Selasa, 12 Oktober 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Langgar Perlembagaan dan Hina Raja ...?

Posted: 12 Oct 2010 08:15 AM PDT

"JPM Gagal Nasihati Rosmah Isu Wanita Pertama

SHAH ALAM 12 Okt - Tindakan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bermula hari amat dikesali walaupun sudah terbukti dari segi Perlembagaan beliau bukan Wanita Pertam Malaysia dan tidak berhak menggunakan gelaran itu.

Malah menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tunaku Nur Zahirah.

Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong"."

Sepenuhnya di sini.

Gambar `Ambassador of Death` .....

Posted: 12 Oct 2010 05:28 AM PDT

Bencana Sungai Rejang ....

Posted: 12 Oct 2010 12:32 AM PDT

"BINTULU 12 Okt - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.

Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Menurut seorang penulis blog, Calvin Jemarang yang mengendali blog www.bintulu.org, tragedi dahsyat yang menimpa sistem ekologi sungai serta alam sekitar di sungai terpanjang dan terbesar di Sarawak itu berlaku bagi kali ketiga."

Sepenuhnya di sini.

PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon

Posted: 11 Oct 2010 09:42 PM PDT

"Cawangan PKR Batu Sapi telah menyenarai-pendek tiga calon yang berkelayakan untuk diketengahkan bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, kata ketuanya Hassnar Ebrahim.

"Tiga nama berkenaan - seorang Bajau, seorang Suluk dan seorang lagi untuk dipertimbang oleh kepimpinan PKR Sabah malam ini.

"Biarkan pucuk pimpinan umumkan keputusan itu. Kami akan adakan juga mesyuarat Pakatan Sabah di Kota Kinabalu tidak lama lagi bagi membincang persiapan pilihan raya kecil."

PKR diamanahkan untuk bertanding di parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya 2008 tetapi parti itu gagal mengetengahakan sebarang calon pada hari penamaan calon."

Sepenuhnya di sini.

Senarai calon Pas sudah diserah kepada Dewan Syura

Posted: 11 Oct 2010 06:57 PM PDT

"KOTA BHARU – Pas akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 24 Oktober ini, kata Pengarah Pilihan Raya Negeri, Abdul Fatah Haron.

Katanya, semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Dewan Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.

"Kita (Pas) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN (Barisan Nasional), ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak, calon pun mempunyai masa untuk mengisi borang sebelum hari penamaan dijalankan, katanya kepada :Sinar Harian: di sini, semalam.

Abdul Fatah berkata, pimpinan Pas Pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

Mengenai pelancaran jentera pilihan raya Pas bagi menghadapi kempen di kawasan Galas itu, Abdul Fatah berkata, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan majlis pelancaran jentera parti itu di Markaz Besar Pas Gua Musang pada 19 Oktober ini."

Sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan: