kalam Perantau |
| Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS: Rancangan Jadikan Malaysia Sebagai Hub Hiburan Amat Dikesali Posted: 28 Oct 2010 07:00 PM PDT Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sangat dikesali. Berdasarkan perancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Ketika isu gejala sosial seperti pembuangan bayi, zina, rogol dan lain-lain dibincangkan dengan hangat di media massa, tiba-tiba kerajaan menyongsang arus merancang pula untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan. Kajian menunjukkan bahawa gejala sosial yang melanda negara kita pada hari ini antara punca utamanya adalah hiburan yang berlebihan dan tidak terkawal. Nafsu manusia dirangsang melalui hiburan-hiburan seumpama ini yang akhirnya membawa kepada penzinaan dan seterusnya pembuangan anak apabila mengandung. Dengan perancangan ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius untuk mengatasi gejala sosial yang berlaku. Kerajaan lebih mengutamakan keuntungan duit semata-mata berbanding dengan usaha untuk mengatasi gejala tersebut apabila menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM 427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan. Atas rancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dengan pelaburan sebanyak RM467 juta yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Jangkaan pulangan hasil pelaburan tersebut adalah sebanyak RM1.8 bilion menjelang 2020. Perlu dinyatakan di sini bahawa walaupun kerajaan telah menganjurkan pelbagai program keagamaan seperti sambutan hari-hari kebesaran Islam, ceramah, kuliah dan lain-lain termasuk yang terbaru menubuhkan TV Al-Hijrah yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, program-program tersebut hanya akan menjadi sia-sia apabila kerajaan terus menggalakkan hiburan yang berlebihan. Sebagai seorang manusia, seseorang akan lebih cenderung kepada hiburan berbanding dengan program keagamaan kerana sifat tabiat semulajadi manusia yang diciptakan adalah sedemikian. Rancangan kerajaan ini menampakkan lagi bahawa kerajaan tidak ada keinginan politik untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dan membongkarkan lagi pembohongan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam untuk mengaburi mata orang Islam tetapi hakikatnya negara ini adalah sebuah negara sekular. Justeru, Ulamak Pelapis PAS menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan ini yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan. Jika kerajaan ikhlas untuk mengatasi masalah gejala sosial dan membangunkan negara mengikut acuan sendiri, tidak acuan barat, seharusnya kerajaan membatalkan cadangan ini dan seterusnya mengurangkan tempat-tempat hiburan yang ada. Kerajaan seharusnya berusaha untuk membentuk suasana Islam dan bukannya menghalalkan cara demi untuk mencapai matlamat. Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis |
| Bajet 2011 : RM 6 billion untuk 6 juta rakyat KL, bagaimana yang lain? Posted: 28 Oct 2010 03:12 PM PDT Oleh Nazri Abdullah
Berucap membahaskan bajet di Dewan Rakyat beliau berkata, bajet tersebut hanya memfokuskan pembangunan di Lembah Klang dan mengenepikan pembangunan di negeri-negeri lain. Beliau memberi contoh peruntukan pembangunan sebanyak RM6 bilion kepada Kuala Lumpur ekoran jangkaan peningkatan 6 juta penduduk menjelang 2015. Sedangkan, katanya jumlah itu adalah bersamaan peruntukan pembangunan untuk 40 tahun negeri-negeri lain. “Rakyat semua negeri bayar cukai, sepatutnya tumpuan sama diberikan. “Saya kira kerajaan perlu mencari formula baru dalam pemberian peruntukan ini,” katanya yang memberi contoh Kanada yang menggunakan formula berasaskan sumber yang terdapat di negeri. Ketidakseimbangan ini juga jelasnya akan terus meletakkan negeri-negeri yang rakyatnya miskin, terus miskin biarpun mempunyai sumber dalam negeri. “Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak terus terabai. Empat buah negeri ini rakyatnya paling ramai miskin, sedangkan negeri-negeri ini mempunyai sumber petroleum. “Some thing has gone wrong some where (sesuatu yang buruk berlaku di mana-mana),” katanya. Negara pada tahun 2009, katanya memperolehi pendapatan sebanyak 42% daripada sumber petroleum dari keempat-empat buah negeri tersebut. Maka ujarnya, sangat wajar jika hak bayaran royalti khususnya terhadap Kelantan dan Terengganu diberikan. “Saya masih ingat janji Perdana Menteri pada PRK Kuala Terengganu dua tahun lepas nak bagi semula bayaran royalti Terengganu, tapi sampai sekarang tak bagi. “Sekarang berlaku krisis keyakinan, orang tak percaya kerajaan, PM pun boleh menipu,” katanya. |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa Bajet 2011 yang dibentang Perdana Menteri tidak seimbang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan