Anak Sungai Derhaka |
- Gambar : Setelah Merapi Meletus......
- Akhirnya Penjaga Gunung Merapi, Tewas Dimamah Lahar...
- Kisah Saat-saat Akhir Sebelum Wartawan Vivanews.Com Ditelan Abu Merapi
- 179 korban Tsunami, Gunung berapi Indonesia meletup
- Video : Penamaan Calon Batu Sapi
- 'Hantu' mana curi wang zakat kita?
- Pelaburan di Perak 2009 merosot
- Hidup mati saya tetap bersama UMNO - Syed Sobri
- Penghargaan warga emas diteruskan
- Projek Mee Segera : Wifi percuma untuk penduduk Kampung di Gua Musang
- Ibu cekik anak hingga mati
- Tsunami Mentawai : 112 maut, 502 masih hilang
- Belanja urus Server PERKESO RM30 Juta?
| Gambar : Setelah Merapi Meletus...... Posted: 27 Oct 2010 07:02 AM PDT Gambar-gambar berikut memaparkan pemandangan beberapa buah kampung yang diselaputi debu setelah meletusnya Gunung Merapi di Indonesia.. Lihatlah... betapa hebatnya kuasa ALLAH... Beberapa ratus kilometer jauhnya di Jawa tengah, 25 orang terkorban apabila gunung berapi yang paling aktif di republik itu - Gunung Merapi - meletup semalam, dan memuntahkan lava dan gas. Para pegawai berkata hampir 29,000 orang menyelamatkan diri dengan berlindung di sekitar bandaraya Yogyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggal kampung mereka.- berita penuh sila baca di SINI Antara yang turut terkorban dalam kejadian adalah Penjaga 'kunci' Gunung Merapi Mbah Maridjan alias Mas Penewu Suraksohargo yang mayatnya ditemui dalam keadaan sujud - Baca di SINI |
| Akhirnya Penjaga Gunung Merapi, Tewas Dimamah Lahar... Posted: 27 Oct 2010 06:35 AM PDT YOGYAKARTA: Penjaga 'kunci' Gunung Merapi Mbah Maridjan alias Mas Penewu Suraksohargo akhirnya tumpas kepada debu panas merapi yang memuntahkan laharnya lewat petang Selasa.Kematiannya disahkan oleh Raja Kraton Yogyakarta, Sri Sultan HamengkuBuwono X yang menghantar adiknya untuk membuat pengecaman ke atas jenazah Mbah Maridjan. Pelantikan Mbah Maridjan sebagai 'penjaga' Gunung Merapi merupakan sebahagian daripada adat turun temurun Kesultanan Jawa sejak dahulu kala lagi. Allahyarham dilantik sebagai pemegang kunci gunung tersebut oleh ayahanda kepada Sultan HamengkuBuwono X iaitu Sri Sultan HamengkuBuwono IX. Sejarah kuno Jawa percaya, penjaga gunung ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan tuannya iaitu gunung berapi tersebut. Atas sebab itu jugalah nama Mbah Maridjan menjadi popular ketika Gunung Merapi meletus pada tahun 2006. Ia bersama sejumlah warga Kinahrejo Kecamatan Cangkringan Sleman yang tinggal di kawasan yang disifatkan sebagai kawasan bencana itu enggan berpindah kerana menurut firasatnya gunung tersebut tidak akan memuntahkan laharnya. Padahal saat itu, Gunung Merapi sudah masuk ke peringkat bakal meletuskan lahar pada bila-bila masa sahaja. Bahkan Sri Sultan Hamengku Buwono X sempat memerintahkan dia untuk turun dari pergunungan itu. Rumah Mbah Maridjan hanya terletak empat kilometer sahaja dari puncak Merapi. Namun beliau enggan mendengar arahan itu yang dianggap sebagai ingkar perintah Sultan. Benar sungguh, Merapi tidak segawat yang diperkatakan ahli-ahli geologi. Firasat Mbah Maridjan itu menjadikannya popular. Namanya terus melambung dan kemudian menjadi bintang iklan sebuah minuman bertenaga. Duit pun mengalir deras ke kantongnya. Namun selebriti tua ini tidak menikmati keuntungan dari hasil duit iklan itu sendirian. Sebaliknya, dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat. Di daerah Kinahrejo, beliau bukan sahaja membangunkan masjid malah gereja hasil daripada wang tersebut. Beliau dipetik sebagai berkata, biar warga di sana beribadah sesuai mengikut keyakinan masing-masing. Mbah Maridjan sendiri adalah seorang penganut Islam yang warak. Jasadnya ditemui para penyelamat dalam keadaan sedang sujud menyembah tuhan yang maha kuasa.Selain itu, Mbah Maridjan acap kali menyalurkan beras kepada warga yang memerlukannya. Mbah Maridjan dilahirkan di Dukuh Kinahrejo, Desa Umbulharjo, Cangkringan, Sleman pada tahun 1927. Penglibatannya sebagai penjaga Gunung Merapi bermula pada tahun 1970 apabila ayahanda kepada Sultan Kraton sekarang melantiknya sebagai pembantu kepada pemegang kunci gunung. Beliau dilantik sebagai pemegang kunci Gunung Merapi pada tahun 1982. Mbah Maridjan mempunyai beberapa anak, yakni Mbah Ajungan, Raden Ayu Surjuna, dan Raden Ayu Murjana. mStar Online |
| Kisah Saat-saat Akhir Sebelum Wartawan Vivanews.Com Ditelan Abu Merapi Posted: 27 Oct 2010 06:13 AM PDT JAKARTA: Portal berita Vivanews.com yang menyaksikan kematian wartawan kanannya ditelan abu panas di kaki Gunung Merapi malam semalam menceritakan saat-saat akhir perbualan di antara pengarang beritanya dengan mangsa.Portal berita popular itu telah menceritakan di halaman utamanya pada Rabu bagaimana pada jam 5.30 petang Selasa, di Tingkat 31, Wisma Standard Chartered, di sini, menjadi cemas dan panik apabila tercetusnya berita Gunung Merapi mulai meluahkan lavanya. Pengarangnya, Nezar Patria segera menghubungi wartawan kanan mereka di lapangan, Yuniawan Wahyu Nugroho, yang telahpun berada di Yogyakarta. Wartawan yang lebih dikenali sebagai Wawan ini telah bertolak ke kota budaya itu awal Selasa sekitar pukul 1 dari Jakarta dia sudah mengatur janji untuk mewawancara Mbah Maridjan yang lebih dikenali sebagai 'penjaga' Gunung Merapi. (Nota: Mbah Maridjan turut terkorban dalam kejadian itu) "Hallo, Wan, posisi anda di mana," tanya Nezar di hujung telefon. "Ini...di rumah Mbah Maridjan," kata Wawan. "Sudah ada letusan. Apa tidak berbahaya..." Nezar bertanya. "Di sini masih ada banyak orang. Saya menunggu Mbah Maridjan yang lagi sholat," jawab Wawan. Lantas, Nezar menekankan, "Kalau berbahaya dan jika kedengaran siren, segera turun. Jangan bertahan di situ untuk wawancara." Wawan menjawab "Iya". Namun, perbincangan putus kerana signal telefon yang lemah. Menyambung perbincangan yang terputus itu, Wawan lalu mengirim SMS, pada pukul 5.49 petang (Waktu Indonesia Barat -WIB). Bunyi SMS itu: "Mas, saya sudah berada di rumah Mbah Maridjan. Mbah Maridjan masih sholat," kata Wawan. Dalam pesan pendeknya, Nezar menjawab, "Hati-hati. Jangan sampai kena abu lava." Setelah itu tidak ada hubungan lagi dengan Wawan. Satu jam kemudian, bilik berita dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang ahli keluarga Wawan, seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Rini Soegiharto. Wawan dikabarkan dalam kedaan berbahaya. Sidang pengarang Vivanews turut cemas. Sejumlah rakan lantas cuba mencari maklumat menerusi pelbagai pihak. Mereka menghubungi sanak saudara Wawan, kawan-kawannya yang lain, menghubungi pasukan mencari dan menyelamat, sukarelawan Pusat Pengurusan Bencana sehinggalah membuat laporan kepada pihak polis akan kehilangannya. *** Akhirnya mereka memperolehi maklumat lanjut daripada Rini. Pada pukul 6.29 petang WIB, dia menerima panggilan daripada Wawan. "Saya lagi di rumah Mbah Maridjan. Saya menunggu, dia lagi sholat," kata Wawan di ujung telefon kepada Rini. Rini pun mengingatkan agar wartawan kanan portal berita itu berhati-hati. Namun, dalam perbincangan singkat itu, di hujung telefon, Rini terdengar bunyi siren kecemasan dan sejumlah orang menjerit-jerit... "Ada api, ada api, panas, panas." Tiba-tiba percakapannya dengan Wawan langsung terputus. Rupa-rupanya ini telah ditakdirkan menjadi panggilan telefon terakhir Wawan. Berulang kali dihubungi semula, namun tidak tersambung. Rini cemas. Dia teringat kisah empat tahun lalu, saat Gunung Merapi meletus. Wawan juga yang membuat meliput letusan gunung berapi tersebut dan bertemu Mbah Maridjan. Saat itu, keduanya juga saling berkomunikasi. Rini teringat pada tahun 2006 juga ada letusan lahar yang panas menuruni lereng gunung. Namun, kali ini Rini yang berteman baik dengan wawan sejak kuliah di Universiti Gajah Mada merasa situasinya sangat menegangkan. Di television, dia melihat awan panas sudah membubung, sedangkan Wawan masih di rumah Mbah Maridjan yang berjarak hanya empat kilometer dari puncak gunung tersebut. Menurut cerita Agus, pembantu Mbah Maridjan, sebenarnya saat mendengar bunyi siren sebagai tanda gunung meletus, ia bersama keluarga Mbah Mardijan dan beberapa orang yang terakhir bertahan di lereng gunung itu sudah memutuskan untuk turun. Mereka mengendarai dua kenderaan sampai ke tempat selamat. Wawan juga turun sejauh 4 kilometer ke kediaman Agus, yang juga kenalannya di Yogya. Namun, sampai di tempat operasi menyelamat dijalankan, dua orang yakni Tutur, tenaga pasukan perubatan Yogyakarta dan Wawan mengambil keputusan untuk naik semula ke puncak untuk memaksa Mbah Maridjan yang masih bertahan dan sembayang di masjid turun. "Mereka berdua menaiki Suzuki APV ke atas menjemput Mbah Maridjan. Namun, saat ini kami kehilangan kontak dengan mereka. Kami duga mereka terjebak, kerana awan panas sudah sampai ke kediaman Mbah Maridjan," katanya kepada Vivanews pada lebih kurang pukul 8.30 malam Selasa. Dan pada jam 10.42 malam WIB, Vivanews mendapat panggilan daripada Iman Surahman, seorang tenaga kerja Pusat Pengurusan Bencana yang melakukan pencarian mangsa letusan Gunung Merapi sejak petang Selasa. Iman menemui kad pengenalan wartawan Yuniawan Nugroho pada salah seorang mangsa korban yang ditemui di rumah Mbah Maridjan. *** Yuniawan, yang lahir pada 1 Jun 1968 di Blora adalah editor yang mengetuai pasukan laporan khas Vivanews.com. Wawan tertarik untuk mewawancara Mbah Maridjan di Yogyakarta. Alasannya, dia sudah pernah membuat liputan di Gunung Merapi pada tahun 2006 dan mengenali para pembantu Mbah Maridjan seperti Agus dan lain-lain sehingga berpeluang mewawancara dengan orang tua yang disegani di Gunung Merapi tersebut. Sebagai salah satu editor kanan, Wawan dikenali sebagai seorang wartawan yang bekerja keras, bersungguh-sungguh dan berperwatakan keras. Wawan jarang mengeluh mengerjakan tugas-tugas yang diamanahkan. "Dia seorang yang sangat bersopan santun dan memiliki jaringan luas terutama dalam bidang politik," ujar Nezar. Rini juga mengenali Wawan sebagai seorang yang sangat baik dan memiliki banyak kenalan, baik di kalangan aktivis, ahli politik hingga ke peringkat antarabangsa. "Ramai sekali teman yang sedih dan merasa kehilangannya," kata Rini. Wawan memang sudah belasan tahun bekerja sebagai wartawan. Sebelumnya, dia cukup lama bekerja di harian Suara Pembaharuan. Pada 2008, Wawan ikut menyertai Vivanews apabila portal berita itu baru ditubuhkan. Namun, tidak lama kemudian Wawan memilih untuk kembali ke Jakarta dan berkhidmat dengan salah sebuah akhbar di sini. Menjelang Lebaran tahun ini, Wawan kembali ke pangkuan Vivanews untuk mengepalai pasukan laporan khasnya. Kini, Wawan dipanggil oleh Yang Maha Kuasa. Allayarham pergi meninggalkan rakan-rakannya ketika sedang bertugas. Beliau turut meninggalkan isteri dan dua orang anak yang amat dikasihinya dan foto mereka selalu ada di dompetnya. mStar Online |
| 179 korban Tsunami, Gunung berapi Indonesia meletup Posted: 27 Oct 2010 04:51 AM PDT Pihak berkuasa Indonesia merayu bantuan selepas tsunami melanda sebuah kepulauan, diikuti pula dengan letupan gunung berapi, mengakibatkan ramai yang terkorban dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal. Keseluruhan kampung tenggelam dan rumah-rumah di kawasan berhampiran pantai barat Sumatera, musnah dilanda gelombang besar selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.7 di sekala richter. Sekurang-kurangnya 154 orang terkorban manakala kira-kira 400 lagi masih hilang, kata para pegawai. "Mereka kehilangan rumah masing-masing dan sekarang memerlukan banyak bantuan. Khemah tiba hari ini, tetapi kita masih perlukan banyak lagi," kata ketua pengurusan bencara daerah Sumatera Barat, Harmensyah. "Kita perlu mencari orang yang hilang secepat mungkin. Sebahagian daripada mereka mungkin telah menyelamatkan diri di kawasan pergunungan. Tetapi mungkin ramai juga yang telah dihanyutkan." Beberapa ratus kilometer jauhnya di Jawa tengah, 25 orang terkorban apabila gunung berapi yang paling aktif di republik itu - Gunung Merapi - meletup semalam, dan memuntahkan lava dan gas. Para pegawai berkata hampir 29,000 orang menyelamatkan diri dengan berlindung di sekitar bandaraya Yogyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggal kampung mereka. Gempa bumi yang melanda Isnin lalu di kepulauan Mentawai - sebuah kawasan yang popular dengan aktiviti peluncuran, mencetuskan tsunami setinggi tiga meter (10 kaki) dan memusnahkan 10 buah kampung. Sementara itu ombak tsunami melonjak sejauh 600 meter ke daratan kepulauan Pagai Selatan, kata para pegawai. Di pulau Pagai Utara, sebuah pusat peranginan dan hampir 200 rumah musnah. Kakitangan perubatan dikejarkan dengan helikopter tetapi usaha menyelamat terjejas oleh masalah komunikasi di kepulauan terbabit, yang memakan masa satu hari menaiki feri untuk sampai dari pelabuhan di Padang di wilayah Sumatera Barat. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan tempoh lawatan ke Vietnam untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin negara-negara Asean dan perjalanan ke Mentawai. Menurut para pegawai, beliau dijangka tiba pada hari Khamis. - AFP |
| Video : Penamaan Calon Batu Sapi Posted: 27 Oct 2010 03:59 AM PDT Perarakan oleh Parti-parti politik yang bertanding dalam PRK Batu Sapi semalam 26 Oktober 2010.. Awat dari PKR ciput saja ni... |
| 'Hantu' mana curi wang zakat kita? Posted: 27 Oct 2010 01:57 AM PDT "Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita? Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya. "Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan. "Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. "Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu. Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan. Miskin terus merempat Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan. Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki. Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat. "Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? "Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis. Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam. Ambil kesempatan asnaf amilin "Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain. "Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri. "Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri. Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama". "Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya. Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut. "Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi. Malaysiakini |
| Pelaburan di Perak 2009 merosot Posted: 27 Oct 2010 12:33 AM PDT Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Perak yang mengalami pelbagai rombakan dalam pemerintahan sepanjang tahun 2008 dan 2009 lalu, menyaksikan perbezaan kedudukan pelaburan bagi kedua-dua tahun dan mencatatkan penurunan sehingga RM86.85 juta.Melalui analisis perbandingan yang dipetik dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, menunjukkan pelaburan di Perak menunjukkan penurunan sehingga 12.0 peratus kepada RM635.50 juta (2009), berbanding RM722.35 juta pada tahun 2008. Perak mengalami perubahan besar sepanjang tempoh itu, apabila kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu, dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi nadi pemerintahan di negeri itu. Jika dilihat daripada keseluruhan kedudukan pelaburan Perak dari tahun 2005-2009 telah menunjukkan penurunan pada 2006 dan 2007. Kedudukan pelaburan negeri itu meningkat semula pada 2008 tetapi menurun semula pada tahun 2009. "Ini disebabkan Simpanan Tetap berjumlah RM93.15 juta telah dicairkan untuk menampung defisit aliran tunai kerajaan negeri, kata laporan itu yang dipetik FMT. "Pengurangan aliran tunai antara lain disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan aset. Baki pelaburan pada tahun 2005 hingga 2009 adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini." Sementara itu, pada 2009 baki hutang kerajaaan negeri kepada kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak RM57.26 juta atau 6.9 peratus menjadi RM887.85juta berbanding RM830.59 juta pada tahun 2008. "Peningkatan ini disebabkan penerimaan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM94.06 juta bagi Projek Bekalan Air," laporan itu dipetik. Kedudukan hutang kerajaan negeri berjumlah RM887.85 juta pada 2009 berbanding RM830.59 juta tahun sebelumnya. Kedudukan baki hutang ini akan berkurangan dengan ketara sekiranya pihak Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mengambil alih hutang bekalan air menjelang tahun 2011. Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman Perak adalah satu-satunya negeri yang sentiasa membayar pinjaman kepada kerajaan persekutuan mengikut jadual dan tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman bagi tempoh 2005 hingga 2009. "Kerajaan negeri berupaya untuk menjelaskan hutang awam termasuk faedah sejumlah RM38.62 juta terhadap 71 pinjaman mengikut jadual bayaran balik pinjaman. "Penyata hutang awam berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan Perak telah menyelesaikan empat pinjaman di bawah Rancangan Perumahan Awam berjumlah RM6.49 juta dan satu pinjaman di bawah Rancangan Pembangunan Perusahaan berjumlah RM4 juta," demikian menurut laporan itu. Secara keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan kerajaan negeri Perak bagi tahun 2009 adalah memuaskan. Laporan itu menyimpulkan bahawa, kerajaan negeri perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan dengan mengekalkan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri. Tindakan lebih berkesan hendaklah diambil untuk mengutip tunggakan hasil yang berjumlah RM198.57 juta. Bagaimanapun, tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Yayasan Perak dan Majlis Daerah Tanjong Malim yang telah matang berjumlah RM15.74 juta hendaklah dituntut. Free Malaysia Today |
| Hidup mati saya tetap bersama UMNO - Syed Sobri Posted: 26 Oct 2010 11:26 PM PDT Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim "Saya tidak akan lompat parti. Hidup mati saya tetap bersama UMNO," . Hidup mati saya tetap bersama UMNO!! Korang nilaikanlah sendiri.. Sepatutnya kita faham ayat ini... Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (Al-An'am: 162). Hidup mati saya UMNO' ALOR SETAR – "Saya tidak ada niat langsung nak tinggalkan UMNO," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap yang pernah mencetus kontroversi dengan ura-ura mahu melompat parti beberapa bulan lalu itu berkata, beliau juga tiada hasrat mahu menyertai Pas. "Macam mana saya nak lompat parti sedangkan darah daging saya bersama dengan UMNO. Datuk saudara saya, Syed Omar (Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah Shahabuddin) adalah Menteri Besar Kedah yang pertama selepas merdeka, seorang pemimpin besar UMNO negeri ini suatu ketika dulu. Bapa saudara saya, Allahyarham Tan Sri Syed Nahar Shahabuddin Tun Syed Sheh Shahabuddin pun bekas Menteri Besar dan pemimpin utama UMNO Kedah juga. "Saya tidak akan lompat parti. Hidup mati saya tetap bersama UMNO," katanya. Syed Sobri berkata, isu mahu menyertai Pas tidak timbul walaupun beliau diketahui mempunyai hubungan yang agak rapat dengan pemimpin tertentu parti itu, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. "Sebagai ahli politik dan wakil rakyat, saya perlu baik dengan semua orang terutama dengan pemimpin negeri. Kalau ada apa-apa isu rakyat yang melibatkan Kerajaan Negeri, saya perlu berjumpa dengan mereka. Saya berbaik dengan mereka untuk kepentingan rakyat. "Itu bukan bermakna saya mahu sertai parti mereka. Macam mana saya nak selesaikan masalah rakyat kalau saya tidak ada hubungan yang baik dengan pemimpin kerajaan?," katanya. Sehubungan itu, Syed Sobri menempelak pihak yang menuduhnya mahu menyertai Pas lantaran menjalin hubungan baik dengan pemimpin parti itu supaya tidak berfikiran sempit atau memainkan isu politik sempit. "Zaman sekarang orang tak boleh main politik cara itu lagi. Ahli politik kenalah bersikap profesional, justeru tidak timbul isu sekiranya saya mesra dengan wakil rakyat Pas, itu tanda saya mahu lompat parti," katanya. Syed Sobri berkata, rakyat juga mahu melihat pemimpin mereka berbaik walaupun berbeza pegangan politik. "Sebagai wakil rakyat saya tidak boleh menolong rakyat berdasarkan parti politik yang mereka sertai," katanya. Syed Sobri berkata, pendiriannya adalah mahu meneruskan perjuangan bersama UMNO. "Saya ada prinsip perjuangan sendiri dan pada saya hanya UMNO sahaja parti yang mampu memperjuangkan dan menolong orang Melayu," katanya. Sumber Berita dari SINI |
| Penghargaan warga emas diteruskan Posted: 26 Oct 2010 11:18 PM PDT Ali Hashim PENANTI, 27 Okt: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan sumbangan kepada 123 waris warga emas yang meninggal dunia dalam satu majlis yang telah diadakan di Yayasan Aman, Penanti baru-baru ini. Dalam majlis tersebut sebanyak RM123,000 telah disumbangkan kepada waris warga emas yang berdaftar dengan kerajaan negeri sebagai penerima sumbangan yang telah diperuntukkan. "Walaupun sebelum ini timbul dakwaan dari Umno dengan pelbagai andaian, kita yakin rakyat terutamanya warga emas tidak akan terpedaya dengan motif politik mereka. Sehingga sekarang kita tidak menerima sesen pun wang yang mereka dakwa dipulangkan oleh warga emas sepertimana yang diuar-uarkan. "Kita juga sangsi dan ragu kenapa begitu lama mereka mengambil masa untuk memulangkan wang yang mereka dakwa dikutip dari senarai warga emas yang telah pun mereka lakukan sebelum ini dalam beberapa siri program bikinan mereka sendiri," ujarnya lagi. Lim juga berkata, jumlah warga emas yang mendaftar dengan kerajaan negeri bagi menerima sumbangan dalam program penghargaan warga emas adalah melebihi 120,000 orang. "Oleh kerana Umno melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan. "Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan Umno dan BN yang cuba memainkan sentimen kaum dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal. HarakahDaily |
| Projek Mee Segera : Wifi percuma untuk penduduk Kampung di Gua Musang Posted: 26 Oct 2010 08:20 PM PDT Menurut Rais Yatim, program ini tidak ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil DUN Galas kerana kerajaan sudah lama bercadang untuk membinanya dan secara kebetulan sekarang musim pilihan raya kecil . Tetapi.... mengapa calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ab Aziz Yusoff hadir sama? Penduduk 30 kampung bakal nikmati Wifi percuma GUA MUSANG: Penduduk di 30 kampung di Kelantan bakal menikmati kemudahan Wifi secara berperingkat bagi membolehkan mereka menggunakan internet tanpa wayar secara percuma.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kemudahan itu disediakan kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit. "Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan `Kampung Wifi' di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu perkhidmatan itu," katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, dekat sini, semalam. Hadir sama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ab Aziz Yusoff; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Khalid Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah. Rais berkata, program seumpama itu tidak ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil DUN Galas kerana kerajaan sudah lama bercadang untuk membinanya dan secara kebetulan sekarang musim pilihan raya kecil. Katanya, kerajaan komited dengan kemahuan rakyat yang dahagakan kemajuan teknologi terkini itu, termasuk di Kelantan kerana semuanya ingin menikmati kemudahan seumpama itu. Sementara itu, pada program berasingan, kementerian berkenaan melancarkan Posmen Komuniti pertama di Semenanjung membabitkan masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dan Hendrop, pedalaman Gua Musang supaya perkhidmatan surat sampai ke perkampungan mereka. Rais berkata, langkah itu sesuai dengan perkembangan kemajuan sekarang yang memerlukan banyak pembaharuan untuk kaum itu supaya taraf kehidupannya terus meningkat dengan menggunakan pelbagai teknologi terkini. Beliau menyifatkan langkah Pos Malaysia Berhad melantik Posmen Komuniti sebagai usaha terbaik untuk mereka menggunakan perkhidmatan persuratan yang mana sebelum ini belum pernah berbuat demikian. "Posmen Komuniti itu yang pertama dilancarkan untuk penempatan Orang Asli kerana sebelum ini Pos Malaysia sudah berbuat demikian di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan vest Pos Malaysia kepada Dua Posmen Komuniti Pos Brooke dan Hendrop, petang semalam. Berita Harian Online |
| Posted: 26 Oct 2010 08:14 PM PDT GOMBAK: "Isteri saya mula meracau seolah-olah diganggu makhluk halus, Khamis lalu dan selepas dibawa berubat, dia seperti sudah pulih. Tak sangka pula penyakitnya berulang sehingga begitu teruk sekali."Demikian kata Sathia Selan, 32, yang kehilangan dua orang tersayang serentak selepas isterinya, S Komagal, 30 (Gambar), mencekik anak perempuan mereka berusia empat tahun sehingga mati sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flat yang mereka duduki di Batu Caves jam 10 pagi kelmarin. Sathia yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan berkata, dia tidak sangka tragedi itu boleh berlaku berikutan isterinya ditinggalkan dalam keadaan normal sebelum dia keluar bekerja pagi kejadian. "Kehidupan kami sekeluarga sebelum ini cukup bahagia sebelum dia diganggu makhluk halus Khamis lalu dan mula meracau dengan mengeluarkan perkataan tidak difahami. Dia juga cuba mencekik anak kami, namun berjaya dihalang. "Jumaat lalu saya mengambil cuti dan membawanya berubat dengan sami. Selepas itu dia kembali normal. Sebab itulah semalam (kelmarin) saya keluar bekerja dan meninggalkan dia bersama tiga anak kami," katanya. Menurut Sathia, anaknya yang mati dicekik isterinya ialah Ukuneswaray berusia empat tahun manakala dua lagi anaknya ialah Teneswari, 6, dan Thaneswaren, setahun. Sumber polis berkata, yang dipercayai mengalami 'gangguan' secara tiba-tiba bertindak mencekik anak keduanya di depan dua anak lain. "Anak perempuannya yang berusia enam tahun yang menyaksikan kejadian itu menjerit meminta tolong hingga menarik perhatian jiran. Menyedari jiran datang, wanita itu yang tinggal di tingkat lima melarikan diri ke tingkat 11 sebelum memanjat tembok dan terjun membunuh diri," katanya. Menurutnya, anaknya yang dicekik itu dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dibawa ke klinik berhampiran, namun disahkan meninggal dunia kemudian. Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. myMetro |
| Tsunami Mentawai : 112 maut, 502 masih hilang Posted: 26 Oct 2010 08:00 PM PDT 2010/10/27 PADANG: Kadar kematian daripada kejadian tsunami yang memusnahkan rantaian kepulauan Indonesia susulan gempa bumi kuat mencecah 112 mangsa dan lebih 500 yang lain masih hilang. Gempa bermagnitud 7.7 yang melanda di Kepulauan Mentawai, barat Sumatera lewat Isnin lalu, membentuk ombak setinggi tiga meter memusnahkan 10 perkampungan negara itu. Ketua Pengurusan Bencana Sumatera Barat, Harmensyah, berkata sekurang-kurangnya 112 terbunuh dan 502 yang lain dikhuatiri hilang. Pihak berkuasa negara itu berkata, air memusnahkan kawasan darat sejauh 600 meter di bahagian Selatan Pulau Pagai, iaitu terkuat dirasai. - AFP |
| Belanja urus Server PERKESO RM30 Juta? Posted: 26 Oct 2010 07:30 PM PDT Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengambil keputusan menangguhkan pembinaan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi pemprosesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sehingga projek menaik taraf pengkomputerannya dilaksanakan.Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, keputusan itu ekoran server yang digunakan bukan teknologi terkini dan ia melibatkan perbelanjaan pengurusan yang tinggi. "Pihak audit dimaklumkan DRC tidak disediakan kerana server AS/400 bukan merupakan teknologi yang terkini dan ia melibatkan perbelanjaan pengurusan server yang tinggi sehingga mencecah RM30 juta," laporan yang dikeluarkan semalam itu dipetik. Sehubungan itu, Perkeso disyorkan memberi tumpuan kepada prosedur sandaran dan pemulihan bagi memastikan operasinya tidak terjejas sekiranya berlaku sesuatu bencana. "Perkeso memaklumkan sedang dalam proses penyediaan pelan pemulihan bencara secara keseluruhan mengikut kesesuaan persekitaran Perkeso. "Keperluan menyediakan pelan pemulihan bencana yang komprehensif akan diambil kira dalam pelaksanaan projek ICT tersebut," demikian menurut laporan itu. Risiko tukar nombor akaun bank Sementara itu, pemeriksaan audit juga mendapati dua unit kamera di bilik server tidak berfungsi dan gagal merakam pergerakan di pintu hadapan dan belakang. Manakala rakaman gambarnya pula didapati hanya disimpan selama sepuluh hari. Sehubungan itu, menurut laporan itu lagi, tender perolehan bagi pembangunan sistem pengkomputeran secara secara menyeluruh pada 6 Ogos dan & September 2007 bagi "mengatasi masalah sistem yang telah usang" dikeluarkan. Setelah Perkeso membatalkannya tender tersebut berikutan kesilapan teknikal, kementerian kewangan memutuskan melantik Precision Portal Sdn Bhd secara rundigan terus dengan harga kontrak berjumlah RM152.95 juta. Bagaimanapun, menurut laporan itu, kementerian kewangan kemudiannya pada 10 Ogos tahun lalu membatalkan lantikan itu dan meminta pelaksanaan pembangunan projek yang dinamakan ICT Core System Perkeso itu secara tender terbuka. Sementara itu, pihak audit juga mendapati terdapat kelamahan dalam mengemaskini maklumat penerima bayaran dan percetakan waran, yang antaranya boleh meningkatkan risiko "tiada kawalan keselamatan dalam sistem kerana pegawai mempunyai capaian sepenuhnya ke pengkalan data". Ia didapati "membolehkan penukaran maklumat penerima seperti mengaktifkan status penerima yang meninggal dunia, menambah maklumat penerima pencen atau menukar nombor akaun bank", kata laporan itu. Sementara itu, laporan maklum balas daripada pihak perbendaharaan negara menjelaskan, Perkeso bercadang mewujudkan fungsi ICT yang khusus bawah kawal selia bahagian perbendaharaan bawah cadangan penstrukturan semula bahagian dan fungsi-fungsi ICT lain Perkeso. Kajian penstrukturan semula organisasi dan perjawatan ICT dijadual siap sebelum 15 Oktober 2010. Menurut laporan maklum balas itu, Perkeso mengambil kira sistem sedia ada dalam pembangunan projek ICT selaras dengan perancangan strategik ICT Perkeso bagi tempoh 2007 hingga 2011. Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











































Tiada ulasan:
Catat Ulasan