Selasa, 12 Oktober 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Projek Pangkalan Udara Sg Besi Dimeterai Tanpa LOI, Apa LOI? Baca!

Posted: 12 Oct 2010 06:15 AM PDT


Mereka belanja duit rakyat macam belanja duit sendiri! Mereka mengagihkan harta negara macam mengagihkan harta pusaka sendiri! Keselamatan negara tergugat! Saya petik:
[MK] Jawapan bertulis daripada Kementerian Pertahanan berhubung pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung projek kontroversial itu.

Menurut kementerian pertahanan, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menterti kewangan.

Bagaimanapun, tidak ada surat menyatakan hasrat atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).

Chua berkata malah, 1MDB juga telah memeterai perjanjian dengan Mubadala Development yang beribu-pejabat di Abu Dhabi bagi membangunkan semula pangkalan udara seluas 458 ekar itu.
Perjanjian yang dimeterai pada Jumaat lalu itu akan menyaksikan pembangunan semula pangkalan udara di Lembah Klang itu untuk dimasukkan ke Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIFD).

Projek yang dikenali sebagai 'Greater Kuala Lumpur ' itu dijangka menelan belanja RM26 bilion. Permeteraian kedua-dua syarikat itu disaksikan oleh Najib.

"Jika benar 1MDB memeterai perjanjian minggu lalu, jawapan Zahid adalah menggelirukan kerana sesebuah projek tidak boleh diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa LOI," kata Chua.

Tambahnya lagi, keselamatan negara juga menjadi satu isu kerana pemindahan pangkalan udara itu juga akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencari tapak atau lokasi yang strategik.

"Kita terpaksa kaji bagaimana tindakan itu akan menjejaskan keselamatan sesebuah bandaraya. Ada beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai perlindungan ketenteraan udara bagi melindungi ibu negara mereka," kata Chua sambil memberikan contoh, pangkalan udara Andrews di Maryland, Amerika Syarikat yang terletak 13 kilometer dari ibu negara pentadbiran negara itu di Washington DC.

Wahai Lelaki, Jom Makan PISANG! Mengapa? Baca...

Posted: 12 Oct 2010 05:00 AM PDT

Menurut pakar urologi, pisang dapat meningkatkan kesuburan lelaki jika buah itu dimakan setiap tiga hari. Pakar tersebut berpendapat, buah pisang yang mengandungi magnesium dapat menghasilkan sel sperma yang berkualiti. Selain pisang, pengambilan makanan seperti spaghetti, makanan laut, kentang, dan biji gajus juga mendatangkan kesan yang sama terhadap sperma.

Jika pisang menyuburkan sperma, arak, rokok, perbuatan mandi panas atau menghabiskan masa yang lama di sauna pula dikatakan boleh menjejaskan pengeluaran sperma.

Jadi, bagi pembaca yang sukar memperoleh zuriat atau kepingin untuk memperoleh zuriat, makanlah pisang atau makanan yang dinyatakan oleh pakar tersebut. Hindarilah makanan atau perbuatan yang dapat menjejaskan sperma. Semoga dengan izin Allah SWT, hajat anda termakbul.

Olahan daripada sumber ini.


"Ia lebih sesuai dinamakan Sidang Wanita Pertama Afrika." Kah kah kah!

Posted: 12 Oct 2010 02:04 AM PDT


Lawak...tidak mampu menaip kerana menahan ketawa. Perlukah saya komen? Tidak perlulah! Lawak sungguh! Kah kah kah! Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR,  12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja  menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.

Wow, 19 Kelongsong Peluru! Hendak Tembak Ketua Kongsi Gelapkah?

Posted: 12 Oct 2010 12:00 AM PDT


Jumlah kelongsong peluru yang begitu banyak ditemukan di tempat kejadian menimbulkan pelbagai persoalan. Yang diburu mereka ialah budak sekolah yang panik kerana dikejar kenderaan polis, bukannya ketua kongsi gelap yang terlibat dalam pelbagai jenayah ganas dan kejam!  Saya petik:

[TMI] SHAH ALAM, 12 Okt — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.

Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini.

Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan.

Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian.

Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam.
Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan.

Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2.

Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu.

Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan.

Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari.

Dalam Konteks Malaysia, Siapa "Wanita Pertama"?

Posted: 11 Oct 2010 11:00 PM PDT

Sejak dua tiga hari ini, heboh fasal Persidangan Wanita Pertama  dan hari ini saya baca berita Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama Bermula di Bernama. Menurut laporan itu, persidangan itu bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sidang Kemuncak dengan tema "Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok" yang diadakan buat julung-julung kali itu dihadiri oleh 15 Wanita Pertama. Selain itu, enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri turut menghadiri persidangan itu.

Apabila persidangan itu dinamakan dengan nama sedemikian rupa, gah dan esklusif, timbul pula cakap-cakap yang mempertikaikan sebab dan punca persidangan yang kunun-kununnya hebat  itu hanya dihadiri isteri PM atau Presiden dari Negara Dunia Ketiga. Orang bertanya, "Mana Michelle Obama, mana Carla Bruni?" Tambah mereka, "Hilanglah prestij dan autoritinya jika nama-nama isteri Kuasa Besar Dunia tidak menghadirinya." Bagi saya, biarlah persoalan itu bermain di kepala Rosmah Mansor. Kita warga marhaen sudah tentu mempunyai pelbagai andaian dan jawapan untuk persoalan itu.

Namun, persoalan yang penting ialah: Siapa wanita pertama Malaysia? Blog ini pernah menyiarkan artikel tentang persoalan ini. Tetapi sebelum itu sila baca kenyataan di bawah ini:

[MK] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan bahawa ungkapan 'wanita pertama' yang digunakan bagi merujuk kepada isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor tidak bererti bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada Seri Paduka Permaisuri Agong.

Bagaimanapun, jawapan bertulisnya kepada soalan yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, - Najib gagal menjelaskan sama ada gelaran berkenaan wajar digunakan oleh Rosmah.

Chua dalam soalannya bertanya sama ada Perdana Menteri menyedari bahawa dengan merujuk isteri beliau sebagai 'wanita pertama' tindakan itu telah menyalahi Artikel 32, Perlembagaan Persekutuan. 
Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut; "Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

Najib dalam jawapan bertulisnya berkata: "Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia gelaran 'wanita pertama' tidaklah menjadi amalan."

"Ramai yang berpendapat dalam konteks negara Malaysia, 'wanita pertama' adalah merujuk kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Secara lateralnya pendapat tersebut adalah tidak tepat.

"Ini adalah kerana kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah lebih tinggi daripada 'wanita pertama'," kata Najib.
Kata Najib, Seri Paduka Baginda yang mengikut pendapat ramai layak diberi gelaran Wanita Pertama, adalah lebih tinggi daripada "Wanita Pertama". Jawapan ini sahlah untuk menyatakan bahawa isterinya ialah Wanita Pertama Malaysia.

Sebelum itu, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin menggesa  Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai "wanita pertama" atau "first lady" yang baginya merupakan suatu tindakan yang dianggap menderhaka. Katanya:

[MK]..."Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

"Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara," katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Siapa Wanita Pertama? Pakar Perlembagaan negara, Prof Dr Aziz Bari menyatakan bahawa Rosmah hanyalah bergelar isteri PM bukannya bergelar Wanita Pertama yang sepatutnya diberi kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong seperti yang dilaporkan di bawah ini:
Datin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.
"Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.
"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.
Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".
"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.
Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai "Wanita Pertama", beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.
"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.
Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".
Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".
"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.
"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.
Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu.
"Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.
"Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama.
"Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.
 Seperti yang saya katakan tadi, blog ini pernah menyiarkan artikel bertajuk: Rupa-rupanya Rosmah Bukan "First Lady". Dalam artikel itu saya petik pendapat Pak Kadir. Katanya:
Teringat saya berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana tempatan pada 19 November lalu bertajuk "Carla Nafi Suami Jadi Pak Turut". Carla adalah Carla Bruni-Sarkozy, seorang bintang filem Perancis yang kini isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Dalam sistem kepresidenan (presidency) Perancis seperti juga dalam sistem Amerika, Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Jadi isteri Presiden Perancis dan Presiden Amerika memainkan peranan sebagai Wanita Pertama atau First Lady.

Kita tidak ada sistem itu. Kita ada dua ketua. Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Macam Ratu Inggeris Ketua Negara dan Perdana Menteri Inggeris Ketua Kerajaan.

Jadi janganlah silap atau sengaja bagi gelaran atau jolokan Wanita Pertama (First Lady) kepada sesiapa. Kita tidak mahu berlaku salah protokol kerana negara kita adalah negara Raja Berperlembagaan dan kita ada adat resam sendiri.
 
 Jadi, anda tentukan Wanita Pertama Malaysia, sama ada Rosmah Mansor atau  Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, sama ada anda mahu menerima penjelasan Najib atau pendapat dan keterangan yang dibuat berdasarkan Perlembagaan negara.

Bekas Konstabel Dijel 20 Tahun Kerana Rogol Anak Rakan

Posted: 11 Oct 2010 10:00 PM PDT

20 tahun tidak cukup, si lahanat ini wajar dikenakan hukuman yang lebih berat! Saya petik:
[HM] MIRI: Tindakan seorang anggota polis merogol anak gadis rakan setugasnya tahun lalu, menyaksikan dia menerima 'habuan' lumayan apabila Mahkamah Sesyen Miri semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan keji itu.

Konstabel Razid Jumat, 25, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang tidak diwakili peguam sekadar menundukkan kepala ketika Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud membacakan hukuman ke atasnya.

Awang Krisnada dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh amat jijik terutamanya bagi seorang polis.

Beliau juga berpuas hati selepas mendengar hujah dan fakta pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.

"Perbuatan terkutuk kamu itu cukup tidak bertanggungjawab kerana kamu merosakkan masa depan mangsa. Hukuman ini memang wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada anggota keselamatan lain, mahupun orang awam," katanya.

Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan sudah bertaubat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Oktober tahun lalu di sebuah kediaman kuarters IPD Marudi kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun itu nyenyak tidur.

Dia didakwa menceroboh bilik mangsa menerusi tingkap sambil mengacukan pisau kepada mangsa dan mengarahkannya membuka seluar sebelum merogolnya. - Alias Abd Rani

Penyanyi Dangdut Dakwa Diperkosa Tokoh Pendakwah Ketika Masih di bawah Umur

Posted: 11 Oct 2010 05:15 PM PDT

Cerita gelora nafsu manusia. Belum tentu benar atau tidak. Namun pendedahan agresif dan sikap membisu tokoh berkenaan sudah membayangkan kebenaran dakwaan si pengadu. Macam-macam! Saya petik:

Berita 1
[HM] JAKARTA: Walaupun penyanyi dangdut Aida Saskia mendakwa keperawanannya berakhir di tangan Zainuddin MZ, pendakwah terkenal itu sehingga kini enggan memberi sebarang komen.

Masih tiada di rumahnya ketika dikunjungi media semalam, tokoh digelar pendakwah sejuta umat itu dikatakan sibuk menjalankan urusan luar sejak seminggu lalu.
Lelaki ditugaskan menjaga rumahnya berkata, Zainuddin enggan memberi sebarang pengesahan atau penafian terhadap dakwaan Aida.

"Beliau enggan memberi komen. Aida pula sekadar mencari publisiti," katanya.

Menurut penjaga yang enggan dikenali itu, jika Aida mahu mengadu, sebaiknya ia dibuat terus kepada Tuhan dan bukan polis.

"Polis pun manusia juga," katanya.

Sementara itu, ada jiran memberi keterangan berbeza daripada penjaga itu.

Menurut seorang daripada mereka, dia melihat Zainuddin mengunjungi masjid di depan rumah untuk mengerjakan solat Subuh, semalam. Selain menjadi pendakwah, Zainuddin, 59, juga pernah aktif sebagai ahli politik dan mengasaskan penubuhan Parti Bintang Reformasi apabila gagal meraih pengaruh dalam Parti Persatuan Pembangunan (PPP).

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Parti Bintang Reformasi mengemukakan Zainuddin sebagai calon presiden tetapi gagal menarik sokongan seperti diharapkan. - Agensi

 Berita 2
[TRIBUNNEWS.COM] JAKARTA ---  Aida Saskia menegaskan dirinya tidak sedang mencari popularis dengan pemberitaan mengenai hubungannya dengan Zainuddin MZ, Dai sejuta umat itu.

"Mungkin ada yang bilang saya cari popularitas, tapi coba dilihat yang menderita saya atau dia (Zainuddin)?," katanya, kepada Tribunnews, Senin (11/10/2010) sore.

Menurutnya, jika dia hanya mencari popularitas tanpa bukti maka hal itu terlalu besar resikonya. 

"Nggaklah, saya nggak mau cari popularitas. Kalaupun ada orang bilang kenapa saya mau ungkap ini setelah sembilan tahun, itu karena sejak tiga tahun lalu, saya udah kasih waktu ke dia (Zainuddin) untuk memintaa maaf dan mengakui perbuatannya. Tapi apa nyatanya? Nggak ada," katanya memberi alasan.

Menurutnya, pengakuannya itu bukan tanpa dasar karena dia mengantongi sejumlah bukti seperti foto, saksi dan bukti tentang aksi yang terjadi di kamar tidur tersebut.

Aida yang kini sudah berusia 25 tahun itu memastikan, dia tidak akan mau dinikahi oleh Zainuddin MZ, yang sudah kenal dengannya sejak sembilan tahun lalu itu.

 Berita 3
[TRIBUNNEWS.COM] JAKARTA --- Aida Saskia mengaku hubungan intim yang dilakukan bersama Zainuddin MZ itu karena paksaan, bukan suka sama suka. Aida pun gusar jika menikah dan suaminya mempermasalahkan keperawanannya.

Demikian dikatakan Aida Saskia kepada Tribunnews.com, Senin (11/10/2010) siang. Menurut Aida,  hubungan intim yang terjadi antara dia dengan Zainuddin terjadi di sebuah cottage/villa di kawasan Puncak itu. Dan perbuatan itu adalah sebuah perkosaan, karena ada unsur paksaan.

"Ini tetap perkosaan judulnya. Karena ada unsur paksaan. Aida dibawah umur, dipaksa bersetubuh, itu jelas itu perbuatan pidana," ungkapnya.

Setelah disetubuhi, Aida mengaku, Zainuddin menawari dia mobil, rumah. Bahkan, Zainuddin menawarkannya untuk operasi keperawanan.

"Aku juga berpikir bahwa keperawanan itu mahal harganya, tidak bisa digantikan. Nah, kalau nanti calon suamiku yang nikah denganku gimana? Oleh karena itulah, ia janji akan menyarankan kepada temannya seorang dokter untuk operasi keperawanan. Nyatanya, itu belum dipenuhi hingga sekarang," jelas Aida.

"Aku sempat ditawari mobil dan rumah, namun hingga sekarang itu belum terealisasi," jelasnya.

Bersama sang kuasa hukumnya, Alamsyah ia pun mengaku sudah melakukan cek TKP (Tempat Kejadian Perkara) di kawasan Puncak. Sang kuasa hukum, Alamsyah pernah berujar bahwa mereka sudah mengecek keberadaan vilanya, dan ternyata benar vila dan kamarnya masih ada.

Berkaitan:

Tiada ulasan: