Jumaat, 3 September 2010

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


Haji Ahmed Maher Satu2 Tokoh Agama Terajui MAIK

Posted: 02 Sep 2010 07:13 PM PDT

image

Sahib Al-Samahah Dato' Haji Ahmed Maher Bin Ismail

Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau dilantik menjadi Yang Dipertua untuk tempoh yang relatif lama dan merupakan satu-satunya tokoh agama pernah dilantik ke jawatan ini setakat ini.

Sebelum dilantik menjadi Yang Dipertua, anak Tok Kemuning ini pernah bertugas sebagai Nazir di Pejabat Pelajaran Majlis pada awal tahun 1931 dan kemudiannya sebagai Pegawai Pelajaran pada tahun 1934 sebelum dilantik menjadi Qadhi Besar pada penghujung tahun 1935.

Beliau terpaksa dilantik sebagai Pemangku Yang Dipertua oleh kerana pada masa yang sama beliau adalah memegang jawatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Meninggal dunia pada 16hb. Mac 1968 dalam usia 63 tahun. [baca sini]

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Pemilihan Cabang PKR Kuala Krai Di Jangka Sengit

Posted: 02 Sep 2010 08:33 AM PDT

Senarai calon yang akan menentang penyandang Jawatankuasa cabang PKR dalam mesyuarat pemilihan parti itu yang akan berlangsung tidak lama lagi adalah seperti berikut.

DSC04245 YB Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria ADUN Guchil, lu apahal orang cabar lu nih.

CALON KETUA CABANG

Hj Mohd Roslan Bin Hj Putih, peniaga, bekas guru, umur 46 thn, tinggal di Kg Tualang Kuala Krai, Pendidikan Ijazah sarjana muda pentadbiran UKM, Sijil perguruan Maktab teknik KL, Sijil pengajian perniagaan Politeknik Ungku Omar.

CALON TIMBALAN KETUA CABANG

Ustaz Zulkifli Bin Mohammad, peniaga, bekas setiausaha sulit Ust Yahya Othman (bekas ADUN Banggul Judah merangkap EXCO Kelantan, 41 thn, tinggal di Lot 201 Guchil 3 Kuala Krai, Pendidikan Ijazah Usuluddin Universiti Al Azhar, Dip (Hons) Dakwah, Maahad Dakwah Wal Imamah, Nilam Puri Kelantan.

CALON NAIB KETUA CABANG

Ustaz Mazri Bin Jusoh, Guru, Ketua penerangan PKR Kuala Krai dan Tim. ketua penerangan PKR Negeri Kelantan, tinggal di Batu Lada Kuala Krai, 50 thn, pendidikan Ijazah Sarjana Muda pengajian Islam (Hons) UKM, Dip Pendidikan UIA.

Apa2 kemusykilan boleh email kat aku, aku sokong Cikgu Bard.

UMNO JAIS Dan Brohing BERMAZHAB MALIKI ?

Posted: 02 Sep 2010 03:27 AM PDT

Premis 1: Umno dan Jais tidak membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid.

Premis 2: Mazhab Syafie membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid

Premis 3: Mazhab Maliki tidak membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid.

rosak akhlak gambar sekadar hiasan saja.

Kesimpulan: Umno dan Jais bukan bermazhab Syafie tetapi bermazhab Maliki.

[sumber ori]

Tiada ulasan: