Addin |
| DUN Galas : UMNO Memandai-Mandai, Ku Li Belum Buat Keputusan Posted: 01 Oct 2010 07:28 AM PDT Tengku Razaleigh masih belum membuat sebarang pendirian berhubung keputusan Umno yang melantik beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi DUN Galas tetapi Umno memandai-mandai terutama Muhyiddin Yasin. Ketua Umno Gua Musang itu berkata, beliau hanya akan menjelaskan isu tersebut sebaik sahaja pulang ke tanah air minggu depan. Tengku Razaleigh dijadual kembali dari London 9 Oktober ini dan akan mengadakan sidang akhbar. Harap-harap Tengku Razaleigh membuat kejutan sepertimana pendirian beliau yang menyokong isu royalti minyak kerajaan Kelantan.Bagaimanapun, gambaran semakin jelas apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari." Menjawab soalan itu, Tengku Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan."Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan," jawab Tengku Razaleigh . Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil pada mesyuarat khas, Rabu depan. "Kawan-kawan, saya tidak kata ya atau tidak. Saya akan menjelaskan mengenai DUN Galas sebaik sahaja saya balik ke Malaysia," kata beliau menerusi Twitter lewat petang ini. Tengku Razaleigh memberikan respons ini sejurus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau adalah calon terbaik untuk merampas kerusi itu daripada PAS. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tengku Razaleigh memenangi kerusi Gua Musang sejak 1969 termasuk pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, yang ditandingi atas tiket Parti Melayu Semangat 46. Kelmarin Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas. Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008. DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan