pemuda cheh |
| Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan Sultan Kelantan Posted: 12 Sep 2010 10:52 PM PDT Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. "Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini," katanya. Sementara itu, tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan. Dalam pada itu, kesemua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi. Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim. Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat. Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja |
| Golongan bawahan terperangkap? Posted: 12 Sep 2010 07:08 PM PDT Golongan berpendapatan dan berpendidikan rendah akan terperangkap dalam gagasan kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi. Keadaan itu akan menjadi realiti jika Model Baru Ekonomi (MBE) yang menjadi tulang belakang kepada transformasi ekonomi Malaysia itu tidak memberi fokus kepada golongan tersebut. Ketua Eksekutif Institut Penyelidikan dan Kajian Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berpendapat, MBE patut memberi tumpuan kepada golongan tersebut dengan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang yang diceburi. Tambahnya, 60 peratus daripada tenaga kerja di negara ini adalah daripada pekerja sokongan dan berpendapatan rendah pada masa Malaysia mengalami masalah kekurangan tenaga kerja dari segi vokasional dan teknikal. "Kerajaan sepatutnya memberi latihan kemahiran atau meningkatkan kemahiran supaya mereka boleh memberikan hasil kerja yang berkualiti sekali gus diberi upah yang tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Jelas Mahani, golongan ini tidak akan mampu bersaing ketika Malaysia sudah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi jika mereka tidak diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran. "Jika semua perhatian diberikan kepada golongan profesional sahaja, siapa yang mahu menjalankan kerja-kerja sokongan? "Seorang jurutera contohnya masih memerlukan juruteknik untuk menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya, jadi bagaimana hendak mendapatkan hasil yang berkualiti jika juruteknik yang ada di negara ini tidak mempunyai kemahiran yang tinggi?", tambah beliau lagi. Menurut Mahani, ekonomi berpendapatan tinggi juga bermakna harga barangan akan naik seiring dengan kualiti yang ditawarkan dan pendapatan rakyat. Bagaimanapun, golongan ini mungkin akan tersepit di bawah paras kemiskinan kerana tidak mampu menjana pendapatan yang seiring dengan pembangunan negara jika perhatian khusus tidak diberikan kepada mereka. Selain itu, menurut Mahani, tumpuan juga seharusnya diberikan kepada golongan pelajar menengah dan vokasional untuk meningkatkan kemahiran tambahan bagi mempersiapkan diri dengan kemajuan teknologi dan industri-industri baru yang semakin berkembang. "Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap kemajuan ekonomi negara, jika fokus hanya kepada golongan profesional sahaja, Malaysia akan kerugian kerana rakyat bawahan ini juga ada peranannya sendiri," tambah beliau. Katanya, pelbagai industri dan produk baru sudah diperkenalkan Malaysia sejak kebelakangan ini termasuklah perbankan Islam dan sektor-sektor baru dalam pelancongan. MBE katanya, diharapkan mampu mengukuhkan lagi industri-industri ini dan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. "Struktur ekonomi sedia ada mampu diperkemaskan menerusi MBE, kita ada banyak sumber tetapi kadang kala tidak digunakan dengan sebaiknya, itu satu kerugian," ujarnya. Ketika ditanya, apakah Malaysia sebenarnya agak terlewat dalam melakukan transformasi ekonomi dan melancarkan MBE, Mahani menjawab: "Lebih baik terlambat daripada tidak melakukannya langsung, ini kerana Malaysia memang sangat-sangat perlu melakukan transformasi ekonomi atau terus ketinggalan. |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan