Selasa, 26 Oktober 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ZUL KULIM BAWA CERITA BODOH

Posted: 26 Oct 2010 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH lama tidak mendengar YB Zul Kulim merepek. Akhbar Sinar semalam menyiarkan kenyataan Zul Kulim yang sinonim digelar `firaun besar' ini yang mengulas tentang Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Biasalah, tiap kali pilihanraya Zul Kulim akan muncul meraih publisiti.

Kali ini Zul Kulim menyebut bahawa sepatutnya PAS yang bertanding di situ, bukannya PKR. Alasannya, PAS sebagai pertubuhan politik yang menjadikan pilihanraya sebagai jalan dakwahnya. Mengapa PAS tidak mahu berdakwah di Sabah? Itulah soalan bodoh dari orang yang bodoh.

Apabila Zul Kulim bertanya soalan seperti itu, aku mulalah keliru samada benarkah Zul Kulim ini pernah berada di dalam PAS. Benarkah beliau di`sepak' keluar dari PAS atau beliau sendiri melompat keluar dari PAS akibat menyedari dirinya yang bodoh dan jahil agama itu tidak layak berada di dalam PAS? Jika sedemikian jahilnya Zul Kulim, usahkan PAS, PKR atau DAP pun tidak sudi menerima beliau. Tidak tahulah kot-kot Makhal Sakti mahu terima Zul Kulim yang benak ini.

Dengar ceritanya dulu dia seorang `ustaz'. Ke hulu ke hilir berkuliah, sesekali berceramah politik. Masa itu bukan main lagi dia membela DS Anwar yang difitnah liwat kali pertama dulu. Bodek dia pada DS Anwar sehinggakan yang tiada diada-adakan kununnya beliau tahu semua kisah DS Anwar. Maklumlah `Peguam' dalam kes DS Anwar walaupun kerjanya `tukang bawa fail' saja. Jika benar Zul Kulim ini Ustaz, mustahil dia tidak tahu apa itu `dakwah'? Ke mana otak Zul Kulim sekarang? Teruk betul semenjak keluar dari PKR, masakan otak beliau tidak lagi boleh berfungsi?

PAS sebuah parti politik yang berteraskan Islam, juga merupakan satu jemaah yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya samada adanya pilihanraya atau tidak. Di Sabah, walaupun rakan sekutu PAS yang bertanding, PAS tetap turun berkempen di samping menjalankan usaha dakwahnya iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran di samping menghapuskan kebathilan. Dakwah bukan bermakna terhenti tatkala tiada pilihanraya. Jika itu tafsiran Zul Kulim terhadap PAS, memang wajar PAS menolak beliau dari menjadi ahli kerana kejahilannya yang tidak lagi boleh diajar.

Sebenarnya Zul Kulim sudah tiada isu lagi untuk memburukkan PAS dan PR. Beliau juga sudah semakin dilupakan oleh Umno kerana beliau gagal sepenuhnya menjalankan tugas sebagai `barua' yang bermanafaat. Serangan Zul Kulim terhadap DS Anwar `dibawa angin lalu' kerana isu DS Anwar sudah di`booking' oleh Senatak Ezam sesumpah. Lagi banyak Zul Kulim bercakap, lagi terserlah kebodohannya. /wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - KEHADIRAN NURUL TIDAK JEJASKAN SOKONGAN KEPADA FUZIAH SALLEH

Posted: 26 Oct 2010 06:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

YB Fuziah Salleh, MP Kuantan adalah salah seorang calon Naib Presiden PKR dan beliau telah mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan tersebut. Kesediaan YB Fuziah untuk mencuba nasib di dalam perebutan jawatan Naib Presiden wajar diberi pujian dan sokongan kerana beliau satu-satunya tokoh wanita di dalam PKR yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi membantu parti.

Beliau amat disenangi oleh pengundi-pengundinya di Kuantan, termasuk juga oleh penyokong-penyokong Umno/Bn di Parlimennya. Keikhlasan YB Fuziah melaksanakan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat tanpa mengira ugama, bangsa dan fahaman politik menjadikan imej beliau dipandang tinggi. MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob pernah memuji dan menghargai peranan yang dimainkan oleh YB Fuziah selaku MP Kuantan.

Di peringkat Pusat, YB Fuziah telah diberi berbagai tugas dan tanggungjawab membantu parti terutamanya berkaitan pilihanraya. Semua tugas yang telah diberikan kepada tokoh wanita ini bukan suatu tugas mudah memandangkan PKR adalah sebuah parti yang sentiasa ditekan oleh Umno/Bn yang tentunya gagah dengan kuasa yang mereka miliki. Namun, di atas keberanian dan kebijaksanaan YB Fuziah mengatur strategi PKR mampu menghadapi Umno/Bn walaupun di dalam keadaan sukar.

Di dalam Parlimen, MP Kuantan ini bijak berhujah dan lantang bersuara sehinggakan kadangkala melebihi dari suara rakan-rakannya dari kaum lelaki. Bahkan, waktu artikel ini ditulis YB Fuziah sekarang berada di Sabah membantu parti di dalam menghadapi PRK Parlimen Bt Sapi. Beliau tidak punyai masa lagi untuk berkempen merebut kerusi Naib Presiden PKR, membantu parti lebih diutamakan daripada kedudukannya di dalam parti.

Apabila mendengar berita kununnya nama YB Fuziah telah dikeluarkan dari senarai pilihan bersama kumpulan YB Azmin, kita tidak perlu merasa gusar kerana YB Fuziah tetap akan menjadi pilihan ahli-ahli PKR. Setakat ini saya tidak dapat melihat sesiapa pun tokoh wanita yang berkebolehan seperti YB Fuziah hatta Ketua Wanita PKR sendiri. Dikatakan kemasukan YB Nurul Izzah sebagai pesaing kepada beliau akan menjejaskan peluang YB Fuziah. Jika prestasi diambil kira, rekod dan pengalaman menjadi ukuran, sudah tentu YB Fuziah lebih layak diangkat sebagai Naib Presiden PKR. Ini bukan bererti YB Nurul Izzah tidak berkebolehan tetapi anak sulung DS Anwar ini masih belum mencapai tahap yang diperlukan sebagai Naib Presiden PKR.

Terdapat ura-ura untuk memilih dua tokoh wanita yang bersaing ini ke jawatan Naib Presiden PKR. Mungkin tidak mustahil berlaku kerana terdapat mereka yang merasa serba salah untuk menyokong salah satu di antara dua tokoh wanita ini. Cumanya, jika benar kumpulan YB Azmin `menyingkir'kan YB Fuziah semata-mata hadirnya YB Nurul Izzah, pada pendapat saya ianya satu tindakan yang samasekali tidak bijak malahan dilihat seperti tidak jujur.

Keputusan YB Nurul Izzah mengumumkan hasrat bertanding jawatan tersebut disaat-saat akhir mendatangkan seribu persoalan. Persoalannya, mengapa YB Fuziah ditentang dan apakah selama ini YB Fuziah tidak melaksanakan tugasnya dengan betul? Adakah kerana demokrasi membenarkannya maka beliau patut ditentang walaupun tanpa alasan? Atau, adakah kerana seseorang yang mahukan YB Nurul Izzah berada di atas, maka YB Fuziah mesti dilawan?

Saya menyeru kepada semua ahli PKR agar membuat keputusan dengan bijak iaitu dengan meletakkan YB Fuziah berada di hiraki kepimpinan agar PKR terus mantap menghadapi PRU Ke 13 nanti./wfauzdin.blogspot.com

KEMASUKAN `ULAMA MUDA' DALAM UMNO, KELAB MALAM BAKAL BERTAMBAH

Posted: 26 Oct 2010 11:54 AM PDT

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
Andrew Ong
Okt 26, 10


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

NONEIni akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

azlanSatu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada "garis panduan yang lebih fleksibel", pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


NONEUntuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

bukit bintang prostitutes 291005 bukit bintangLangkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

NONEMenerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan./Malaysiakini


Tiada ulasan: