DIALOG RAKYAT |
- PAS Tuntut Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu
- Raja Petra Dicalonkan Tanding MPP
- Adun PAS Galas meninggal, SPR ramal ada pilihanraya
- Maaf, makanan licin di majlis raya Dr Halimah
- Dr M ulangi apa yang Tunku buat
- Majmuk: Umno BN gagal tonjol keadilan Islam
- Mahasiswa Unimas disaran boikot program 1Malaysia
- Siswa diseru ke Mahkamah Jalan Duta, esok
- Pengetua rasis kerana ‘Ketuanan Melayu’ Umno
- Permohonan Anwar semak pemecatannya ditangguh
- Isu kesetiaan: PKR belum matang, kata Zaid
- Masalah Pemilihan Cabang Sebahagian Proses Kematangan Politik - Pensyarah UKM
- NUJ: Utusan Malaysia Bakal Jadi Sisipan Kosmo?
- Prasyarat Pelabur Ke Malaysia, Kes Anwar Jadi Rujukan Dunia
- Hasil Judi: PAS Mahu Guang Eng Beri Penjelasan Kepada Umat Islam
- Keadilan sentiasa bersama Mahasiswa
- Hata Wahari: Edaran Utusan jatuh kerana laporan berat sebelah
- Hakim Didakwa Silap Ketepikan Penghakiman Ingkar Khairy, Anwar Buat Rayuan
- Anasir Luar Parti Cuba Sabotaj Proses Pemilihan KEADILAN
- Kes tanah Sosilawati antara 290 kes penipuan disiasat JSJK Bukit Aman
- Penghakiman dalam bahasa Inggeris tidak sah: Karpal
- ADUN Galas Kembali Ke Rahmatullah
- MB Rasmi Pecah Tanah Tadika Rakyat
- Penantian 13 hari berakhir
- Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri
| PAS Tuntut Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu Posted: 27 Sep 2010 04:10 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY
Ketika ini kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu diwakili oleh Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR tetapi telah keluar parti dan menjadi ahli bebas.
"Kesemua 42 cawangan parti (PAS) di kawasan ini mahu kerusi itu ditanding oleh PAS kerana mereka kecewa dengan ahli parlimen tersebut. "Bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal berkhidmat untuk rakyat," katanya di sini. Hassan berkata, bagaimanapun, ini bukan bermakna ahli PAS menyalahkan PKR Kulim Bandar Baharu. Tetapi, katanya, ahli-ahli PAS bimbang kalau-kalau pisang berbuah dua kali dan mereka lebih meyakini istiqamah (komitmen) sesama ahli PAS berbanding parti lain. Surat tuntutan itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau juga sudah bertemu dengan Azizan berhubung perkara itu. Katanya, pihaknya tetap mengutamakan perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat (PR) dan ini sekadar tuntutan. "Hal ini sudah tentu memerlukan perbincangan lanjut yang lebih teliti," katanya. | ||||
| Raja Petra Dicalonkan Tanding MPP Posted: 27 Sep 2010 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin telah dicalonkan untuk bertanding jawatan majlis pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan pucuk pimpinan parti pembangkang itu yang akan berjalan dari penghujung Oktober sehingga pertengahan November ini. Raja Petra, yang kini bermastautin di London, England dicalonkan cabang Kangar, pada mesyuarat bahagian itu 18 September lepas.
Ketua Cabang Kangar Ko Chu Liang ketika dihubungi hari ini berkata, Raja Petra menjadi calon pilihan cabang Kangar kerana beliau mempunyai kepimpinan yang baik seperti penasihat PKR Anwar Ibrahim. Beliau berkata, walaupun Raja Petra kini bermastautin diluar negara, pemilihan PKR boleh menggunakan sistem teknologi terkini untuk merealisasikan pencalonan dari luar negara. "Cabang Kangar menyatakan pendirian menyokong Raja Petra setelah mengadakan mesyuarat cabang dengan membuat 20 pencalonan tetapi undian tertinggi menyebelahi Raja Petra," katanya. Raja Petra Layak Bertanding "Seramai 1000 ahli Cabang Kangar menyokong penuh pencalonan Raja Petra untuk bertanding MPP kerana beliau layak untuk menjawat jawatan tertinggi bagi mengukuhkan lagi parti dimasa akan datang. "Saya berharap cabang lain juga akan memberi sokongan penuh terhadap Raja Petra untuk menjadi ahli MPP kali ini, katanya lagi. Timbalan Ketua Cabang Kangar Asrul Nizam Abd Jalil, yang turut dihubungi berkata, ahli AMK dan wanita Kangar juga memberi sokongan penuh untuk membantu kemenangan Raja Petra menjelang pemilihan pusat nanti. "Cabang Kangar memberi harapan tinggi terhadap pencalonan Raja Petra berikutan dasar perjuangan beliau mampu membawa perubahan kepada negara ini. "Pemimpin tertinggi PKR perlu memandang serius cadangan dari cabang Kangar kerana sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada bakal pemimpin berkebolehan seperti Raja Petra," katanya. Beliau Masih Ahli PKR "Setakat ini beliau (Raja Petra) masih ahli PKR yang sah sekaligus beliau boleh dicalonkan untuk bertanding sebarang jawatan di dalam parti," katanya. Raja Petra pernah ditangkap pada 12 September 2008 kerana menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan diperintah untuk ditahan bawah ISA. Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad. Raja Petra juga menghilangkan diri selepas dihadapkan ke mahkamah selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, melalui portal berita Malaysia Today. | ||||
| Adun PAS Galas meninggal, SPR ramal ada pilihanraya Posted: 27 Sep 2010 04:04 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkannya. "Jenazahnya akan dibawa ke kampung halamannya di Gua Musang malam ini untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam twitter juga mengesahkan kematian Adun Galas tersebut. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu FMT, SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi memutuskan tarikh pilihanraya kecil DUN Galas. Beliau meramalkan pilihan raya kecil memandangkan tempoh masa dua pertiga daripada penggal pilihanraya umum lalu masih lagi belum berakhir. "Saya baru dapat tahu tentang kematian Che Hashim sebentar tadi…maknanya setakat ini saya masih belum terima laporan rasmi tentang kematian daripada pejabat DUN negeri Kelantan. "Hanya jika selepas itu, pegawai SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi menentukan keputusan sebarang pilihan raya. "Mengikut teknikal, tempoh dua pertiga itu berakhir antara Mac hingga Mei 2011, jadi masih ada masa untuk kita adakan pilihan raya kecil," katanya. Che Hashim memenangi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN) dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lalu. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman dari Umno. | ||||
| Maaf, makanan licin di majlis raya Dr Halimah Posted: 27 Sep 2010 04:01 AM PDT
| ||||
| Dr M ulangi apa yang Tunku buat Posted: 27 Sep 2010 04:00 AM PDT
| ||||
| Majmuk: Umno BN gagal tonjol keadilan Islam Posted: 27 Sep 2010 03:58 AM PDT
| ||||
| Mahasiswa Unimas disaran boikot program 1Malaysia Posted: 27 Sep 2010 03:56 AM PDT
| ||||
| Siswa diseru ke Mahkamah Jalan Duta, esok Posted: 27 Sep 2010 03:54 AM PDT
| ||||
| Pengetua rasis kerana ‘Ketuanan Melayu’ Umno Posted: 27 Sep 2010 03:50 AM PDT
| ||||
| Permohonan Anwar semak pemecatannya ditangguh Posted: 27 Sep 2010 03:48 AM PDT
Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tiga hakim menunda perkara itu berikutan kekeliruan berhubung arahan Ketua Hakim Negara sama ada kes Anwar perlu didengar bersama satu kes lain oleh kerana isu-isu yang bakal dikemukakan adalah serupa. Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi telah mengarahkan pada 21 September supaya kes Anwar didengar bersama kes pemecatan seorang pegawai kerajaan Ahmad Jefri Mohd Jahri @ Md Johari, yang bertugas (pada ketika itu) di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, cawangan Johor. Bagaimanapun, terdapat satu lagi arahan supaya kes Ahmad Jefri dikeluarkan diri pendengaran hari ini. Arifin yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar menangguhkan perkara itu berikutan permohonan oleh Karpal, yang menyatakan bahawa beliau belum bersedia mengendalikan kes secara berasingan. Karpal Singh berkata beliau beranggapan kedua-dua kes akan didengar bersama dan tidak tahu kes itu akan didengar berasingan. Anwar mahukan Mahkamah Persekutuan mengkaji semula keputusannya sendiri yang disampaikan pada 8 Mac tahun ini yang memutuskan bahawa pemecetannya itu adalah sah. Anwar gagal dalam usahanya di kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan memecat menteri kabinetnya dan beliau telah mematuhi perlembagaan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pemecatan Anwar. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa pemecatan itu tidak sah dan melanggar perlembagaan di samping memohon ganti rugi, yang akan dinilai oleh pendaftar, menggantikan pengembalian jawatan. | ||||
| Isu kesetiaan: PKR belum matang, kata Zaid Posted: 27 Sep 2010 03:42 AM PDT
Keadaan itu, kata beliau yang juga ketua PKR Wilayah Persekutuan, antara lain, boleh dilihat apabila terdapat kalangan pemimpin yang bergabung untuk menentang beliau dalam kempen kali ini.
"Dan inilah orang yang mendakwa mereka mahukan perpaduan (tapi kata) jangan cabar kepemimpinan. Tapi mereka masih bergabung, mereka adakan sidang akhbar, mereka kata 'orang ini tidak setia, kesetiaan mereka dipertikai.' "Adakah saya persoalkan kesetiaan sesiapa? (Isu) kesetiaan telah ditimbulkan, jadi saya pula bertanya, kesetiaan kepada siapa? Jika anda setia kepada reformasi, perubahan dan menegakkan keadilan, saya rasa ianya satu persoalan yang penting. "Adakah mereka setia kepada perkara ini juga?" soalnya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Jangan tekan cabang Jelasnya, tindakan sesetengah cabang untuk mencabar status quo parti juga tidak seharusnya dihalang kerana ia adalah sebahagian daripada proses kematangan parti itu. "PKR berpura-pura sebagai parti yang progresif, tapi sebenarnya tidak. Kita perlu bergerak ke peringkat yang lebih tinggi dan parti ini dalam proses pembelajaran. Kita perlu hormati ketua cabang dan jangan tekan mereka. "Kalau mereka mahu calonkan Tian Chua, Gobalakrishnan, Zaid, biarkan. Anda kena percaya bahawa anggota parti anda tahu bagaimana untuk membuat keputusan. Inilah masalah dalam Umno dulu. "Saya rasa kita tidak patut contohi sebab dalam Umno sejak sekian lama barisan pemimpin telah ditetapkan supaya orang tertentu saja boleh masuk dan orang tertentu saja boleh naik. "Mereka mahu kekalkan orang dalam kelas tertentu sahaja. Itulah sebab mengapa (Umno) lemah," katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan pencabarnya Azmin Ali sebelum ini yang berkata, anggota baru seperti Zaid tidak sepatutnya menyerang pemimpin lama seperti Syed Husin Ali yang telah teruji dalam perjuangan parti. "Apa yang dia maksudkan ialah orang baru tidak sepatutnya mengambil peluang (bertanding jawatan). Ahli dalam parti mahu saya naik, seperti yang saya kata, dan oleh itu kita perlu hormati proses ini. Bukan saya (saja), ada ramai ahli dalam PKR yang setuju dengan apa yang saya katakan. Katanya lagi, beliau tidak tahu mengapa ada orang yang begitu marah apabila beliau berkata bahawa parti tidak perlu mempunyai struktur seperti itu. | ||||
| Masalah Pemilihan Cabang Sebahagian Proses Kematangan Politik - Pensyarah UKM Posted: 27 Sep 2010 03:39 AM PDT SHAH ALAM: Masalah di beberapa cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaplikasikan sistem undian langsung adalah sebahagian proses kematangan politik, kata Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, hari ini. Bercakap kepada TV Selangor, beliau mengakui sistem undian langsung yang dilaksanakan dalam pemilihan cabang PKR kali ini, menyamai prinsip demokrasi tulen dan selaras dengan tuntutan kuasa rakyat atau People's Power. "Kekecohan itu biasa. Anda tidak boleh elak dalam pemilihan ini, ada kutuk-mengutuk dan kekecohan. Itu adalah proses kematangan politik di mana-manapun termasuk di Amerika, di England. Cuma kita ada saluran untuk membuat protes dan perlu mengikut undang-undang," katanya. Dr Agus berpendapat, kekecohan itu adalah sebahagian proses kematangan politik dan menganggap masalah yang berlaku di beberapa cabang harus dipandang dari sudut positif berikutan kesediaan penggiat politik dan ahli parti, untuk membuat perubahan. Beliau juga percaya, proses menentukan pemimpin berdasarkan kuasa undi melalui ahli akar umbi dan bukannya di kalangan pemimpin parti, sangat efektif dalam menegakkan amalan demokrasi di negara ini. "Jikalau dapat diurus dengan baik, ini adalah sistem yang perlu dikekalkan dan dimantapkan supaya ahli boleh menentukan secara langsung siapa yang mereka hendak menjadi pemimpin," kata beliau lagi Sistem undian langsung yang julung kali dilaksanakan oPKR pada pemilihan cabang semalam menerima kritikan hebat pelbagai pihak berkepentingan semata-mata wujud beberapa masalah di beberapa cabang. Sedangkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan 168 cabang yang turut mengadakan pemilihan berjalan lancar tetapi media arus perdana lebih berminat kepada isu melibatkan lapan cabang bermasalah. "Jadi kalau kita takut kepada kekecohan, takut kepada perbezaan pendapat, tidak payah berpolitik," tegas beliau. Dr Agus berkata, semua parti politik, baik parti pemerintah mahupun parti pembangkang lain wajar mencontohi kesungguhan PKR yang melaksanakan sistem undian langsung. Beliau turut menasihati pemimpin yang tewas supaya menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana keputusan pemilihan adalah kehendak majoriti ahli akar umbi. | ||||
| NUJ: Utusan Malaysia Bakal Jadi Sisipan Kosmo? Posted: 27 Sep 2010 03:35 AM PDT KUALA LUMPUR : Polisi yang dibuat ketua pengarang dan pengarang kanan Utusan Malaysia yang bertentangan dengan etika kewartawanan harus dihapus bagi mengelakkan edaran akhbar berkenaan, terus merudum. "Tidak mustahil akhbar Utusan Malaysia juga akan menerima nasib seperti akhbar Utusan Melayu yang kini menjadi sisiapan mingguan dalam Utusan Malaysia," kata Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari. "Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang menggunakan bahasa Kebangsaan, sepatutnya mengambil kira juga keperluan kaum lain," katanya. | ||||
| Prasyarat Pelabur Ke Malaysia, Kes Anwar Jadi Rujukan Dunia Posted: 27 Sep 2010 03:32 AM PDT SHAH ALAM: Kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penanda aras tahap kepercayaan masyarakat dunia terhadap institusi kehakiman di negara ini. Ini, kata Pengerusi Biro Antarabangsa dan Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub mendorong pelabur asing menjauhi negara ini lantaran kes berkenaan membukti ketidakbebasan institusi kehakiman Malaysia. Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi pertimbangan serius terhadap kenyataan pengasas kumpulan Virgin, Sir Richard Branson. "Itu gambaran, persepsi dan hakikat yang ada hari ini. Apabila seorang ahli perniagaan masyhur membuat kenyataan sebegitu rupa, ia adalah pandangan yang serius dan harus diterima Perdana Menteri. "Sistem undang-undang dan perjalanan kes yang adil adalah prasyarat penting di kalangan pelabur asing untuk datang ke Malaysia tetapi pelabur asing meragui perjalanan undang-undang di Malaysia," katanya kepada TV Selangor hari ini. Pengasas Kumpulan Virgin, Sir Richard Branson hari ini menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "duri" dalam reputasi Malaysia yang secara keseluruhan boleh dianggap baik. Bercakap pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur, jutawan popular yang terkenal kerana berani memberi pandangan tegas, Najib untuk campur tangan bagi memastikan keadilan untuk Anwar. "Jika anda pemimpin berani, anda harus tegas untuk mengatasi hal yang hanya merosakkan nama baik anda. Hal ini (Kes Anwar) dah lama berlarutan. Ia memberi kesan buruk kepada imej negara ini di kaca mata dunia," kata Branson. Mustafa berkata, pengamal undang-undang, ahli perniagaan mahupun ahli politik yang mengikuti perjalanan kes konspirasi kedua itu, pasti menganggap ia sebagai satu konspirasi. Beliau menyedari ramai pelabur berpotensi mengalih modal ke negara lain kerana tidak yakin dengan sistem pentadbiran dan perundangan bagi menjamin kepentingan perniagaan mereka. "Jikalau berlaku pertikaian undang-undang perniagaan, mereka akan merujuk kes ke mahkamah Singapura atau Hong Kong. Ini membayangkan ketidakyakinan mereka terhadap perjalanan dan sistem undang-undang di Malaysia. "Jadi, kerajaan Barisan Nasional dan Najib harus mempertimbang kenyaraan Richard bagi memulihkan keyakinan pelabur kepada Malaysia. Mereka seharusnya bertindak berani tanpa mengutamakan kepentingan politik," katanya. | ||||
| Hasil Judi: PAS Mahu Guang Eng Beri Penjelasan Kepada Umat Islam Posted: 27 Sep 2010 03:30 AM PDT
PETALING JAYA: PAS meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi penjelasan sewajarnya kepada umat Islam di negeri itu berhubung dakwaan kerajaan negeri menggunakan wang hasil judi bagi memberi bantuan kepada golongan miskin. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, parti itu tetap berpendirian bahawa wang hasil kutipan judi adalah haram dan ia tidak boleh digunakan bagi membantu penduduk miskin terutamanya umat Islam di negeri itu. "Perkara tersebut, memamg telah diakui oleh Ketua Menteri (Guan Eng) bahawa hasil judi tersebut telah diasingkan dan ia disalurkan untuk membantu masyarakat bukan Islam di negeri itu. Oleh itu, kita berpuas hati dengan penjelasan beliau mengenainya. "Bagaimanapun, ingin kita tegaskan sekali lagi bahawa PAS tidak akan berkompromi sekiranya wang hasil judi diberikan kepada orang Islam di negeri itu. Ini kerana hasil judi tetap haram dan ia tidak boleh diberikan atas alasan apa sekali pun," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, pada Isnin. Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu. Bukan itu sahaja, Reezal turut mengemukakan pendedahan itu dengan bukti melalui surat rasmi Pejabat Ketua Menteri berhubung penerimaan sumbangan tersebut yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida M. Yaacob bertarikh 9 Julai 2010. Terdahulu, seorang penulis blog memuat-naikkan sebuah artikel di Pisau.net mendakwa wang RM100 yang diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas sebagai penghargaan kepada golongan itu datangnya dari sumber judi. Bagaimanapun, Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sementara itu, Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim melabelkan Guan Eng sebagai pemimpin yang suka berbohong kerana beliau hanya memberitahu perkara sebenar selepas Ketua Penerangan Pemuda Umno mengemukakan bukti kepada media mengenai perkara berkenaan. "Ini gaya dia (Guan Eng); pada mulanya dia akan menafikannya, tetapi apabila kita tunjukkan bukti, dia kemudian akan mengakuinya. "Inilah sikap sebenar pemimpin pembangkang, mereka cuba menyembunyikan perkara sebenar kerana takut pada kebenaran. Bila bukti sudah ditunjukkan baru mereka akur kepada hakikat sebenar," ujarnya sinis. | ||||
| Keadilan sentiasa bersama Mahasiswa Posted: 27 Sep 2010 03:28 AM PDT Hilman Idham Setelah membuat keputusan untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya telah meletakkan seluruh pengharapan saya kepada sistem perundangan dan penghakiman negara ini. Hal ini berikutan ketidak-adilan dan kezaliman yang berlaku terhadap saya dan tiga orang teman yang lain.
Pada pandangan saya, kes "UKM4" bukan hanya isu dan pengalaman ketidak-adilan yang berlaku terhadap kami berempat, tetapi juga kes yang melibatkan seluruh mahasiswa dan anak muda Malaysia. Hal ini jugalah yang berlaku kepada kami bere Seluruh hak dan kebebasan ini telah dirampas oleh institusi yang dinamakan universiti. Hal ini jugalah yang dilihat oleh para mahasiswa, ahli akademik dan rakyat Malaysia sebagai perkara yang membantutkan pencapaian dan prestasi mahasiswa yang seharusnya lebih baik. Oleh yang sedemikian, saya menyeru seluruh anak muda dan mahasiswa, atas nama "student unity" untuk terus berjuang mempertahankan hak dan kebebasan kita yang sepatutnya. Saya dengan yakin dan percaya bahawa keadilan sentiasa bersama mahasiswa. | ||||
| Hata Wahari: Edaran Utusan jatuh kerana laporan berat sebelah Posted: 27 Sep 2010 03:24 AM PDT Hata Wahari NATIONAL UNION OF JOURNALISTS MALAYSIA (NUJ MALAYSIA) merasa bimbang dengan kejatuhan edaran-edaran akhbar arus perdana (MSM) di negara ini terutama akhbar Utusan Malaysia.
Awang Selamat dalam ruangan pojoknya yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada Ahad lepas bagi menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menyatakan pertumbuhan luar biasa laman-laman sesawang apatah lagi laman sosial seperti facebook dan tweeter, "memburukkan" lagi keadaan. Awang Selamat menyatakan itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu. Awang Selamat juga menyatakan di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusan jatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan. Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran.
Dalam hal ini, NUJ Malaysia melalui Setiausaha Agungnya, V. Anbalagan beberapa bulan lepas telah mengeluarkan kenyataan media meminta pihak pengurusan di MSM mengambil langkah-langkah drastik bagi mengatasi kejatuhan akhbar-akhbar tersebut yang sangat membimbangkan. NUJ Malaysia berpendapat bahawa kejatuhan edaran akhbar Utusan Malaysia disumbangkan atas beberapa faktor dan kebanyakannya disebabkan polisi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarang dan Pengarang-pengarang Kanan. Polisi-polisi yang dimaksudkan dan ia juga bertentangan dengan amalan etika kewartawanan. 1. Laporan berat sebelah: Utusan Malaysia hanya membuat laporan yang positif sekiranya ia melibatkan kerajaan dan Barisan Nasional (BN) tetapi laporan negatif ditumpukan kepada kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat (PR). 2. Tidak memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk menjawab dan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Contoh terbaik ialah tidak disiarkan langsung kenyataan balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz (gambar kiri) walaupun ruangan pojok Awang Selamat telah menghentam beliau. 3. Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita-berita dan keperluan satu kaum sahaja menyebabkan pembaca-pembaca akhbar di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat Cina, India dan bumiputera lain tidak berminat untuk membaca akhbar tersebut walaupun mereka mempunyai keupayaan untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang menggunakana bahasa Kebangsaan sepatutnya mengambil kira juga keperluan kaum-kaum lain. 4. Peningkatan jumlah pembaca Utusan Online juga membunuh minat pembaca-pembaca akhbar terutama di kalangan orang Melayu untuk membeli akhbar Utusan Malaysia kerana mereka berpendapat bahawa buat apa membeli sekiranya boleh mendapat percuma di internet.
Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta agar Ketua Pengarang dan Pengarang-Pengarang Kanan Utusan Malaysia untuk menghapuskan polisi yang tidak menguntungkan Utusan Malaysia. Pelaksanaan berterusan polisi-polisi ini akan menyebabkan jumlah edaran akhbar Utusan Malaysia akan terus merundum pada masa-masa akan datang. Tidak mustahil akhbar Utusan Malaysia juga akan menerima nasib seperti akhbar Utusan Melayu yang kini hanya menjadi sisipan mingguan dalam Utusan Malaysia. Mungkin satu hari nanti akhbar Utusan Malaysia akan menjadi sisipan di dalam Kosmo yang merupakan satu lagi terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad memandangkan edaran akhbar kompak itu semakin meningkat setiap tahun. *Kenyataan media oleh Hata Wahari selaku Presiden NUJ Malaysia | ||||
| Hakim Didakwa Silap Ketepikan Penghakiman Ingkar Khairy, Anwar Buat Rayuan Posted: 27 Sep 2010 03:18 AM PDT Oleh Dzulkarnain Taib SHAH ALAM - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin, S N Sankara berpendapat, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof tersilap dalam keputusannya mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Ketua Pembangkang terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu. Ketika dihubungi Suara Keadilan, Sankara berkata penyerahan surat tuntutan serta writ saman kepada Khairy di pejabat beliau di Akademi Pemuda, Tingkat 37 Menara Dato' Onn di Pusat Perdagangan Dunia Putra adalah sah dan teratur. "Oleh kerana ia adalah sah maka Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Nazri Yahya serta bersependapat dengan saya bahawa ia adalah sah maka beliau mengeluarkan penghakiman ingkar terhadap Khairy yang dipohon Anwar daripada Mahkamah Tinggi. "Jadi saya musykil bagaimana hakim boleh menterbalikkan penghakiman ingkar tersebut," jelas Sankara. Beliau berhujah, surat tuntutan telah diserahkan kepada pejabat Khairy di Menara Dato' dan diterima oleh kakitangan pejabatnya. "Undang-undang mengatakan surat tuntutan perlu dikemukakan kepada seseorang tidak kira dipejabat atau dimana-mana lokasi dia seseorang itu berada," kata beliau. Susulan daripada itu kata Sankara, Khairy telah mengarahkan peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah menjawab surat tuntutan itu dengan mengatakan anak guam beliau tidak bertanggungjawab ke atas dakwaan terhadap dirinya. "Setelah peguam Khairy memberikan respons yang sudah dijangkakan maka saya pun menyediakan writ saman. saya menghantar saman itu juga kepada alamat yang sama kerana itulah alamat terakhir beliau. Saman tersebut juga diterima oleh pejabat Khairy," jelas beliau selanjutnya. Sankara berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan minggu ini. "Kita mempunya tempoh sebulan untuk melakukannya tetapi saya akan membuat rayuan minggu depan," kata beliau. Jumaat lalu Zabariah membenarkan rayuan Khairydengan kos RM4,000 untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Anwar. Pada 4 Disember 2008, Anwar memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi terhadap Khairy apabila Ketua Pemuda Umno itu gagal memasukkan kehadiran selepas writ saman itu diserahkan ke atasnya. Khairy kemudian memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman itu pada 20 Februari 2009. Dalam samannya, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan punca pemaparan klip videobertajuk "Anwar and kin no threat" di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com. Anwar mendakwa klip video di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy di satu ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Februari 2008. Perkataan memfitnah itu didakwa antara lain membawa maksud yang Anwar terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan Islam, berkeperibadian tidak baik dan tidak layak memegang jawatan politik dan jawatan lain. Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. | ||||
| Anasir Luar Parti Cuba Sabotaj Proses Pemilihan KEADILAN Posted: 27 Sep 2010 03:14 AM PDT Oleh Fazli Othman PETALING JAYA - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) merumuskan permasalahan yang berlaku di beberapa cabang tertentu semasa proses pemilihan minggu lepas berpunca daripada tindakan subversif kumpulan individu bukan anggota parti yang mahu memberi tanggapan negatif terhadap keupayaan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) untuk mengendalikan pemilihan. Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata JPP sedang menyemak dan meneliti laporan terperinci yang dikemukakan pengawas pemilihan yang bertugas semasa pemilihan di cabang-cabang terbabit. Di samping itu, JPP katanya akan menimbang aduan dan rayuan dari anggota parti bersangkutan proses pemilihan dan perjalanan mesyuarat agung tahunan cabang (MATC). "Satu perkara yang amat memberangsangkan ialah keghairahan luar biasa anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses pemilihan parti, meskipun KEADILAN baru memperkenalkan sistem pemilihan langsung sebagai langkah memperkasakan demokrasi di dalam parti. "Kita yakin natijah pelaksanaan kaedah "One Person One Vote" adalah satu keputusan yang tepat lagi mengukuhkan parti dari segi jangka panjang dalam proses pendidikan demokrasi kepada rakyat," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana pagi tadi. Saifuddin juga mengesahkan terdapat elemen atau anasir luar parti yang melakukan tindakan provokasi seperti memecahkan peti undi, menabur kertas undi dalam hujan dan seterusnya beredar dari lokasi pemilihan. "JPP mengesahkan wujudnya elemen provokasi, apa yang berlaku, sama sahaja coraknya, iaitu ambil kotak undi, pecahkan dan kemudiannya tabur kertas undi dan beredar tinggalkan dewan mengundi. Itu yang berlaku di Klang dan di Kapar, coraknya sama. "Selepas kita tengok 'footage video' kejadian itu berulangkali, kita mensyaki dan kita mempunyai sebab mempercayai bahawa tujuannya hanya untuk provokasi," jelas beliau. Beliau juga menyanggah dakwaan sesetengah calon yang bertanding kononnya JPP tidak bertindak adil dan cuba menyebelahi calon yang merupakan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri. "Kita dengar dakwaan itu, kalau benar dakwaan itu, YB Telok Kemang tidak kalah, YB Elizabeth juga tidak akan kalah, YB Lim Soo Nee di Kulim juga tidak akan kalah atau pun pemimpin yang lebih senior seperti Mustaffa Kamil Ayub pun tidak akan kalah kerana JPP akan tolong mereka. "Antara dakwaan dan realiti, ternyata berbeza, ada ahli yang berhormat menang dan ada juga yang kalah, jadi dakwaan kononnya JPP mengambil sikap berpihak dengan sendirinya tertolak," tegasnya lagi. Sehubungan itu Saifuddin berkata JPP memberi jaminan akan cuba meminimumkan permasalahan berkaitan proses pimilihan apabila 39 cabang mengadakan mesyuarat agung hujung minggu ini. Sementara itu, Saifuddin memaklumkan kepada media, daripada 166 cabang yang mengadakan MATC, 96 peratus atau 159 cabang telah berjaya menyempurnakan mesyuarat agung dan pemilihan pimpinan cabang masing-masing. Manakala 7 cabang daripada jumlah tersebut tidak berupaya meneruskan proses pemilihan dan mesyuarat agung ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diputuskan oleh JPP. Ini termasuk cabang-cabang Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan, Kuala Langat, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus. | ||||
| Kes tanah Sosilawati antara 290 kes penipuan disiasat JSJK Bukit Aman Posted: 27 Sep 2010 03:09 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Kes penjualan dan pembelian tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang dikendalikan peguam yang disyaki suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ialah antara 290 kes membabitkan peguam yang dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman. Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Noryah Md Anvar, berkata polis sedang menyiasat kes jenayah komersial itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk membabitkan kes penipuan penjualan tanah dan rumah. "Kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan afidavit serta pecah amanah," katanya di Bukit Aman di sini, hari ini. Difahamkan, pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang hasil jualan sebidang tanah bernilai RM29 juta di Pulau Pinang milik Sosilawati bersama dua lagi rakan kongsi. Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama, selaku peguam dan bertindak sebagai broker, berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah. Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 12 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor. Ketika ditanya siasatan kes tanah itu, Noryah enggan mengulas lanjut dan berkata, akan memaklumkannya kepada media jika terdapat perkembangan terkini. Beliau berkata, sehingga kini, 35 peguam ditahan di seluruh negara membabitkan penipuan penjualan tanah termasuk seorang peguam berusia 50 tahun yang ditahan pagi ini kerana terbabit dalam kes penipuan tanah bernilai RM15 juta. "Peguam itu ditahan di rumahnya di Sunway pada jam 8 pagi ini kerana dipercayai terbabit dalam penipuan penjualan tanah di Kuala Lumpur. "Dia akan dituduh di mahkamah hari ini," katanya. Noryah berkata, daripada 35 peguam yang ditahan itu, 10 orang adalah di Selangor, lapan di Johor, empat orang masing-masing di Kedah dan Kuala Lumpur, tiga orang masing-masing di Perak dan Negeri Sembilan, dua di Melaka dan seorang di Pulau Pinang. "Mereka berjawatan profesional, sangat licik dan menggunakan kepercayaan serta harapan yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka dengan menipu. "Kebanyakan kesalahan ialah memalsukan dokumen termasuk geran tanah sehingga pejabat tanah mempercayai tindakan mereka itu," katanya. | ||||
| Penghakiman dalam bahasa Inggeris tidak sah: Karpal Posted: 27 Sep 2010 03:02 AM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Penghakiman mahkamah yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah tidak sah, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini. Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar, Karpal Singh mempertikaikan bahawa penghakiman yang ditulis hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah sokongan dalam kedua-dua kes jenayah dan sivil mestilah dalam Bahasa Malaysia mengikut peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963. "Semua tiga penghakiman (yang ditulis oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam bahasa Inggeris yang menolak rayuan Anwar) kekal tidak mengikut perlembagaan kerana ini melanggari Artikel 152 dan Seksyen 8," katanya. Pada hakikatnya, Karpal berkata penghakiman Abdul Malik menyatakan bahawa peruntukan wajib hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Beliau berkata mengikut undang-undang, semua proseding, termasuk penghakiman, mestilah dalam Bahasa Malaysia kecuali jika ia dalam Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan di mana sesebuah mahkamah itu boleh mengarahkan proseding itu didengar separuh dalam Bahasa Malaysia dan separuh lagi dalam bahasa Inggeris, melalui usulnya sendiri atau permohonan untuk mana-mana proseding setelah memberikan pertimbangan dalam aspek keadilan proseding berkenaan. "Penghakiman itu adalah batal dan tidak sah. Tidak ada penghakiman yang sah untuk mahkamah ini (Mahkamah Persekutuan) untuk meneruskan lagi kebenaran permohonan rayuan Anwar. Mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan) hendaklah mengarahkan Mahkamah Rayuan untuk menulis satu penghakiman yang lebih wajar dalam bahasa kebangsaan," katanya. Peguam veteran itu membangkitkan isu tersebut sebagai perkara permulaan dalam perbicaraan proseding mahkamah mengenai saman fitnah Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas alasan teknikal, untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM100 juta beliau terhadap Dr Mahathir. Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa memorandum rayuan yang difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat dan tidak sah dan dokumen mahkamah itu mestilah difailkan dalam Bahasa Malaysia. Anwar mengemukakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir pada Januari 2006 kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap beliau di persidangan Hak Asasi Manusia Malaysia, 9 September, 2005. Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, menangguhkan keputusan mereka mengenai perkara permulaan pada satu tarikh yang akan ditetapkan. Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong dan Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar. Peguam Datuk VK Lingam yang mewakili Dr Mahathir, mengemukakan prosedur tidak pematuhan dengan mengatakan ia menyalahgunakan proses mahkamah untuk membawa perkara permulaan itu pada peringkat permohonan kebenaran. Lingam berkata, sebaliknya Karpal Singh mestiah memfailkan satu permohonann yang wajar untuk membangkit isu tersebut. Beliau menerangkan bahawa dalam Mahkamah Rayuan, beliau memohon kebenaran mahkamah untuk mengemukakan kesnya dalam bahasa Inggeris dan mahkamah membenarkannya berbuat demikian. "Penghakiman dan perintah (oleh mahkamah) sentiasa dalam bahasa Malaysia tetapi alasan penghakiman adalah dalam bahasa Inggeris kerana peguam dalam proseding tersebut telah memohon untuk menjalankan proseding berkenaan dalam bahasa Inggeris mengikut Akta Bahasa Kebangsaan," katanya. Di luar mahkamah, Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa keputusan tersebut mengenai perkara permulaan menimbulkan implikasi yang besar. Beliau berkata ini adalah pertama kali selepas kemerdekaan, isu tersebut dibangkitkan. "Saya cadangkan sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan mengenai isu tersebut, hendaklah kes lain ditangguhkan di mana penghakiman ditulis dalam bahasa Inggeris," katanya. | ||||
| ADUN Galas Kembali Ke Rahmatullah Posted: 27 Sep 2010 02:59 AM PDT KELAB GREENBOC
Adun Galas kembali ke rahmatullahKUALA LUMPUR: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini. Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu. Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang. Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China. Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong. Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang. Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti. Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China. Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum. "Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas. -harakahdaily | ||||
| MB Rasmi Pecah Tanah Tadika Rakyat Posted: 27 Sep 2010 02:50 AM PDT Oleh: Naeem Raffi PETALING JAYA- Selaras dengan dasar 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim merasmikan pecah tanah bagi tapak 'Tadika Rakyat' di Jalan PJS bagi penduduk Desa Mentari, Desa Ria dan Kampung Lindungan, semalam. Kira-kira 100 penduduk hadir ketika majlis berlangsung walaupun dalam keadaan hujan lebat. Khalid dalam ucapannya memberitahu Kerajaan Pakatan Rakyat sudah pun berjaya membina 20 kelas 'Tadika Rakyat' diseluruh Selangor sejak memerintah pada 2008. Tambahnya lagi, hari ini satu lagi sejarah tercipta apabila kerajaan negeri bersetuju membina lapan buah lagi 'Tadika Rakyat' kerana dikawasan ini kekurangan kemudahan awam selain penduduknya diparas kemiskinan bandar. "Sejumlah RM 62,5000 diperuntukkan bagi membina lapan buah 'Tadika Rakyat' iaitu empat buah kelas aliran bahasa Melayu dan empat buah kelas aliran bahasa Inggeris yang mana mampu memuatkan seramai 160 pelajar dalam satu masa di atas tanah seluas 0.8 ekar," katanya. Khalid turut memberitahu seorang pengerusi Jawatankuasa Kutipan Dana diperlukan untuk mencari dana tambahan dalam pembangunan projek tersebut. "Projek ini memerlukan RM150,000 untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan lain jadi saya mencadangkan YB Nik Nazmi sebagai pengerusi Jawatankuasa untuk melaksanakannya. "Kita juga akan buka tender kepada mana-mana pihak korporat, pertubuhan bukan kerajaan(NGO) yang berminat dalam pembinaan dan pengurusan pentadbiran pendidikan kelak," jelasnya. Sementara itu, pada majlis yang sama Khalid memberitahu kerajaan negeri akan menyelesaikan isu Sekolah Tamil dan Sekolah Kebangsaan yang sekian lama tertangguh di kawasan sekitar. Hal ini akan dibawa kepada Kerajaan Persekutuan untuk tindakan segera bagi kebaikan bersama. Sekolah yang terbengkalai di atas tanah seluas 3.5 ekar itu juga akan dipastikan siap dalam tempoh lima bulan. "Kerajaan negeri juga akan memastikan tapak sekolah Tamil itu akan digazetkan untuk masa depan anak bangsa dalam memastikan semua rakyat berhak mendapat pendidikan," katanya. Turut hadir Exco Kerajaan Negeri Xavier Jayakumar, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Low, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Dun Seri Setia, Syed Shahir Syed Mohamud dan Pegawai Daerah Petaling, Zulkefli Ahmad. | ||||
| Posted: 27 Sep 2010 02:47 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE ![]() PEKAN – Penantian selama 13 hari usaha mencari mangsa lemas, Muhammad Hasif Hariri, 20, yang juga pelajar kolej Pahang Skills Development Centre (PSDC) berakhir semalam, apabila mayatnya ditemui terapung di kawasan sungai berhampiran tanah perkuburan di Kampung Padang Rumbia, dekat sini, iaitu lima kilometer dari tempat kejadian. Penduduk yang menemui mangsa, Mohd Hamidi Abdul Aziz, 39, dikatakan sedang sibuk menebang jagung di kebun miliknya sebelum terlihat objek terapung berhampiran tempat dia bekerja kira-kira jam 9 pagi semalam. Menurutnya, objek yang terlingkup di dalam air dan tersangkut pada kayu berhampiran tebing kelihatan seperti manusia sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman yang ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat di kawasan itu. "Ibu mangsa yang turut ke lokasi penemuan mayat mangsa mengecam jasad anaknya melalui wajah dan pakaian iaitu seluar jeans yang masih ada pada badan mangsa. "Mayat mangsa diangkat naik daripada sungai dengan bantuan Rela dan penduduk kampung yang tinggal berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Yahaya berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati lemas dan mayat mangsa dijangka akan dibawa pulang ke Pulau Rumput sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di situ. Sinar Harian cuba mendekati ibu mangsa yang ditemui di perkarangan bilik mayat namun beliau, Salmiah Ibrahim, 51, yang ditemui hanya memohon maaf kerana tidak mahu ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian yang berlaku. "Saya minta maaf tidak dapat cakap apa-apa buat masa ini kerana sedang memikirkan urusan pengebumian anak saya dan sebagainya," katanya ringkas. Mangsa, Muhammad Hasif Hariri, 20, yang lemas dan dihanyutkan di Sungai Pahang berhampiran Kampung Serambi selepas bersama empat lagi rakan dan saudaranya mandi di sungai itu kira-kira jam 4 petang, 13 September lalu. Mangsa dikatakan ke sangkar ikan milik keluarga di tepi sungai Pahang untuk mengambil dan menyiang ikan bagi tujuan kenduri tahlil yang ingin diadakan pada malam hari yang sama. Operasi mencari dan menyelamat mangsa membabitkan 132 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk orang awam bagaimanapun dihentikan pada 22 September lalu apabila mayat mangsa gagal ditemui selepas 10 hari. | ||||
| Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri Posted: 27 Sep 2010 02:35 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram. Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain. Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat. "Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan. "Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan," katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu. Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal. Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal. "Transaksi itu dibuat atas tujuan 'bantuan', bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat," katanya. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KLANG: "Minta maaf makanan licin. Saya sendiri tidak sempat merasanya sedikit pun," kata Dr Halimah Ali, Exco kerajaan negeri Selangor mengulas kedatangan yang terlalu ramai ke majlis hari raya anjuran beliau semalam.
"Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan," kata Dr Halimah kepada semua yang hadir semalam.
Ini juga, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakibatkan orang Melayu yang mendapat majoriti besar dalam pilihan raya gagal memartabatkan Islam yang menjadi agama Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Seluruh mahasiswa sekali lagi diseru turun ke himpunan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, esok bagi mendengar keputusan perbicaraan kes empat pelajar sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam perkara ini, Utusan Malaysia melaksanakan polisi untuk tidak menyiarkan kenyataan balas yang dibuat oleh parti-parti politik atau individu apabila laporan negatif dibuat terhadap mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan