Jumaat, 1 Oktober 2010

shalehudin

shalehudin


Muhyiddin kantoi

Posted: 01 Oct 2010 07:01 AM PDT

Pastinya BN kini kian bercelaru pabila membaca berita yang dibawakan oleh Malaysiakini ini. Laporan Malaysiakini sekaligus telah meletakkan Umno khususnya serba salah. Tindakan mereka memerangkap Ku Li dengan melantiknya sebagai pengarah pilihan raya BN di PRK Dun Galas bakal tidak mengena.

Apa taknya, Ku Li bagai tercium sesuatu yang tidak kena pabila tidak semena mena telah dilantik mengetuai jentera perang di Dun Galas ini. Umum malah seluruh rakyat Kelantan mengetahui, Ku Li adalah sama tegasnya dengan kerjaan Pas Kelantan mempertahankan tuntutan royalti minyak untuk Kelantan. Dan Umno dilihat cuba meletakkan Ku Li di pihak yang serba salah dengan perlantikan ini.

Namun berita terkini yang dapat dilihat ialah tawaran terhadap Ku Li masih terus menjadi teka-teki apabila pemimpin veteran Umno yang dipertanggungjawabkan tugas itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau belum berkata 'ya ataupun tidak'.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia," tulis Ku Li dalam jawapan balasnya melalui twitter.

Muhyiddin dilihat termalu sendiri dengan tindakan kurang bijaknya pabila wiridnya pada wartawan hampir setiap hari mengatakan Ku Li telah bersetuju sedangkan Ku Li tetap bertegas bahawa tiada sebarang keputusan yang telah pun dibuatnya... kahkahkah...

Apa hal pulak ni Zahid?

Posted: 01 Oct 2010 04:00 AM PDT

DAP: Bukan Islam dipaksa ikut cara Islam

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan mengapa pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk membuat cara sembahyang (berdoa) orang Islam, lapor Harakahdaily.

Ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, perkara itu berlaku pada 13 April 2008 di dewan kuliah Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Ampang. Beliau menuntut Zahid memberikan identiti pelatih yang terbabit dengan kes itu.

"Saya meminta agar Zahid menjelaskan mengapa perkara sebegini boleh berlaku di bawah kepimpinannya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong amat kesal dengan tindakan mengungkitkan semula isu di mana pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk meniru cara sembahyang orang Islam.

"Sekiranya kerajaan BN mengangap kes di atas merupakan satu-satu kes yang berlaku di negara ini, maka saya akan memberikan satu lagi contoh untuk membuktikan kes tersebut bukan satu kes terpencil tetapi merupakan a tip of the iceberg," katanya.

Mengenai kejadian pada 13 April 2008 lalu itu, kata Er sekiranya pelatih enggan untuk membuat perkara yang sama maka dia akan dipaksa untuk meninggalkan kem.

Selain itu, tambahnya pemberi maklumat juga risau akan dipecat kerana membongkarkan isu itu.

Baginya, Askar Wataniah merupakan pertubuhan penting dalam sistem pertahanan negara.

Mereka yang menyertai askar wataniah tidak kira berasal dari mana-mana kaum, matlamatnya adalah sama iaitu mempertahankan kedaulatan negara dan memberikan sumbangan kepada negara.

Malangnya, kata beliau remaja yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bercita-cita untuk mempertahankan negara telah berasa tidak senang hati kerana gangguan ke atas kepercayaan mereka daripada kumpulan fanatik agama yang wujud dalam pasukan.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada 2006, kaum Cina hanya membentuk 5 peratus daripada jumlah askar wataniah di mana Rejimen 509 Askar Wataniah yang terletak di Lebuhraya Peel merupakan satu contoh yang baik.

Rejimen ini menerima penyertaan hangat daripada orang Cina. Penyertaannya adalah tidak berasalkan kaum, malah pelatih telah mengadakan road show di setiap sudut untuk menyedarkan golongan remaja bahawa kepentingan untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kaum Cina yang menyertai askar wataniah juga terdiri daripada golongan mahasiswa dan golongan profesional.

Program askar wataniah telah memberikan masa yang fleksibel kepada para peserta untuk menggalakkan penyertaan mereka ke dalam perkhidmatan askar wataniah. Mereka akan dilatih pada hujung minggu. Latihan rekrut adalah lebih kurang seperti latihan sebenar malah mereka juga diberikan gaji.

Peserta boleh memilih Latihan Tempatan atau Latihan Lanjutan apabila latihan rekrut tamat. Mereka akan dibahagikan kepada latihan ketenteraan yang berlainan seperti Kor Armour, Rejiman Askar Jurutera, Rejimen Semboyan dan sebagainya.

"Malangnya, askar wataniah yang tidak membezakan warna kulit, terkenal dengan tindakan tatatertib yang ketat dan reputasi yang baik, kini reputasinya telah dicemari oleh dasar agama Kerajaan BN.

"Situasi yang berlaku kini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang menjanjikan kebebasan beragama," ujar Er lagi.

Alahai Umno Penang, tak pasai pasai kena luku ngan Cina DAP

Posted: 01 Oct 2010 03:00 AM PDT

YB Umno diminta pulangkan gaji wang 'haram'

Seramai 11 ADUN Umno di Pulau Pinang dicabar memulangkan wang gaji mereka kerana kemungkinan wang berkenaan datangnya dari sumber judi.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang membuat cabaran itu juga menggesa Umno mengarahkan semua staf dan kakitangan akhbar Utusan Malaysia milik parti itu untuk memulangkan semua gaji mereka.

Tindakan itu supaya kakitangan Islamnya tidak 'termakan wang haram'. Sekretariat itu mendakwa ada unsur-unsur perjudian dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan empat nombor ekor di akhbar itu.

"(Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat juga) mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah pengaruh mereka supaya memulangkan semua pendapatan gaji semula kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih daripada percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak," kata mereka ketika membacakan kenyataan media.

Menurut setiausaha PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, - Umno kini tertekan dengan keupayaan Pakatan dalam perbelanjaan berhemah kerajaan negeri yang berjaya mempunyai wang berlebihan dan memperuntukkan dana RM20 juta untuk program menghargai sumbangan warga emas.

Katanya, tertekan dengan keupayaan itu, Umno memfitnah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

"(Justeru) cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada Umno membuktikan diri mereka adalah 'pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan.

Warga emas ditipu

"Kami juga menyeru agar Umno benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di televisyen dan di dada-dada akhbar," kata Syed Mikael pada persidangan akhbar di Prai, semalam.

Turut menadatangani kenyataan bersama ini adalah Setiausaha Pemuda DAP, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Pulau Pinang, Mohd Nor Harun.

Dua hari lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang diberikan itu selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

Ia berikutan pendedahan oleh pemimpin Umno yang mendakwa bahawa wang berkenaan diperolehi daripada sumber perjudian.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat itu juga mendakwa kumpulan warga emas berkenaan telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang juga setiausaha perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul.

"Ini bukti jelas, bahawa Umno sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!" kata Syed Mikael.

Ng pula menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan 'memperbodohkan' mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

Diaturkan Umno

"Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," katanya.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.

"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah," katanya lagi.

"Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima ADUN Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil," kata beliau yang juga ADUN Komtar itu.

Orang Utusan sendiri dah meloya ngan perangai Utusan

Posted: 01 Oct 2010 02:00 AM PDT

Hata Wahari tertanya-tanya:Siapa Ibrahim Ali dalam Utusan?

Oleh Chen Shaua Fui

Mungkin sesuatu yang sukar dibayangkan, apabila UMNO ditikam lidah sendiri setelah Setiausaha Agungnya menyatakan pendirian untuk menjauhi PERKASA. Malah, Presiden PERKASA Ibrahim Ali dijulang lebih tinggi, seolah-olah lebih berpengaruh ke atas Utusan Malaysia, jika dibandingkan dengan sesetengah pemimpin UMNO.

Keadaan ini mencungkil kesangsian ramai, yang mungkin tertanya-tanya apakah yang membuatkan Ibrahim Ali begitu popular, sehingga dilihat terserlah dalam ruang dada Utusan Malaysia? Bahkan kadang-kala Ibrahim Ali, pemimpin politik veteran yang pernah ditendang keluar UMNO, diberi liputan yang lebih besar dalam Utusan Malaysia, berbanding dengan pemimpin UMNO sendiri.

"Itu you kena tanya Editor, apa tujuannya, saya sendiri pun tengah mencari-cari. Kenapa Utusan utamakan PERKASA, kenapa tak utamakan UMNO, sedangkan pemilik akhbar UMNO? Kita pun pelik tentang ni, Ibrahim Ali ada saham banyak kat Utusan, banyak sangat ke?"

Keraguan ini dikongsi bersama Hata Wahari, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia baru, yang telah 15 tahun berkhidmat di Utusan Malaysia sebagai wartawan. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview kelmarin (28 September), Presiden NUJ yang mencungkil kontroversi sejak terpilih pada 17 September 2010 ini mendedahkan bagaimana dirinya menerima layanan dingin, selepas kenyataan untuk mengkritik majikannya dikeluarkan.

Isu yang dibawa Ibrahim Ali remeh temeh

Biarpun terkenal dengan lonjakan dari parti ke parti, Ibrahim Ali akhirnya diberi nafas baru untuk melanjutkan hayat politiknya apabila menubuhkan PERKASA, badan bukan kerajaan (NGO) yang lantang mempertahankan kepentingan Melayu. Namun demikian, perjuangannya dipertikaikan oleh seorang wartawan Utusan Malaysia bernama Hata Wahari.

Hata Wahari yang mendakwa dirinya "pakar dalam parlimen" seketika dahulu, kerana ditugas khas untuk membuat liputan parlimen dan politik, kini dilarang untuk berbuat demikian. Beliau yang pernah menolak untuk menulis berita Ibrahim Ali tidak pasti sama ada peristiwa ini menjadi punca larangan tersebut.

"...saya pernah menolak menulis berita Ibrahim Ali, dia berucap di Parlimen dan saya tak tulis, editor suruh tulis tapi saya tak tulis. (Mengapa?)... sebab benda dan isu tu remeh temeh, tidak penting, tak membina dan membangunkan minda, news (berita) lain lagi bagus."

Mengapa Ibrahim Ali mempunyai pengaruh yang begitu besar terhadap Utusan Malaysia, tanya wartawan MerdekaReview.

"You tanya saya, saya pun hairan juga, siapa Ibrahim Ali dalam Utusan? Ibrahim Ali punya pencapaian, saya tak nampak pun, apa yang dia bantu orang Melayu, perjuangannya ada menyebabkan orang Melayu kaya ke? Tak nampak lagi. Ada menyebabkan lebih orang Melayu dapat biasiswa ke? Tak nampak lagi, itu masalahnya. Tak ada dia punya sumbangan sangat terhadap orang Melayu, kenapa kita nak utamakan dia, apa masalah?"

"Kalau you tanya, kenapa Utusan utamakan Ibrahim Ali, soalan ini saya tertanya-tanya sejak dua tiga tahun ni!" tambah beliau.

Malah, Hata Wahari tidak faham mengapa dibangkitkan isu artikel 153, "Kalau dia (Ibrahim Ali) nak perjuangkan artikel 153, benda itu ada dalam Perlembagaan. Siapa nak pertikaikan? Saya tak berani pertikaikan Perlembagaan. Mungkin you akan tanya, tapi siapa pertikaikan Perlembagaan? Benda tu memang dalam perlembagaan!"

"Presiden sepenuh masa"

Hata Wahari membeliakkan khalayak ramai apabila mengeluarkan tiga kenyataan yang sudah semestinya tidak menyenangkan pihak majikannya (pengarang kanan) dan bosnya, UMNO.

Bermula dengan kritikan terhadap Ketua dan pengarang kanan kerana "berkhidmat untuk memenuhi keperluan tuan politik", disusuli pula dengan kritikan terhadap kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam isu larangan media, Hata Wahari baru-baru ini menyangkal pula tulisan Awang Selamat. Hata Wahari memberi tamparan sengit apabila berterus-terang bahawa "laporan berat sebelah" merupakan punca sebenar penurunan edaran Utusan Malaysia.

Keberanian dan kelantangan Hata Wahari disambut dengan pujian dan tepukan. Namun, di sebalik "semangat berkobar-kobar" yang diperlihatkan dari Hata Wahari, ramai mungkin tidak mengetahui bahawa beliau telah "dibekukan" oleh pihak atasannya setelah kenyataan tersebut dikeluarkan.

"Saya memang tidak diberi apa-apa tugasan, saya sekarang ni seperti Presiden (NUJ) sepenuh masa, " Hata Wahari sempat menyindir dirinya. "Sudah masuk hari kelima saya tidak diberi apa-apa tugasan atau susulan, selepas kenyataan...(dikeluarkan). Sebelum kenyataan (dikeluarkan) memang tiap-tiap hari saya ada buat berita. Sebenarnya, pada hari saya buat kenyataan, saya ada dapat berita eksklusif..."

Namun, tiada lagi berita untuk Hata Wahari pada keesokannya. "Saya tidak diberi apa-apa berita, saya duduk senyap dalam office (pejabat), masuk pukul 10 pagi dan balik pukul 6 petang. Saya tak kisah, hak dia orang nak bagi tugasan, pada masa sama saya cari berita, sama ada mereka nak pakai atau tidak, terpulang kepada editor."(Bahagian pertama, bersambung)

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Wawancara ini dijalan oleh Chen Shaua Fui di sebuah kafe, Kuala Lumpur pada 28 September 2010. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Maruah diri hang dah lama hilang Saiful oiii...

Posted: 01 Oct 2010 01:00 AM PDT

Geng songkok tinggi............

Kereta Milik Saiful Bukhari Hilang Di Medan Tunku


KUALA LUMPUR: Kereta Proton Waja milik saksi utama kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hilang di Medan Tunku di sini, Rabu.

Bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim berkata beliau bersama anaknya meninggalkan kereta berwarna perak itu di tepi jalan sebelum keluar makan di restoran berdekatan, dan dia menyedari kereta itu hilang kira-kira pukul 8.35 malam.

"Jarak antara kereta dengan tempat kami makan hanya kira-kira 50 meter sahaja," katanya ketika dihubungi.

Katanya ketika mereka meninggalkan kereta itu, ada beberapa kereta yang turut diletakkan berdekatan, dan mereka kerap ke kawasan itu untuk makan, namun tiada sebarang kejadian buruk berlaku sebelum ini.

Katanya beliau sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Saiful, 25, menerusi laman twitter pula menjelaskan, kereta itu adalah pemberian arwah ibunya pada tahun 2004.

Saiful merupakan saksi utama dalam perbicaraan membabitkan Anwar, 63, yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini pada 26 Jun 2008, dan perbicaraan kes itu masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - BERNAMA

Sekolah untuk kambing

Posted: 01 Oct 2010 12:00 AM PDT

KAWASAN sekolah lama di Taman Desa, Jalan Klang Lama dipenuhi semak samun menjadi sarang nyamuk. Gambar (kecil) kambing berkeliaran dalam bangunan sekolah di Taman Desa, Jalan Klang Lama.Kawasan terbiar turut dicemari sampah, jadi sarang maksiat

Oleh Halina Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Kambing masuk sekolah! Inilah yang berlaku apabila sekolah yang dibina di Taman Desa di sini terbiar begitu saja sejak beberapa tahun lalu sehingga lebih sesuai menjadi kandang ternakan kambing.

Bukan setakat kambing, sekolah terbiar di belakang taman tema Desa Waterpark itu juga menjadi sarang nyamuk Aedes dan turut dipercayai dihuni ular kerana dipenuhi semak samun dan lalang.
Malah, penduduk sekitar kawasan sekolah berkenaan turut mendakwa sekolah berkenaan menjadi lubuk pelbagai jenis maksiat termasuk remaja dan golongan pondan serta penagih melepaskan gian.
Bertindak atas aduan orang ramai bahawa ada kegiatan menjadikan sekolah berkenaan sebagai kandang kambing, Sentral membuat tinjauan ke sekolah terbiar itu baru-baru ini.

Hasil tinjauan mendapati ada banyak najis kambing bertaburan di sekitar kawasan sekolah tetapi didapati hanya ada seekor kambing jantan berwarna putih ketika itu. Tinjauan di bahagian atas mendapati terdapat tilam buruk dipercayai menjadi tempat remaja dan pondan melakukan maksiat.

Keadaan dalam bangunan sekolah amat kotor dipenuhi pelbagai sampah-sarap bekas makanan dan minuman selain najis kambing yang bertaburan di sana-sini.

Peniaga lemang, Kassim Mat Jais, 35, mengakui sebelum Ramadan lalu pernah ternampak kira-kira sembilan kambing jantan dan betina bersama anak kambing berkeliaran dalam kawasan sekolah untuk makan rumput.
"Saya memang ada nampak beberapa kambing sebelum ini yang berkeliaran dalam kawasan sekolah dan kadangkala keluar ke belakang sekolah untuk makan rumput terutama di sebelah tengah hari.

"Tidak pasti siapa pemilik kambing itu tapi memang kambing berkenaan dibiarkan di dalam kawasan sekolah. Selepas bulan puasa sehingga hari ini, saya tidak nampak lagi kambing berkenaan," katanya.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, lebih baik kambing berkenaan dibela dalam kawasan sekolah daripada sekolah terbiar itu menjadi sarang maksiat remaja ponteng sekolah serta penagih dadah.

"Kambing ini dibela penduduk di sini juga. Mereka pernah minta kawasan lapang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi tidak dilayan. Akhirnya mereka gunakan kawasan sekolah untuk meletakkan kambing.

"Saya dimaklumkan ada dua hingga tiga pemilik kambing tetapi sebelum hari raya, semua kambing sudah dijual dan hanya tinggal kambing jantan itu saja. Sejak ada kambing, jarang ada kes maksiat atau budak yang ponteng sekolah pergi ke situ," katanya.

Katanya, Kementerian Pelajaran seharusnya lebih bertanggungjawab menjaga keadaan sekolah berkenaan dan tidak membiarkannya sekiranya tidak mahu ia menjadi sarang kegiatan negatif.

Ribut tropika Nicole

Posted: 30 Sep 2010 11:30 PM PDT

PENDUDUK setempat memerhati jambatan yang rosak selepas dilanda banjir akibat hujan lebat susulan Ribut Tropikal Nicole yang meragut lima nyawa dan mengakibatkan 14 yang lain hilang di bandar Kintyre dan Kingston, Jamaica, semalam. - Foto AP

Tolongla percaya berita ni

Posted: 30 Sep 2010 10:00 PM PDT

Samy Vellu: Saya akan letak jawatan Januari ini

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah mempercepatkan tarikh persaraannya daripada September tahun depan kepada Januari 2011.

Ahli politik veteran yang ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum 2008 di parlimen Sungai siput itu mendedahkan rancangan peralihannya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya pasti akan melepaskan jawatan Presiden MIC selepas pulang daripada menghadiri Privasi Barathiya Divas di India Januari tahun depan.

"Mungkin sebelum 15 Januari saya akan lepaskan jawatan presiden. Jawatan itu akan diserah kepada Timbalan Presiden, Datuk G Palanivel," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC.

Supremo MIC itu sebelum ini pernah berkata beliau akan melepaskan cengkamannya ke atas parti itu antara September atau Oktober tahun depan setelah berkuasa 32 tahun.

Menurutnya, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada timbalannya, Datuk G Palanivel membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Saya akan umumkan tarikh peletakan jawatan tidak lama lagi. Selepas meletak jawatan, saya tidak akan mencampuri urusan dalaman parti dan hanya akan menjadi ahli biasa MIC," katanya.

Palanivel (kanan), iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, yang duduk di sebelah Samy Vellu pada sidang akhbar itu, enggan mengulas sambil berkata beliau akan memberi komen pada satu tarikh kemudian.

Semasa Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan, Mei lalu, Samy Vellu dilaporkan berkata beliau akan melepaskan jawatan itu 'tujuh atau lapan bulan' sebelum penggalnya sebagai presiden berakhir pada Mac 2012.

Samy Vellu mula menerajui parti kaum India itu pada 13 Sept 1979 dalam kapasiti sebagai pemangku presiden berikutan kematian Tan Sri V Manickavasagam.- Malaysiakini

Luar kena, dalam pun dia kena... hebat

Posted: 30 Sep 2010 09:00 PM PDT

Timbalan presiden PKR: Mustaffa umum pendirian hari ini, akui diserang hebat

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Serangan hebat yang membawa kepada kekalahan di peringkat cabang minggu lalu tidak menjejaskan pertimbangan dalam menentukan sama ada menerima pencalonan bertanding jawatan timbalan presiden, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub.

Mustaffa dijadual mengumumkan pendiriannya sama ada bertanding kerusi nombor dua parti itu di sini petang ini.

Selain jawatan timbalan presiden, beliau juga dicalonkan untuk mengekalkan kerusi naib presiden.

"Saya akan mengumumkan dalam sehari dua... ya, hujung minggu ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Mustaffa, antara tujuh pemimpin yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu kali ini, gagal dalam persaingan jawatan ketua cabang Pasir Salak, Perak pada 25 September lalu.

PKR mengadakan sistem pemilihan langsung julung kali membabitkan setiap ahli boleh mengundi di peringkat pusat.

Perkembangan itu mengejutkan banyak pihak tetapi dikatakan mempunyai sokongan di peringkat nasional.

Pengerusi PKR Perak itu ditewaskan oleh bekas ketua cabang tersebut Osman Abdul Rahman dengan perbezaan 17 undi.

Dalam saingan satu lawan satu Mustafa mendapat 94 undi manakala Osman pula menerima 111 undi.

Mustaffa memangku jawatan ketua cabang itu selepas Osman berundur sementara atas sebab peribadi tiga tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mustaffa berkata, beliau sebenarnya telah berhadapan dengan "serangan yang cukup hebat" daripada luar parti sehingga membawa kepada kekalahan.

"Penyokong-penyokong saya mengatakan bahawa mereka hendak membuat bantahan... itu adalah proses biasa, dan saya izinkan.

"Namun, saya dapat melihat adanya serangan yang cukup hebat daripada musuh politik Keadilan," kata beliau sambil menerangkan, musuh politik itu datang dari luar parti.

Katanya, selaku pengerusi PKR Perak ada usaha tersusun mahu menjatuhkannya di peringkat negeri itu sebelum pemilihan pusat kelak.

Mustaffa berkata, mengambil kira senario yang berbeza di Perak, Umno-BN yang didakwanya berada dalam ketakutan dan menyusun strategi untuk melakukan serangan bagi memastikan kekalahan di peringkat cabang.

Pakatan Rakyat yang memenangi Perak dalam pilihan raya umum Mac 2008 kehilangan negeri itu di tangan BN selepas dua wakil rakyat PKR dan seorang dari DAP melompat parti awal 2009.

Mustaffa dilantik ketuai PKR Perak kemudian.

"Saya melihat ini satu cabaran," kata beliau sambil tidak menolak ada juga serangan dari dalam parti.

"Tetapi saya melihat serangan adalah lebih besar dari luar parti," kata beliau.

Mengenai bilangan pencalonan, Mustaffa berkata, pencalonan memang diperlukan tetapi ia berbeza daripada pengundian kelak.

"Walaupun pencalonan orang lain lebih besar, tetapi ia bukan gambaran sebenar sokongan," katanya lagi.

Seorang lagi Naib Presiden PKR Azmin Ali mendahului dari segi pencalonan jawatan timbalan presiden dengan disusuli Datuk Zaid Ibrahim, Mustaffa, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jika Mustaffa memutuskan untuk bertanding, persaingan kemungkinan tiga penjuru.

Kesemua mereka sudah memperoleh pencalonan minimum dua yang disyaratkan oleh perlembagaan parti, tetapi Azmin berada jauh di depan.

Cabang-cabang PKR mula mengadakan mesyuarat agung tahunan sejak 17 September lalu.

Proses pemilihan cabang dan pencalonan akan berakhir Ahad lalu manakala tujuh cabang berhadapan dengan masalah.

Sebanyak 23 cabang lagi akan mengadakan mesyuarat mereka, kebanyakannya dari Selangor dan Sarawak esok dan lusa.

Jom baca ni kat orang kampung

Posted: 30 Sep 2010 08:00 PM PDT

Bukti Amngok sedekah guna duit haram

Di bawah ini beberapa bukti bahawa UMNGOK dan Be End memang pemurah! Suka menderma kepada rakyat yang susah, anak yatim, ibu tunggal, dan bla bla bla. UMNGOK Be End ada funder besar untuk menabur budi kepada rakyat! Argh malaslah nak cerita, korang tengok sendirilah....

PERTAMA Zaman CHE DET


KEDUA ZAMAN PAKLAH

KETIGA ZAMAN NAJIB


SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim

Zaid tak pa ka kak Wan?

Posted: 30 Sep 2010 07:00 PM PDT

Isu Zaid: Azizah kata tiada tindakan disiplin, Boon Chye gesa henti kecam parti
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden PKR, hari ini menjadi tumpuan kenyataan dua pemimpin kanannya ekoran beberapa tulisan dan pandangan terbuka beliau yang dilihat sebagai menjejaskan imej parti itu termasuk pemilihan secara langsung 'bersejarah' yang sedang berlangsung.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu yang mengadakan mesyuarat Biro Politik malam tadi tidak memutuskan sebarang tindakan disiplin ke atas Zaid berhubung kenyataan beliau baru-baru ini mengenai pemilihan yang sedang berlangsung.

"Biro Politik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa –apa keputusan yang telah diambil untuk apa-apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.

Terdahulu, Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye dalam kenyataan bertajuk "Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap PKR dan pemilihan parti" berkata, parti itu kebingungan dengan keluhan anggota Majlis Pimpinan Pusat itu yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Mingguan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar 'Gestapo'.

"Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu?

"Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?" kata beliau yang dicalonkan untuk mempertahan kerusinya.

Lee menambah, Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Pengarah Strategi Tian Chua dan seorang lagi anggota MPP N. Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang PKR sedangkan mereka mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.

"Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatang ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai.

"Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden parti," katanya.

Selain itu menurut beliau, pihaknya juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan PKR dengan Umno.

"Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila PKR mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang Umno.

"Beliau mesti berhenti melakonkan watak "mangsa" untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti," katanya lagi.

Lee menambah, daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.

"Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang agenda reformasinya sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi.

"Zaid seharusnya mengemukakan agenda reformasi beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa," kata Lee lagi.

Lee menambah Zaid sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politik berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti.

Maka katanya Zaid mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau.

"Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti.

"Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti," katanya.

Lee juga menambah PKR ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai ejen reformasi di negara ini termasuk pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan "bukti komitmen kami terhadap reformasi."

"Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya Umno-BN.

"Dan kami yakin bahawa PKR hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini," kata beliau.

Wayang kulit kat Penang

Posted: 30 Sep 2010 06:00 PM PDT

Exco Pulau Pinang dakwa ada pihak desak warga emas pulang wang ihsan

GEORGE TOWN, 30 Sept — Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim (gambar).

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya kepada pemberita bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Dipetik Bernama, Abdul Malik sekali lagi mengulangi bahawa wang itu bukan daripada hasil judi, sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, semalam.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ihsan berkenaan.

"Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan, sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram," katanya yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Sebelum ini, Abdul Malik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pemuda Umno bahawa kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas.

Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat awal bulan ini adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

Menurut beliau lagi kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut.

"Daripada peruntukkan yang diberikan kita telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan masih mempunyai lebihan RM9.3 juta untuk meneruskan program penghargaan warga emas.

"Suka ditegaskan di sini bahawa wang ihsan tersebut bukan hasil dari sumber judi. Ia adalah hasil dari pungutan cukai tanah serta sumber selain dari judi.

"Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan lesen judi sedangkan kerajaan pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan semua lesen judi yang ada dalam negara kini," katanya beliau kepada The Malaysian Insider.

MP Kulim? Hahaha...

Posted: 30 Sep 2010 04:58 PM PDT

Kalau Adun Kulim Dirasuah RM5 Juta Berapa Pula Rasuah Ahli Parlimen?

Oleh Mohd Sayuti Omar

MENURUT Raja Petra Kamaruddin dari kertas siasatan oleh SPRM terhadap Adun Kulim, Lim Soo Nee didapati Adun berkenaan mengesahkan dia ditawarkan RM5 juta agar meninggalkan parti. Tawaran itu dibuat oleh bekas MB Kedah Mahadzir Khalid.

Kertas siasatan SPRM itu adalah sumber yang sah dan tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya kertas itu benar seperti mana didedahkan ini bermakna memang ada usur rasuah berlaku di Kedah. Kalau dakwaan Adun berkenaan bohong dia boleh dikenakan tindakan.

Persoalan yang bermain di kepala hari ini, kalau Adun dirasuah sebanyak RM5 juta, berapa pula nilai rasuah yang diterima oleh Ahli Parlimen? Di negeri Utara itu ada ahli parlimen yang belut dan meninggalkan parti. Apakah ahli parlimen berkenaan telah menerima rasuah yang menyebabkan beliau sedia mengkhinati parti? Ataupun tindakan beliau itu ikhlas bukan kerana menerima sebarang upahan?

Rasanya penjenguk sekalian dapat menilai hakikat ini sebaik mungkin. Sifir atau fromula yang boleh diberikan begini; seseorang itu tergila nak jadi wakil rakyat kerana hendakkan kedudukan. Di samping itu mahukan elaun kalau parlimen sekitar RM7 ribu hingga RM13 sebulah dan kalau Adun sekitar RM3 ribu hingga RM5 ribu sebulan.

Jadi kalau ada orang tawar RM5 juta atau memberi satu 'kelegaan' yang sangat didambakan kenapa beliau tidak perlu mengambilnya? Bukankah dengan wang itu dia boleh hidup senang, beli ubat kencing manis ataupun melawat Eropah dua kali setahun. Beli motosikal besar dan mengendung si janda yang asal Temerloh Pahang. (Up nak tahu cerita lanjut sila hubungan MP Indra Mahkota, Azan Ismail dan lawyer Md Radzi Mustafa).

Tentu sekali dia mahu. Jadi dakwaan Anwar Ibrahim sebelum ini kononnya ada wakil rakyat yang lompat parti kerana dibayar jutaan ringgit adalah benar bukan gurauan. Pendedahan dibuat Raja Petra itu adalah bukti jelas. Dan kalau perlu isu ini perlu dibongkar seluas-luasnya.........

Tiada ulasan: