Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- Lemah Tenaga Batin ...?
- Jom Bersiar, kemudian kita main-main nyang tu ...?
- Waoww, memang bergegar iman ....?
| Posted: 23 Sep 2010 05:32 AM PDT SERI KEMBANGAN 23 SEPT : Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui beliau tidak ada kekuatan untuk mengambil tindakan terhadap dua pengetua sekolah yang menggunakan kata-kata berbaur perkauman, walaupun beliau adalah Menteri Pendidikan. "Menteri tidak boleh membuat keputusan (tentang ini). Jadi kes-kes yang melibatkan hal-hal tertentu, termasuk para pengetua harus diputuskan oleh badan displin," kata Timbalan Perdana Menteri itu di Istana dari hotel Palace Of The Golden Horses. Memetik laporan The Malaysia Insiders, beliau menyatakan pengumuman mengenai hal berkenaan sudah dibuat dan rakyat perlu menunggu keputusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Jika ada kes dakwaan terhadap pengetua sekolah, maka jawatankuasa disiplin akan mengeluarkan surat tunjuk sebab tetapi mereka akan diberi peluang untuk membela diri " katanya." Sepenuhnya di sini. Sumber lain di sini. ____________ Tiada kekuatan itu ertinya Lemah Tenaga Batin ...? Tiada kuasa itu ertinya Lemah Tenaga Batin ...? Kah kah kaahhh ...? TPM, TPM. Menteri Pelajaran, Menteri Pelajaran. Peserta Raja Lawak ...? |
| Jom Bersiar, kemudian kita main-main nyang tu ...? Posted: 23 Sep 2010 02:31 AM PDT SHAH ALAM 22 SEPT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi). Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. "Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata. "Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar. Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu." Sepenuhnya di sini. |
| Waoww, memang bergegar iman ....? Posted: 22 Sep 2010 02:58 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan