Kami Sokong Tokguru |
| Posted: 28 Oct 2010 08:35 PM PDT Ini adalah jawapan kepada komen org tak bernama dlm blog ini . kata dia: Anonymous said... Pas perintah Kelantan bermula pada tahun 1990. Pada tahun 1995 mereka mengswastakan perkhidmatan air di Kelantan. Mereka menubuhkan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang mana syarikat usahasama Thames Water dari Britain dan Yakin (anak syarikat PKINK). Thames Water memegang 70 % saham dalam KWSB, manakala Yakin 30 %. Lihat di sini Setelah beberapa tahun diswastakan, keadaan tetap sama. Tiada perubahan, rakyat tetap menghadapi masalah mendapat bekalan air. Kenapa ? sudah diswastakan pun masih tak berubah. Ini kerana wujudnya masalah antara kerajaan negeri dan Thames Water. Perjanjian itu lebih berat dan menguntungkan Thames Water termasuklah untuk menaikkan tarif air. Itulah yang menyebabkan Kerajaan Kelantan tidak bersetuju. Inilah contoh kecerdikan Pas yang saya nak beritahu. Mereka sudah tandatangan perjanjian, selepas itu baru mereka sedar yang perjanjian itu berat sebelah. Kalau sudah tahu berat sebelah janganlah tandatangan dulu. Perinci dulu setiap patah perkataan dalam perjanjian tersebut sebelum tandatangan. Selepas tandatangan baru dia sedar yang dia kena tipu. Cerdik kan ? Jika tidak silap saya pada masa itu Nik Aziz berkata dia menandatangan perjanjian tersebut dengan tidak membaca terlebih dahulu isi kandungan perjanjian itu. Katanya ketika itu dia baru selesai makan nasi, kemudian ada orang hulur dokumen untuk tandatangan, maka dia terus saja tenyeh dokumen itu tanpa meneliti isi kandungannya. Selepas itu baru dia sedar yang dokumen itu berat berat sebelah. Nasi sudah menjadi bubur, jika dia nak batalkan perjanjian itu maka Kerajaan Kelantan perlu membeli saham Thames Water 70 % dengan nilai RM 50 juta. Cerita sepenuhnya di RBF sini. Yang bawa Thames ke Kelantan ialah Husam. Cerdik betul 1Husam: Rakyat ditindas, Gondol Bukit Diutamakan ... itu risalah yang kami terjumpa di Galas. Hehehe ...terserlah kebodohan nik ajis Jawapan saya Di bawah pula adalah bukti kebijaksanaan orang UMNO. Mahathir mengaku dalam blognya blog http://chedet.co.cc. Di bawah perjanjian pertama pembelian air malaysia singapura yang dibuat sejak 1961 yang akan tamat pada 2011, Malaysia membekalkan 350 juta gelen air mentah kepada Singapura setiap hari pada harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen air. Sementara itu, bagi perjanjian kedua yang akan tamat pada 2060, Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air sehari dengan harga sama. -Kerajaan akui kesilapan jual saham Pantai Holding dengan harga Murah(RM 1) sesaham PEMBELIAN SEMULA SAHAM PANTAI HOLDINGS OLEH KHAZANAH DARI SYARIKAT SINGAPURA : KERAJAAN AKUI KESILAPAN Pengumuman pembelian semula saham Pantai Holding dari syarikat pelaburan Singapura seperti disiarkan oleh akhbar-akhbar utama hari ini adalah dirujuk. Akhirnya kerajaan akui kesilapan Pembelian semula ini adalah satu pengakuan terbuka di atas kesilapan Menteri Kewangan meluluskan penjualan-penjualan saham majoriti (31%) kepada pihak Singapura Jika tidak, apa perlunya pembelian semula dilakukan. Kesilapan ini berbangkit kerana antara lain, dua anak syarikat Pantai terlibat dengan program pengswastaan dan dibawah peraturan sedia ada , tidak ada syarikat yang mendapat konsensi pengswastaan dibenarkan terlepas kepada pihak asing. Saya yakin , di bawah konsep tanggungjawab ( accountability) Perdana Menteri perlu mengambil tindakan tertentu sehingga kelulusan tersebut telah diberikan sehingga satu langkah pembetulan terpaksa dilakukan. Malangnya, walaupun kerajaan cuba menggambarkan satu langkah pembetulan telah dibuat, namun pembetulan adalah pincang. Parkway, selain mendapat pembayaran sejumlah RM357 juta atas kadar RM2.65 sesaham bagi 134.7 juta saham, telah diberikan peluang untuk memiliki semula saham sebanyak 49% dalam syarikat Pantai Irama Ventures yang memiliki saham dalam Pantai serta diberikan hak pengurusan Pantai selama 15 tahun. Ini bermakna, Parkway menguasai pengurusan Pantai dan pada masa yang sama terus memiliki saham Pantai. Transaksi ini nampaknya sekali lagi menguntungkan Parkway. Siapa yang memiliki Parkway(Khairy Jamaludin.Menantu Perdana Menteri masa tu.) ORANG UMNO jugak. Banyak lagi la kebijaksanaan org umno kalau nak cerita.. Bijak-bijak,bijak sungguh org umno ni.. |
| Surat Cinta Orang Kecewa(Santai Petang) Posted: 28 Oct 2010 02:19 AM PDT Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah. Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak? ![]() |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan