Merah Hitam |
| Posted: 02 Sep 2010 08:51 AM PDT "Tahanan ISA paling lama, Samsuddin Sulaiman telah bebas" sms itu ku kongsikan dengan suamiku, juga seorang bekas tahanan ISA yang ditangkap di malam yang sama dengan Samsudin.Suamiku telah dibebaskan pada bulan yang sama ,menjelang Aidilfitri ,tahun lepas.Samsudin telah dikurung tanpa bicara sela 8 tahun 5 bulan di Kem Kamunting. "Aku takut sangat......, jika dah dibebaskan nanti, anak-anak pun tak kenal dan tak mau terima aku"demikian pernah diluahkan oleh Samsudin kepada suamiku, beberapa hari sebelum suamiku dibebaskan tahun lepas. Akhirnya....Sudin bebas juga. Sebelum ini, ketua Special Branch(SB) Malayasia dengan sombongnya mengatakan bahawa Samsudin sukar untuk dibebaskan kerana beliau masih mengancam keselamatan negara.Agaknya ketua SB tu lupa Allah lebih berkuasa dari beliau.... Walaupun dikatakan sudah bebas, sebenarnya Samsudin masih dalam sekatan polis ditempat yang terhad.Moga beliau lebih bersabar memasuki fasa kehidupan baru sebagai bekas tahanan ISA...... |
| You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan