Anak Cucu Nabi Adam |
- Hisham Pun Kena Sound Dengan Perempuan HuHuHu
- Bangsat Punya Barua Indon Ni
- Khir Toyo Kena Sound Dengan Perempuan Huhuhu
- Nie Ching bakal buka butik selendang?
- Kamera intip berjaya rakam wajah dalang
- PAS lapor polis
- Siasat pemimpin hina mahkamah
- 'UMNO BERUK' Cetus Kemarahan Umat Islam
- Blogger Hassan Skodeng Didakwa
- Sumber air mineral ditemui di Kelantan
- 'Pertemuan bersejarah' Saifuddin dan Pemuda PAS
- Pemuda PAS temui Saifuddin
- Bertandinglah Cara Anak Jantan
- UMNO Dah Mula Kecut Teloq
- Saham Realmild milik Umno?
- Selagi UMNO Memerintah PDRM di bawah politik BN
- Etika Seksual Dalam Islam
- Puasa dan Seks Di Bulan Ramadan
- Penaja 1Malaysia Kucar Kacirkan Umat Islam
- Masjid Sebagai Destinasi Pelancongan
- Dulu boleh sekarang tak boleh? Sudah tukar ka?
- Apa UMNO Nak Kata Selepas Ini?
- Orang Penang Dapat RM600 Duit Raya
- Jauhi tabiat buruk Little Napoleon
- DAP dan Umno dahului daftar pemilih
| Hisham Pun Kena Sound Dengan Perempuan HuHuHu Posted: 02 Sep 2010 01:43 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein patut mencermin dirinya sendiri sebelum menghukum dengan gelaran-gelaran tertentu, kata exco kanan Selangor Teresa Kok. Teresa mempersoalkan daripada mana Hishamuddin mendapat hak sebagai pihak berautoriti dalam hal moral untuk menyifatkan orang lain sebagai 'kotor' sedangkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan hati terbuka masuk ke dalam surau kerana diundang. "Beliau (Teo) sendiri telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak terbabit. Saya fikir Hishammuddin menggelarnya sebegitu hanya kerana beliau bukan Islam atau kerana beliau seorang perempuan," katanya. "Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain." Semalam, Bernama melaporkan Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perkembangan isu Teo amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam. "Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata "kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil", lepas ini apa lagi "bala" nak datang? "Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam," beliau dipetik sebagai berkata. Walaupun Hishammuddin menggunakan perkataan "berhadas besar", versi Inggeris agensi berita itu melaporkannya seagai "dirty" (kotor) dalam bahasa Inggeris. Dalam satu kenyataan hari ini, Teresa yang juga ahli parlimen Seputih dan setiausaha publisiti DAP berkata menteri berkenaan harus segera menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf kepada Teo atau gagasan "1Malaysia akan selamanya hilang kewibawaan di mata rakyat" |
| Posted: 02 Sep 2010 01:38 AM PDT Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) semalam bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk. Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis "diplomasi mati suri", "ganyang Malaysia", "bela harga diri bangsa" serta "malingsia serumpun yang durhaka". Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai jam 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia. Dalam insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing dengan alasan pencerobohan terhadap wilayah perairan masing-masing. Sungguhpun semua mereka dibebaskan pihak berkuasa kedua-dua negara empat hari kemudian, perasaan marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah padam kerana mereka mendakwa Malaysia bertindak merendahkan martabat Indonesia dan meminta Malaysia memohon maaf kepada republik itu. Kumpulan-kumpulan masyarakat di sini turut mengkritik kerajaan Indonesia yang didakwa tidak tegas terhadap Malaysia berhubung insiden itu. ~Bernama~ |
| Khir Toyo Kena Sound Dengan Perempuan Huhuhu Posted: 02 Sep 2010 01:36 AM PDT ![]() Lebih Baik Khir Toyo Diam Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin. Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo. Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor. Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan. "Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi. Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu. "Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan. Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar. "Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam. Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu. Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat. Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu. "Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi. ~MK~ |
| Nie Ching bakal buka butik selendang? Posted: 02 Sep 2010 01:35 AM PDT Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bakal membuka butik selendang selepas ini kerana sejak berita beliau memasuki surau tanpa memakai tudung disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari-hari beliau menerima hadiah selendang."Terima kasih kepada Utusan, saya dah terima empat selendang dari pihak yang berbeza...tak lama lagi saya boleh buka butik selendang," tulis Nie Ching dalam twitternya hari ini. Nie Ching menjadi popular sejak kebelakangan ini apabila pelbagai cerita negatif disiarkan oleh media pro Umno terhadap beliau sejak beliau memberikan ucapan ringkas di Surau Nurul Huda, Serdang. Utusan telah melaporkan, Nie Ching telah memberikan tazkirah Ramadhan di surau itu. Ekoran itu, dalam satu kenyataannya, Nie Ching berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut dan memberikan ucapan ringkas adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik. "Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik. "Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya. Namun begitu, pelbagai pihak lain mempertahankan tindakan Nie Ching masuk ke surau itu dan menyifatkan tindakan itu tidak salah dari sisi Islam. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz, bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Mohd Nor Manuty menyokong tindakan Nie Ching. Nie Ching juga bertemu sendiri dengan Nik Aziz bagi bertanya pandangan beliau terhadap masalah yang dihadapinya itu. "Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah. "Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid. "Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan kepada media. ~harakah~ |
| Kamera intip berjaya rakam wajah dalang Posted: 02 Sep 2010 01:34 AM PDT Beberapa individu dikenal-pasti dalam rakaman video yang dijumpa dalam 'kamera intip' yang ditemui di pejabat menteri besar Selangor pada awal bulan lalu.Pada sidang media di Shah Alam hari ini, setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin berkata mereka yang dikenalpasti itu bekerja di tingkat yang sama dengan pejabat menteri besar di bangunan setiausaha kerajaan negeri. "Daripada siasatan dalaman, terdapat beberapa wajah dan suara yang dikenal-pasti dari rakaman video itu. (Tetapi) kita tidak bercadang mendedahkan butirannya (sekarang)," katanya. "Sesetengah mereka sepatutnya berada di sana, tetapi ada juga yang tidak sepatutnya berada di sana." Pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat penemuan 'kamera intip' itu akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim esok untuk menentukan tindakan selanjutnya. Faekah berkata pasukan petugas itu perlu mendapatkan kelulusan daripada Khalaid sebelum boleh menyoal-siasat mereka yang dikenal-pasti dalam rakaman video itu. "Kami perlu menyiasat mereka bagi menentukan siapa di sebalik perkara itu," katanya. Menurut Faekah, rumusan awal siasatan mendapati mereka yang terbabit itu cuba menjadi "nakal dari segi politik." Beliau juga mendedahkan tiga pegawai polis berjumpa dengannya pagi ini tetapi mengesahkan belum ada laporan polis yang dibuat. Sebelum ini, Khalid berkata pasukan petugas berkenaan akan diberi masa menyiasat terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada polis. ~MK~ |
| Posted: 02 Sep 2010 01:33 AM PDT PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia. Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'. Laporan polis hari ini dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib di sini kira-kira jam 3 petang ini. Idris berkata, PAS menganggap tuduhan yang dibuat oleh Zainuddin itu sangat serius dan yakin ianya bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada parti itu. "Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat. Tambah beliau juga, Umno sudah terdesak kerana kehilangan sokongan rakyat sehingga bertindak memfitnah PAS. "Umno tahu mereka sudah pun terdesak kerana mereka juga mengalami kehilangan sokongan terutama di kalangan Melayu yang agak cerdik dan ada maklumat. "Jadi mereka sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan dan orang bukan Melayu juga tidak bersama dengan mereka dan apa yang Zainuddin buat ini untuk timbulkan keraguan kepada orang bukan Melayu terhadap PAS," katanya lagi. Idris turut menyifatkan politik yang dimainkan Zainuddin 'sudah ketinggalan zaman' dan meminta beliau berhenti daripada memfitnah PAS. "Tan Sri Zainuddin ini sudah tua. Politik yang dia mainkan tu politik 60-an dan rakyat yang boleh akses maklumat sudah tahu maklumat sebenar. Zaman dia sudah berlalu dan dia tidak sepatutnya keluarkan kenyataan begini," katanya. PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut. Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang. ~harakah~ |
| Posted: 02 Sep 2010 01:32 AM PDT Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak) menuntut pihak polis menyiasat tiga pemimpin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina keputusan mahkamah berhubung kes saman peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan.Tuntutan itu dibuat dalam satu laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dekat sini hari ini. Laporan polis itu dibuat Yang Dipertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dengan diiringi Pengerusi Tindak, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohamad Omar. Abdul Rahman dalam laporannya mendakwa kenyataan ketiga-tiga pemimpin itu menghina keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan, institusi kehakiman dan mencemarkan nama baik hakim-hakim yang terlibat dengan kes tersebut. Selain itu, Najib juga didakwa campurtangan dan mengugut badan kehakiman dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan memastikan perbicaraan kes yang sama pada masa akan datang akan dimenangi Felda. Najib seperti dilaporkan media, pada majlis berbuka puasa bersama peneroka Felda Gugusan Serting Negeri Sembilan di Masjid Bandar Seri Jempol, 26 Ogos lalu, menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah kerana peguam yang diwakili Felda tidak hadir dan bukan disebabkan penipuan. Ahmad dan Yusof juga didakwa mengeluarkan kenyataan yang sama. Salahuddin pada sidang media selepas laporan itu dibuat meminta polis menyiasat segera kenyataan Najib yang didakwa merupakan satu ugutan kepada para hakim. "Satu yang sangat serius yang seharusnya disiasat segera oleh pihak polis ialah mengenai kenyataan perdana menteri yang menyatakan Felda akan menang dalam perbicaraan akan datang. "Ini suatu ugutan dan campurtangan eksekutif terhadap kehakiman," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Salahuddin juga berkata, kerajaan dilihat begitu terdesak dengan kemenangan peneroka sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan menghina keputusan mahkamah. 26 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Felda berhubung keputusan mahkamah sebelum itu yang mengenepikan rayuan Felda terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu 13 Januari 2008 yang mengarahkan Felda membayar gantirugi sejumlah RM11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 kerana didapati terlibat dengan penipuan gred harga kelapa sawit. Felda melalui peguam mereka yang diketuai Datuk Cecil Abraham membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan tetapi gagal. Felda sekali lagi melalui kumpulan peguam yang sama membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan tetapi kemenangan tetap berpihak pada peneroka. Mazlan pula berkata, dakwaan Najib bahawa Felda kalah disebabkan peguamnya tidak hadir adalah kenyataan dangkal dan penghinaan yang jelas terhadap keputusan mahkamah. "Kalau mereka berhujah Felda kalah sebab peguam tidak datang, tidak benar sama sekali kerana peguam mereka tidak hadir hanya di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tapi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan peguam mereka datang," kata Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sementara itu, Salahuddin menambah, Tindak akan membuat satu lagi pendedahan berhubung penipuan penggredan baja selepas Aidilfitri nanti. "Tindak akan bergerak secara berterusan dan kita akan buat satu pendedahan penting dan kita mempunyai bukti yang kuat berhubung pegredan baja seperti bukti penipuan yang telah berlaku," katanya. ~Harakah~ |
| 'UMNO BERUK' Cetus Kemarahan Umat Islam Posted: 02 Sep 2010 01:30 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan gambar palsu menunjukkan beliau sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam sebagai "satu lagi perbuatan jahat yang terdesak" yang keji oleh pihak yang mahu merosakkan imejnya.Lim berkata gambar yang disebarkan secara meluas di Internet itu adalah perbuatan mereka yang ketandusan idea dan tidak bermoral. Gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu dipercayai didalangi oleh penulis upahan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'PAS Beruk'. Kata Lim, mereka yang terbabit itu adalah "pembohong bersiri" yang menggunakan teknik yang dipelopori oleh menteri propaganda Jerman, Joseph Goebbels ketika era rejim Nazi, Adolf Hitler yang cuba menyediakan rakyat dari segi psikologi menghadapi peperangan dan pemusnahan tamadaun manusia. "Tetapi mereka telah melakukannya berulang-kali sehingga rakyat tidak lagi mempercayai pembohongan mereka," kata Lim kepada Malaysiakini tanpa menuduh sesiapa. "Namun, kita tidak boleh kata bukan semua orang mempercayai pembohongan seperti itu dan propaganda berkenaan kerana ada juga yang akan mempercayainya," katanya. Selasa lalu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh pemangku ketuanya Herman Samsudeen mengelaurkan kenyataan media mengutuk perbuatan itu. "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan," katanya. Herman mendakwa gambar itu yang memaparkan Lim dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?" bertujuan melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat dan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam. Katanya lagi, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam. "Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya. Sebelum ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP diheret dengan kontroversi apabila didakwa mengarahkan namanya digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat. Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Lim yang jelas berang dengan gambar palsu itu berkata beliau kini bosan dengan fitnah dan pembohongan yang berterusan itu. "Bila kita lakukan perkara baik, mereka tidak boleh terima dan langsung tidak melaporkannya seperti pemberian RM1,000 kepada keluarga yang meninggal dunia ataupun bayaran RM500 kepada kaitangan awam, baru-baru ini," katanya. Beliau berikrar akan mencari mereka yang bertanggungjawab terhadap gambar palsu berkenaan dan telah mengarahkan pegawainya supaya menyiasat dan mengenal-pasti dalang berkenaan. ~MK~ |
| Blogger Hassan Skodeng Didakwa Posted: 02 Sep 2010 01:29 AM PDT Seorang penulis blog, Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen palsu pada Mac lalu.Beliau yang menggunakan nama Hassan Skodeng di laman web, didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain, di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz. Menurut peguamnya, Jahaberdeen Mohamed Yunoos, ini adalah kali pertma seorang penulis blog didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat-naik artikel berbentuk parodi atau satira di blognya. Jika didapati bersalah, Irwan berdepan dengan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. Irwan yang juga editor eksekutif akhbar Malay Mail bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu, memuat-naik artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini. Tindakannya itu menyaksikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat aduan rasmi kepada SKMM pada 2 April lalu. "Tuduhan seperti ini akan memberi impak yang besar terhadap perkembangan sastera dan penulisan di Malaysia," kata Jahaberdeen di luar mahkamah. SKMM diwakili oleh timbalan pendakwa raya Badius Zaman Ahmad dan pegawai pendakwanya, Zairul Nahar Zakaria. Hakim kemudiannya membenarkan Irwan dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Penasihat Kumpulan Red Berry Media, Datuk Ahiruddin Atan yang juga dikenali dengan nama Rocky bertindak sebagai penjaminnya. Hayatul kemudian menetapkan 24 November ini sebagai tarikh sebutan. ~MK~ |
| Sumber air mineral ditemui di Kelantan Posted: 02 Sep 2010 01:28 AM PDT Biar pun kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, namun kekayaan hasil buminya masih mampu memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri.Buktinya, penemuan emas di perut bumi Kelantan di Sokor, Tanah Merah kini sedang dimajukan syarikat dari China, CNMC Goldmine Limited dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Dan baru-baru ini pula sumber air air semula jadi (mineral) ditemui di Batu Melintang, Jeli. Ekoran penemuan tersebut syarikat Sihhat–Afiat Sdn Bhd (Sihhat) dengan usahasama Tabb Global Sdn Bhd dan Kelantan Utilities Mubarakan Holding Sdn Bhd akan membina kilang bagi mengeluarkan minuman tersebut. Kilang terbabit akan mencatat satu lagi sejarah kerana ia merupakan industri pertama mengeluar, membotol dan membungkus air mineral semula jadi di Kelantan. Pengerusi Lembaga Pengarah Sihhat, Datuk Husam Musa berkata, pemilihan tapak kilang air mineral semulajadi itu dibuat setelah mendapat nasihat pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan dan pakar geologi dari Sihhat. "Kilang yang akan dibina terletak di pinggir jalan utama menghubung Kelantan - Perak dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. "Pada peringkat awal dua telaga tiub telah dibina kedalaman tidak kurang 120 meter. Standard air mineral menepati kehendak jabatan berkaitan," katanya di majlis perasmian pecah tanah pembinaan kilang air mineral di sini, semalam. Perasmiannya dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh dan Adun Ayer Lanas, Abdullah Yakob. Husam berkata, kerajaan melulus kawasan seluas 10 ekar bagi pembangunan industri pengeluaran air mineral terbabit. ~harakah~ |
| 'Pertemuan bersejarah' Saifuddin dan Pemuda PAS Posted: 02 Sep 2010 01:26 AM PDT Dewan pemuda PAS pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu "pertemuan bersejarah" bagi menggesa supaya mahasiswa dibenarkan aktif berpolitik.Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata beliau gembira kerana Saifuddin menyambut baik tuntutan yang dikemukakan mereka dalam memorandum berkenaan. "Ini merupakan langkah permulaan yang baik sebab kami dapat (peluang) beri pandangan kepada beliau," kata Nasruddin ketika ditemui wartawan. Memorandum berkenaan antara lainnya menuntut supaya siswa "dibebaskan" dan dibenarkan berpolitik, termasuk menyertai parti politik. Ia turut menuntut supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dihapuskan. "Tidak keterlaluan jika mahasiswa juga dibenarkan menjawat jawatan dalam parti," katanya kepada wartawan di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya hari ini. Nasruddin juga berkata, Saifuddin turut memberikan pandangannya dalam pertemuan selama kira-kira 40 minit itu. Tambahnya, beliau berharap Saifuddin akan "membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi sama ada ke Kbinet ataupun dalam Majlis Tertinggi Umno." Katanya lagi, pemuda PAS telah lama berniat untuk bertemu dengan timbalan menteri itu. "Kita perhatikan siri dialog dan ucapan timbalan menteri hampir senada dengan perjuangan kita untuk bebaskan mahasiswa daripada kekangan AUKU," katanya lagi. Tambahnya lagi, Pemuda PAS juga sedia bertemu dengan pemuda BN untuk membincangkan isu berkenaan. ~MK~ |
| Posted: 02 Sep 2010 01:25 AM PDT Pertemuan antara Dewan Pemuda PAS Pusat dengan Datuk Saifuddin Abdullah bagi membincangkan isu penglibatan mahasiswa dalam politik berlangsung hari ini. Pertemuan tersebut akan berlangsung jam 10.30 pagi ini di pejabat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu di Putrajaya selepas ditangguhkan 23 Ogos lalu.Deligasi Pemuda PAS diketuai ketuanya, Nasrudin Hassan bersama Setiausaha Khairul Faizi, Ketua Penerangan, Suhaizan Kayat dan Bendahari, Adram Musa. Dalam pertemuan kira-kira 40 minit tadi, Pemuda PAS juga menyerahkan memorandum, hasil kajian pihaknya, yang menyenaraikan kewajaran membenarkan mahasiswa IPTA aktif berpolitik. Memorandum itu juga antara lain menggesa kerajaan mamansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). "Ini merupakan langkah permulaan yang baik sebab kami dapat (peluang) beri pandangan kepada beliau. "Kita perhatikan siri dialog dan ucapan timbalan menteri hampir senada dengan perjuangan kita untuk bebaskan mahasiswa daripada kekangan AUKU," kata Nasruddin ketika ditemui wartawan selepas pertemuan tersebut. Demi memperjuangkan hak mahasiswa itu uga kata Nasrudin, dewan itu bersedia bertemu dengan Pemuda Umno dan BN. Saifuddin sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menemui sesiapa sahaja termasuk Pemuda PAS bagi membincangkan idea membenarkan penglibatan mahasiswa dalam politik. Pertemuan tersebut awalnya dicadangkan pada 23 Ogos namun ditangguhkan oleh Saifuddin pada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kelmarin bagaimanapun telah memaklumkan tarikh hari ini untuk bertemu Pemuda PAS. Kabinet sebelum ini juga telah menolak idea Saifuddin tersebut yang mahu kerajaan membenarkan mahasiswa menyertai politik secara aktif. Biarpun ditolak, Saifuddin tetap optimis memandangkan turut mendapat sokongan bukan sahaja dari beberapa rakan Umno BN yang lain, malah Perdana Menteri sendiri yang dilihat terbuka dengan isu tersebut. Selaian Pemuda PAS, PKR juga mahu melamar Saifuddin mengetuai kaukus khas di Parlimen berhubung isu tersebut. ~harakah~ |
| Bertandinglah Cara Anak Jantan Posted: 02 Sep 2010 01:24 AM PDT Pemantau perjalanan pemilihan PKR Mydemocracy Watch kini menerima aduan berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail oleh bakal calon."Kita terima aduan terdapat pihak yang menggunakan perkataan bahawa beliau direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," kata penyelaras badan sukarela itu, Yusmadi Yusoff. Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, aduan itu antara tiga aduan yang diterimanya bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini. "Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya kepada Malaysiakini. Menjelang pemilihan PKR hujung tahun ini, cakap-cakap terdapat calon yang direstui Anwar mula menular dalam parti itu, terutamanya dalam persaingan merebut jawatan nombor satu dalam sayap Pemuda PKR (AMK). Persaingan dalam AMK dijangka melibatkan pertembungan empat penjuru antara anggota majlis pimpinan pusat Badrul Hisham Shaharin dan Mohd Rafizi Ramli, penyandang ketua Shamsul Iskandar Md Akin serta pemimpin cabang Hasmi Hashim. Dalam kehangatan itu, Mohd Rafizi yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor disebut-sebut mendapat 'restu' Anwar. Manakala calon Hasmi - salah seorang penulis ucapan Wan Azizah - pula dikatakan sedang cuba mendapatkan persetujuan presiden PKR itu sebelum mengumumkan kesediannya bertanding. Kedua-kedua mereka bagaimapun ketika dihubungi Malaysiakini menafikan perkara itu, Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Yusmadi menjelaskan walaupun bakal-bakal calon ke jawatan tertentu masih mengumumkan kesedian mereka bertanding, Mydemocracy Watch tetap mengambil pendekatan proaktif dan reaktif bagi menangani kebimbangan anggota parti. "Walaupun ia masih di peringkat cakap-cakap di kedai kopi, implikasinya tetap sama. (Ia) menyebabkan imej parti tercemar," katanya yang juga exco AMK. Sementara itu, Yusmadi juga memberitahu, pihaknya juga menerima beberapa lagi aduan menjelang pemilihan PKR, antaranya: Terdapat sebuah program latihan kerajaan Selangor digunakan bagi tujuan berkempen terhadap pemimpin tertentu. Terdapat anggota MPP menaja calon-calon dalam pemilihan peringkat cabang di Pahang. Berlaku insiden baling kerusi semasa proses pencalonan di sebuah cabang di Perlis. Sehubungan itu, Yusmadi berkata, aduan-aduan itu akan diteliti dan disalurkan kepada jawatankuasa pemilihan atau jawatankuasa disiplin PKR. "Kita tak perlu tirut baling kerusi macam di Taiwan, tak perlu pihak autokratik taja orang tertentu, tak perlu pelobi tidak beretika wujud macam di Amerika Syarikat. Kita patut beri ruang demokrasi," katanya. ~harakah~ |
| Posted: 02 Sep 2010 01:24 AM PDT PAS dapat merasai ketakutan pemimpin Umno BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat Peguam Negara. Katanya, nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN sementara nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di mahkamah. "Atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberikan nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily . Di samping itu, soalnya lagi, apa pula indikator nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara untuk Kerajaan BN memulangkan wang royalti Terengganu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. "Kenapa ada nasihat yang 'double standard' dalam agenda pentadbiran Peguam Negara. Apakah perundangan yang ditafsir oleh Peguam Negara sekarang dan dulu tidak sama?" "Adakah mereka membaca dokumen perjanjian Petroleum Kelantan dengan Petronas dan akta berkenaan dengan cara yang berbeza?" tanya beliau lagi. Yang pasti, katanya peraturan perjanjian dan akta itu tidak pernah berubah tetapi yang berubah adalah kerajaan yang memerintah. Menurutnya, asalkan PAS memerintah sahaja, wang royalti bertukar jadi wang ehsan dan itulah yang ada dalam kamus Umno BN. "Bila Kerajaan BN tumbang di Dun negeri, muncul pula kerajaan haram bernama Jabatan Pembangunan Persekutuan. Mana pula akta dan peraturan yang mereka guna untuk wujudkan jabatan ini," ujarnya. Justeru, tegasnya PAS kini yakin yang isu saman royalti itu akan dimenangi oleh Kerajaan Kelantan yang diperintah PAS. Saman itu juga, tambahnya membuka mata rakyat dan menyampaikan kepada masyarakat dunia bahawa di Malaysia terdapat Kerajaan Persekutuan yang menzalimi rakyatnya lantaran dendam dan tidak tahan malu selepas tewas dalam pilihan raya. ~harakah~ |
| Posted: 02 Sep 2010 01:22 AM PDT Bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin memberitahu bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau terpaksa menanggung kerugian RM40 juta apabila 7.101 juta saham dalam Realmild (M) Sdn Bhd yang didakwa dibelinya adalah kepunyaan Umno. Realmild adalah syarikat yang memiliki majoriti saham dalam konglomerate Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB). Rahman yang satu ketika dahulu pengarah Realmild apabila beliau membeli kepentingan keseluruhan dalam syarikat itu -menghadapi saman komersial RM10 juta yang difailkan oleh seorang lagi bekas pengarah syarikat berkenaan Datuk Khalid Ahmad. Rahman berkata beliau dimaklumkan dan diarahkan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir 2001 untuk memindahkan semua saham atas namanya kepada nama Datuk Seri Syed Anwar Jamalullail tanpa sebarang soalan. "Saya diberitahu bahawa saham Realmild adalah kepunyaan Umno. Saya amat terkejut kerana tidak pernah mengetahui bahawa Umno adalah pemilik sebenar saham-saham itu." "Saya mengambil-alih saham Realmild semata-mata berdasarkan pandangan dari sudut korporat dan perdagangan. Saya mencari dana untuk tujuan memiliki saham berkenaan melalui keupayaan kewangan saya dan tanpa bantuan daripada sebarang entiti politik," kata Rahman ketika menjawab soalan peguamnya, Alex de Silva. Apabila disoal-balas oleh peguam Khalid Ahmad Fadzil Mohd Perdaus mengapa beliau tidak mengambil tindakan ke atas anak guamnya dan tiga lagi pengarah Realmild yang mana beliau membeli saham berkenaan, Rahman berkata beliau mempercayai perdana menteri (ketika itu). "Lagipun, saya tidak mahu membuat apa-apa yang boleh mengheret perdana menteri. Sebab itu saya tidak meneruskan tindakan lanjut," katanya. ~MK~ |
| Selagi UMNO Memerintah PDRM di bawah politik BN Posted: 02 Sep 2010 01:20 AM PDT Biarpun masih terlalu awal untuk menilai, PAS tetap melahirkan kebimbangan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, Tan Sri Ismail Omar. Kebimbangan yang maksudkan adalah berhubung kemampuan Ismail membebaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dirinya sendiri dari cengkaman dan penguasaan politik Umno BN. "Mampukah Tan Sri Ismail Omar membebaskan diri dia dan PDRM dari kongkongan Umno BN? "Kebimbangan saya, kerajaan Umno BN akan turut memperalat beliau walaupun saya percaya beliau seorang yang sangat punya prinsip dan integriti yang tinggi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perlantikan Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa 13 September ini menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tidak dilanjutkan kontrak. Menurutnya lagi, realiti yang berlaku pada waktu ini jelas memperlihatkan penguasaan Umno BN ke atas PDRM melalui kuasa menteri dalam negeri. Biarpun Ketua Polis Negara diganti individu baru, namun katanya cara dan tindakan PDRM tetap akan sama kerana mereka masih di bawah telunjuk pemimpin Umno BN. "Nama sahaja Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong, tapi hakikatnya dikuasai politik Umno BN," katanya. Sementara itu, beliau juga secara sinis mempersoal tindakan kerajaan Umno BN yang tidak menyambung kontrak Musa. Menurutnya, khidmat Musa sewajarnya diteruskan kerana beliau telah banyak berjasa kepada Umno BN sepanjang berkhidmat. "Sepatutnya, dengan jasa begitu besar melindungi politik Umno BN, Tan Sri Musa Hassan wajar dikekalkan sebagai ketua polis negara seumur hidup," katanya. ~harakah~ |
| Posted: 01 Sep 2010 10:31 AM PDT Hubungan seks yang benar telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sabdanya: "pergilah, peristerilah seorang perawan yang kamu cintai dan yang mencintaimu. Janganlah kamu bersenggama dengannya sebelum kau bangkitkan syahwatnya dengan cumbuan". Sabdanya lagi: "Jangan ada di antaramu yang menghampiri isterinya seperti binatang, melainkan adakan diantaranya satu tanda iaitu ciuman dan kata-kata rayuan." Kedua hadist tersebut diatas mengisyaratkan bahwa dalam melakukan hubungan badan antara suami istri tidak boleh sembarangan, asal-asalan atau semaunya tanpa memperhatikan pihak lain (suami/isteri), apakah sudah terpenuhi kebutuhannya atau belum. Ada beberapa petunjuk tentang etika seksual dan adabnya yang diajarkan oleh agama seperti yang tercantum dalam buku " Seks Dalam Islam" karya Drs. Humaidi Tata Pangarsa iaitu: 1. Suami hendaknya jangan suka main paksa 2. Istri hendaknya jangan berbuat Nusyuz (menolak ajakan) 3. Suami atau isteri hendaknya jangan melanggar hak seksual isteri atau suami, sekalipun dengan alasan ibadah. 4. Memulai dengan basmalah dan doa 5. Suami isteri hendaknya tidak saling melihat alat kelamin 6. Jangan melakukan Azal tanpa izin isteri 7. Jangan begitu saja meninggalkan isteri 8. Saat isteri sedang hamil 9. Pada bulan Ramadhan 10. Berapa kali melakukan hubungan selama satu minggu 11. Jangan berhubungan badan saat isteri sedang haid 12. Biarlah menjadi rahasia suami isteri |
| Puasa dan Seks Di Bulan Ramadan Posted: 01 Sep 2010 10:28 AM PDT Apakah seks itu harus dihentikan sepanjang bulan ramadan? Ramai umat Islam diseluruh dunia menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadan dan berebut-rebut nak buat ibadat dibulan Ramadan, konon untuk mendapatkan pahala yang berganda. Begitu juga kaum ibu turut mengejar pahala ibidat di bulan Ramadan. Ya niat kaum ibu itu amat besar untuk mengejar pahala di bulan puasa atau bulan ramadan. Malah kaum ibu harus sedar bahawa "pahala' yang diperolehi berlipat kali ganda itu bukan hanya buat ibadah puasa sahaja malah apa-apa amalan lain juga turut mendapat pahala yang berlipat seperti memasak untuk suami dan keluarga berbuka, imsyak, makan minum anak-anak, mengurus rumah tangga dan lain-lain tugasan rumah berupakan pahala yang besar, khusunya di bulan ramadan. Tiba Waktu Malam Suami mengejar Ibadah Sunat Terawih. Isteri juga tidak ketinggalan mahu pahala yang banyak dibulan ramadan katanya hanya sekali dalam setahun. Satu ketika berlaku satu peperangan lalu dikumpulkan kaum muslimin untuk berperang melawan kafir, lalu datang sekumpulan wanita meminta izin dengan Rasulullah SAW katanya" Ya Rasulullah, tidak adil kaum lelaki, kamu panggil untuk berperang dan jika mereka mati, mereka menjadi syahid, mereka terus dimasukkan ke Surga, Ini tidak adil, Ya Rasululah, kami juga mahu pergi berperang dan mahu syahid juga." Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda, " Wahai kaum ibu, ketahui oleh mu bahawa menjaga anak dirumah dan urusan rumah tangga juga di Fi Sabililah , dan pahalanya sama besar dengan suami mu yang pergi berjuang disisi Allah - Pahalanya sama dengan para Syuhada." Sekarang Soal Hubungan Suami isteri Di Waktu malam Bulan Ramadan. Si isteri mengejar-gejar pahala dan berlumba ke masjid konon untuk mendapatkan pahala yang banyak 'Solat Sunat Tarawih' sehingga terabai tugasan dirumah, anak-anak dirumah siapa yang membimbingnya? Benar, niat anda untuk mengumpulkan pahala amal ibadat kerana tidak mahu mesia-siakan keberkatan bulan ramadan. Sudah tentu niat anda itu tidak salah. Tetapi bila pulang kerumah Jangan Abaikan Tugasan dan Tanggung Jawab anda terhadap Suami anda dalam hubungan kelamin atau seksual. Kita sedia maklum bahawa di siang hari suami isteri dilarang berhubungan badan dan pada waktu malam mengejar ibadah sunnah solat terawih sehingga keletihan, tiadk ada mood, malas mengantuk dan menepikan hubungan seksual suami. Ya, hai kaum ibu, ibadah puasa itu wajib dan ada lagi satu tanngungan jawab besar kamu yang wajib ditaati. Bila suami kamu mengajak kamu berhubungan badan, kamu tidak boleh menolaknya walaupun di atas unta! Saya rasa ayat ini semua kita sudah ketahui bila menghadiri kursus kawin sebelum bernikah. Kenapa kamu tidak menghayati hadis ini ? Kenapa kamu mengutamakan satu ibadah sunnah sedangkan kamu mengabaikan satu lagi ibadah sunnah yang juga besar pahalanya iaitu hak suami isteri. Hak Allah wajib kita tunaikan diwaktu siang hari dan hak pasangan anda juga wajib kita tunaikan dalam hubungan suami isteri, diwaktu malam hari. Jika kita mengumpulkan pahala dibulan ramadan, hubungan suami isteri waktu malam dibulan maradan juga memberi kita pahala. Berdosa besar jika si isteri tidak melayan kehendak suami, kita khuatir 'kalau-kalau' pahala yang dibuat sia-sia kerana anda menepikan kehendak suami itu kan juga ibadah. Begitu juga sebaliknya. Walaupun hanya sekadar hubungan suami isteri, seksual atau mesra-mesraan, namun kita harus ikhlas dalam melakukannya. Jika tidak sia-sia sahaja, pahala tidak dapat, malah berdosa dan yang dapat hanya letih semata-mata |
| Penaja 1Malaysia Kucar Kacirkan Umat Islam Posted: 01 Sep 2010 10:25 AM PDT Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan. Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. 1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. 2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid. 3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid. 4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza. Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda. Kita lihat bagaimana perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam. 1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam 2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam. 3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut. 4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood. 5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut. 6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku' yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu. 7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat. 8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?. Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam. Apakah hukumnya yang sebenar? Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:- يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28) Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu. Satu lagi adalah :- أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 ) Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, 'kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat. Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)" Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu), بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim ) Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam. HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM Imam Ibn Hajar Al-'Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut. Imam Nawawi menghuraikan: Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87) Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :- ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268) Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan UMNO. Kalau UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk UMNO halal. Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika UMNO jadi halal. UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja. Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia. |
| Masjid Sebagai Destinasi Pelancongan Posted: 01 Sep 2010 10:23 AM PDT PELANCONGAN keagamaan yang dikaitkan dengan pusat dan tempat bersejarah sesuatu agama adalah produk pelancongan yang berkembang pesat. Banyak negara sudah melancarkan kempen tahun melawat di negara masing-masing turut mempromosikan pusat keagamaan sebagai destinasi pelancongan.Malaysia turut mengambil langkah sama, tetapi tidak dinafikan usaha itu terutama menjadikan masjid sebagai destinasi pelancongan menjadi isu negatif di kalangan masyarakat yang beranggapan kedatangan pelancong terutama bukan beragama Islam boleh menjejaskan kesucian masjid yang menjadi rumah Allah. Persoalan besar timbul ialah apakah hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Berdasarkan pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah at-Taubah, ayat 28) Masjid lain pula pada pandangan ulama Syafi'iyah adalah diharuskan jika bertujuan baik. Ulama ini berpegang pada hadis sahih diriwayatkan Bukhari, menjelaskan bahawa sekumpulan tentera Islam yang baru kembali dari medan perang Nejad membawa seorang tawanan perang bernama Tsumamah Utsaal dari Bani Hanifah yang ketika itu belum beragama Islam dan mengikatnya pada tiang dalam sebuah masjid. Kemudian Rasulullah SAW menuju kepada tawanan itu seraya bersabda: "Lepaskanlah Tsumamah." Kemudian Tsumamah berangkat menuju ke kebun kurma berdekatan masjid dan mandi. Selepas itu Tsumamah masuk semula ke dalam masjid sambil melafazkan kalimah dua syahadah menjadi seorang muslim." Berdasarkan hadis itu nyata bahawa jika tindakan membawa seseorang bukan Islam ke dalam masjid menjadi satu kesalahan tentu sekali Rasulullah SAW akan menegur tindakan sahabat membawa masuk Tsumamah ke dalam masjid itu. Bagaimanapun bagi menjamin dan memelihara kesucian masjid, pihak pengurusan perlu membuat peraturan sesuai umpamanya dimestikan menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa sesuai yang tidak mengganggu umat Islam menunaikan ibadat. Dari aspek pelancongan, kita dapati Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah di Arab Saudi menjadi tempat kunjungan paling popular di dunia. Pada musim haji sahaja kira-kira 3 juta umat Islam mengunjungi Makkah dan Madinah. Menurut Lembaga Pelancongan Arab Saudi menjelang 2020 dijangkakan seramai 45.5 juta orang Islam akan mengunjungi dua tempat suci itu dengan anggaran pendapatan sebanyak SR80 bilion setahun. Perbelanjaan besar umat Islam itu memberi peluang perniagaan yang besar kepada penduduk Arab Saudi. Walaupun masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita tidak sehebat di Arab Saudi, tetapi ia berpotensi besar untuk menarik pelancong terutama orang bukan Islam menziarahi masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita. Berdasarkan pemerhatian, perkara yang menjadi daya tarikan pelancong terutama pelancong bukan Islam ketika melawat masjid ialah keindahan menara, seni bina masjid, mihrab, mimbar, hiasan dalaman masjid yang tenang, tempat wuduk, peranan imam, kemerduan suara muazzin, peranan makmum dan cara umat Islam menunaikan sembahyang. Bagi umat Islam, daya tarikan ini kelihatan perkara biasa, tetapi bagi orang bukan Islam adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam kerana nyata suasana ketenangan rumah Allah itu berbeza dengan suasana rumah ibadat agama lain. Di sebalik kecenderungan besar pelancong bukan Islam terhadap produk pelancongan berasaskan keagamaan ini, maka sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan memperluaskan pengetahuan mengenai Islam melalui pelancongan. Bagaimanapun bukan mudah untuk menarik pelancong datang menziarahi masjid kecuali pihak pengurusan masjid mampu mengambil langkah tertentu seperti menyediakan maklumat berkenaan sejarah penubuhan masjid, persekitaran bersih dan ceria serta kemudahan tandas selesa. Begitu juga fungsi dalaman masjid, menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa, menjalankan promosi luas kepada masyarakat setempat dan perkhidmatan pemandu pelancong selain menyediakan ruangan pameran serta galeri. Pada masa ini antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka. Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007. Selari dengan usaha memakmurkan masjid ini, maka marilah kita merenungi firman Allah bermaksud: "Bahawasanya yang memakmurkan masjid ialah orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka yang memakmurkan masjid itu mendapat hidayah daripada Allah." (Surah at-Taubah, ayat 18) Penulis ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Tarikh : 23 April 2008 Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan Masjid Sebagai Destinasi Pelancongan (Ghafani Awang Teh,Berita Harian, 1.3.2008) |
| Dulu boleh sekarang tak boleh? Sudah tukar ka? Posted: 01 Sep 2010 10:20 AM PDT Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap. UMNO ni sedang lemas. Orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu.Mengulas tentang kisah Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010,Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depannya, telah memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid. Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010 yang lalu telah disensasikan oleh berberapa buah blog Pro-UMNO, hinggakan ada yang yang menulis Nie Ching telah memasuki Surau tersebut dalam keadaan berbogel kerana tidak menutup rambut (contohnya seperti Rosmah Mansor). Dan Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching pula yang mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, berkata beliau hanya memenuhi jemputan."Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak. "Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi. Kesalahannya adalah jelas disini iaitu Teo Nie Ching telah memasuki surau tersebut dengan tidak menutup aurat.. mungkin juga kerana Teo Nie Ching Ahli Parlimen dari DAP, maka tindakannya masuk keruang solat utama itu dianggap sebagai satu kesalahan yang amat besar oleh blogger-blogger pro UMNO.. Sedangkan Di dalam kitab I'lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub. Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I'lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318) Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka. Jika Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi menganggap perkara ini tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau. Apa pula pendapat beliau tentang cadangan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) sendiri untuk menjadikan Masjid sebagai destinasi Pelancongan pada tahun 2008 dulu. Cadangan itu dikemukakan kerana menurut kajian yang dijalankan oleh JAKIM Pada masa itu antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka. Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007. Jadi kenapa dulu JAKIM membenarkan bukan Islam mengunjungi Masjid tetapi kini Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau. Adakah kerana Teo Nie Ching seorang Ahli Parlimen dari DAP dan beliau juga seorang Cina yang bukan Islam telah memasuki Surau maka kini UMNO/BN terpaksa mengubah pula undang-undang? Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu.. atau seperti Lembu yang nazak setelah disembelih, sebelum dia mati dia akan tendang apa saja yang berada disekelilingnya… Jadi apa saja yang dirasakan boleh menyelamatkan dirinya akan dipergunakan oleh UMNO biarpun kebanyakkan isu itu akan mencetuskan backfire kepada mereka. Contohnya macam Isu Khutbah di Pulau Pinang baru-baru ini.. Mana Zahid Hamidi? Kenapa sudah diam sekarang? ~anak sungai derhaka~ |
| Apa UMNO Nak Kata Selepas Ini? Posted: 01 Sep 2010 10:12 AM PDT Teo Nie Ching ialah seorang Ahli Parlimen dari DAP, beliau telah dijemput memberikan sepatah dua kata kerana telah memberikan sumbangan kepada Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos yang lalu malangnya lawatannya itu telah mencetuskan kontroversi setelah disensasikan oleh Utusan Malaysia yang mentafsirkan ucapannya itu sebagai takzirah.Disebabkan beliau bukanlah seorang yang berugama Islam jadi beliau tidak menutup rambutnya yang juga sebahagian dari aurat tetapi pakaiannya boleh dikatakan sopan. Kejadian ini telah dikritik hebat oleh para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang dikuasai oleh UMNO/BN. Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau sedangkan suatu masa dulu JAKIM pernah mencadangkan agar MASJID DIJADIKAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN. Kemudiannya mereka mempertikaikan pula cara Nie Ching berpakaian yang tidak menutup kepalanya yang juga sebahagian dari aurat denga tidak memakai tudung. Ini pula ialah gambar Isteri Najib iaitu Rosmah sedang memberikan takzirah (layak kah dia?) didalam sebuah Surau yang tidak tahu entah dimana. Memberikan Takzirah dengan tidak menutup keseluruhan aurat (hampir sama dengan Nie Ching)di hadiri oleh para penyokong UMNO yang jelas kelihatan ada yang tidak menutup aurat didalam Surau tersebut.Mereka adalah orang-orang Islam yang sepatutnya lebih memahami tuntutan Islam dalam menjaga adab dan tertib ketika berada didalam Masjid atau Surau. Dan sebagai wanita yang berugama Islam cara berpakaian mereka sepatutnya jauh lebih sopan dari Nie Ching yang bukan Islam itu.. Malangnya tiada sesiapapun dari para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang berani mempertikaikan kelakuan mereka itu. Mereka memejamkan mata mereka. Adakah kerana perempuan itu isteri kepada Najib dan pendengarnya pula ialah penyokong UMNO mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Allah? Ini juga gambar Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh penyokong UMNO/BN juga memperlihatkan aurat di dalam Masjid. Ini gambar lama. Bukan gambar Rosmah. Yang ini Puteri UMNO sedang membaca Al-Quran sambil mendedahkan aurat Ini juga gambar puteri-puteri UMNO dalam satu majlis disebuah surau atau masjid ada yang penampilannya sama dengan Nie Ching. PUTERI UMNO TERKECUALI DARI HUKUM ISLAM KE?~anak sungai derhaka~ |
| Orang Penang Dapat RM600 Duit Raya Posted: 01 Sep 2010 10:06 AM PDT Kerajaan negeri Pulau Pinang menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500."Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500. "Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500," kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini. Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain). "Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta. "Pemberian kepada 1,396 guru Kafa sebanyak RM 250 akan melibatkan RM 349,000. Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan agensi negeri, ia membabitkan RM5.2 juta," kata Lim. Menurut Lim, beliau berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memperkukuhkan tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di persada antarabangsa. ~MK~ |
| Jauhi tabiat buruk Little Napoleon Posted: 01 Sep 2010 10:05 AM PDT "Mahu tak mahu, suka tak suka kita juga mesti menjauhi diri daripada tabiat buruk Little Napoleon yang merugikan rakyat," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Katanya, kerajaan negeri telah mendedahkan muka dan wajah seorang Little Napoleon di negeri ini yang angkuh, menyalahgunakan kuasa tanpa merujuk kepada undang-undang dan tidak menghormati prinsip demokrasi. Justeru, beliau mengingatkan kakitangan negeri bahawa urustadbir CAT, yang telahpun dipuji oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul Transparency International, mestilah mendukung demokrasi, integriti, moraliti awam dan kerajaan rakyat selain memupuk perpaduan rakyat Pulau Pinang yang tinggal bersama dalan suasana penuh harmoni dan saling hormat-menghormati. "Sekiranya Pulau Pinang berjaya mencapai taraf antarabangsa, maka imbuhan ahli perkhidmatan awam pun mestilah capai taraf antarabangsa," ujarnya pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Kewangan di Komtar, di sini, pagi ini. Sebagai galakan ke hala tuju itu, beliau mengumumkan bahawa pemberian bantuan khas kewangan ataupun 'duit raya' sebanyak RM500 kepada pegawai perkhidmatan awam di pentadbiran negeri. Di samping itu, buat kali pertamanya bantuan sebanyak RM250 untuk guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa). "Ini adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh pegawai dan anggota pentadbiran negeri terhadap perkhidmatan masing-masing yang melibatkan 20 jabatan negeri," ujarnya. Beliau mengharapkan pembayaran itu nanti dapat meringankan beban pegawai kumpulan sokongan khasnya dalam membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Namun begitu, beliau menasihatkan kakiatangan supaya mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan berpatutan. Beliau berkata, bantuan khas itu juga dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Perbadanan Bekalan Air (PBA); Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI); Katanya, pemberian bantuan khas sebanyak RM500 itu melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta sementara pemberian kepada 1,396 guru Kafa melibatkan RM349,000. "Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun negeri dan agensi negeri, ianya melibatkan RM5.2 juta," jelasnya. Menurutnya lagi, walaupun pengumuman yang dibuat selepas Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 18 Ogos lalu bantuan itu adalah hanya RM400, namun tindakan awal kerajaan negeri telah berjaya mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM500. "Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM500," ujarnya lagi. ~harakah~ |
| DAP dan Umno dahului daftar pemilih Posted: 01 Sep 2010 10:04 AM PDT DAP dan Umno terus mendahului PAS dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar 9,106 dan 7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala PKR (1,749).Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun. Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu. "Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya 'semakin agresif' pada bulan Julai berbanding bulan Jun. "Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus," katanya lagi. Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR. Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara. Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu. Mengikut pecahan yang dikeluarkan SPR, pada Julai lalu, Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12). Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding Umno 54,872. MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), PAS (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), Upko (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam). Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, SPR telah mewartakan daftar pemilih tambahan suku kedua 2010 membabitkan pemilih yang terdiri daripada seramai 164,812 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi. Pada masa yang sama kata beliau, SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 nama daripada rekod pemilih berdaftar atau sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara. Daftar pemilih suku kedua itu telah diwartakan semalam. Sehubungan itu kata beliau, dengan pengesahan daftar tambahan suku kedua ini negara mempunyai seramai 11,381,193 pemilih yang sah berbanding 11,247,225 sebelum ini. Daripada seramai 11.4 juta itu, 4,344,101 orang merupakan pengundi berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 7,037,092 lagi berusia 41 tahun dan ke atas. "Dengan proses ini, SPR telah dapat mengurangkan bilangan mereka yang mendaftar daripada 4.3 juta kepada 4.2 juta," katanya. Secara perbandingan kata beliau, SPR menerima 191,970 permohonan baru sepanjang suku kedua 2010 melibatkan April dan Jun lalu berbanding 157,327 pada suku pertama. "Secara purata kami menerima 170,000 permohonan bagi setiap suku tahun ini setakat ini berbanding 85,000 permohonan setiap suku sepanjang tahun lalu. "Pada tahun pilihan raya umum 2008 (yang berlangsung bulan Mac), SPR hanya menerima secara purata 50,000 berbanding purata 300,000 setiap suku pada tahun 2007," katanya. Oleh itu beliau menjangkakan purata permohonan baru yang diterima akan meningkat selepas ini mengambil kira pilihan raya umum dan negeri Sarawak. ~harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















Memberikan Takzirah dengan tidak menutup keseluruhan aurat (hampir sama dengan Nie Ching)di hadiri oleh para penyokong UMNO yang jelas kelihatan ada yang tidak menutup aurat didalam Surau tersebut.
Ini juga gambar Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh penyokong UMNO/BN juga memperlihatkan aurat di dalam Masjid.
Ini gambar lama. Bukan gambar Rosmah. Yang ini Puteri UMNO sedang membaca Al-Quran sambil mendedahkan aurat
Ini juga gambar puteri-puteri UMNO dalam satu majlis disebuah surau atau masjid ada yang penampilannya sama dengan Nie Ching.
PUTERI UMNO TERKECUALI DARI HUKUM ISLAM KE?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan