jiwo kelate |
- Pemasyhuran Sultan selesai Kemelut Istana – Tok Guru Nik Aziz
- Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan Sultan Kelantan hari ini
- Jangan kecoh Negeri sudahlah ….
| Pemasyhuran Sultan selesai Kemelut Istana – Tok Guru Nik Aziz Posted: 13 Sep 2010 06:02 AM PDT Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dapat menyelesaikan kemelut istana negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta segenap lapisan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agar mendoakan semoga negeri ini selamat zahir dan batin serta dunia dan akhirat. Berikutan pemasyhuran itu juga, beliau tidak mahu ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah "rumah siap pahat berbunyi". “Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing," katanya kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas majlis penghadapan dan penyerahan watikah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru. – Bernama / Utusan |
| Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan Sultan Kelantan hari ini Posted: 12 Sep 2010 11:05 PM PDT Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.
"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini," katanya. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU Sementara itu, tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan. Dalam pada itu, kesemua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi. Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim. Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat. Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja. – Bernama |
| Jangan kecoh Negeri sudahlah …. Posted: 12 Sep 2010 04:37 PM PDT Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra berkata melalui peguamnya hari ini bahawa baginda akan mencabar pertabalan pemangku raja sebagai sultan yang baru – di tengah-tengah laporan bahawa istiadat permasyhuran itu akan berlangsung esok. Menurut kenyataan media oleh peguam Rashid Zulkifli – yang menyatakan firma guamannya bertindak bagi pihak Tuanku Ismail Petra – baginda sultan telah memfailkan dua petisyen di Mahkamah Persekutuan. Rashid berkata, mahkamah telah diminta untuk menentukan tahap kuasa pemangku raja sewaktu baginda sultan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya. Utusan Malaysia melaporkan Jumaat lalu dengan memetik sumber bahawa Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai sultan Kelantan yang baru, untuk menggantikan ayahandanya, yang sudah lebih setahun gering.
SEMENTARA ITU, Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari berkata Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, boleh dilantik sebagai sultan yang baru – di tengah-tengah laporan yang menyebut kemungkinan istiadat permasyhuran itu akan berlangsung esok. Abdul Aziz, yang banyak menulis mengenai kesultanan dan perlembagaan negara, berkata permasyhuran itu harus dilakukan oleh Majlis Perajaan, yang diberi tugas tersebut dalam perlembagaan Kelantan. Menurut Abdul Aziz, majlis tersebut sama seperti Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa yang sama untuk melantik dan memecat Yang di-Pertuan Agong. Menurutnya, prinsip Islam serta pertimbangan perlembagaan berat kepada pelantikan sultan yang baru ketika sultan masih gering dan tidak mampu menjalankan tugas perlembagaan baginda. Bagaimanapun, beliau menyuara keprihatinnya berhubung berita mengenai permasyhuran tersebut, yang disifatkannya sebagai ‘agak misteri’. “Prosesnya harus terbuka dan telus,” katanya. Baca di sini (Pemasyhuran jadi tandatanya), lagi di sini (Majlis Pemasyhuran) Jumaat lalu, Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang sudah setahun gering. Laporan itu menyebut bahawa istiadat permasyhuran itu akan berlangsung di Istana Balai Istana Besar mulai jam 11.30 pagi. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat berkata beliau tidak tahu mengenai istiadat permasyhuran tersebut, kerana tidak menerima surat rasmi dari pihak istana mengenai hal itu. Manakala pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi oleh Bernama semalam, enggan mengulas tentang perkara itu. – Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan