Rabu, 27 Oktober 2010

PRO REFORM

PRO REFORM


VIDEO KESEDARAN - Gunung Berapi

Posted: 27 Oct 2010 06:28 AM PDT

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

klik untuk video

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

FOTO KESEDARAN 26 OKTOBER 2010

Posted: 27 Oct 2010 05:18 AM PDT

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa' ayat 30

untuk sambungan foto sila klik












VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

Perkembangan Gempa Bumi Di Indonesia

Posted: 26 Oct 2010 10:50 PM PDT

TERKINI: 01:22:35 PM


Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 27 Okt — Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk para pelajar dalam kejadian gempa bumi dan letupan Gunung Merapi di Indonesia.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, meskipun tiada laporan yang diterima, Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus mengawasi dan memantau situasi terkini di Kepulauan Mentawai dan Jawa Tengah tempat berlakunya gempa bumi tersebut.

Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima sebarang pertanyaan mengenai tragedi itu.


Orang ramai boleh memperolehi maklumat dengan menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya menerusi talian 03-88892746, 03-88874570 atau Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 6221-5224947 atau 6221-52244971.

Wisma Putra berkata kerajaan amat terkejut dan sedih di atas kejadian gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai dan Sumatera Barat kelmarin dan diikuiti letupan Gunung Merapi semalam.

"Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan serta rakyat Indonesia di atas tragedi yang telah menimpa," kata Wisma Putra.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut bersedih di atas kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan yang dialami dalam gempa bumi dan tsunami itu.

"Sebagai sahabat Indonesia, Amerika Syarikat bersedia untuk menghulur bantuan dalam sebarang cara. Kami turut berdoa untuk rakyat Indonesia dan semua pihak yang terlibat di dalam tragedi ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di sini. — Bernama

Gempa Bumi Terkini 27 Oktober 2010

Posted: 26 Oct 2010 06:16 PM PDT

UPDATE: 1.30 PM

Tarikh
Masa
(Waktu Tempatan)
 Lokasi
Latitud     
Longitud
Magnitud
(Skala Richter)
Kategori
Jarak
 27/10/10
 12.33 ptg
 Barat Daya Sumatera, Indonesia
 3.5°S
 99.6°T
 4.9
 Lemah
 254km Tenggara Siberut,Indonesia. 712km Barat Daya Melaka
 27/10/10
 8.03 pg
 Barat Daya Sumatera,Indonesia 
 3.9°S
 98.9°T
 5.0
 Sederhana
 284km Selatan Siberut,Indonesia.783km Barat daya Melaka.
 27/10/10
7.45 pg 
 Selatan Sumatera,Indonesia
 2.4°S
 99.5°T
 5.6
Sederhana 
134km dari Tenggara Siberut,Indonesia. 609km dari Barat Daya Melaka.
 27/10/10
 7.09 pg
 Barat Daya Sumatera,Indonesia 
 3.7°S 
99.6°T 
 4.9
 Lemah
275km dari Tenggara Siberut,Indonesia. 727km dari Barat Daya Melaka.
 27/10/10
 3.40 pg
Barat Daya Sumatera,Indonesia 
3.6°S 
99.5°T 
 5.3
 Sederhana
301km dari Barat Bengkulu,Indonesia. 721km dari Barat Daya Melaka. 


Jabatan Meteorologi Malaysia

Letusan Gunung Merapi

Posted: 26 Oct 2010 06:03 PM PDT

YOGYAKARTA — Letusan Gunung Merapi petang semalam mula meragut korban dengan sekurang-kurangnya satu kematian, selain mencederakan sejumlah mangsa dengan luka melecur di muka dan badan.

Stesen televisyen swasta MetroTV menyiarkan gambar paramedik berusaha menyelamatkan bayi berusia sekitar tiga bulan dengan alat bantuan pernafasan.

"Keadaan pernafasan bayi ketika datang ke hospital memang sudah parah, diperkirakan memang sudah meninggal di perjalanan," kata Dr Sasongko yang bertugas di Hospital Umum Daerah Muntilan, Jawa Tengah.


Beliau berkata di hospital itu terdapat sembilan pesakit lain yang cedera akibat letusan gunung berapi tersebut.

Sementara itu, Hospital Panti Nugroho di Sleman, Yogyakarta turut merawat beberapa pesakit yang cedera akibat melecur.

Dari gambar yang ditampilkan, kelihatan pesakit melecur di seluruh tubuh hingga ke muka. Suasana di sekitar Merapi masih mencengkam, dan proses pemindahan penduduk masih dilakukan.

Ketua Kampung Desa Kepuharjo yang terletak di Cangkringan, Sleman iaitu Heri Suprapto berkata seluruh penduduk di desanya yang berjumlah ribuan orang, telah ditempatkan di kawasan lapang di sebuah desa lain.

Ketika dihubungi Bernama menerusi telefon, beliau sedang menguruskan pemindahan penduduk. — Bernama

Tiada ulasan: