Selasa, 12 Oktober 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Warga emas tolak fitnah Umno

Posted: 12 Oct 2010 03:26 AM PDT

Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

~Harakah~

PAS tak bawa isu royalti di Galas

Posted: 12 Oct 2010 03:26 AM PDT

PAS tidak akan membawa isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas, kata Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, lapor Bernama.

"Kita akan menggunakan isu bagaimana parti ini dapat meneruskan dasar perjuangannya berteruskan prinsip Islam selain mengekalkan rekod perkhidmatan Chek Hashim Che Sulaima, sepanjang perrkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu," lapor Bernama yang memetik Mohd Amar memberitahu pemberita demikian di Kota Bharu hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian ADUN dari PAS, Chek Hashim, 46, pada 27 September lepas akibat kanser.

Mohd Amar yang juga exco kerajaan negeri dilaporkan berkata, walaupun mengikut peguam, isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ianya tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah, PAS tidak akan membawa isu berkenaan.

ADUN Panchor itu juga menolak dakwaan yang PAS menurunkan kain pemidang yang menggesa rakyat menyokong tuntutan royalti itu kerana kononnya ia tidak menguntungkan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Mohd Amar berkata beliau yakin PAS akan menang dengan majoriti lebih baik dalam pilihan raya kali ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap parti itu di kawasan berkenaan.

~Bernama~

Boleh Tanya Wee MP Katak PKR

Posted: 12 Oct 2010 03:24 AM PDT

Bekas pemimpin PKR yang kini menjadi ahli parlimen Bebas, Wee Choo Keong dikenal pasti sebagai saksi ketika bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - menandatangani akuan bersumpahnya.

Dua peguam yang didakwa oleh Rahimi "memaksanya" menandatangani akuan bersumpah itu - ketua penerangan parti itu, Latheefa Koya dan ketua Pemuda PKR Kedah, Saiful Izham Ramli - berkata akuan itu ditandatangani di hadapan Wee, yang ketika itu adalah ahli parlimen PKR di Wangsa Maju.

"Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong.

"Dakwaannya, kami 'kurungnya' di Quality Hotel adalah lucu dan tidak benar. Dia berada di situ atas kerelaannya sendiri sepanjang masa dan secara suka rela menawarkan maklumat bagi membantu kami dengan kes Anwar," kata Latheefa dalam kenyataan kepada polis.

Beliau bersama Saiful Izham, sebelum memberikan salinan laporan polis berkenaan, disoalsiasat selama sejam di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Bukit Aman. Mereka turut diiringi peguam masing-masing, N Surendran and Rashid Ismail.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 199 Kanun Jenayah kerana didakwa membuat akuan palsu dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Rahimi memberi keterangan kepada polis semalam.

Dalam pendedahannya pada 6 Oktober lalu, Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada 2008 yang memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.

Dakwanya, kedua-dua Latheefa dan Saiful Izham "menahannya" di sebuah hotel untuk beberapa hari selepas itu.

~MK~

Tarik balik penswastaan Kem Sungai Besi

Posted: 12 Oct 2010 03:24 AM PDT

Ahli Perlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut satu kertas putih dibentangkan di Dewan Rakyat berhubung penswastaan Kem Kantomen dan Kem Sungai Besi. Ianya kerana timbul keraguan berhubung nilai harga yang dijual kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

"Kita tuntut kerajaan bentang kertas putih, kita nak tahu dari aspek keselamatan, kos yang diperoleh syarikat itu, berapa harga yang ditawar kedua-dua syarikat itu.

Soalan berhubung perkara itu sebelum ini dibangkitkan ahli Parlimen Batu, Tian Chua namun tidak dijelaskan oleh Menteri Pertahanan.

Dalam sidang media sama, Tian berkata, kerajaan juga tidak pernah menyatakan secara terbuka penswastaan tersebut namun proses itu berlaku secara dalaman degan kedua-dua syarikat tersebut.

"Kementerian Pertahanan dan Perdana Menteri menjalankan penswastaan ke atas kedua-dua kem ini adalah perkara yang tidak masuk akal.

"Ini membuktikan bahawa ia menggadaikan jaringan keselamatan dan kedaulatan negara.

Dalam soalan Tian semalam, beliau bertanya siapa pembeli kedua-dua kem tersebut dan kenapa kerajaan tidak menjualnya secara tender terbuka. Beliau juga bertanya mengenai keluasan kawasan serta nilai harga yang ditawarkan.

Menteri dalam jawapannya bagaimanapun tidak menjelaskan berhubung nilai harga yang diberikan kepada dua syarikat tersebut. Sehubungan itu, Tian mendesak kerajaan menarik balik cadangan penswastaan tersebut sebelum satu kertas putih dibentangkan

~harakah~

Salam Takziah Dari Kami Semua

Posted: 12 Oct 2010 03:09 AM PDT

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa mangsa yang beragama Islam. Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kerana itu sahajalah yang mampu kita lakukan sebagai saudara seagama.
Kepada keluarga-keluarga mangsa, tabahkanlah hati walaupun amat berat menanggung kesedihan daripada orang yang melihatnya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah menyumbangkan foto ini. Percayalah kepada takdir Allah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Takziah dari kami admin blog anakcucunabiadam.
Tinta Hijau
Metafora

Tragedi tarikh KERAMAT 10.10.10

Posted: 12 Oct 2010 12:39 AM PDT

Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas.
Kemalangan berlaku jam 7.12 malam apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van.
Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam
kemalangan itu.
Setakat tengah jumlah sebenar mangsa belum dikenal pasti kerana semua yang terbabit sama ada yang meninggal dunia dan cedera, termasuk parah dihantar ke hospital.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.
"Sebahagian besar mangsa dihantar ke Hospital Tampin, Alor Gajah dan Melaka bagi memudahkan mereka menerima rawatan kerana kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan," katanya kepada Berita Harian.Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata 24 pegawai dan anggota dari balai Rembau, Tampin dan Alor Gajah dihantar ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.Seorang penumpang bas ekspres yang cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Nur Najlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, berkata dia sedang tidur ketika kejadian.Pelajar Universiti Malaya itu berkata, dia terkejut daripada tidur apabila bas bergoyang kuat dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas di lebuh raya bertentangan."Bas menimpa sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah bas dari arah bertentangan. Keadaan kelam kabut dan nasib baik saya hanya cedera ringan," katanya yang cedera muka dan tangan.
Difahamkan, bas JKM terbabit membawa bekas tentera yang menghadiri Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Najib pulak jadi pelawak

Posted: 12 Oct 2010 12:31 AM PDT

Lawak la lu Najib!! Lu ada guna akai ke atau lu saja nak berlawak!! Elok lu masuk raja lawak le. Ganti Nabil!!

Gua bukak TV3 tengok lu tengah berucap dalam perhimpunan MCA. Yang gua gelak pecah perut tu lu bagi kata-kata nasihat kat MCA. Lu cakap, kalau nak rakyat sokong balik jangan bagi wang, tapi bagilah khidmat yang terbaik. Lawak giler le. Bolehle ajak Penerbit David Teoh jadi penerbit cerita lu yang bertajuk "Penipu yang menipu 1 Malaysia".

Gua bukan apa, dulu gua teringat lu masa pilihanraya kat Pekan, gua dengar orang sana kata lu bagi not RM 50 kat orang-orang sana pada malam sebelum mengundi suruh undi lu. Ye la kan. Bukanke satu masa dulu lu dah kalah dengan majoriti seribu lebih tapi Mahathir Maha Firaun sudah kasi top up lu punya undi. Lu menang pun ciput sangat undinya. Lepas tu lu pun buat le kem tentera bagi mengatasi majoriti seribu lebih tu kalau kejadian yang sama berulang.

Bukanke UMNUO jugak yang bagi kain pelekat dan duit pada orang-orang kampung? Kalau kat Kg Jenderam Hulu Selangor, gua dengar orang UMNO datang bagi bendera dan topi lambang dacing dari rumah ke rumah secara percuma.

Apa lu sudah lupa ke? Lu cuba berlakon jadi orang baik nampakkkk!!! Dekat ijok dulu ada kontraktor bagitau gua, depa kena sediakan RM 30k dan dipecahkan jadi RM 10 ringgit dan dimasukkan dalam sampul surat untuk diagihkan kepada rakyat. Itu bukan politik wang ke?

Sudahlah mabukkk!! Piirraaahh!! Hang dengan Zambry Mugabe tu sama je. Elokle korang sesampan sekali dengan Mufti Huruharasanasini. Untuk Huruharasanasini tok guru lu baru meninggal...ape lu tak takut mati ke?

Lu sanggup bagi UMNO yang nyata berpakat dengan BN dan orang-orang kapir memerintah Perak secara zalim? Lu tak ingat ke cara lu sokong BN ambik Perak cara menipu? Takpe...Gua yakin janji Allah swt buat orang-orang macam lu. Lu semua mesti ingat, gua dan semua rakyat Perak penyokong PAS sentiasa mendoakan lu orang setiap malam dan setiap masa.

Moga dapatle gua tengok macamana lu orang akan jatuh dan nyah dari bumi Perak pada PRU ke 13. Janji gua dan kawan-kawan gua, kami tak akan redha atas apa yang berlaku.

TAKBIRR!!

ROCKER OTAI

Tak mungkin Zaid beri laluan pada Khalid

Posted: 12 Oct 2010 12:30 AM PDT

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR, telah meletakkan semula tumpuan terhadap pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini kerana ketika menawarkan dirinya, Zaid berkata, beliau hanya akan berbuat demikian jika Khalid tidak bertanding jawatan nombor dua PKR itu.

Jika ketua PKR Wilayah Persekutuan itu mahu menjaga imej dan prinsipnya, maka beliau harus mengotai janjinya dan menarik diri walaupun mendapat pencalonan dari kira-kira dua pertiga cabang PKR.

Zaid masih membisu mengenainya dan sehingga ini tidak dapat dihubungi. Bagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan bekas menteri di jabatan perdana menteri itu, beliau tidak mungkin menarik diri untukmemberi laluan kepada Khalid.

Katanya, ini kerana keadaan sudah berubah kebelakangan ini.

Begitu juga, Zaid - ketika ditanya sama ada akan menarik diri untuk memberi laluan kepada Khalid - pernah memberitahu pihak media tentang perlunya 'mengambil jalan yang berbeza' jika 'keadaan berubah'.

Tumpuan pada Nurul Izzah

Sumber itu berkata, orang yang perlu diberi perhatian sekarang ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang belum memutuskan sama ada akan menerima "tawaran' Zaid untuk menyokongnya jika bertanding timbalan presiden.

"Dia masih belum putuskan. Saya berhati-hati terhadap apa yang akan dilakukan oleh Zaid (berdasarkan keputusan Nurul Izzah nanti)," katanya.

Nurul hanya menerima satu pencalonan untuk bertanding jawatan his timbalan presiden. Beliau memerlukan dua pencalonan untuk layak bertanding. Bagaimanapun, Nurul dilaporkan telah mendapat pencalonan yang mencukupi, dari kalangan kira-kira 30 cabang yang belum lagi menghantar keputusan rasmi kepada ibupejabat parti.

Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat sehingga ini membisu tentang jawatan yang akan ditandinginya jika Nurul menerima tawaran bertanding timbalan presiden, tetapi wujud spekulasi yang mengatakan beliau mungkin mensasarkan jawatan presiden.

Sama ada Zaid akan menggunakan 'persetujuan Nurul" sebagai satu alasan untuk bertanding jawatan tersebut masih menjadi teka-teki, tetapi mereka yang mengetahui, telah menyatakan kebimbangan masing-masing dengan langkah Zaid seterusnya.

~MK~

Nurul Izzah tak layak tanding timbalan presiden

Posted: 12 Oct 2010 12:27 AM PDT

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya turut bersaing.

Menurut Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin, selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah.

"Perkara ini kami berikan perhatian istimewa. Saya pun tidak tahu bagaimana beliau dikatakan mendapat tiga atau empat pencalonan.

"Pihak kami semak dengan Nurul Izzah sendiri, beliau pun tidak tahu," katan Raden Shamsulkamar.

PKR menetapkan setiap calon yang mahu bertanding mesti mendapat sekurang-kurang dua pencalonan minimum.

Keputusan itu dinanti-nanti kerana Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim pada 7 Oktober lalu mengumumkan beliau sanggup mengundurkan diri daripada bertanding jawatan itu jika Nurul Izzah turut menyertainya.

Zaid berkata, beliau bersedia 'melakukan apa yang terdaya' bagi membantu usaha Nurul Izzah kerana anak sulung Anwar itu "satu nafas baru" dalam PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raden Shamsulkamar berkata, pasukan pentadbir pemilihan juga membuat panggilan khusus ke cabang-cabang tertentu yang gagal menghantar pencalonannya pada masa yang ditetapkan.

Beliau mengesahkah tujuh orang layak bertanding merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.
Selain Zaid, mereka adalah Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail; dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh.

Raden Shamsulkamar bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima tokoh-tokoh terbabit kepada pihak media. Bagaimanapun, daripada rekod Malaysiakini (tidak rasmi), Azmin terus mendahului jauh di depan dengan pencalonan sebanyak 102.

Sementara itu, bagi pencalonan untuk jawatan naib presiden pula, difahamkan Nurul Izzah berjaya mendapat lebih daripada 30 pencalonan cabang. Terdahulu bercakap di parlimen, Nurul Izzah berkata beliau masig menunggu makluman rasmi daripada ibu pejabat PKR berhubung senarai yang layak bertanding.

~MK~

Jangan percaya rayuan Najib

Posted: 12 Oct 2010 12:27 AM PDT

PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru rakyat menggemblengkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN.

"Ini kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Najib mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.

Kata Najib, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

Bagi Idris, indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama yang berpendapatan rendah yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini.

~harakah~

Mana pergi wanita pertama dunia yang lain?

Posted: 12 Oct 2010 12:25 AM PDT

Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.

~harakah~

Konsesi lebuh raya baru jadi sasaran MP pembangkang

Posted: 12 Oct 2010 12:24 AM PDT

Ahli parlimen pembangkang terus memberi mempersoalkan komitmen kerajaan terhadap Model Baru Ekonomi (NEM) ekoran rancangan untuk membina empat lebuh raya tol baru didedahkan dalam Bajet 2011.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua - yang tidak senang dengan pemberian konsesi kepada dua firma - PLUS Ekspressway Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) - berkata kerajaan perlu menyedari "impak negatif" daripada pelaksanaan penswastaan secara terus.

Semalam, akhbar Edge Financial Daily melaporkan bahawa PLUS akan menjadi operator konsesi dua lebuh raya, manakala PNB akan melaksanakan dua yang lain.

"Mengapa konsesi tersebut tidak ditenderkan? Beritanya mengenainya adalah satu kejutan," kata Pua (foto - tengah).

"Pertama, program transformasi ekonomi kerajaan memberi keutamaan dan memfokus pada pengangkutan awam. Kedua, nampaknya tiada langsung sebarang penunjuk mengenai asas yang terbuka dan kompetitif seperti yang dijanjikan di bawah NEB perdana menteri," katanya.

Pua memetika pernyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan membenarkan tawaran yang kompetitif bagi aset pengswastaan serta nasihatnya mengenai dasar 'pertama-datang, pertama-dilayan'.

"Ketika menjadi timbalan perdana menteri, beliau mengakui bahawa 'pengalaman kita juga menunjukkan bahawa dengan memberikan eksklusiviti pada satu bahagian... mempunyai potensi nyata untuk meningkatkan kos akhir dan membebankan pelanggan dan pembayar cukai, "kata Pua, memetik daripada ucaptama Najib di Forum Ekonomi Jeddah pada Februari 2007.

Menurut Pua lagi, ucapan perdana menteri itu merupakan satu "pengakuan terbuka bahawa dasar penswastaan sejak 1980-an" telah gagal.

~MK~

Anggota polis dan kakitangan JAS didakwa rasuah

Posted: 12 Oct 2010 12:22 AM PDT

Dua anggota polis dan seorang pemandu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima rasuah daripada sebuah syarikat menjual besi buruk di Jalan Bukit Kuang di Kemaman.

L/Koperal Abdul Jabar Jalil, 53, dituduh menerima suapan RM500 daripada kerani RBA Metal Sdn Bhd Nor Hasni Maria Abd Rahim supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu 13 Oktober tahun lalu antara 1.30 petang hingga 2 petang di syarikat berkenaan ketika bertugas di Cawangan Pemandu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

Sementara itu, pemandu JAS, Mohd Nordin Adullah, 37, dituduh menerima suapan dalam jumlah yang sama daripada individu yang sama sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadap syarikat terbabit yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta Kualiti Alam Sekitar iaitu membuat pembakaran terbuka.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 17 Disember tahun lalu, pada 12.25 tengah hari di tempat yang sama dan kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Manakala Koperal Mohd Hazman Yusof, 51, pula dituduh menerima rasuah sebanyak RM300 daripada individu dan syarikat yang sama pada 2.15 petang 25 Februari lalu di tempat yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duannya.

Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa berasingan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin dan mahkamah kemudiannya menetapkan 10 November ini sebagai tarikh sebutan semula ketiga-tiga kes itu.

Abdul Jabar dan Mohd Nordin dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Mohd Hazman dikenakan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Terengganu Wan Ahmad Nidzam Wan Omar.

~Bernama~

Menteri puji PAS jumpa pembangkang Indonesia

Posted: 12 Oct 2010 12:21 AM PDT

Usaha ahli Parlimen PAS bertemu dengan pihak pembangkang Indonesia pada September lalu mendapat pujian daripada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman di Dewan Rakyat hari ini.

Anifah yang juga ahli Parlimen Kimanis merakamkan ucapan itu ketika sesi soal jawab lisan hari ini sebagai respons kepada ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang memberitahu bahawa pertemuan awal September lalu sebagai usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia.

"Saya berterima kasih dengan inisiatif yang telah pun dijalankan oleh Yang Berhormat. Dalam jawapan saya tadi, saya mengatakan bahawa setiap lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik harus mengambil satu langkah yang boleh memantapkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia dan saya tidak pernah katakan bahawa hanya ahli Parlimen daripada Barisan Nasional ataupun kerajaan sahaja yangboleh memainkan peranan," ujarnya.

Beliau juga berharap usaha yang dilakukan PAS itu turut dilakukan oleh ahli Parlimen dan pihak-pihak lain.

"Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat. Usaha seumpama itu saya menyanjung tinggi dan mudah-mudahan usaha seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat dan rakan-rakan yang lain akan diteruskan kerana ini bagi kepentingan bukan sahaja ahli-ahli Parlimen tetapi juga masyarakat kedua-dua negara," katanya.

Pada 1 September lalu, Nasharudin yang juga Timbalan Presiden PAS dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, serta ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar mengadakan pertemuan dengan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Reike Diah Pitalokal dan beberapa wakil pembangkang Indonesia yang lain

Pertemuan itu bagi membincangkan isu utama berhubung hak asasi manusia melibatkan pendatang dari Indonesia.

Dalam pertemuan di bangunan Parlimen itu, pihak pembangkang Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meneruskan dan memperbaiki hubungan baik antara kedua-dua negara.

Nasharuddin juga mengulangi pendirian Kamaruddin dalam pertemuan tersebut bahawa satu kaukus Parlimen mengenai hubungan Malaysia-Indonesia perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan isu-isu membabitkan kedua-dua negara ini.

"Kami memandang keperluan menubuhkan satu kaukus hubungan Indonesia dan mlaysia di peringkat Parlimen bukan sahaja kepada pihak pemerintah yang mengambil bahagian tetapi ahli politik atau sesiapa sahaja yang boleh memainkan peranan," katanya.

Anifah sebelum itu menjawab soalan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan tindakan yang telah dilakukan bagi menjamin hubungan Malaysia-Indonesia sebagai kerabat Asean sentiasa terpelihara agar peristiwa serangan ke atas Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta tidak berulang kembali.

~harakah~

PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon

Posted: 12 Oct 2010 12:17 AM PDT

Cawangan PKR Batu Sapi telah menyenarai-pendek tiga calon yang berkelayakan untuk diketengahkan bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, kata ketuanya Hassnar Ebrahim.

"Tiga nama berkenaan - seorang Bajau, seorang Suluk dan seorang lagi untuk dipertimbang oleh kepimpinan PKR Sabah malam ini.

"Biarkan pucuk pimpinan umumkan keputusan itu. Kami akan adakan juga mesyuarat Pakatan Sabah di Kota Kinabalu tidak lama lagi bagi membincang persiapan pilihan raya kecil."

PKR diamanahkan untuk bertanding di parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya 2008 tetapi parti itu gagal mengetengahakan sebarang calon pada hari penamaan calon.

Calon ditahan polis

"Apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008 tidak patut dipersalahkan ke atas PKR. Calon kami, Dr Yusuf Sheikh Ahmad, malangnya ditahan oleh anggota polis cawangan khas untuk disoal-siasat sehingga proses penamaan calon berakhir," dakwa Hassnar.


Pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh telah menyatakan minat parti itu untuk bertanding, meskipun DAP dikatakan berminat untuk mewakili Pakatan Rakyat.

Menurut Hassnar, beliau bukan antara calon PKR meskipun beliau dilantik sebagai ketua cawangan baru-baru ini. Beliau juga menolak spekulasi bahawa PKR akan menyerahkan kerusi itu kepada DAP untuk bertanding.

Batu Sapi adalah kawasan majoriti penduduk Islam, manakala bukan Islam yang dikatakan penyokong DAP mewakili kira-kira 40 peratus daripada pengundi.

Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, pada Sabtu lalu.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.


Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

BN dijangka sekali lagi diwakili oleh PBS untuk kerusi Batu Sapi manakala satu lagi parti pembangkang SAPP, juga dikatakan berminat untuk bertanding.

~MK~

Murujib Pancing Undi Orang Asli

Posted: 12 Oct 2010 12:14 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan wakil masyarakat Orang Asli dari seluruh negara. Seorang Tok Batin dari Pahang, Mohamad Nohing berkata, beliau menerima jemputan Rabu lalu ke majlis tersebut di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Beliau bersama wakil masyarakat Orang Asli yang lain dibawa khas dari lokasi masing-masing oleh kenderaan yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jheoa), kata Mohamad lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menariknya, tarikh penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya kecil DUN Galas juga diumumkan Rabu lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 26 Oktober ini manakala pengundian pada 4 November.

Mohamad Nohing berkata perjumpaan khas hari ini juga akan disusuli dengan dengan majlis pelancaran Pelan Pembangunan Induk Luar Bandar oleh perdana menteri. Terdapat kira-kira 2,000 pengundi dari kalangan masyarakat Orang Asli dalam DUN Galas.

Sokongan mereka dilihat sangat signifikan kerana ia boleh menentukan kemenangan kepada calon PAS dan BN yang akan bertanding di situ. PAS dilaporkan tiga menyenaraikan lima nama, termasuk dua Orang Asli, untuk dipertimbang bertanding mewakili partai itu di Galas.

Umno bahagian Gua Musang pula akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya kecil tersebut. Selain pemimpin masyarakat Orang Asli, majlis itu turut menghimpunkan JKKK dan JKKkP dari seluruh negara.

Mengikut risalah program, ia adalah majlis pelancaran pelan induk pembangunan luar bandar, penyampaian anugerah desa cemerlang peringkat kebangsaan 2010 dan perhimpunan JKKK/JKKP bersama perdana menteri'.

Majlis juga akan disertai penyampaian anugerah desa cemerlang. Agensi terlibat ialah kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah, Felcra, Risda, Infra, MARA, Kejora dan Jheoa. Kedah paling banyak jumlah JKKKP - 1,899 - berbanding negeri lain di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Jumlah kesemuanya ialah 3,187 jawatankuasa, termasuk Kelantan (765), Pulau Pinang (142) dan Selangor (381). Jumlah JKKK di negeri bawah BN - Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak - 15,326.

~MK~

19 kelongsong peluru di samping Aminurasyid

Posted: 12 Oct 2010 12:13 AM PDT

Seorang saksi kes perbicaraan seorang anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah, 16 tahun, memberitahu mahkamah, ada 19 kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian.

Kopral Mokhtar Hussein berkata, dia menjumpai kelongsong peluru itu ketika beliau ke tempat kejadian selepas mendapat laporan tembakan ke atas seorang remaja.

Beliau memberikan keterangan sebagai saksi ke atas Kopral Jenain Subi, 48 tahun, yang didakwa menyebabkan kematian ke atas Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam pada awal pagi 26 April lalu.

Jenain boleh dihukum sehingga 30 tahun penjara berikutan dakwaan membunuh tanpa sengaja itu.

Perbicaraan ke atas beliau bermula hari ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam di hadapan hakim Latifah Mohd Tahar. Jenain diwakili oleh Salim Bashir manakala peguam Karpal Singh menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Aminulrasyid.

15 saksi dijangka akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam kes yang mendapat perhatian pelbagai pihak ini. Pada awal pagi 26 April lalu, Aminulrasyid mati tertembak apabila sebutir peluru menembusi kepalanya dari belakang.

Aminurasyid memandu kereta yang dimiliki kakaknya. Turut serta dalam kereta itu adalah rakannya, Azamuddin Omar, 15, yang juga seorang remaja di bawah umur. Saksi pertama yang memberikan keterangan hari ini adalah lans kopral Mohd Sabri Salleh, 30 yang bertugas pada hari kejadian itu.

Dia memberikan keterangan bahawa pada jam kira-kira 1.45 pagi, dia menerima panggilan dari kereta peronda untuk membantu menghentikan sebuah kereta Proton Iswara berwarna puteh yang dipandu laju dan tidak berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis.

Saksi kedua adalah penyiasat lans kopral Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25. Dia dipanggil untuk mengambil gambar tempat kejadian dan mendapati tayar belakang kereta yang dipandu Aminurasyid itu pancit.

~harakah~

Kelongsong peluru dijumpai dilokasi

Posted: 12 Oct 2010 12:11 AM PDT

Mahkamah Sesyen Shah Alam yang mendengar perbicaraan seorang koperal yang didakwa menembak mati remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, yang bermula hari ini diberitahu 17 kelongsong peluru dijumpai di lokasi kejadian.

Pasukan forensik polis juga menjumpai dua butir peluru hidup daripada jalan di mana adengan mengejar itu berlaku. Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Saksi pertama dalam perbicaraan ini adalah lans koperal Mohd Sabri Salleh.

Katanya, ketika kejadian pada 26 April lalu, beliau ditugaskan di Bahagian Gerakan di Shah Alam antara tengah malam hingga jam 8 pagi.

Pada sekitar 1.45 pagi Mohd Sabri berkata beliau menerima panggilan dari kereta peronda SL589 memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Katanya, kereta peronda berkenaan memohon bantuan bagi menghentikan kereta tersebut.

"Setelah beberapa minit kemudian, Saya menerima panggilan dari kereta peronda SL614 memaklumkan mereka sedang mengejar kereta Iswara dari Hotel Concorde Hotel ke Bulatan Kayangan dan kemudiannya menghala balik."

"Saya panggil anggota di SL614, Koperal Jenain (tertuduh) melalui telefon bimbitnya. Dia memaklumkan bahawa kereta Iswara itu telah hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2."

Mohd Sabri berkata Jenain kemudiannya meminta beliau memanggil ambulans kerana pemandu Iswara itu cedera. Saksi kedua, detektif lans koperal Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25, memberitahu mahkamah bahawa dia merakamkan 41 keping gambar di lokasi kejadian.

"Saya ambil gambar di jalan, pokok yang dilanggar, kelongsong peluru, juga gambar di dalam kereta dan mangsa," katanya.

Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan yang dijadualkan selama 11 minggu. Jenain diwakili oleh peguambela Salim Bashir (bawah, kanan) manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakwaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.
Sebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan. Adalah dilaporkan Aminulrasyid dan rakannya , Azamuddin Omar, juga berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam pada malam kejadian itu.

Selepas memotong sebuah kereta polis, mereka dikejar dan beberapa das tembakan dilepaskan. Kereta yang mereka naiki akhirnya berhenti di bahu jalan, di mana Aminulrasyid dijumpai mati di kerusi pemandu.

~MK~

Wakil rakyat 'tidak sebulu' tutup mulut

Posted: 12 Oct 2010 12:09 AM PDT

Wakil rakyat yang dikatakan "tidak sebulu" dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, mengambil sikap berdiam diri menjelang konvensyen Umno negeri Jumaat ini bagi memulihkan 'kemelut' dalam parti dan pentadbiran negeri.

"Lebih baik saya mengambil sikap berdiam diri. Saya tidak mahu Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) kata, saya sengaja mencipta cerita. Kita tengoklah apa yang akan dilontarkan daripada perwakilan (peserta) yang dilantik," kata ADUN Alur Limbat Alias Abdullah.

"Bagi orang yang bercakap tidak jujur, mungkin dia kata semuanya baik. Bagi orang yang bercakap jujur, ia (konvensyen) ini sebagai satu refleksi, cerminan diri dengan melihat apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk sebagai usaha bagi menarik hati rakyat bahawa tiada parti yang baik selain BN," tambahnya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Alias adalah antara wakil rakyat BN Terengganu yang dilaporkan tidak sebulu dengan Ahmad Said.

Alias mengulas kenyataan setiausaha Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang dilapor berkata konvensyen itu diadakan antara lain bertujuan untuk "berkongsi dan mencadangkan idea baru bagi memperbaiki segala kelemahan yang mungkin ada dalam parti dan juga sistem pentadbiran kerajaan negeri".


Konvensyen dua hari itu akan disertai pemimpin parti semua peringkat, ilmuan agama, cendekiawan, golongan profesional, penjawat awam, pemimpin NGO, aktivis masyarakat dan generasi belia.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga pengerusi Umno Terengganu di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Alias yang juga timbalan ketua Umno bahagian Marang berkata, semua lapan bahagian di negeri itu akan menghandiri konvensyen tersebut.

Bahagiannya dan tiga bahagian lain - Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu - diberi masa untuk membentangkan idea dan cadangan mengenai tajuk "Keberkesanan Strategi Pembangunan Negeri Terengganu".

"Bahagian-bahagian yang lain, iaitu Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu, saya tidak tahu apa tajuknya... Terdapat juga slot untuk sayap-sayap parti, Mubarak, Veteran Umno, agensi kerajaan, GLC dan NGO," katanya.

Alias berkata beliau telah menerima jemputan ke konvensyen tersebut dan akan menghadirinya.

"Saya juga terpaksa membatalkan satu program di kawasan saya," katanya sambil menambah konvensyen itu diadakan secara tertutup.

Sementara ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh berkata konvensyen itu merupakan satu mesej daripada Hishammuddin untuk "mengalihkan fokus" daripada memikirkan tentang kemelut di negeri itu.

Katanya, konvensyen ini adalah untuk melihat agenda yang lebih besar iaitu bagi memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

"Perkara (kemelut) yang berlaku, sudah berlaku... Kita perlu mengalih agenda yang lebih besar. Nak selesai dalam masa terdekat adalah perkara yang mustahil.

"Sebagai orang parti, kita perlu menjalankan tugas seperti biasa. Yang penting tidak ada sabotaj (sesama ahli)," katanya sambil mengesahkan akan menghadiri konvensyen itu.

Menurutnya, konvensyen itu diadakan susulan kunjungan Hishammuddin dalam majlis hari raya baru-baru ini dan pertemuan susulan dengan wakil-wakil bahagian selepas majlis tersebut.

Selain itu, Abdul Halim juga tidak menolak kemungkinan konvensyen ini diadakan kerana pilihan raya umum semakin hampir dan ia sebagai usaha mengingatkan bahagian supaya fokus dan bersiap sedia untuk menghadapinya.

~MK~

PAS dan PR mesyuarat esok tentukan calon

Posted: 12 Oct 2010 12:07 AM PDT

PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan Pakatan Rakyat malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut.

"Kita nak pastikan Tuan Guru Datuk Nik (Abdul) Aziz, (Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang ada pada masa pengumuman tersebut. Kita ambil kira kehadiran mereka, jadi kita kena bincang dahulu dengan mereka malam esok," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga memberitahu, Dewan Harian PAS dijangka bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan senarai pendek calon yang telah diserahkan kepada Majlis Syura.

"Kita sudah ada senarai pendek tetapi akan ditentukan dalam mesyuarat nantilah," katanya.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun dilaporkan berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS Pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 24 Oktober ini.

~harakah~

Rakyat tidak terpedaya projek segera UMNO

Posted: 12 Oct 2010 12:03 AM PDT

Janji kerajaan Pusat bahawa tiada projek segera di Dun Galas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) membuktikan Umno BN mengakui strategi turun temurun mereka itu tidak lagi mampu memperdaya rakyat.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, rakyat sudah pandai menilai sikap Umno BN yang 'prihatin' kepada nasib rakyat apabila tiba waktu pilihan raya sahaja.

"Rakyat sebenarnya cerdik menilai keikhlasan Umno dan pemimpin mereka kini sedar rakyat tidak boleh lagi dipermainkan dengan janji-janji sebegitu," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataannya berkata, kerajaan Pusat tidak akan menjanjikan projek segera dalam kempen PRK Galas.

Menurut Firdaus lagi, rakyat Kelantan khususnya anak muda perlu berani menolak Umno BN memandangkan pentadbiran PAS di negeri itu mengambil berat hal rakyat dan bebas daripada penyelewengan.

"Selama 20 tahun Kelantan di bawah PAS, rakyat sangat harmoni, tak perlu lagi BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Mengulas kesan kalah menang di Galas, beliau berkata, PRK Dun itu sangat unik kerana komposisi penduduknya pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Orang Asal. Mana-mana parti yang menang, katanya mencerminkan penerimaan perbagai kaum terhadap parti tersebut.

~harakah~

Tiada ulasan: