Sabtu, 2 Oktober 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isteri Lee Kuan Yew Meninggal Dunia

Posted: 02 Oct 2010 05:58 AM PDT

Saya petik:

[TMI] SINGAPURA, 2 Okt — Isteri kepada bekas perdana menteri Lee Kuan Yew meninggal dunia di sini petang ini.


Kwa Geok Choo, 89, yang juga ibu kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.40 petang tadi.

Kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri menyebut, istiadat memberi penghormatan terakhir akan diadakan di kediaman rasmi  perdana menteri Sri Temasek pada Isnin dan Selasa ini.

Laporan CNA menyebut mereka yang berhasrat untuk memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian mulai 10 pagi hingga 5 petang pada kedua-dua hari tersebut.

Upacara pengebumian akan berlangsung pada 6 Oktober di Mandai Crematorium.

Lepas baca, kliklah sekali:

[Video] UMNO, APCO, Biadap, Judi, & Arak

Posted: 02 Oct 2010 05:00 AM PDT


Video ini suatu "legenda". Saya suka hujah YB Saifuddin Nasution. Saya menyampah tengok Khairy dengan tingkah laku biadapnya.  Saya geli hati tengok tingkah laku MP Pasir Salak "menyalak" apabila disebut tentang arak!

 Videonya: 

[Video] Konspirasi Drama Liwat 2

Posted: 01 Oct 2010 11:00 PM PDT




Videonya:

Ibu dan Kekasih Seronok Dera Bayi 22 Bulan

Posted: 01 Oct 2010 06:30 PM PDT



Ada orang Allah uji dengan tidak memberikan zuriat. Ada orang Allah uji dengan melewatkan sedikit masa untuk memperoleh zuriat. Ada orang Allah uji dengan memberikan zuriat. Ada orang Allah uji dengan memberikan mereka zuriat yang banyak.

Hakikatnya, dapat atau tidak zuriat adalah ujian Allah kepada manusia. Jika dikurniakan zuriat, Allah ingin menguji manusia mendidik dan memelihara amanah yang diberikan kepada hamba-Nya. Jika tidak memperoleh zuriat pula, Allah menguji mereka tentang erti kesabaran dan keteguhan iman kepada-Nya.

Namun, ada kalangan yang dimurahkan rezeki zuriat membuang anak yang diamanahkan kepada mereka. Ada yang mendera anak yang merupakan darah daging sendiri. Walaupun bukan beragama Islam, atau mungkin beriman dengan agama yang dianutinya, namun atas dasar kemanusiaan, apakah kejadahnya alasan kedua-dua lahanat ini mendera bayi yang tidak berdosa seperti yang diberitakan di bawah ini. Saya petik:

[HM] LINCOLN (Nebraska): Gambar dipaparkan ini menceritakan kisah yang menyayat hati apabila seorang bayi lelaki dipercayai menjadi mangsa kekejaman ibu dan kekasihnya.

Bayi berusia 22 bulan itu dilekatkan ke dinding selepas ibu dan kekasih wanita itu seronok berparti di kediaman mereka di Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat. Jayla Hamm, 18, dikatakan membantu kekasihnya, Corde Honea,19, melekatkan lengan, kaki dan tubuh bayinya ke dinding menggunakan pita pelekat.
Jayla dan Honea kemudian mengambil gambar bayi malang itu yang menangis kesakitan sambil mengacukan minuman kegemarannya. Perbuatan tidak berhati perut pasangan itu terdedah apabila Jayla menunjukkan gambar berkenaan kepada seorang rakan yang kemudian menghubungi polis. Polis merampas kamera digital yang digunakan pasangan itu untuk mengambil gambar bayi terbabit.

Menurut polis, bayi itu dilihat menangis kesakitan ketika dilekatkan ke dinding dengan pita pelekat.

Satu daripada gambar memaparkan bayi itu cuba melepaskan diri apabila lengan dan tangannya dilekatkan ke belakang pada dinding.

Gambar lain pula menunjukkan pita pelekat dilekatkan merentangi tubuh dan kakinya.

Polis berkata, pasangan itu yang didapati khayal selepas seronok berparti melekatkan bayi berkenaan ke dinding untuk tujuan hiburan bukan mendisiplinkannya.

Perbuatan kejam itu berlaku selepas kisah seorang budak perempuan dilekat pada dinding tersebar di Internet sebelum ini.

Hakim Paul Korslund menjatuhkan hukuman penjara 10 hari ke atas Jayla dan tempoh percubaan selama dua tahun. "Apa yang mengejutkan mengenai kes ini ialah ia menyalahi fitrah semula jadi ibu bapa yang biasanya akan melindungi anak mereka daripada penderaan dan penghinaan," kata Korslund. Bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat perlindungan negeri.

Honea pula dihukum 3 hingga 5 tahun penjara kerana mendera kanak-kanak dengan niat. Dia juga dipenjara 2 hingga 5 tahun atas tuduhan berasingan iaitu melakukan rompakan dan 12 ke 24 bulan kerana memiliki senjata api curi. -Agensi

[Video] MB "Lucah" Terima Ijazah Doktor Kehormat! Biar Betul?

Posted: 01 Oct 2010 05:00 PM PDT

Ingat gambar ini? Videonya ada di bawah kiriman ini. MB Adnan Yaakob yang menunjukkan isyarat lucah ini bakal menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang pendidikan oleh Universiti Yarmouk esok. Bidang pendidikan? Perlakuan yang ditunjukkan oleh MB ini juga suatu bentuk pendidikan, bukan?

Alahai! Saya petik:

[Bernama] KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang pendidikan oleh Universiti Yarmouk, Jordan.

Majlis akan berlangsung di universiti itu di Irbid, Ahad ini.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, penganugerahan adalah sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan Adnan dalam bidang pendidikan yang sentiasa memberi galakan dan bantuan kewangan kepada anak-anak Pahang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Selain itu, ia bermatlamat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara Kolej Antarabangsa IKIP milik Yayasan Pahang dengan Universiti Yarmouk.

Adnan dan isteri, Datin Seri Junaini Kassim serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pahang dan IKIP berlepas ke Jordan hari ini.

Ketika di sana, kerajaan negeri Pahang akan turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Yarmouk ke arah penubuhan Kursi Pahang untuk membantu kajian dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dakwah dan telekomunikasi Islam.

Selepas ke Jordan Adnan dan rombongan akan berlepas pula ke Syria pada Isnin bagi bertemu pelajar sebelum berlepas pulang pada Rabu.


Pentadbiran Universiti Yarmouk mungkin berfikir berkali-kali untuk memberikan MB ini Ijazah Doktor Kehormat jika mereka menonton video ini:

Ku Li NAFI Setuju Pelantikan Sebagai Pengarah PRK Galas. Tamparan Buat Muhyiddin & BN!

Posted: 01 Oct 2010 03:30 PM PDT

Apabila kena "tampar" mestilah sakit. Betul tak TPM? Tunggu kenyataan penuh Ku Li. Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 1 OKT: Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.

Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia," katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari."

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan."

Sebelum Ini:
* Ku Li Pengarah pilihan Raya BN di Galas

Tiada ulasan: