Sabtu, 2 Oktober 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mahkamah Rayuan Putuskan Saman Berhubung PKFZ Dibicarakan

Posted: 01 Oct 2010 05:26 PM PDT

SUARA KEADILAN

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan dua saman oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd berhunung pertikaian pembayaran sebanyak RM900 juta dibicarakan sepenuhnya.

Ini berikutan keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim yang membenarkan permohonan rayuan LPK terhadap keputusan penangguhan Mahkamah Tinggi supaya kedua-dua belah pihak boleh menyelesaikan perbalahan mereka secara tertutup.

Hakim Datuk Wira Low Hop Bing memerintahkan Kuala Dimensi membayar kos sebanyak RM30,000 dan meminta saman itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dua lagi hakim yang turut membuat keputusan yang sama adalah Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad and Datuk Zaharah Ibrahim.

Susulan keputusan hari ini, kes tersebut akan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi di mana tarikh pendengaran semula kes akan ditentukan.

LPK telah mengemukakan empat saman terhadap Kuala Dimensi untuk memaksa kontraktor turnkey projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang itu mengembalikan bayaran yang dianggap berlebihan

Umno Jadikan Datuk Bandar KL Kuda Tunggangan

Posted: 01 Oct 2010 05:26 PM PDT

SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Tindakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail yang secara terang-terangan membenarkan dirinya menjadi kuli kepada Umno amat dikesali sedangkan sebagai penjawat awam, beliau sepatutnya bebas dari kekangan atau pengaruh orang politik.

Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ini terbukti apabila Umno Bahagian Titiwangsa secara terang-terangan meletakan gambar wajah beliau dalam semua banner bagi program Rumah Terbuka Bahagian itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober ini.

"Apakah maksud gambar beliau diletakan dalam banner itu? selalunya gambar yang diletakan dalam mana-mana banner itu mempunyai kaitan terus dengan organisasi yang mengeluarkannya, sama ada dia sebagai pemimpin atau ahlinya.

"Program berkenaan adalah anjuran Umno Titiwangsa dan Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang," kata Herman.

Menurut Herman lagi, apa yang pasti, Ahmad Fuad bukanlah penghuni rumah PPR atau ahli jawatankuasa persatuan penduduk berkenaan.

Tidak ada keperluan gambar beliau diletakkan di situ walaupun PPR berkenaan di bawah pentadbiran DBKL melainkan beliau mempunyai kepentingan peribadi melibatkan Umno.

"Sebagai penjawat awam yang menjadi orang nombor satu dalam DBKL beliau sepatutnya bebas dari kekangan politik atau pengaruh orang politik walaupun yang menjadi Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar adalah orang kuat Umno Wilayah.

"Beliau gagal menunjukkan imej bebas dan melanggar peraturan penjawat awam yang tidak membenarkan pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk terlibat dalam politik kecuali bagi guru sekolah.

"Jika kerajaan mahu berlaku adil, peraturan yang melarang penjawat awam terlibat dengan politik ini perlulah dimansuhkan serta merta," tegas beliau.

Dalam pada itu, DPPWP katanya kesal kerana kerajaan membelakangkan peraturan yang mereka ciptakan dan pengharaman itu jelas terhad kepada penjawat awam yang menyokong Pakatan Rakyat dan sebaliknya mereka ini diberikan kebebasan politik yang mutlak.

"Kita berharap agar beliau sedar bahawa beliau seharusnya berkhidmat dengan adil bagi semua rakyat dan wajib memberikan kerjasama kepada semua ahli parlimen di Kuala Lumpur yang majoritinya adalah dari Pakatan Rakyat.

"Beliau seharusnya menghabiskan lebih banyak masa dengan wakil rakyat yang dipilih rakyat bukannya dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno. Tambahnya lagi, jawatan Menteri Wilayah yang dilantik melalui 'pintu belakang' juga harus sedar bahawa jawatan yang dipegangnya itu adalah untuk berkhidmat bagi semua rakyat bukannya untuk kepentingan Umno sahaja.

Sasaran ' Sifar Dadah ' sampai di mana ?

Posted: 01 Oct 2010 04:50 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/sifardadah.gifBULETIN ONLINE

KUALA TERENGGANU
- Sekiranya gejala penagihan dadah terus meningkat sebagaimana yang berlaku di negeri Terengganu masakini, adalah terlalu jauh lagi masa yang diperlukan untuk mencapai sasaran 'Sifar Dadah' pada tahun 2015

Bekas Pengerusi Pemadam Negeri Terengganu 1999 - 2004, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas gejala penagihan dadah yang dilaporkan semakin meningkat kebelakangan ini

"Kita kalau melihat pada statistik yang dikeluarkan oleh (Agensi Anti dadah Kebangsaan) AADK, memang satu (keadaan) yang sangat membimbangkan keadaan penagihan dadah di negeri Terengganu ni,

"Jadi pada masa itu (1999 - 2004) memang kita dah buat satu 'target' lah, pada tahun 2016, 'sifar dadah'. Kalau begini keadaan di negeri Terengganu, terlalu jauh untuk mencapai 'target' yang telah kita buat,"ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Beliau tidak menduga peningkatan jumlah penagihan dadah begitu mendadak kerana menurutnya statistik tersebut menurun semasa zaman pemerintahan PAS.

"dulu semasa PAS memerintah Terengganu, kedudukan statistik di Terengganu ni semakin menurun. Tak silap saya di antara nombor 6, yang paling tinggi pada masa itu ialah di Pulau pinang, Wilayah Persekutuan,"jelasnya.

Katanya, statistik peningkatan dadah pada tujuh bulan yang lalu di Terengganu adalah 600% dan baru-baru ini adalah sebanyak 700%.

"ini belum pernah berlaku dalam negara kita,"tegasnya.

Felda enggan kembalikan RM 8,500 baki caruman tanam semula

Posted: 01 Oct 2010 04:44 PM PDT



BULETIN ONLINE

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) didakwa masih enggan sehingga kini menyerahkan Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 kepada setiap peneroka yang mengerjakan tanaman kelapa sawit secara persendirian meskipun telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menolak alasan Felda tidak menyerahkan kembali wang tanaman semula kerana mendakwa kira-kira 11,000 peneroka dikatakan tidak mematuhi garis panduan agensi itu

"Antara garis panduan itu ialah pokok tua yang berusia lapan tahun harus ditebang dan peneroka hendaklah tanam pokok yang baru. Mereka mematuhinya tetapi wang tanam semula itu tidak juga diberikan Felda," kata Mazlan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS tengahari semalam.

Mazlan menjelaskan, sejak 1970, Felda telah menubuhkan Tabung Tanam Semula yang dikutip secara bulanan dari setiap peneroka.

Peneroka mencarum pada kadar RM3.34 seekar dari 1970 sehingga 1984 dan kemudian ia dinaikkan kepada RM4.00 seekar mulai Januari 1985 bagi membiayai perbelanjaan penanaman semula tanaman kelapa sawit.

"Sungguhpun jumlah caruman tersebut hanya kira-kira RM9,600 tetapi persetujuan Felda memperuntukkan sebanyak RM17,000 bagi setiap peneroka sebagai anggaran wajar kos penanaman semula," kata beliau.

Felda juga menurut beliau bertindak melampau dengan memotong RM8,500 daripada Tabung Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

"Felda mengemukakan pilihan bahawa daripada RM17,000 mereka memotong RM8,500 untuk digunakan bagi input pertanian seperti pembelian baja dan sebagainya dan bakinya dipulangkan kepada peneroka.

"Malangnya walaupun sebahagian peneroka akur dengan syarat yang dikenakan, Felda mungkir janji untuk mengembalikan baki separuh kepada peneroka. Maksudnya Felda juga gagal melunaskan baki wang penanaman semula dan saya ada bukti," jelas Mazlan.

Felda juga didakwa tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

"Mereka ajak kita berbincang dan bersetuju untuk membayar ansuran sebanyak tiga ataupun empat kali dan sampai masa, pakej yang dipersetujui itu juga tidak dihormati oleh Felda," ujar beliau

Mazlan berkata Felda juga telah sewenang-wenangnya membuat potongan baru bagi caruman Tanam Semula kali kedua antara RM114 sehingga RM119 setiap bulan walhal caruman yang lama belum dilangsaikan.

"Dalam keadaan Wang Tanam Semula sebanyak RM17,000 tidak dipulangkan, tiba-tiba Felda telah secara sewenang-wenangnya memberi borang untuk potongan kali kedua dan terus memotong sehingga tiga kali ganda dan ini merupakan satu tindakan yang amat melampau," tegas Mazlan.

Katanya, apabila peneroka membuat bantahan Felda bertindak dengan memulang semula potongan kali kedua itu hanya kepada mereka yang membantah sahaja tetapi tidak kepada peneroka yang berdiam diri," katanya.

Ugut rakyat: Kalau gelabah sangat, usah merepeklah Najib!

Posted: 01 Oct 2010 04:36 PM PDT

WarkahDaily

Sejak dari dulu sampai sekarang, tak sudah-sudah pemimpin tertinggi Umno bermain sandiwara dan berkurafat, konon hanya BN aje yang boleh memerintah, hanya BN aje yang boleh membuat pembangunan dan memberi keselesaan kepada rakyat.

Tapi kalau tanya rakyat, dah 53 tahun merdeka di bawah pemerintahan BN, selesa ke hidup rakyat? Senang-lenang ke hidup rakyat?

Rakyat golongann bawahan sentiasa merungut kenaikan harga barang, kesempitan hidup dan sebagainya. Golongan pertengahan pula asyik mengeluh, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan kerajaan seperti berada di blok dunia ketiga. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah-ubah.

Bukan itu sahaja, rakyat juga tidak dapat menerima dasar pendidikan yang diwujudkan kerajaan yang tidak proaktif dan tidak memberi apa-apa kelebihan dan kebaikan untuk rakyat. Tukar menteri, tukarlah dasar pendidikan, lepas tu mangsanya ialah anak bangsa dijadikan bahan eksperimen seperti pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang memberi impak besar kepada murid yang lemah dalam bahasa Inggeris.

Perbelanjaan untuk menjalankan dasar pula tidak lagi diambil kira. Berbilion ringgit hangus begitu sahaja bila dasar yang tidak melalui kajian yang jelas dan terperinci terpaksa dirombak dan diubah selepas dihentam. Pandai memerintah ke tu?

Usah tanyalah bab lain, termasuk bagaiman kerajaan BN yang tergesa-gesa menghantar 'pelancong' angkasa dengan jutaan wang rakyat sekadar untuk membuat 'kajian' cara makan roti canai kat angkasa. Apa ke jadah kerajaan macam tu? Sampai sekarang tiada hitam putih apakah kejayaan apabila kerajaan menghantar 'angkasawan' ke angkasa.

Bagaimana pula dengan pasukan F1 Malaysia yang diwar-warkan pasukan Malaysia, pemandu anak tempatan, tenaga kerja tempatan, akan berpangkalan di Malaysia dan sebagainya. Tapi sehingga sekarang, pemandunya siapa? Orang kita ke? Apakah status pasukan F1 Malaysia, berada di tempat ke berapa? Sekarang pulak kedengaran perbalahan antara penaja dan pemilik pasukan berkenaan iaitu krisis penjenamaan semula pasukan itu daripada Lotus Racing kepada Team Lotus. Setakat itulah kelebihan yang ada pada pasukan yang dibangga-banggakan oleh PM 1Malaysia kita. Berebut, bergaduh dan bercakaran sesama sendiri sudah menjadi suatu yang pasti dalam pentadbiran BN.

Yang lucunya, Najib cuba menakut-nakutkan rakyat konon jika kerajaan BN tewas dan dijatuhkan, maka segala pembangunan dan dasar kerajaan yang dirancang akan terkubur. Konon univiersiti yang dirancang akan terbengkalai, projek balai raya tidak dapat dilaksanakan. Seolah-olah tiada kerajaan lain yang boleh lakukan itu semua melainkan kerajaan BN.

Oi!...Nak sembang dengan budak-budak sekolah rendah bolehlah. Jangan rendahkan tahap pemikiran rakyat kebanyakan ini sama taraf dengan pemikiran hangpa. Rakyat sekarang lebih cerdik daripada hangpa.

Kan bahloi kalau bandingkan sesuatu dengan benda lain yang tidak lagi wujud. Nanti orang cakap gilakan, marah pulak. Tapi memang ke arah itu pun.

Bagaimana mahu mengatakan kerajaan BN baik jika tiada kerajaan lain yang pernah memerintah negara untuk dibandingkan dengan pemerintahan BN. Kan pelik. Kalau nak banding dengan kerajaan negeri PR pun, ianya memang tak logic. Negeri dengan negara lainlah bro!.

Kalau fikir sebaik-baiknya pun, kerajaan negeri di bawah PR lagi bagus daripada kerajaan negeri yang diperintah BN. Kenapa penulis cakap sedemikian?

Cuba lihat, bagaimana Kelantan yang dikepung ekonomi mereka, peruntukan kewangan disekat, pembangunan untuk rakyat yang sepatutnya diagihkan oleh kerajaan pusat tidak diberikan pun masih lagi boleh bertahan dan negeri masih lagi membangun. Bahkan membangun lebih hebat daripada Terengganu yang diperintah BN.

Cuba bayangkan kerajaan BN yang berada di situasi itu, nescaya sudah tentu tak akan kekal bahkan akan tumbang begitu sahaja kerana mereka itu bukannya reti sangat memerintah jika tiada duit. Semua kerana dibantu oleh kerajaan pusat. Itu pun hutang berlambak-lambak. Nak bayar hutang jauh sekali.

Itu kerajaan negeri sesama negeri yang boleh dibandingkan. Tapi kerajaan pusat tak masuk akal jika nak dibandingkan dengan kerajaan negeri yang diperintah PR.

Walaupun dikatakan kerajaan pusat pandai memerintah pun , masih lagi terhegeh-hegeh dalam pentadbiran. Masih banyak kekurangan yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN. Usah berlagak dan sombong sangat. Setakat bina bangunan tinggi, buat universiti dan sebagainya, kerajaan komunis pun boleh buat. Ada duit boleh jalan.

Rumah terbengkalai lebih seribu syarikat disenarai hitamkam

Posted: 01 Oct 2010 04:32 PM PDT

SINRAI HARIAN ONLINE

PORT DICKSON -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sehingga kini telah menyenaraihitamkan 1,049 syarikat dan 3,782 ahli lembaga pengarah syarikat pemaju perumahan.

Menterinya Datuk Chor Chee Heung berkata tindakan itu dibuat ekoran pelbagai kesalahan membabitkan projek perumahan terbengkalai.

Sehubungan itu katanya KPKT akan mengenakan syarat yang lebih ketat sebelum lesen dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.
"Walaupun kita lihat harga tanah dan rumah sedang melambung, namun masih ramai yang ingin menjadi pemaju perumahan. Oleh itu kita akan lebih berhati-hati dalam pengeluaran lesen kepada syarikat pemaju," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pemulihan projek perumahan Taman Anggerik, Teluk Kemang dekat sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya Chor berkata walaupun pihaknya menghadapi banyak kekangan, namun dalam tempoh lebih setahun sehingga 31 Ogos lepas, KPKT berjaya menyiapkan dan menyelesaikan 49 projek perumahan di seluruh negara dari 151 projek perumahan yang telah diisytiharkan terbengkalai.

Katanya sebanyak 56 projek lagi sedang dipulihkan manakala baki 46 projek lagi dalam perancangan untuk dipulihkan. Di Negeri Sembilan, katanya mengikut rekod KPKT sehingga 31 Ogos lepas terdapat 20 projek perumahan swasta yang telah diisytiharkan terbengkalai.

Daripada jumlah itu, lima projek telah selesai dipulihkan manakala lima projek sedang dalam proses pemulihan termasuk projek Taman Anggerik dan baki sepuluh lagi masih di peringkat perancangan untuk dipulihkan.

Mengenai Taman Anggerik, beliau berkata projek taman perumahan itu telah diisytiharkan terbengkalai sejak tahun 2005 yang melibatkan 40 unit rumah teres dengan 40 pembeli.

"Dengan usaha dan kerjasama semua pihak, projek ini akan mula dipulihkan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan. Selain daripada bantuan kewangan kerajaan, pemulihan projek ini juga bergantung kepada sumber kewangan dalaman projek melalui hasil jualan unit-unit yang dibina," katanya.

THAMRIN AKHIRI KRISIS TEBUSAN PETI UNDI

Posted: 01 Oct 2010 04:23 PM PDT



Oleh : PEMERHATI POLITIK SEMPORNA (PPS)

TIDAK sampai 24 jam selepas Sabahkini.net melaporkan mengenai kedudukan PKR Cabang Semporna yang lumpuh semalam, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah di bawah Pimpinan Ahmad Tamrin Jaini telah bertindak dengan bijak dan cekap setelah mengarahkan Wakil JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) yang hadir di pemilihan cabang Semporna pada 25 September 2010 bersama Wakil Perasmian Mesyuarat berkenaan iaitu Ketua Cabang PKR Silam, Johani Bin Abdul Halim untuk datang ke Semporna bagi mengakhiri 'Krisis Tebusan Peti dan Kertas Undi Cabang' yang telah berlanjutan selama 5 hari bertempat di Pejabat Cabang PKR Semporna.

Tindakan bijak dan cekap MPN Sabah telah berjaya memujuk Mantan Ketua Cabang, Abdul Wahab Bin Pg.Abdullah untuk menyerahkan kesemua peti dan kertas undi Cabang Semporna kepada JPP yang berada di Pejabat PKR Cabang Semporna petang tadi.

Disamping itu bagi memastikan ketelusan dan integrity, sebelum kertas undi berkenaan dipindahkan beberapa calon dan wakil mereka diberi peluang untuk menyaksikan dan memeteri semua tong kertas undi itu sebelum dipindahkan.

Kertas Undi PKR Cabang Semporna dihantar ke Pusat dan disaksikan oleh calon-calon yang bertanding termasuk Abdul Wahab Pg. Abdullah dan Piramli Barahim.

Bagi Calon Timbalan ia disaksikan oleh Asaman sebagai penyandang dan Mohammad Abdul Basa, sementara itu Calon Naib Ketua Cabang disaksikan oleh Haji Mohd. Saufi.

Semua Kertas Undi dimateri (Seal) dan disaksikan oleh wakil Calon yang diberi peluang untuk memastikan pemindahan tong kertas undi itu adalah telus dan selamat untuk dibawa ke Ibu Pejabat Parti di Kota Kinabalu.

Bagi memastikan ketelusan, semua pihak diminta bersabar dan akan dimaklumkan serta dijemput untuk menghadiri pengiraan kertas undi berkenaan apabila dimaklumkan nanti oleh Pihak JPP yang akan mengambil tindakan segera.

Dengan Pemindahan peti dan kertas undi berkenaan ke dalam kenderaan yang disediakan, maka berakhirlah 'Krisis Tebusan Kertas Undi Selama 5 Hari' dengan selamat dan disaksikan oleh mereka yang mempunyai kepentingan dan calon-calon bertanding.

Tiada ulasan: