Jumaat, 1 Oktober 2010

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Faktor Ku Li senjata PAS atau senjata UMNO?

Posted: 01 Oct 2010 12:46 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Faktor Ku Li dalam sudut senjata UMNO, gua rasa tak perlu story panjang lebar lah. UMNO pun punya lah takut dalam beberapa tajuk sehingga melantik Ku Li sebagai pengarah pilihanraya.

Tapi, pada gua, ada ruang dan peluang menjadikan faktor Ku Li sebagai senjata PAS. Jika kena acuan dan tempatnya. Petikan ucapan, gambar Ku Li mengenai perjuangan Ku Li untuk mendapatkan royalti Petronas bagi rakyat kelantan, bersama PAS mungkin boleh dibannerkan dan diBillboardkan di serata tempat dalam kawasan Galas.

"Bersama tegakkan perjuangan Ku Li untuk mendapatkan hak setiap anak Kelantan." Siap gambar Ku Li bersama Nik Aziz dan puluh ribu rakyat Kelantan. Contoh la. Ke guane?


Bukankah semua pengundi Galas tahu siapa yang menyekat royalti Petronas kepada Kelantan. Walau UMNO boleh membalas dengan pemberian wang ihsan, tetapi kaedah wang ihsan itulah yang ditentang Ku Li sendiri.

Ke guane gu?

Wallahualam.

Hari mengundi jatuh pada hari bekerja - SPR

Posted: 01 Oct 2010 12:27 AM PDT

PUTRAJAYA, 10 Oktober -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari cuti sebagai hari penamaan calon bagi Pilihanraya KecilDewan Undangan Negeri Galas dan hari bekerja sebagai hari pengundian, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Jumaat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Galas itu kosong berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Ketika ditanya bantahan dari pihak Pakatan Rakyat mengenai kewajaran hari pengundian jatuh pada hari bekerja, beliau berkata bahawa SPR adil dan tidak condong pada mana-mana pihak.

"Kita adil. Pembangkang mahu hari cuti, maka kita berikan penamaan calon pada hari cuti. BN pula mahukan hari bekerja, maka kita berikan pengundian pada haru berkerja. SPR sangat adil."

Ketika disoal mengenai kesukaran pengundi luar Kelantan untuk pulang menyuburkan proses demokrasi negara, Tan Sri Abdul Aziz berkata;

"Galas tidak ada kena-mengena dengan rakyat Kelantan yang berhijrah ke luar. Siapa suruh Nik Aziz gagal menyediakan peluang pekerjaan dalam negeri? Adakah kita patut menjunamkan sektor ekonomi negeri lain semata-mata untuk menjalankan pengundian di sini (Galas)? Ke guane?"

-- Agensi Berita Fakap.

Tiada ulasan: