PENYAPU SIAL |
- najis tong rosak penjilat punggung amerika dan yahudi....Amerika Syarikat perlukan kerjasama untuk basmi Islamophobia
- Anasir luar parti cuba sabotaj pemilihan PKR
- apakah zaid ibrahim mahu jadi musuh dalam selimut PKR...????
- dasar penyamun tahi judi bersongkok tinggi dan bodoh bertingkat tingkat
- UMNO pejuang melayu tulen dengan menindas dan memiskin bangsa sendiri...!!!
- Taubat Nasuha Perkenalkan Ibrahim Sebagai Calon Parlimen Pasir Mas
- Jangan Bawa Biadap Umno Ke Dalam Parti
| Posted: 27 Sep 2010 11:54 AM PDT Amerika Syarikat (AS) memerlukan kerjasama untuk mengelakkan pandangan negatif terhadap Islam yang menyebabkan fenomena Islamophobia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata masyarakat AS kurang kefahaman terhadap Islam. Justeru, haruslah ada usaha untuk mempertingkatkan kefahaman itu. Najib berkata demikian setelah artikel dan kajian yang dijalankan oleh majalah TIME menunjukkan 26 peratus rakyat AS berpendapat Presiden Barack Obama adalah penganut Islam. Dalam pada hal itu, Malaysia boleh membantu melaksanakan kefahaman di kalangan rakyat AS dengan memberi perhatian kepada ajaran Islam berpadukan nilai sejagat dan konsep pemodenan dan progresif. penyapu sial Ya AS perlukan kerjasama tetapi bukan dengan malaysia. Dengan malaysia tambah phobia pula lagi2 dengan umno mangkuk hayun. |
| Anasir luar parti cuba sabotaj pemilihan PKR Posted: 27 Sep 2010 11:33 AM PDT Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) merumuskan permasalahan yang berlaku di beberapa cabang tertentu semasa proses pemilihan minggu lepas berpunca daripada tindakan subversif kumpulan individu bukan anggota parti yang mahu memberi tanggapan negatif terhadap keupayaan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) untuk mengendalikan pemilihan. Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata JPP sedang menyemak dan meneliti laporan terperinci yang dikemukakan pengawas pemilihan yang bertugas semasa pemilihan di cabang-cabang terbabit. Di samping itu, JPP katanya akan menimbang aduan dan rayuan dari anggota parti bersangkutan proses pemilihan dan perjalanan mesyuarat agung tahunan cabang (MATC). "Satu perkara yang amat memberangsangkan ialah keghairahan luar biasa anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses pemilihan parti, meskipun KEADILAN baru memperkenalkan sistem pemilihan langsung sebagai langkah memperkasakan demokrasi di dalam parti. "Kita yakin natijah pelaksanaan kaedah "One Person One Vote" adalah satu keputusan yang tepat lagi mengukuhkan parti dari segi jangka panjang dalam proses pendidikan demokrasi kepada rakyat," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana pagi tadi. Saifuddin juga mengesahkan terdapat elemen atau anasir luar parti yang melakukan tindakan provokasi seperti memecahkan peti undi, menabur kertas undi dalam hujan dan seterusnya beredar dari lokasi pemilihan. "JPP mengesahkan wujudnya elemen provokasi, apa yang berlaku, sama sahaja coraknya, iaitu ambil kotak undi, pecahkan dan kemudiannya tabur kertas undi dan beredar tinggalkan dewan mengundi. Itu yang berlaku di Klang dan di Kapar, coraknya sama. "Selepas kita tengok 'footage video' kejadian itu berulangkali, kita mensyaki dan kita mempunyai sebab mempercayai bahawa tujuannya hanya untuk provokasi," jelas beliau. Beliau juga menyanggah dakwaan sesetengah calon yang bertanding kononnya JPP tidak bertindak adil dan cuba menyebelahi calon yang merupakan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri. "Kita dengar dakwaan itu, kalau benar dakwaan itu, YB Telok Kemang tidak kalah, YB Elizabeth juga tidak akan kalah, YB Lim Soo Nee di Kulim juga tidak akan kalah atau pun pemimpin yang lebih senior seperti Mustaffa Kamil Ayub pun tidak akan kalah kerana JPP akan tolong mereka. "Antara dakwaan dan realiti, ternyata berbeza, ada ahli yang berhormat menang dan ada juga yang kalah, jadi dakwaan kononnya JPP mengambil sikap berpihak dengan sendirinya tertolak," tegasnya lagi. Sehubungan itu Saifuddin berkata JPP memberi jaminan akan cuba meminimumkan permasalahan berkaitan proses pimilihan apabila 39 cabang mengadakan mesyuarat agung hujung minggu ini. Sementara itu, Saifuddin memaklumkan kepada media, daripada 166 cabang yang mengadakan MATC, 96 peratus atau 159 cabang telah berjaya menyempurnakan mesyuarat agung dan pemilihan pimpinan cabang masing-masing. Manakala 7 cabang daripada jumlah tersebut tidak berupaya meneruskan proses pemilihan dan mesyuarat agung ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diputuskan oleh JPP. Ini termasuk cabang-cabang Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan, Kuala Langat, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus. Din Binjai |
| apakah zaid ibrahim mahu jadi musuh dalam selimut PKR...???? Posted: 27 Sep 2010 11:29 AM PDT BOIKOT UTUSAN, TETAPI DATO ZAID BERI `KREDIT' PADA UTUSAN NASIHAT DS Anwar agar semua calon yang bertanding di dalam pemilihan parti PKR hendaklah berhemah, beradab dan berdisiplin nampaknya masih tidak didengari oleh beberapa calon yang menawarkan diri. Sebelum ini terdapat calon yang memperlekehkan pucuk pimpinan parti, mencipta berbagai isu yang tidak masuk akal tanpa bukti yang jelas semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya agar dipilih memegang jawatan yang ingin ditandinginya. Saya fokus kepada Dato Zaid Ibrahim, kerana bagi saya beliau banyak menimbulkan kontroversi sepanjang kempen pemilihan di dalam PKR. Lebih-lebih lagi beliau akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR kununnya untuk memulihkan `kuasa' Presiden Parti yang dikatakan olehnya sebagai `boneka' itu. Itulah hebatnya Dato Zaid kerana dengan jawatan Timbalan Presiden beliau boleh menentukan `kuasa' Presiden. Kehebatan Dato Zaid diserlahkan lagi oleh beliau sendiri yang menganggap DS Anwar hanyalah `ahli biasa' di dalam parti kerana jawatannya selaku Ketua Umum PKR tiada termaktub di dalam Perlembagaan dan Organisasi Parti. Bukan beliau tidak sedar mengapa jawatan Ketua Umum itu wujud di dalam parti dan semenjak bila ianya wujud. DS Anwar diiktiraf sebagai Ketua Umum PKR bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan oleh rakan-rakan di dalam PR. Benar, jawatan itu tidak wujud di dalam parti tetapi beradabkah Dato Zaid apabila menganggap DS Anwar hanya `ahli biasa'? Persoalannya, jika Presiden PKR itu `boneka' dan Ketua Umum PKR ibarat `ahli biasa', siapakah yang selama ini berkuasa di dalam PKR? Di dalam kita semua berkempen untuk memboikot Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan Umno yang tidak pernah duduk diam untuk menghancurkan PR, tiba-tiba Dato Zaid memberi `kredit' kepada akhbar pencacai itu di dalam wawancaranya. Inikah sikap seorang pemimpin yang bakal mewarisi kerusi No 2 di dalam parti? Tokoh seperti inikah yang boleh kita harapkan untuk membawa PR ke Putrajaya? Di dalam wawancaranya bersama akhbar tersebut, beliau tanpa berselindung menyebut bahawa `stail' atau caranya tidak akan berubah semenjak dari Umno hinggalah kini berada di dalam PKR. Ini bermakna, Dato Zaid tidak mampu untuk menyesuaikan dirinya bersama PKR yang sama sekali jauh berbeza dari politik Umno. Beliau seharusnya sedar di dalam PKR ruang mengkritik pemimpin terbuka luas tetapi mestilah dengan hujah dan fakta yang jelas. Hentam kromo ikut sesedap rasa bukan amalan di dalam PKR. Melabelkan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai `nyanyok' bukan cara mengkritik pemimpin. Nampaknya Dato Zaid masih gagal mengubati `penyakit' yang diwarisinya sewaktu berada lama di dalam Umno. Hari ini terbukti kita lihat bagaimana akhbar Utusan mengeksploitasikan `kredit' yang diberi oleh Dato Zaid. Maka berebut-rebut jugalah media TV 3 dan RTM untuk menganyang parti yang didukung oleh Dato Zaid ini. Setakat ini kita patut bersyukur kerana semakin banyak Dato Zaid `merapu' tentang partinya sendiri, ahli-ahli PKR yang diberi kuasa memilih siapa yang wajar dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden bijak untuk membuat keputusan. Kita tidak akan izinkan sesiapa sahaja yang memasuki parti ini dengan membawa `penyakit' lamanya sewaktu berada di dalam Umno, apatah lagi mengaku tidak akan berubah walau sedikit pun untuk terus merosakkan parti kesayangan kita ini. Walau bagaimanapun, Dato Zaid boleh terus bertanding kerana beliau pastinya tidak akan di`pancung' seperti dakwaannya. Beliau tidak perlu takut kepada bayang-bayangnya sendiri kerana PKR bukan Umno yang ingin meng` Ghafar Baba' kan sesiapa. Walaupun beliau sebelum ini berkali-kali berjanji tidak akan bertanding atau merebut jawatan di dalam PKR, tetapi kita masih boleh terima keinginannya untuk bertanding sekarang. Soalnya, siapakah yang tergamak yang akan memilih pemimpin yang tidak boleh mengubah dirinya sendiri? Bagaimana beliau ingin mengubah ahli-ahli bawahannya? WFAUZDIN NS |
| dasar penyamun tahi judi bersongkok tinggi dan bodoh bertingkat tingkat Posted: 27 Sep 2010 11:18 AM PDT Muhyiddin Minta Guan Eng Jawab Dakwaan Pemuda UMNO ![]() MUAR, 25 Sept - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda UMNO mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda UMNO. "Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelonjakan Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar, Pagoh dekat sini pada Sabtu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang. Muhyiddin ditanya mengenai pendedahan sepucuk surat oleh Pemuda UMNO dalam akhbar pada Sabtu yang membuktikan kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. -BERNAMA GAMBAR BUKTI UMNO GUNA DUIT HASIL JUDI UNTUK SEDEKAH! UMNO ang toksah nak kalut kat Penang la.. Terutama MERICAN geng.. Hang bukan MELAYU pun... Darah MELAYU Tak sampai SESUDU pun dalam BADAN tapi sembang ngalah MELAYU PARPU... Aku bukan apa.. Kesian Kat LGE tu... Kiri Kanan kena.. Tapi aku pikir2 balik Memang BODO sungguh UMNO pasai kene KUDA oleh GERAKAN... Aku bagi soklan korang jawab... Kenapa Geng2 Merican tu sebuk cube nak jatuhkan PR Pulau Pinang pasai apa? Aku berani JAMIN lah.. Kalau UMNGOK ngan susah payah telan dosa berganda-ganda kemudian berjaya jatuhkan PR Pulau Pinang pun korang jangan HARAP UMNO dapat kuasa kat sana... Aku jamin Kerusi KETUA MENTERI kat PENANG kembali kepada KohSooKoon GERAKAN.. Tapi Gerakan rilek jer.. Mereka diam jer, biarkan UMNGOK dok tabur FITNAH... Kahkahkah Ikut sangat lah GERAKAN jadiklah BALACI depa tu... hahaha Terbaru MERICAN Gang Kalut pasai Hasil JUDI yang di ber pada orang PENANG oleh LGE... Walaupun LGE kata dia asingkan TV-TV Pencacai tetap nak mainkan perkara ini... Lantak koranglah korang tanggung lah DOSA, Aku tak masuk CAMPUR.. Tapi kali nih sape lak nak mengia atau menidakan gambar-gambar yang aku cilok kat bawah nih...? ![]() PERTAMA Zaman MADER ![]() KEDUA ZAMAN PAKLAH ![]() KETIGA ZAMAN NAJIB ![]() SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim klik kasik besar berite di atas dari the STAR ![]() KAHKAHKAH ini baru serba sedikit sebenar nya BANYAK NAK MAMPUS UMNO dok terima DUIT HASIL SYARIKAT-SYARIKAT HARAM (HALAL KAT MESIA) untuk buat MESJID, BUAT HOSPITAL paling banyak BUAT JALAN RAYA Sebab TU banyak EXIDENT JALAN KAT MESIA nih... Kalau BODOH Jangan TUNJUK kat orang.. ORANG GELAK JER..!! p.s AMIK DUIT PETRONAS (YANG SEBENARNYE DUIT KITE SEMUA sebab minyak bukan hak kerajaan tapi hak kite semua) dan kemudian tak bagi kat kite, kaut semua buat itu buat ini masuk kocek sendiri bagi BINI belanja luar negara SEMUA TU ADALAH HARAM!!! - bagindareformasi Ini pula jawapan dari bekas Mufti Perlis. Intipatinya: penerima tak bersalah, yang menanggung dosa ialah si pemberi. Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram. Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain. Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat. "Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan. "Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan," katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu. Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal. Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal. "Transaksi itu dibuat atas tujuan 'bantuan', bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat," katanya. -SH |
| UMNO pejuang melayu tulen dengan menindas dan memiskin bangsa sendiri...!!! Posted: 26 Sep 2010 04:15 PM PDT Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. ![]() (Gambar atas; lebih 50 tahun merdeka di bawah pemerintahan Umno-BN, rakyat semakin kaya-raya?) "Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke. "Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno," kata beliau. Keadaan itu, katanya, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa. "Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah. "Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. ![]() (Gambar kanan; banglo pemimpin Umno kununnya yang berjiwa rakyat dan kununya pejuang orang Melayu selama ini) Beliau bagaimanapun yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang. "Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang. "Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu," kata beliau. Beliau menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu. Mahfuz mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu. "Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang. "Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?" beliau mengingatkan. Orang-orang Melayu, katanya, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah. |
| Taubat Nasuha Perkenalkan Ibrahim Sebagai Calon Parlimen Pasir Mas Posted: 26 Sep 2010 02:54 PM PDT "Saya bertaubat nasuha kerana jadi orang yang perkenalkan Ibrahim Ali sebagai calon Parlimen Pasir Mas ketika Pilihanraya Umum ke-12 lalu", kata Ahmad Fadhli Shaari (foto), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya di Markas PAS Taman Guru Kuantan malam tadi. Beliau turut menegaskan bahawa Ibrahim Ali memanglah satu-satunya wakil rakyat "katak lompat" yang tiada tolok bandingannya. "PAS terpaksa mencalonkan nama beliau berdasarkan senario politik semasa ketika itu. Tok Guru seboleh-bolehnya ingin mempertahankan pemerintahan Islam di Kelantan. Kita sangka Ibrahim Ali sudah insaf dan akan kembali ke pangkal jalan. Rupa-rupanya, Ibrahim bukanlah orangnya. Malah, selepas kemenangan di Pasir Mas beliau secara lantang mengutuk kepimpinan Tok Guru Nik Aziz", tambah beliau lagi. PAS katanya tidak akan memberi ruang lagi kepada orang seperti Ibrahim Ali. "Saya dengar beliau akan melakukan kejutan besar dalam pilihanraya umum akan datang. Apa yang mahu dikejutkan agaknya. Apakah kejutan kerana menjadi calon bebas atau apa agaknya?", katanya. Beliau turut mendedahkan bahawa Ibrahim Ali sengaja membuat Majlis Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di Stesyen Keretapi Pasir Mas semalam kerana tahu orang ramai lalu lalang di kawasan itu. "Kita membenarkan beliau menggunakan Stadium Mini Pasir Mas untuk membawa mantan PM Mahathir Mohamad dalam programnya itu. Namun, Ibrahim menolak dan sengaja mahu mengadakannya di Stesyen Keretapi. Beliau takut, orang tidak ramai hadir ke stadium yang akan memalukan Mahathir nanti. Maka, di stesyen keretapi itu memang kita ketahui ramai orang lalu lalang dan berurusan di kawasan terbabit. Lantaran itulah beliau membuat majlis berkenaan di lokasi itu", tambahnya lagi. Sementara itu, Fadhli turut mendedahkan cubaan UMNO untuk memalukan dan menjatukan maruah Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS. Bermula dengan kes penipuan perasmian perlepasan perlumbaan basikal Le' Tour De Langkawi awal tahun lalu, kemudian penipuan perasmian Fiesta Kelantan dan terbaru berkenaan cek RM4 billion pula. Semua ini adalah niat jahat mereka untuk mencemarkan nama baik Tok Guru Nik Aziz sebenarnya. "UMNO tidak mahu insaf-insaf, sedangkan sudah banyak petunjuk yang diberikan atas penipuan yang mereka lakukan", katanya. Beliau berkata, isu RM4 billion sengaja diada-adakan untuk memalukan Tok Guru. "Syarikat terbabit sebenarnya baru berbincang dengan Tok Guru berkenaan projek pembangunan bernilai lebih RM300 bilion di pantai Tumpat" |
| Jangan Bawa Biadap Umno Ke Dalam Parti Posted: 26 Sep 2010 02:48 PM PDT ![]() MUNASABAHKAH seseorang ahli parti apatah lagi baru `dua hari' memasuki parti menggelar bosnya berjawatan Timbalan Presiden sebagai `nyanyuk'? Jika ada berlaku sekali pun, mungkin dari kalangan ahli yang tidak berpelajaran atau sememangnya berniat jahat untuk menghancurkan parti. Itulah yang dilakukan oleh calon Timbalan Presiden PKR iaitu Dato Zaid Ibrahim. Betul atau tidak, anda boleh baca kenyataan yang dikeluarkan di Malaysiakini semalam. Adakah kerana Dr Syed Husin Ali menegur atau mengkritik beliau tanpa serangan peribadi yang kotor maka Dato Zaid perlu melawannya secara jijik dan kotor tanpa sedikit pun rasa hormat kepada Timbalan Presiden nya sendiri? Belum pun Dato Zaid dipilih sebagai orang nombor dua dalam parti, beliau telah menunjukkan ego, sombong dan berperangai biadab. Nampaknya Dato Zaid belum pulih sepenuhnya dari `najis' yang dibawa ketika beliau berada di dalam Umno. Saya percaya Dato Zaid di dalam keadaan tertekan sekarang kerana beliau ditinggal jauh oleh YB Azmin di dalam pencalonan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi mengapa beliau melepaskan geram penuh emosi tanpa menggunakan akalnya terhadap Dr Syed Husin? Sebelum ini Dato Zaid menyebut juga bahawa Presiden PKR sekarang umpama `boneka' di dalam parti. Satu kenyataan memperlekehkan DS Wan Azizah. Beliau juga menyebut bahawa DS Anwar selaku Ketua Umum merupakan satu jawatan yang tiada di dalam Perlembagaan Parti maka hakikatnya DS Anwar adalah `ahli biasa' sahaja di dalam parti. Memang benar, Ketua Umum adalah jawatan yang tidak termaktub di dalam parti, tetapi melabelkan DS Anwar bagai `ahli biasa' adalah satu kenyataan yang bersifat ego dan tidak beradab. Melucukan pula, beliau berjanji akan mengembalikan `kuasa' Presiden Parti jika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti nanti. Lojikkah seorang Timbalan akan memberi kuasa kepada Presiden? Sebab itu sebelum ini saya menulis adalah lebih baik Dato Zaid bertanding merebut jawatan Presiden agar dapat merasakan benar atau tidak Presiden PKR itu hanyalah `boneka'. Jika sudah Presiden itu `boneka', apa lagi yang mahu diharapkan kepada Timbalan Presiden? Selama ini PKR mampu menguasai politik tanahair dengan dasar yang jauh lebih baik dari Umno dipimpin oleh `boneka'? Jika Presiden `Boneka' dan Ketua Umum pula `ahli biasa' sahaja, maka siapa yang selama ini berkuasa mengurus parti hingga ke tahap ini? Saya amat setuju dengan nasihat dari YB Azmin agar Dato Zaid menarik balik kenyataannya itu. Jika terbukti beliau melakukan kerja biadab seperti itu, parti mestilah bertindak tegas untuk mengambil tindakan ke atas Dato Zaid kerana menghina Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden. Mungkin Dato Zaid sememangnya mahu parti mengambil tindakan ke atasnya untuk meraih simpati kununnya suara beliau disekat dan akhirnya beliau akan menjadikan alasan untuk melompat dari parti atau menanti untuk dipecat. Mungkin cara YB Zul Kulim cuba dilakukan oleh Dato Zaid. Jika inilah sikap Dato Zaid, sememangnya beliau tidak layak menjadi ahli PKR jauh sekali untuk kita pilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Bayangkan jika beliau berada di kerusi Nombor Dua, apakah yang akan dilakukan oleh Dato Zaid nanti. Sedangkan sekarang beliau belum memegang jawatan tinggi di dalam parti pun beliau sudah menunjukkan sikap kurang ajar dan biadapnya terhadap Ketua Umum dan Presiden Parti. Saya mendoakan agar parti ini dijauhkan dari orang seperti ini yang sentiasa merasakan dirinya besar, ego dan sombong. Orang seperti ini jika ada di dalam parti pun `tidak menambah' dan jika keluar dari parti `tidak mengurangkan' WFAUZDIN NS |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan