Isnin, 13 September 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


AMNOAPCO WAJIB MENJAUHI MAHADHIR HA HA !!1

Posted: 13 Sep 2010 07:29 AM PDT

pemerintah bn menyarankan ahlinya menjauhi perkasa.. sedangkan mantan petinggi bn menekankan umno mesti rapat dengan perkasa ha ha ha..yang betul jangan rapat dengan kedua duanya bro..

PERTABALAN SULTAN KELANTAN YANG BAHARU

Posted: 13 Sep 2010 02:13 AM PDT

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.

"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini," katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata majlis pertabalan akan didakan 'tidak lama lagi'.
NONEAdalah dipercayai Majlis Perajaan bersidang pagi tadi bagi memutuskan pemasyhuran berkenaan.

Keluarga diraja termasuk Tengku Bendahara Tengku Muhammed Faiz Petra dan dua kekanda sultan - Tengku Rozan Petra dan Tengku Salwani Petra serta ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu sejam jam 11.30 pagi bagi upacara itu tetapi maklumat yang diperolehi adalah samar.

Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda - Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir.

Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan dipercayai Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

azlanKetika dihubungi, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad enggan mengulas tetapi berkata butirannya akan didedahkan pada sidang akhbar di istana Kubang Kerian pada jam 2 petang ini.

Beberapa ADUN berkata mereka diarahkan hadir memakai baju Melayu hitam tetapi tidak dimaklumkan sebab untuk berbuat demikian.

"Kami hadir kerana dijemput tetapi tiada butiran yang diberikan," kata timbalan speaker dewang undangan negeri Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim, ketika dihubungi.
Sementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

NONEDalam pada itu, semua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja.

DAHSYAT:PERNAH MEMBUNUH SEBELUM BUNUH SOSILAWATI EX ISTERI ARTIS?

Posted: 12 Sep 2010 11:49 PM PDT

Polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes bunuh berikutan pengakuan empat suspek bahawa mereka pernah terlibat dalam kes-kes terdahulu iaitu bunuh dan membakar mangsa di Ladang Gadong, Morib dekat sini. Dalam kes terbaru, suspek tersebut dikaitkan dengan kehilangan jutawan komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi yang dipercayai dibunuh setelah dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam tempoh setahun, empat kes dilaporkan berlaku membabitkan mangsa yang hilang dari Kuala Lumpur dan Selangor.
"Kesemua mangsa sebelum ini juga dipercayai terlibat dalam urusan pembelian tanah dengan pihak tertentu.
"Empat daripada suspek yang ditahan dalam kes Sosilawati dan tiga mangsa lain juga memberitahu mereka pernah terlibat dalam kes lain. Berikutan pengakuan itu, kita akan melakukan siasatan terperinci," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan.
Sosilawati, 47, dan pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan mahu ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Mohd. Bakri dalam pada itu memberitahu, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa telah membawa sejumlah wang tunai ketika bertemu seorang peguam di Banting sebelum kes kehilangan itu kerana semua bahan bukti telah hangus.
Namun, kata beliau, kes tersebut dikendalikan oleh Polis Kuala Lumpur kerana laporan polis dibuat di kontinjen itu dan akan dibantu oleh Polis Selangor.
Tambahnya, sama ada beliau sendiri atau Muhammad Sabtu akan melakukan hebahan dari semasa ke semasa kepada media berhubung perkembangan kes yang kini menjadi tumpuan masyarakat.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan media yang banyak membantu dalam proses siasatan kes ini," ujarnya.
Tambah beliau, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun turut terlibat dalam siasatan tersebut bagi menyiasat harta luar biasa yang dimiliki oleh salah seorang suspek berjawatan peguam dalam kes Sosilawati.

AWAS!!AL QURAN BERLAMBANG ISRAIL BINTANG DAVID YAHUDI

Posted: 12 Sep 2010 10:04 PM PDT


Satu lagi Al-Quran palsu beredar. Entah palsu atau bagaimana yang pasti menuai kontroversi.
Pemerintah Aljazair memerintahkan ribuan buku Al-Qur'an yang memuat simbol Bintang David Yahudi di koverntya harus ditarik dari peredaran. Hal ini terjadi berbarengan dengan rencana Terry Jones, pastor di Amerika, yang akan membakar Al-Quran.
Pemerintah Aljazair mendesak agar para orang yang telah membeli Quran itu untuk segera memulangkannya ke toko.
Menurut pemerintah Aljazair, simbol pada kover Qur'an itu "tidak sesuai dengan etika umum negara."
Al Bayan, sebuah media yang berbasis di Uni Emirat Arab mengutip seorang pejabat dari Departemen Agama Aljazair mengatakan bahwa seorang pengusaha swasta telah mengimpor Quran-Quran itu dari Mesir.
Anggota parlemen Al Jazair juga menyatakan kemarahannya, seraya menyalahkan menteri agama dan mengancam melarang impor Quran. (sa/ynet)

PEMBUNUHAN INI LEBIH DAHSYAT DARI PEMBUNUHAN ALTANTUYA?

Posted: 12 Sep 2010 08:45 PM PDT

Dzulfikar Mashoor
JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.

Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.

"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.

Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.

Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.

"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."

"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya

Jangan bersandiwara dalam isu PERKASA - Anwar

Posted: 12 Sep 2010 09:29 AM PDT

Jangan bersandiwara dalam isu PERKASA - Anwar
Harakahdaily
SEBERANG JAYA, 12 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Umno yang cuba mengelak dari dikaitkan dengan isu PERKASA.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan Umno dan Barisan Nasional(BN)terjejas dengan tindakan pertubuhan yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali itu.

Menurut Anwar lagi, Umno dan BN sepatutnya menyedari sokongan yang semakin hilang terhadap mereka bukannya kerana pertubuhan tersebut semata-mata.

Sebaliknya tindakan kepimpinan Umno dan BN sendiri telah menghilangkan keyakinan rakyat khususnya terhadap kepimpinan mereka.

"Mereka tidak sedar apa yang telah mereka lakukan itu adalah faktor kepada kehilangan sokongan. ISA yang mereka laung-laungkan sebelum ini untuk dipinda terhenti setakat itu.

"Rasuah yang berterusan tanpa had menyebabkan rakyat semakin bosan dengan kerenah mereka. Yayasan Satu Malaysia yang mereka tubuhkan untuk manfaat rakyat seperti didakwa hanyalah untuk kroni. Pemberiannya juga tidak secara telus.Melayu yang mereka bela adalah Melayu kroni mereka. Bukannya Melayu yang miskin dan perlu diberi pembelaan."ujarnya lagi.

Dalam isu pemilihan bagi merebut jawatan dalam PKR, Anwar tidak memberi jawapan samada mahu menerima atau tidak sekiranya ada yang mencalonkannya bagi jawatan Presiden.

"Apa yang perlu diberi tumpuan ialah pemilihan dalam parti.Biarkan pemilihan berjalan dengan baik dan lancar sebelum apa-apa keputusan diberikan.

"Biarkan ahli parti yang membuat keputusan secara bijak dan demokrasi sepenuhnya yang kita laksanakan dalam pemilihan parti kali ini. Mereka yang akan menentukan siapa pimpinan yang mampu untuk membawa reformasi dan menerajui parti."tegasnya lagi.

Anwar berkata demikian ketika ditemui media dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PKR Negeri P.Pinang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr.Mansor Othman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri yang lain

Tiada ulasan: