Khamis, 2 September 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Felda Kalah Kerana Peguam Tidak Hadir, Pemimpin PAS Buat Laporan Polis Terhadap PM Najib Razak Kerana Telah Menghina Mahkamah

Posted: 01 Sep 2010 11:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sept - Seorang pemimpin PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mengandungi unsur menghina Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kes saman peneroka Felda kemahang Tiga di Kelantan. Turut dinamakan dalam laporan polis itu ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Nor. Laporan tersebut dibuat oleh yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli di Balai Polis Dang Wangi di ibunegara pada kira-kira jam 10.45 pagi. Beliau diringi oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman serta pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar dan empat peneroka Felda jempol. Dalam laporannya, Abd Rahman mendakwa, Najib membuat ucapan tersebut ketika berbuka puasa dengan peneroka Felda Gugusan Serting, Negeri Sembilan pada 26 Ogos di Masjid Bandar Seri Jempol. Beliau mendakwa perdana menteri dilaporkan oleh media sebagai berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah kerana peguam yang mewakili Felda tidak hadir, dan bukan disebabkan olen penipuan.

Keputusan Hakim Berdasarkan Kepada Fakta Kes

Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga kerana menipu mereka berhubung gred buah kelapa sawit dalam laporan polis itu, Abd Rahman mendakwa kenyataan Najib bahawa beliau akan pastikan perbicaraan kes yang serupa di masa akan datang bakal dimenangi Felda adalah "suatu campurtangan dan ugutan kepada badan kehakiman kerana beliau adalah perdana menteri". Dalam aduannya juga, Abd Rahman turut memetik laporan kenyataan Ahmad yang mendakwa "keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan oleh wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya di pihak Felda seperi yang didakwa oleh sesetengah pihak". Sehubungan itu, Abd Rahman mendakwa kenyataan ahli parlimen Pontian itu adalah "ungkapan melampau, biadap dan tidak menghormati keputusan mahkamah". "Keputusan hakim akan dibuat berasaskan fakta kes dan tidak wajar dipertikaikan. Bahkan perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, barisan peguam Felda hampir 10 orang yang hadir. "Jadi tidak timbul sama sekali Felda kalah kerana peguam tidak hadir," katanya.

[Begitu mudah Felda ingin mempertahankan diri mereka. Mereka fikir peneroka semuanya bodoh dan boleh percaya bahawa Felda itu bukan "lintah darat" yang menghisap darah peneroka sejak dulu kini dan selamanya. Keputusann yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan dikatakan salah teknikal akibat peguam tidak hadir, sedangkan peguam Felda ramai dan bukan seorang dua. Jika peguam tidak hadir sekali pun, bukankah Felda boleh memohon agar mahkamah menangguh sesuatu prosiding berkenaan. Mereka mahu menipu dan tidak berani berpijak di bumi yang nyata bahawa Felda memang pembohong. Akhirnya PM sendiri masuk campur dan tergamak mengeluarkan kenyataan akan pastikan Felda menang dalam mana-mana kes selepas ini. Ternyata ini amat tidak adil dan sengaja mengertak para hakim nanti. Bukankah Najib adalan ketua negara dan hakim-hakim itu berada di bawah mereka. Maka, sesuai benarlah Najib dituduh menghina mahkamah].mkini

AMK Pahang Sebulat Suara Mahu Agar Shamsul Iskandar Dikekalkan Sebagai Ketua AMK Pusat !!

Posted: 01 Sep 2010 08:12 PM PDT

MENTAKAB, 2 Sept [11.32 am] - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang sebulat suara mahu mengekalkan Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjawat jawatan itu dalam pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan AMK sesi 2010 hingga 2013. Ketua AMK Pahang, Rizal Jamin (foto) berkata, selain itu seramai empat atau lima calon pemuda AMK Pahang akan dihantar untuk bertanding bagi jawatan Exco Majlis Pimpinan AMK nanti. Menurutnya, pemuda AMK Pahang kini kian giat menjalankan pelbagai program turun padang terutama di kampung tradisional dan tanah rancangan untuk menyampaikan maklumat seperti edaran risalah, ceramah dan sebagainya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama 14 Ketua Cabang AMK Pahang di sini semalam.

[Satu keputusan yang akan terlalu awal untuk dibuat sebenarnya. Apapun itu adalah apa yang dinyatakan oleh Ketua AMK Pahang sendiri. Cuma apa yang lebih penting sekarang ialah AMK Pahang perlu lebih kerap mengadakan program bersama Pakatan Rakyat terutamanya PAS. AMK Pahang juga wajar melahirkan lebih ramai skuad pelapis untuk naik ke pentas ceramah bagi membantu perjuangan rakyat di negeri ini. Jika dilihat kepada senario semasa, perkara ini jelas tidak berlaku sebenarnya. Malah peranan ICT dalam AMK Pahang juga perlulah ditingkatkan jika benar ingin menarik golongan muda menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun kami ucapkan syabas atas keputusan berani AMK Pahang untuk terus mengekalkan Shamsul menerajui pergerakan itu. Namun, harus diingat bahawa lawan beliau juga hebat jika Chegubard dan Rafizi sah menawakan diri untuk jawatan itu. Terdapat juga ura-ura Shamsul akan dinaikkan pangkat kepada Ketua Penerangan PKR untuk memberi laluan kepada Chegubard dan Rafizi bertemu satu lawan satu dalam pemilihan nanti. Semoga pertembungan itu tidak akan mewujudkan perpecahan dalam AMK itu sendiri hendaknya].

Ketua Dewan Pemuda Himpunan Penyokong PAS, Berikrar Akan Memastikan Kemenangan Parti Itu

Posted: 01 Sep 2010 03:40 PM PDT

JERANTUT, 2 Sept [6.40 am] - Pertama kali bertemu beliau yang sering mengikut bapanya menghadiri program, saya hanya menganggap Balendran (foto), 24, seorang pemuda biasa yang peramah dan tampan seiras pelakun Bollywood, tanpa menduga beliau mempunyai bakat besar sebagai pemimpin. Sehinggalah baru-baru ini tatkala mendengar beliau berpidato sebagai Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sempena pelancaran DHPP peringkat negeri Pahang di Jerantut baru-baru ini. Anak kepada Timbalan Ketua DHPP Pusat, N. Balasubramaniam ini ternyata berbakat dan menampilkan ciri-ciri kepimpinan. Paling menarik ialah beliau berjaya memukau perhatian pendengar dengan meluahkan perasaan mewakili kaum India di Malaysia yang telah sekian lama tertipu dengan parti kerajaan. "Sekian lama kami menaruh harapan untuk hidup lebih bererti di bumi Malaysia ini, setiap kali diberi kepercayaan oleh BN untuk memberikan kehidupan yang sempurna. Kami juga diulit dengan janji yang indah. Apa yang kami ingin hanya sebidang tanah sekadar untuk mendirikan rumah sebagai tempat berteduh dan bercucuk tanam. Inginkan pendidikan yang sempurna untuk anak cucu kami. Sayangnya kami hanya sekadar ditaburi segunung janji sebelum kami membuang undi. Beginilah hidup kami sejak lebih 50 tahun yang lalu," ucapnya menyorot nasib bangsanya yang ketinggalan tetapi paling setia menyokong BN selama ini. Apa yang diutarakannya ialah nasib bangsa India yang sejak ratusan tahun dulu dibawa penjajah ke sini untuk menjadi buruh ladang dan tidak banyak berubah meskipun sudah lebih setengah abad merdeka di bawah BN. "Bangsa kami terus hidup dalam keadaan ketinggalan. Tiba-tiba ditakdirkan Tuhan, kami telah dipertemukan dengan sinaran cahaya bulan purnama iaitu PAS. Ikuti selanjutnya di blog www.mypahang.net

[Kenyataan Balendran ini sedikit menyedarkan rakyat terutamanya masyarakat kaum India di negara ini. Di negeri Pahang sememangnya nasib kaum India sukar untuk terbela. Tambahan pula, tiada langsung wakil kaum terbabit yang diberi peranan secara khusus untuk membela mereka. Malah dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sendiri tidak ada satu pun kuota kaum India diberi tempat dalam kabinet Adnan Yaakob. Semua ini amatlah memilukan kaum India sebenarnya. Walhal terdapat seorang ADUN BN dari parti MIC yang telah menang dalam pilihanraya umum yang lalu. Soalnya, kenapa beliau tidak dibawa ke dalam Exco Kerajaan Negeri jika benar kerajaan mengamalkan konsep 1Malaysia. Akhirnya masyarakat kaum India terus terpinggir dari arus pembangunan. Lantaran itulah mereka perlu melakukan perubahan mulai sekarang. Jika tidak nescaya masa depan kaum mereka akan terus merudum di bumi Pahang Darul Makmur ini].

Tiada ulasan: