Kerabu Bersuara ® |
- Live: Bendera UMNO Dan Bn Penuh Di pasang Sekitar Sekolah Kat Kelantan
- Kerajaan Negeri Selangor Tidak Gentar
- PR Bentang Usul Tergempar Jika Tiada Tindakan Terhadap Pengetua Rasis
- Sistem Undi Terus Bakal Lahirkan Pemimpin Terbaik Bagi KEADILAN
- Najib Kering Idea Jana Ekonomi, Guna Judi Jalan Terakhir
- Ukay Bistari: Selesai masalah kami undi, pembeli beri BN dan PR kata dua
- Ukay Bistari: Selesai masalah kami undi, pembeli beri BN dan PR kata dua
- Najib Takut Hadapi PRU-13
- Sistem Undi Terus KEADILAN Catat Sejarah Politik Malaysia
- Khalid Diseru Henti Buat Ugutan Melalui Media
- Munajat Royalti: Haji Zulaimi tempelak ‘kaki penipu dan pembelit’
- Shanghai, Islam, Melayu Dan 1 Malaysia
- Sultan Muhammad Ke-V Solat Jumaat Di Masjid Kampung Sireh
- Live! TGNA Mengambil Tempat Kuliah
- Live! Suasana Kuliah Mingguan TGNA 2
- Live! Suasana Kuliah TGNA 1
| Live: Bendera UMNO Dan Bn Penuh Di pasang Sekitar Sekolah Kat Kelantan Posted: 24 Sep 2010 08:00 AM PDT Mengikut laporan daripada team kerabu bersuara memberitahu bahawa setiap sekolah rendah di seluruh daerah Tumpat diwajibkan memasang bendera Umno dan BN. Maaf kerana gambar tidak dapat ambil, ini kerana ramai puak2 Umno dok berkawal sekitar sekolah dan ada lagi masih giat memasang bendera. Jadi team kami tidak mahu mengabil risiko.Dengan muka tak malu mereka rampas hak rakyat Kelantan! Celaka! Laknat UMNO! |
| Kerajaan Negeri Selangor Tidak Gentar Posted: 24 Sep 2010 07:30 AM PDT SHAH ALAM, 24 Sept – Kerajaan Negeri tidak gentar dengan tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak RM308 juta yang didakwa sebagai 'pampasan' kerana terhalang daripada menaikkan tarif air di Selangor. SYABAS membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 September lalu dengan memberi alasan kononnya syarikat itu mengalami kerugian disebabkan keengganan Kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan. Dalam satu kenyataan media oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin menyatakan, SYABAS mengugut untuk mengheret Kerajaan Selangor ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan mereka."Kerajaan negeri tidak gentar dengan tuntutan SYABAS dan berpendapat syarikat itutidak layak sama sekali untuk menaikkan tarif air sedangkan rakyat Selangor masihberdepan dengan pelbagai masalah air," katanya. "Jika SYABAS dibenarkan menaikkan tarif air sehingga 37% seperti yang disebut dalamperjanjian konsesi, harga air akan menjadi lebih mahal daripada harga petrol hari ini," katanya lagi. Kerajaan Selangor yakin mempunyai hak dan alasan yang kukuh untuk mengheret SYABAS ke mahkamah kerana kegagalan mereka mematuhi beberapa asas penting yang terkandung dalam perjanjian konsesi air. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berulang kali menegaskan bahawa kerajaan negeri akan menentang usaha SYABAS atau mana-mana pihak yang mencabar rakyat Selangor terhadap hak mutlak air. Kerajaan negeri dalam masa terdekat akan melancarkan gerakan menyelamatkan rakyat Selangor daripada terus dicengkam ketidakadilan perjanjian konsesi yang nyata membelakangi tanggungjawab sosial. |
| PR Bentang Usul Tergempar Jika Tiada Tindakan Terhadap Pengetua Rasis Posted: 24 Sep 2010 07:00 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM 24 Sept - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membuat usul tergempar jika tidak ada tindakan tegas terhadap dua pengetua sekolah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi dan berbaur perkauman terhadap murid sekolah mereka. Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di dalam twitternya menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul tergempar tersebut pada hari pertama Dewan Rakyat bersidang bermula 11 Oktober depan. "Kita tengok perkembangannya dahulu sehingga Parlimen bersidang bulan depan. Jika tidak apa-apa berlaku, kita ahli parlimen Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu ini pada hari pertama dewan bersidang nanti. "Masih ada lagi 18 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang. Kita tengok dahulu apa tindakan mereka," kata Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP ketika dihubungi Suara Keadilan. Dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kata-kata rasis adalah Siti Insyak Mansor dari SMK Tunku Abdul Rahman dan Ungku Aznan Ungku Ismail dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua SMKBS kerana ia di bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada 4 September lalu, media melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya. Siti Insyak didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman pada 12 Ogos lalu ketika menyentuh mengenai masalah disiplin pelajar. Beliau didakwa berkata pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka yang disifatkan hanya anjing yang memakai tali seperti itu. Ungku Aznan pula didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa. |
| Sistem Undi Terus Bakal Lahirkan Pemimpin Terbaik Bagi KEADILAN Posted: 24 Sep 2010 06:30 AM PDT PETALING JAYA - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perlaksanaa kaedah pengundian secara langsung pada Pemilihan 2010 akan melahirkan pemimpin yang terbaik bagi parti. Seterusnya pemimpin yang terpilih dalam pilihan raya parti pula akan lebih bertanggungjawab kepada ahli-ahli yang memilih mereka. Dalam kenyataan medianya hari ini, Anwar yakin ahli KEADILAN akan membuat keputusan yang bijaksana serta berhemah demi kebaikan kepada parti. "Pemerkasaan ahli-ahli seiring dengan kuasa di tangan mereka. Kami yakin semua anggota parti akan menggunakan kuasa ini secara bijaksana dan berhemah. "Amalan seperti ini sudah menjadi lumrah dalam sistem demokrasi yang matang diseluruh dunia tetapi ia adalah pertama kali dilaksanakan di Malaysia. "Proses pemerkasaan bukan sahaja memberikan hak untuk mengundi tetapi juga untuk menyuarakan sokongan atau bangkangan," kata Anwar. Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu juga menegur sesetengah yang dilihat berlebihan dalam kritikan terhadap saingan dalam pertandingan atau pembawaan semasa berkempen. Bagaimanapun beliau menolak dakwaan pihak yang mengatakan apa yang berlaku adalah kerana masuknya 'budaya Umno' dalam parti. "Adalah diperakui beberapa kebelakangan ini bukanlah tempoh yang selesa bagi KEADILAN. Kita masih mempunyai perjalanan yang jauh tetapi sekurang-kurangnya kita bergerak ke hadapan dan bukannya ke belakang. "Perjalanan proses pemilihan telah memperlihatkan beberapa kenyataan yang amat pedas dan kasar diluahkan oleh sesetengah pemimpin yang dilihat tidak secucuk dengan kedudukan dalam parti yang mereka kejar. "Dalam hal ini kritikan bahawa munculnya 'budaya Umno' semasa berkempen untuk jawatan parti adalah tidak benar sama sekali. "Pada masa yang sama kita juga tidak menolak kemungkinan serigala berbulu kambing telah menyusup masuk ke dalam parti. Namun kita tetap beristiqamah dalam keyakinan bahawa ahli-ahli adalah matang dan bijak membuat keputusan yang terbaik bagi parti. Kebenaran akhirnya akan terserlah," jelas beliau lagi. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menasihatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi etika pemilihan bagi mengelakkan keadaan yang tidak sihat. "Perbezaan pendapat dan perselisihan pandangan berhubung dasar bukan sahaja lumrah malah harus digalakkan bagi memastikan sebuah parti yang meraikan demokrasi yang sihat. "Calon juga mempunyai hak untuk mengemukakan agenda mereka serta berkempen tetapi ia bukannya bermakna apa sahaja boleh dilakukan."Semua aktiviti harus dijalankan dalam lingkungan kesopanan, tatasusila dan sivil, sebab itulah kita tubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). "Kita komited untuk berkhidmat kepada rakyat. Sejak penubuhannya, parti terus menerus mendesak kepada reformasi di negara supaya rakyat boleh melihat perubahan kepada keadaan yang lebih baik. "Kita menolak alasan yang diberikan oleh mereka yang berada di tampuk kuasa bahawa rakyat belum bersedia untuk demokrasi sepenuhnya dan oleh demikian terpaksa bergantung kepada sandaran politik. Kita tidak memerlukan semua itu. Ini seterusnya akan menjadikan kita lebih kuat," ujar Anwar. Mengimbas kembali sejarah penubuhan KEADILAN, Anwar berkata sejak parti diwujudkan sokongan rakyat terhadapnya terus meningkat. "Apabila saya dipecat daripada kerajaan dan juga parti pemerintah pada September 1998, sokongan kuat seluruh negara tercetus yang tidak mampu dikekang oleh kerajaan. "Malah dinding penjara Sg Buloh tidak berdaya menghalang kelahiran parti baru yang telah ditakdirkan bersama-sama dengan sekutunya, PAS dan DAP, untuk membawa politik negara ke dimensi baru. "Maka tertubuhlah Parti Keadilkan Nasional, sebuah parti yang benar-benar berdasarkan kepada konsep pelbagaian kaum serta berjuang di atas landasan keadilan dan kebebasan, demokrasi dan urus tadbir yang baik. "Parti ini bertambah kuat dari hari ke hari bersandarkan azam yang kuat untuk menggerakkan proses reformasi dan perubahan. Setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, ia dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. "Semangat perubahan inilah yang memacu perlaksanaan sistem baru pengundian dalam pemilihan kali ini di mana kira-kira 500,000 anggota parti berpeluang mengundi pemimpin mereka dari segenap lapisan pimpinan," kata beliau. |
| Najib Kering Idea Jana Ekonomi, Guna Judi Jalan Terakhir Posted: 24 Sep 2010 06:00 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM 24 Sept - Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian beliau terhadap isu judi yang dilihat kian terdesak untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus setahun seperti yang dicanangkan kepada rakyat sebelum ini. Ini berikutan langkah kerajaan Umno-Barisan Nasional memasukkan perancangan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan dikatakan menjadi sebahagian daripada projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar. Mengulas cadangan tersebut, Azan berkata tindakan terdesak Najib adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia terus bertahan akibat budaya penyelewengan serta rasuah oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional dan usaha mengatasi masalah pelaburan langsung asing (FDI) yang menjunam dengan begitu teruk sekali di bawah pentadbirannya. "Beliau amat terdesak kini dan jalan paling mudah yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN adalah melalui hasil perjudian untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. "Sebelum ini, mereka cuba meluluskan lesen judi bola sepak kepada kroni mereka, Tan Sri Vincent Tan tetapi tidak menjadi akibat ditentang hebat oleh rakyat," kata Azan kepada Suara Keadilan. Namun katanya, selepas tidak berjaya dengan lesen judi sukan itu, kini terbukti Najib meneruskan niat menggunakan pendekatan judi apabila mahu membina kasino pula di Karambunai. Ini memperlihatkan sikap pemimpin Umno-BN yang sudah ketandusan idea menjana ekonomi negara melainkan melalui hasil judi. Tambah Azan, idea membina kasino ini mungkin timbul untuk menuruti langkah Singapura yang membuka wilayah perjudian untuk menjana pendapatan. "Najib berkemungkinan bersengkokol dengan pemimpin Umno-BN untuk menjadi terkenal di kalangan negara Asean sebagai salah satu negara utama menjana aktiviti perjudian. "Adakah kita ingin menggilap nama negara sebagai pusat perjudian? Najib nampaknya sepakat dengan Singapura untuk menjadi wilayah perjudian terbesar di Asia Tenggara," soal beliau. Apa yang dikesalkan kata Azan, Malaysia yang pernah menjadi pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), tetapi sekarang menjadi terkenal menjalankan aktiviti perjudian terkemuka di kalangan negara Asean. |
| Ukay Bistari: Selesai masalah kami undi, pembeli beri BN dan PR kata dua Posted: 24 Sep 2010 05:45 AM PDT Oleh Clara Chooi AMPANG, 24 Sept — Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor. PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu. "Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami," kata Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini. "Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada)n minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau lagi. The Malaysian Insider difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa. Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan. Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan. Dr Rafick memberitahu The Malaysian Insider hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan. "Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang," kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing. "Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini," kata beliau. Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain. Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN. "Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa," tegas beliau. Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka. "Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003," katanya. "Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami. "Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan," katanya. Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya {KR berbanding isu-isu lain yang lebih penting. "Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya," katanya. Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan. "Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian. "Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini," kata Dr Rafick. Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd. Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya. Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang. Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat. Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan. |
| Ukay Bistari: Selesai masalah kami undi, pembeli beri BN dan PR kata dua Posted: 24 Sep 2010 05:45 AM PDT Oleh Clara Chooi AMPANG, 24 Sept — Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor. PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu. "Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami," kata Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini. "Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada)n minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau lagi. The Malaysian Insider difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa. Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan. Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan. Dr Rafick memberitahu The Malaysian Insider hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan. "Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang," kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing. "Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini," kata beliau. Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain. Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN. "Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa," tegas beliau. Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka. "Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003," katanya. "Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami. "Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan," katanya. Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya {KR berbanding isu-isu lain yang lebih penting. "Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya," katanya. Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan. "Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian. "Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini," kata Dr Rafick. Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd. Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya. Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang. Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat. Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan. |
| Posted: 24 Sep 2010 05:30 AM PDT Oleh Norasikin Samsi SHAH ALAM 24 Sept - Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dijangka tidak akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) dalam masa terdekat kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai dalam ketakutan untuk berhadapan situasi itu apabila keadaan ekonomi negara bertambah muram. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh berkata jangkaan itu lebih menghimpit Najib yang terpaksa berusaha keras untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya sejak memegang jawatan pada April 2009. Ini dilihat dengan pelbagai bentuk bebanan ke atas rakyat sebaik sahaja beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara termasuk kenaikan harga barangan serta penarikan subsidi. "Tak mungkin dia (Najib) adakan pilihan raya sekurang-kurangnya dalam masa 18 bulan. Ini kerana beliau takut dan tidak yakin untuk memenangi pilihan raya tambahan pula dengan apa yang berlaku sekarang bahkan rakyat kini semakin menolak pentadbiran BN," katanya kepada Suara Keadilan. Kata beliau, dalam senario politik semasa, Najib juga menghadapi tekanan untuk memulih dan mengekalkan kembali peningkatan taraf ekonomi negara. Beliau berkata untuk mengadakan pilihan raya, Najib perlu melepasi dua agenda utama yang merupakan sasaran untuk membolehkan pilihan raya diadakan. Pertama, menurut Burne-Loh, Najib hendaklah memastikan jumlah kerusi Barisan Nasional di Parlimen melebihi dua pertiga. "Najib jangan bermimpi untuk menawan kembali negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat terutama sekali Selangor yang merupakan kekuatan persekutuan sebelum tsunami politik berlaku pada PRU-12 lalu. "Bolehkah dia ambil semula Selangor? Selagi Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, jangan harap BN boleh berbuat demikian. Faktor ini juga menambah kekalutan Najib dengan orang-orang bawahannya supaya bertindak memporak-perandakan Selangor," jelas beliau lagi. Beliau berkata, meskipun PRU-13 masih diawang-awangan dan menjadi teka-teki penganalis politik negara tetapi di dalam dunia maya pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia sudah pun bermula dengan rancaknya. Keadaan ini katanya menggambarkan senario baru politik negara yang mana rakyat tidak sabar membuat perubahan tampuk pemerintahan daripada Umno-BN kepada Pakatan Rakyat. "Kehendak dan harapan tinggi rakyat untuk mengubah kerajaan menggambarkan keadaan sebenar politik negara yang mana rakyat mahukan perubahan pemerintah. Dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri tentang 1Malaysia jauh terpesong daripada apa yang beliau katakan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. "Kita lihat rakyat sekarang berada dalam keadaan tertekan dengan faktor ekonomi apatah lagi dengan kenaikan harga baru-baru ini. "Najib dan Umno-BN sebenarnya tidak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan hak rakyat terus terbela, malah beliau hanya tahu menekan rakyat bila berhadapan dengan masalah kewangan negara," tambah Burne-Loh. Katanya, rakyat juga sudah mula menghantar isyarat awal yang jelas kepada BN sebelum PRU-13 bahawa mereka sudah serik dengan pentadbiran yang penuh dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa. Sementara pengundi pula menganggap pentadbiran BN di bawah Najib tidak mampu memberi keselesaan hidup kepada rakyat berbanding sebelum ini. Selain itu juga kegagalan BN meningkatkan taraf ekonomi negara ini juga menjadi faktor utama rakyat merasa tertekan yang dikaitkan dengan isu kenaikan harga barang dan penarikan subsidi. Sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pula memberi petunjuk jelas bahawa rakyat yakin gagasan itu bersedia untuk menggalas tugas menubuhkan kerajaan pusat yang baru selepas PRU-13 nanti. Selain itu katanya, pengundi juga melihat faktor membela rakyat yang menjadi teras Pakatan Rakyat mendapat perhatian berbanding BN. |
| Sistem Undi Terus KEADILAN Catat Sejarah Politik Malaysia Posted: 24 Sep 2010 04:53 AM PDT PETALING JAYA 24 Sept - Jawatan Pemilihan Pusat (JPP), Dr Molly Cheah berkata KEADILAN mencatat sejarah politik negara apabila memberi hak kepada setiap anggota parti untuk memilih pemimpin mereka secara demokratik. Ini dimungkinkan melalui pindaan kepada perlembagaan KEADILAN yang dibuat tahun lepas sebagai sebahagian daripada proses pendemokrasian pemilihan parti yang melibatkan ahli pada peringkat akar umbi. "Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, kaedah satu ahli satu undi melayakkan lebih 400,000 anggota parti memilih secara langsung pemimpin mereka. "Ahli KEADILAN akan mengundi sebanyak dua kali, pertama dalam pemilihan di peringkat cabang yang berlangsung sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan kali kedua di peringkat pusat," kata Dr Molly dalam satu kenyataan media semalam. Dr Molly menambah pada peringkat cabang seramai 8,570 calon menawarkan diri untuk pelbagai jawatan dalam cabang, sayap wanita serta Angkatan Muda. Disamping itu daripada 204 cabang yang layak mengadakan MATC, pertandingan jawatan diadakan dalam 145 cabang. "Dalam tempoh seminggu lalu, MATC telah berjaya diadakan oleh 84 cabang dengan pertandingan di 67 cabang. Di antara cabang yang menyaksikan tahap keluar mengundi yang tinggi adalah Tuaran di Sabah dan Tangga Batu, Melaka. Minggu hadapan sebanyak 83 lagi cabang akan mengada mesyuarat tahunan mereka di mana pertandingan akan diadakan dalam 60 cabang. "Tugas memantau pemilihan pada peringkat cabang dan pusat telah dipertanggungjawabkan kepada JPP. Selain itu fungsi JPP termasuk memastikan proses pemilihan yang bersih dan bebas, menerima dan bertindak ke atas semua aduan dan bantahan," jelas beliau lagi. Menurut Dr Molly setakat ini JPP telah menerima 135 aduan dan bantahan; 86 berkaitan dengan pencalonan, 17 proses pemilihan dan 32 berkenaan disiplin.Tambahnya sebagai badan eksekutif dan pemantauan, JPP memberi jaminan setiap aduan dan bantahan akan diteliti secara serius, bebas dan tidak memihak. "JPP berbesar hati memaklumkan sepanjang tempoh seminggu lalu Sekretariat KEADILAN dan sukarelawan telah bertugas secara profesional dan pengundian pula berjalan lancar dan tertib. "Pemilihan pada peringkat cabang kini sedang berlangsung selama lapan hari antara 17 September dan 2 Oktober 2010. Pemilihan pusat pula akan mengambil tempoh masa yang sama sebelum berlangsungnya Kongres Tahunan Parti pada 26 dan 27 November," ujar Dr Molly lagi. |
| Khalid Diseru Henti Buat Ugutan Melalui Media Posted: 24 Sep 2010 01:00 AM PDT SHAH ALAM 24 Sept - Ketua Penerangan Wanita KEADILAN, Elizabeth Wong meminta pihak polis khususnya Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berhenti daripada membuat ugutan melalui media dan bersikap lebih profesional dalam usaha memanggil Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi keterangan berhubung isu pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Elizabeth yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berharap Khalid bersikap tidak memihak dari segi politik agar kes-kes seperti itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. "Saya amat kecewa melihat Khalid yang membuat kenyataan bersifat ugutan melalui media terhadap Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar yang juga merupakan seorang peguam. "Jika pihak polis percaya bahawa Shamsul mempunyai maklumat yang dapat membantu siasatan, beliau wajib dipanggil untuk memberi kenyataan," ujar beliau. Katanya lagi, sememangnya diakui benar rakyat mengikuti dengan rapat perkembangan kes pembunuhan mendahsyatkan Sosilawati dan tiga rakan beliau tetapi jika terdapat usaha untuk membawa pesalah ke muka keadilan, ianya wajar disokong. "Saya pasti Khalid yang berpengalaman lama dalam hal ini sedar akan tatacara asas yang mewajibkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah dikeluarkan untuk merakamkan kenyataan saksi di bawah Sekseyn 112 Kanun Acara Jenayah. "Malangnya, aturan yang betul ini tidak diikuti dan Khalid didapati membuat kenyataan kepada pihak media dengan ugutan penangkapan Shamsul. "Ini merupakan kelakuan yang tidak profesional oleh seorang yang berpangkat tinggi seperti Datuk Khalid," kata beliau. |
| Munajat Royalti: Haji Zulaimi tempelak ‘kaki penipu dan pembelit’ Posted: 24 Sep 2010 12:00 AM PDT "YB zulnordin. Hang tak payah dok komenlah usaha aku nak buat utk negeri aku. Aku jauh bukan mcm hang. Duit org sumbang utk pilihanraya hang sapu kat hang. Hang pi Dubai kutip duit utk org miskin d KBB berapa byk tak tahu tapi berapa yg hang serah. Gaji pekerja pusat khidmat hang tak bayar sampai kereta depa kena tarik. Hutang aku buat profile hang masa pilihan raya dulu hang tak bayar satu senpun. Satu lagi tok guru tu kalau nak pi belanja sendiri pun tak apa depa bkn tak pernah pi pun tapi hang jangan pikit kepala otak dia orang mcm hang kaki penipu dan pembelit." – sms Hj Zulaimi kepada kami mengulas berita di bawah ini: Berita Utusan: 'Lebih baik minta Allah berkati kita' Perancangan Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat yang memerlukan RM400,000 bagi mengadakan solat hajat di Masjidil Haram, Mekah berhubung isu tuntutan royalti minyak kerajaan Kelantan daripada Petronas adalah sesuatu yang mengejutkan. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana jumlah itu adalah terlalu besar sehingga boleh menyediakan rumah buat 15 keluarga fakir miskin yang bernilai RM15,000 sebuah. Katanya, sekiranya jumlah itu digunakan untuk menaja fakir miskin mengerjakan ibadat haji pula, kira-kira 45 individu dari golongan itu boleh menyelesaikan tanggungjawab Rukun Islam masing-masing. "Kalau difikirkan kembali, agaknya ada hikmah Allah tidak beri royalti ni (kepada Kelantan). Tahu sajalah, bab duit ni jangankan ustaz, adik-beradik pun sanggup berbunuh, yop. "Bagi saya, daripada menghabiskan dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya Allah berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita," tulisnya dalam entri terbaru blognya berjudul Bior betoi yop! semalam. Zuklkifli merujuk laporan portal propembangkang, Malaysiakini yang menyebut tentang usaha kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang sedang menyediakan RM400,000 bagi membawa 40 ulama serta guru agama pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas. Usaha itu dibuat menerusi Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat yang diketuai Md. Zulaimi Kazin. Md. Zulaimi Kazin seperti dipetik Malaysiakini berkata, jumlah RM400,000 itu adalah bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi kesemua ulama dan guru agama tersebut. Katanya, pihaknya sedang mengedar dan menjual 'kupon penajaan rakyat' kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai tanda sokongan kepada usaha itu. Kerajaan Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti hasil minyak dan gas di perairannya. Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya Pas negeri bertindak memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu. – Utusan Malaysia 23 September 2010 [Sumber] |
| Shanghai, Islam, Melayu Dan 1 Malaysia Posted: 23 Sep 2010 11:00 PM PDT SHANGHAI, ISLAM, MELAYU DAN 1 MALAYSIA Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ketika saya menulis rencana ini, saya sedang berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing. Beberapa hari lepas, pada 21hb September 2010, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu expo yang teramat besar bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan expo ini mungkin puluhan billion ringgit. Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut. Di sebabkan terlalu luas kawasan expo ini, jika anda melawatnya, dalam sehari anda mungkin hanya dapat melawat sekitar belasan astaka sahaja. Terlalu luas dan terlalu ramai pengunjungnya. Target 70 juta pelawat ke expo tersebut mungkin tercapai dengan mudahnya. Bayangkan 70 juta pengunjung, melebihi dua kali penduduk Malaysia. Tinjauan Terlebih dahulu, walaupun saya datang menyertai rombongan VVIP, tulisan saya ini hanya mewakili pemerhatian saya secara peribadi. Secara umumnya, saya rasa rakyat Malaysia tahu bahawa pandangan-pandangan sebelum –insya Allah- bebas dari unsur perkauman dan fanatik. Saya berusaha bersikap adil, itulah titah agama yang luhur. Maka saya harap rencana ini dibaca dengan semangat kenegaraan dan hakikat sebuah negara bernama Malaysia. Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang teramat sangat kepada pihak Kementerian Pelancongan Malaysia yang menyambut kedatangan rombongan kami dengan penuh layanan mesra. Budi baik amat dikenang. Saya juga rasa patut berterima kasih atas usaha kementerian berkenaan memperkenalkan Malaysia di expo berprestij tersebut. Atas usaha pihak kosulat Malaysia di Shanghai dan Kementerian Pelancongan, kami mendapat layanan istimewa di setiap pavilion negara-negara yang kami lawati. Alhamdulillah, dan terima kasih! Islam Namun, atas hak sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedikit ingin memberikan pandangan peribadi di sini. Ada beberapa gambaran yang saya rasa kurang kemas dalam expo tersebut. Saya tidak pasti ia berlaku secara sengaja, atau tidak sengaja. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia kita wajar mengakui beberapa hakikat negara kita. Antaranya, kita berbilang agama dan bangsa. Islam adalah agama rasmi dan mempunyai penganut yang paling besar. Agama-agama lain juga wujud secara aman. Orang melayu adalah majoriti terbesar. Kaum-kaum lain juga hidup secara aman. Kita semua sepatutnya berusaha ke arah kedamaian dan keharmonian. Jika kita ingin menceritakan negara kita ini kepada dunia, inilah hakikatnya. Ia bukan soal perkauman atau fanatik agama, tetapi itulah realiti negara kita. Tiada cacatnya menceritakan realiti itu kepada dunia. Namun saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia, saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Tempat-tempat ibadat yang di paparkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Entah berapa banyak masjid dan seni binanya yang cantik, namun tidak ditonjolkan. Lojiknya, tonjollah secara seimbang dengan menggambarkan kepelbagaian agama. Sudah pasti Islam sebagai agama rasmi, tidak boleh dinafikan kedudukannya, kerana itulah realiti kita. [Seterusnya] |
| Sultan Muhammad Ke-V Solat Jumaat Di Masjid Kampung Sireh Posted: 23 Sep 2010 08:55 PM PDT Pada hari ini, Jumaat, 24 September 2010, Sultan Muhammad Ke-V dijadual menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu. Kepada rakyat yang ingin bersembahyang Jumaat bersama-sama Baginda dipersilakanlah ke masjid tersebut. |
| Live! TGNA Mengambil Tempat Kuliah Posted: 23 Sep 2010 06:34 PM PDT ![]() Live! TGNA Mengambil Tempat Kuliah Originally uploaded by Atendent Alhamdulillah, tok guru dapat bersama dengan orang ramai pada pagi ni. |
| Live! Suasana Kuliah Mingguan TGNA 2 Posted: 23 Sep 2010 06:17 PM PDT ![]() Live! Suasana Kuliah Mingguan TGNA 2 Originally uploaded by Atendent Suasana berdekatan dengan pentas kuliah. Penceramah pada sebelah sesi ni di sampaikan oleh abang kepada Ketua Pemuda PAS Kelantan. |
| Posted: 23 Sep 2010 06:03 PM PDT ![]() Live! Suasana Kuliah TGNA 1 Originally uploaded by Atendent Ni suasana sebelah sesi pertama di kuliah mingguan Tok Guru. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan