semuanya dipenuhi oleh ahli-ahli UMNO yang ingin berhibur. Peningkatan mendadak pengunjung ke pusat-pusat hiburan di Kuala Lumpur kerana kehadiran ahli-ahli UMNO dari luar Kuala Lumpur.

Kali ini nampaknya Puteri UMNO dah buka dangdut pula di DUN Galas Kelantan sewaktu penamaan Calon Siang tadi. Dangdut puteri UMNO yang ala-ala dikir barat ini membolehkan mereka berdangdut di siang hari sewaktu matahari terpacak di atas kepala .




Di bawah ini gambar Tuan Guru Nik Aziz semasa mengimamkan solat hajat sebelum berarak ke majlis penamaan calon berhampiran dengan lokasi masjid.


ReJaM© "Mungkin tak puas bergelek di KL, sambunglah kat Galas"

Nujum piala dunia sotong Paul mati

Posted: 26 Oct 2010 11:13 AM PDT

Sotong kurita yang berjaya meramalkan perlawanan Piala Dunia 2010 lalu kini hanya tinggal kenangan. Sotong yang membawa ramai orang kepada mensyirikan Allah S.W.T. Elok jugalah sotong ni mati, kalau tak lagi gila-gila orang berjudi.



BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

"Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

"Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri," kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan. - AFP




ReJaM©

Tiada ulasan: