Era Pasca |
- Umno makin takut selepas Kelantan saman Petronas
- VIDEO! TABIAT GOMEN BN BUKAN RAHSIA LAGI...
- WEH BACA NIH!
- GAMBAR BAPAK NGERI! JANGAN TENGOK KALAU ADA LEMAH JANTONG!
| Umno makin takut selepas Kelantan saman Petronas Posted: 02 Sep 2010 03:16 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 Sept: PAS dapat merasai ketakutan pemimpin Umno BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat Peguam Negara. Katanya, nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN sementara nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di mahkamah. "Atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberikan nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily . Di samping itu, soalnya lagi, apa pula indikator nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara untuk Kerajaan BN memulangkan wang royalti Terengganu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. "Kenapa ada nasihat yang 'double standard' dalam agenda pentadbiran Peguam Negara. Apakah perundangan yang ditafsir oleh Peguam Negara sekarang dan dulu tidak sama?" "Adakah mereka membaca dokumen perjanjian Petroleum Kelantan dengan Petronas dan akta berkenaan dengan cara yang berbeza?" tanya beliau lagi. Yang pasti, katanya peraturan perjanjian dan akta itu tidak pernah berubah tetapi yang berubah adalah kerajaan yang memerintah. Menurutnya, asalkan PAS memerintah sahaja, wang royalti bertukar jadi wang ehsan dan itulah yang ada dalam kamus Umno BN. "Bila Kerajaan BN tumbang di Dun negeri, muncul pula kerajaan haram bernama Jabatan Pembangunan Persekutuan. Mana pula akta dan peraturan yang mereka guna untuk wujudkan jabatan ini," ujarnya. Justeru, tegasnya PAS kini yakin yang isu saman royalti itu akan dimenangi oleh Kerajaan Kelantan yang diperintah PAS. Saman itu juga, tambahnya membuka mata rakyat dan menyampaikan kepada masyarakat dunia bahawa di Malaysia terdapat Kerajaan Persekutuan yang menzalimi rakyatnya lantaran dendam dan tidak tahan malu selepas tewas dalam pilihan raya. |
| VIDEO! TABIAT GOMEN BN BUKAN RAHSIA LAGI... Posted: 01 Sep 2010 10:20 PM PDT Pergi ke link u Tube untuk lihat komen-komen.... |
| Posted: 01 Sep 2010 07:32 PM PDT Kejadian sebenar isu Pengetua Siti-Namewee. -OLEH AMENO SENDIRI Memandangkan isu namewee-puan siti hajah siti sudah semakin serius dan telah terpusing sehingga 360 darjah dari cerita asal, maka saya disini mahu menjelaskan kronology kejadian sebenar. Sebab utama saya mahu berbuat begini adalah disebabkan isu ini telah dimainkan oleh blogger umno secara berleluasa, dan penuh dengan fitnah. Mereka menghasut dan menambahkan garam, perasa, dan pewarna tiruan dalam cerita asal sehingga cerita asal kisah ini telah hilang sebaliknya kisah ini telah dipolitikkan dan bertukar menjadi isu perkauman dimana namewee pula dituduh sebagai menghina agama islam. Dan bila ada anak2 muda MELAYU/ISLAM/NON-MUSLIM/CINA yang percaya dan terpengaruh dengan fitnah BN/UMNO maka akan wujud peristiwa seumpama 13mei. Yang mana melayu vs cina. Sepatutnya mereka bertanggungjawab meredakan situasi, ini tidak mereka pergi tambah api. Stail api mengapi neh memang jati-diri mereka. Keuntungan yang mereka dapat dengan menjadi batu-api kepada rakyat ialah, rakyat melayu dan islam akan beralih sokongan dari PR kepada UMNO. Ini yang mereka buat dalam kes namewee-pengetua siti. Saya akan jelaskan satu persatu, dan saya pohon agar anak2 muda jangan sesekali membiarkan diri dipengaruhi, dihasut oleh owang lain untuk membenci kaum lain. Tidak kira anda melayu, cina dan india. Ingat kalau anda membuatkan diri anda dipengaruhi anda sebenarnya telah berjaya masuk ke dalam perangkap umno/bn. Dan kepada cina/india/non-muslim, saya ingatkan sekali lagi dengan tegas, kuat dan lantang, anda boleh membenci umno, anda boleh membenci bn akan tetapi anda tak boleh membenci melayu. Dan tidak boleh membenci islam. Ini kerana bukan semua melayu berperangai seperti UMNO. Oleh itu saya minta jasa baik anda, untuk tidak mengkhinzir2kan kaum melayu. (membabi2kan) Pada saat anda membabi2kan kaum melayu anda sebenarnya sudah selangkah ke dunia racist. Dan apabila anda racist, anda = bn = serupa. Begitu juga ada kaum2 non-muslim telah menghina islam berikutan kisah namewee-pengetua siti menjadi besar. Sepertimana yang saya selalu tegaskan, apabila seseorang itu berbuat salah, dia berbuat salah atas nama dia sendiri. Bukan atas nama islam. Islam tidak terbabit langsung dengan 'dosa' yang dia buat meskipun dia adalah seorang muslim. Jika anda tidak suka kepada individu terbabit, maka individu terbabitlah yang anda 'attack'. Jangan sesekali menghina dan meletakkan kesalahan kepada islam. Kerana Islam itu indah, penganut islam boleh sahaja tidak betul, kerana kekurangan ilmu, tetapi Islam dan Allah swt tidak akan pernah salah. Oleh itu, jangan ada di antara anda mencaci-maki islam akibat perbuatan seseorang yang mana dia turut menganuti islam. Adakah apabila seseorang cina itu membunuh, dan kebetulan dia adalah beragama buddha maka saya harus mencaci maki agama nya? sudah tentu tidak bukan? Semua agama mengajar penganut nya untuk berbuat baik. Pada saat anda mencaci maki islam ialah saat anda sudah terjerat dengan taktik umno. Dan apabila sentimen agama berpadu dengan sentimen kaum, maka akan tercetus lah konflik. Jika anda mahu negara malaysia ini aman dan damai, jangan sesekali ikut emosi marah dan membiarkan diri dipengaruhi oleh sentimen2 jahat yang disebarkan bagi menjamin kuasa politik sesetengah parti. AWAS! BERWASPADA LAH sebelum anda terkena! Saya mulai dari kisah pengetua puan hajah siti inshah. 1. Dia membuat satu pengucapan yang berbaur racist. 2. Dorongan dia berbuat demikian adalah KONON NYA disebabkan, situasi politik yang mula tersebar di sekolah tempat dia mengajar, dia dikata adalah pro umno, manakala kebanyakan guru2 lain adalah pro dap, pkr dan pas. Dalam erti kata lain, guru2 telah berpecah belah, kerana fahaman politik yang berbeza dan pengetua tidak suka. Dan terdapat juga cerita di mana, dia terdengar perbualan guru2 mengutuk umno dan dia tidak suka. (ini tidak semestinya sahih) 3.Sebelum itu terdapat cerita dimana dia dikatakan telah bermasam muka dengan seorang guru india akibat tuntutan guru india tersebut yang mahu menubuhkan persatuan tamil telah ditolak sebaliknya digantikan dengan kelab bahasa tamil. (ada beza ke persatuan dan kelab? aku pun blur) 4.So sehari selepas itu dia berbuat pengucapan ini (rujuk sini) pada perhimpunan sekolah untuk mengulas masalah displin yang serius.. (itu motif dia, tapi saya hairan, adakah hanya pelajar cina dan india sahaja yang nakal kat sekolah tue? bagaimana dengan pelajar melayu? semua nya baik dan santun? boleh tegur masalah displin tetapi tak boleh menjadi racist) 5. boleh jadi dia bertindak demikian kerana didorong rasa tidak senang melihat guru2 kebanyakan adalah pro pembangkang sedangkan tempat dia iaitu johor adalah kubu kuat umno. 6. Apa yang boleh saya rumuskan ialah apabila seorang guru berpolitik, samada dia suka atau tidak, dia sebenarnya telah mempengaruhi minda anak didik dalam berfikir. saya tidak tahu samada situasi ini baik ataupun tidak, terserah pembaca untuk menilai sendiri, akan tetapi jika ditanya pada saya, sejujurnya, saya melihat perkara ini ada pro-contra tersendiri, kalau berpolitik sampai terjejas prestasi dan pemikiran pelajar itu tidaklah patut, tetapi kalau tak boleh berpolitik, sebaliknya dipaksa pula untuk mengundi satu2 parti politik tanpa kerelaan nya, juga tidak patut. 7. Sejurus perhimpunan tersebut, ramai guru2 yang mendengar (bukan melayu, non-muslim) berasa tidak berpuas ahti dengan tindakan pengetua terbabit. 8. Apa yang menghairankan saya ialah kenapa tidak guru2 terbabit yang membuat laporan polis?kenapa perlu pelajar terbabit yang buat laporan polis?adakah kerana guru2 terbabit takut dikenakan tindakan tatatertib? ataupun sememangnya pelajar perempuan tersebut memang berniat untuk membuat laporan polis? yang ini saya tidak tahu maka sebab itu saya tidak boleh kupas lanjut. terserah pembaca untuk membuat penilaian sendiri. saya juga pernah berhadapan dengan pengetua yang racist. berbeza dia adalah cina, dia sangat racist dengan orang melayu dan saya berbangga kerana dapat melawan dia dengan penuh berani ketika saya bersekolah dulu. Hai Mr Tan? Adakah anda baca statement ini? Jika ya, saya menyesal sebab tidak report anda dulu. Racist adalah racist tanpa mengira bangsa, dan owang yang racist patut keluar dari negara. 9. Ini adalah laporan polis tersebut. 10. tindakan pengetua terbabit telah menguris ramai pelajar bukan islam dan bukan melayu. 11. Selepas laporan ini didedahkan menerusi facebook, dan masuk berita sehingga kontroversi, 20 laporan polis kemudian nya menyusul terhadap pengetua terbabit. Dap tiada kena mengena langsung akan hal ini. DAP hanya tahu setelah laporan ini didedahkan di facebook/berita/twitter. Baik PAS, DAP dan PKR kami hanya tahu menerusi facebook/berita/twitter. Ada sumber mengesahkan bahawa laporan ini datang dari seseorang yang berpolitikal hindraf. Dan hindraf adalah parti yang membela kaum india. Tiada kena mengena dengan PR. sebab PR hanya di anggotai oleh PAS, DAP, dan PKR sahaja! Oleh itu dengan menyebarkan fitnah bahawa DAP/PR yang cuba memperbesarkan isu ini sepatutnya tidak wujud. Kami juga terkejut bila mendapat tahu pengetua terbabit bersikap keterlaluan terhadap pelajar bukan islam. 12. setelah kes ini kecoh, pengetua terbabit telah bermohon maaf. 13.dia sepatutnya telah selamat, tidak kena mengena kerana telah tarik balik statement dia meskipun ada yang memberikan pendapat bahawa dia 'terpaksa' meminta maaf, paksa atau rela terserah Allah swt untuk decide. 14.Tetapi kerajaan kurang menwar-warkan statement minta maaf tersebut. 15. Dalam pada itu, ahli2/penyokong UMNO tak puas ahti. dowang rasa pengetua terbabit tak salah. Mahu tahu sebab apa? sebab dowang rasa cina/india memang pendatang. 16. Dowang mula politikkan isu neh dengan tujuan melaga2kan masyarakat malaysia. 17.sementara itu dalam mainstream medias pula hanya diwar-warkan pengetua tersebut tengah siasat, blablabla.. tunggu siasat.. blablablab.. hubungi jawatankuasa.. blablablabla.. kpm akan tubuh itu blablabla kpm telah soal ini blablablab.. tanpa di ceritakan bahawa pengetua terbabit telah pohon maaf, so ada rakyat yang tak puas ahti dan mereka mula sakit ahti. 18.salah seorang rakyat terbabit adalah namewee. 19.dia adalah rappez yang kontroversi kerana ini dan ini. 20.kisah lagu 'negarakuku' diterbitkan pelbagai version. 21.lagu terbabit adalah luahan dan pertanyaan seorang warga malaysia berbangsa cina dalam keadaan sinis dan geram terhadap kerajaan bn. Dia mahu tahu apa hak dia, dan apakah benar dia dikriminasikan? dalam lagu terbabit dia turut menyelitkan sindiran terhadap laungan azan. 22.terdapat satu tafrifan (dari sisi yg berbeza) terhadap lagu 'negarakuku' yang saya ingin kongsikan buat pembaca sekalian.Baca petikan ini yang saya dapat dari sini Secara mudah ada 4 Mazhab reaksi terhadap lagu Namewee 1. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina lambang negara (lagu kebangsaan) 2. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina agama 3. Jangan ambil tindakan, kerana lambang negara yang di gubah semula oleh Namewee adalah juga satu gubah suai dari mamula moon. Perbincangan mazhab ini akan membenihkan idea kita perlu membiana unsur negara yang baru atau tidak perlu langsung. 4. Jangan ambil tindakan, kerana keresahan Namewee dalam sebahagian isu yang dibangkitkan ada kewajarannya. sebagai warga Namewee berhak bertanyakan haknya untuk dilayan sama oleh negara dan kerajaan. Bagi saya yang paling mendesak untuk diubati ialah keresahan Namewee. Soal keadilan pemerintah melayan dia sebagai warga, soal polis dan penjawat awam yang tidak efisyen inilah perkara pokok yang harus diselesaikan.Lagu Namewee adalah satu lagu patriotik, ia cintakan tanahair tapi kalau ikut bahasa Khalid jaafar, cinta namewee pada negara tidak berbalas, bertepuk sebelah tangan. Ini bukan hanya pada Namewee sahaja tetapi juga pada teman-teman generasinya yang sebangsa. Namun dari reaksi beberapa teman terhadap pandangan kenyataan saya sebelum ini, pendangan ke-2, Namewee patut dihukum kerana beliau telah menghina Islam terutamanya bab azan begitu tebal dalam masyarakat Islam.tiada penjelasan yang lebih baik dari kata-kata Rastom dibawah: Saya kira ramai yang marah kerana ada kaitannya dengan agama Islam di mana disebutkan hal azan yang sumbang. Tidak ramai yang ambil kisah perihal sumbang atau tidak azan kecuali orang itu tahu mengenai pitching atau tabaqqoh suara. Kerana telinga Namewee adalah telingan seorang pemuzik, maka sumbangnya suara yang diperkuatkan dengan amplifier itu menyentuh jiwa seni.Teguran ini elok diambil peduli oleh semua petugas mesjid supaya hanya yang benar benar boleh mengumandangkan azan sahaja yang menjadi bilal. Jika tidak boleh berlagu elok saja azan secara latar,straightforward tanpa dilagukan. Yang penging kalimat azan bukan lagu. Cuba bayangkan orang yang tidak tahu menyanyi mengumandangkan suaranya di mikrofon. "Saya kira ramai yang marah kerana ada kaitannya dengan agama Islam di mana disebutkan hal azan yang sumbang. Tidak ramai yang ambil kisah perihal sumbang atau tidak azan kecuali orang itu tahu mengenai pitching atau tabaqqoh suara. Kerana telinga Namewee adalah telinga seorang pemuzik, maka sumbangnya suara yang diperkuatkan dengan amplifier itu menyentuh jiwa seni." saya highlightkan sekali lagi pandangan yang saya petik dari sini. terserah masing2 untuk menterjemahkan pandangan ini, sesungguhnya saya berpendapat bahawa ada benarnya juga pandangan saudara rustam ini, kalau dia tidak mendengar, tidak menghayati azan maka bagaimana dia boleh menafsirkan bahawa laungan azan itu sumbang? yang dia kata sumbang itu adakah suara, atau makna ataupun bunyi azan itu sendiri? saya tidak pasti. sila rujuk klip Negara-kuku. dan jangan lupa baca ini 23.Dia telah berbuat satu lagu ini untuk ditujukan kepada pengetua puan siti inshah. 24.blogger umno yg membela pandangan pengetua terbabit (pengetua terbabit telah pun minta maaf, cuma dia kini telah diperguna2kan oleh blogger umno untuk meraih simpati rakyat agar mengundi umno) telah mula bermain api, hasut dan fitnah. 25.mereka fitnah kata namewee hina melayu dan islam. 26.bagi yang mendengar lagu tersebut, tahu bahawa namewee tidak menghina melayu dan apatah lagi islam. 27.namewee tidak mengutuk ibadah puasa. 28.namewee kutuk kpm = kementerian pendidikan malaysia = pak yin (owang johor) = umno = kerajaan. 29.namewee kutuk tindakan racist pengetua terbabit. 30.so sekarang anda nampak tak apa yang saya nampak? 31. Daripada pujuk namewee dan rakan2 cina/india agar terima penjelasan/permohonan MAAF pengetua terbabit, mereka lebih suka mengapi2kan dan melaga2kan isu neh agar MELAYU vs CINA vs INDIA = rusuhan kaum. 32.jangan terpengaruh dengan hasutan mereka. mereka mahu meraih undi, memecahbelahkan kaum dan menfitnah PR. 33.saya lihat banyak ahli2 pr tegar (ahli2 pas terutamanya) sudah termasuk ke dalam perangkap umno menerusi satu group di facebook,saya amatlah terkejut apabila ada beberapa penyokong pas yang telah memberikan komen yang mana seolah2 berperangai seperti bn. ini tidak patut. 34.saya harap dengan penjelasan ini, anak2 muda penyokong pas, pr boleh tahu akan hakikat sebenarnya. 35.kita bersatu (melayu, cina, india) BN akan roboh, kita bercerai (melayu,cina, india) PR akan tumbang. Kesimpulan-nya, saya merasakan bahawa pengetua tersebut adalah mangsa politik penyokong UMNO bagi melaga2kan kaum melayu, cina dan india. Manakala namewee pula adalah mangsa politik menteri pendidikan sebab dia terasa dihina dalam lagu namewee, dalam erti kata len, namewee ditangkap bukan sebab sebarkan racist, tetapi sebab memalukan TPM kita. Ameno : Anda fikir, Anda tentu, Anda undi, Anda dapat. Sumber kepada penulisan artikel ini http://themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-rasis-facebook-tidak-sokong-cikgu-puan-hajah-siti-dilancar/ http://www.harakahdaily.net/v2/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=9395:tindakan-tegas-makkal-osai-hina-nabi-isa-namewee-hina-lagu-negaraku&catid=1:utama&Itemid=50 http://amirsari.wordpress.com/2007/08/21/lagu-namewee-hina-islam/ http://www.facebook.com/photo.php?pid=4710319&id=577963989 http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10353 Sumber |
| GAMBAR BAPAK NGERI! JANGAN TENGOK KALAU ADA LEMAH JANTONG! Posted: 01 Sep 2010 07:21 AM PDT Tak tahu nak kata apa dah! KELU!! Aku bagi tengok satu gambar.. Kalau hangpa ada daya lagi g tengok yang lain... aku bagi link nanti... Mangsanya BUDAK-BUDAK! Klik sini kalau nak tahu cerita SELANJUTNYA!!! SINI |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan