Kerabu Bersuara ® |
- Statistik Visits and Page Views Untuk Minggu Ini
- Umno Batu Pahat Guna Jabatan Kerajaan Halau NGO Bantu Ibu Tunggal Dari Bangunan?
- Fox News Bertanyakan Dr Ahmadinejad, Siapakah Mahdi?
- Perguna 'lima' sebelum datang 'lima'
- PKR Diganggu Kerana Ia Kuat
- Surat Terbuka Kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO, En Reezl Merican
- Bersama bendung bunuh diri di kalangan Muslim
- Allahyarham Che Hashim disegani ramai di Gua Musang
- Perlukah Umno Kepada Nazri Aziz?
- KeADILan jangan silap catur
- KENYATAAN TUN MAHATHIR DEDAHKAN KEGAGALAN UMNO
- Bolehkah taruh harapan kepada Sekolah Harapan
- Reezal mahu jadi ‘hero’ baru di Pulau Pinang
- Rakyat Argentina Tolak Maradona
- PAS Tuntut Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu
- Apa itu ‘kuasa Melayu’? — Dr Hassan Ahmad
- Sikap dolak dalih, cakap tak serupa bikin seorang pemimpin — Mutalib Azman
- Tapis awal pelawat China — Rohani Ibrahim
- 6,000 kunjungi majlis Aidilfitri Pakatan Sabah
- Pelajar Bukan Melayu Dipaksa Berdoa Cara Islam, Pakai Seluar Pendek Dilabel Pelacur
- Hakim Didakwa Silap Ketepikan Penghakiman Ingkar Khairy, Anwar Buat Rayuan
- Zety Tidak Mahu Bersekongkol Dengan Umno-BN Bawa Masuk Penyangak Matawang
- Sila dedah rahsia saya, Nazri cabar Ibrahim Ali
- Sistem Pendidikan Perlukan Reformasi Drastik Kekang Kejatuhan Mutu
- Pengetua rasis kerana ‘Ketuanan Melayu’ Umno
| Statistik Visits and Page Views Untuk Minggu Ini Posted: 27 Sep 2010 12:00 PM PDT Alhamdulillah. Semoga Allah Memberi kekuatan untuk kita sama-sama berjuang dan berkongsi info yang berguna kepada pembaca. [Sumber] |
| Umno Batu Pahat Guna Jabatan Kerajaan Halau NGO Bantu Ibu Tunggal Dari Bangunan? Posted: 27 Sep 2010 08:30 AM PDT ![]() Siti Aishah Shaik Ismail - Ini merupakan kezaliman dan penganiyaan jelas pemimpin UMNO/BN kepada rakyat.Untuk pengetahuan anda setelah dimaklumkan oleh Pak Syed sebentar td INSANI ialah satu badan NGO yg mana ia membantu wanita, khasnya ibu tunggal dan mereka2 yang mengalami masalah di Batu Pahat.Akan tetapi selepas melihat kebangkitan n juga semangat juga suasana politik di Johor khasnya di BP maka mereka seperti cacing kepanasan dan akhirnya membenarkan diri berlaku zalim kepada rakyat.Tahniah PDBP anda bukan shj berkhidmat untuk Negara tp juga UMNO/BN n pemimpin yang takut dengan bayang2 sendiri.. [Sumber] |
| Fox News Bertanyakan Dr Ahmadinejad, Siapakah Mahdi? Posted: 27 Sep 2010 07:30 AM PDT Wartawan Fox News Eric Shawn bertanya kepada Dr Ahmadinejad, Presiden Republik Islam Iran tentang siapa Imam Mahdi. * Imam Mahdi diyakini dan diimani oleh ahlus sunnah wal jamaah dan syiah. |
| Perguna 'lima' sebelum datang 'lima' Posted: 27 Sep 2010 07:00 AM PDT Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Kalau seseorang kamu sedang sembahyang, maka janganlah membiarkan orang lalu di hadapannya. Jika ada yang lewat, hendaklah dicegah sedapat mungkin. Dan kalau ia enggan, pukullah ia kerana orang itu serupa syaitan." (Sahih Muslim) *** PENULIS solat Jumaat (24 September) di Balai Islam berhampiran Bulatan Jalan Pahang. Khutbahnya antara lain membicarakan sebuah hadis yang bermaksud, perguna lima perkara sebelum datang lima perkara. Kata khatib pada hari kiamat kelak seseorang itu tidak akan dapat bergerak selagi pertanyaan terhadap lima perkara itu tidak beres. Secara kebetulan, penulis ada membicarakan perkara ini dalam tulisan penulis sebelum ini dalam bahasa Inggeris yang bertajuk 'Take benefit of 'five' before another 'five'. In a hadith narated by Ibn Abbas: Allah's Apostle s.a.w., said: "Take benefit of 'five' before 'five': your youth before your old age, your health before your sickness, your wealth before your poverty, your free-time before your preoccupation and your life before your death." Terjemahan Melayunya: Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas; Nabi s.a.w. bersabda, bermaksud: "Perguna 'lima' sebelum datang 'lima' - masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kamu berada (kaya) sebelum jatuh papa (miskin), masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati." Khatib mengingatkan jemaah bahawa kehidupan manusia sebenarnya adalah satu perjalanan yang cukup singkat (masanya diibaratkan berteduhnya seorang pengembara di bawah sebatang pokok sebelum berangkat pergi) untuk menemui Allah SWT. Sehubungan itu dalam perjalanan itu perlulah diisi dengan segala keperluannya agar apabila berlaku pertemuan dengan Allah nanti tidaklah kita membawa tangan kosong, atau lebih malang lagi membawa onar dan keburukan diri. Beliau mengambil kiasan seorang perantau yang mahu pulang ke kampung berhari raya. Tentunya kepulangan yang menggembirakan itu dihiasi dengan pelbagai persiapannya. Duit, pakaian, kenderaan, semuanya sudah dipastikan dalam keadaan 'tip top' agar keberadaan kita di kampung nanti menggembirakan semua. Tetapi cuba bayangkan orang yang mahu balik kampung tetapi tidak membuat persediaan. Misalnya, mahu balik kampung tetapi tidak 'booking' tiket bas. Kemungkinan besar dia tidak sampai ke kampung, meranalah dia menyambut hari raya berseorangan di kota, tanpa kaum kerabat dan sahabat handai. Demikian juga bagi yang berkenderaan, tetapi keadaannya terabai. Nasib baik sampailah ke kampung halaman, jika tidak berhari rayalah di lebuh raya. Demikian juga dengan duit, ada duit adalah yang sayang, tak da duit abang melayang... Jika untuk berhari raya sehari dua di kampung, kita memerlukan persediaan yang cukup hebat, jadi tentulah persediaan kita untuk ke alam kubur (barzakh) seterusnya akhirat yang menjadi destinasi TERAKHIR kita memerlukan pengorbanan paling besar. Lengkapkan diri untuk menghadapi saat itu, kerana tidak mungkin kita boleh kembali semula ke dunia bagi menebus semula kesilapan kita selepas berlaku kematian. Jadi pergunakanlah sepenuhnya HIDUPMU sebelum MATIMU. Bagaimana mahu memastikan kita tidak rugi semasa hidup? Khatib membacakan Surah Al-Asr yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang beriman, beramal salih, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." Jadi adakah kehidupan kita kini bertepatan dengan ayat ini? Sehubungan itu, marilah kita mengkoreksi dan menghitung diri sebelum diri kita dihitung oleh Allah SWT. [Sumber] |
| Posted: 27 Sep 2010 06:30 AM PDT ADA untung dan gunanya PKR membuka peluang kepada ahlinya di peringkat bawahan untuk memilih pemimpin. Sistem yang diperkenalkan PKR ternyata meriah walaupun ada beberapa kecacatan. Ini biasa kerana sistem berkenaan pertama kali diperkenalkan. Kasut mahal pun kalau pertama kali dipakai akan 'mengigit' dan 'mengeteik' tumit atau ibu jari. Paling bermakna ia menjelaskan kedudukan sebenar parti itu dimuka umum. Dengan adanya sistem pemilihan itu kini orang mulai celek mata dengan kekuatan PKR dan pengaruhnya yang makin melata di seluruh negara. Pergaduhan dan kekecohan di beberapa buah cabang semasa proses pemilihan menunjukkan parti berkenaan mendapat perhatian. Orang mula melihat PKR sebagai parti yang bakal mengugat Umno dan bakal menunjunag pemerintahan di masa akan datang bersama Pas dan DAP. Sebelum ini orang merasakan PKR hanya parti melukut saja. Ia dianggap sebagai tokol kayu yang hayut dalam lautan luas. Tidak ada siapa yang pedulikannya. Mesyuarat atau kongresnya sebelum ini tidak pernah mendapat sorotan dan ulasan 'live' apa lagi dari pihak lawannya. Namun hari ini setiap aktiviti dan mesyuarat cabang PKR mendapat sorotan dan ulasan. Untuk apa memantau mesyuarat PKR kalau ia tidak membimbangkan? Yang jelasnya hari ini PKR mempunyai cabang di 212 kawasan parlimen di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Paling mengejutkan juga semua cabang itu aktif. Ini terbukti bila mana semua cabang mengambil bahagian dalam proses pemilihan pemimpin masing-masing. Ini bermakna hanya 10 kawasan Parlimen saja yang ketiadaan cabang PKR. Pihak media yang memberi gambaran kekecohan di persidangan peringkat cabang itu untuk memburukkan parti berkenaan. Sebalik dari sisi lain ia menjelaskan PKR berkembang maju. Pergaduan dan kekecohan biasa itu itu sekaligus menggambarkan ahli PKR masih aktif dan elemen demokrasinya jelas. Lagi pun soal pergaduhan dalam pemilihan ini semua parti sekular kecoh melainkan Pas. Kalau mereka tidak aktif dan cabang tidak mempunyai ahli yang mencukupi korom mesyuarat, sudah pasti tidak akan ada kekcohan. Ketua dan jawatankuasa cabang boleh dilantik begitu saja. Tetapi bila ada pencalonan, pemilihan dan perbalahan ia menunjukkan PKR wujud di sesuatu kawasan itu. Mengenai kekecohan ini kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ianya sengaja dilakukan bagi mesebotaj mesyuarat PKR. Gunanya untuk memberi gambaran yang PKR kalut. Kekecohan itu dilakukan dan diunsuri oleh orang luar yang dengki dan sakit hati melihat kepesatan PKR. Manakala satu lagi bukti menunjukkan PKR kuat dan menghantui pemikiran musuhnya apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin turut sama mengulasnya. Kata Muhyiddin kekecohan itu menunjukkan kelemahan PKR dan tidak mampu memerintah negara. Untuk apa Muhyiddin sibuk untuk mengulas mengenai PKR? Jelas sekali ulasan Muhyiddin itu menggambarkan kebimbangan beliau. Perkembangan menerusi pemilihan ini menyedarikan Muhyiddin bahawa PKR bersemangat dan orang ramai mulai menaruh keyakinan kepada parti itu. Sekiranya tidak ada perasaan itu baik Muhyiddin atau sesiapa saja tidak wajar menyetuh PKR kerana pemilihan itu adalah urusan peribadi meeka. Dan kalau pun mereka yang pernah menjadi ahli parti itu atau dipecat ingin mencari sedikit wang, carilah dengan cara lain dan bukannya menganggui urusan PKR. Perbuatan mereka itu nampak sangat tidak gentleman dan tidak memahami parti politik demokrasi. [Sumber] |
| Surat Terbuka Kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO, En Reezl Merican Posted: 27 Sep 2010 06:15 AM PDT SURAT TERBUKA KEPADA KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO, EN REEZAL MERICAN Loke Siew Fook 27 September 2010 En Reezal Merican, Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda. Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi; Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian. JAWAPAN: 1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara. 2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial 3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam. Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal. Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal. Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal! Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan! Sekian dimaklumkan, terima kasih "MALAYSIAN FIRST" Berkhidmat untuk rakyat, LOKE SIEW FOOK Ketua Pemuda Sosialis DAP Dan Ahli Parlimen Rasah |
| Bersama bendung bunuh diri di kalangan Muslim Posted: 27 Sep 2010 06:00 AM PDT Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang, maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosanya itu." (Riwayat Atthabarani daripada Ibnu Umar r.a.) *** SAYIDINA Ali k.w. dilaporkan pernah berkata, didiklah anak kamu untuk zamannya. Ya, zaman sudah berubah, seorang guru memberitahu saya, suasana sekolah sekarang amat berbeza berbanding zaman persekolahannya pada tahun 70-an dan 80-an dulu. Budak-budak sekarang 'tidak makan saman', rintihnya. Kurang ajar mereka sudah keterlaluan, kebanyakannya tidak hormat langsung kepada guru-guru. Dulu hampir tiada langsung kes murid hamil, sekarang perkara itu bagai tidak dapat disorok-sorok. Nampaknya, negeri Melaka mencatat satu lagi sejarah apabila mewujudkan sebuah sekolah bagi murid hamil yang dinamakan Sekolah Harapan. Malah lima pelajar dilaporkan sudah mendaftar dan memulakan persekolahan di situ. Selain berleluasanya perzinaan yang membawa kehamilan, salah satu perkara dahsyat yang tidak terfikirkan dulu ialah semakin ramai orang Islam membunuh diri. Perkembangan ini amat membimbangkan; oleh itu pemimpin negara, agamawan dan ibu bapa malah seluruh anggota masyarakat perlu bermuhasabah diri, mengkoreksi salah dan silap dan dalam mendidik generasi baru sehingga tergamak sejumlah individu membunuh diri. Kes mati mengejut terbaru membabitkan seorang pengasas produk kecantikan manakala tidak lama dulu seorang tokoh politik dikatakan menembak dirinya selepas menembak mati pembantunya, seorang wanita. Apabila kita menatap akhbar, kerap dilaporkan individu mati yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut, antaranya terjatuh daripada bangunan tinggi, terjerut lehernya (gantung diri), mengambil pil berlebihan malah ada yang meminum racun atau membakar diri. Demikian juga mereka yang sengaja mencari kebinasaan diri dengan memandu kenderaan secara membabi-buta, mereka mahu membunuh diri melalui kemalangan jalan raya. Mengapa kejadian mati mengejut ini semakin meningkat sedangkan dalam Islam, tindakan membunuh diri diklasifikasinya sebagai salah satu dosa besar. Apa dimaksudkan dengan dosa besar adalah suatu pelanggaran terhadap perintah dan larangan Allah SWT yang menimbulkan kerugian dan kerosakan terhadap diri sendiri dan orang lain yang bersifat besar. Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang berbuat dosa. Oleh kerana itu pelaku dosa diancam oleh Allah SWT dengan hukuman baik waktu masih berada di dunia terlebih lagi di akhirat. Hukuman di dunia adalah musibah binasa dan di akhirat berupa seksaan api neraka yang sangat dahsyat. Firman Allah SWT, bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman, pada hal rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka sekali-kali tidak hendak beriman. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat dosa." (Q.S. Yunus (10): 13) Firman-Nya lagi, bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang berdosa kekal di dalam azab neraka Jahannam." (Q.S. Az Zukhruf (43): 74) Antara dosa besar itu adalah membunuh dan juga membunuh diri. Membunuh diri yang menjadi sasaran adalah dirinya sendiri seperti gantung diri, minum racun, terjun ke jurang dan dengan cara apapun hukumnya adalah haram dan dosa besar. Firman Allah SWT dalam surat An-Nisa ayat 29 difirmankan: ertinya: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." Membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi s.a.w. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya." (HR al-Bukhari dan Muslim) Nabi sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang bunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi s.a.w. dan sebagai pengajaran kepada orang lain. Daripada Jabir bin Samurah, Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Didatangkan kepada Nabi s.a.w. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya." (Muslim) Orang membunuh diri dikatakan berbuat demikian kononnya bagi mengakhiri penderitaannya tanpa menyedari bahawa dia akan mengalami azab berkekalan di akhirat kelak. Derita yang dialami di dunia pasti akan berakhir tetapi tidak demikian halnya di akhirat, ia adalah berkekalan buat selama-lamanya. Seorang ustaz dalam kelas pengajian mingguannya di masjid berhampiran rumah penulis kerap mengingatkan jemaah agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Salah satu faktor orang membunuh diri adalah kerana sudah berputus asa sedangkan Allah SWT Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang menyediakan jalan keluar kepada setiap permasalahan dan bersedia mengampunkan hamba-hamba-Nya yang bertaubat selepas melakukan dosa termasuk dosa besar. Diriwayatkan seorang pemuda yang menodai mayat seorang wanita muda, diampunkan Allah, demikian juga seorang penyamun yang telah membunuh 99 orang, kemudian menggenapkannya kepada 100 orang. Pendeknya, pintu taubat Allah SWT sentiasa terbuka tetapi dengan syarat orang yang merayu pengampunan itu masih hidup. Diriwayatkan Firaun yang ditenggelamkan di Laut Merah pada zaman Nabi Musa a.s., sebelum ajal mengakui keagungan Allah SWT tetapi semuanya sudah terlambat disebabkan nyawanya sudah hampir melayang daripada badan. Maka bagi orang yang membunuh diri, bagaimana mereka boleh bertaubat apabila nyawanya sudah berpisah daripada badan? Itulah paling ditakuti kerana selepas kematian, seksaan yang dihadapi berkekalan. Demikian dahsyatnya balasan untuk orang membunuh diri, tetapi dengan perkembangan membimbangkan sekarang ini, setiap anggota masyarakat terutama agamawan, pemimpin dan ibu bapa perlu berperanan dan berusaha keras bagi membendung perkara menakutkan ini. [Sumber] |
| Allahyarham Che Hashim disegani ramai di Gua Musang Posted: 27 Sep 2010 05:45 AM PDT M Faqih GUA MUSANG, 27 Sept: Rakyat Gua Musang menerima dengan tabah kematian wakil rakyat mereka, Chek Hashim Sulaima, 47, selepas menderita penyakit barah paru-paru sejak lebih dua tahun lalu. Mereka menganggap Adun Galas terbabit seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mudah mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik. Beliau dikenali ramai sejak dilantik sebagai Penyelia Dun Galas pada 2004. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau tewas kepada Mohd Saupi Deraman dari BN. Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, arwah disukai ramai kerana mudah mesra dan sentiasa bermurah hati membantu penduduk tanpa mengira masa. Malah katanya, pemimpin Umno juga menyenangi kerana kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. "Arwah mudah dilihat di mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi bersama rakyat. Orang tidak segan datang ke rumahnya termasuk pada waktu malam. "Penduduk di sini menyenanginya sejak sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Maka tidak hairanlah biar pun Gua Musang terkenal sebagai kubu kuat Umno namun PAS boleh bertapak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini. Chek Hashim meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur. Keadaannya kritikal mulai jam 10 pagi tadi. Turut berada di sisinya ketika beliau mengembus nafas terakhir kedua-dua isterinya dan anak-anak. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan lima hari lalu. Arwah meninggalkan 12 anak dan dua isteri. Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Kerinting, Gua Musang kira-kira jam 10 malam ini. Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar kepada PAS dan pemimpin yang sukar dicari ganti. Katanya, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang kuat bekerja serta menjaga rakyatnya dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan kaum. "Saya yakin kematiannya memberi kesan terhadap rakyatnya di Gua Musang, khususnya di Galas sendiri,"ujarnya. Menurutnya, sikap allahyarham yang pandai menyantuni rakyat dan kuat bekerja sehingga membolehkan PAS menang di Dun Galas pada pilihan raya umum lalu. Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyifatkan PAS kehilangan mutiara berharga. Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, allahyarham bekerja keras bukan sewaktu menjadi wakil rakyat, sebaliknya sejak mula aktif dalam parti politik. Katanya, walaupun allahyarham berkhidmat tidak sampai sepenggal, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa rakyat Gua Musang. "Dia merupakan bekas anggota exco Pemuda PAS Kelantan, arwah memang kuat bekerja untuk parti, rakyat dan kerajaan, al-Fatihah untuk allahyarham dan sekalung takziah dari kami untuk keluarga allahyarham," ujarnya. |
| Perlukah Umno Kepada Nazri Aziz? Posted: 27 Sep 2010 05:30 AM PDT Salam, Umno yang terkejut dengan Tsunami politik pada PRU12, sudah mulai sedar dan melakukan perubahan yang bertujuan untuk menari kembali sokongan orang Melayu/Islam. Banyak usaha telah dilakukan oleh para pemimpin Umno, walaupun kesannya belum jelas kelihatan - terutama dalam siri kekalahan pada PRK. Malangnya, usaha murni ini pasti akan digagalkan oleh segelintir ahli dan pemimpin yang bongkak dan sombong. Pemimpin yang perasan dan masih terbuai-buai dengan 'kehebatan' Umno sebelum ini. Lebih teruk lagi, usaha pembaikan Umno akan terjejas oleh pemimpin berjawatan Menteri yang bersikap bodoh sombong. Contohnya, Nazri Aziz. Apa perlunya mencabar PERKASA mendaftar sebagai parti politik dan berlawan dengan Umno, sedangkan PERKASA telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai NGO yang membela kepentingan orang Melayu? Bukankah elok rasanya untuk PERKASA melakukan kerja dan UMNO serta Nazri Aziz juga melakukan kerja, yang kesemuanya demi kebaikan Melayu dan negara. Tindakan Nazri Aziz secara berterusan 'menyerang' Tun Mahathir juga tidak kena pada tempatnya. Rasanya Nazri Aziz pun tahu kesan serangan kepada Tun pada PRU lalu telah menjejaskan sokongan orang Melayu kepada Umno. Mungkinkah Nazri Aziz mahu melihat Tsunami lebih besar bakal berlaku pada PRU 13 nanti? Jika begitu niat Nazri Aziz - berdasarkan banyak kenyataan beliau sebelum ini yang telah menyinggung orang Melayu - elok rasanya Umno mengambil tindakan yang sesuai untuk beliau. [Sumber] |
| Posted: 27 Sep 2010 05:00 AM PDT MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my KONGRES Tahunan Parti KeADILan Rakyat November ini, diraikan dengan pemilihan pucuk kepimpinan yang kehangatannya mendominasi percaturan media. Pemilihan pucuk pimpinan KeADILan menjadi tumpuan kerana, buat kali pertama kalinya dalam sejarah politik negara, sebuah parti politik menyerahkan nasib pemimpinnya kepada semua ahli. Dalam ertikata lain, KeADILan sedang mempraktikkan amalan 'true democracy' atau demokrasi sebenar apabila semua ahli berhak mencalon dan mengundi sesiapa yang dikehendakinya. Amalan biasa dalam sistem kepartian di Malaysia adalah sistem perwakilan atau delegate system. Di mana kuasa untuk mencalon atau mengundi diserahkan kepada perwakilan tertentu. Sistem ini adalah sebahagian daripada demokrasi juga. Cumanya, apabila kuasa mencalon berada pada bilangan yang kecil, ia barangkali boleh mengundang kepada perebutan yang tidak sihat. Menerusi sistem baru yang diamalkan KeADILan, semua ahli berhak mengundi, maka ia sedikit menyukarkan calon untuk mempengaruhi pengundi dengan cara manipulasi, rasuah, politik wang atau sebagainya. Nyatanya, sistem satu ahli satu undi ini merupakan suatu reformasi politik yang sedang dinilai pemerhati politik. Ianya suatu pembaharuan politik, ianya juga suatu eksperimen untuk diuji sejauhmana keberkesanannya. Prinsip-prinsip yang digariskan KeADILan di dalam pemilihan kali ini antaranya ialah untuk mewujudkan pemilihan yang bebas dan seimbang, asas pertandingan yang seimbang, mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan peribadi, tiada politik wang dan proses yang transparen. Apa pun yang digariskan sebagai suatu peraturan dalam sesebuah sistem, bukan semuanya menjamin kesaksamaan dan keadilan. Bukan semua peraturan boleh dipatuhi semua pihak yang bertanding. Namun, apa yang diamalkan oleh KeADILan, merupakan suatu eksperimen yang bakal menentukan corak masa depan politik negara. Pasang surut perjuangan KeADILan Kewujudan KeADILan, sebagai parti yang masih baru dalam arena politik negara, juga merupakan suatu eksperimen yang menarik. Rakyat hari ini melihat KeADILan sebagai suatu force multi-cultural dalam negara. Mengatasi kesatuan pelbagai kaum Gerakan, PPP, barangkali juga Barisan Nasional. KeADILan diwujudkan pada tahun 1998 selepas peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Memasuki Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dengan kerjasama Barisan Alternatif (PAS, DAP dan PRM). Sebagai parti yang masih baru, KeADILan mencatat kemenangan yang memberangsangkan sehingga mampu memenangi banyak kerusi Parlimen dan Dun. Banyak juga kawasan yang berjaya dikurangkan majoriti Umno-BN. Itupun pada waktu itu lebih 600 ribu pengundi tidak dimasukkan dalam senarai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Namun, kecemerlangan KeADILan agak suram apabila BA berpecah. Anwar masih dalam penjara, dengan keadaan yang tidak menentu pada waktu itu. KeADILan mengalami liku-liku getir menjelang PRU ke-11 pada 2004. Wujud perpecahan yang serius dalam parti. Ramai pemimpin yang sudah 'habis minyak'. Ramai yang kelihatan sudah letih. Antaranya ramai pimpinan Angkatan Muda KeADILan (AMK) yang 'cabut' masuk Umno. Kesabaran kepimpinannya begitu teruji. Kelemahan-kelemahan ini mendorong kepada kelemahan BA secara keseluruhan. PAS juga terjejas teruk, KeADILan hanya tinggal satu kerusi. Selepas Anwar dibebaskan pada November 2004, pemulihan KeADILan masih belum memperlihatkan masa depan yang baik untuknya. Perpecahan terus berlaku, ramai yang keluar parti, mungkin kerana tidak sabar atau tidak yakin dengan perjuangan reformasi. Malah ada antara mereka yang mengajak Anwar masuk Umno kerana tidak mampu dengan ujian menjadi parti pembangkang. Mengapa mereka berebut jawatan? Selepas Anwar dibebaskan, Anwar tidak dibiarkan keseorangan. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din mengunjunginya di Munich (semasa dalam rawatan). Begitu juga dengan pemimpin DAP. Hubungan akrab PAS, DAP dan KeADILan diteruskan walaupun Anwar dikekang undang-undang, iaitu tidak dibenar bertanding pada PRU ke-12, 2008. Pada waktu itu, selepas pengagihan kerusi dibuat, ramai yang tidak mahu bertanding, kerana tidak yakin dengan KeADILan. Banyak seat kosong. Sehingga KeADILan terpaksa meminjam calon-calon daripada PAS. Malah boleh dikatakan seluruh pegawai-pegawai pejabat Anwar, yang masih muda, baru dalam politik disenaraikan sebagai calon. Sehingga pada waktu itu, KeADILan dikatakan menggunakan 'calon tangkap-muat'. Bekas askar, posmen dan yang tiada kelulusan, tidak jelas latar belakang, semuanya diambil sebagai calon untuk memenuhi kouta. Tetapi hasil PRU-12, berlaku sesuatu di luar dugaan. KeADILan, PAS dan DAP menang besar. Kemenangan yang tidak disangka-sangka hasil sokongan rakyat. Kemenangan ini membuatkan ramai ahli politik 'terbuka mata'. Mereka melihat potensi yang besar dalam KeADILan. Mereka mula melihat bahawa KeADILan adalah parti masa hadapan, walaupun pada suatu ketika mereka ini semuanya skeptikal dan pesimis. Apakah kerana KeADILan dilihat bakal menerajui Putrajaya bersama PAS dan DAP, maka mereka-mereka ini berebut-rebut untuk menang dalam pemilihan KeADILan? Apakah mereka ini hanya muncul apabila cahaya kemenangan sudah kelihatan? Jawapannya mereka sendiri yang tahu. Masalah yang dihadapi KeADILan Apapun sejak lebih tiga puluh bulan Pakatan Rakyat dibentuk, rakyat amat-amat memerhati KeADILan, PAS dan DAP. Soal siapa yang menawarkan diri, siapa yang berebut jawatan, atau sesiapa yang hendak diundi, terserahlah kepada perwakilan KeADILan untuk menentukannya. Cumanya, harus diingatkan bahawa bukan kepimpinan yang hendak direbut. Bukan siapa yang berkuasa dalam parti yang hendak dikejar. Yang utama sekali ialah, adalah KeADILan yang ada hari ini akan terus relevan di hati rakyat. Kewujudan KeADILan dalam Pakatan Rakyat, sama pentingnya dengan PAS dan DAP. Kelemahan KeADILan adalah juga kelemahan Pakatan Rakyat. Begitu juga kepada PAS dan DAP. Masalah wujud dalam semua parti. Tetapi dalam ruangan ini penulis hanya mahu menfokus masalah yang dihadapi KeADILan. Masalah yang dihadapi sekarang ialah sejauhmana kemampuan kepimpinannya mampu mengatasi persepsi kurang baik terhadap KeADILan. Apakah persepsi yang kurang baik itu? Secara jujur digariskan di sini, antaranya ialah pertama, kebergantungan hanya kepada ketokohan Anwar Ibrahim. Maknanya, adalah dibimbangi, jika berlaku apa-apa yang tidak diingini terhadap Anwar, KeADILan akan jadi macam 'anak ayam kehilangan ibu.' Anwar juga dilihat sebagai faktor penyatuan dalam parti. Kedua, KeADILan dilihat mempunyai terlalu banyak faction leader atau group leader. Sama ada faktor ini kerana perbezaan antara Melayu dengan bukan Melayu, beza kerana bergabung dua parti (Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia), atau beza kerana pelbagai latar belakang kumpulan dalam parti. Perbezaan ini memungkinkan sukarnya ideologi mereka disatukan. Ketiga, selepas PRU ke-12 lepas, ramai pemimpin, terdiri dari Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang defect dari KeADILan, sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri Perak tumbang dan ada yang goyah. Keempat, wujudnya persepsi pemimpin KeADILan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau dalam Pihak Berkuasa Tempatan, yang kelihatan tamak kuasa. Sehingga timbul pergeseran kecil akibat berebut jawatan JKKK. Sehingga ada yang berkata, seolah-olah dari segi berebut kedudukan atau jawatan ini, KeADILan tiada beza dengan Umno. Kelima, wujudnya hubungan kurang mesra di kalangan wakil rakyat KeADILan dengan kepimpinan PAS atau DAP di peringkat Parlimen atau Dun, yang dilihat boleh menjejaskan persefahaman untuk jangka panjang. Mungkin banyak lagi boleh dicatat. Cukup sekadar ini dahulu. Apa pun kepimpinan KeADILan harus memperhalusi permasalahan persepsi ini. Kerana, persepsi itu menterjemahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Cabaran terbesar KeADILan bukanlah semata-mata untuk mengemukakan suatu sistem yang dilihat lebih demokratik, tetapi ialah, sejauhmana ia mampu menjadi team player yang meyakinkan rakyat untuk terus menyokong Pakatan Rakyat. Cabarannya ialah sejauhmana ia mampu menghapuskan semua persepsi buruk terhadap KeADILan, mampu membezakannya dengan Umno dan ia mempunyai kepimpinan yang komited serta ahli-ahli yang setia. Jika pun kepimpinan berubah, kepimpinan dilihat semakin mantap, tetapi ahli di peringkat bawahan terus melompat atau keluar parti, imej parti agak sukar dipulihkan. Jika persepsi tidak ditangani sebaiknya, ada kemungkinan harapan menuju ke Putrajaya pada PRU ke-13 nanti, hanyalah mimpi yang tidak berkesudahan. Penulis tidak bermaksud untuk mengkritik semberono, tetapi ianya sekadar merupakan muhasabah yang membina, bagi kepentingan Pakatan Rakyat keseluruhannya. |
| KENYATAAN TUN MAHATHIR DEDAHKAN KEGAGALAN UMNO Posted: 27 Sep 2010 04:30 AM PDT Almarhum Us Fadhil Nor pernah menyatakan dalam ceramah beliau agar Allah memanjangkan umur Tun Mahathir agar dia dapat melihat kehancuran dan akibat di zaman pemerintahannya. Hari ini kita dikejutkan dengan kenyataan bahawa seandainya PR menguasai kerajaan, orang Melayu akan kehilangan kuasa dan hak. Kenyataan yang dikeluarkan untuk menakut-nakutkan orang Melayu untuk memilih PR dalam PRU ke 13. Rakyat tentulah boleh menilai bagaimana gagalnya UMNO yang diberi amanah untuk menguruskan negara bagi memartabatkan orang Melayu. Akibatnya wujudlah istilah Umnoputra bagi membuktikan bagaimana UMNO gagal membela nasib Melayu. Bagaimana gagalnya UMNO memartabatkan hak Melayu/bumiputra dalam peruntukan DEB untuk mencapai kouta 30%, sedangkan segala peruntukan bagi mencapai matlamat tersebut telah digunakan sepenuhnya. Lihat pula isu nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang kini seolah-olah ia berpunca daripada pemerintahan Lim Guan Eng, sedangkan apa yang UMNO buta setelah ia mendapat jumlah kerusi yang besar mengatasi Gerakan dahulu, demikian juga isu penagihan dadah, gejala sosial dan lain-lain \iadalah manifestasi GAGALNYA UMNO MEMBELA NASIB MELAYU. Hari ini setelah rakyat melihat kegagalan UMNO menjadi pembela Melayu/Islam, mereka mula melihat kemampuan PAS menerajui perubahan bagi membela nasib. Walaupun dasar PAS bukan bersifat perkauman, namun realiti dasar pembelaan rakyat miskin, pengagihan kekayaan negara kepada rakyat, penghapusan rasuah dalam perkhidmatan awam, dan pelbagai dasar yang telah dilaksanakan di negeri yang dimenangi oleh PR; menyebabkan rakyat mulai melihat PR mampu menjadi pembela golongan mustad'afin dan menjadi juru bicara ummah yang tertindas. Dasar Islam yang dibawa oleh PAS lebih meyakinkan kita. Agihan kekayaan negeri mesti diutamakan kepada negeri berkenaan. Zakat umpamanya diperintahkan diambil dari harta golongan yang wajib di kalangan mereka, bagi diagihkan dikalangan mereka yang layak. Bayangkan seandainya 20% royalti minyak dikembalikan kepada negeri-negeri yang puratanya rakyat termiskin di Malaysia seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, dan Terengganu; dengan tiadanya rasuah dan salahguna kuasa dan ianya berjalan dengan baik, InsyaAllah kehidupan rakyat luar bandar yang diabaikan lebih daripada 50 tahun ini kita bela, dan kita akan menyaksikan munculnya sebuah negara baru yang hebat. |
| Bolehkah taruh harapan kepada Sekolah Harapan Posted: 27 Sep 2010 04:00 AM PDT Dr Fatimah Abdullah Isu buang bayi, kehamilan luar nikah dan pelbagai masalah sosial khususnya di kalangan remaja hebat diperkatakan baik oleh para menteri, isteri menteri, ahli politik dan ahli ahademik mahu pun masyarakat umum. Pelbagai saranan, pendapat, cadangan dan program baik yang masuk akal dan munasabah mahupun yang "separuh masak" dan dangkal dilaporkan di akhbar serta radio dan televisyen. Inilah masalah yang melanda negara kita. Bukan setakat masalah sosial yang melanda tetapi masalah kecelaruan pemikiran pada pemimpin mengenai sesuatu isu dan bagaimana menanganinya. Inilah masalahnya apabila ada golongan yang sangat cepat mengeluarkan idea tetapi tidak berlandaskan fakta daripada penyelidikan yang terperinci. Walau pun masalah ini telah dikesan sejak sekian lama tetapi dek kerana sikap "ambil mudah" dan "tidak serius" maka masalah sosial itu berterusan atau berulang. Saya pernah ditanya oleh wartawan Berita Harian pada tahun 1996 mengenai isu buang bayi, tetapi setelah lebih 10 tahun masalah berkaita bukan sahaja tidak selesai atau berkurangan bahkan makin meningkat. Sehingga ini tidak ada penyelidikan yang serius mengenai isu kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi walaupun ramai yang sedar masalah itu makin membarah. Saya dan beberapa orang rakan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan penyelidikan mengenai kehamilan luar nikah selama dua tahun (dari 2008 hingga 2009) dengan peruntukan Geran Penyelidikan Universiti yang bernilai RM70,000 itu telah dipotong kemudiannya. Menjangkakan sukarnya untuk mendapat data mengenai hal tersebut, kami telah bersetuju untuk mengambil kes yang dirujuk di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Atas beberapa sebab semua kes yang direkodkan dari tahun 2004 hingga 2008 sahaja yang telah kami ambil. Mendapatkan geran penyelidikan untuk mengkaji isu-isu berkaitan masalah sosial kurang mendapat tempat. Proposal penyelidikan selalu ditolak oleh penal penilai dengan alasan tidak ada "produk yang boleh dikomersialkan". Walaupun geran yang dipohon jarang mencecah jutaan ringgit sebagaimana penyelidikan dalam sains dan teknologi tetapi kebanyakannya ditolak atas alasan tadi. Demikianlah nasib proposal penyelidikan dalam bidang sains sosial kerana statusnya yang dipandang lebih rendah daripada bidang sains tulin dan gunaan. Pernah orang membuat "lawak" dengan berkata "oh penyelidikan so sial" (sangat sial). Mengetahui kami ada menjalankan penyelidikan mengenai kehamilan luar nikah, salah sebuah agensi kerajaan telah menunjukkan minat terhadap penyelidikan kami. Atas minat dan saranan yang ditunjukkan oleh agensi tersebut jugalah satu kertas cadangan penyelidikan telah dikemukakan. Malangnya setelah hampir dua tahun, pihak berkenaan masih berdiam diri tidak menyatakan sama ada masih berminat atau tidak dengan proposal penyelidikan berkenaan. Antara jawapan yang diberikan ialah tiada ada wang, tidak boleh diberi terus kepada satu kempulan penyelidik sahaja dan perlu dibuat tender terbuka. Perkembangan terbaharu ialah pegawai yang ada di jabatan berkenaan diminta membuat kajian dan dan menganjurkan program sendiri bagi ujuan menangani isu tersebut. Itulah sebahagian daripada senario yang berlaku di negara kita. "Malaysia boleh", semua orang boleh membuat apa sahaja, dalam konteks ini pegawai yang tidak ada latar belakang sosiologi, antropologi atau psiokologi dipertanggung-jawab untuk menjalankan penyelidikan dan program bagi menangani masalah sosial yang serius itu. Dia sebabkan kurang kompetennya dan tidak ada pengalaman menjalankan penyelidikan, beliau meminta jasa baik kami agar memberikannya salinan soalselidik yang telah digunakan dalam penyelidikan kami bagi memudahkan kerjanya. Persoalannya ialah di mana "ethics" agensi kerajaan yang berpegang kepada prinsip keislaman? Ini adalah satu contoh kepincangan yang berlaku. Bagaimana hasil penyelidikan boleh dianggap boleh dipercayai dan sah jika penyelidik tidak berpegang kepada etika penyelidikan dan tidak tahu prosedur dalam penyelidikan sosial. Patutlah banyak masalah sosial tidak selesai malah bertambah serius kerana bukan sahaja pihak yang bertanggung-jawab tidak serius dengan masalah yang melanda masyarakat malah menjalankan kajian pun "pakai ikut suka" sahaja. Menangani masalah kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi bukan sekadar membuat program dan kempen serta menyediakan sekolah untuk remaja yang berkaitan. Ini kerana langkah ini bukan sahaja berat sebelah kerana si lelaki yang bertanggung-jawab menyebabkan kehamilan dan bersubahat membuang bayi berkemungkinan besar terlepas dan tidak menjalani apa-apa program pemulihan. Selain daripada persoalan penyelidikan sosial yang tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana kos penyelidikan yang dikatakan mahal walaupun hakikatnya tidak pun mencapai jutaan ringgit, kaedah menanganinya dibuat "ikut suka" tanpa perancangan yang teliti dan didasarkan kepada data atau fakta daripada penyelidikan menjadi antara sebab mengapa masalah sosial di negara ini tidak selesai-selesai malah makin bertambah. Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang sains sosial (sosiologi keluarga), saya kira sudah sampailah masanya pihak berkuasa meneliti semula apa yang telah dilakukan selama ini dalam menangani masalah sosial remaja dan masalah sosial yang lain. Bolehkah di letakkan harapan kepada Sekolah Harapan di Melaka itu? Apakah program atau kurikulum yang dirancangkan untuk penghuninya? Sudahkah dibuat kajian yang rapi dan terperinci sebelum sekolah itu dibuka? Ini kerana mereka yang bakal menjadi penghuninya sudah pasti datang dari latar belakan keluarga, sosioekonomi dan etnik yang berbeza. Sebab mereka hamil juga berbeza; ada yang disebabkan rogol, paksaan, sumbang mahram atau suka sama suka. Saya berpendapat bahawa meletakkan para remaja di institusi bukanlah satu penyelesaian kepada masalah berkenaan. Saya kira semua pihak harus sedar dengan hakikat atau kenyataan sebenar dalam hidup. Remaja yang terlibat harus kembali kepada keluarga. Keluarga dan komuniti perlu memikul tanggung-jawab membimbing remaja-remaja berkenaan. Semua pihak baik remaja yang terlibat, keluarga mereka, komuniti di mana mereka tinggal dan membesar serta pihak berkuasa perlu berganding bahu menangani isu tersebut. Walau pun akan ada sebahagian daripada ahli komuniti yang mencemuh tetapi itu adalah perkara biasa dalam kehidupan. Keluarga mesti memikul tanggungjawab membimbing anak anak di samping mendapatkan kerjasama daripada komuniti dan komitmen kerajaan harus diberikan secara berterusan. Biarlah remaja kembali kepada keluarga, hidup dan memikul tanggung-jawab sebagai ahli keuarga dan komuniti sehingga mereka melahirkan anak dan membesarkan anak yang dilahirkan itu. Beri mereka kemahiran untuk membuat kerja produktif di samping didikan agama dan pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif dan penjagaan bayi. Ini penting agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang normal dalam keluarga dan komuniti setelah melahirkan anak, dan mempunyai cukup sumber pendapatan bagi menampung hidup tanpa perlu menyerah anak kepada ibu bapa angkat. Seperti yang dinyatakan di atas, ibu bapa dan keluarga mungkin malu dengan apa yang berlaku. Ahli komuniti pula mungkin memandang serong. Akan tetapi ini adalah perkara biasa dalam kehidupan. Kesilapan dan dosa yang telah dilakukan adalah pengajaran untuk memperbaiki kehidupan seterusnya bukan sahaja oleh remaja berkenaan, malah kesilapan yang yang telah berlaku itu juga sebahagiannya disebabkan oleh kesalahan dan kelemahan keluarga, komuniti/masyarakat dan pemerintah juga yang lalai dengan tanggung-jawab mereka. Saya kira tentunya lebih silap lagi jika ibu bapa menyerahkan cucu mereka kepada orang lain atau mengambil bayi yang dilahirkan sebagai anak angkat sedangkan bayi itu adalah cucunya sendiri dan orang yang kemudiannya dipanggil kakak itu sebenarnya si ibu kandung. Lebih parah lagi ialah jika bayi itu dinasabkan kepada datuknya. Akan tetapi inilah hakikatnya yang telah dan sedang berlaku dalam masyarakat apabila keluarga memberitahu jiran tetangga yang dia mengambil anak angkat. Memandangkan remaja yang terlibat perlu berhadapan dengan komuniti dan kehidupan sebenar dalam komunit dan masyarakat yang lebih besar maka saya kira dia perlu meneruskan hidup dalam masyarakat dan bukan melarikan diri atau membawa mereka keluar. Jika dia diberi peluang untuk meneruskan hidup secara normal berserta dengan bimbingan agama dan pengetahuan lain besar kemungkinan semua pihak akan mendapat faedah malah mungkin lebih berkat kerana wujudnya hubungan saling membantu. Sebaliknya jika remaja berkenaan di tempatkan di institusi, dia akan menghadapi masalah apabila keluar dari institusi, apabila dia perlu berhadapan dengan keluarga dan komuniti sekeliling yang mungkin akan terus memandang serong terhadapnya. Dia mungkin berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya malah seluruh komuniti. Dia juga perlu menyara hidupnya sendiri, tanpa sokongan ahli keluarga dan komuniti apabila keluarga sendiri "membuangnya". Apabila hidupnya tidak menentu dan terumbang ambing kebarangkalian untuk dia mengulangi episod lama adalah tinggi. Ibu-ibu muda yang ditemui di rumah perlindungan memberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku atau yang mereka lakukan sehingga hamil dan mengandung. Mereka juga menyatakan rasa sedih, kesal dan bersalah dengan apa yang telah berlaku. Malangnya mereka meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat melihat bayi yang dilahirkan kerana ibu bapa telah menyerahkan anak tersebut kepada keluarga angkat dan dia tidak tahu siapa keluarga angkat tersebut. Walaupun sedar akan kesalahan dan dosa yang telah dilakukan tetapi kesedihan itu berpanjangan apabila ibu bapa tidak mahu bercakap dengan mereka walaupun pernah membuat panggilan telefon ke institusi di mana dia di tempatkan. Menurut ibu muda itu dia tidak pasti ke mana dia akan pergi setelah keluar dari institusi tersebut. Bayangkan jika dia terus tinggal dalam keluarga dan komuniti, dia akan dapat meneruskan hidupnya secara normal, malah bayi yang dilahirkan itu juga boleh mendapat jagaan, perlindungan dan kasih sayang daripada ibu, datuk nenek dan saudara mara dekat. Sokongan sosial dari keluarga dan komuniti sangat penting kepada ibu muda dan anaknya itu. Justeru, sudah sampai masanya ibu bapa perlu mengenepikan rasa malu dan menjaga "air muka" sendiri tetapi mengabaikan tangggung jawab menjaga dan memberi sokongan kepada anak dan cucunya. Ini kerana kesilapan sianak sedikit sebanyak ada kaitan dengan kelalaian ibu bapa juga. Pada saya sekolah harapan hanya sebuah projek peribadi tidak mempunyai asas yang kukuh dalam usaha menangani masalah sosial. Mungkin ramai yang tidak bersetuju tetapi ini adalah pandang saya berdasarkan alasan di atas. Dalam menangani masalah sosial, penyelidikan sosial yang terperinci dan sistematik perlu dilakukan dengan serius. "Bank data" mengenai isu sosial perlu dikumpul dengan sistematik agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan kepada kumpulan sasar sebelum dasar sosial digubal. Jika pihak berkuasa boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk program-program seperti "Kami Prihatin" maka apa sangatlah nilai bagi geran penyelidikan sosial yang jauh lebih rendah. Saya bimbang kos sosial akan meningkat pada masa depan jika pihak berkuasa tidak serius dengan masalah sosial yang sedang melanda sekarang. Justeru, bolehkah kita menaruh harapan kepada sekolah harapan? Penulis adalah mantan Prof Madya dalam bidang Sosiologi Keluarga di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia. |
| Reezal mahu jadi ‘hero’ baru di Pulau Pinang Posted: 27 Sep 2010 03:30 AM PDT Mohd Sabri Said BUKIT MERTAJAM, 27 Sept: Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kononnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan RM100 kepada warga emas hasil wang judi sengaja ditiupkan untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu. Pesuruhajaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man berkata, sebenarnya isu itu sengaja dimainkan untuk mencari publisiti murahan untuk menonjolkan dirinya 'hero' baru Umno di Pulau Pinang setelah beberapa orang hero lama kini sudah patah sayap. "Reezal Merican sengaja cari publisiti murahan untuk meningkatkan pengaruhnya bagi dilihat hero baru Umno di Pulau Pinang. Cubaannya untuk menggantikan Tun Abdullah di Parlimen Kepala Batas makin ligat," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berpendapat Umno bakal menurut 'kematian' MCA dan Gerakan Pulau Pinang tidak lama lagi. "Maka sebab itu kepimpinannya terpaksa melakar sejarah terakhir supaya menjadi kenangan anak cucu," ujarnya ketika berucap sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri PAS Bukit Mertajam di halaman Pasti Alma Jaya, semalam. Ujarnya, justeru itu jentera PAS dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia berganding bahu menyusun pelbagai program dan agenda untuk rakyat bagi menggantikan Umno. "Apa yang Umno lakukan untuk mengembalikan sokongan ditolak rakyat. Sokongan orang Cina dan India jelas berpatah arang cuma Melayu saja yang masih berdolak dalik. "Namun tidak mengapa, biar Umno cipta isu yang akhirnya makan diri. Bila makan diri, pasti parti itu jadi macam MCA dan Gerakan yang amat lemah di negari ini berbanding dulu begitu agresif," ujarnya. Lagi. Beliau percaya selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, Umno akan kehilangan pengaruh sekaligus melenyapkan impian untuk terus berkuasa di Malaysia. |
| Rakyat Argentina Tolak Maradona Posted: 27 Sep 2010 03:00 AM PDT BUENOS AIRES: Diego Maradona ingin kembali menjadi jurulatih Argentina, namun rakyat menolaknya. Maradona dipecat setelah Argentina kalah 0-4 kepada Jerman di suku akhir Piala Dunia 2010. Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA), sebenarnya ingin mengekalkannya jika Maradona membuang semua pembantunya. Bagimanapun, Maradona menolak. AFA pun akhirnya tidak melanjutkan kontrak Maradona dan memilih Sergio Batista sebagai jurulatih sementara. Setelah lama menganggur, Maradona akhirnya mengendurkan pendiriannya. Dia bersedia meninggalkan semua pembantunya dan kembali melatih Argentina. Namun, bancian yang djekuarkan pada Sabtu lalu cukup mengejutkan. Majoriti rakyat Argentina ternyata tidak menghendaki wira Piala Dunia 1986 itu kembali menjadi jurulatih nasional. Sembilan dari 10 orang Argentina menolaknya. Sementara, AFA akan segera menetapkan jurulatih mereka agar program segera dibuat. -(AP) |
| PAS Tuntut Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu Posted: 27 Sep 2010 02:30 AM PDT KULIM: PAS menuntut kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dikembalikan kepada parti itu dalam pilihanraya umum akan datang, kata Yang Dipertuanya, Hassan Razak. Ketika ini kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu diwakili oleh Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR tetapi telah keluar parti dan menjadi ahli bebas. "Kesemua 42 cawangan parti (PAS) di kawasan ini mahu kerusi itu ditanding oleh PAS kerana mereka kecewa dengan ahli parlimen tersebut. "Bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal berkhidmat untuk rakyat," katanya di sini. Hassan berkata, bagaimanapun, ini bukan bermakna ahli PAS menyalahkan PKR Kulim Bandar Baharu. Tetapi, katanya, ahli-ahli PAS bimbang kalau-kalau pisang berbuah dua kali dan mereka lebih meyakini istiqamah (komitmen) sesama ahli PAS berbanding parti lain. Surat tuntutan itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau juga sudah bertemu dengan Azizan berhubung perkara itu. Katanya, pihaknya tetap mengutamakan perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat (PR) dan ini sekadar tuntutan. "Hal ini sudah tentu memerlukan perbincangan lanjut yang lebih teliti," katanya. |
| Apa itu ‘kuasa Melayu’? — Dr Hassan Ahmad Posted: 27 Sep 2010 02:00 AM PDT Orang Melayu baru sedar bahawa 'kuasa Melayu' di negara ini akan pupus, atau setidak-tidaknya Melayu tidak akan berkuasa lagi di negeri ini. Beberapa tanda digunakan untuk membuat ramalan tentang kemungkinan pupusnya kuasa Melayu di negara ini. Hasil Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dianggap oleh orang Melayu sebagai salah satu tanda terhakisnya kuasa politik Melayu apabila Umno dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) hilang kuasa majoriti 2/3 dalam parlimen dan jatuhnya negeri kuasa Umno sejak kemerdekaan ke tangan Pas atau gabungan parti-parti Pakatan Rakyat, dan hilangnya pengaruh politik Umno di Pulau Pinang. BN mula-mulanya kalah di Perak tetapi disebabkan tiga orang anggota DUN PR keluar parti dan menjadi anggota DUN mesra-BN, maka Mahkamah memutuskan bahawa BN-lah yang layak memerintah di negeri itu. Tetapi orang Melayu kekal memerintah di Kelantan, walaupun parti yang memerintah bukan BN/Umno tetapi Pas. Orang Melayu mungkin mengenang akan kuasa yang diwarisi oleh orang Melayu dari sejarah pemerintahan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Sejarah sebelum kemerdekaan menunjukkan bahawa sejak zaman berzaman, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, yang memerintah di Tanah Melayu bukan orang lain tetapi orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, pembesar-pembesar Melayu. Benar, sejak Perjanjian Pangkor tahun 1874, British mulai 'mencampuri' urusan pentadbiran negeri Melayu, terutama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States. Tetapi sejarah itu tidak menunjukkan bahawa kuasa pemerintahan Melayu jatuh sepenuhnya ke tangan kuasa baru, iaitu kuasa British. Tidak. Raja Melayu tetap bertahta (tidak diturunkan dari tahtanya) dan memerintah walaupun dengan 'nasihat' pegawai British. Di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah-Perlis) pentadbiran masih hampir sepenuhnya berada dalam tangan raja Melayu, menteri besar Melayu dan para pegawai pentadbir Melayu. British cuma menjadi 'penasihat'. Tetapi akhirnya kerana kelemahan raja-raja dan golongan bangsawan Melayu yang memerintah bersama-sama British itu, kuasa politik Melayu makin lama makin merosot sehinggalah sampai pada tahun 1946 apabila British kembali ke Tanah Melayu (selepas Jepun kalah Perang) untuk mentadbir semula Tanah Melayu dan kemudian cuba mengubah status Tanah Melayu atau 'British Malaya' menjadi 'koloni British' melalui rancangan Malayan Union-nya. Orang Melayu seluruh Tanah Melayu bangkit menentang rancangan itu, kerana kalau tidak ditentang Tanah Melayu akan menjadi tanah 'Jajahan British', raja-raja Melayu akan hilang hak dan kedaulatannya dan akan dijadikan subject raja British dan bangsa Melayu menjadi 'rakyat British' sama seperti halnya dengan Hong Kong, tidak lagi sebagai rakyat raja Melayu atau negeri Melayu. Semasa seluruh bangsa Melayu di Tanah Melayu, termasuk Melayu di Singapura, bangkit menentang rancangan Malayan Union itu kaum-kaum lain tidak menyokong protes itu. Mereka mungkin itu adalah masalah orang Melayu, masalah raja dan negeri Melayu, bukan masalah mereka. Pada masa itu mereka bukan rakyat raja atau negeri Melayu. Mereka adalah 'orang asing' atau 'pendatang'. Jadi, mereka tidak turut membantah kerana menganggap Malayan Union itu ialah masalah Melayu bukan masalah mereka. Barangkali mereka suka Tanah Melayu menjadi koloni British dan mereka menjadi 'rakyat British' atau 'British citizens'. Malayan Union yang gagal itu digantikan dengan kesatuan baru yang disebut Federation of Malaya yang diperintah oleh raja baru, iaitu the British raj (seperti di India) yang diwakili di Tanah Melayu oleh Pesuruhjaya British sebagai 'ketua eksekutif'. Tetapi Federation of Malaya itu sebenarnya ialah Federation of Malay States atau ringkasnya Persekutuan Tanah Melayu, bukan Persekutuan Malaya. Ini menunjukkan bahawa 'negeri Melayu' tidak dihapuskan seperti yang cuba dihapuskan oleh British melalui rancangan Malayan Union-nya. Ada 'Negeri Melayu' bererti ada raja Melayu, ada kerajaan Melayu. Kita menyebut 'sejarah' ini untuk menangkis pendapat yang mengatakan bahawa sebelum kemerdekaan 'Negeri Melayu' atau 'Kerajaan Melayu', atau dengan kata lain 'kuasa Melayu' sudah tidak ada lagi. Maka orang pun percaya - dan ini termasuk para pemimim Melayu - bahawa dalam tahun 1957 lahirlah sebuah 'negara baru' yang disebut negara Federation of Malaya (kemudian dalam tahun 1963, menjadi 'Persekutuan Malaysia'), tidak lagi 'persekutuan tanah Melayu' atau 'persekutuan negeri-negeri Melayu'. Ini suatu penghinaan kepada bangsa Melayu yang sudah mempunyai negeri atau negara atau kerajaan sejak sekurang-kurangnya abad ke-13 lagi. Kemerdekaan Selepas kemerdekaan, Umno yang pada waktu itu mampu memerintah tanpa bergabung dengan kaum-kaum lain, sanggup berkongsi dengan kaum-kaum lain untuk memerintah negeri ini selepas British meninggalkan Tanah Melayu, demi 'perpaduan kaum' (konon!). Dalam PRU pertama (1956), UMNO memenangi lebih daripada 2/3 kerusi Parlimen. Calon-calon dari parti komponen Perikatan, iaitu MCA dan MIC, kalau saya tidak silap, semuanya atau hampir semuanya menang di kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu. Itulah agaknya yang dimaksudkan oleh Melayu sebagai 'kuasa Melayu', iatu kuasa politik Melayu. Tetapi mengapakah sekarang orang Melayu takut 'kuasa' itu akan hilang? Apakah yang mereka takut: hilang kuasa Umno atau hilang kuasa Melayu? Dalam Parlimen, orang Melayu masih merupakan golongan majoriti, kalau kita ambil kira kerusi Umno, kerusi Melayu Pas, dan kerusi Melayu dari PKR. Kuasa Melayu untuk terus menjadi pemerintah di negeri ini tidak semestinya bererti kuasa UMNO sahaja. Hari ini, sudah mulai banyak orang Melayu yang berkata, apa untungnya rakyat biasa Melayu jika Umno terus memerintah. Mereka melihat sebahagian orang Melayu yang berkuasa dalam Umno sudah tidak ada semangat dan jiwa Melayunya lagi, seperti ibu bapa mereka yang berarak menentang Malayan Union. Mereka dilihat tidak berani lagi 'memperjuangkan' nasib bangsa Melayu; Umno baru ini dilihat semakin menyerah dan bertolak ansur dengan apa sahaja kehendak dan tuntutan orang bukan Melayu, termasuk hal-hal yang mereka tidak tuntut namun diberikan juga, konon untuk mengambil hati orang bukan Melayu, sedangkan tuntutan Melayu dituduh sebagai tuntuan 'rasis'. Sama ada ini hanya persepsi orang Melayu terhadap UMNO sekarang atau ini memang kebenaran, Umno kenalah kaji dengan jujur dan secara rasional untuk mengetahui sebabnya yang sebenar. Maka dalam keadaan nasib Melayu yang tidak menentu ini, lahirlah NGO Melayu yang dituduh 'rasis', iaitu Perkasa. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perkasa lahir kerana mereka menganggap Umno tidak lagi sanggup atau mampu mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Dalam PRU yang lepas banyak penyokong tradisional Umno lari ke parti-parti lain, khususnya Pas. Apa sebabnya? Apakah mereka sudah kecewa dan hilang kepercayaan kepada Umno sebagai parti yang dapat membela nasib mereka atau apakah mereka percaya bahawa Pas dapat menjadi parti Melayu sebagai alternatif kepada Umno? Dasar-dasar apakah yang dibawa oleh Pas yang menarik perhatian mereka? Masalah Saya rasa masalah 'kuasa Melayu' tidak terletak pada mana-mana parti politik Melayu atau pada soal 'kuasa politik' parti semata-mata. Kuasa politik bukan ditentukan oleh parti politik tetapi oleh rakyat, oleh pengundi. Sama ada kita suka atau tidak suka inilah demokrasi. Kuasa politik bukan terletak pada UMNO, atau Pas, atau DAP atau PKR tetapi pada rakyat. Dan rakyat hari ini, terutama golongan muda - ini termasuk pengundi Melayu yang masih merupakan pengundi majoriti di negara ini - nampaknya tidak lagi memilih parti hanya berdasarkan sentimen kaum tetapi berdasarkan soal sama ada parti itu dapat memerintah negara dengan adil, saksama, seimbang, bersih, cekap dan amanah. Mereka melihat apakah parti itu dipenuhi oleh golongan manusia yang perasuah, orang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan sendiri dan kesenangan kaum keluarga dan sahabat handai mereka, atau apakah parti itu dipimpin oleh orang-orang yang bersih dari segala macam rekod moral yang buruk, orang yang bercakap bohong, orang yang lebih mementingkan ekonomi 'pasaran bebas', ekonomi mesra pasaran, daripada ekonomi atau pasaran mesra-rakyat. Sehubungan ini saya teringat membaca suatu artikel dalam majalah Newsweek baru-baru ini yang menceritakan dasar ekonomi negeri China. Seorang pegawai tinggi kerajaan China berkata: In China we make the market economy to serve the people and the State, not the market, maksudnya, 'Di negeri China ekonomi pasaran diarah berkhidmat untuk rakyat dan negara tidak untuk pasaran'. Barangkali kerana inilah China sekarang sedang berkembang untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia mengalahkan negara-negara Barat dan Jepun. Kalau sesebuah parti Melayu diketahui oleh rakyat semua kaum sebagai parti yang 'bersih', yang akan memerintah dengan adil tidak kira kaum, saya kira semua kaum akan tertarik dengan parti itu. Ini soal prinsip, soal moral, bukan soal perkauman. Jadi, soalnya, apakah dan siapkah yang salah jikalau 'kuasa Melayu' akan hilang. Jawabnya ialah, yang salah ialah orang Melayu sendiri, bukan kaum-kaum lain. Diberi kuasa yang banyak oleh rakyat, terutama pengundi Melayu, kuasa itu tidak digunakan dengan baik dan bijaksana; kuasa itu disalahgunakan, sehingga berlaku beberapa banyak skandal berlaku, skandal rasuah, skandal jenayah, skandal ekonomi. Selama 50 tahun orang Melayu mempunyai kuasa untuk mempertahankan hak dan kepentingan Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dalam soal dasar bahasa, dalam soal budaya dan lain-lain lagi, tanpa menjejaskan kepentingan kaum-kaum lain yang juga perlu diperjuangkan oleh penguasa-penguasa politik Melayu itu dengan adil dan saksama, sebagaimana dituntut oleh Perlembagaan, tetapi sejak mutakhir ini nampaknya keadaan orang Melayulah yang semakin terdesak. Maka lahirlah badan bukan kerajaan Melayu seperti Perkasa untuk mewakili suara dan keadaan rakyat Melayu yang terdesak itu. Kemiskinan di kalangan orang Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan kemiskinan di kalangan kaum lain juga makin meningkat. Jurang perbezaan antara golongan terkaya dengan golongan majoriti yang susah semakin membesar. Jikalau dasar ekonomi negara ini mesra-rakyat, keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. Kita sibuk memajukan keadaan fizikal negara tetapi lupa memajukan keadaan moral rakyat dan negara serentak atau selaras dengan kemajuan materialistik. Nasihat saya kepada orang Umno ialah, tumpukan perhatian kepada reformasi atau transformasi moral dan budaya politik dalam Umno. Ini akan menjadi asas atau 'model' untuk membolehkan Umno menjadi 'pejuang bangsa Melayu' yang kredibel dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan dan sosial merentas kepentingan peribadi anggota-anggota parti itu sendiri. Saya tidak berkata bahawa 'moral' anggota-anggota dan kepimpinan parti-parti lawan semuanya bersih, hebat, cemerlang, Tidak. Yang penting ialah Umno sebagai parti Melayu yang terbesar (atau masih terbesar?) hendaklah memperbaiki dan menampilkan imejnya sebagai parti yang benar-benar berjiwa 'kebangsaan', parti yang dapat menjadi pilihan utama rakyat, tidak sahaja rakyat Melayu tetapi juga rakyat bukan Melayu berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, keseimbangan dan kesaksamaan merentas kepentingan kaum dan kepentingan peribadi para anggota parti. Akhir kata, 'kuasa Melayu' tidak bererti kuasa untuk orang Melayu yang berkuasa melakukan apa sahaja menurut nafsu mereka, memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan memusnahkan hak dan kepentingan bukan Melayu. Kuasa Melayu bererti kuasa untuk mentadbirkan negara dengan cekap, adil, bijaksana, bersih, bertanggungjawab untuk kepentingan negara, bukan untuk kepentingan etnik atau kepentingan golongan dan orang-orang perseorangan yang berkepentingan peribadi. Kuasa Melayu tidak bererti kuasa anti-bukan Melayu, atau hanya kuasa pro-Melayu, tetapi kuasa untuk semua rakyat, kuasa untuk mewujudkan kemajuan, kesejahteraan, kemakmuran untuk semua rakyat. Kalau ini maksud kuasa Melayu, tidak ada sebab mengapa rakyat mesti takut kepada kuasa ini. Yang kita takut ialah, jika kuasa Melayu ini diberikan kepada atau jatuh ke tangan orang Melayu yang tidak layak menerimanya dan tidak mampu menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan negara. — Mingguan Malaysia |
| Sikap dolak dalih, cakap tak serupa bikin seorang pemimpin — Mutalib Azman Posted: 27 Sep 2010 01:00 AM PDT 27 SEPT — Ketika ini seluruh negara heboh bercerita tentang Ketua Menteri, Lim Guan Eng guna duit haram untuk basmi kemiskinan di Pulau Pinang. Bayangkan duit RM100 yang diberikan Guan Eng kepada warga emas termasuk umat Islam sebenarnya hasil wang judi. Kepada orang bukan Islam adalah tidak menjadi masalah untuk mereka menerima wang daripada hasil judi. Tetapi bayangkan ahli keluarga Islam yang menerima wang tersebut. Bagi orang Islam, wang dari hasil judi adalah haram dan tidak boleh dibelanjakan atau dibeli bahan makanan. Tindakan pemimpin DAP itu jelas dan terang sebagai satu penghinaan kepada orang Islam di Pulau Pinang. Saya masih ingat lagi kerajaan Guan Eng merupakan pihak yang paling lantang dan awal membantah judi bola sepak ketika kecohnya isu pertaruhan judi bola hendak dilaksanakan ketika berlangsungnya Piala Dunia 2010. Tetapi hari ini, jelas satu pembohongan dan cakap serupa bikin oleh kerajaan negeri yang kononnya menentang judi. Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu dan Pemuda Umno yang mendakwa sumbangan Kerajaan Negeri kepada warga emas dan waris mereka adalah dari hasil judi. Guan Eng menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Beliau menggesa Umno yang menyokong kuat pelaksanaan lesen judi sukan supaya insaf dan memperbetulkan kegelinciran moral dalam parti mereka. Dari laman Twitter-nya, Guan Eng menyifatkan tuduhan Pemuda Umno itu adalah perbuatan munafik. Kerajaan negeri menganggap dakwaan itu muslihat Umno menyerang kepimpinan Guan Eng selepas gagal dalam isu sebutan namanya dalam khutbah di Pulau Pinang. Pada saya, dengan bermodalkan RM100 warga emas cuba diperbodohkan. Ini kerana para penerima sumbangan harus mendaftar sama ada sebagai ahli DAP atau pun penyokong pakatan pembangkang, kemudian barulah mereka diberi "pengiktirafan" RM100. Wang kerajaan negeri iaitu wang rakyat yang berjumlah RM7.5 juta ditabur untuk membeli pengaruh. Apa perlunya borang penghargaan yang perlu diisi oleh penerima sumbangan yang mana terdapat ruangan nombor pendaftar pemilih? Kemudian terdapat ruangan kawasan Parlimen dan DUN. Dalam usaha memperbodohkan warga emas, pihak DAP berjaya mengutip puluhan ribu maklumat warga emas dengan hanya bermodalkan RM100. Warga emas Pulau Pinang diperbodohkan kononnya ia adalah hasil ihsan kerajaan negeri yang berjaya menghapuskan rasuah maka wang lebihan dikembalikan kepada rakyat. Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata sumbangan itu adalah hasil dari pendekatan jimat cermat yang diamal kerajaan negeri sejak Mac 2008. "Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta. Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa. Tetapi kini semua sudah terbongkar. Guan Eng akhirnya mengesahkan bahawa kerajaan negeri menggunakan dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Dari segi moral, sikap dolak dalih, cakap tak serupa bikin seorang pemimpin seperti Guan Eng tidak boleh dipercayai lagi. — Utusan Malaysia |
| Tapis awal pelawat China — Rohani Ibrahim Posted: 27 Sep 2010 12:30 AM PDT 27 SEPT — Hampir setiap hari terdapat laporan mengenai wanita warga China yang ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dalam gejala negatif seperti menjadi gadis pelayan pelanggan (GRO) dan pekerja seks. Dikenali sebagai China Doll, golongan ini bukan hanya bergiat di Lembah Klang tetapi di bandar raya lain di seluruh negara dan di restoran-restoran di pinggir bandar. Kelmarin, polis berjaya membongkar kegiatan pelacuran di sebuah rumah pangsa di Taman Bukit Delima Seremban dan menahan tujuh pelacur warga China berusia antara 21 dan 26 tahun. Polis mendapati wanita warga China berkenaan menyalahgunakan pas pelajar untuk melacur. Sejak hampir dua tahun lalu, jumlah warga China yang masuk ke negara ini kononnya untuk belajar dan kemudiannya dikesan terlibat dalam kegiatan pelacuran semakin menjadi-jadi. Salah satu faktor yang dikatakan sebagai punca kemasukan beramai-ramai mereka ke negara ini ialah "permintaan" yang tinggi. Ada juga wanita warga China yang ditahan kerana masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial tetapi bekerja sebagai tukang urut di pusat refleksologi dan fisioterapi. Jumlah China Doll yang begitu tinggi di dalam negara menyebabkan pihak berkuasa kini mengadakan serbuan mencegah aktiviti maksiat dengan lebih kerap. Duta China ke Malaysia yang baru, Chai Xi dalam sidang akhbar pertama bersama media tempatan Khamis lalu berkata, beliau menyedari bahawa ramai wanita warga China yang dikesan terlibat dalam gejala negatif di negara ini. Beliau diberitahu wanita warga China berkenaan boleh menyalahgunakan pas lawatan pelajar mereka di negara ini kerana pemeriksaan ke atas segala dokumen sebelum mengeluarkan visa kepada warga China untuk melawat Malaysia adalah longgar. "Sebelum saya memulakan tugas di Malaysia saya pernah berbincang mengenai masalah penyalahgunaan pas pelajar dan pas lawatan sosial oleh wanita warga China di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa pemeriksaan yang dijalankan bagi setiap permohonan visa ke Malaysia kepada warga China adalah tidak ketat," jelasnya apabila diminta mengulas mengenai isu tersebut. Beliau berpendapat itu berkemungkinan salah satu sebab membolehkan wanita warga China menyalahgunakan pas pelajar atau pas lawatan mereka untuk menjalankan kegiatan negatif. Chai Xi bukanlah diplomat China pertama yang mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan. Duta China ke Malaysia sebelum ini, Liu Jian turut menyedari masalah tersebut. Namun beliau berkata, agak sukar untuk mengawal aktiviti dan tindak-tanduk yang dilakukan oleh warganya di negara ini. "Apa yang saya dapat lakukan ialah mengingatkan warga China supaya menghormati dan mematuhi undang-undang Malaysia sepanjang berada di negara ini," katanya sebelum menamatkan khidmatnya selama 21 bulan di Kuala Lumpur Jun lalu. Chai Xi, 57, sebelum ini merupakan Duta China di Malta dan Bangladesh. Beliau yang tiba di Kuala Lumpur Julai lalu dan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Ogos berharap sebarang masalah berkaitan isu warga China dan Malaysia dapat diselesaikan secara bijak melalui perbincangan. Tambah beliau, pergerakan penduduk di antara Malaysia dan China adalah sangat tinggi kebelakangan ini dengan tahun lalu sejuta rakyat Malaysia melawat China dan jumlah yang sama penduduk China melawat Malaysia. "Pada masa ini hanya pemegang pasport diplomatik China dan Malaysia tidak memerlukan visa. Bagaimanapun, saya tidak fikir langkah untuk menghapuskan visa bagi memudahkan penduduk China dan Malaysia bergerak di antara kedua-dua negara akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat," katanya. Tambah Chai Xi, China melihat Malaysia sebagai sebuah negara sahabat yang penting memandangkan Malaysia sebuah negara Islam yang terkenal di persada dunia dan mampu berperanan sebagai jambatan di antara China dan dunia Islam. "Sejak tahun lalu, hubungan diplomatik China dan Malaysia yang berusia 36 tahun memasuki fasa baru melalui pertukaran lawatan antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara. Saya ingin melihat hubungan dua hala Malaysia dan China diperkukuhkan lagi pada masa akan datang," jelasnya. China merupakan negara pertama di luar Asean yang dilawati oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menjadi Perdana Menteri pada April 2009. Presiden China, Hu Jintao turut melawat Malaysia pada November tahun yang sama ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Singapura. Jelas Chai Xi, China sentiasa mencari peluang untuk meluaskan kerjasama dengan Malaysia melalui pelbagai langkah untuk menggalakkan rakyatnya melabur di negara ini. "Kerajaan China memberikan insentif tertentu bagi syarikat China yang berhasrat meluaskan perniagaan di Malaysia. Ini berdasarkan keyakinan China terhadap suasana politik, ekonomi dan kewangan Malaysia. China juga yakin matlamat Perdana Menteri Najib untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi akan tercapai. "Malah program Malaysia My Second Home juga berjaya menarik 4,200 warga China sebagai peserta. Pada masa ini terdapat 9,000 pelajar China di Malaysia dan 3,500 pelajar Malaysia di China," katanya. Malaysia dan China perlu memastikan kerjasama dua hala yang terjalin hanya melahirkan kesan positif kepada masyarakat di kedua-dua negara terutamanya dari segi ekonomi dan sosial. Gejala negatif seperti kebanjiran China Doll perlu dibendung dengan sebaik mungkin kerana ia tidak membawa sebarang manfaat sebaliknya memudaratkan masyarakat dan membebankan pihak berkuasa Malaysia. — Utusan Malaysia |
| 6,000 kunjungi majlis Aidilfitri Pakatan Sabah Posted: 27 Sep 2010 12:00 AM PDT ![]() Adry Sabry TAWAU, 27 Sept: "Tidak diduga!" Itulah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan betapa meriahnya Majlis Sambutan Aidilfitri Pakatan Rakyat Sabah yang julung kali diadakan di negeri ini, semalam. Kehadiran rakyat jelata dari segenap lapisan masyarakat negeri ini membuktikan rakyat Sabah juga ingin berubah daripada kerajaan yang ada kini kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas lebih dekat di hati rakyat. Majlis yang diadakan di Hotel Emas Tawau menarik lebih 6 ribu hadirin yang memenuhi segenap ruang yang ada di dalam dewan dari saat majlis dimulakan pada pukul 10 pagi hingga majlis berakhir pada pukul 1 petang. Kehadiran pemimpin pemimpin pakatan rakyat Sabah dari PAS, DAP dan PKR memeriahkan lagi suasana sambutan dengan ucapan yang bersemangat. "Ini merupakan bukti jelas bahawa rakyat boleh menerima kepimpinan Pakatan Rakyat, yang penting maklumat yang betul kena disampaikan supaya rakyat Sabah faham dan tidak terpengaruh dengan dakyah media arus perdana kongkongan kerajaan BN," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Muhamad Abdullah. Pelbagai jenis hidangan kuih muih dan makanan bersesuaian dengan majlis sambutan turut disediakan di samping hiburan Islam yang dipersembahkan oleh murid-murid Pasti dan kumpulan nasyid tersohor tempatan cukup menghiburkan seluruh rakyat yang hadir. |
| Pelajar Bukan Melayu Dipaksa Berdoa Cara Islam, Pakai Seluar Pendek Dilabel Pelacur Posted: 26 Sep 2010 11:30 PM PDT Oleh Dzulkarnain Taib SHAH ALAM 27 Sept - Dua lagi insiden pengetua dan guru rasis yang melibatkan sebuah sekolah di Muar, Johor dan Tengkera, Melaka menyerlahkan kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional membendung gejala perkauman yang dilihat semakin menular di dalam sistem pendidikan negara. Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa serta Ahli Dewan Undangan Bachang, Lim Jak Wong yang menceritakan kepada Suara Keadilan dua insiden yang melibatkan pengetua dan guru rasis. Teck Hwa mendakwa pada April lalu, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di Muar telah memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga lima supaya menadah tangan serta membaca doa bersama-sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu. Beliau mendakwa pengetua telah mengarahkan pelajar bukan Islam meniru cara berdoa pelajar Islam. "Ibu bapa pelajar bukan Islam terbabit datang mengadu kepada saya mengatakan perkara ini amat tidak wajar dilakukan oleh pengetua tersebut. Mereka berkata pelajar ke sekolah untuk menuntuu ilmu dan bukannya untuk dipaksa berbuat perkara yang berlawanan dengan kepercayaan agama masing-masing. "Saya ingin tegaskan pihak Kementerian Pelajaran mesti mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap mana-mana pengetua yang bersikap rasis. Setakat memberi amaran kepada mereka yang bersifat rasis hanya menggalakkan mereka mengulangi perbuatan itu," kata Teck Hwa ketika dihubungi. Beliau berkata aduan telah dibuat kepada Jabatan Pendidikan Johor dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dan pengetua tersebut hanya diberi amaran sahaja. Kejadian di sekolah ini berlaku beberapa bulan sebelum insiden pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman di Kulai, Siti Insyak Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat perkauman terhadap pelajar Cina dan India 12 Ogos lalu. Sementara itu pada Julai lalu, seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan Methodist di Tengkera, Melaka telah memarahi pelajar sebuah kelas sekolah dengan mengeluarkan kata-kata perkauman. Ini berikutan beberapa pelajar perempuan Melayu berpakaian tidak menutup aurat ketika memperagakan fesyen dalam satu aktiviti pelajar di sekolah itu. Guru terbabit kemudiannya telah memarahi pelajar sebuah kelas yang terdiri daripada berbilang kaum dengan menyalahkan pelajar Cina di atas perbuatan pelajar Melayu tidak menutup aurat. Malah guru agama tersebut mengatakan pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu menjual tubuh mereka. Jak Wong berkata perbuatan guru rasis tersebut tidak boleh dimaafkan langsung kerana kesan daripada yang dikatakan akan mempengaruhi pelajar menteladani contoh guru itu. Walaupun beliau diberitahu guru itu telah ditukar ke sekolah lain namun tindakan ini tidak memadai. "Tindakan keras mesti diambil dengan memecat guru berkenaan, tidak cukup sekadar menukar daripada satu jabatan ke jabatan yang lain. "Inilah akibatnya guru diberikan mesej dan indoktrinasi yang salah ketika diwajibkan menghadiri kursus BTN. Apabila dalam keadaan marah mereka tidak boleh mengawal diri mereka lalu keluarlah semua sifat rasis yang terpendam selama ini didalam diri mereka hasil ajaran BTN," kata beliau. Beliau memberi amaran sekiranya kerajaan berlembut terhadap pengetua atau guru rasis, keharmonian serta perpaduan pelajar pelbagai kaum di sekoalh negara ini akan turut terjejas dan menerima kesan buruk. Teck Hwa berpendapat insiden pengetua sekolah yang bersikap rasis adalah kesan daripada doktrin politik 'Ketuanan Melayu' ciptaan Umno yang seringkali menjadi teras kepada kursus anjuran Biro Tatanegara (BTN) yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan dan golongan pelajar. Pandangan beliau dikongsi Jak Wong yang berkata warga pendidik yang menghadiri kursus BTN telah diberi maklumat serta 'semangat' yang salah sehingga apabila dalam keadaan marah kepada pelajar sekolah, mereka menghamburkan segala kenyataan rasis yang dipelajari serta diterapkan ke dalam minda guru-guru terbabit. |
| Hakim Didakwa Silap Ketepikan Penghakiman Ingkar Khairy, Anwar Buat Rayuan Posted: 26 Sep 2010 11:00 PM PDT Oleh Dzulkarnain Taib SHAH ALAM 27 Sept - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin, S N Sankara berpendapat, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof tersilap dalam keputusannya mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Ketua Pembangkang terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu. Ketika dihubungi Suara Keadilan, Sankara berkata penyerahan surat tuntutan serta writ saman kepada Khairy di pejabat beliau di Akademi Pemuda, Tingkat 37 Menara Dato' Onn di Pusat Perdagangan Dunia Putra adalah sah dan teratur. "Oleh kerana ia adalah sah maka Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Nazri Yahya serta bersependapat dengan saya bahawa ia adalah sah maka beliau mengeluarkan penghakiman ingkar terhadap Khairy yang dipohon Anwar daripada Mahkamah Tinggi. "Jadi saya musykil bagaimana hakim boleh menterbalikkan penghakiman ingkar tersebut," jelas Sankara. Beliau berhujah, surat tuntutan telah diserahkan kepada pejabat Khairy di Menara Dato' dan diterima oleh kakitangan pejabatnya. "Undang-undang mengatakan surat tuntutan perlu dikemukakan kepada seseorang tidak kira dipejabat atau dimana-mana lokasi dia seseorang itu berada," kata beliau. Susulan daripada itu kata Sankara, Khairy telah mengarahkan peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah menjawab surat tuntutan itu dengan mengatakan anak guam beliau tidak bertanggungjawab ke atas dakwaan terhadap dirinya. "Setelah peguam Khairy memberikan respons yang sudah dijangkakan maka saya pun menyediakan writ saman. saya menghantar saman itu juga kepada alamat yang sama kerana itulah alamat terakhir beliau. Saman tersebut juga diterima oleh pejabat Khairy," jelas beliau selanjutnya. Sankara berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan minggu ini. "Kita mempunya tempoh sebulan untuk melakukannya tetapi saya akan membuat rayuan minggu depan," kata beliau. Jumaat lalu Zabariah membenarkan rayuan Khairydengan kos RM4,000 untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Anwar. Pada 4 Disember 2008, Anwar memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi terhadap Khairy apabila Ketua Pemuda Umno itu gagal memasukkan kehadiran selepas writ saman itu diserahkan ke atasnya. Khairy kemudian memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman itu pada 20 Februari 2009. Dalam samannya, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan punca pemaparan klip videobertajuk "Anwar and kin no threat" di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com. Anwar mendakwa klip video di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy di satu ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Februari 2008. Perkataan memfitnah itu didakwa antara lain membawa maksud yang Anwar terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan Islam, berkeperibadian tidak baik dan tidak layak memegang jawatan politik dan jawatan lain. Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. |
| Zety Tidak Mahu Bersekongkol Dengan Umno-BN Bawa Masuk Penyangak Matawang Posted: 26 Sep 2010 10:30 PM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM 27 Sept - Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zety Akhtar Aziz dilihat tidak sependapat dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengapungkan semula matawang ringgit di pasaran antarabangsa kerana tidak mahu dianggap bersengkokol dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional. Beliau yang juga merupakan antara gabenor bank pusat yang terbaik di rantau Asia sebelum ini berkata masanya belum sesuai untuk mengapungkan ringgit memandangkan beberapa faktor asas yang perlu diambil kira sebelum cadangan itu dapat dilaksanakan. Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menentang cadangan tersebut memandangkan isu krisis ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya serta wujud kebimbangan berlakunya gelombang krisis ekonomi dunia kali kedua disebabkan krisis hutang besar di Greece. Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail bersependapat dengan Dr Zety dengan menjelaskan mana-mana pemimpin negara sebelum ini yang tahu akibat buruk krisis kewangan yang melanda negara pada tahun 1997, sudah tentu tidak mahu melihat perkara yang sama berulang lagi. "Mereka yang sudah merasainya dan telah menanggung kesan buruk akibat kegiatan penyangak matawang sudah tentulah tidak mahu melaluinya lagi. "Ianya sangat jelas kerana negara pada masa itu telah kerugian berbilion ringgit akibat kegiatan spekulator matawang yang tidak bertanggungjawab yang hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja. "Lagi pun, gelombang krisis ekonomi dunia kali kedua kemungkinan berlaku di negara seperti Britain, Jerman, Perancis dan negara lain di benua Eropah dan ia pasti memberi impak yang amat buruk kepada ekonomi negara. Jelas Azan, antara negara yang dikatakan bakal menghadapi krisis ekonomi adalah Perancis yang dikatakan berpakat dengan Malaysia dalam isu skandal penjualan senjata yang membabitkan transaksi berbilion ringgit. "Saya rasa pemimpin Umno-BN ini mempunyai agenda mereka yang tertentu, ini berlaku apabila ada pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan melalui cara mudah dan dalam jangka masa yang singkat," ujar beliau. Tambah beliau, Umno-BN mungkin menggunakan pengapungan semula ringgit untuk bertujuan mencari dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang atau setidak-tidaknya bagi memenuhkan kantung masing-masing sementara masih ada lagi sisa-sisa kuasa di tangan. |
| Sila dedah rahsia saya, Nazri cabar Ibrahim Ali Posted: 26 Sep 2010 10:15 PM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kama KUALA LUMPUR, 27 Sept — Datuk Seri Nazri Aziz, yang secara konsisten mengkritik Perkasa dan kepimpinannya, mencabar Datuk Ibrahim Ali, yang memberi amaran kepada tiga pemimpin kanan Umno termasuknya dirinya, supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menegaskan, ugutan Ibrahim kelmarin sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap "rasisme" yang dibawa oleh Perkasa. "Saya mahu Ibrahim Ali mendedahkan apa saja rahsia yang beliau ada tentang diri saya. Saya mencabar beliau. "Lebih baik beliau mendedahkan secepat mungkin kerana saya akan terus menyerang Perkasa dan saya akan terus melawan beliau," kata Nazri kepada The Malaysian Insider. Di Pasir Mas kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Nazri dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13. "Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa," kata beliau sambil mendakwa, "Saya tahu DNA mereka." "Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. "Jadi lebih baik cukup sampai di sini sahaja," katanya. Nazri kelihatan lantang dalam menzahirkan pendiriannya sejak kebelakangan ini berhubung tindak tanduk Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan dua tahun lalu, menghakis sokongan Barisan Nasional (BN) khususnya di kalangan bukan Melayu. Bagaimanapun Ibrahim dalam perhimpunan Perkasa di Pasir Mas kelmarin juga mendakwa pandangan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza daripada pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden mereka. "Adakah Ibrahim Ali tahu apa itu konsep 1 Malaysia? Jika kita bercakap dalam bahasa yang sama seperti Perdana Menteri, jadi mengapa kami menyokong konsep 1 Malaysia? Bagaimana, beliau lebih mengetahui berbanding saya? Tolong lah," kata Nazri. Ahli Parlimen Padang Rengas ini berkata Ibrahim, bekas ahli Umno, memerlukan penelitian realiti untuk memahami siapa dalam kerajaan dan siapa yang memimpin pertubuhan bukan kerajaan. "Siapa dalam Kabinet? Siapa yang menganggotai Majlis Tertinggi, dan siapa dalam Umno? Sudah tentu bukan Ibrahim Ali," kata beliau. "Dedahkan apa sahaja yang anda ada, silakan. Dedahkan, saya cabar anda," tambah ketua bahagian Umno ini. Nazri bersama dengan Khairy dan Tengku Adnan secara konsisten melahirkan pendirian Umno mesti menjauhkan diri daripada Perkasa pimpinan Ibrahim. Khairy berpegang pada pendirian bahawa BN akan kehilangan sokongan bukan Melayu sekiranya ia dengan segera tidak menjauhkan diri daripada Perkasa. Bagaimanapun Perkasa menerima sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan penaung mereka. Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Pasir Mas kelmarin. |
| Sistem Pendidikan Perlukan Reformasi Drastik Kekang Kejatuhan Mutu Posted: 26 Sep 2010 10:00 PM PDT Oleh Norasikin Samsi SHAH ALAM 27 Sept - Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menggesa kerajaan tidak lagi memandang enteng terhadap isu pendidikan negara sebaliknya mengiktirafnya sebagai agenda nasional. Beliau berkata, kemerosotan bidang pendidikan di Malaysia perlu dipulihkan segera hanya dengan melakukan reformasi drastik kepada sistem pendidikan sediada. "Memandangkan kemerosoton pendidikan negara semakin teruk maka ia memerlukan reformasi untuk mengembalikan keberhasilan dan pencapaian ke tahap yang lebih tinggi bukan sahaja di dalam negara malah seantero dunia," katanya kepada Suara Keadilan ketika mengulas penurunan kedudukan universiti di Malaysia yang jatuh teruk baru-baru ini di peringkat dunia. Berdasarkan statistik terkini QS World University Rankings 2010, Universiti Malaya yang sebelum ini berada pada kedudukan 180 daripada 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2009 telah jatuh ke tangga 207 pada tahun ini. Pencapaian terburuk ini juga menyebabkan Malaysia tidak lagi tersenarai pada kedudukan 200 universiti terbaik di dunia. Ini sekaligus menampilkan bukti bahawa Model Ekonomi Baru yang di bawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omongan kosong yang hanya memberi kesan negatif kepada kepimpinan Malaysia termasuk transformasi ekonomi. Menurut Yusmadi yang juga Biro Pendidikan KEADILAN, kecacatan sektor pendidikan negara berpunca daripada kelemahan kerajaan yang gagal merencana perubahan bagi meningkatkan pencapaian sediada. Jelas beliau, transformasi pendidikan perlu dilaksana dengan membentuk perubahan dari segenap aspek pendidikan meliputi sistem pentadbiran dan lebih penting lagi kepimpinan dalam sektor pendidikan itu sendiri. Katanya, peranan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat penting untuk melaksanakan perubahan transformasi ini. Yusmadi berkata, Muhyiddin dan lain-lain pimpinan kerajaan perlu bersikap terbuka dan menyedari bahawa kepentingan pendidikan menjangkaui kepentingan politik. "Apa yang saya kesalkan kerajaan tidak memandang ringan bahawa tahap pendidikan negara sekarang berada pada tahap kritikal. "Apa yang perlu mereka (kerajaan) lakukan adalah menerima hakikat dan tidak boleh menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku," kata Yusmadi. Sebaliknya, beliau mencadangkan satu strategi pakatan di peringkat kerajaan hendaklah dilakukan bagi menggembeling pelaksanaan untuk bersama membawa perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia. "Perkara ini perlu dilakukan dengan duduk berbincang secara muafakat di antara tokoh-tokoh pendidikan dan pemimpin negara bagaimana untuk meletakkan kembali pendidikan ke peringkat tertinggi malah memartabatkannya sebagai isu nasional," katanya. |
| Pengetua rasis kerana ‘Ketuanan Melayu’ Umno Posted: 26 Sep 2010 09:46 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berpendapat insiden pengetua sekolah yang bersikap rasis adalah kesan daripada doktrin politik 'Ketuanan Melayu' ciptaan Umno. Doktrin politik itu seringkali menjadi teras kepada kursus anjuran Biro Tatanegara (BTN) yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan dan golongan pelajar. Justeru, belum pun reda isu pengetua rasis yang menghina pelajar Cina dan India di Johor baru-bari ini, kini timbul pula dua lagi kes serupa, juga di Johor dan satu lagi di Melaka. Ianya didakwa membabitkan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di Muar yang telah memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga lima, menadah tangan serta membaca doa bersama-sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu April lalu. Satu lagi kes yang berlaku Julai lalu di mana seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan Methodist di Tengkera, Melaka yang mengatakan pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu menjual tubuh mereka. Kenyataan itu didakwa dikeluarkan guru tersebut ekoran memarahi sekumpulan remaja Melayu yang berpakaian tidak menutup aurat ketika memperagakan fesyen dalam satu aktiviti di sekolah itu. Guru terbabit kemudiannya telah memarahi pelajar di sebuah kelas yang terdiri daripada berbilang kaum dengan menyalahkan pelajar Cina di atas perbuatan pelajar Melayu tidak menutup aurat tersebut. Kedua-dua insiden itu didedahkan Teck Hwa serta Ahli Dewan Undangan Bachang, Lim Jak Wong. Teck Hwa seperti lapor Suara Keadilan, telah membuat aduan kepada Jabatan Pendidikan Johor dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong sementara pengetua tersebut hanya diberi amaran sahaja. Manakala, guru agama tersebut pula telah ditukar ke sekolah lain. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan