Selasa, 12 Oktober 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Wang Judi : SYABAS!! UMNO Gagal memperbodohkan mereka!

Posted: 12 Oct 2010 05:41 AM PDT

Mohd Sabri Said



BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.


Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.






Berita : Harakah Daily
Gambar : e-mail aku

Wee Choo Keong saksi SD Rahimi

Posted: 12 Oct 2010 02:34 AM PDT

Bekas pemimpin PKR yang kini menjadi ahli parlimen Bebas, Wee Choo Keong dikenal pasti sebagai saksi ketika bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - menandatangani akuan bersumpahnya.

Dua peguam yang didakwa oleh Rahimi "memaksanya" menandatangani akuan bersumpah itu - ketua penerangan parti itu, Latheefa Koya dan ketua Pemuda PKR Kedah, Saiful Izham Ramli - berkata akuan itu ditandatangani di hadapan Wee, yang ketika itu adalah ahli parlimen PKR di Wangsa Maju.

"Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong.


"Dakwaannya, kami 'kurungnya' di Quality Hotel adalah lucu dan tidak benar. Dia berada di situ atas kerelaannya sendiri sepanjang masa dan secara suka rela menawarkan maklumat bagi membantu kami dengan kes Anwar," kata Latheefa dalam kenyataan kepada polis.

Beliau bersama Saiful Izham, sebelum memberikan salinan laporan polis berkenaan, disoalsiasat selama sejam di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Bukit Aman.

Mereka turut diiringi peguam masing-masing, N Surendran and Rashid Ismail.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 199 Kanun Jenayah kerana didakwa membuat akuan palsu dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Rahimi memberi keterangan kepada polis semalam.

Dalam pendedahannya pada 6 Oktober lalu, Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada 2008 yang memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.

Dakwanya, kedua-dua Latheefa dan Saiful Izham "menahannya" di sebuah hotel untuk beberapa hari selepas itu.


Malaysiakini

PKR diminta tangguh pemilihan tumpu Batu Sapi

Posted: 12 Oct 2010 02:27 AM PDT

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin minta partinya yang dalam proses mengadakan sistem pemilihan langsung bersejarah peringkat pusat, kira-kira sebulan bermula 29 Oktober ini, agar menangguhkan aktiviti itu.

Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadian Rakyat (PKR) harus meneliti syor ini supaya parti ada masa yang cukup untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan dengan proses pemilihan dan juga bagi memberi tumpuan ke atas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ini berkata, parti perlu menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak "agar jangan sampai rumah sudah siap tetapi pahat terus berbunyi."


"Kita hendak siapkan rumah baru dengan menggunakan sistem pemilihan dan memberi ruang demokrasi yang luas, tetapi dalam usaha kita hendak mencipta ruang demokrasi yang luas, jangan sampai kita dilihat rumah siap tetapi pahat terus berbunyi," kata beliau ketika dihubungi.

Oleh itu pemimpin dari Rembau, Negeri Sembilan ini berkata, apa salahnya proses pemilihan ini ditangguhkan sementara bagi menyelesaikan beberapa masalah teknikal yang banyak dibangkitkan di peringkat cabang sebelum ini.

"Walaupun masalah yang wujud ini sikit sahaja tetapi boleh menjejaskan pencapaian sejarah besar kalau kita terburu-buru mahu menyelesaikan proses pemilihan ini dengan tidak cermat mendengar serta menyelesaikan masalah teknikal yang ada," kata beliau lagi.

Malah Badrul Hisham yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia berkata, langkah berani parti memperkenalkan sistem satu undi satu ahli turut berjaya menggamit perhatian banyak pihak untu melihat proses pemilihan kali ini dijalankan dengan jaya.

Menurutnya, pemilihan 2010 juga dianggap sebagai harapan baru bagi anak muda sebelum mereka menempuhi pilihan raya kecil ke-13 iaitu Batu Sapi.

PKR selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang 3 Oktober lalu tetapi sembilan cabangnya bermasalah.

Sebahagian cabang bermasalah akan mengadakan pemilihan sebelum kongres hujung bulan depan manakala yang lain akan berbuat selepas kongres.

Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.

Selain itu, kata Badrul Hisham, pemilihan juga perlu ditangguhkan memandangkan partinya akan turun bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi di Sabah.

Kerusi Batu Sapi diperuntukkan kepada PKR di bawah pembahagian kerusi kepada PKR tahun 2008.

"Parti memerlukan tumpuan penuh untuk menghadapi cabaran di Batu Sapi dan memenangi kerusi itu.

"Kerusi ini sangat penting bagi PKR dalam usaha menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-13.

"Kekuatan kami dan Pakatan Rakyat di Semenanjung sudah cukup, dan sekarang perlu memberi tumpuan ke atas Sabah dan Sarawak bagi mengambil alih kerajaan persekutuan," kata beliau.

Oleh itu katanya, kejayaan di Batu Sapi adalah penting bagi PKR dan Pakatan Rakyat sebagaimana DAP menang di Sibu.

Kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu.

Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Datuk Samsudin Yahya daripada BN dan DUN Karamunting oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar daripada Parti Liberal Demokratik bulan lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Chong memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708. Mendiang memperoleh 9,479 undi manakala Chung meraih 5,771 undi.

Mengenai kemungkinan ditangguhkan pemilihan kali ini, Badrul Hisham berkata ia boleh diputuskan oleh MPP.

"MPP yang boleh membuat keputusan dan membolehkan JPP menangguhkan pemilihan," kata beliau sambil menambah telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin.

"Nampaknya mereka juga setuju dengan cadangan ini. Saya akan menulis surat kepada ibu pejabat hari ini mencadangkan perkara ini," katanya.

PKR akan mengadakan mesyuarat mingguan Biro Politik setiap Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu notis Parlimen untuk mengadakan mesyuarat khas menetapkan pilihan raya kecil.

Pilihan raya kecil DUN Galas di Kelantan diadakan pada 4 November.


The Malaysian Insider

Persidangan Wanita Pertama Dunia Ketiga kah ini?

Posted: 11 Oct 2010 11:57 PM PDT



KUALA LUMPUR 12 Okt. - Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Seramai 15 Wanita Pertama menghadiri Sidang Kemuncak dengan tema "Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok" yang diadakan buat julung kali, turut dihadiri enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.





Ucapan pembukaan pada kira-kira pukul 10 pagi dijadualkan berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, dekat sini, diikuti dengan perbincangan panel yang akan dikendalikan oleh Mishal Husain, dari British Broadcasting Corporation's (BBC).

Perbincangan panel membabitkan lima Wanita Pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia. Sidang Kemuncak Wanita Pertama 2010 yang merupakan inisiatif isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Sidang Kemuncak itu di Seri Perdana malam tadi.




First Lady? paling menonjol disini.. ibarat sebutir kaca didalam
longgokan tanah merah....he..he..

Antara program yang dijadualkan untuk Wanita Pertama hari ini adalah majlis mengadap dan jamuan petang dengan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara dan pertunjukkan kebudayaan di Istana Budaya.


Berita : Bernama
Gambar : Rosmah Mansor

Kes Aminulrasyid : 19 peluru ditemui di kawasan tembakan

Posted: 11 Oct 2010 11:29 PM PDT

Photobucket

SHAH ALAM, 12 Okt — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.

Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini.

Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan.


Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian.

Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam.

Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan.

Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2.

Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu.

Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan.

Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari.


The Malaysian Insider

Kemalangan KM223 : 'Lengan kiri saya hampir hancur'

Posted: 11 Oct 2010 07:57 PM PDT

2010/10/12

Penuntut UM hanya dengar jeritan, tangisan minta tolong selepas bas terbalik

SEREMBAN: "Apabila sedar, saya berasa lengan kiri sangat sakit dan terkejut apabila mendapati ia hampir hancur berlumuran darah dan dipenuhi kaca tingkap," kata Nurnajlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, mangsa kemalangan bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin.

Dia yang sebelum itu tertidur berkata, tidak mengetahui punca kecederaan, tetapi percaya disebabkan tersepit pada kaca tingkap bas yang terbalik. Pelajar tahun satu jurusan Kejuruteraan Komputer Universiti Malaya (UM) itu berkata, dia terpaksa menggagahkan diri keluar daripada bas yang sudah terbalik untuk menyelamatkan diri.


"Ketika itu, keadaan huru hara dengan jeritan dan tangisan meminta tolong. Saya yang masih bingung kerana impak kejadian itu tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling dan hanya risaukan tangan saya.

"Apabila berada di tepi jalan, baru saya sedar kemalangan itu sangat teruk dan ramai yang parah, selain melihat beberapa mayat bergelimpangan," katanya yang turut cedera pada muka dan kepala akibat terkena serpihan kaca.



Gambar tangan yang terputus antara gambar dari tempat kejadian
yang diterima dari e-mail..

Sementara itu, pelajar kolej swasta, Tew Chi Ling, 18, berkata, dia sedang mendengar pemain MP4 apabila bas tiba-tiba bergoyang kerana cuba mengelak sebuah kenderaan lain di hadapan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.

"Saya terkejut dan terasa seolah-olah bas melayang sebelum terhempas dan mendengar dentuman kuat. Selepas itu, saya sedar sudah berada dalam keadaan terbalik dengan kepala di bawah dan kaki di atas. Saya dengar ada orang meminta saya keluar segera," katanya yang cedera ringan.

Mereka ditemui ketika lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan; Ketua Pengarah JKJR, Datuk Sureet Singh dan Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).


Berita Harian Online

Kemalangan KM223 : Bas tiba-tiba melambung

Posted: 11 Oct 2010 07:46 PM PDT

SEREMBAN – Walaupun terselamat dalam kemala- ngan yang meragut 12 nyawa di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, dekat Rembau petang kelmarin, kebanyakan mangsa masih dalam trauma dan terkejut.

Salah seorang penumpang bas Ekspres Delima, Shahnor Amer Ahmad, 18, berkata, ketika kejadian, dia berada di belakang pemandu bas menyedari kenderaan itu terhoyong-hayang sebelum melanggar pembahagi lebuh raya dan melambung ke laluan bertentangan.

Ketika ditemui semalam, Shahnor yang juga penuntut sebuah kolej swasta di Petaling Jaya itu ditemani kakaknya, Zurina Ahmad, 30, tidak banyak bercakap kesan kecederaan pada bahagian mukanya.


"Shahnor menaiki bas tersebut ke Kuala Lumpur. Sebelum itu dia tidak boleh tidur. Kemudian dia merasakan bas tiba-tiba melambung. Kejadian berlaku begitu pantas. Bila dia buka mata sahaja, dia tidak dapat melihat apa-apa, hanya hitam sahaja," katanya.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah van dan menghempap tiga kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Seorang lagi mangsa, Nurnajla Aqilah Mohd Ghazali, 19, yang kehilangan sebahagian kulit dan daging di pergelangan tangan kirinya berkata, dia berada dalam keadaan separuh sedar dan pening kerana bas itu berpusing dan terho-yong-hayang.

"Apabila saya sedar, saya lihat pakaian saya dibasahi dengan darah.

"Saya menangis apabila melihat darah banyak mengalir dari pergelangan tangan dan dimaklumkan ia terkoyak semasa kemalangan itu berlaku," kata pelajar Universiti Malaya itu.

Dalam pada itu, bapa Nurnajla, Mohd Ghazali Anuar, 45, berkata, dia terkejut apabila mengetahui kemalangan ngeri membabitkan anaknya melalui berita, pagi semalam.

"Bila lihat nama dia ada, kami terus hubungi telefon bimbitnya dan ternyat ia benar sebelum bergegas ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)," katanya.

Sementara itu, Tew Chi Ling, 18, pelajar kolej swasta di Petaling Jaya berkata, dia kini trauma kerana dapat menyaksikan keseluruhan detik cemas, ketika kemalangan itu berlaku.




"Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang tersepit di dalam bas. Ada yang mengeluh kesakitan, ada yang sudah tidak bersuara lagi. Ada pula yang patah, cedera di kepala. Saya cuba membantu, tetapi tidak berdaya," katanya.


Sinar Harian

Tengku Adnan kata Pemuda UMNO Pemalas.

Posted: 11 Oct 2010 07:37 PM PDT

Alaa... dah memang pemalas.. nak kata apa lagi? yang rajinpun cuma membodek saja..

BATU MAUNG - Pemuda UMNO Pulau Pinang kesal dan kecewa dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menuduh pergerakan itu dan Puteri tidak melakukan kerja sebaliknya hanya mahu mengejar jawatan dalam kerajaan.

Ketuanya, Norman Zahalan berkata, kritikan Tengku Adnan terhadap Pemuda dan Puteri merupakan satu tindakan yang kurang bijak kerana ia boleh mencalarkan imej parti.

Norman berkata, jika mahu membuat kritikan, Tengku Adnan perlu menggunakan saluran yang tepat dan bukanya media sebagai medium untuk meluahkan perasaan.


"Dalam keadaan sekarang ini, beliau tidak patut berkata demikian atau sengaja mahu menggugat keharmonian dalam parti. Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan secara dalaman kerana ia melibatkan isu dalaman parti agar tidak dimanipulasikan pembangkang.

"Walaupun tidak menujukan kepada mana-mana pihak, sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri, saya rasa tersinggung dengan kenyataan itu. Beliau pun bukannya selalu turun padang dan melihat apa yang dilakukan oleh Pemuda, jadi tidak perlu untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda Barisan Nasional di sini, semalam.

Norman berkata, Tengku Adnan seharusnya mengimbau kembali kekalahan UMNO sewaktu Pilihan Raya Umum ke-12 apabila parti itu banyak kehilangan kerusi akibat kurang sokongan pengundi muda.

"Beliau perlu akur bahawa kuasa mengundi kebanyakannya datang daripada kalangan Pemuda Dan Puteri. Sebagai Setiausaha Agung, beliau perlu menjaga dan menjalankan tugas dengan baik untuk mengukuhkan parti dan bukannya mencetuskan perkara yang boleh memecahbelahkan ahli," katanya.

Jika tidak mampu memikul jawatan itu, Norman mencadangkan Tengku Adnan melepaskan jawatan berkenaan kerana masih ramai pemimpin berkaliber lain yang boleh menggalas tanggungjawab itu.


Sinar Harian.

Abdul Rahman Palil Beri Perlindungan Politik Kepada Suspek Pembunuhan Sosilawati?

Posted: 11 Oct 2010 06:14 PM PDT

Apabila terdapat dakwaan menyatakan wujudnya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, maka pelbagai tandatanya timbul, yang yang utama: Siapa ADUN tersebut?

Di dalam beberapa kes "orang hilang" dan kes terbaru iaitu pembunuhan Datuk Sosilawati bersama dengan tiga yang lain, didapati ianya menunjukkan tentang penglibatan suspek dalam urusan tanah dan malaysikini hari ini mendedahkan tentang wujudnya penglibatan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Abdul Rahman Palil di dalam sekurang-kurangnya satu syarikat yang di jalankan oleh suspek pembunuhan kejam berkenaan.

Penglibatan Abdul Rahman Palil sebagai seorang Pengarah di dalam syarikat yang dijalankan suspek menimbulkan persoalan sajuh manakah perlindungan politik yang telah dinikmati oleh suspek sebelum penahanannya.

Malaysiakini hari ini ada melaporkan:


The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.

According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.

Abdul Rahman Palil pernah di dalam tahun 2006 diberikan notis bankrap sewaktu beliau masih seorang exco Selangor.



Selain itu Abdul Rahman Palil dikatakan telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda di dalam kes penjualan tanah di dalam kes PKFZ. Hal ini pernah didedahkan oleh Exco Dewan pemuda Pas Perak.

Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Saudara Mohd Hafez Sabri mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dinilaikan RM12 billion sekarang, bersandarkan pada beberapa kes yang melibatkan 'orang penting dalam Umno dan MCA sebelum ini.

Menurut beliau , "Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini."

"(Antaranya) membabitkan Dato' Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi." jelasnya.

"Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut." jelasnya.

Beliau juga mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kalau Dato' Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui."

Malah di dalam pilihanraya yang lalu, Abdul Rahman Palil telah didakwa bahawa beliau telah membeli calon PKR bagi membolehkannya menang tanpa bertanding di DUN Sementa pada hari pencalonan tersebut. Ketua Pemuda PKR Kapar Suzaimi Salam yang diumumkan untuk bertanding di kerusi DUN Sementa melawan Abdul Rahman Palil gagal hadir dan dikatakan bercuti di Port Dickson.

Justeru itu, rakyat seluruhnya mengharapkan satu siasatan penuh dilakukan untuk mempastikan setakat mana wujud perlindungan politik yang diberikan oleh bekas exco kerajaan Selangor berkenaan kepada suspek sehingga sudah sekalian ramai menjadi mangsanya.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ?

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Ahli Parlimen S Manikavasagam (gambar kiri) berkata beliau mempunyai bukti wakil rakyat itu mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.

Adalah dipercayai, suspek itu juga terbabit dalam beberapa kes orang hilang sebelum ini. Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.

"Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!" kata Manikavasagam.

Sebelum ini, ahli Parlimen itu dibidas polis kerana menganggu siasatan, semasa beliau berkata mahu membawa isteri salah-seorang mangsa suspek ke lokasi pembunuhan.

Manikavasagam berkata, beliau tidak boleh mengelak apabila isteri kepada Allal Kathan Muturaja itu datang menemuinya, meminta pertolongan.

"Usharani datang dari India mencari saya untuk meminta bantuan. Beliau hubungi saya dan saya bantu. Tetapi saya kesal bila dibidas polis, yang kata saya campur siasatan. Saya sekadar mahu membantu dan polis sekurang-kurangnya patut berterima-kasih," kata Manikavasagam.

Beliau turut memaklumkan, Usharani yang telah pulang ke India akan kembali ke Malaysia untuk membawa lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.

"Usharani akan kembali ke Malaysia. Dia nak bawa bukti, dan saya mahu bantu. Usharani akan bagi kerjasama dengan polis," ujar Manikavasagam.



Sumber : Kelab Greenboc

Kalau Begini... Aku Rela Berjalan Kaki...

Posted: 11 Oct 2010 09:33 AM PDT



Sedang aku melihat puluhan gambar-gambar tentang kemalangan yang berlaku di KM223 Lebuhraya Utara Selatan yang diterima dalam e-mail aku, ada gambar yang menunjukkan Driver Van Putih yang terbunuh dengan kepalanya pecah, ada gambar MyVi yang dihempap oleh bas, driver bas yang terbunuh didalam bas dan juga mayat-mayat yang bergelimpangan..

Tiba-tiba aku menerima satu sms, sms berbunyi "Penamaan calon mpp di kuala lumpur 16 Oktober, 10 pagi hingga 4 petang & program bersama YB Azmin (malam), negeri sedia bas utk ke sana, sila kasi nama kepada saudara Ong Ee Leong.. Tel : 016-4420820"

Hah!! BAS??..naik bas pergi KL?? Kalau macam tu.. biarpun Zaid Ibrahim yang merancang program itu sekalipun.. buat masa ini aku rela berjalan kaki…..


Pemandu van putih terbunuh..


MyVi dihempap bas..


Mayat disisi bas..


Yang cedera sedang dirawat


Terbunuh dihempap bas..


Juga terbunuh dihempap bas..






Mayat-mayat bergelimpangan.


Juga mayat-mayat bergelimpangan..


Buat seluruh warga PKR Negeri Pulau Pinang.. jika anda berminat untuk ke KL dengan menaiki BAS.. tak tahulah bas kilang atau bas sekolah ataupun boleh jadi bas express, bagi menghadiri penamaan calon MPP.. sila hubungi saudara Ong Ee Leong.. Tel : 016-4420820

Tiada ulasan: