Khamis, 28 Oktober 2010

shalehudin

shalehudin


U turn

Posted: 28 Oct 2010 09:23 AM PDT

Dah pulak dah, Perkasa bertukar hala pulak dah. Mula mula sokong tetiba nak anjur demo pulak membantah hab hiburan. Apa ni, macam ni ka pahlawan Melayu, kejap kata nak kawan, kejap kata nak lawan.

Jika semalam Perkasa berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.

"Perkasa berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini," kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan.

Perkasa menjadi NGO terbaru yang sejak beberapa hari lalu, semakin ramai menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan membina pusat hiburan itu. Mereka termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM).

Aku yakin, Perkasa buat U turn setelah melihat kian banyak NGO yang mirip Islam menolak hab hiburan yang bukan saja melalaikan ummat malah merugikan agama dan bangsa secara panjangnya. Demi takut ditinggalkan keseorangan, Perkasa sanggup buat U turn untuk dilihat ramai perkasa... wakaka...

Fitnah liwat 2

Posted: 28 Oct 2010 06:01 AM PDT

Fitnah liwat 2 terserlah lagi dengan laporan perubatan terbaru.

Ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh hari ini membantah tindakan saksi iaitu pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim yang mengemukakan salinan laporan perubatan awal yang tidak ditandatangani oleh doktor kepada mahkamah.

Dalam perbicaraan yang bersambung hari ini, Karpal berkata Dr Razali mengemukakan laporan perubatan awal yang tidak ditandatangani sedangkan beliau dalam keterangannya berkata laporan tersebut telah ditandatangani oleh ketiga-tiga doktor yang memeriksa saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum itu, Dr Razali di dalam kandang saksi berkata beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Menurut Dr Razali, laporan perubatan Saiful disediakan pada pagi 13 Julai 2008 dan beliau diminta menelitinya sebelum diserahkan kepada pihak atasan. Beliau mengaku ada terdapat laporan awal yang lain, selepas pemeriksaan dijalankan.

Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab "ya".

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya berehat seketika dan bersambut petang nanti bagi membolehkan Dr Razali mendapatkan laporan berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakwaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.

Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.

Sementara itu, dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - turut hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya.

Pada 13 Julai, Razali dan dua rakannya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) - Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng — telah menyatukan nota-nota pemeriksaan mereka ke atas Saiful — yang telah pun diketengahkan di mahkamah sebagai bukti kes.

Bagaimanapun Razali berkata beliau tiada laporan itu dengannya buat masa sekarang.

Justeru, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengarahkan prosiding ditangguhkan sementara bagi membolehkan Razali mendapatkan dokumen kontroversi itu daripada HKL.

Seorang lagi peguam pasukan Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa perbicaraan sudah tentu tidak terganggu hari ini sekiranya pasukan pembelaan diberikan dokumen-dokumen penting terlebih awal.

"Pemeriksaan telah dilakukan pada 28 Jun, kami andaikan bahawa beberapa nota telah pun diambil, sejarah perubatan (juga) diambil. Temu bual (dengan Saiful) sudah tentu telah diadakan.

"Berdasarkan pada pemeriksaan, 'B' seharusnya telah disediakan," kata Sankara merujuk kepada laporan awal kontroversi itu.

Peguam ini menekankan, pada laporan 13 Julai, hanya dua baris sejarah perubatan Saiful disebutkan.

Oleh itu tambah beliau, laporan awal diperlukan untuk membuat perbandingan dalam menentukan sama ada apa-apa tertinggal dalam laporan perubatan terakhir, yang dikemukakan kepada mahkamah.

"Jika diberikan kepada kami terlebih dahulu, isu ini sudah pasti tidak timbul," kata Sankara lagi.

Kata beliau, pasukan mereka akan mengambil langkah-langkah perlu untuk menangani perkara-perkara lain yang memberi kesan ke atas urutan proses mengemukakan soalan nanti.

Selepas kembali ke mahkamah kira-kira satu setengah jam kemudian, Yusof mengumumkan bahawa pegawai penyiasat memerlukan lebih banyak masa untuk mencari laporan asal perubatan pertama.

Pendakwa raya menambah, mereka telah mengemukakan salinan laporan pertama yang tidak ditandatangani, daripada patologi forensik HKL Dr Siew, dan boleh mengemukakannya terlebih dahulu.

Bagaimanapun pasukan pembelaan membantah keras.

"Salinan yang tidak ditandatangani tiada apa-apa kesan," kata Karpal.

"Saksi memberitahu adanya satu salinan yang ditandatangani oleh kesemua tiga doktor," kata Karpal.

"Itu yang kami mahukan," tegas beliau.

Ekoran itu, Zabidin kemudian menangguhkan prosiding sehingga 9 pagi esok.- Che'gu Bard

Sharpshooter - Isyarat jelas Anwar akan terpenjara semula. Anwar yang menjadi pengikat kepada Pakatan Rakyat sudah pasti menggerunkan Najib. mahu tidak mahu Anwar wajib dipenjarakan supaya b-end boleh kekal di Putrajaya.

Detik Terakhir Seorang Wartawan

Posted: 28 Oct 2010 05:00 AM PDT

Kisah Saat-saat Akhir Sebelum Wartawan Vivanews.Com Ditelan Abu Merapi...

JAKARTA: Portal berita Vivanews.com yang menyaksikan kematian wartawan kanannya ditelan abu panas di kaki Gunung Merapi malam semalam menceritakan saat-saat akhir perbualan di antara pengarang beritanya dengan mangsa.

Portal berita popular itu telah menceritakan di halaman utamanya pada Rabu bagaimana pada jam 5.30 petang Selasa, di Tingkat 31, Wisma Standard Chartered, di sini, menjadi cemas dan panik apabila tercetusnya berita Gunung Merapi mulai meluahkan lavanya.

Pengarangnya, Nezar Patria segera menghubungi wartawan kanan mereka di lapangan, Yuniawan Wahyu Nugroho (gambar), yang telahpun berada di Yogyakarta.

Wartawan yang lebih dikenali sebagai Wawan ini telah bertolak ke kota budaya itu awal Selasa sekitar pukul 1 dari Jakarta dia sudah mengatur janji untuk mewawancara Mbah Maridjan yang lebih dikenali sebagai 'penjaga' Gunung Merapi.

(Nota: Mbah Maridjan turut terkorban dalam kejadian itu)

"Hallo, Wan, posisi anda di mana," tanya Nezar di hujung telefon.

"Ini...di rumah Mbah Maridjan," kata Wawan.

"Sudah ada letusan. Apa tidak berbahaya..." Nezar bertanya.

"Di sini masih ada banyak orang. Saya menunggu Mbah Maridjan yang lagi sholat," jawab Wawan.

Lantas, Nezar menekankan, "Kalau berbahaya dan jika kedengaran siren, segera turun. Jangan bertahan di situ untuk wawancara."

Wawan menjawab "Iya". Namun, perbincangan putus kerana signal telefon yang lemah.

Menyambung perbincangan yang terputus itu, Wawan lalu mengirim SMS, pada pukul 5.49 petang (Waktu Indonesia Barat -WIB). Bunyi SMS itu: "Mas, saya sudah berada di rumah Mbah Maridjan. Mbah Maridjan masih sholat," kata Wawan.

Dalam pesan pendeknya, Nezar menjawab, "Hati-hati. Jangan sampai kena abu lava."

Setelah itu tidak ada hubungan lagi dengan Wawan.

Satu jam kemudian, bilik berita dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang ahli keluarga Wawan, seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Rini Soegiharto. Wawan dikabarkan dalam kedaan berbahaya.

Sidang pengarang Vivanews turut cemas. Sejumlah rakan lantas cuba mencari maklumat menerusi pelbagai pihak. Mereka menghubungi sanak saudara Wawan, kawan-kawannya yang lain, menghubungi pasukan mencari dan menyelamat, sukarelawan Pusat Pengurusan Bencana sehinggalah membuat laporan kepada pihak polis akan kehilangannya.

***

Akhirnya mereka memperolehi maklumat lanjut daripada Rini. Pada pukul 6.29 petang WIB, dia menerima panggilan daripada Wawan. "Saya lagi di rumah Mbah Maridjan. Saya menunggu, dia lagi sholat," kata Wawan di ujung telefon kepada Rini. Rini pun mengingatkan agar wartawan kanan portal berita itu berhati-hati.

Namun, dalam perbincangan singkat itu, di hujung telefon, Rini terdengar bunyi siren kecemasan dan sejumlah orang menjerit-jerit... "Ada api, ada api, panas, panas."

Tiba-tiba percakapannya dengan Wawan langsung terputus. Rupa-rupanya ini telah ditakdirkan menjadi panggilan telefon terakhir Wawan. Berulang kali dihubungi semula, namun tidak tersambung.

Rini cemas. Dia teringat kisah empat tahun lalu, saat Gunung Merapi meletus. Wawan juga yang membuat meliput letusan gunung berapi tersebut dan bertemu Mbah Maridjan. Saat itu, keduanya juga saling berkomunikasi. Rini teringat pada tahun 2006 juga ada letusan lahar yang panas menuruni lereng gunung.

Namun, kali ini Rini yang berteman baik dengan wawan sejak kuliah di Universiti Gajah Mada merasa situasinya sangat menegangkan. Di television, dia melihat awan panas sudah membubung, sedangkan Wawan masih di rumah Mbah Maridjan yang berjarak hanya empat kilometer dari puncak gunung tersebut.

Menurut cerita Agus, pembantu Mbah Maridjan, sebenarnya saat mendengar bunyi siren sebagai tanda gunung meletus, ia bersama keluarga Mbah Mardijan dan beberapa orang yang terakhir bertahan di lereng gunung itu sudah memutuskan untuk turun.

Mereka mengendarai dua kenderaan sampai ke tempat selamat. Wawan juga turun sejauh 4 kilometer ke kediaman Agus, yang juga kenalannya di Yogya.

Namun, sampai di tempat operasi menyelamat dijalankan, dua orang yakni Tutur, tenaga pasukan perubatan Yogyakarta dan Wawan mengambil keputusan untuk naik semula ke puncak untuk memaksa Mbah Maridjan yang masih bertahan dan sembayang di masjid turun.

"Mereka berdua menaiki Suzuki APV ke atas menjemput Mbah Maridjan. Namun, saat ini kami kehilangan kontak dengan mereka. Kami duga mereka terjebak, kerana awan panas sudah sampai ke kediaman Mbah Maridjan," katanya kepada Vivanews pada lebih kurang pukul 8.30 malam Selasa.

Dan pada jam 10.42 malam WIB, Vivanews mendapat panggilan daripada Iman Surahman, seorang tenaga kerja Pusat Pengurusan Bencana yang melakukan pencarian mangsa letusan Gunung Merapi sejak petang Selasa. Iman menemui kad pengenalan wartawan Yuniawan Nugroho pada salah seorang mangsa korban yang ditemui di rumah Mbah Maridjan.

***

Yuniawan, yang lahir pada 1 Jun 1968 di Blora adalah editor yang mengetuai pasukan laporan khas Vivanews.com. Wawan tertarik untuk mewawancara Mbah Maridjan di Yogyakarta.

Alasannya, dia sudah pernah membuat liputan di Gunung Merapi pada tahun 2006 dan mengenali para pembantu Mbah Maridjan seperti Agus dan lain-lain sehingga berpeluang mewawancara dengan orang tua yang disegani di Gunung Merapi tersebut.

Sebagai salah satu editor kanan, Wawan dikenali sebagai seorang wartawan yang bekerja keras, bersungguh-sungguh dan berperwatakan keras. Wawan jarang mengeluh mengerjakan tugas-tugas yang diamanahkan.

"Dia seorang yang sangat bersopan santun dan memiliki jaringan luas terutama dalam bidang politik," ujar Nezar.

Rini juga mengenali Wawan sebagai seorang yang sangat baik dan memiliki banyak kenalan, baik di kalangan aktivis, ahli politik hingga ke peringkat antarabangsa. "Ramai sekali teman yang sedih dan merasa kehilangannya," kata Rini.

Wawan memang sudah belasan tahun bekerja sebagai wartawan. Sebelumnya, dia cukup lama bekerja di harian Suara Pembaharuan. Pada 2008, Wawan ikut menyertai Vivanews apabila portal berita itu baru ditubuhkan.

Namun, tidak lama kemudian Wawan memilih untuk kembali ke Jakarta dan berkhidmat dengan salah sebuah akhbar di sini. Menjelang Lebaran tahun ini, Wawan kembali ke pangkuan Vivanews untuk mengepalai pasukan laporan khasnya.

Kini, Wawan dipanggil oleh Yang Maha Kuasa. Allayarham pergi meninggalkan rakan-rakannya ketika sedang bertugas. Beliau turut meninggalkan isteri dan dua orang anak yang amat dikasihinya dan foto mereka selalu ada di dompetnya. -mstar

Kebiadaban askar Israel

Posted: 28 Oct 2010 12:30 AM PDT

Askar Israel hina tahanan

GAMBAR menunjukkan gelagat kurang ajar seorang askar Israel di belakang seorang wanita Palestin di sebuah rumah.

BAITULMUQADDIS - Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel, Breaking the Silence menyiarkan gambar-gambar terbaru yang menunjukkan askar Israel bergambar dengan tahanan dan merosakkan rumah orang Palestin yang dirakamkan dalam Perang Gaza 2008 hingga 2009.

Dalam satu gambar, seorang askar mengacukan raifal ke arah muka seorang tahanan yang matanya ditutup.

Sementara itu, seorang askar lain menconteng dinding sebuah rumah dengan lambang Star of David dan menulis ayat yang bermaksud dia akan datang sekali lagi.

Dalam gambar yang lain, beberapa orang askar kelihatan tersenyum dan bergaya di dalam sebuah rumah milik seorang penduduk Palestin.

Satu lagi gambar menunjukkan seorang askar menunjukkan aksinya di belakang seorang wanita bertudung yang memasak di dapur.

Tentera Israel bagaimanapun tidak memberi sebarang komen segera mengenai gambar-gambar itu.

Pendedahan gambar-gambar itu dibuat selepas satu siri insiden yang sama berlaku dalam laman web sosial di Internet.

Pengasas Breaking the Silence, Yehuda Shaul enggan mendedahkan sumber gambar-gambar itu diperoleh.

Namun dia menjelaskan pihaknya telah menerima puluhan gambar yang menunjukkan bahawa tindakan kurang ajar askar Israel itu semakin berleluasa.

"Ia sudah menjadi norma pasukan tentera Israel. Ia adalah kesan langsung di kawasan yang kamu (Israel) kuasai setiap hari. Kamu (Israel) menjadi korup dan tidak lagi mampu melihat mereka (orang Palestin) sebagai manusia," kata Shaul.

Shaul memberitahu, pihaknya masih cuba untuk menentukan lokasi gambar-gambar itu dirakamkan.

Pada Ogos lalu, gambar-gambar di laman sosial Facebook menunjukkan seorang askar wanita bergambar dengan beberapa orang tahanan Palestin.

Satu klip video di laman perkongsian video YouTube turut menunjukkan seorang askar menari di sebelah tahanan wanita Palestin yang memakai tudung. - AFP

Hentikan pembodohan Mahasiswa

Posted: 27 Oct 2010 10:00 PM PDT

Mahasiswa berpolitik: Retorik Umno yang hampir kalah

Oleh Khairul Izwan
Bila dalam keadaan terdesak, maka semua perkara akan di lakukan walaupun kadang- kadang tidak rasional. Bila dalam keadaan lemas dan hamper tenggelam, semua benda akan di cari untuk berpaut.Sekalipun buaya yang melintas. Mesti akan berusaha berpaut pada buaya. Kita sangat hairan dan kadang- kadang agak lucu dengan tindakan Umno ini. Makin lama makin memakan diri mereka.

Ahli majlis tertinggi Umno yang juga menteri pengajian tinggi telah menyatakan bahawa mahasiswa tetap tidak di benarkan berpolitik. Setelah terjadi pendebatan antara timbalan menteri pengajian tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah dan bekas naib canselor Uitm, Ibrahim Abu shah.

Tiba- tiba, dalam perhimpunan Agung Umno baru- baru ini, ketua pemuda Umno yang tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib telah memutarkan semula lagu tersebut. Mahasiswa akan dibenarkan berpolitik?

Sejauh mana benarnya kenyataan khairy itu? Sejauh mana kata- kata tersebut akan di realisasikan? Hal ini hanyalah laungan untuk menyedapkan mulut. Untuk menarik golongan mahasiswa kepada Umno.

Mereka menyedari bahawa mahasiswa kini bersama pakatan rakyat yang bakal mengambil Putrajaya pada PRU-13 nanti. Dalam keadaan terdesak ini, Khairy dijadikan agen untuk menyelamatkan Umno. Padahal semua mengetahui, khairy tidak mendapat apa- apa tempat dalam kerajaan. Seolah- olah mahu di matikan karier politiknya.

Khairy sendiri harus sedar bahawa, beliau hanya menjadi agen apabila terdesak saja. Kalau Khairy benar- benar mahu memperjuangkan apa yang di katakanya itu, lebih baik Khairy bersama dengan Pakatan.

Semua sedia maklum, kenyataan Khairy tersebut di lihat bertentangan dengan pendirian Umno Barisan Nasional. Mereka masih belum bersedia untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Maka khairy tidak perlu memperjuangkan kata- kata tersebut dalam Umno.

Seeloknya Khairy dan Pak Lah badawi menyertai Pakatan sebab mereka di ketepikan oleh Umno.
Mahasiswa juga harus sedar bahawa Umno kini amat terdesak dan mereka menyedari hakikat akan bertukar kerajaan pada PRU-13 nanti.

Maka janganlah mudah mempercayai kenyataan Umno. Hal itu hanyalah retorik yang pasti tidak akan dapat dilaksanakan. Mahasiswa teruskan menyokong Pakatan. Suara mahasiswa disekat oleh Umno Barisan Nasional. Maka, perlu masa mahasiswa memberi pengajaran kepada mereka. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Bila dalam keadaan terdesak, maka semua perkara akan di lakukan walaupun kadang- kadang tidak rasional. Bila dalam keadaan lemas dan hamper tenggelam, semua benda akan di cari untuk berpaut.

Sekalipun buaya yang melintas. Mesti akan berusaha berpaut pada buaya. Kita sangat hairan dan kadang- kadang agak lucu dengan tindakan Umno ini. Makin lama makin memakan diri mereka.

Ahli majlis tertinggi Umno yang juga menteri pengajian tinggi telah menyatakan bahawa mahasiswa tetap tidak di benarkan berpolitik. Setelah terjadi pendebatan antara timbalan menteri pengajian tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah dan bekas naib canselor Uitm, Ibrahim Abu shah.

Tiba- tiba, dalam perhimpunan Agung Umno baru- baru ini, ketua pemuda Umno yang tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib telah memutarkan semula lagu tersebut. Mahasiswa akan dibenarkan berpolitik?

Sejauh mana benarnya kenyataan khairy itu? Sejauh mana kata- kata tersebut akan di realisasikan? Hal ini hanyalah laungan untuk menyedapkan mulut. Untuk menarik golongan mahasiswa kepada Umno.

Mereka menyedari bahawa mahasiswa kini bersama pakatan rakyat yang bakal mengambil Putrajaya pada PRU-13 nanti. Dalam keadaan terdesak ini, Khairy dijadikan agen untuk menyelamatkan Umno. Padahal semua mengetahui, khairy tidak mendapat apa- apa tempat dalam kerajaan. Seolah- olah mahu di matikan karier politiknya.

Khairy sendiri harus sedar bahawa, beliau hanya menjadi agen apabila terdesak saja. Kalau Khairy benar- benar mahu memperjuangkan apa yang di katakanya itu, lebih baik Khairy bersama dengan Pakatan.

Semua sedia maklum, kenyataan Khairy tersebut di lihat bertentangan dengan pendirian Umno Barisan Nasional. Mereka masih belum bersedia untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Maka khairy tidak perlu memperjuangkan kata- kata tersebut dalam Umno.

Seeloknya Khairy dan Pak Lah badawi menyertai Pakatan sebab mereka di ketepikan oleh Umno.
Mahasiswa juga harus sedar bahawa Umno kini amat terdesak dan mereka menyedari hakikat akan bertukar kerajaan pada PRU-13 nanti.

Maka janganlah mudah mempercayai kenyataan Umno. Hal itu hanyalah retorik yang pasti tidak akan dapat dilaksanakan. Mahasiswa teruskan menyokong Pakatan. Suara mahasiswa disekat oleh Umno Barisan Nasional. Maka, perlu masa mahasiswa memberi pengajaran kepada mereka. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Jembalang dihutan atau lebai berserban?

Posted: 27 Oct 2010 05:00 PM PDT

Laporan Audit: 'Hantu mana curi atau menipu wang zakat', soal Asri 

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan sama ada pihak yang dipertanggungjawabkan tidak menguruskan wang zakat dan dana kewangan badan-badan agama dengan telus dan amanah.

Kata Asri, sejak sekian lama beliau dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ini.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan," kata beliau dalam tulisan blognya di bawah tajuk "Apa jadi dengan institusi agama kita?"

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini," kata beliau.

Asri mengulas pendedahan Laporan Audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan harta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa "mengesahkan" wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Laporan itu antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik.

Oleh itu soal Asri, "ke mana pergi segala peruntukan ini."

"Kita kehairanan, wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita.

"Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat. 'Hantu' manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya?

"Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," kata Asri lagi.

Sehubungan itu kata beliau, pihak-pihak yang terbabit perlu memuhasabah semula fungsi zakat dalam negara ini.

Beliau juga bertanya sejau mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat dan selain zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

"Artikel saya pada 2007 yang bertajuk 'Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi' rasanya patut dianalisis," kata Asri.

Selain itu kata beliau, apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu didedahkan.

"Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud dipelbagi negeri, sementara kemewahan PUZ juga ternyata di pelbagai negeri. Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam?

"Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf 'amilin' (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata beliau.

Selain itu kata beliau, kewujudan kes-kes yang seperti ini mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti institusi-institusi yang berjenama agama.

"Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya lagi.

Asri mengakui bahawa merubah institusi-institusi ini agar menjelma dalam peranan yang lebih berkesan dan baik amatlah sukar dan bukannya mudah.

"Ini kait-mengait antara satu sama lain. Kepentingan politik, istana, individu dan berbagai lagi.

"Merubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan ini.

"Itupun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," katanya.- Malaysian Insider

Perak merudum ditangan BN

Posted: 27 Oct 2010 03:00 PM PDT

Pelaburan di Perak 2009 merosot

PETALING JAYA: Perak yang mengalami pelbagai rombakan dalam pemerintahan sepanjang tahun 2008 dan 2009 lalu, menyaksikan perbezaan kedudukan pelaburan bagi kedua-dua tahun dan mencatatkan penurunan sehingga RM86.85 juta.

Melalui analisis perbandingan yang dipetik dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, menunjukkan pelaburan di Perak menunjukkan penurunan sehingga 12.0 peratus kepada RM635.50 juta (2009), berbanding RM722.35 juta pada tahun 2008.

Perak mengalami perubahan besar sepanjang tempoh itu, apabila kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu, dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi nadi pemerintahan di negeri itu.

Jika dilihat daripada keseluruhan kedudukan pelaburan Perak dari tahun 2005-2009 telah menunjukkan penurunan pada 2006 dan 2007. Kedudukan pelaburan negeri itu meningkat semula pada 2008 tetapi menurun semula pada tahun 2009.

"Ini disebabkan Simpanan Tetap berjumlah RM93.15 juta telah dicairkan untuk menampung defisit aliran tunai kerajaan negeri, kata laporan itu yang dipetik FMT.

"Pengurangan aliran tunai antara lain disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan aset. Baki pelaburan pada tahun 2005 hingga 2009 adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini."

Sementara itu, pada 2009 baki hutang kerajaaan negeri kepada kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak RM57.26 juta atau 6.9 peratus menjadi RM887.85juta berbanding RM830.59 juta pada tahun 2008.

"Peningkatan ini disebabkan penerimaan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM94.06 juta bagi Projek Bekalan Air," laporan itu dipetik.

Kedudukan hutang kerajaan negeri berjumlah RM887.85 juta pada 2009 berbanding RM830.59 juta tahun sebelumnya.

Kedudukan baki hutang ini akan berkurangan dengan ketara sekiranya pihak Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mengambil alih hutang bekalan air menjelang tahun 2011.

Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman

Perak adalah satu-satunya negeri yang sentiasa membayar pinjaman kepada kerajaan persekutuan mengikut jadual dan tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman bagi tempoh 2005 hingga 2009.

"Kerajaan negeri berupaya untuk menjelaskan hutang awam termasuk faedah sejumlah RM38.62 juta terhadap 71 pinjaman mengikut jadual bayaran balik pinjaman.

"Penyata hutang awam berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan Perak telah menyelesaikan empat pinjaman di bawah Rancangan Perumahan Awam berjumlah RM6.49 juta dan satu pinjaman di bawah Rancangan Pembangunan Perusahaan berjumlah RM4 juta," demikian menurut laporan itu.

Secara keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan kerajaan negeri Perak bagi tahun 2009 adalah memuaskan.

Laporan itu menyimpulkan bahawa, kerajaan negeri perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan dengan mengekalkan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Tindakan lebih berkesan hendaklah diambil untuk mengutip tunggakan hasil yang berjumlah RM198.57 juta.

Bagaimanapun, tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Yayasan Perak dan Majlis Daerah Tanjong Malim yang telah matang berjumlah RM15.74 juta hendaklah dituntut.

Tiada ulasan: