DIALOG RAKYAT |
- Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak
- JPJ Sita Mercedes Benz Guna Nombor Casis Sama Kereta Di Jepun
- Pas Tak Bawa Isu Royalti Dalam Kempen Di Galas
- Senarai Terakhir Pencalonan 30 Cabang PKR Bakal Tentukan Nasib Nurul Izzah
- JPM Gagal Nasihati Rosmah Isu Wanita Pertama
- Dua polis, kakitangan JAS didakwa rasuah
- Kes bunuh: Permohonan tiga suspek ditolak
- Lebih ramai ahli Gerakan akan sertai Pakatan, PCM
- Konsesi lebuh raya baru jadi sasaran MP pembangkang
- Malaysia punyai rakan digital paling ramai
- Mesyuarat khas Umno Gua Musang ditangguh
- Peguam PKR: Wee Choo Keong saksi SD
- PRK Galas: PR mahu kempen bersih dan adil
- Mahasiswa UPM bantah bekas kandang kuda jadi tapak berniaga
- Mafrel hantar sukarelawan pantau PRK Galas
- PM perlu jelaskan kontrak runding terus lebuhraya
- Pakatan Rakyat akan kembali tawan Perak
- Pemuda Umno: Kita bukan rasis, tapi sudah pasti sentuh isu Melayu
- DUN Galas: Saya tidak gadai prinsip, kata Ku Li
- Kementerian Pelajaran kaji serap lebih ramai guru sandaran
- PKR diminta tangguh pemilihan tumpu Batu Sapi, selesai pelbagai isu cabang
- 19 peluru ditemui di kawasan Aminulrasyid ditembak
- Usah biar lebih ramai terkorban
- Dakwaan samseng halang cabutan undi bazar disiasat
- PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon
| Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak Posted: 12 Oct 2010 03:38 AM PDT
| |||||||
| JPJ Sita Mercedes Benz Guna Nombor Casis Sama Kereta Di Jepun Posted: 12 Oct 2010 03:36 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan menyita sebuah kereta jenis Mercedes Benz CLS 350 bernilai RM500,000 setelah didapati menggunakan nombor casis yang sama dengan sebuah kereta di Jepun. Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Mohd Nadzri Osman berkata perkara itu terbongkar bulan lepas apabila Jabatan Kimia mengesahkan lima digit nombor casis itu mempunyai persamaan dengan kereta lain di Jepun, selepas melalui proses pendaftaran di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). "Pengedar kereta itu ingin melakukan proses pendaftaran di Puspakom pada 24 Jun lepas tetapi tidak diluluskan kerana terdapat gangguan pada nombor casis dan meminta pihak JPJ membuat pemeriksaan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Beliau berkata JPJ kemudiannya mengenal pasti nombor casis itu pada bahagian bawah tempat duduk pemandu. "Kita telah buka dan kikis bahagian tempat duduk itu untuk periksa nombor casis dan minta pihak Jabatan Kimia untuk pengesahan nombor itu sama ada ianya mempunyai persamaan dengan kereta lain," katanya. Mohd Nadzri berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Interpol untuk membongkar perkara itu. Beliau berkata kereta terpakai yang berusia lima tahun itu diimport dari United Kingdom sebelum dijual di negara ini. | |||||||
| Pas Tak Bawa Isu Royalti Dalam Kempen Di Galas Posted: 12 Oct 2010 03:35 AM PDT BERNAMA KOTA BAHARU: PAS tidak akan membawa isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas dalam kempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas 4 Nov ini, kata Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. "Kita akan menggunakan isu bagaimana parti ini dapat meneruskan dasar perjuangannya berteruskan prinsip Islam selain mengekalkan rekod perkhidmatan Chek Hashim Che Sulaima, sepanjang perrkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini Selasa. Chek Hashim, 46, meninggal dunia pada 27 Sept lepas akibat kanser. Menurut Mohd Amar, walaupun mengikut peguam, isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ianya tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah, PAS tidak akan membawa isu berkenaan. Beliau menolak dakwaan yang PAS menurunkan kain pemidang yang menggesa rakyat menyokong tuntutan royalti itu kerana kononnya ia tidak menguntungkan PAS dalam pilihan raya kecil itu. Mohd Amar berkata beliau yakin PAS akan menenang dengan majoriti lebih baik dalam pilihan raya kali ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap parti itu di kawasan berkenaan. | |||||||
| Senarai Terakhir Pencalonan 30 Cabang PKR Bakal Tentukan Nasib Nurul Izzah Posted: 12 Oct 2010 03:35 AM PDT
KUALA LUMPUR: Jika baki 30 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak mencalonkan Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, maka sah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak layak merebut jawatan nombor dua itu. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Molly Cheah memberitahu mStar Online, data lengkap berkaitan pencalonan Nurul Izzah masih tidak diperoleh oleh pihaknya. Sebaliknya, ia hanya akan diketahui sebaik sahaja kesemua baki 30 cabang parti terbabit menyerahkan senarai pencalonan mereka kepada Ibu Pejabat PKR. "Saya sendiri tak begitu pasti mengenai kedudukan terkini senarai pencalonan bagi mereka yang layak. "Setahu saya ada kira-kira 30 cabang lagi yang belum menyerahkan senarai pencalonan," katanya di sini, Selasa. Molly berkata demikian ketika ditanya mengenai status pencalonan Nurul Izzah bagi bertanding jawatan berkenaan. Sehingga kini, difahamkan Nurul Izzah hanya menerima satu pencalonan iaitu dari Keningau, Sabah. Mengulas lanjut, Molly berkata perkara tersebut masih belum dapat dipastikan secara rasmi. "Saya tak pasti mengenainya kerana kita masih belum terima senarai pencalonan daripada cabang-cabang berkenaan. "Dalam 30 cabang itu, mungkin ada yang calonkan Nurul Izzah (jawatan Timbalan Presiden) atau mungkin juga tidak... anda kena tunggu senarai rasmi nanti," jelasnya. Sebelum ini Nurul Izzah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR Semasa ditemui di Parlimen, beliau enggan menyatakan pendiriannya mengenai perkara berkenaan. | |||||||
| JPM Gagal Nasihati Rosmah Isu Wanita Pertama Posted: 12 Oct 2010 03:17 AM PDT
| |||||||
| Dua polis, kakitangan JAS didakwa rasuah Posted: 12 Oct 2010 03:16 AM PDT
L/Koperal Abdul Jabar Jalil, 53, dituduh menerima suapan RM500 daripada kerani RBA Metal Sdn Bhd Nor Hasni Maria Abd Rahim supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu. Dia didakwa melakukan perbuatan itu 13 Oktober tahun lalu antara 1.30 petang hingga 2 petang di syarikat berkenaan ketika bertugas di Cawangan Pemandu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman. Sementara itu, pemandu JAS, Mohd Nordin Adullah, 37, dituduh menerima suapan dalam jumlah yang sama daripada individu yang sama sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadap syarikat terbabit yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta Kualiti Alam Sekitar iaitu membuat pembakaran terbuka. Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 17 Disember tahun lalu, pada 12.25 tengah hari di tempat yang sama dan kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi. Manakala Koperal Mohd Hazman Yusof, 51, pula dituduh menerima rasuah sebanyak RM300 daripada individu dan syarikat yang sama pada 2.15 petang 25 Februari lalu di tempat yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duannya. Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa berasingan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin dan mahkamah kemudiannya menetapkan 10 November ini sebagai tarikh sebutan semula ketiga-tiga kes itu. Abdul Jabar dan Mohd Nordin dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Mohd Hazman dikenakan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Terengganu Wan Ahmad Nidzam Wan Omar. | |||||||
| Kes bunuh: Permohonan tiga suspek ditolak Posted: 12 Oct 2010 03:13 AM PDT
Katanya beliau menerima surat menerusi faksimili daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Haslina Basaruddin pada 11.50 pagi tadi dan terkejut cara keputusan itu dibuat dan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. "Kami berpendapat mahkamah seharusnya mendengar permohonan ini kerana ia membabitkan hak orang yang ditahan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 325(2) Kanun Prosedur Jenayah," katanya.
Semalam, ketiga-tiga suspek memfailkan permohonan di pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi supaya disemak semula perintah yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 8 Oktober lepas membenarkan tahanan mereka dilanjutkan tujuh hari lagi, yang akan berakhir esok. Dalam permohonan untuk semakan, Ravi meminta Mahkamah Tinggi meneliti beberapa isu termasuk kegagalan majistret berkenaan menimbangkan permohonan bagi perintah tahanan reman secara individu berbanding ''omnibus''. Ravi mendakwa majistret berkenaan telah terkhilaf dalam mengeluarkan perintah lanjutan tahanan reman tersebut, manakala alasan yang diberikan polis adalah tidak relevan.
Ravi apabila dihubungi berkata beliau sedang menunggu arahan daripada anak guam dan anggota keluarga mereka sebelum memfailkan rayuan. | |||||||
| Lebih ramai ahli Gerakan akan sertai Pakatan, PCM Posted: 12 Oct 2010 03:11 AM PDT Susan Loone
EGM pada 10 Oktober lalu memutuskan bahawa lebih separuh daripada 322 perwakilan yang mengundi menyokong Datuk Dr Teng Hock Nan kekal sebagai ketua Gerakan Pulau Pinang. Beliau menang dengan kelebihan 29 undi, manakala 145 perwakilan mahu Teng dilucutkan jawatannya. Terdapat satu undi rosak. Di sebalik kemenangan Teng, ada perwakilan yang berpendapat rasa tidak puas hati terhadap mereka yang mahu beliau dipecat diberikan tumpuan khas agara pembaharuan dapat dilakukan.
Antara mereka, dakwanya adalah Kebun Sireh yang bercadang membubarkan bahagiannya bagi membolehkan ahlinya menyertai PKR manakala ahli bahagian Bukit Tengah pula dikatakan berminat menyerati DAP. "Lebih banyak bahagian akan mengambil tindakan yang sama dan membubarkan bahagian masing-masing dan anggota mereka akan menyertai PCM. Orang yang patut dipersalahkan ialah diri Teng sendiri, kerana mengamalkan politik berpuak-puak," Kata Huan.
Menurut Sim, anggota Kebun Sireh yang dianggarkan berjumlah 250, bebas menyertai mana-mana parti tetapi kebanyakan mereka memilih PKR, meskipun parti itu tidak mempunyai bahagian di kawasan itu. "Kami bercadang letak jawatan beramai-ramai dan menubuhkan bahagian PKR yang baru. Ahli akan bermesyuarat minggu ini sebelum kami mengumumkan keputusan rasmi," katanya. Ketua bahagian Bukit Tengah Lee Nam Sim pula keberatan untuk mendedahkan rancangan pembubaran bahagian itu tetapi memberitahu mereka akan bermesyuarat dalam sehari dua ini bagi membincangkan tindakan susulan. "Selepas berbincang, kita akan membuat keputusan rasmi," kata Lee.
"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Saya juga tidak akan memanggil untuk bertanyakan mengapa mereka mahu meninggalkan Gerakan. Kita akan lihat apa yang terjadi selepas ini," katanya ketika dihubungi. Adalah dipercayai ketua bahagian Kepala Batas Gerakan Jeffrey Beh meletakkan jawatannya hari ini bersama 300 penyokongnya. | |||||||
| Konsesi lebuh raya baru jadi sasaran MP pembangkang Posted: 12 Oct 2010 03:08 AM PDT
Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua - yang tidak senang dengan pemberian konsesi kepada dua firma - PLUS Ekspressway Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) - berkata kerajaan perlu menyedari "impak negatif" daripada pelaksanaan penswastaan secara terus. Semalam, akhbar Edge Financial Daily melaporkan bahawa PLUS akan menjadi operator konsesi dua lebuh raya, manakala PNB akan melaksanakan dua yang lain.
"Pertama, program transformasi ekonomi kerajaan memberi keutamaan dan memfokus pada pengangkutan awam. Kedua, nampaknya tiada langsung sebarang penunjuk mengenai asas yang terbuka dan kompetitif seperti yang dijanjikan di bawah NEB perdana menteri," katanya. Pua (kanan) memetika pernyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan membenarkan tawaran yang kompetitif bagi aset pengswastaan serta nasihatnya mengenai dasar 'pertama-datang, pertama-dilayan'. "Ketika menjadi timbalan perdana menteri, beliau mengakui bahawa 'pengalaman kita juga menunjukkan bahawa dengan memberikan eksklusiviti pada satu bahagian... mempunyai potensi nyata untuk meningkatkan kos akhir dan membebankan pelanggan dan pembayar cukai, "kata Pua, memetik daripada ucaptama Najib di Forum Ekonomi Jeddah pada Februari 2007. Menurut Pua lagi, ucapan perdana menteri itu merupakan satu "pengakuan terbuka bahawa dasar penswastaan sejak 1980-an" telah gagal. | |||||||
| Malaysia punyai rakan digital paling ramai Posted: 12 Oct 2010 03:07 AM PDT
Ini adalah berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan oleh firma pemasaran antarabangsa, TNS yang memantau gelagat dan tabiat orang ramai di internet.
Mereka yang paling kurang rakan digital adalah di Jepun dengan hanya 29 kawan diikuti dengan 38 di Tanzania dan 50 di Korea Selatan. Ketua Pegawai Pembangunan TNS, Matthew Froggatt berkata keputudsan itu mungkin menunjukkan 'budaya yang tidak ramai rakan tetapi persahabatan yang erat" di negara-negara berkenaan. "Pengguna China pula secara purata mempunyai 68 kawan di rangkaian mereka di sebalik merupakan pengguna utama di laman sosial," Froggatt. Selain mempunyai rakan yang paling ramai, rakyat Malaysia juga menghabiskan masa yang paling lama di internet - purata sembilan jam setiap minggu melayari laman sosial berkenaan. Warga Russia menduduki tangga kedua dengan purata 8.1 jam setiap minggu dan dikuti oleh rakyat Turki dengan 7.7 jam setiap minggu. Malaysiakini, portal berita utama negara ini, sehingga hari ini mempunyai 72,954 peminat Facebook dengan seksyen bahasa Cina mempunyai 36,022 pengikut dan disusuli oleh laman berbahasa Melayu (22,131) dan bahasa Inggeris (13,901). | |||||||
| Mesyuarat khas Umno Gua Musang ditangguh Posted: 12 Oct 2010 03:05 AM PDT
"Saya diberitahu oleh setiausaha bahagian bahawa mesyuarat itu ditangguhkan," kata ketua Pemuda Umno bahagian itu, Bazlan Baharuddin. Beliau memberitahu Malaysiakini petang ini, Tengku Razaleigh - yang lebih mesra dipanggil 'Ku Li' - kemungkinan pulang ke Gua Musang petang esok atau pagi lusa. "Kita tunggu beliau pulang (untuk tindakan selanjutnya)," katanya. Tengku Razaleigh juga adalah pengarah pilihan raya kecil DUN Galas. Semalam, Malaysiakini melaporkan Umno bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan dijangka mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil tersebut 4 November ini.
Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian ADUN dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus. Allahyarham memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan Mohd Saufi Deraman dari BN, dengan majoriti 646 undi. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya kecil Galas 4 November yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos. | |||||||
| Peguam PKR: Wee Choo Keong saksi SD Posted: 12 Oct 2010 02:55 AM PDT
"Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong. Beliau bersama Saiful Izham, sebelum memberikan salinan laporan polis berkenaan, disoalsiasat selama sejam di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Bukit Aman. Mereka turut diiringi peguam masing-masing, N Surendran and Rashid Ismail.
Rahimi memberi keterangan kepada polis semalam. Dalam pendedahannya pada 6 Oktober lalu, Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada 2008 yang memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung. Dakwanya, kedua-dua Latheefa dan Saiful Izham "menahannya" di sebuah hotel untuk beberapa hari selepas itu. | |||||||
| PRK Galas: PR mahu kempen bersih dan adil Posted: 12 Oct 2010 02:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat hari ini mahu Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah mewujudkan suasana kempen secara bersih dan adil. Pemimpin PAS dan PKR berkata, ini selaras dengan kehendak ahli parlimen Gua Musang itu semasa beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada tahun 1987.
Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sebagai pengarah pilihan raya, bekas menteri kewangan itu boleh memastikan Umno tidak menggunakan jentera kerajaan berkempen di situ. "Kita tidak mahu jentera kerajaan digunakan untuk menarik sokongan pengundi. Kita tidak mahu BN menjanjikan projek untuk mereka. "PAS mahu satu pilihan raya yang bersih dan adil. Jangan menabur janji kepada pengundi, biar mereka memilih dengan bebas," katanya ketika ditemui di lobi parlimen semalam. Kamaruddin yang juga ahli parlimen Tumpat, Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Tengku Razaleigh atau lebih mesra dipanggil Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN untuk Galas. Pelantikan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. PRK Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akhir bulan lalu. Suruhanjaya Pilihannraya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini bagi hari pernamaan calon dan 4 November hari mengundi. "Beliau (Ku Li) mencabar (perdana menteri pada ketika itu) Dr Mahathir agar berkempen secara adil dan bersih ketika mencabar Dr Mahathir untuk jawatan presiden Umno pada 1987. Kini tiba masanya beliau juga berbuat demikian," kata Kamarudin. Ku Li kalah tipis menentang Dr Mahahir dan akhirnya beliau keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46. Beliau membubarkan Semangat 46 selepas pilihan raya umum 1996 dan menyertai semula Umno. Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh mengalu-alu dan menyokong satu pilihan raya yang adil dan bebas di Galas. "Kita (Pakatan Rakyat) mahu sebuah padang yang sama rata. Ini bermakna kerajaan pusat tidak boleh menjanjikan projek kepada pengundi Galas," katanya. | |||||||
| Mahasiswa UPM bantah bekas kandang kuda jadi tapak berniaga Posted: 12 Oct 2010 02:53 AM PDT PETALING JAYA: Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak pengurusan Pesta Konvo universiti itu yang meletakkan mahasiswa berniaga di tapak bekas kandang kuda. Pengerusinya Syed Syafiq bin Syed Hashim menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu penghinaan serta memberi layanan golongan kelas kedua terhadap mahasiswa.
UPM yang menganjurkan Majlis Konvokesyennya kali-34 dari 9 hingga 10 Oktober lalu turut menyediakan Pesta Konvokesyen serta Ekspo Mini Mahasiswa di kawasan yang dikenali sebagai 'Bukit Ekspo'. Menurut Syed Syafiq, beliau menerima aduan daripada mahasiswa yang berniaga di kawasan itu dan mendapati wujud penyelewengan pihak pengurusan yang menggunakan mahasiswa bagi mendapatkan gerai. "Beberapa staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) didapati menggunakan nama mahasiswa untuk mendapatkan kawasan tapak yang sepatutnya diperuntukkan untuk mahasiswa berniaga. Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab. Garis panduan tidak dipatuhi "Malah melalui pelan asal, tapak niaga yang sepatutnya menjadi garis panduan tidak dipatuhi. Pihak pengurusan Pesta Konvo telah mendirikan beberapa khemah baru untuk peniaga-peniaga dari luar berniaga," katanya melalui kenyataan media kepada FMT. Menurut Syed Syafiq, pihak pengurusan Pesta Konvo telah menyerahkan tapak berniaga untuk peniaga-peniaga luar dengan harga RM1,200 satu tapak. Manakala untuk mahasiswa diberi tapak bekas kandang kuda dengan bayaran sebanyak RM300 untuk satu tapak. Katanya, sikap tidak bertanggungjawab pihak pengurusan turut ditegur ekoran bersikap lepas tangan dalam menangani peniaga di tapak barangan (tapak kering) daripada menjual barang makanan. "Sebaliknya, mereka (pihak pengurusan) meminta peniaga-peniaga tapak makanan (tapak basah yang dikhususkan untuk mahasiswa) menegur sendiri sikap peniaga di tapak barangan. Jesteru itu, beliau berharap agar pihak pengurusan dan yangt terbabit dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah itu. | |||||||
| Mafrel hantar sukarelawan pantau PRK Galas Posted: 12 Oct 2010 02:50 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, "para sukarelawan akan dihantar untuk memerhati hari penamaan calon pada 26 Oktober ini dan juga hari mengundi 4 November."
"Ketika berkempen, para pemerhati dari negeri Kelantan akan memantau dengan dekat cara berkempen oleh parti-parti yang terlibat. Kesemua sekali, Mafrel akan menghantar 20 pemerhati di semua pusat mengundi di Galas," katanya dalam satu kenyataan media semalam. Beliau berkata, "keputusan Mafrel untuk hadir ketika PRK N45 Galas berlangsung adalah konsisten dengan objektif dan tanggungjawabnya untuk melindungi hak pengundi dengan memastikan ianya berjalan dengan bebas dan adil. "Kami ingin memastikan para pengundi diberi peluang untuk menggunakan hak mereka tanpa perasaan takut dan bebas dari sebarang bentuk tekanan atau ikatan. Menurut beliau, Mafrel akan menulis surat secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memohon supaya menerima semula Mafrel sebagai pemerhati bebas ketika berlangsungnya PRK Galas nanti. Pemerhati bebas "Permohonan ini dibuat berikutan perkembangan terbaru dan kemajuan yang dicapai berhubung status Mafrel sebagai Pemerhati Pilihan Raya Bebas dan Akreditasi SPR," tambahnya. Syed Ibrahim berkata, Mafrel telah memenuhi permintaan SPR dengan menghantar laporan-laporan yang tertangguh dan berharap SPR sedia menimbang semula Mafrel sebagai badan pemerhati bebas. Ujar beliau, "Mafrel merasakan bahawa keputusan SPR menggugurkan Mafrel dari tugas memantau dan memerhati pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan Sibu adalah kerana kegagalan Mafrel menyerahkan laporan-laporan pemerhatian. "Oleh kerana laporan-laporan itu telah diserahkan maka kami merasakan tindakan SPR menggugurkan peranan Mafrel tidak lagi sesuai," katanya. Mafrel katanya, juga memandang berat dengan keputusan SPR menetapkan hari mengundi pada hari bekerja kerana ia akan menyebabkan jumlah mereka yang datang mengundi berkurangan. | |||||||
| PM perlu jelaskan kontrak runding terus lebuhraya Posted: 12 Oct 2010 02:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua hari ini meneliti kertas cadangan pemberian kontrak secara rundingan terus pembinaan lebuhraya yang baru dan mendakwa ia tidak telus sepertimana yang dinyatakan oleh kerajaan. Akhbar bisnes "The Edge Financial Daily" semalam melaporkan bahawa empat lebuhraya bertol dicadangkan di Semenanjung dan dijangka dibentangkan dalam Belanjawan 2011 oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak Jumaat ini.
Adalah difahamkan, dalam laporan itu, PLUS Expressways Bhd akan dilantik sebagai pemegang konsesi lebuhraya-lebuhraya itu manakala Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mengendalikan dua lebuhraya yang lain. Lebuhraya yang akan dikendalikan oleh PLUS ialah dari Sungai Dua ke Juru di Pulau Pinang, dari Kinrara ke Damansara di Lembah Klang manakala lebuhraya di bawah kendalian PNB ialah dari Ampang ke Cheras dan dari Damansara ke Sg Buloh. Berita ini mengejutkan kerana kata Pua, "tidak nampak sebarang tanda langsung" bahawa projek-projek ini ditawarkan secara tender terbuka dan berasaskan daya saing seperti yang dijanjikan di bawah Model Baru Ekonomi (MBE). "Kita tidak perlu melihat kepada MBE untuk mengetahui bahawa perdana menteri tahu benar mengenai kesan negatif seperti pengurusan yang lemah ekoran dari langkah pemberian kontrak swasta secara terus. Najib akui perlu ada persaingan Mengungkap kembali kenyataan Najib pada Forum Ekonomi Jeddah 2007 kepada para pelabur asing ketika beliau timbalan perdana menteri, Pua berkata Najib telah menggariskan beberapa isu yang menjadi pengajaran kepada Malaysia dari program pengswastaan sejak 1980an. Malahan "layanan istimewa" yang diberi kepada golongan yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi, perlu ada persaingan yang secukupnya di kalangan mereka sendiri. Hanya mereka yang mempunyai kemahiran yang sesuai, berkeupayaan dan memiliki sumber dan dana yang mencukupi sahaja yang harus dipilih. Beliau juga secara khusus menasihati supaya tidak mengikut pendekatan "yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan". Pua berkata, "Najib mengakui bahawa pengalaman kita menunjukkan bahawa dengan "memberi keistimewaan atau eksklusif kepada satu-satu pihak", berpotensi untuk mengakibatkan kos meningkat dan ini akan membebankan pengguna serta pembayar cukai. "Walaupun beliau (Najib) mengakui tentang hal ini, namun beliau belum mengotakan apa yang dikatakan," tambahnya. Ujar beliau, "ini merupakan pengakuan secara terbuka bahawa dasar pengswastaan negara gagal dari beberapa aspek sejak ianya diperkenalkan pada 1980an. "Persoalannya, ketika Najib petah mengkritik dasar pengswastaan kita di depan sekumpulan para pelabur antarabangsa, adakah beliau telah atau akan mempraktis apa yang beliau ucapkan dalam MBE?" soal beliau. Beliau mendakwa kerajaan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat bagi meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kos hidup bagi memastikan kadar tol berada tahap minima dan dilaksanakan dengan tegas apabila perlu. Oleh itu kata Pua, perdana menteri "mesti memberi penjelasan" ketika pembentangan Belanjawan 2011 sama ada tender terbuka menjadi kriteria utama dalam pemberian kontrak kerajaan. "Bukan setakat pembelian pen dan kertas, tapi lebih penting ialah semua projek mega yang ditawarkan dan berselindung di sebalik inisiatif kewangan awam (PFI – Public Finance Initiative) atau perkongsian awam-swasta (PPP – Public-Private Partnership). | |||||||
| Pakatan Rakyat akan kembali tawan Perak Posted: 12 Oct 2010 02:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan merampas semula Perak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun ada usaha untuk memindahkan para pengundi ke tempat-tempat tertentu, kata Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pakatan Rakyat, kata naib presiden PAS itu, akan membincangkan pembahagian kerusi di kalangan parti komponen kemudian nanti.
Menurutnya, Pakatan Rakyat juga menilai calon berdasarkan masa pilihan raya diadakan tetapi memberi jaminan hanya calon yang berwibawa akan dipilih. Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR memenangi PRU 2008 dan membentuk kerajaan negeri Perak sebelum digulingkan, dipercayai didalangi oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak pada 2009. Ujar beliau, "kalau pilihan raya itu diadakan sekarang atau serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, Pakatan rakyat akan menang. BN main kotor? Nizar berkata, "cuma kita takut Barisan Nasional (BN) main kotor. BN telah memindahkan para pengundi ke kawasan sasaran mereka. Sebagai contoh, para pengundi PAS dari kawasan saya (Pasir Panjang) telah dipindahkan ke Dun Sitiawan. "Tetapi oleh kerana DAP menang dengan majoriti lebih 8,000 undi di kawasan itu maka ia tidak boleh memberi kemenangan kepada BN," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini. Nizar juga berkata, politik dalaman PKR tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat termasuk kepada calon PKR. Bagaimanapun, naib presiden PAS itu berkata, Pakatan Rakyat perlu menyebarluaskan maklumat kepada penduduk luar bandar termasuk di kawasan peneroka Felda. "Di kawasan bandar atau separuh bandar, kita tidak ada masalah kerana mereka faham dengan apa yang berlaku," tambahnya. Nizar berkata, prestasi pentadbiran Najib yang menurun dari 72% kepada 68% juga boleh membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU. Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beberapa kenyataan Menteri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menimbulkan tanda tanya. Ujar beliau, "bancian keluarga miskin di Perak menunjukkan seramai 2,000 keluarga tetapi menteri besar memberitahu terdapat hanya 700 keluarga sahaja. Kita tanya macam mana angka begitu, dia tidak boleh jawab. "Kita tanya mengenai status tanah seluas 35,000 ekar di Gerik, juga dia tidak boleh jawab. Jadi biar rakyat Perak menilai pentadbiran BN Perak itu," katanya. | |||||||
| Pemuda Umno: Kita bukan rasis, tapi sudah pasti sentuh isu Melayu Posted: 12 Oct 2010 02:35 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Pergerakan Pemuda Umno akan mengambil pendekatan berhemah dalam membahaskan isu-isu berkaitan kaum Melayu dalam perhimpunan Agung Umno 2010 yang akan bermula Selasa depan. Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina berkata, kesemua 13 pembahas terpilih akan sentiasa diingat untuk menghormati bangsa lain di negara ini bagi memastikan isu yang mereka bahaskan tidak diputar belit pihak yang tidak bertanggungjawab. "Saya tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas mereka mengenai apa yang akan mereka bercakap, tetapi saya akan ketengahkan beberapa perkara," katanya dipetik Bernama. Katanya, yang penting ketika membahaskan isu adalah untuk mencerminkan kekuatan parti dan juga perpaduan yang kukuh. "Kita tidak akan rasis. Tetapi sudah tentu mereka akan bercakap apa saja berkaitan orang Melayu," katanya. Perwakilan Pemuda akan membahaskan tiga usul iaitu ucapan dasar Ketua Pemuda, usul ekonomi, pendidikan serta agama. Antara pembahasnya ialah perwakilan Pemuda Umno Padang Besar, Razi Abdul Rahman; Ketua Pemuda Umno Jerai, Basorri Hassan; Ketua Pemuda Umno Machang, Eriandi Ismail; Ketua Pemuda Umno Besut, Mohd Mahdi Musa; Ketua Pemuda Umno Balik Pulau, Aziaan Ariffin; Ketua Pemuda Umno BukitGantang, Shamsul Alias. Ketua Pemuda Umno Bera, Datuk Mohd Azizan Che Omar; Ketua Pemuda Umno Klang, Zainuri Zakaria@Zainal; Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Mohd Rafii; Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman; Ketua Pemuda Umno Tangga Batu, Mohd Nizam Dawood; Ketua Pemuda Umno Sekijang, Anuar Abd Manap dan Ketua Pemuda Umno Papar, Armizan Ali. | |||||||
| DUN Galas: Saya tidak gadai prinsip, kata Ku Li Posted: 12 Oct 2010 02:27 AM PDT ![]() Ku Li (tengah) berbicara dengan Tengku Adnan Mansor di Parlimen semalam. — Gambar oleh Choo Choy May Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969 ini menegaskan, beliau sama sekali tidak dan tidak akan menggadai prinsip dan pendirian dalam mengutarakan perbezaan pendapatnya hanya kerana jawatan pengarah pilihan raya. Kata Tengku Razaleigh, beliau sentiasa mengutamakan prinsip sedemikian dalam kerjaya politiknya sejak dari dahulu lagi, bukannya hanya sejak kebelakangan ini. Oleh itu jelasnya, beliau menerima pelantikan sebagai pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kerana merasakan mempunyai tanggungjawab demi penduduk bahagian tersebut dan selaku seorang ahli Umno yang setia kepada parti. Kelihatan relaks dan tenang sepanjang temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider di kediamannya di sini semalam, Tengku Razaleigh memberitahu, beliau tidak rasa tertekan ataupun berada dalam dilema kerana jawatan pengarah jentera. ![]() Musuh-kawan dalam arena politik berubah mengikut hari, kata Ku Li. "Saya merasakan terhutang budi untuk menjaga kawasan saya. Itu sahaja. "Tiada dilema. Saya pasti saya akan memperoleh segala sokongan yang saya harapkan," tegas Tengku Razaleigh. Ahli politik veteran ini berkata, beliau menerima jawatan pengarah pilihan raya kerana beliau masih merupakan ahli Umno yang setia dan secara semula jadi mahukan partinya memenangi kerusi Galas. Buat pertama kali kerusi tersebut dimenangi PAS iaitu pada 8 Mac lalu. "Akhirnya, ia adalah pilihan raya kecil. Akan ada pihak yang menang dan juga pihak yang kalah," kata Tengku Razaleigh. Tengku Razaeligh yang terkenal dengan panggilan mesra "Ku Li", bukan asing dalam kontroversi dalam partinya sendiri, lebih-lebih lagi beliau kelihatan tidak popular di kalangan ahli-ahli dan pemimpin Umno sejak awal tahun ini. Bukan sahaja sesetengah ahli dan pemimpin Umno menyisihkan beliau termasuk ketika berusaha untuk mendapatkan pencalonan bertanding jawatan tertinggi pada pemilihan-pemilihan lalu, malah tidak mendapat ruang dalam media-media dikuasai Umno. Pada Februari lalu, Tengku Razaleigh berhadapan dengan kritikan pedas daripada pelbagai pihak dalam Umno yang meminta tindakan disiplin dikenakan ekoran pendirian beliau isu tuntutan royalti minyak khususnya yang dibawa kerajaan negeri Kelantan PAS. Kes itu difailkan pada 30 Ogos lalu. Pandangan itu turut datang daripada kalangan pemimpin Umno Kelantan dengan ada yang menggesa agar dikenakan tindakan disiplin ke atas Tengku Razaleigh, tetapi beliau terus mempertahankan pendiriannya. Majlis Tertinggi Umno pula menyerahkan kepada ahli-ahlinya memutuskan tindakan ke atas beliau dan difahamkan ramai tidak bersetuju diambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh. Apabila diminta mengulas perubahan hati di kalangan pemimpin Umno sejak beberapa hari lalu serta mesej dan hikmah di sebaliknya, Tengku Razaleigh hanya ketawa dan menggeleng kepala. "Inilah politik di Malaysia... satu hari anda kawan, hari esok anda jadi musuh, dan anda kembali menjadi kawan hari kemudian," kata anggota kerabat Kelantan ini. Sehubungan itu, Tengku Razaleigh menekankan, pendirian dan prinsip beliau terhadap Umno dan juga kerajaan BN kekal sama tanpa sebarang perubahan meskipun dilantik sebagai pengarah pilihan raya. "Tidak bermakna bahawa saya akan berubah dalam memberikan pandangan saya. Saya masih kekal dengan itu. "Saya akan terus mengeluarkan pandangan tidak bersetuju saya ke atas pemimpin kerajaan dan terhadap sesetengah dasar (parti dan kerajaan) yang saya tidak bersetuju. "Saya tidak akan menggadai prinsip saya (semata-mata) untuk menjadi pengarah pilihan raya, malah saya juga tidak akan menggadai hanya kerana (apa jua) jawatan paling tinggi di muka bumi ini," kata beliau. Sehubungan itu, Tengku Razaleigh juga menolak spekulasi bahawa pelantikan beliau sebagai pengarah pilihan raya BN di Galas bertujuan melemahkan atau melenyapkan kritikan beliau yang lazimnya lantang mengutarakan pandangan terhadap Umno, BN dan pentadbiran mereka. Sambil menambah Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sedar tentang pendiriannya berhubung sesetengah dasar kerajaan dan isu, Ketua Umno Gua Musang ini berkata, beliau tidak meletakkan apa-apa syarat apabila menerima pelantikannya mengetuai jentera pilihan raya DUN Galas. "Tidak, tidak ada syarat (saya letakkan)," katanya. "Beliau (Najib) tahu apa pendirian saya. Tidak perlu bagi saya mengulangi. Saya mempunyai pendirian tegas dalam sesetengah isu dan beliau tahu mengenainya... berhubung isu royalti minyak sebagai contoh, Najib pernah bekerja di bawah saya di Petronas, beliau tahu bagaimana saya merasakan," kata Tengku Razaleigh yang turut mengakui beliau terkejut dengan pelantikan ini. Katanya, Timblan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menghubungi beliau ketika berada di London minggu lalu. "Saya terkejut (dengan keputusan melantik) dan saya meminta mereka lantik orang lain, tetapi mereka mengatakan bahawa parti merasakan saya orang paling sesuai," kata Tengku Razaleigh sambil menambah, sebenarnya beliau ada meminta masa untuk bercakap dengan ahli-ahli akar umbi sebelum boleh mengatakan pendirian mengenai pelantikan tersebut. ![]() Muhyiddin masih berada di Australia. Selepas pertemuan itu beliau akan ke Gua Musang untuk mengatur persiapan menghadapi pilihan raya kecil. Tengku Razaleigh yang kembali ke tanah air Sabtu lalu telah mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Pengerusi BN di bangunan Parlimen semalam dan menerima surat pelantikan secara rasmi sebagai pengarah jentara pilihan raya BN. Kali terakhir kedua-dua mereka bersemuka adalah tahun lalu. Pentadbiran Najib berulang kali menekankan bahawa Kelantan, negeri keempat termiskin, tiada hak untuk mendapatkan royalti memandangkan minyak dihasilkan di kawasan luar pesisir pantai dan ia membabitkan kawasan pembangunan bersama dengan Thailand. Tengku Razaleigh yang mengasaskan Petronas pada 1974 tidak bersetuju dengan pendirian Putrjaya itu. Selain isu itu, Tengku Razaleigh, pengerusi pertama Petronas, juga lantang mengkritik Umno, yang memperlihatkan prestasi kurang memuaskan bersama sebahagian besar parti komponen BN pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Dalam pertemuan kali ini, beliau memberitahu, Umno sudah jauh daripada fungsi dan peranan asal yang pernah dimainkan ketika pimpinan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn — masing-masing perdana menteri perdana, kedua dan ketiga. Pada Julai lalu, beliau juga mengesyorkan agar Umno dan BN menjadi sebuah parti pelbagai kaum menerusi keanggotaan secara langsung. Najib sebelum ini memberitahu bahawa perkara itu akan dibincangkan ketika persidangan BN akhir tahun ini. "Saya sudah pun memberikan cadangan saya, perlu ada pembaharuan menyeluruh. Dari segi struktur, Umno mesti berubah dan meminda perlembagaannya untuk menjadi lebih terbuka. "Umno di bawah Tun Razak dan Tun Hussein Onn sangat diminati dan dihormati. Perjuangan Umno (sekarang) seharusnya berasaskan Umno yang lama — keadilan dan saksama, tidak bersifat melihat diri ke dalam (semata-mata)," katanya lagi. Meskipun dilihat sebagai orang lama di Gua Musang, Tengku Razaleigh berhati-hati apabila bercakap mengenai peluang kemenangan di Galas. Katanya, meskipun adalah penting bagi Umno memenangi kerusi itu, ia tidak akan membawa apa-apa perbezaan jika Umno memenangi kerusi tersebut. "Saya boleh kata Galas adalah penting bagi BN memandangkan ia adalah kerusi berada di kawasan majoriti orang Melayu "Umno mahu memastikan ia mendapat sokongan daripada orang Melayu sebab ia telah kehilngan sokongan di Kedah, dan juga Kelantan," katanya. "Tetapi, pada masa yang sama juga saya boleh katakan tidak. Ia tidak membawa apa-apa perbezaan jika Umno menang ataupun kalah kerana ia tidak akan mengubah kedudukan kerusi di Kelantan. Anda mendapat satu lagi kerusi, anda cuma menambah (sedikit) suara kecil di dewan yang dikuasai PAS. "Begitu juga, jika PAS memenangi kerusi itu, ia tidak akan membawa sebarang kelainan kepada mereka," katanya lagi. Kelmarin, Muhyiddin yang pernah mengulas pendirian Tengku Razaleigh berhubung isu minyak dan idea pembentukan kokus oleh Pakatan Rakyat dengan menjemput Tengku Razaleigh sebagai ketua, menyambut baik pendirian wakil rakyat Gua Musang ini menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya kecil dengan menyifatkannya satu perkembangan yang baik. Muhyiddin berkata beliau yakin dengan pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil itu, BN dapat membentuk sebuah pasukan yang boleh bekerja keras bagi menentukan kejayaan calon BN. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Galas manakala penamaan calon pula pada 26 Oktober. Pilihan raya kecil ke-12 ini diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima pada 27 September akibat barah usus. Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. | |||||||
| Kementerian Pelajaran kaji serap lebih ramai guru sandaran Posted: 12 Oct 2010 02:22 AM PDT BERNAMA
KUALA LUMPUR — Kementerian Pelajaran sedang menjalankan kajian khusus untuk memastikan lebih ramai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dapat diserap ke jawatan guru tetap. Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar) berkata kajian tersebut dijangka disiapkan dalam masa terdekat kerana kementerian menyedari terdapat ramai GSTT yang layak untuk menduduki jawatan tersebut. Beliau berkata kementerian juga masih meneruskan program penyerapan melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM). "Walau bagaimanapun tidak semua daripada 12,546 GSTT di sekolah rendah dan menengah yang ada pada masa ini boleh diserap kerana pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan syarat-syarat tertentu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini. Noraini dalam soalannya mahu tahu apakah mekanisme kementerian untuk menampung kekurangan guru bertauliah terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar memandangkan terdapat ramai GSTT yang layak walaupun kurang pengalaman. Mohd Puad berkata kementerian juga menggalakkan agar GSTT memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selain bergantung kepada KDC dan KDPM. GSTT dilantik bertujuan menampung kekosongan jawatan dan kekurangan guru di sekolah pada satu-satu masa dan pada ketika ini, proses pengambilan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. | |||||||
| PKR diminta tangguh pemilihan tumpu Batu Sapi, selesai pelbagai isu cabang Posted: 12 Oct 2010 02:19 AM PDT
Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadian Rakyat (PKR) harus meneliti syor ini supaya parti ada masa yang cukup untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan dengan proses pemilihan dan juga bagi memberi tumpuan ke atas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi. Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ini berkata, parti perlu menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak "agar jangan sampai rumah sudah siap tetapi pahat terus berbunyi." "Kita hendak siapkan rumah baru dengan menggunakan sistem pemilihan dan memberi ruang demokrasi yang luas, tetapi dalam usaha kita hendak mencipta ruang demokrasi yang luas, jangan sampai kita dilihat rumah siap tetapi pahat terus berbunyi," kata beliau ketika dihubungi. Oleh itu pemimpin dari Rembau, Negeri Sembilan ini berkata, apa salahnya proses pemilihan ini ditangguhkan sementara bagi menyelesaikan beberapa masalah teknikal yang banyak dibangkitkan di peringkat cabang sebelum ini. "Walaupun masalah yang wujud ini sikit sahaja tetapi boleh menjejaskan pencapaian sejarah besar kalau kita terburu-buru mahu menyelesaikan proses pemilihan ini dengan tidak cermat mendengar serta menyelesaikan masalah teknikal yang ada," kata beliau lagi. Malah Badrul Hisham yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia berkata, langkah berani parti memperkenalkan sistem satu undi satu ahli turut berjaya menggamit perhatian banyak pihak untu melihat proses pemilihan kali ini dijalankan dengan jaya. Menurutnya, pemilihan 2010 juga dianggap sebagai harapan baru bagi anak muda sebelum mereka menempuhi pilihan raya kecil ke-13 iaitu Batu Sapi. PKR selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang 3 Oktober lalu tetapi sembilan cabangnya bermasalah. Sebahagian cabang bermasalah akan mengadakan pemilihan sebelum kongres hujung bulan depan manakala yang lain akan berbuat selepas kongres. Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat. Selain itu, kata Badrul Hisham, pemilihan juga perlu ditangguhkan memandangkan partinya akan turun bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi di Sabah. Kerusi Batu Sapi diperuntukkan kepada PKR di bawah pembahagian kerusi kepada PKR tahun 2008. "Parti memerlukan tumpuan penuh untuk menghadapi cabaran di Batu Sapi dan memenangi kerusi itu. "Kerusi ini sangat penting bagi PKR dalam usaha menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-13. "Kekuatan kami dan Pakatan Rakyat di Semenanjung sudah cukup, dan sekarang perlu memberi tumpuan ke atas Sabah dan Sarawak bagi mengambil alih kerajaan persekutuan," kata beliau. Oleh itu katanya, kejayaan di Batu Sapi adalah penting bagi PKR dan Pakatan Rakyat sebagaimana DAP menang di Sibu. Kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu. Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Datuk Samsudin Yahya daripada BN dan DUN Karamunting oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar daripada Parti Liberal Demokratik bulan lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Chong memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708. Mendiang memperoleh 9,479 undi manakala Chung meraih 5,771 undi. Mengenai kemungkinan ditangguhkan pemilihan kali ini, Badrul Hisham berkata ia boleh diputuskan oleh MPP. "MPP yang boleh membuat keputusan dan membolehkan JPP menangguhkan pemilihan," kata beliau sambil menambah telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin. "Nampaknya mereka juga setuju dengan cadangan ini. Saya akan menulis surat kepada ibu pejabat hari ini mencadangkan perkara ini," katanya. PKR akan mengadakan mesyuarat mingguan Biro Politik setiap Rabu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu notis Parlimen untuk mengadakan mesyuarat khas menetapkan pilihan raya kecil. Pilihan raya kecil DUN Galas di Kelantan diadakan pada 4 November. | |||||||
| 19 peluru ditemui di kawasan Aminulrasyid ditembak Posted: 12 Oct 2010 02:17 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini. Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan. Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian. Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam. Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti. Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan. Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2. Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu. Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan. Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari. | |||||||
| Usah biar lebih ramai terkorban Posted: 11 Oct 2010 10:49 PM PDT Oleh Ratinawati RasidiKerjasama semua pihak penting elak nahas SUDAH terhantuk baru terngadah, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini. Menurut kajian, 60 hingga 70 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu. Selebihnya, membabitkan masalah kenderaan dan persekitaran jalan raya. Adakah perlu untuk kita melihat lebih ramai lagi terkorban dek kelewatan melaksanakan apa juga bentuk peraturan dan polisi. Kerajaan berusaha sedaya mungkin memperkenalkan peraturan mahupun jalan penyelesaian, tetapi adakah ia memadai? Sejauh manakah semua peraturan itu benar-benar difahami dan diamalkan. Adakah perlu kita gunakan alat perakam maklumat seperti kotak hitam atau menguatkuasakan penggunaan had kelajuan kenderaan untuk memantau sikap pemandu. Tidakkah semua ini dilihat umpama memantau kanak-kanak yang belum mampu mengerti apa itu bahaya, mahupun kematian. Berapa banyak lagi akta atau peraturan yang perlu kita perkenalkan semata-mata memantau pelakuan pemandu atau pihak berwajib bersikap acuh tak acuh dalam menguatkuasakan undang-undang. Baru kelmarin kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri meragut 12 nyawa dan mencederakan 40 penumpang bas, kereta, van dan seorang penunggang motosikal. Ops sikap ke-22 lalu mencatatkan 16,817 kemalangan berlaku dan angka ini sudah cukup membuktikan betapa pengguna jalan raya kurang mengambil iktibar daripada setiap kemalangan yang berlaku. Benar ia dilaporkan menurun 9.5 peratus, berbanding Ops Sikap ke-21 tetapi kemalangan ngeri tetap berlaku dan ia sebenarnya mampu dikurangkan jika semua pihak bekerjasama. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata tidak ada sesiapa yang mahukan kemalangan berlaku tetapi tragedi tetap berlaku atas sebab dan alasan tersendiri. Apa yang pasti, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang menyiasat secara terperinci kemalangan itu. "Di negara ini, apabila sudah berlaku kemalangan, baru orang sibuk memperkatakan siapa yang bersalah, ngerinya kemalangan dan punca kemalangan. Sebaliknya, kita gagal mengambil iktibar. Kita tidak pernah mengharapkan semua ini berlaku dan kita tidak mahu pun ia berlaku. Apa yang penting, sudah tiba masanya pengguna bekerjasama dengan kerajaan. Kerajaan tidak mampu bertepuk sebelah tangan dan jangan hanya memandang ia sebagai tragedi," katanya. Prof Dr Ahmad yakin sudah tiba masanya semua pengusaha bas mempraktikkan secara keseluruhan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) bagi mengurangkan kemalangan terutama bas ekspres. Kod amalan itu, mencakupi komitmen pengurusan tertinggi syarikat terhadap keselamatan, pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan risiko dan perjalanan dan pengurusan dokumen pengurusan kenderaan. SHE tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994). Kod ini diperkenalkan pada 2007 dan Kabinet memutuskan untuk mewajibkan semua pengusaha kenderaan melaksanakan Kod Amalan SHE. Mengulas penggunaan Alat Sistem Kedudukan Global (GPS), Prof Dr Ahmad berkata, penggunaan 'technology in a vacuum' bukanlah sesuatu yang digalakkan kerana Kod Amalan SHE dilihat lebih sesuai berbanding kebergantungan terhadap alat elektronik. Walaupun diperkenalkan tiga tahun lalu, masih ramai pengusaha bas tidak memahami kod amalan SHE, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai salah satu syarat wajib lesen. Perkara ini pernah didedahkan Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique. "Apabila kita ambil keputusan jadikan SHE syarat lesen, rupanya hampir semua syarikat tak faham apa itu jawatankuasa dan polisi SHE, inikan pula nak tubuhkan audit dalaman... mereka tak faham apa patut dibuat. Oleh kerana mereka tidak faham, kita tak dapat kuatkuasakan SHE. "Jadi, sekarang kita nak beri kefahaman kepada mereka dulu. Justeru, selepas kita selesai memberi penerangan kepada mereka mengenai SHE, kita akan beri mereka tempoh tiga bulan untuk bangunkan ketiga-tiga elemen ini dan kemudian baru boleh kenakan tindakan penguatkuasaan," katanya. Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin: # R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka) # Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka) # Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka) # Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka) # Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka) # Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka) # Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka) # Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar) # Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar) # Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar) # Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota(Taman Maju, Batu Pahat, Johor) # Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor) Mangsa dirawat (mengikut hospital) # Hospital Tuanku Jaafar, Seremban – 23 orang (4 parah, 19 cedera ringan) # Hospital Melaka – 11 orang (2 parah, 9 cedera ringan) # Hospital Kuala Lumpur – 1 orang (parah dan kritikal) # Hospital Pantai, Melaka – 3 orang (parah dan kritikal) | |||||||
| Dakwaan samseng halang cabutan undi bazar disiasat Posted: 11 Oct 2010 10:34 PM PDT
Katanya, mereka tidak puas hati dan mendakwa adanya kumpulan samseng yang seolah-olah mengawal Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan menghalang pihak berkuasa tempatan itu mengadakan cabutan undi secara adil bagi mengagihkan bazar kepada peniaga yang layak. Dalam satu kenyataannya hari ini, Faekah berkata, kerajaan negeri akan menyiasat secara terperinci dakwaan itu. Katanya bagi membolehkan tindakan sewajarnya dapat diambil "demi memberi keadilan kepada peniaga kecil dari keturunan India yang mahu mencari rezeki secara halal". "Semalam saya telah memanggil pihak Majlis Perbandaran Klang untuk berbincang menyelesaikan isu ini pada petang ini. "Kita sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salahlaku dalam mengendalikan tugasan ini dan akan memastikan kepentingan dan hak rakyat kebanyakan dilindungi," tambahnya.
"Tuduhan tidak berasas ini sengaja direka pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor dan menyatukan semua kaum," tegasnya. Malah, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sejak lebih dua tahun lalu dibentuk hasil gabungan dan kerjasama jitu pelbagai kaum dan agama. "Kita berjuang untuk menghentikan politik perkauman yang telah diwujudkan BN dan ternyata tindakan mereka ini telah menimbulkan kesangsian antara kaum," tambahnya. | |||||||
| PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon Posted: 11 Oct 2010 10:29 PM PDT
"Biarkan pucuk pimpinan umumkan keputusan itu. Kami akan adakan juga mesyuarat Pakatan Sabah di Kota Kinabalu tidak lama lagi bagi membincang persiapan pilihan raya kecil." Calon ditahan polis "Apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008 tidak patut dipersalahkan ke atas PKR. Calon kami, Dr Yusuf Sheikh Ahmad, malangnya ditahan oleh anggota polis cawangan khas untuk disoal-siasat sehingga proses penamaan calon berakhir," dakwa Hassnar.
Menurut Hassnar, beliau bukan antara calon PKR meskipun beliau dilantik sebagai ketua cawangan baru-baru ini. Beliau juga menolak spekulasi bahawa PKR akan menyerahkan kerusi itu kepada DAP untuk bertanding. Batu Sapi adalah kawasan majoriti penduduk Islam, manakala bukan Islam yang dikatakan penyokong DAP mewakili kira-kira 40 peratus daripada pengundi. Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, pada Sabtu lalu. Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. BN dijangka sekali lagi diwakili oleh PBS untuk kerusi Batu Sapi manakala satu lagi parti pembangkang SAPP, juga dikatakan berminat untuk bertanding. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
BINTULU - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.
SHAH ALAM - Tindakan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bermula hari amat dikesali walaupun sudah terbukti dari segi Perlembagaan beliau bukan Wanita Pertam Malaysia dan tidak berhak menggunakan gelaran itu.
undang-undang dan sebagainya.

















KUALA LUMPUR— Calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin minta partinya yang dalam proses mengadakan sistem pemilihan langsung bersejarah peringkat pusat, kira-kira sebulan bermula 29 Oktober ini, agar menangguhkan aktiviti itu.
SHAH ALAM — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan