shalehudin |
- Lagi usaha cari gali bukti
- Gempa bumi landa Iran
- Apa kata Umno !!
- Salah guna dari atas sampai bawah
- Adun Galas Che Hashim (Pas) meninggal dunia
- Buah sauk untuk Pemuda Umno Penang... kahkahkah...
- Bangganya aku tak jadi Umno
- Huh... Sib baik la depa tak "C4"kan hang
- Umno... Umno... Umno...
- Tajam menikam senjata Umno ni
- Ada duit apa pun boleh beli
- Nazri Aziz bakal disembelih pasai melawan Awang Selamat
- Man United bernasib baik kongsi mata dengan Bolton 2-2
| Posted: 27 Sep 2010 09:30 AM PDT Empat suspek dibawa ke Ladang Gadong cari bukti baru BANTING: Empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dibawa memasuki Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, hari ini dengan sebuah van polis. Tinjauan mendapati kesemua suspek yang berpakaian oren itu dibawa ke situ kira-kira jam 11.20 pagi tadi dipercayai bagi membantu pasukan forensik mengesan bukti-bukti terbaru kes itu. Kira-kira 20 minit sebelum itu, lima kenderaan forensik termasuk kereta polis memasuki kawasan ladang itu. Wartawan dan jurugambar yang pada mulanya dibenarkan memasuki kawasan ladang kemudiannya diarah keluar oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk ladang milik suspek utama yang juga seorang peguam, kira-kira 20 minit kemudian. Kira-kira jam 3.30 petang, semua suspek dibawa keluar dari ladang itu. Difahamkan tiada sebarang bukti terbaru ditemui dalam operasi selama empat jam itu. Bagaimanapun, operasi itu dijangka disambung semula esok. Sosilawati, 47; pemandu peribadinya Kamarudin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - Bernama |
| Posted: 27 Sep 2010 08:12 AM PDT Gempa bumi kuat 6.1 skala Richter gegarkan selatan Iran TEHRAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan selatan Iran hari ini. Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa diterima. Gempa bumi itu melanda bandar Konar Takhteh di wilayah Fars pada jam 2.52 petang dan dirasai sejauh 175 kilometer di wilayah Shiraz. Saluran televisyen negara itu melaporkan Jabatan Geofizik Universiti Tehran mencatatkan ukuran 6.1 pada skala Richter manakala Jabatan Kajiselidik Geologikal AS (USGS) merekodkan 5.7 pada skala Richter. - AFP |
| Posted: 27 Sep 2010 07:00 AM PDT Bab bab halal haram ni aku mengaku la, aku tak mahir sangat. Cukup untuk lepas diri dan keluarga saja. Sebab tu aku pun tak berani cakap lebih tentang isu bantuan kerajaan Pulau Pinang terhadap warga emas di negeri Pulau Pinang tu. Cuma aku pasti rakan rakan dalam Pakatan tentu tak tengok saja yang halal bercampur baur dengan yang haram berlaku dalam kerajaan negeri bawah Pakatan. Tapi bila bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram, maka terbuka sikit minda aku terutamanya bahawa Islam tidak sempit seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak yang sengaja meriuhkan isu ini demi menangguk sokongan Melayu Pulau Pinang. Pandangan Dr Asri tak semestinya benar, tapi bagi aku beliau setakat ini masih berjaya mengekalkan sikap non partisannya dalam melontar pendapat. Beliau juga bagi aku adalah seorang yang tepat sebagai rujukan diatas sikap non partisannya. Pandangan beliau jelas telah memisahkan hak sebagai rakyat yang mendapat bantuan dengan tanggungjawab kerajaan dalam memberi bantuan serta memastikan sumber pendapatan tersebut tidak haram. Rakyat mendapat hak dan bukannya berjudi. Justeru, sekiranya ada maka kesalahan akan terus ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi dan bukannya rakyat. Begitu jugak bagi yang makan gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan. Apa kata Umno... |
| Salah guna dari atas sampai bawah Posted: 27 Sep 2010 05:00 AM PDT Dalam laporan Bernama bertajuk "Salang kecewa ada guru utamakan anak sendiri beri komputer percuma", Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, hari ini mendedahkan ada segelintir guru di Sarawak yang mengutamakan anak sendiri untuk mendapatkan komputer riba percuma di bawah Program Komputer 1Malaysia. Siapa yang tak kecewa, mungkin sahaja menteri pura pura kecewa kerana baru saja dapat tahu tapi tentu yang lagi kecewa lagi ialah anak anak malang yang sepatutnya terpilih. Sikap tidak amanah ini nampak gayanya sudah menjadi darah daging. Nawaitu kerajaan yang kononya membela nasib rakyat kini teruji dengan pendedahan laporan Bernama ini. Ini yang kita jumpa dan dilaporkan, ini hanya sebahagian kecil yang terdedah. Belum lagi yang lebih besar yang telah didedah oleh banyak pihak terutama sekali pembangkang yang telah ditutup litup agar rakyat gagal mengesannya. Kita tak mahu slogan hanya tinggal slogan, kita menuntut kerajaan lebih bertanggungjawab setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan berhemah. Heret si pengkhianat itu kemuka pengadilan. Sekiranya guru sendiri sudah tidak amanah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari guru ini untuk mendidik anak bangsa. Bagaimana pulak dengan pak pak menteri? Tidakkah mereka juga perlu untuk sama sama bertanggungjawab diatas ketempangan ini? Jangan hanya pandai mencari kambing hitam untuk dikorbankan. |
| Adun Galas Che Hashim (Pas) meninggal dunia Posted: 27 Sep 2010 03:50 AM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kg Baru di sini petang ini. Allahyarham Che Hashim menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong kepada The Malaysian Insider. Semoga Allah tempatkan beliau disisi orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa beliau. Takziah jua buat keluarga Allahyarham. |
| Buah sauk untuk Pemuda Umno Penang... kahkahkah... Posted: 27 Sep 2010 02:00 AM PDT Ke Mana Agaknya Pergi Hasil Judi, Arak Dan Babi.. Ada saja yang tak kena dengan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng. Reezal Merican, elok juga kita rujuk kepadanya sebagai 'cek', iaitu rujukan mesra orang Tanjong kepada orang yang lebih muda sama seperti mereka merujuk kepada orang yang lebih tua sebagai mamak, mamu, mami, atta ataupun nana dan aci. Reezal, cek tentu tau dan pandai cari modai nak tegork dan nana, saya bahasakan diri saya sebagai abang walaupun boleh jadi bapa kepadanya, suka tengok cara cek keluark 'press statement'. Cek memang tera. Cuma satu yang nana nak tanya kat cek bab duit judi yang cek kata kerajaan negeri Pulau Pinang guna dok bantu orang miskin. Nana nak tau kalu-kalu benda yang sama dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan kerajaan persekutuan. Mana la tau kot-kot cek boleh jawab. Nana nak tanya pasai duit atau cukai yang dikutip hasil daripada pengimportan arak, pengeluaran lesen judi, cukai yang dikutip atas keuntungan kasino di Genting Highlands, cukai-cukai yang dikutip hasil keuntungan loteri, Sports Toto dan Magnum. Duit tu semua pi mana kalau tak masuk dalam hasil kerajaan persekutuan dan ada yang masuk dalam kutipan hasil kerajaan negeri. Dengan itu, segala cukai dan kutipan hasil penjualan arak, hasil judi dan hasil keuntungan ladang-ladang ternakan babi dan hasil eksport babi ke Singapura disatukan dalam hasil atau perolehan negara. Duit tu juga diguna atau dibelanja untuk pembangunan negara termasuk membina rumah-rumah ibadat, sekolah, hospital dan kemudahan awam lain. Hasil itu juga diguna untuk membantu orang miskin di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk mereka yang beragama Islam. Tak kan kerajaan asingkan hasil daripada sumber haram itu daripada jumlah hasil keseluruhan yang dikutip sama ada melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pejabat-pejabat Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya, daripada hasil atau cukai yang bukan haram. Tentu tidak. Oleh itu, pasai apa cek Reezal Merican bangkitkan sumbangan yang dikatakan dibuat oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada kerajaan negeri untuk bantu orang miskin di negeri cek sendiri. Dah tentu tak dak beza dengan apa yang dibuat oleh kerajaan-kerjaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Jadi pasai apa nak jadikan satu isu ..... jangan lah jadi macam si periuk yang dok kata si belanga hitam sedangkan diapun hitam macam tu juga. Cek Reezal kena pi belajar main politik lagi dengan tok guru Abdullah, la ni Tun Abdullah, cucu Pak Hassan Kontong atau Kwantung, pasai mungkin ada benda yang dia tak peturunkan kat cek. http://kudaranggi.blogspot.com |
| Posted: 27 Sep 2010 12:30 AM PDT Sekolah Hamil Menjadi Kenyataan Oleh AlKundangi, Ura-ura Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam untuk mewujudkan sekolah khas bagi pelajar-pelajar wanita yang mengandung di luar nikah akhirnya menjadi kenyataan. Beberapa orang pelajar hamil telah mendaftar sejak dibuka Jumaat lalu, dan akhbar melaporkan ramai lagi ibu bapa berminat untuk menghantar anak mereka. Sebelum ini pro dan kontra mengenai pendapat mewujudkan sekolah ini agak panjang termasuk beberapa orang ulama PAS. 2. Wajar atau tidak sekolah ini diwujudkan, ia telah pun menjadi kenyataan. Hasrat KM Melaka itu baik, iaitu untuk membantu pelajar-pelajar hamil luar nikah, sekaligus mengurangkan gejala pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa itu. 3. Islam memandang berat kes hamil luar nikah ini, dan pelakunya boleh dikenakan hukuman hudud. Di zaman Rasulallah, ada seorang mengaku berzina sehingga melahirkan seorang bayi. Perempuan berkenaan meminta Nabi menjatuhkan hukuman had. Namun Nabi SAW menasihatkan agar perempuan itu membesarkan dahulu anaknya itu. Akhirnya setelah beberapa kali ia meminta Nabi SAW menjatuhkan hukuman had, dan anaknya pun sudah selesai menyusu, akhirnya Nabi SAW bersetuju menjalankan hukuman had ke atas wanita itu. Beliau menjalani hukuman rejam hingga mati, kerana tidak rela menanggung azab di akhirat nanti. Kes ini tercatat dalam sejarah Islam yang unggul dengan keadilan itu. 4. Namun tindakan Ali Rustam mewujudkan Sekolah Hamil dan membela pelaku-pelaku zina serta melindunginya amat bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulallah SAW dalam menangani kes ini. Rasulallah SAW menjalankan hukuman dengan tujuan untuk mendidik masyarakat agar tidak melakukan perbuatan sumbang itu. Sementara itu Ali Rustam mendidik masyarakat agar meneruskan kerja-kerja maksiat tersebut, dan mereka dilindungi oleh undang-undang. Apakah tindakan Ali Rustam itu jauh lebih baik dari tindakan Rasulallah SAW dalam menangani kes yang sama? 5. Sesungguhnya tindakan Ali Rustam adalah bertentangan 100% dengan Kanun Jenayah Syariah Islam dan akan menggalakkan lagi kehamilan di luar nikah yang sememangnya sedang membarah dalam masyarakat kita kini. Ali Rustam boleh memperbaikki niat baiknya itu dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang hamil di luar nikah selepas anak mereka besar, lepas dari waktu menyusu, dan ada orang lain yang sanggup membesarkan kana-kanak berkenaan, atau pun Jabatan Kebajikan boleh mengambil tindakan tertentu demi meneruskan kelangsungan hidup kanak-kanak yang lahir dari nafsu yang tidak terkawal itu, serta keadaan sekeliling serta suasananya yang menggalakkan kehamilan luar nikah. Pencegahan adalah lebih baik dari menguruskan kehamilan yang sudah berlaku dan tidak dikehendaki itu. Apa yang Ali Rustam lakukan jauh dan amat berbeza dengan apa yang Nabi SAW laksanakan. Apakah Ali Rustam jauh lebih baik dari Nabi SAW dalam menangani gejala sosial seperti ini? AlKundangi, 20.9.2010 |
| Huh... Sib baik la depa tak "C4"kan hang Posted: 26 Sep 2010 11:00 PM PDT Kes Sosilawati: Suspek utama dakwa dipukul Dua suspek utama kes pembunuhan Sosilawati serta tiga yang lain dilihat keluar dari ibu pejabat polis Daerah Kuala Langat hari ini dengan diiringi anggota polis. — Foto BernamaPETALING JAYA, 26 Sept — Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini membuat laporan polis mendakwa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman. Suspek membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan dikawal ketat beberapa anggota polis sambil diperhatikan oleh dua peguam yang mewakilinya Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam. Suspek yang merupakan seorang peguam dilihat masuk ke dalam balai polis itu untuk membuat laporan pada kira-kira pukul 4.15 petang dan keluar kira-kira lebih satu jam kemudiannya dengan menaiki kereta polis. Ravi Nekoo berkata pihak polis memberikan kerjasama baik dengan membenarkan suspek membuat laporan polis terhadap dakwaan dikasari sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan. "Suspek dikatakan akan dihantar ke hospital untuk rawatan, tetapi tarikh dan hospital mana belum pasti lagi," katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Petaling Jaya. Pada 23 September lepas, DP Vijandran yang merupakan seorang daripada peguam yang mewakili suspek mendakwa bahawa salah seorang anak guamnya dipukul dan ditendang sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan. Perkara itu dakwanya dimaklumkan oleh anak guamnya ketika pertemuan pertama Vijandran dan dua anak guamnya selama 15 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Sejurus itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin meminta suspek utama kes pembunuhan itu membuat laporan polis sekiranya mereka dipukul dan dipaksa menandatangani dokumen oleh pasukan itu sepanjang berada dalam tahanan agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor. — Bernama |
| Posted: 26 Sep 2010 09:00 PM PDT Kita bukan buta sejarah, melayu tak mudah lupa sebenarnya. Sejarah juga jelas telah membuktikan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini menjadi lemah akibat dari dasar dasar Umno. Umno yang sekular dan tidak mahu mengambil cara hidup Islam sebenar merupakan faktor utama kelesuan Islam di Malaysia. Lihat saja siapa sebenarnya yang melulusakan lesen judi, dan menyekat bantuan dan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), membangkit Islamophobia dalam negara, mempermain mainkan hukum Islam sebagai tak bertamaddun. Terbaru ialah pembinaan sebuah kasino yang diura urakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar dan dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. Judi bola yang diluluskan pada zaman Mahathir kini timbul pula Najib dengan lesen kasino di Sabah. Siapa yang lulus benda haram ni kalau bukan Melayu yang mengaku Islam didalam Umno. Yang meluluskan ini adalah Umno, maka Umno lah yang merosakkan Islam dan menodai kesucian Islam. |
| Posted: 26 Sep 2010 07:00 PM PDT Tahniah pada Perkasa pimpinan Berahim Ali yang berjaya menunjukkan jalan baru untuk Umno dan Najib lalui. Setinggi tinggi tahniah juga layak diberi pada Dr Mahathir yang berjaya menggilap senjata baru Umno yakni Perkasa dengan begitu berjaya sekali. Ini lah kelebihan yang ada yang Dr Mahathir, beliau boleh menggerakkan sesuatu mengikut keadaan. Najib khasnya Umno tentunya amat terhutang budi pada Perkasa dan dua tenaga utama penggerak badan NGO mewakili Melayu ni. Najib dan Umno kini diberi peluang untuk memilih samaada membuang jauh tiga penghalang utama dalam Umno iaitu Nazri Aziz, KJ dan Tengku Adnan dengan menurut titah perintah Perkasa atau tewas teruk dalam PRU ke 13 setelah dikatakan mengikut telunjuk parti bangsa Cina yang kian mendominan BN. Momokan Mahathir mengatakan kuasa Melayu kian terhakis adalah satu petanda awal Najib dan Umno ditekan secara halus. MCA dan Gerakan yang sebelum ini lantang tentu tahu bahawa suara mereka akan dinyahkan atas nama kestabilan politik Malaysia ala Mahathir. Siapa kata yang Najib dan Umno tiada kena mengena dengan Perkasa? Inilah gunanya satu lagi kekuatan Melayu digerakkan diluar BN. Dengan kekuatan yang ada dan dicampur dengan kekuatan yang ada pada Mahathir dan tukang karutnya Berahim, Perkasa telah boleh menuntut sesetengah kerusi yang majoriti pengundinya Melayu di beri pada Umno demi mengelakkan fenomena protes pengundi yang memangkah pembangkang. Tahniah Perkasa, takziah MCA dan Gerakan. Foto: Agendadaily |
| Posted: 26 Sep 2010 05:00 PM PDT Cerita tentang pingat "Datuk" yang boleh dibeli dah lama kita dengar. Cuma kali ni entah untuk yang kali keberapa tah la timbul kembali. Itu pun setelah peguam selaku suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik arwah Sosilawati tu bergelar Datuk yang telah dibeli. Kalau tidak, senyap lagi la. Gelaran Datuk ni bertambah sukar dikesan kerana ianya tanpa perlu melalui proses Jabatan Pendaftaran Negara. Jadi ianya menjadi amat mudah untuk menggunakan gelaran Datuk palsu berikutan tiada pengesahan ketulenan pengiktirafan itu. Bayangkan kesukaran ini lebih kritikal kerana pelbagai sumber diperlukan untuk mengesahkan sama ada gelaran Datuk itu benar atau tidak dan kini Malaysia pula mempunyai beribu-ribu individu memegang gelaran tersebut. Apakah masaalah ini akan berlarutan tanpa ada satu kaedah kawalan yang berkesan lantas membiarkan mereka mereka yang menyalahguna gelaran kehormat ini bermaharajalela menipu orang ramai yang telah lama tertipu.... |
| Nazri Aziz bakal disembelih pasai melawan Awang Selamat Posted: 26 Sep 2010 03:00 PM PDT Nazri Aziz jawab lagi tulisan Awang Selamat Oleh Mohamed Nazri Abdul Aziz Surat ini merupakan surat kedua yang Nazri menujukan kepada Awang Selamat. — gambar fail PADANG RENGAS, 26 Sept — Kepada saudara, tidak kira siapa anda sebenarnya, sudah pasti saya akan respons kepada rencana tulisan saudara. Jika kita percaya pada kebebasan bersuara, biar diketahui bahawa ia bukan sahaja diberikan kepada akhbar, tetapi juga kepada orang perseorangan. Dalam menggunakan hak saya untuk membalas dan untuk mempertahankan diri saya, sila jangan membuat tafsiran bahawa saya cuba untuk mengelak kritikan terhadap diri saya. Saya sememangnya berhadapan dengan kritikan-kritikan sejak sekian lama pembabitan saya dalam politik dan saya masih berdiri di mana saya berada sekarang. Saudara Utusan menulis bahawa dia menerima banyak SMS untuk menjustifikasikan yang dia menerima sokongan terhadap artikel mengenai diri saya (minggu lalu). Saya tidak mahu bercakap mengenai SMS dan emel-emel yang saya terima kerana dia tidak berupaya untuk mengesahkannya, tetapi saya pasti dia juga telah dimaklumkan bahawa komen-komen yang dinukilkan oleh orang ramai yang membaca portal, menunjukkan saya juga menerima banyak sokongan daripada rakyat, sebagaimana dia mendakwa menerima dalam jumlah yang banyak. Mengapa tidak boleh saya menyifatkan anda sebagai rasis apabila anda kelihatan kecewa dengan pujian dan respons-respons positif yang saya terima daripada bukan Melayu dan cuba untuk meletakkannya sebagai negatif terhadap diri saya, khususnya yang datang daripada Kit Siang dan Guan Eng. Dengan berbuat demikian, anda dengan jelas meletakkan diri anda sebagai, kita orang Melayu, menentang bukan Melayu. Adakah hanya komen dan pujian orang Melayu perlu diambil kira dan yang lain-lain pula diketepikan, atas alasan yang sendiri yang tahu. Anda mempunyai perjalanan yang begitu jauh untuk menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara milik rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, yang menzahirkan kesetiaan mereka kepada tanah lahir mereka ini. Sememangnya saya adalah betul apabila bercakap mengenai pengalaman sifar anda dalam politik kerana anda menulis "apabila Melayu tidak mengundi". Biar saya menyebut bahawa analisis anda menunjukkan bahawa "apabila bukan Melayu tidak mengundi", kesannya adalah sama. Anda tidak faham langsung apa yang cuba saya terangkan iaitu "apabila majoriti rakyat Malaysia tidak mengundi", maka kita semua berhadapan dengan masalah. Salah satu perkara yang paling buruk untuk dilakukan ialah memberi alasan-alasan terhadap kegagalan anda dengan mengatakan yang lain juga gagal berbuat demikian. Ini adalah sikap mengaku kalah dan pastinya menganggap sebagai satu takdir. Mengapa tidak anda melihat di sekitar anda dan saya pasti bahawa anda boleh mengenal pasti akhbar-akhbar yang telah berjaya dan menggunakannya sebagai contoh untuk berusaha menaikkan bilangan pembaca akhbar anda. Saya suka mengikuti akhbar Utusan yang lama dan saya mahu anda bekerja keras ke arah menjadikananya akhbar yang gemilang semula. Saya amat gembira dengan sokongan anda kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dan bagi memastikan kami boleh berjaya. Saya mahu anda menunaikan apa yang anda perkatakan dan menyokong dasar 1 Malaysia, yang merupkan ilham Perdana Umno dan Pengerusi BN. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, maka janganlah mencetuskan suasana yang sukar buat beliau. Awang tidak perlu memberitahu saya mengenai kedudukan Utusan sebagai sebuah Institusi Melayu dan perjuangannya sama seperti Umno. Sebelum anda menyertai Utusan, saya telah berada dalam Pemuda Umno, bermula sebagai anggota Exco sehingga sebagai Timbalan Ketua dan sebagai Pemangku Ketua Pemuda Umno pusat untuk satu tempoh selama satu setengah tahun. Ini adalah bukti kelayakan saya. Jika saya berada sebagai seorang pemimpin Malaysia pada hari ini, banyak kredit harus dihulurkan kepada Tun Mahathir. Kerana beliau saya berada di sini seperti hari ini dan banyak terhutang kepada beliau. Saya hanya mahu "sifu" saya terus membantu saya dan kepada yang lain-lain agar menjadi pemimpin yang baik di negara bertuah ini dan tidak membezakan negara ini hanya kerana kaum, kepercayaan, agama dan gender. Untuk menjadi seorang rakyat Malaysia tidak semestinya anti-Melayu. Saya berharap yang ini akan difahami oleh semua. Akhirnya, dalam usaha menyebarkan mesej kepada publik sebagaimana didakwa oleh Awang, adalah penting mesej-mesej anda keluar dengan jelas dan terang buat mereka. Ini kerana anda tidak boleh dipanggil setiap kali untuk membuat penjelasan. Yang perlu anda ingat sepanjang masa ialah bukannya apa yang anda fikirkan perlu, tetapi apa yang khalayak membuat tanggapan tentang anda. Sedih untuk diperkatakan di sini bahawa bukan Melayu menganggap Utusan sebagai rasis. Dan, itu sebabnya saya membawa isu saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan orang Melayu kemudian, sekiranya anda tidak faham apa sebabnya. Apa pun Awang, saya tidak tahu siapa anda sebenarnya. |
| Man United bernasib baik kongsi mata dengan Bolton 2-2 Posted: 26 Sep 2010 02:00 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan