Sabtu, 2 Oktober 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Tok Guru Nik Aziz ucap takziah kepada Lee Kuan Yew

Posted: 02 Oct 2010 01:00 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTv3TfaFfrM_LZ7huDtrShSh4OrkzthkxYSENuVT7LyQIkPWWFcTdpaLvl_gIQxJssZrWpOvsMpxyJGNfD9pnZu1fEANfb_CzyXdgN6eUF98pGm6R6-PIOv4KkYT3-2pXi6D5Ci6pCccg/s400/33927_1654179357279_1320915691_31764206_5570366_n.jpg

Tenis: Keputusan Tenis Terbuka Malaysia

Posted: 02 Oct 2010 12:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Berikut ialah keputusan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Sabtu.

Perseorangan lelaki:

Mikhail Youzhny (RUS) mn Igor Andreev (RUS) 3-6, 6-0, 6-2, Andrey Golubev (KAZ) mn David Ferrer (ESP) 7-5, 7-5.

Beregu Lelaki:

Mariusz Fyrstenberg (POL)/Marcin Matkowski (POL) mn Sergiy Stakhovsky (UKR)/Mikhail Youzhny (RUS) 6-0, 6-1

Frantisek Cermak (CZE)/Michal Mertinak (SVK) mn Andrey Golubev (KAZ)/Denis Istomin (UZB) 6-3, 6-4.

(Gambar) Macam Ni Jer Rumah Presiden PAS?

Posted: 02 Oct 2010 11:13 AM PDT




mengadakan pertemuan dengan pimpinan HAMAS di rumah YB Tuan Guru Presiden PAS sebelum menyampaikan ceramah

PKR Kelana Jaya: Syed Shahir, Nik Nazmi menang tipis

Posted: 02 Oct 2010 09:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad menang tipis kerusi timbalan ketua cabang Kelana Jaya yang diadakan hari ini.

Keputusan tidak rasmi setakat 11 malam menunjukkan Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia memperoleh 414 undi manakala pencabarnya Dr Vignesh memperoleh 402 undi.

Undi rosak bagi jawatan itu dikatakan sekitar 69.

Syed Shahir Mohamud pula mempertahankan kerusinya dengan perbezaan enam undi.

Cabang ini menutup proses pemilihan pukul 4 petang tadi manakala mesyuarat agung sebelah malam.

Beliau juga timbalan pengerusi PKR Selangor dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia.

Nik Nazmi bertanding jawatan timbalan ketua selepas Yusop Mat Amin, penyandang kerusi itu tidak mempertahankan kedudukan tersebut.

Sebelum ini beliau ahli jawatankuasa cabang Kelana Jaya dan naib ketua Angkatan Muda Keadilan cabang itu.

Beliau bergandingan dengan Syed Shahir dan Keshiminder Singh yang masing-masing bertanding mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua dalam pemilihan kali ini.

Dalam mesej Twitter sekitar 8.30 malam tadi, Nik Nazmi berkata: "Tak kisah keputusan harap semua termasuk yang berkemeja-T 'Trojan Horse' menghormati mesyuarat agunf cabang Kelana Jaya. Penat reformis bina cabang ini."

Kelana Jaya salah satu daripada 34 cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan hari ini dan esok.

Esok cabang Kuala Selangor, Gombak dan Ampang yang masing-masing ditandingi Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Zuraid Kamaruddin akan mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau gembira kerana mesyuarat dan pemilihan berjalan dengan lancar tanpa kekecohan hari ini.

"Saya berharap suasana seperti ini juga akan disaksikan esok," kata beliau dalam mesej menerusi Twitter hari ini.

Perjalanan mesyuarat agung cabang dan pemilihan menjadi perhatian hari ini selepas berhadapan dengan kekecohan membabitkan tujuh cabang hujung minggu lalu.

Badrul Amin pertahan jawatan di Sabak Bernam

Posted: 02 Oct 2010 07:15 AM PDT

Pengarah penerangan kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Baharon berjaya mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang PKR Sabak Bernam.

Dalam pemilihan hari ini, beliau berdepan dengan dua lagi pencabarnya - Abdul Kadir Abdul Rasyid dan Abdul Aziz Idris.

Dr Badrul memperolehi 290 undi manakala Abdul Kadir mendapat 220 undi dan Abdul Aziz pula 160 undi.

Sementara itu, bagi pencalonan peringkat pusat pula, Sabak Bernam mencalonan ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Baginaib presiden pula, Sabak Bernam mencalonkan ketua cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah; ahli parlimen Petalng Jaya Selatan, Hee Loy Sian; pengerusi tetap AMK, Yahaya Shari dan Dr Badrul sendiri.

Dr Asri: Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram

Posted: 02 Oct 2010 07:00 AM PDT

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.

Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):

"dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain". (Surah al-An'am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.

Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba 'Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:

"Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas'ud:

"Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan". Jawab 'Abdullah bin Mas'ud: "Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya". (Musannaf 'Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi,

seseorang bertanya Ibn 'Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn 'Umar: "Ya" (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-'Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

"Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa" (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:

"Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan.." (al-Fatawa al-Mu'asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-'ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:

"Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.

[Sumber]

Galas: Umno mahu hina Tengku Razaleigh?

Posted: 02 Oct 2010 06:45 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan cadangan Tan Sri Muhyidin Yassin agar Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon BN di Galas adalah satu penghinaan kepada Ketua Umno Gua Musang itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, tindakan Umno itu juga adalah cubaan menghilangkan pengaruh Tengku Razaleigh yang dahulunya satu nama besar dalam sejarah Umno.

"Cadangan ini satu penghinaan kepada Ku Li selepas jadi menteri kini di minta duduk dalm Dun jadi Adun pembangkang pula," katanya.

Bagi beliau, nilai Razaleigh adalah jawatan Perdana Menteri dan tidak layak untuk jawatan yang lebih rendah daripada itu.

Oleh itu, apabila Muhyidin mencadangkan beliau menjadi calon, ia bukan untuk kepentingan Ku Li tetapi menjaga kepentingan politik Umno semata-mata.

"Muhyidin ingat Ku Li boleh menyelamatkan maruah Umno tetapi dalam masa yang sama dia tidak sedar ini satu penghinaan kepada Ku Li," kata Hatta lagi.

Selepas dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Dun Galas, Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dicadangkan menjadi calon pula.

Ini kerana, kata beliau, Muhyidin yakin hanya Razaleigh yang boleh memenangkan Umno dalam pilihan raya kecil ini.

Sehingga kini, Razaleigh yang masih berada di luar negara belum memberi sebarang respons sama ada menerima cadangan berkenaan atau sebaliknya.

Bagi PAS pula, mereka kini sudah mengenal pasti calon yang bakal diketengahkan dan senarai pendek calon akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatan kuasa parti petang esok.

Galas: Muslimat Kelantan sedia galas tanggungjawab

Posted: 02 Oct 2010 06:30 AM PDT

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 2 Okt: Dewan Muslimat PAS Kelantan telah bersedia untuk 'menggalas' tanggungjawab di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti.

Ketuanya, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan yang sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya, bukan setakat pilihan raya kecil Dun Galas, sebaliknya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti akan memastikan calon PAS memenangi Dun berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Halwa Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), dekat sini hari ini.

Program berkenaan dan pelancaran tabung pilihan raya umum dan Dun Galas dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama pada program itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Mahmood dan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Katanya lagi, Dewan Muslimat PAS seluruh Kelantan akan memastikan calon PAS mengekalkan kemenangannya pada pilihan raya kecil akan datang.

"Kita yakin pengundi tidak akan memihak pada calon BN memandangkan kerajaan BN hari ini mengkhianati rakyat Kelantan dengan menafikan pembayaran royalti.

"Selain itu, rakyat juga telah sedar Umno dan BN gagal mentadbir negara, bukan sahaja setakat gejala sosial semakin tenat berlaku di negara ini, sebaliknya kerajaan tidak boleh lari dari mendapatkan hasil ekonomi negara dari judi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sambungnya, sepanjang tahun lalu kerajaan Malaysia berjaya perolehi RM12.67 bilion dari hasil cukai lesen judi di seluruh negara.

Katanya, rakyat kena sedar, lesen judi hanya boleh diluluskan oleh Kerajaan Pusat dan bukannya kerajaan negeri.

"Paling menyedihkan, hasil cukai lesen judi kerajaan membelanjakan untuk bantuan pelajar sekolah, membantu orang susah di samping mangsa bencana alam seperti banjir dan ribut.

"Sanggupkah kita menikmati hasil judi yang tentunya diharamkan oleh Allah, dan sanggupkah kita menerima hasil judi untuk selama-lamanya?" soal Zailah lagi.

Isteri bekas PM Singapura Kuan Yew meninggal dunia

Posted: 02 Oct 2010 06:15 AM PDT

SINGAPURA, 2 Okt — Isteri kepada bekas perdana menteri Lee Kuan Yew meninggal dunia di sini petang ini.

Kwa Geok Choo, 89, yang juga ibu kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.40 petang tadi.

Kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri menyebut, istiadat memberi penghormatan terakhir akan diadakan di kediaman rasmi perdana menteri Sri Temasek pada Isnin dan Selasa ini.

Laporan CNA menyebut mereka yang berhasrat untuk memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian mulai 10 pagi hingga 5 petang pada kedua-dua hari tersebut.

Upacara pengebumian akan berlangsung pada 6 Oktober di Mandai Crematorium.

Khalid Minta Anggota Pamer Kematangan Pada Pemilihan Cabang Kuala Selangor Pada Ahad

Posted: 02 Oct 2010 06:00 AM PDT

KUALA SELANGOR, 2 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor mempamerkan kematangan pada proses pemilihan cabang itu pada Ahad.

Abdul Khalid yang akan mempertahankan jawatan ketua cabang pada pemilihan itu berkata beberapa persediaan telah dibuat bagi memastikan kekecohan semasa pemilihan di Cabang Kapar, Klang dan Kota Raja pada minggu lepas tidak berulang.

Kematangan perlu ditunjukkan oleh anggota dan kepimpinan bagi meraih keyakinan rakyat bahawa parti mampu menerajui negara satu hari nanti, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tajaan kerajaan negeri kepada 184 pelajar program kemahiran sijil teknikal di INPENS International College di sini hari ini.

Pemilihan Cabang PKR Kuala Selangor yang akan berlangsung di Stadium Tertutup di sini menyaksikan Abdul Khalid akan ditentang oleh bekas Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mazli Saring dan bekas guru Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Selain pemilihan, katanya mesyuarat agung peringkat cabang, Angkatan Muda dan Wanita akan turut diadakan esok.

Jika Ku Li Tolak Jadi Calon, Penggantinya Mesti Anak Tempatan - Khairy

Posted: 02 Oct 2010 05:45 AM PDT

REMBAU, 2 Okt (Bernama) -- Jika Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menolak menjadi calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, anak tempatan yang dicalonkan itu pula mendapat restu beliau, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Pemuda UMNO akan memberi sokongan padu terhadap calon yang dipilih pucuk pimpinan dan yakin calon yang akan diketengahkan itu adalah seorang yang berwibawa, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di Dewan Seri Rembau di sini, pada Sabtu.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata beliau telah mengarahkan Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang membuat persiapan seperti yang dibuat untuk menghadapi pilihan raya kecil sebelumnya.

Katanya Pemuda UMNO telah mengenal pasti senarai pengundi muda dan melahirkan keyakinan bahawa mereka akan menyokong Barisan Nasional.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian yang turut hadir pada majlis itu berkata Pemuda Kelantan yakin bahawa pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah pilihan raya itu akan dapat memberikan impak yang besar.

"Kita merasakan sudah tiba masanya Tengku Razaleigh diberi peranan yang besar pada pilihan raya kecil ini, lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai pengalaman yang luas dalam politik di Kelantan," katanya.

Katanya Tengku Razaleigh harus diberi peranan yang besar, bukan sahaja sebagai Anggota Parlimen malah sebagai anggota DUN yang akan membawa suara rakyat Kelantan dalam sidang dewan negeri itu nanti secara lebih menyeluruh bersama enam wakil rakyat BN.

Sanggupkah Bayar Gaji Pemain Import - Ghani Minhat

Posted: 02 Oct 2010 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Cadangan supaya pemain import dibenarkan bermain semula pada saingan Liga Malaysia pada musim 2012 mendapat reaksi berbeza dari kalangan bekas pemain dan jurulatih.

Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat berpendapat kemasukan pemain import dalam masa dua hingga tiga tahun ini tidak akan banyak membantu kepada usaha pembangunan bola sepak tempatan.

"Kenyataan saya ini bukan bermaksud untuk tidak bersetuju dengan cadangan itu tetapi banyak perkara seperti masalah kewangan yang sekian lama membelenggu pasukan bola sepak tempatan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perkara ini dilaksanakan," katanya.

Beliau mengulas cadangan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya khidmat pemain import dibenarkan semula setelah disekat pada 2009.

Namun cadangan ini akan diputuskan pada mesyuarat Lembaga Eksekutif FAM Isnin ini.

Menurut Abdul Ghani, beliau tidak pasti bagaimana pasukan negeri dan kelab akan membayar gaji pemain import sedangkan gaji pemain tempatan yang lebih rendah pun gagal dibayar.

Katanya kehadiran pemain import juga boleh membunuh peluang bakat tempatan menonjolkan kemampuan.

"Apabila pemain import dibayar gaji tinggi, sudah tentu pasukan yang menjadi majikan mereka ingin melihat hasil daripada pelaburan tersebut. Akhirnya anak tempatan akan dipinggirkan dan tidak diberikan peluang untuk beraksi sebagai pemain hadapan dalam barisan utama seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.

"Kita tidak mahu bersorak untuk meraikan kemenangan hasil jaringan pemain import," tambahnya.

Namun jurulatih Pahang, Dollah Salleh menanti-nantikan kemunculan pemain import.

"Ketiadaan pemain import telah menyebabkan stadium menjadi lesu setiap kali perlawanan Liga M berlangsung kerana penonton lebih berminat untuk melihat kepantasan gerak pemain import yang lebih lincah beraksi.

"Keputusan untuk membenarkan kembali pemain import beraksi perlu disegerakan oleh FAM jika mereka ingin menarik kembali minat penonton kembali memenuhi stadium," katanya.

Dollah berkata pemain tempatan perlu berfikir lebih positif dan matang jika mereka benar-benar ingin mencapai tahap sebagai pemain bertaraf profesional.

Kehadiran pemain import tidak menyekat peluang pemain tempatan sebaliknya ia perlu dijadikan sebagai cabaran oleh pemain tempatan untuk bersaing dengan pemin import, katanya.

"Tetapi syaratnya, pemain import yang diambil perlu benar-benar berkualiti," kata beliau.

Jentera BN Galas Mula Bergerak Selasa Ini

Posted: 02 Oct 2010 04:00 AM PDT

BACHOK, 2 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kelantan akan mula menggerakkan jentera pilihan rayanya pada Selasa depan bagi persediaan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menemui jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri serta pemimpin cawangan DUN berkenaan pada hari itu.

Mustapa yang juga Timbalan Pengarah Jentera pilihan raya DUN berkenaan akan menyelaraskan pembahagian kerja antara Umno negeri, bahagian, cawangan dan bantuan Umno dari setiap negeri, katanya kepada pemberita pada Majlis Program Sepakat Bestari Bachok di Pantai Irama di sini, Sabtu.

Pilihan raya itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46, di Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur pada Isnin lepas akibat barah usus.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya kecil itu.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata Mustapa akan memikul tanggungjawab itu dengan dibantu Timbalan Ketua Umno bahagian tersebut Mat Yusof Abdul Ghani sebagai langkah awal mengatur persiapan sementara menunggu kepulangan pengarah jentera pilihan raya BN DUN berkenaan Tengku Razaleigh Hamzah yang kini berada di Ireland dan dijangka pulang Sabtu depan.

Beliau berkata penyelarasan itu penting supaya setiap gandingan berjalan lancar dan tidak bertindih antara satu sama lain.

Katanya BN mempunyai kelebihan untuk menang berasaskan PAS banyak melakukan kesilapan besar terutama pengambilan tanah rakyat di Gua Musang untuk dijadikan ladang rakyat yang memberi keuntungan kepada syarikat luar Kelantan, isu air dan rangkaian jalan raya yang masih tidak sempurna.

Menurutnya isu-isu itu akan dijadikan modal sepanjang kempen supaya pengundi DUN Galas tidak mudah dipengaruhi dengan dakyah parti pembangkang.

Mengenai isu royalti minyak yang akan dijadikan modal PAS untuk berkempen, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan berkata isu itu tidak sepatutnya timbul kerana kerajaan negeri sudah pun membawa kes tersebut ke mahkamah.

MP Serdang Yakin Tidak Bersalah

Posted: 02 Oct 2010 03:30 AM PDT

KAJANG, 2 OKT- Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung ceramahnya di ruang solat surau Al-Huda di Kajang Sentral pada 22 Ogos lepas.

"Saya percaya yang saya tidak bersalah dan meminta polis siasat perkara ini dan menyelesaikannya dengan segera," katanya kepada pemberita.

Teo berkata semasa keterangan diambil, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa tujuan dia dipanggil adalah bagi mengetahui perkara sebenar dan bukan untuk didakwa.

Teo dikatakan memasuki ruang solat surau tersebut dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada anak kariah dengan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya.

Gambar wakil rakyat wanita itu sedang berucap di ruang solat yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu arus perdana dikatakan telah menimbulkan kemarahan umat Islam termasuk Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Berikutan itu, pada 27 Ogos Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menghantar surat amaran kepada Teo.

Teo hadir bersama ke balai polis ditemani Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dan anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

– BERNAMA

‘Ahli DAP mengundi dalam mesyuarat PKR’

Posted: 02 Oct 2010 03:00 AM PDT

Oleh Joseph Tawie

KUCHING: Kontroversi pemilihan cabang PKR berterusan dengan dakwaan ahli DAP mengundi dalam pemilihan di Sri Aman.

Dalam pertandingan minggu lalu, Jimmy Donald dipilih sebagai pengerusi setelah mengenepikan Ibi Anak Uding dengan lapan undi. Donald mendapat 84 undi, Ibi 76 dan calon ketiga Cobbold John Lusol hanya 10 undi.

Bagaimanapun, Ibi mendakwa penyokongnya telah mengesan sesuatu yang tidak kena. "Kami mendapati lapan pengundi yang mengundi Donald adalah ahli DAP.

Bukan itu sahaja, mereka adalah ahli jawatakuasa DAP bahagian Sri Aman. Ini adalah strategi 'ayah dan anak'," kata Ibi merujuk anak Donald adalah ahli DAP.

"Apabila PKR mengadakan pemilihan, mereka mendakwa mereka ahli PKR. Dan DAP mengadakan mereka mendakwa sebagai ahli DAP," tambahnya. Ibi,ketua wanita PKR Sarawak penyokongnya telah mengumpul banyak maklumat tentang keanggotaan dua parti ini.

Sementara itu ketua penerangan PKR Sarawak, See Chee How berkata, jawatankuasa pemilihan parti harus mengisytiharkan kemenangan Donald sebagai tidak sah dan batal jika berdasarkan dakwaan itu.

Jika kemenangan Donald dibatalkan, sumber parti berkata, ia boleh membawa masalah kepada Azmin Ali yang bertanding timbalan presiden kerana beliau adalah penyokong naib presiden itu.

Cabang juga menjangkakan dilanda perletakan jawatan oleh mereka yang menang kerana enggan bekerja dengan Donald. Sepuluh daripada 15 yang menang adalah sekutu dengan Ibi.

Ibi berkata, beliau telah memberitahu PKR negeri dan jawatankuasa pemilihan parti di Kuala Lumpur.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Paul Kadang yang dihubungi berkata, ibupejabat mengawasi perkara itu dan melihatnya secara menyeluruh.

Ini laporan pertama berlaku di Sarawak. Setakat ini, 13 cabang telah memilih perwakilan dan jawatankuasa.

Mulai hari ini, 16 cabang lagi akan mengadakan pemilihan. Menurut sumber, pemenang jawatan ketua bahagian berkemungkinan besar dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya negeri akan datang.

Kenapa Islam dan Demokrasi Ditakdirkan Bersatu

Posted: 02 Oct 2010 02:30 AM PDT

Oleh Anwar Ibrahim

Tidak ada masalah tentang kesesuaian, tidak juga menjadi masalah bagi sesebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam ditadbir mengikut demokrasi berperlembagaan. Dalam kata lain, persepsi bahawa Islam menentang demokrasi dan prinsip-prinsipnya adalah satu anggapan yang salah.

Islam menuntut pengikutnya mendokong keadilan, kesamarataan dan memelihara maruah manusia. Jika teror dan keganasan disebarkan oleh orang-orang Islam atas nama Islam maka itu merupakan masalah individu itu sendiri dan tumpuan hendaklah diberi kepada punca dari perbuatan itu, bukannya Islam.

Dengan menyalahkan Islam tidak akan menyelesaikan masalah selagi punca disebalik kejadian itu tidak ditanggani dan diselesaikan.

Tetapi mereka yang tidak memahaminya berkata Islam bukan sahaja membiarkan kejadian ini berlaku tetapi menggalakkan pengikut-pengikutnya melakukan keganasan ini atas nama jihad. Ini adalah karut.

Tetapi mereka memetik ayat dan surah dari Al Quran untuk menyokong pandangan mereka. Benar, hanya dengan menafsir secara melampau. Sebaliknya, kebenarannya ialah Islam melarang tindakan keganasan dan teror bagi memelihara dan menyelamatkan tubuh badan dan harta benda dengan bersikap sederhana.

"Maqasid al-Shari'ah

Ini boleh disimpulkan dalam doktrin "Maqasid al-Shari'ah", alat yang penting dan signifikan untuk kemajuan masyarakat Islam, malangnya pendekatan ini sering diabaikan.

Sebagai contoh, doktrin jihad mengajak orang-orang Islam mematuhi syariat Islam dengan berbuat kebaikan dan menolak kebathilan, mendokong keadilan, menggalak kebajikan dan membantu mereka yang lemah dan terpinggir. Ia bukan seruan untuk berperang, apatah lagi untuk menghalalkan pembunuhan dan mencetuskan huru hara.

Lebih dari itu, jihad mengajak orang-orang Islam mengekalkan harmoni dan keamanan serta memelihara kesucian nyawa dan harta benda. Jalan yang murni adalah senada dengan kehendak demokrasi.

Tetapi bagaimana dengan pemikiran yang jumud dan rigid dalam berfikir? Jawapannya terletak kepada kesanggupan kita untuk menolak ideologi yang rigid dan mempengaruhi mereka yang memahami agama dengan jumud dan terpisah.

Kebenarannya ialah Islam itu bersesuaian dengan kehendak masa dengan sifatnya yang inklusif. Berdasarkan pemerhatian, kita tahu bagaimana Islam berkembang di Asia Tenggara. Begitu juga Turki, dan walaupun kita tidak kelihatan berlaku di Timur Tengah namun kita harus melihat dari sudut geo-politik di sana.

Kemodenan Islam di Asia Tenggara

Kemodenan Islam di Asia Tenggara mencerminkan penerimaan prinsip kebebasan dan demokrasi dalam menegakkan sesebuah negara. Dari aspek ini, transisi agama kepada demokrasi menolak kefahaman bahawa Islam dan demokrasi adalah tidak serasi.

Adapun, tindakan menyamakan tindakan keganasan dengan Islam, pada realitinya tidak berasas sama sekali. Orang-orang Islam memerintah Sepanyol selama beberapa abad seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah adalah jelas menunjukkan terdapatnya toleransi dan semangat setiakawan di kalangan orang-orang Islam, Kristian dan Yahudi.

Di Asia Tenggara, para pedagang dan ahli sufi menyebarkan agama melalui cara yang lembut dan menarik dan pada sama yang sama, mengekalkan adat resam dan budaya sesuatu masyarakat itu.

Ini menjelaskan kenapa masyarakat berbilang agama dan berbilang budaya dapat hidup aman damai di kebanyakan negara Islam. Hari ini, golongan yang menggalak keganasan dan teror atas nama Islam tidak mendapat tempat dalam masyarakat.

Sebagai contoh, di Indonesia, dalam dua pilihan raya umum yang lalu, di mana rakyat menolak golongan radikal yang bergerak atas tiket jihad. Sekali gus, ia menolak anggapan bahawa demokrasi di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam boleh diperdayakan oleh golongan radikal dan pelampau.

Turki negara contoh

Turki merupakan sebuah negara Islam yang boleh dicontohi jika para pemimpin beriltizam melaksanakan syariat Islam: modernis, moderate, progresif dan bertoleransi dengan keadilan dan peraturan undang-undang sebagai moto untuk mentadbir urus kerajaan.

Referandum rakyat Turki baru-baru ini menuntut perubahan fundamental terhadap perlembagaan untuk memperkukuhkan demokrasi merupakan satu contoh yang baik.

Dalam hal ini, para pemimpin Turki mempunyai sikap yang berbeza berbanding golongan autokrat dan pemimpin kuku besi di setengah negara Islam yang terus menerus menafikan hak demokrasi rakyatnya dengan tindakan-tindakan mereka yang melampau.

Persoalan timbul sama ada benar-benar terdapat kemajuan dalam reformasi politik di dunia Islam selain dari Turki dan Indonesia? Adakah benar masih wujud pemerintahan sistem satu parti atau seorang individu meskipun terdapat tanda-tanda ke arah reformasi?

Walaupun beberapa negara kelihatan menuju ke arah demokrasi sebenar, retorik seringkali mengatasi realiti. Maka negara-negara Islam perlu lebih komited untuk mengamal demokrasi berperlembagaan dan terjemahkannya kepada realiti hidup.

Pemisahan kuasa

Ini boleh dilaksanakan dengan menganjurkan pilihan raya bebas dan adil, memastikan terdapatnya pemisahan kuasa dan menjamin kebebasan individu termasuk penyertaan penuh wanita dalam bidang politik.

Pendakwaan yang bersifat dendam, tahanan melulu, dan penggunaan aparatus kerajaan untuk menutup mulut para penentang hendaklah ditamatkan. Sehingga dan kecuali reformasi-reformasi ini dapat dilaksanakan, titit pertemuan di antara demokrasi dan Islam hanya tinggal bayang-bayang.

Menyentuh proses pendemokrasian itu sendiri, wujud beberapa persoalan yang membimbangkan tentang niat sebenar beberapa kuasa besar Barat. Kita tidak boleh memejam mata terhadap pelanggaran hak asasi manusia secara terang-terangan di beberapa buah negara dan pada masa yang sama negara-negara itu mengutuk terhadap negara-negara lain yang mencabuli hak asasi manusia.

Kita tidak boleh kata kepada negara tertentu, "beri kami sokongan terdapat penglibatan kami dalam satu peperangan" dan pada yang sama, berkata "kami tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalam negara anda".

"Anda membantu kami, kami membantu anda" mungkin merupakan satu sikap yang baik dalam politik tetapi ianya merupakan satu bentuk pengkhianatan ketika kita menjunjung kebebasan dan demokrasi.

Bagaimanapun, malangnya ini adalah hasil dari pendekatan hipokritikal kepada proses pendemokrasian yang kita ambil, di mana kita masih dapat lihat beberapa masyarakat Islam masih berada di bawah sistem demokrasi yang memalukan. Inilah bentuk kerajaan yang kononnya mengamalkan demokrasi tetapi sebaliknya mencabul keadilan, melanggar hak asasi manusia dan rasuah.

Merampuk khazanah negara

"Demokrasi-demokrasi" ini memperalatkan semua jenis jentera kerajaan dan menyalah guna pendapatan orang awam untuk kepentingan peribadi. Mereka merampuk khazanah negara, memberi tanah komersial yang luas dan sangat berharga kepada keluarga dan kroni serta memperkosa jutaan hektar hujan dara dan menukarnya menjadi tanah terbiar.

Jadi, tekanan kepada demokrasi dan kebebasan bukannya datang dari Islam walaupun kebanyakan mereka adalah orang-orang Islam. Indonesia dan Turki telah mempamer demokrasi, yang bukan hanya boleh diterima tetapi juga penting buat Islam.

Maka musuh Islam tidak mengamalkan demokrasi tetapi sebaliknya mengamal ketidakadilan, rasuah, tamak dan kejahatan. Malahan demokrasi dan kebebasan adalah sebahagian dari kebenaran hakiki yang membezakan manusia dengan makhluk Tuhan yang lain.

Isu sebenar ialah bukan sama ada demokrasi dan Islam itu ditakdirkan bersatu tetapi sama ada mereka yang memegang kuasa di kebanyakan negara Islam mendokong kebebasan dan demokrasi, menghormati undang-undang dan memenuhi tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Jika ini tidak terjadi, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ianya berlaku. Ini menjadi satu matlamat yang harus kita perjuangkan. *Anwar Ibrahim ialah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Tulisan ini merupakan terjemahan dari teks asal ucaptama beliau bertajuk "Why Islam and democracy are destined to coincide" di Brussels, Belgium pada 28 September lalu.

MP Kula diminta bercuti, kata Kit Siang

Posted: 02 Oct 2010 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Naib pengerusi DAP Perak M. Kulasegaran telah diminta berehat buat sementara, pada hari wakil rakyat itu sepatutnya mengadakan sidang media mendedahkan krisis membabitkan kepimpinan negeri itu, kata penasihat parti Lim Kit Siang hari ini.

"Beliau tidak minta, tapi perkara itu disyorkan kepada beliau agar pergi bercuti," kata Lim ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Bagaimanapun Lim enggan mengulas lanjut.

"Cukuplah untuk satu hari," kata beliau.

Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat sepatutnya mengadakan sidang media pagi tadi untuk mendedahkan segara punca yang membawa kepada krisis di kalangan pemimpin DAP Perak susulan mesyuarat khas malam tadi yang dikatakan gagal membawa kepada jalan damai.

Bagaimanapun sidang media itu dibatalkan 15 minit sebelum ia berlangsung.

Kemudian Kulasegaran dilaporkan berkata beliau akan pergi bercuti sementara mempertimbangkan saranan dan permintaan penyokongnya agar mengkaji semula keputusan itu.

Nik Aziz: Cadangan calon, rendahkan darjat Ku Li

Posted: 02 Oct 2010 01:30 AM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas sebagai tidak wajar.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu.

Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Sementara itu Nik Aziz berkata PAS masih belum membuat keputusan untuk menamakan calon untuk pilihan raya kecil itu kerana ia akan diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti tersebut.

"Walaupun saya Pesuruhjaya (PAS Kelantan) tapi calon PAS dipilih di peringkat jawatankuasa dan ini dibuat supaya tidak ada yang berebut (jadi calon)," katanya.

Nik Aziz berkata antara kriteria calon PAS itu nanti adalah kalangan mereka yang diterima penduduk di Galas seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan.

"Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik.

"Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik," katanya.

- Bernama

Dr Mahathir dimasukkan ke hospital di Melbourne

Posted: 02 Oct 2010 01:00 AM PDT

MELBOURNE, 2 Okt — Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam tadi bagi rawatan "batuk dan selesema".

Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth.

Dalam jawapan melalui SMS, pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Dr Mahathir , 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.

Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan).

(1 Malaysia ialah prinsip yang digariskan untuk membina sebuah negara yang bersatu dan progresif pada Abad ke-21 melalui pemupukan semangat dan nilai kekitaan tanpa mengira bangsa dan agama.)

Sejurus sebelum seminar itu bermula, juruacara majlis mengumumkan Dr Mahathir tidak dapat hadir pada majlis itu yang beliau (Dr Mahathir) nanti-nantikan dan sedih kerana tidak dapat berbuat demikian.

Beliau telah meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed untuk berucap pada seminar itu bagi mewakilinya.

Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan menjalani pembedahan kedua di Institut Jantung Negara pada September 2007.

Walaupun sudah berusia, Dr Mahathir, yang merupakan penasihat syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton dan perbadanan minyak Negara Petronas, sering ke luar negara untuk menghadiri persidangan antarabangsa berikutan beliau terus menjadi pilihan pihak penganjur untuk menyampaikan syarahan pada majlis tempatan dan antarabangsa. — Bernama

Cikgu Bad dahului pencalonan ketua AMK

Posted: 02 Oct 2010 12:45 AM PDT

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin mendahului pencalonan untuk pertandingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat.

Sehingga ini, beliau mendapat 35 pencalonan, manakala penyandang jawatan tersebut, Shamsul Iskandar Md Akin memperolehi 29 pencalonan.

Shamsul telahpun mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden PKR.

Sehingga ini, beliau mendapat pencalonan kedua tertinggi (43) bagi jawatan naib presiden, di belakang ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (108).

Seorang lagi yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut - Rafizi Ramli yang juga bekas exco AMK - mendapat lapan undi.

Sumber-sumber parti memberitahu Malaysiakini, kedudukan tersebut berdasarkan keputusan mesyuarat agung 72 cabang AMK yang diserahkan secara kepada parti.

Sementara itu, empat orang calon menawarkan bertanding bagi jawatan timbalan ketua AMK pusat.

Setakat ini, ketua AMK Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin mendahului dengan 43 pencalonan.

Ini diikuti oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang yang mendapat 20 pencalonan; naib ketua AMK pusat, Amiruddin Shari (8); dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (1).

[Sumber]

Mat Sabu cabar Putrajaya dedah jumlah kutipan ‘cukai dosa’

Posted: 02 Oct 2010 12:30 AM PDT

Oleh Muaz Mustaqim

TASEK GELUGOR, 2 Okt — Pemimpin PAS mencabar kerajaan pusat mendedahkan kepada umum jumlah kutipan wang cukai dosa sejak memerintah negara sepanjang lima dekad lalu ekoran tindakan Umno Pulau Pinang mempertikaikan 'kesucian' wang ihsan RM100.

Demikian dinyatakan oleh ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Mohamad Sabu dalam ceramah isu semasa di Markas PAS, Pongsu Seribu di sini malam tadi berkata, kerajaan wajib berbuat demikian.

Menurut beliau lagi, kerajaan wajib mendedahkan kepada rakyat negara ini supaya perbezaan antara wang dari cukai dosa seperti pungutan dari sumber judi, arak, cukai rumah urut da pusat hiburan dapat diketahui.

"Tolong hebahkan melalui media massa termasuk media milik BN bahawa sehingga tahun 2010 berapa pungutan dari Toto, Magnum, Kelab Lumba Kuda, Carlsberg serta rumah-rumah urut yang bertaburan dalam negara telah mereka kutip.

"Ke manakah hasilnya jika bukan disatukan sebagai dana disatukan.

"Dari hasil penyatuan inilah gaji kepada kakitangan awam turut dimanfaatkan.

"Oleh kerana itu, sepatutnya Umno dan BN jangan memainkan isu sumber judi yang boleh memudaratkan mereka sendiri," katanya lagi.

Mohamad juga menyelar tindakan Umno Pulau Pinang yang menimbulkan isu sumber judi di Pulau Pinang bagi membuktikan kepada rakyat kononnya kerajaan negeri tidak layak untuk memerintah.

"Umno di Pulau Pinang sepatutnya sedar, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan apa-apa lesen judi.

"Kerajaan pusat yang mereka pimpinlah yang telah meluluskan lesen judi kepada Sports Toto, Magnum Corporation, Genting Berhad, agensi empat nombor ekor serta kilang-kilang yang mengeluarkan arak, pusat penjualan arak dan sebagainya," katanya.

Mohamad berkata, seandainya isu ini terus dipermainkan oleh Umno dan BN, beliau yakin ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya "tamparan seperti meludah ke langit akan mengenai batang hidung mereka sendiri."

Katanya lagi, tiada perbezaan antara wang 'sin tax' yang dipungut oleh kerajaan pusat yang disatukan dengan pendapatan yang diterima oleh mana-mana kerajaan negeri sekiranya ia tidak diasingkan.

"Dalam konteks kerajaan negeri Pulau Pinang, mereka telah menyatakan terdapat lebihan dari peruntukan sebanyak RM20 juta bagi program penghargaan warga emas.

"Hanya RM10.7 juta yang telah digunakan. Lebihan sebanyak RM9.3 juta lagi masih ada hasil dari sistem cekap, akauntabiliti dan telus yang dilaksanakan," tegas beliau.

Tambah Mohamad, usaha yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kerusi Penaga, Datuk Azhar Ibrahim baru-baru ini supaya warga emas memulangkan wang penghargaan sebanyak RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri juga tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti masyarakat Melayu.

Beliau juga tidak menafikan kemungkinan sebilangan warga emas yang telah dibawa ke Pusat Khidmat ADUN Penaga dalam program mengembalikan wang tersebut adalah warga emas yang tidak mendaftar dengan kerajaan negeri atau pun telah diperdayakan bagi retorik politik Umno dan BN.

Baru-baru ini isu wang dari sumber judi yang dislaurkan kepada warga emas dan program miskin tegar telah ditimbulkan oleh Umno Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican telah meminta Ketua Menteri menjelaskan dakwaan yang telah dibuat oleh sebuah blog.

Ketua Menteri turut menafikan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah dan bohong oleh Umno dan BN di Pulau Pinang bagi meraih sokongan masyarakat terhadap mereka.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menafikan dakwaan terbaru Reezal bahawa kerajaan negeri menggunakan sumber yang haram bagi program miskin tegar pula.

Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim juga telah menegaskan dakwaan bahawa wang dari Kelab Lumba Kuda sebanyak RM500,000 digunakan bagi program miskin tegar termasuk masyarakat Islam adalah satu pembohongan.

Sekretariat Pemuda PR sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan supaya kesemua 11 ADUN Umno di Pulau Pinang mengembalikan gaji dan elaun yang mereka terima sebelum ini sekiranya mendakwa sumber yang mereka terima itu adalah dari punca yang haram.

MP Kula timbang semula ugutan lepaskan jawatan DAP Perak

Posted: 02 Oct 2010 12:09 AM PDT

IPOH, 2 Okt — Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran sedang mempertimbangkan semula ugutannya mahu melepaskan jawatan dalam DAP Perak sambil memberitahu penyokongnya bahawa beliau akan ke luar negara selama seminggu untuk meneliti permintaan mereka.

Timbalan pengerusi DAP Perak itu juga membatalkan sidang media — yang dijadualkan pagi tadi - untuk mendedahkan perkara-perkara yang membawa kepada keputusan mahu meninggalkan kepimpinan negeri parti.

"Maaf untuk memaklumkan bahawa sidang media hari ini dibatalkan. Sejak malam tadi, saya menerima banyak panggilan, SMS, mesej daripada pemimpin DAP," kata peguam ini dalam mesej Twitter pagi ini.

Difahamkan Penasihat DAP Lim Kit Siang merupakan antara pemimpin parti yang telah bercakap dengan Kulasegaran.

Lim enggan bercakap dengan pemberita pagi ini.

"Ahli-ahli dan penyokong meminta saya mempertimbangkan semula pendirian saya ini. Saya akan berada (di luar negara) selama seminggu dan akan saya memaklumkan jika ada keperluan," tambah Kulasegaran.

Pemimpin veteran ini, yang dilihat sebagai musuh' ketat kepada dua sepupu dalam DAP Perak - pengerusi negeri Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausaha Nga Kor Ming – kelihatan keluar daripada mesyuarat khas malam tadi susulan pertempuran mulut dengan kedua-dua mereka.

Mengenai pendiriannya ekoran mesyuarat yang berlangsung di Kampung Simee, bukannya di Wisma DAP di sini, Kulasegaran yang juga naib pengerusi DAP pusat menulis dalam Twitternya bahawa, "baru selesai mesyuarat kepimpinan di Ipoh. Hari yang menyedihkan, saya akan mengumumkan apa kurangnya dalam kepimpinan Perak esok dan saya perlu meninggalkan dalam keadaan yang baik."

Kulasegaran tidak memberi butiran lanjut tetapi apabila dihubungi The Malaysian Insider selepas tengah malam tadi mengesahkan beliau tidak akan meninggalkan parti sama sekali.

"Meninggalkan DAP, tidak. Tetapi saya akan mendedahkan masalah-masalah dalaman yang wujud. Saya diperkecilkan oleh Ngeh dan saya tidak boleh menerima keadaan itu," kata beliau dalam kenyataan SMS.

Menurut seorang ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat malam tadi, pertemuan itu dipanggil sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyatukan kedua-dua kumpulan Kulasegaran dan "Ngeh-Nga" yang bertelagah.

"Tetapi perbincangan perpaduan yang didakwa hanya cakap-cakap saja. Mereka (Ngeh-Nga) tidak pernah berpegang pada apa yang mereka cakap, janji-janji mereka," katanya lagi.

Pemimpin itu menambah, perbincangan perpaduan tersebut yang digerakkan oleh pemimpin kedua-dua kumpulan bertujuan memastikan konvensyen dan pemilihan yang dijadual bulan depan berlangsung dengan lancar.

"Ada satu bentuk perjanjian agar kedua-dua pihak tidak cuba untuk menghabiskan satu sama lain... tetapi mereka

(Ngeh-Nga) terus-menerus memburuk-burukkan kami (puak Kulasegaran)," kata pemimpin itu.

Masalah antara Kulasegaran dan kedua-dua sepupu berkenaan bukan sesuatu yang baru, sebaliknya berterusan lama.

Selepas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak jatuh pada awal tahun lalu, pertelingkahan kedua-dua puak semakin buruk.

Ku Li: Mencari jalan tengah

Posted: 01 Oct 2010 09:00 PM PDT

Zulkifli Sulong is a veteran journalist and the editor of HarakahDaily.net and the Bahasa Malaysia weekly Siasah.

2 OKT — Mati sahaja Adun Galas, Chek Hashim Sulaima baru-baru ini, BN tanpa tunggu-tunggu telah melantik anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya itu.

Perlantikan ini satu sejarah penting dalam pilihan raya kecil di negara ini khasnya di pihak BN. Ini kerana, timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang biasanya menjadi pengarah pilihan raya BN dalam mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini. (Ada juga yang kaitkan Muhyidin tidak mahu kerana banyak janji BN dalam pilihan raya Manik Urai yang bersebelahan dengan Galas masih belum tertunai)

Ekoran itu, pelbagai pandangan dan analisa di berikan terhadap keputusan BN itu. Akhbar politik Siasah menjadikan tajuk muka depannya cerita ini. Ini kerana, bagi Siasah, sudah tentu pihak yang paling dalam dilema dalam mengharungi pilihan raya kecil ini adalah Ku Li sendiri.

Isu besar yang bakal dimainkan oleh PAS di Galas adalah isu royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan dari Petronas. Dari tidak ada hasil minyak sehinggalah pengakuan adanya hasil dan seterusnya sumbangan RM20 juta wang ehsan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan. Isu ini benar-benar menjadi isu penting rakyat Kelantan.

Ku Li dengan jelas menyokong PAS kerajaan negeri Kelantan dalam isu ini. Kini, selepas dilantik sebagai pengarah, apakah sikap beliau? Menurut sebuah akhbar, Ku Li yang kini masih berada di luar negeri berjanji akan menolong memenangkan calon BN dalam pilihan raya ini.

Abdul Fatah Haron, pengarah pilihan raya PAS Kelantan dalam kenyataannya berkata, Ku Li sepatutnya tidak mengambil sikap atau memihak dalam pilihan raya ini untuk menjaga kredibilitinya sebagai seorang negarawan. Paling baik, low profile, kata Fatah sebagaimana dipetik oleh akhbar dalam talian, Harakahdaily.

Seorang pensyarah pula berkata, peluang untuk BN menang semakin kurang selepas melantik Ku Li sebagai pengarah. Ini kerana, Ku Li jelas mempunyai hubungan baik dengan PAS dan sudah tentu hubungan ini akan menyebabkan beliau tidak sepenuh hati berusaha untuk memenangkan calon BN dalam pilihan raya ini.

BN pula dipercayai cuba mengikat Ku Li dengan perlantikan ini. BN tahu, kalau Ku Li tidak bersama dengannya, peluang untuk memenangkan calon BN amat tipis dalam pilihan raya ini.

Seingat penulis, Ku Li adalah anggota Parlimen Gua Musang. Siapa anggota parlimen itu sebelum beliau tidak diingati. PAS pernah memberikan pertandingan yang sengit melawan Ku Li di Gua Musang. Namun, sehingga kini belum pernah berjaya mengalahkan bapa saudara kepada bekas Raja Perempuan Kelantan yang kini kalah dalam perebutan kuasa di Istana Kelantan itu.

Galas adalah salah satu dari tiga Dun di bawah parlimen Gua Musang. Dua lagi adalah Nenggiri dan Paloh yang dimenangi kedua-duanya oleh calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Galas adalah satu-satunya kawasan yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum itu di sini.

Dalam pilihan raya itu, Che Hashim mendapat 4,399 manakala calon BN yang merupakan bekas Adun kawasan itu, Mohamad Saufi Deraman mendapat 3753. Che Hashim menang dengan majoriti 646 undi. Ku Li pula menang di parlimen Gua Musang mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 4,394 undi.

Kemenangan di Galas buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya di Kelantan oleh PAS adalah kerana faktor undi Cina yang beralih angin kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2008 lalu. Ini kerana, Galas yang meliputi kawasan bandar Gua Musang mempunyai 24 peratus atau 2,480 pengundi Cina selain 1.68 peratus India di samping 6.21 peratus adalah orang Asli. Pengundi Melayu di sini hanya 68.1 peratus dari 10, 330 pengundi itu, antara peratusan pengundi Melayu yang rendah di Kelantan.

Kini, Ku Li menghadapi dilema. Beliau sebelum ini dengan jelas melahirkan pandangan yang berbeza dengan pucuk kepimpinan Umno dalam banyak isu. Tiba-tiba mereka melantik beliau sebagai pengarah pilihan raya ini.

Ada beberapa pendekatan yang boleh diambil Ku Li. Antaranya bekerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon BN. Kalau menang, beliau akan dilihat sebagai hero di kalangan ahli Umno dan bakal kembali ke persada Umno dengan penuh wibawa.

Namun, bila ini berlaku, nama beliau di kalangan pihak yang tidak berpuashati dengan BN sekarang akan pudar. Bahkan akan dituduh sebagai cakap hanya untuk kepentingan politik dan akan digelarkan pelbagai gelaran buruk lagi. Tambahan lagi ketika ini nama BN amat buruk.

Pendekatan kedua, menolak tawaran BN itu. Jika ini dibuat beliau, nescaya berkerat rotan berpatah aranglah beliau dengan Umno sekali lagi selepas krisis dengan Tun Dr Mahathir dahulu yang melahirkan Semangat 46. Ku Li dipercayai masih belum bersedia dengan pendekatan ini.

Jika begitu, Ku Li perlu mencari jalan tengah. Jalan tengah terbaik sebagaimana pandangan Fatah Haron adalah low profile...serahkan urusan pilihan raya ini kepada pihak lain dan beliau hanya menjadi pemerhati dari dekat sahaja.

Namun semuanya bakal serba salah untuk Ku Li dan menjadikan pilihan raya ini benar-benar menyesakkan nafas beliau.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Galas: PAS tetap tanding, sedia hadapi sesiapa termasuk Ku Li

Posted: 01 Oct 2010 08:45 PM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 2 Okt — PAS khususnya Pakatan Rakyat (PR) tetap akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tidak kira sama ada Barisan Nasional (BN) akan menurunkan Tengku Razaleigh Hamzah, yang kini menjadi sebutan dalam arena Umno sekarang.

Dua naib presiden PAS menegaskan, parti komponen PR sudah mengambil pendirian untuk mempertahankan kerusi tersebut dan yakin akan menang dengan majoriti lebih besar.

Persiapan menghadapi pilihan raya kecil kerusi ke-12 ini akan menjadi agenda utama mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat PAS di ibu negara esok.

"Bagi PAS, kita sedia hadapi sesiapa saja calon (BN)," kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas majlis perasmian Ijtimak Dewan Pemuda PAS di Rusila, Terengganu malam tadi, yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menerusi mesej Twitter semalam, Tengku Razaleigh berkata, beliau masih belum membuat sebarang pendirian berhubung keputusan Umno yang melantik beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi DUN Galas.

Ketua Umno Gua Musang itu berkata, beliau hanya akan menjelaskan isu tersebut sebaik sahaja pulang ke tanah air minggu depan.

Tengku Razaleigh dijadual kembali dari London 9 Oktober ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil pada mesyuarat khas pada Rabu depan.

Tengku Razaleigh memberikan respons ini sejurus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau adalah calon terbaik untuk merampas kerusi itu daripada PAS.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Ku Li memenangi kerusi Gua Musang sejak 1969 termasuk pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, yang ditandingi atas tiket Parti Melayu Semangat 46.

Dalam pada itu, Umno Bahagian Gua Musang mahu Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon BN untuk bertanding pada pilihan raya kecil Galas.

Timbalan ketuanya, Mat Yusoff Abdul Ghani berkata Tengku Razaleigh adalah pilihan terbaik untuk merampas semula kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS.

Dalam reaksinya, Tuan Ibrahim berkata, mengambil kira kedudukan Tengku Razaleigh sebagai pemimpin veteran apa jua keputusan menurunkan beliau di DUN Galas bukan "tindakan betul."

"Cuma sebagai seorang veteran parti dan meletakkan Ku Li sebagai calon pilihan raya kecil, saya fikir itu satu tindakan... dari sudut politiklah, saya fikir bukan satu tindakan betul walaupun kami bersiap hadapi walaupun (Datuk Seri) Najib turun, kita hadapi sesiapa sahaja diletakkan sebagai calon," kata Pesuruhjaya PAS Pahang ini.

Tuan Ibrahim PAS melihat pilihan raya kecil ini DUN Galas ini sebagai satu cabaran memandangkan calon mereka, Allahyarham Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia Isnin lalu, merampas kerusi itu dengan "majoriti kecil" pada 8 Mac 2008.

"Tapi dengan pengalaman pemerintahan 20 tahun dengan beberapa negeri diterajui Pakatan Rakyat, yang kita telah tunjukkan, buktikan kepada rakyat, dan kalau kita lihat di bandar Gua Musang sendiri, yang pembangunan pesat, kami yakin pengundi di sana akan (terus) memberikan mandat kepada PAS," katanya.

Malah menurut Tuan Ibrahim, Tengku Razaleigh pernah menjadi pengarah jentera ketika pilihan raya umum lalu dan PAS pula pernah menghadapinya untuk merampas kerusi tersebut.

"Kami berjaya menghadapi dia, dan saya yakin... kita yakin akan dapat majoriti lebih besar kali ini, insya-Allah," kata Tuan Ibrahim.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga melahirkan pandangan yang sama dengan berkata, parti Islam itu tetap akan bertanding tidak kira siapa calon yang akan diturunkan oleh Umno-BN kelak.

"Ya, ya PAS akan tetap mempertahankan kerusi Galas," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"... kita lawan parti, PAS lawan Umno, Pakatan lawan BN, jadi tidak kisah sama ada Tengku Razaleigh diletakkan di Galas," katanya lagi.

Malah menurut Mahfuz, apa yang diperkatakan sekarang cuma cadangan daripada beberapa pihak dalam Umno dan pandangan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri.

"Setakat ini belum ada keputusan siapa calon mereka, kita hanya akan tahu pada hari penamaan calon ataupun apabila bakal calon diisytiharkan.

"Umno, BN boleh menurunkan siapa sahaja calon mereka, tetapi kewajipan kami untuk mempertahankan kerusi Galas," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Sambil menegaskan PAS juga tidak kisah dan terpulang kepada Umno jika mahu melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah jentera pilihan raya, Mahfuz berkata, beliau juga yakin Ahli Parlimen Gua Musang tidak sanggup dirinya "diperalatkan oleh Umno."

"Berdasarkan apa yang pernah berlaku termasuk pemimpin-pemimpin Umno pernah kecam Tengku Razaleigh termasuk oleh Tan Sri Muhyiddin sendiri, saya tidak nampak Ku Li berkemungkinan akan menerima tawaran untuk menjadi calon... saya yakin dia tak sanggup untuk menjadi calon," katanya lagi.

Tengku Razaleigh yang menyatakan sokongan terhadap usaha Kelantan menuntut royalti minyak berhadapan dengan kecaman pemimpin-pemimpin, termasuk ada yang menggesa agar tindakan disiplin dikenakan ke atas beliau.

Penghormatan Terakhir Buat Pejuang Rakyat

Posted: 01 Oct 2010 08:15 PM PDT

Jenazah Arwah Abdul Kudus Omar (Pak Kudus) selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Serong Tanjong Karang, pada jam 4.45 petang semalam.

Allahyarham Abdul Kudus menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 11 pagi di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur setelah dimasukkan ke wad berkenaan sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada arwah dengan bersama-sama masyarakat setempat, pemimpin KEADILAN dan Pakatan Rakyat (Pakatan) serta wakil kerajaan negeri dengan bacaan Yasin serta tahlil.

Tan Sri Khalid berkata, "Pemergian Pak Kudus merupakan kehilangan besar kerana jasa dan pengorbanannya selama ini kepada parti dan rakyat." Beliau mendoakan agar arwah mendapat rahmat daripada Allah serta dihimpunkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Datuk Zaid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari, Adun Seri Muda, Suhaimi Shafie, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzuelkefly Ahmad.

Tiada ulasan: