WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- PRK DUN GALAS - PAS JANGAN TERLALU MENJAGA MARUAH KU LI, MARUAH PAS PERLU DIUTAMAKAN
- `ULARMAK MUDA' BERCIRIKAN `ULARMAK SIR' ?
- UMNO LEBAI MALANG, KE HILIR BERLAPAR KE HULU TIDAK KENYANG - NIK AZIZ
- NAIB PRESIDEN PKR - YB FUZIAH SALLEH TENANG, TANPA KONTROVERSI
- PIALA MALAYSIA, PEMAIN KELANTAN BAKAL DAPAT HABUAN - NIK AZIZ
- PKR PAHANG - MENGAPA AZMIN DIKAITKAN ?
| PRK DUN GALAS - PAS JANGAN TERLALU MENJAGA MARUAH KU LI, MARUAH PAS PERLU DIUTAMAKAN Posted: 28 Oct 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSMEMANG benarlah ramalan ramai pihak bahawa perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas sedikit sebanyak membuatkan Umno `lega'. Tidak seperti sebelum ini, Umno akan diserang habis-habisan oleh PAS sehinggakan Umno `sesak nafas' dan semput di petengahan kempen. Kali ini kita lihat Umno begitu `rehat' sekali dan ini menunjukkan PAS masih belum `menukar gear'nya dari `gear satu' selepas hari penamaan calon. Faktor Ku Li dikatakan menjadi penyebab PAS kelihatan `slow'. Mungkin PAS Kelantan khususnya lupa bahawa Ku Li kini sedang bertungkus lumus berjuang untuk Umno, bukannya berjuang untuk mendapatkan royalti minyak Kelantan. Memang benar, Ku Li tetap berprinsip membela hak Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak yang dirampas itu tetapi pada waktu ini, di saat ini Ku Li sedang berjuang untuk Umno. Ku Li mahu rampas kerusi Dun Galas dari PAS untuk di`sedekah'kan kepada Umno. PAS jangan lupa hal ini. Justeru itu, PAS tidak lagi boleh terlalu memandang tinggi atau menghormati Ku Li lebih daripada menghormati maruah PAS. Jatuhnya nanti kerusi Dun Galas kepada Umno akan menyebabkan maruah PAS tercalar dan jika Umno menang sekalipun, adakah PAS Kelantan akan mendapat semula royalti minyak yang dirompak itu? Sudah tentu tidak. PAS mesti bangun dan berani berdepan dengan Ku Li untuk menunjukkan kepada Ku Li dan Umno bahawa PAS tidak akan menjual maruahnya semata-mata `budi' Ku Li. Dikatakan jentera Umno kini sedang giat mempengaruhi pengundi-pengundi terutamanya di kalangan kaum Cina dan masyarakat orang Asli. Jika PAS lambat untuk bertindak atau bertindak sambil lewa, tidak mustahil Dun Galas berjaya dirampas oleh Umno. Pakatan Rakyat juga harus turun semaksima mungkin membangunkan PAS, bersama-sama berdepan dengan Umno/Bn. Strategi mestilah diatur sebaik mungkin dan kempen perlu dipergiatkan seperti di dalam beberapa pilihanraya yang lalu. Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh diketengahkan oleh PAS di dalam pilihanraya kecil ini. Isu royalti minyak sebenarnya sudah difahami oleh sebilangan besar rakyat Kelantan. Isu tempatan juga patut didedahkan oleh PAS kerana isu tempatan kini menjadi berita dan propaganda media mereka. Isu nasional juga boleh diketengahkan terutamanya yang melibatkan isu agama seperti langkah kerajaan untuk menubuhkan Hub-Hiburan termasuk isu Festival Busana Islam yang ditaja oleh isteri PM itu. Bajet `seluar dalam' mungkin memberi kesan kepada rakyat bawahan yang kini tertekan dengan kenaikan harga barang. Isu wang rakyat dibazirkan dengan membina bangunan 100 tingkat juga isu nasional yang memberi kesan kepada rakyat bawahan. Mengikut kenyataan di dalam Malaysiakini, PAS kini `menyimpan' beberapa isu untuk melihat terlebih dahulu apakah isu dari pihak Umno. Ini bererti PAS akan menyerang apabila diserang. Ini satu strategi yang tidak bijak kerana membenarkan Umno menyerang terlebih dahulu. Membuat serangan adalah lebih baik dari membalas serangan. Pasukan bola sepak Kelantan yang berjaya ke Final Piala Malaysia juga adalah kerana strategi B.Sathianathan yang mahukan pasukannya menyerang seawal tiupan wisel lagi. /wfauzdin.bogspot.com | ||||||
| `ULARMAK MUDA' BERCIRIKAN `ULARMAK SIR' ? Posted: 28 Oct 2010 01:27 PM PDT Oleh: Mandor MALAYSIA akan dijadikan `Hub Hiburan', berbeza dengan Kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan Selangor `Hub Pendidikan'. Maka, banyak pertubuhan NGO dan juga parti pembangkang membantah cita-cita mengarut Najib ini. Cita-cita beliau untuk mendirikan bangunan 100 tingkat dibantah ramai pihak, Najib terus rakus dengan khayalannya untuk menjadikan Malaysia `Hub Hiburan' pula. Kita sudah ramalkan bahawa `Ularmak Muda' di dalam Umno akan bertindak pantas untuk mengurangkan tekanan ke atas Najib. Dalam isu Rosmah sebagai Penaja `Festival Busana Islam' kita lihat sendiri bagaimana `Ularmak Muda' ini mentafsir Al-Quran. Maka, lega juga si Rosmah dibuatnya. Dalam isu Hub - Hiburan ini, `Ularmak Muda' memberi komen berikut. Teguran kepada pemerintah dilakukan secara `senyap' (sir) kununnya agar tidak berlaku mudharat lebih besar. Wah, menegur pemimpin secara terbuka akan mendatangkan `mudharat'? `Hub- Hiburan' terbuka bagaimana? Mana lebih mudharat sebenarnya? Tidak mengapalah, jika mereka ingin menegur pemerintah secara `senyap' (sir), kita biarkan saja kerana itulah kemampuan mereka. Sudahkah si Rosmah ditegur secara `Sir' berkaitan isu fesyen mungkar itu? Apa kesannya terhadap teguran `Sir' dari `Ularmak Muda' tersebut? Ada si Rosmah memohon maaf atau merasa kesal? Kita biarkanlah `Ularmak Muda' dengan perjuangan `Sir'nya di dalam Umno. Cuma jangan nanti bila berada dalam Solat Berjemaah, kalau Imam tersilap maka puak-puak ini menegur Imam secara `Sir' pula atas alasan bimbang memudharatkan Imam atau makmum yang lain. Aduhh...macam-macam.../mandor.blogspot.com | ||||||
| UMNO LEBAI MALANG, KE HILIR BERLAPAR KE HULU TIDAK KENYANG - NIK AZIZ Posted: 28 Oct 2010 11:15 AM PDT
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh. Kata menteri besar kelantan itu, beliau hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.
"Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas. "Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud," katanya.Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama Umno dengan MCA dalam BN.
"Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA," Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas. Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan. "Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. "Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja," jelasnya./Malaysiakini | ||||||
| NAIB PRESIDEN PKR - YB FUZIAH SALLEH TENANG, TANPA KONTROVERSI Posted: 28 Oct 2010 02:22 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SELAMAT berjaya buat YB Fuziah Salleh. Ucapan kejayaan ini buat beliau semoga YB Fuziah dapat membantu parti memenangi PRK Parlimen Batu Sapi. Kita maklum, MP Kuantan ini adalah seorang wanita gigih yang sentiasa bersama di barisan hadapan walau di mana sahaja PRK diadakan. Beliau banyak memberikan sumbangan dan idea kepada parti bahkan kerap kali di amanahkan tugas yang memerlukan kesabaran di dalam menghadapi tekanan. Di dalam kesibukan calon-calon berkempen untuk pemilihan pimpinan PKR, YB Fuziah juga seperti beberapa calon lain bertungkus lumus di Batu Sapi. Tenaga beliau walaupun seorang wanita tidak kalah dengan tenaga yang ada pada Chegu Bard yang bersama turun ke Batu Sapi melupakan seketika kempen pemilihan parti. Amanah parti lebih penting dari kedudukan mereka di dalam parti, Saya amat berharap ahli-ahli PKR tidak lupa untuk meletakkan YB Fuziah berada dalam hiraki kepimpinan parti, begitu juga dengan tokoh berani dari AMK iaitu Chegu Bard. Samada ahli perlu meletakkan dua tokoh wanita iaitu YB Fuziah dan YB Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR, tidak menjadi masalah besar kerana kehadiran mereka pastinya mampu menarik golongan wanita menyokong parti ini. Tetapi, sekiranya mereka inginkan seorang sahaja tokoh wanita yang menduduki kerusi Naib Presiden PKR, saya merasakan YB Fuziah boleh mewakili golongan hawa di dalam kepimpinan PKR bagi membantu DS Wan Azizah selaku Presiden Parti. Sikap YB Fuziah yang tenang, tidak banyak kerenah dan tiada kontroversi menunjukkan beliau ikhlas di dalam menawarkan khidmatnya. Di dalam PRU Ke 12 yang lalu, tiada siapa menyangka YB Fuziah boleh merampas Parlimen Kuantan dari Bn. Menjadi seorang MP di sebuah bandar ibu negeri Pahang iaitu sebuah negeri terbesar di Semenanjung bukan tugas yang mudah. Namun YB Fuziah mampu melaksanakannya sehinggakan beliau dihormati di kalangan pemimpin Umno di Pahang. Mudah-mudahan wanita cekal ini diberi peluang untuk berada di kerusi Naib Presiden PKR dan bersamalah kita nantikan apakah ruginya PKR memilih beliau ke tahap itu. Selamat Berjaya buat YB Fuziah Salleh./wfauzdin.blogspot.com | ||||||
| PIALA MALAYSIA, PEMAIN KELANTAN BAKAL DAPAT HABUAN - NIK AZIZ Posted: 28 Oct 2010 02:04 AM PDT Kerajaan Negeri Turut Beri Insentif Kepada Pemain Kelantan
KOTA BAHARU, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan Kelantan memberi jaminan akan turut memberi insentif kepada pemain bola sepak negeri ini kerana berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
| ||||||
| PKR PAHANG - MENGAPA AZMIN DIKAITKAN ? Posted: 27 Oct 2010 10:35 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSPKR Pahang diberitakan `panas' kembali seperti yang dilaporkan oleh Pahang Daily. Ini berikutan dengan dakwaan perletakan jawatan Hj Suhaimi Said di dalam PKR Pahang. "Hj.Suhaimi ialah Ketua Cabang Kuala Krau dan merupakan Pengerusi Biro Felda & Orang Asal PKR Pahang. Menurut sumber, beliau juga seperti Azan hanya melepaskan jawatan peringkat negeri sebaliknya masih meneruskan hubungan dengan pusat" (Pahang Daily Online). Berita ini sebenarnya tidaklah dianggap `panas' seperti berita pemimpin keluar dari parti. Berita ini hanya menampakkan bahawa PKR Pahang masih belum stabil dan sesuatu tindakan haruslah dilakukan oleh pimpinan pusat dengan segera sebelum Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya PR di Pahang bertambah kuat dan melihat kepada situasi semasa dirasakan PAS lebih berkelayakan untuk memimpin PR Pahang sekiranya PR memenangi Pilihanraya Umum akan datang. Perletakan Hj Suhaimi Said dikatakan berpunca dari kecaman hebat oleh pimpinan PKR Pahang yang kurang senang dengan sikap beliau menyokong YB Azmin yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR secara terbuka. Benarkah demikian atau sengaja dijadikan isu untuk menunjukkan bahawa PKR Pahang keseluruhannya menyokong Dato Zaid? Mengapa dikaitkan perletakan jawatan Hj Suhaimi dengan YB Azmin? Setahu saya, di Pahang sokongan terhadap YB Azmin juga kuat dan Dato Zaid juga mempunyai peminat-peminatnya tersendiri. Justeru itu, salahkah Hj Suhaimi menyukai YB Azmin dan menyuarakannya secara terbuka? Sokongan secara terbuka tidak hairan lagi setiap kali adanya pemilihan dalam parti. Bukankah Dato Zaid juga pernah menyokong YB Nurul Izzah secara terbuka? Apa yang penting, sokongan itu tidaklah sehingga kita memburukkan atau mengaibkan peribadi orang lain seperti kita menggelar orang lain sebagai `nyanyuk' atau `boneka'. Sudah tentu ahli-ahli PKR di Pahang yang menyokong YB Azmin tidak senang dengan keputusan Hj Suhaimi Said. Beliau sepatutnya tidak perlu meletakkan jawatan jika beliau merasakan beliau tidak bersalah. PKR Pahang juga sewajarnya bersikap terbuka di dalam pemilihan parti kali ini. Apa yang penting, kita bukan berlawan dengan Umno, kita cuma bersaing untuk menentukan arah tuju parti. Sewajarnya juga PDO di dalam artikel berkaitan tidak mudah menganggap YB Azmin `kaki kipas' DS Anwar. Itu satu anggapan yang sering dimainkan oleh pihak musuh. /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan