AdukaTaruna |
| Gua minta tolong pada lu orang semua. Posted: 28 Oct 2010 06:06 AM PDT Oleh : C++ Oct 27, 2010 Anak Gua Di ICU Hospital Kuala Terengganu Bhai... gua nak mintak jasa baik semua kengkawan... lawan.. musuh... dan sebagainya untuk mendoakan kesihatan anak lelaki gua yang bongsu "Amin 'ul Haqeem" yang kini sedang dirawat di ICU Hospital Kuala Terengganu atas sakit "Jangkitan Paru-Paru"... Tolong doakan ya... Ya Allah... Tuhan Sekalian Alam... Tuhan yang Menghidupkan dan yang Mematikan... Tuhan yang memiliki segala Keegoan.... tiada daya tiada upayaku Ya Allah... melainkan Rahmat dan Ehsan dari Mu.....Engkau Sembuhkan Ya Allah penyakit anakku... Amin Ya Rabbal Alamin... ![]() Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz11w12rRCI |
| Cerita Pak Guard Terlampau (3) Posted: 28 Oct 2010 02:41 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 Malam 2. Pendek cerita malam 2 pun tiba.Lepas IO datang jengok apa yang patut, tiba masa macam hari pertama. Yakni tido. Tido dalam kete member gua. Kira2 setengah jam sebelum tu, gua dah siap spray kete member gua dengan Ridset yang mampu menghapuskan nyamuk termasuk yang tersembunyi. Tutup tingkap. Biar mampos semua. Kalau boleh dengan seltan-seltan tersebut sekali. "Yol... tak hilang ke bau wangi keter kawe?" "Pale otak lu, kete lu bau wangi. Kete lu bau rokok, lu tau tak. Wangi lagi Ridset nih." Lepas baca apa yang patut, buka 4 tingkap sket, gua pun membuta. Kete park depan pos pengawal. Dengan sepucuk lampu kalimantang kelip2 macam gampang. Dalam kul 3 pagi cam tu, antara tido dengan tidak, gua terdengar bunyi benda himpap bumbung kereta. Terus gua tersedar. Celik mata. Tapi tak tegak badan lagi. Gua fikir, yang gua mimpi ke bunyi betul2. Siyes ni bai. Tak tipu nih. Gua jeling member gua, sah tido macam mampos macam Azmir Azhari. Baru gua nak tegak badan, terdengar bunyi seolah2 bumbung kereta (besi) yang kemik, melantun semula kepada keadaan asal. Hambik lu. Ayat gua dah macam ayat kejuruteraan dah. Nak kasi lu paham. "Bup!" Bunyi dari atas bumbung. Gua kejut member gua, buka kunci, terus keluar tengok keadaan. Member punya menggelupur keluar. Dia punya soalan kalah pegawai JSJK yang siasat gua. Apa yang menyeramkan bertukar menjadi berbulu ialah, kereta member gua kemek atau lekuk dalam sebesar samah. Apa benda samah tu? Lu pepandai la cari sendiri. Kat Kelantan ni satu2nya negeri yang Honda keluar model special. Tak dijual di negara lain. Yakni Honda Samah. "Weih.. Nal... bumbung lu ni memang kemek ke?" "Dia pun kompius. Tak tau nak jawab." Time tu gua dah tak takut dah bai. Gua rasa berbulu. Nak kata buah pauh jatuh, gua park jauh dooh kata orang sini dari pokok pauh tu. Sama ada 2 jer. Ada orang dajal gua dengan baling sesuatu, atau kerja2 makhluk ciptaan Allah yang lain dimensi nih. Nate nih, jangan sampai gua tepon Qarin Ayah Chik. Sampai pagi, sampai cerah gua dah tak tido dah. Tengah pikir malam esok plak. Apa gua nak buat. Bila syif pagi bersama KP sampai, member gua story. "Mu tu... tido buas sangat." Pundek ni.... mementang la gua tak pernah naik kapal terbang.. dia tak caya plak. ak gua kol IO sama ada boleh atau tidak bawak member untuk perkara ni, gua dah boleh agak dah jawapannya. Gua ingat nak ajak Pak Din datang. Hua3.... mana tau boleh tersesat masuk dalam kamera Pak Din, nak gak gua nak tengok nate yang kemekkan kete. Tapi jawapannya mesti tak boleh. Tak boleh bawak bomoh. Tak boleh besarkan perkara2 macam ni. Hahaha. Gila.. orang nak tengok melalui sains la. Kot dapat. "Mu tak boleh tulis report macam tu.. mu ni ngarutlah." KP tak kasi gua tulis report. Report bertulis setiap 2 jam. Dia suruh gua tulis keadaan seperti biasa. Dah tu, sampai bila ilmu nak berkembang kalau setiap pertemuan enggan dicatitkan kerana bertembung dengan kebiasaan. Maybe hari ni mengarut. Tapi dengan catatan, ianya akan diselesaikan atau dijawab oleh generasi akan datang. Tapi gua diam la. Gua berada dalam dunia Pak Guard. Wahahaha. Kena releks... kang mau kena buang kerja kang. Takan nak jadi pengurus Nora Danish plak gua. Nate punya Man U.. (bersambung ikut suka..) |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan