Biaqpila |
- Dicekup separuh bogel
- Zunar ditangkap polis, buku terbaru dirampas
- Polis nafi laporan akhbar Sosilawati dirogol sebelum dibunuh
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong
- 1MALAYSIA BERCANGGAH PERJUANGAN UMNO
- 2 wanita Kemboja dibogelkan selepas disamun
- Tuntut RM20 juta dari suspek
- Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam
- Shamsul Gesa Khalid Ikut Prosedur Kanun Acara Jenayah
| Posted: 24 Sep 2010 03:00 PM PDT ![]() PUCHONG – Kecurigaan pihak berkuasa apabila pengusaha tidak membenarkan sesetengah pelanggan memasuki premisnya membongkar aktiviti sebuah pusat urutan refleksologi yang menjalankan khidmat seks kepada pengunjung di Bandar Puteri, di sini. Dalam serbuan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kira-kira jam 2.45 petang kelmarin, seramai enam warga China sedang leka mengurut pelanggannya yang hanya berseluar dalam tanpa malu dan bimbang. Difahamkan, hasil maklumat awam, serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa, Mohd Hazdim Zulkapli bersama 13 anggota menyerbu premis terletak di Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri yang tidak mempunyai lesen perniagaan dan kelulusan daripada pihak Majlis. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, ketika serbuan, tukang urut menjalankan perkhidmatannya dalam sebuah bilik yang hanya berdindingkan langsir sebagai pemisah. Katanya, pengusaha membahagikan ruang dalam premis di tingkat satu itu seperti bilik kecil untuk membolehkan tukang urut berduaan bersama pelanggan. "Premis ini pernah ditutup awal Julai lalu atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen. Bagaimanapun pengusaha masih berdegil dan tidak menghiraukan tindakan penguatkuasaan dikenakan kepada mereka. "Pengusaha premis pusat urut ini juga menggaji pekerja tukang urut warga asing berbangsa China yang dipercayai menawarkan khidmat seks bersama pelanggan mengunjungi premis tersebut," katanya kepada Sinar Harian. SH |
| Zunar ditangkap polis, buku terbaru dirampas Posted: 24 Sep 2010 09:00 AM PDT ![]() Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.
“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya. Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan. Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010. Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com. Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini. |
| Polis nafi laporan akhbar Sosilawati dirogol sebelum dibunuh Posted: 24 Sep 2010 07:06 AM PDT September 24, 2010 ![]() KUALA LUMPUR, 24 Sept – Polis hari ini menafikan laporan media yang mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dirogol. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam satu kenyataan di sini menafikan laporan itu, yang disiarkan di muka depan sebuah harian berbahasa Melayu semalam bertajuk ''8 suspek jalani ujian sperma: Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati (gambar) dirogol''. Mohd Bakri berkata, "Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan adalah bagi memastikan kesemua suspek dalam keadaan baik serta (untuk) mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan mahupun penyakit yang dialami semua suspek sebelum dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka," katanya dalam kenyataan itu. Bakri berkata selain itu, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon oleh PDRM kepada pihak hospital ke atas kesemua suspek berkenaan. Laporan akhbar itu mendakwa kesemua suspek termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di HKL dua hari lepas. Difahamkan juga sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dikatakan juga bahawa pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan. Sumber yang diperolehi oleh akhbar tersebut juga mengatakan bahawa proses itu sebahagian daripada prosedur standard Operasi PDRM khusus untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah. Bakri juga mengulas laporan yang disiarkan di muka surat enam sebuah harian berbahasa Inggeris hari ini yang bertajuk ''Suspect Claims Abuse By Cops'' mengenai dakwaan bahawa suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dipukul dan dipaksa menandatangani beberapa dokumen oleh polis. "Pihak polis ingin menasihatkan pihak berkenaan supaya membuat laporan polis dengan segera bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan," katanya. ''Datuk'' itu dan adiknya yang juga seorang peguam adalah suspek pertama yang ditahan polis pada 9 September di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September. Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan polis telah mendapat perintah tahanan reman sehingga 30 September ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu. – Bernama |
| First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong Posted: 24 Sep 2010 05:00 AM PDT Hazayani Zakaria ![]() KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu. Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. "Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia. "Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi. Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara. "Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita. "Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara. "Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong. "Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya. Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya. Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia. HD |
| 1MALAYSIA BERCANGGAH PERJUANGAN UMNO Posted: 24 Sep 2010 03:00 AM PDT ![]() KUALA TERENGGANU - Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesuai bercakap mengenai 1Malaysia, termasuk cadangan Ujian 1Malaysia kerana beliau adalah Presiden UMNO. Menurutnya, UMNO jelas memperjuangkan nasib Melayu dan menganggap 1Malaysia bercanggah dengan perjuangan parti itu. "1Malaysia bercanggah dengan perjuangan UMNO sedangkan UMNO menentang kaum lain. Bila beliau buat polisi kenaikan pangkat, itu dia boleh buat tetapi dia tidak akan berjaya wujud 1Malaysia. "Dasar 1Malaysia itu sendiri tidak sesuai dengan roh 1Malaysia. Beliau juga boleh buat ujian 1Malaysia tetapi tidak akan berjaya," katanya, semalam. Najib sebelum ini mencadangkan setiap individu, kumpulan dan institusi berpengaruh dalam masyarakat menjalani Ujian 1Malaysia bagi memastikan masing-masing bebas daripada bersikap perkauman. Perdana Menteri berkata, ujian itu memerlukan mereka bertanya diri sendiri bagaimana pendirian masing-masing dalam isu etnik tertentu yang memberi impak kepada kaum atau agama lain. Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat berkata, jika Najib mahu bercakap mengenai 1Malaysia, beliau perlu membaiki sistem dalam UMNO terlebih dahulu. Pada masa sama, 1Malaysia dilihat tiada hala tuju dan melihat pemimpin UMNO terpaksa mewujudkan slogan sedemikian kerana bangsa lain berasa terpinggir akibat perhatian terhadap Melayu. "Apabila nasi sudah menjadi bubur, baru mereka mahu buat 1Malaysia sedangkan bangsa lain sudah mula memberi undi dan perhatian kepada pembangkang," katanya.-SinarHarianOnline BO |
| 2 wanita Kemboja dibogelkan selepas disamun Posted: 23 Sep 2010 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR 22 Sept. - Rezeki yang dicari tetapi malang menimpa. Itulah nasib dua wanita warga Kemboja yang sanggup merantau jauh ke Malaysia semata-mata mengumpul wang untuk mengubah nasib keluarganya. Setelah dua tahun bekerja sebagai tukang jahit di Johor, dua sahabat baik itu bersiap sedia pulang ke kampung halaman untuk membawa wang hasil pendapatan yang dikumpul. Namun, hasrat mereka menikmati wang hasil titik peluh itu bersama keluarga di negara asal mereka tidak kesampaian apabila disamun dua pemandu teksi malam tadi. Lebih malang, mereka bukan setakat disamun malah turut dibogel dan ditinggalkan dalam kegelapan di ladang kelapa sawit pada pukul 11 malam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kedua-dua wanita terbabit telah menaiki bas dari Johor ke hentian bas sementara di Bukit Jalil di sini untuk pulang ke Kemboja memandangkan pasport mereka akan tamat tempoh esok. Beliau berkata, dari Bukit Jalil, mangsa mengambil keputusan menyewa sebuah teksi pergi ke hentian bas Bukit Tinggi di Klang dan merancang menaiki bas ke Kelantan sebelum meneruskan perjalanan ke Kemboja melalui sempadan negeri itu. "Teksi dinaiki bagaimanapun tidak menghantar mereka sampai ke hentian bas Bukit Tinggi sebaliknya membawa mereka ke ladang kelapa sawit Felda Gedangsa di Hulu Selangor. "Di ladang tersebut, pemandu teksi dan pembantunya telah menyamun kedua-dua mangsa sebelum membogel dan meninggalkan mereka di situ," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, mangsa berusia 30-an bernasib baik apabila ditemui oleh orang awam yang kemudian membawa mereka ke balai polis untuk membuat laporan. Menurut Norel Azmi, dalam laporan mereka, mangsa memaklumkan suspek melarikan pasport, barang kemas serta wang tunai berjumlah RM900 dan 6,000 dolar Amerika Syarikat (AS) bernilai RM18,564. "Mangsa membawa wang yang banyak hasil pendapatan yang dikumpul selama dua tahun bekerja sebagai tukang jahit di Johor," katanya. Hasil laporan mangsa, kata Norel Azmi, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dan JSJ dari IPD Cheras berjaya menahan seorang suspek di Pantai Dalam di sini pada pukul 3 pagi ini. Beliau berkata, suspek berusia 30-an berjaya ditangkap dalam tempoh tidak sampai 24 jam setelah polis mengesan teksi yang digunakan dalam kejadian samun itu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Plaza Tol Bukit Tagar, dekat sini. Hasil pemeriksaan ke atas suspek, katanya, polis menemui pasport milik salah seorang daripada mangsa serta beberapa keping mata wang ringgit Malaysia (RM), Kemboja dan dolar AS. "Polis kini memburu seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dan juga merupakan pemandu teksi berusia 20-an," katanya. |
| Posted: 23 Sep 2010 09:00 PM PDT ![]() SHAH ALAM - Keluarga mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadung, Tanjung Sepat akan mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM20 juta terhadap suspek utama kes itu, seorang peguam yang mendakwa bergelar 'Datuk'. Pengasas firma guaman Tetuan Kamaruddin & Partners, Kamarudin Ahmad berkata, jumlah sebanyak RM20 juta dianggarkan berdasarkan kepada jumlah waris mangsa yang terlibat dalam tragedi pembunuhan ngeri itu. "Jumlah ini merupakan anggaran bagi kehilangan pendapatan yang dialami oleh waris mereka, khususnya waris terdekat bagi keempat-empat mangsa. "Saya telah berbincang bersama beberapa peguam dan memutuskan jumlah ini berpatutan dengan kerugian dialami oleh lapan ibu, lapan bapa, dua isteri dan 12 anak mangsa serta ahli keluarga yang lain," katanya kepada :Sinar Harian:, semalam. Kamarudin berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menghalang suspek utama daripada menyorokkan astet-asetnya seperti kereta mewah, tanah dan lain-lain. "Kita bercadang untuk mengenal pasti aset-aset lain yang dimiliki suspek utama untuk dimasukkan kaveat ke atas harta-harta itu. "Tujuan kaveat adalah untuk menghalang suspek utama daripada melakukan sebarang transaksi ke atas harta miliknya," katanya. Beliau berkata, tindakan susulan hasil daripada keputusan itu akan diputuskan mengikut keadaan semasa. "Selepas ini kita akan mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga mangsa bagi mendapatkan persetujuan secara rasmi daripada mereka dan berbincang secara terperinci mengenai perkara ini," katanya. Akhbar ini semalam melaporkan, Kamarudin akan mengadakan pertemuan bersama ahli keluarga mangsa hari ini. Bagaimanapun, tarikh pertemuan bersama keluarga mangsa di firma guamannya yang terletak di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur ditunda esok. Sementara itu, keluarga peguam Ahmad Kamil Abdul Karim akan menunggu perbincangan rasmi dengan firma guaman Tetuan Kamaruddin & Partners sebelum mempertimbangkan cadangan membuat tuntutan saman tersebut. Bapa mertua Ahmad Kamil yang enggan identiti didedahkan berkata, beliau tidak boleh memberi ulasan lanjut berkaitan cadangan berkenaan selagi tiada hitam putih antara keluarganya dan firma guaman tersebut. "Jika benar ada pihak yang mahu menawarkan khidmat guaman secara percuma bagi menuntut ganti rugi terhadap suspek, itu perkara yang baik." katanya. Dalam pada itu, bapa mertua Ahmad Kamil turut memohon supaya media memberikan ruang kepada keluarganya yang tertekan sejak berita kehilangan menantunya mula dilaporkan. SH |
| Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam Posted: 23 Sep 2010 07:00 PM PDT ![]() Gambar Hiasan (KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR,LORONG KIRI 5,JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR) Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUA`LAM |
| Shamsul Gesa Khalid Ikut Prosedur Kanun Acara Jenayah Posted: 23 Sep 2010 05:00 PM PDT ![]() SHAH ALAM 23 Sept - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin memandang serius kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mendakwa beliau gagal dihubungi bersabit laporan mengenai spekulasi kes pembunuhan Sosilawati Lawiya yang disiarkan dalam portal berita TV Selangor. Malah Shamsul diancam dengan waran tangkap sekiranya gagal memberi bekerjasama kepada pihak polis untuk mengambil keterangannya. Dalam kenyataan media di dalam blognya, Shamsul menegaskan beliau tidak membuat sebarang tuduhan, sebaliknya hanya menimbulkan pertanyaan samada wujud sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting yang gagal bertindak terhadap beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek utama, yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. "Kes-kes ini, hanya dibuka semula selepas kes pembunuhan Datuk Sosilawati meletus yang nyata mendapat perhatian luar biasa daripada media. "Saya juga ingin saya tegaskan, sehingga hari ini saya tidak pernah dimaklumkan menurut kaedah dan amalan undang-undang seperti yang diperincikan di dalam Kanun Acara Jenayah di dalam hal yang bersabit dengan prosedur memberikan sebarang kenyataan untuk membantu siasatan polis," ujar beliau. Justeru katanya, adalah sangat tidak adil dan tersasar daripada lunas undang-undang jika polis mendakwa beliau gagal dihubungi sedangkan tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubunginya. "Saya menggesa pihak polis khususnya Khalid bersikap profesional dalam hal ini. Sekiranya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media (investigation through media)."Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis. "Saya juga akan menghantar sesalinan respons rasmi saya ke laman sosial Facebook Datuk Khalid memandangkan "kaedah Facebook" ini merupakan kegemaran beliau!," tambah beliau. Dalam pada itu, Shamsul turut mengarahkan peguamnya, Yusmadi Yusoff yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau untuk bertindak bagi pihaknya di dalam isu ini dan berurusan dengan pihak polis. Katanya lagi, Yusmadi boleh dihubungi di talian 0123093469 atau emel, yusmadi.yusoff@gmail.com. "Saya akan memperincikan pendirian dan kenyataan saya kepada umum bersabit kes ini di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pukul 3.00 petang pada esok," jelasnya. SK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.
Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.
"Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan