Khamis, 28 Oktober 2010

wartamaya

wartamaya


Hantu Jembalang merasuk lagi ... wakakaka !!!

Posted: 27 Oct 2010 05:13 PM PDT

Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa
'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta
dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan
Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70
penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan
sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun,
kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk
umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati,
sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL
seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di
Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin
lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan
Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk
pelupusan.

- Mkini

Muakakakaka !!! ....
Hantu Jembalang ...
Hantu Pocong kawin dengan Hantu Raya .. dapat anak hantu Jembalang.
Muakakakak !!!

Tiada ulasan: