Rabu, 27 Oktober 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PASANGAN POLIS ' ROMPAK PELANCONG?

Posted: 27 Oct 2010 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua pelancong asing warga New Zealand berusia awal 30-an berputih mata apabila hampir RM10,000 wang milik mereka dilarikan sepasang kekasih yang menyamar sebagai pegawai polis, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Jalan Tong Shin, di sini, kedua-dua mangsa yang berjalan di kawasan berkenaan selepas membeli- belah dihampiri sebuah kereta.

Menurut sumber, seorang lelaki dan wanita berusia awal 20-an dipercayai pasangan kekasih turun dari kenderaan berkenaan sebelum mendakwa mereka pegawai polis.

"Kedua-dua suspek mengarahkan mangsa menyerahkan pasport untuk pemeriksaan kerana kononnya kelibat mereka mencurigakan," katanya
Sumber berkata, belumpun sempat mangsa mengeluarkan pasport masing-masing dari dalam dompet, lelaki terbabit terus k merampas kedua-duanya dompet mangsa.

"Seorang daripada suspek mengarahkan mangsa menanti seketika kononnya untuk melakukan pemeriksaan ke atas dompet mangsa sebelum suspek masuk semula ke dalam kereta dan terus memecut laju," katanya.
Sumber berkata, mangsa hanya mampu memerhatikan dompet yang mengandungi sejumlah wang itu dilarikan.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini
http://www.hmetro.com.my/articles/Pasanganpolis__8217_kebaswangpelancongasing/Article

CHINA MULA TAKUT DENGAN KATA KATA NAJIB?

Posted: 27 Oct 2010 12:02 AM PDT

October 26, 2010
KUALA LUMPUR, 26 Okt – Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau ''takut'' dengan ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam ucapan itu, Najib menyeru anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Putrajaya.
Membacakan petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia hari ini, Fong menuntut Najib yang juga Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.
"Saya mahu Perdana Menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) hari ini.
Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa ''takut'' dengan ucapan Najib itu.
Tindakan Fong itu menyebabkan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bangun beberapa kali untuk mencelah dengan alasan ingin memberi penjelasan kepada Fong berkenaan ucapan Presiden itu, namun tidak diendahkan anggota Parlimen Batu Gajah itu.
Bagaimanapun, Mohamad tetap berkeras dan terus bercakap ketika Fong sedang berbahas: "Saya nak buat sikit pembetulan supaya jangan ragu, bimbang, jangan takut. Itu peribahasa Melayu, bagaimana pemimpin nak naikkan semangat. Bukan nak gaduh. (Awak) Tak faham peribahasa Melayu.
"Tak perlu (PM) buat penjelasan dan saya tidak fikir beliau mahu menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada rakyat. Saya amat tersinggung dengan ucapan Batu Gajah," katanya menyebabkan Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan Mohamad supaya hanya mencelah apabila diberi laluan.
Mohamad menjelaskan bahawa ucapan Najib itu hanya bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno.
"Ini bukan soal nak bertumpah darah dan bergaduh sesama kita. Tiada niat langsung. Jadi Batu Gajah jangan sangka buruk. Perdana Menteri kita seorang yang penuh tanggung jawab," katanya.  – Bernama

AKIBAT SOKONG UMNO ANDA BERHUTANG 14000?

Posted: 26 Oct 2010 09:57 PM PDT

PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.
Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.
"Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat  dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.
Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.
Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.
Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.
Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.
Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.
"Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?" soalnya.
Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.
"Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat  terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.
"Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti," ujarnya.
Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.
Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.
"Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?" tanya beliau.
Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.
Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada,  seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.
"PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat  kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita," katanya.

FAM MELAMPAU:BOIKOT FINAL MALAYSIA JALANNYA?

Posted: 26 Oct 2010 07:53 PM PDT

kome stuju boikot...?

LAGI RASUAH DIZAMAN NAJIB?

Posted: 26 Oct 2010 06:52 PM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 13 kertas siasatan, 14 kertas penyiasatan awal serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, yang diumumkan semalam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tiga kertas siasatan dibuka di Johor, enam di ibu pejabat, dua di Terengganu serta masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.

Bagi kertas penyiasatan awal, enam dibuka di Perak, dua di Labuan, Sabah dan Kedah serta masing-masing satu di Terengganu dan Selangor.

Sementara itu, tiga kertas pemeriksaan dan perundingan dibuka di Johor serta masing-masing satu di Labuan, Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan itu, SPRM akan mengenal pasti beberapa perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan untuk dijadikan asas siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

ANWAR AKUI:CERAH DI GALAS BERAT DI BATU SAPI

Posted: 26 Oct 2010 11:28 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR akan menghadapi ujian berat dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.


"Saya akui, kita mesti bekerja keras di Batu Sapi," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas kes perbicaraan liwatnya ditangguhkan hari ini.

Bagaimanapun, mengenai pilihan raya kecil DUN Galas yang dijalankan serentak, Anwar berkata PAS sebaliknya mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Bagi kedua-dua kerusi, proses penamaan calon berlangsung serentak pagi ini.

Setakat ini, di Batu Sapi, tiga orang telah menyerahkan borang pencalonan. Mereka adalah Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

Di Galas pula, hanya dua calon yang mengemukakan borang mereka. Mereka adalah Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN)

Tiada ulasan: