A Mum Of Three Mohd |
- Bakal Naib Presiden PKR
- Dalam diam kena sembelih
- Buat kerja diam-diam, ya??
- Kencing tak menjadi
- Yahoo!!
| Posted: 23 Sep 2010 06:13 AM PDT ![]() Dua calon Timbalan Presiden sudah pasti akan bertanding. Mereka ialah Azmin Ali dan Zaid Ibrahim. Yang lain belum buat keputusan lagi. Mungkin nak wait and see dulu, kot?? Panaaass!! Bagi jawatan Naib Presiden pulak, mak aaaiihh... banyak sekali calon yang layak. Tak silap aku 15 orang setakat ini yang telah mendapat pencalonan. Mereka ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng, Tian Chua, Fuziah Salleh, Dr Lee Boon Chye, Datuk Mansor Othman, Mohamed Azmin Ali, Mohd Yahya Mat Sahri, Mustaffa Kamil Ayub, Nurul Izzah Anwar, S Manikavasagam, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Sivarasa Rasiah, Datuk Zaid Ibrahim dan Dr Xavier Jayakumar. Yang layak bertanding 15 orang dan yang nak dipilih oleh 400, 000 ribu ahlinya, cuma 4 orang sahaja. Dan, kalau tak silap aku, cuma Nurul Izzah seorang saja yang dah umumkan secara rasmi untuk bertanding, manakala, yang lain-lainnya... belum buat apa-apa pengumuman rasmi lagi. Setakat ini mereka cuma menyatakan hasrat mereka untuk bertanding saja, tetapi belum ada apa-apa kenyataan rasmi. So, we'll have to wait and see ler. To be vibrant, PKR perlukan tenaga muda seperti Nurul Izzah dalam pimpinan tertingginya. Aku percaya, gandingan mantap golongan tua dan muda dalam PKR akan lebih memantapkannya serta menjadikannya lebih menarik untuk didekati, terutamannya golongan muda. To Nurul Izzah and the rest yang bakal bertanding.... All the best dan semoga berjaya!! Sumber di sini dan sini |
| Posted: 22 Sep 2010 11:54 PM PDT ![]() Aku pun macam blogger ISA juga, malas nak ambik pot pasal kes pembunuhan Sosilawati. Bukan tak kasihan atau prihatin tetapi cukuplah sekadar aku sedekahkan Fatihah kepada mereka yang menjadi mangsa manusia berhati syaitan. Yang hat lainnya, biarkan polis buat kerja mereka. Pandai-pandailah mereka... Itu bukan ke kerja mereka?? Apa-apa pun, dalam orang sibuk ambil pot kes kematian Sosilawati, kita tak sedar yang kita pun kena 'sembelih'. Heboh para akhbar, baik yang bercetak mau pun yang hat on line... membicarakan itu dan ini tentang kes tersebut. Entah-entah sengaja diperheboh-hebohkan dan disensasikan untuk melekakan kita. Ya... Kita sengaja dilekakan supaya kita tak sedar yang kita di'sembelih' dan darah kita di'hirup' oleh regim Najib Razak. You know what...?? Dalam diam-diam, regim Najib telah menaikkan harga petrol sebanyak 5 sen. Baca sini. Bukan ke sembelih namanya tu?? Dalam apa jua keadaan rakyat dulu yang mereka sembelih. Ini ler dia dasar lanun. Kalau dah lanun... lanun jugak. Sejak regim lanun ini berjaya merompak kerajaan PR negeri Perak, mereka dah jadi mua. Itu sebab lepas tu, asyik-asyik nak merompak duit rakyat jer. Yang syiuknya, tak der pulak riuh dalam akhbar bercetak dan juga elektronik. Sooohhh... senyap sepi. Tak berbunyi!! Mungkin benar regim bangsat ini dah nak bangkrap kot?? Semuanya mereka rompak dengan menggunakan pelbagai kaedah. Saman ekor ler... Tarik sabsidi ler... GST ler... Paksa ke atas bayaran PTPTN ler... Yang getiknya... udah ler pokai, tetapi control macho dan poyo pulak tu. Labun bukan ler main besar. Ekonomi negara meningkat ler... FDI banyak masuk ler... Bertrillion-trillion duit akan ditabur untuk menjana ekonomi ler... Dei... pooaraahhh!! Jangan labun ler!! Well.... kejap lagi nak tepon F3M suruh dia isi minyak kereta dan sahkan samada betul atau tidak berita yang tersebar dalam blog-blog kengkawan yang harga petrol udah naik sebanyak 5 sen lagi. Selama ini, isi minyak tapi tak perasan pun. Ater... esok tahu ler, betoi atau idak ke. |
| Posted: 22 Sep 2010 07:50 PM PDT ![]() Oh... SPR buat 'kerja' diam-diam, ya?? Ubah pengundi ke sana, ubah pengundi ke sini tapi tak dihebahkan. Kononnya, apa yang dia buat tak salah... Mereka ubah lokaliti para pengundi mengikut persempadanan baru. Weh... kalau ya pun, bagi taulah before hand, supaya para pengundi boleh semak awal-awal di mana mereka kena pergi mengundi. Ini tidak.... dah last-last minit nanti, baru para pengundi tahu yang tempat mengundi mereka telah diubah, bertukar ke tempat lain pulak. Tak ke menyusahkan orang!! Sebab itu, rakyat berasa sangsi dengan tindakan SPR ini. Apakah para pengundi ini dipindah kerana SPR menjalankan amanah kerja atau perpindahan dilakukan kerana diarah?? Siapa yang arah?? Aaahhh.... biasaler!! Tuan politik mereka ler. Yang diarah terpaksa mengikut pihak yang mengarah, kalau tidak... kerusi empuk yang diduduki oleh si Pengerusi akan goyah. Nasib tak baik, kerusi empuk akan beralih arah kepada orang lain. Bagi mereka yang tak da maruah, ikut pi la arahan depa asalkan kerusi 'aku' tak lari kepada orang lain. Ada kedudukan dan jawatan bermakna, ada fuluuuss masyuuukk!! Untuk mengelak orang kecoh-kecoh, kerja pindah-memindah ini dibuat secara diam-diam. Aha... ada dua persepsi mengapa orang buat kerja secara diam-diam. Satu... kerana tak nak dikatakan riak. Jadi... buat secara 'low profile' jer. Satu lagi... sebab ada niat tak baik dan tak mau niat tersebut ter-exposed!! Kerja 'kotor' tak boleh dibuat secara terang-terangan. Mesti buat dalam 'gelap' supaya orang tak nampak dan tak perasan wujudnya kekotoran itu. And, knowing SPR dan tindak tanduk yang mereka lakukan selama ini, memang tak syak lagi, ia adalah barua kerajaan UMNO/BN. 'Lembu' yang dicucuk hidung dan diperlembukan untuk menjaga dan memastikan kelangsungan politik UMNO/BN di bumi Malaysia. Jadi, kerja pindah-memindah lokaliti para pengundi yang kini dilakukan oleh SPR adalah selari dengan sebab yang kedua tadi, iaitu menyembunyikan udang di sebalik batu. Cuba menipu dan buat kerja untuk mengelirukan para pengundi. Sebab tu, mereka adjust sana, adjust sini lokaliti para pengundi untuk memberi peluang lebih kepada UMNO/BN mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Tak adil, kan?? Apabila pengundi keluar mengundi di tempat biasa, tup-tup nama mereka tiada. Check punya check, nun... udah berada di tempat lain. La... dah masuk ke seberang sempadan lain pulak. Eeerrmm.... malas ler aku nak gi sana!! Satu undi tak masuk peti undi!! Keadaan ini biasanya berlaku kepada para pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat. Itulah satu cara mereka mensabotaj kita, sebaliknya, membantu pihak UMNO/BN mencapai kemenangan. Bagi para penyokong Pakatan rakyat, sekira ini berlaku kepada anda, jangan putus asa. Kuatkan semangat dan iltizam untuk mengecewakan mereka yang main kotor ini. Berusaha dengan apa cara sekali pun, agar undi anda masuk ke dalam peti undi!! Walau pun satu undi , ia amat berharga. Ingat... dengan satu undi anda, you can make a difference!! Sumber berita di sini |
| Posted: 22 Sep 2010 05:37 PM PDT Dah agak dah.. |
| Posted: 22 Sep 2010 10:32 AM PDT ![]() Yahoo!! Bakal Naib Presiden PKR. Go Izzah!! KUALA LUMPUR 22 SEPT: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan media hari ini, mengumumkan untuk bertanding kerusi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau akan memberi penjelasan lanjut mengenai keputusan itu pada sidang media Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai, 1-2 Jalan Pantai Murni 6, Kampung Kerinchi di sini, esok. |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan