DIALOG RAKYAT |
- Dua lagi aduan anggota keluarga hilang di Banting
- UMNO yang hilang kuasa, bukannya Melayu
- Kelas Fardu Ain, Al-Quran Peringkat Menengah
- Isteri dedah rakaman
- Polis menyelam di lokasi kelima cari bahan bukti
- Kerajaan Selangor tidak akan layan tuntutan RM308 juta Syabas
- Anwar lawan Khairy: Khairy menangi rayuan untuk ketepikan penghakiman ingkar
- 1000 penduduk mengeluh tidak dapat kemudahan jalur lebar
- Pengurusan Kes Saman Anwar Terhadap Mohd Saiful 10 Jan 2011
- Keputusan Mahkamah Suntik Semangat Kepada Gerakan Mahasiswa
- PR Bentang Usul Tergempar Jika Tiada Tindakan Terhadap Pengetua Rasis
- Di Balik Tirai Besi Bilik Kebal Jabatan Muzium
- I'Da World Batal Cadangan Projek RM313b Di Kelantan
- Berita Kehilangan Ahli Perniagaan 'Panas' Di India
- Plat MCA Harus Terbuka Kepada Orang Ramai - NGO
- I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan - Ahmad
- Suspek Kes Sosilawati Dakwa Ditumbuk, Mahu Buat Aduan Esok
- RPK Minta Kerajaan Malaysia Buktikan Kesungguhan
- Gereja diroboh: Orang Asli dapat pampasan
- Pemilihan PKR: Kedudukan ADUN, MP jadi tumpuan
- Pos Pasik: Hak eksklusif tak termasuk bina gereja
- Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur
- Cek RM4b: Dalang, motif pemberian makin terdedah
- Apa yang benar tentang Program Transformasi Ekonomi?
- Nicol juara Skuasy Terbuka Dunia kali keenam
| Dua lagi aduan anggota keluarga hilang di Banting Posted: 24 Sep 2010 05:10 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mendakwa menerima dua aduan berhubung kehilangan anggota keluarga di Banting, Selangor yang dipercayai ada kaitan dengan peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, semalam. Manikavasagam berkata, aduan tersebut dibuat oleh keluarga mereka semalam dengan mendakwa mangsa hilang kira-kira lapan hingga sembilan bulan lalu setelah berurusan dengan suspek utama dalam urusan berkaitan penjualan tanah. "Laporan polis juga telah dibuat oleh mereka," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. Manikavasagam mendakwa satu daripada laporan itu dibuat di Balai Polis Rawang, Selangor. Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah menafikan menerima laporan seumpama itu. Ahli Parlimen itu yang tidak pasti di mana satu lagi laporan dibuat juga enggan mendedahkan identiti mangsa tetapi berjanji akan menyatakanya esok. Beliau hadir bersama S Usharani, isteri kepada usahawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, yang dilaporkan hilang bagi menyerahkan bukti penting iaitu sebuah telefon bimbit yang merakam perbualan telefon antara Usharani dengan seorang peguam yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik itu, kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Turut dirakam ialah perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa beliau adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh. Mereka bagaimanapun tidak dapat menyerahkan bukti itu kerana Ismail tidak ada di pejabatnya dan hanya dapat berjumpa dan menyerahkan bukti itu minggu depan. Bagaimanapun, Usharani hanya dapat menyerahkan memorandum yang mengandungi salinan laporan polis yang dibuat mengenai kehilangan suami beliau, salinan pasport, salinan surat beranak anak-anaknya dan salinan surat beliau kepada Pesuruhjaya India kepada unit perhubungan awam Bukit Aman hari ini. Manikasavagam berkata, ia bagi membantu polis menyiasat kehilangan suami Usharani. Semalam Usharani mendedahkan menyimpan dua rakaman percakapan dalam bahasa tamil melalui telefon bimbitnya yang boleh dijadikan bahan bukti. Rakaman perbualan pertama pada 28 Januari membabitkan beliau dengan peguam yang juga suspek utama pembunuhan Sosilawati. Dalam perbualan itu, lelaki berkenaan menafikan bersama suaminya dan menyatakan beliau sedang berada di luar negara manakala rakaman kedua pula ialah perbualannya dengan seorang lelaki yang mengaku pegawai polis berpangkat ASP dari Bukit Aman yang meminta wang 10 lakhs (RM1 juta) bagi membebaskan suaminya yang ditahan polis kerana kesalahan dadah. Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai, India, mendakwa suaminya, Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu dua sahabat karibnya, iaitu dua beradik yang juga peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati. Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia dan membuat laporan polis pada 8 September lalu di Banting. | ||||||||
| UMNO yang hilang kuasa, bukannya Melayu Posted: 24 Sep 2010 04:54 AM PDT MALAYSIA TODAY Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mengatakan Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Dakwaan Mahathir yang disiarkan dihalaman hadapan akhbar rasisi utusan kelmarin jelas merupakan kenyataan bersifat perkauman. "Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya. Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu. Wawancara itu dipetik media arus perdana dengan menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa seperti yang berlaku di Perak sebelum dirampas oleh BN. Kenyataan terbaru Mahadhir itu bagi saya menggambarkan kebimbangan dirinya sendiri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kerana segala kemungkaran yang pernah dilakukannya semasa menjadi PM satu masa dulu akan dibongkar. Keadaan yang sama telah berlaku kepada kawan baiknya yang juga bekas Presiden Indonesia, Suharto yang telah berdepan dengan pembongkaran segala kemungkaran sehingga diseret ke mahkamah semasa dipenghujung hayatnya. Mantan presiden Umno itu mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP. Bagi saya ini satu lagi kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tuduhan liar tanpa bukti. Kenyataan Mahadhir bagi saya untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan Mahadhir sudah sangat terdesak dengan berjuang dengan Perkasa yang rasisi itu. | ||||||||
| Kelas Fardu Ain, Al-Quran Peringkat Menengah Posted: 24 Sep 2010 04:15 AM PDT SHAH ALAM- Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) sedang membuat pilot projek 'Kelas Fardu Ain dan Al-Quran (KAFA) untuk Pelajar Sekolah Menengah' bagi memenuhi keperluan agama bagi pelajar sekolah menengah yang mempunyai masa terluang selepas waktu sekolah serta membina jati diri yang lebih kukuh. Exco Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, ia bertujuan untuk memenuhi waktu petang pelajar-pelajar dengan perkara positif serta berfaedah serta mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial. "Belajar agama di sekolah rendah selama enam tahun tidak mencukupi untuk menjadi benteng kuat untuk pelajar menghadapi dunia luar yang sangat mencabar dengan pelbagai gejala sosial," katanya. Menurut Dr Halimah, buat masa ini Kerajaan Pakatan akan membantu penduduk setempat menubuhkan KAFA di sekolah, sementara sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan secara holistik disiapkan oleh Kerajaan Pusat. "Memang sekolah yang mempunyai silibus(sukatan) yang holistik dan ada akademik serta diniah agak terhad. Sekolah agama itu sendiri memang ada menyediakan pendidikan yang menyeluruh tetapi tidak cukup untuk menampung permintaan masyarakat Islam sekarang yang lebih gemar meletakkan anak-anak mereka di dalam sekolah yang mana kokurikulumnya adalah bersepadu. Buat masa ini hanya sekolah rendah agama integrasi menyediakan pendidikan secara holistik. "Selangor mahu melahirkan satu sistem pendidikan yang akan dijadikan satu role model kepada insan-insan yang akan mendatang dan melahirkan seramai mungkin umat Islam yang mempunyai asas yang kukuh mengenai agama," tambah beliau. Menurut beliau lagi, intelektual Islam boleh dilahirkan apabila pendidikan awal Islam adalah dari segi penghafalan al-Quran serta tasauf itu itu sendiri diberi pada pendidikan peringkat awal. | ||||||||
| Posted: 24 Sep 2010 04:04 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE ![]() KLANG – Isteri ahli perniagaan India, Allal Kathan Muthuraja, 35, yang dilaporkan hilang akan mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. S Usharani, 24, semalam memperdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang juga suspek utama kes pembunuhan itu pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di sini. Rakaman melalui perbualan telefon bimbit jenis Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan peguam R Murugan dan A Sivanesan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek keadaan suaminya, Allal. Usharani berkata, dalam perbualan pada 28 Januari itu, suspek mendakwa dia berada di Thailand dan hanya akan memberitahu beliau mengenai keadaan suaminya sebaik suspek balik dari negara itu. Bagaimanapun, katanya, dia tidak mempercayai peguam terbabit walaupun suaminya sudah mengenalinya sejak 10 tahun lalu. Turut dimainkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dia pegawai polis dari Bukit Aman bernama 'Asisten Superintendan Suresh'. "ASP Suresh meminta saya wang RM1 juta untuk menyelamatkan suami saya kerana mendakwa ditangkap atas kesalahan penyeludupan dadah jenis ketamin di negara ini," katanya. Selain itu, beliau turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa dia 'Inspektor Muru' dari Bukit Aman dengan tujuan sama untuk meminta wang daripadanya. Sementara itu, Manikavasagam berkata Usharani akan menyerahkan rakaman perbualan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini, jam 11.30 pagi. Kelmarin Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kes kehilangan Allal kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan. | ||||||||
| Polis menyelam di lokasi kelima cari bahan bukti Posted: 24 Sep 2010 04:02 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE Lokasi baru yang bersebelahan dengan tapak Uptown Banting itu hanya terletak hampir 500 meter dari lokasi polis menemui objek seakan-akan gelang emas di kunci air Kampung Sungai Lang, Selasa lalu. Suspek utama berusia 41 tahun yang memakai pakaian lokap berwarna biru dibawa polis ke lokasi, kira-kira jam 10 pagi. Unit Skuba dari Pasukan Gerakan Marin yang terdiri daripada lima anggota seterusnya melakukan kerja mencari dipercayai telefon bimbit termasuk bukti lain milik mangsa. Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati air di saliran itu keruh dan berwarna kuning berikutan hujan lebat sebelum itu. Suspek yang dikawal ketat polis kemudiannya dilihat menunjukkan lokasi itu dan seterusnya diarahkan masuk ke dalam kenderaan polis. Media daripada pelbagai agensi hanya dibenarkan berada sekitar 100 meter daripada lokasi kejadian. Jalan utama sekitar kunci air ditutup kepada kenderaan awam sepanjang tempoh polis melakukan kerja pencarian. Bagaimanapun, selepas dua jam, Unit Skuba tidak menemui sebarang objek untuk dijadikan bahan bukti. Kelmarin, suspek berusia 41 tahun itu turut dibawa polis ke lokasi sama dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu. Sosilawati, jutawan kosmetik yang mengasaskan produk Nouvelles Visages bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Sebelum ini, polis menemui jam tangan, tulang, pisau dan zink di tiga sungai antaranya Sungai Panchau, Sungai Kanchong Laut dan Sungai Gelanggang Buaya yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Sosilawati. | ||||||||
| Kerajaan Selangor tidak akan layan tuntutan RM308 juta Syabas Posted: 24 Sep 2010 03:59 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak akan melayan tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mahu kerajaan negeri itu membayar pampasan RM308 juta kerana enggan menaikkan tarif air. | ||||||||
| Anwar lawan Khairy: Khairy menangi rayuan untuk ketepikan penghakiman ingkar Posted: 24 Sep 2010 03:57 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau dalam saman fitnah RM100 juta terhadapnya. | ||||||||
| 1000 penduduk mengeluh tidak dapat kemudahan jalur lebar Posted: 24 Sep 2010 03:50 AM PDT KENINGAU KINI KENINGAU: Kira-kira 1000 penduduk yang tinggal di pesisir Banjaran Crocker, mengeluh kerana tidak dapat menikmati kemudahan jalur lebar sebagaimana yang diwar-warkan."Kami hanya pendengar dan pemerhati setia kepada kemudahan itu," jelas Pengerusi JKKK Kg. Keritan Ulu,Koro Puar. Koro memberitahu, penduduk yang tinggal di empat buah kampung iaitu Keritan Ulu, Talipok Baru, Senagang Ulu dan Senagang Tengah seolah-olah terpisah daripada dunia luar, ekoran tidak mendapat sebarang liputan telefon selular. "Penduduk tidak mendapat sebarang akses daripada mana-mana liputan selular," dedahnya dan menambah, untuk akses internet sesuatu yang menjadi impian rata-rata pelajar di kampung-kampung tersebut. Keempat-empat kampung ini mengungsi di pesisir Banjaran Crocker, dan terpisah daripada sebarang kemudahan rangkaian telefon. Pengerusi JKKK itu memberitahu, penduduk yang tinggal di tiga buah kampung seperti Keritan Ulu, Talipok Baru dan Senagang Ulu, hidup bagaikan terpisah daripada dunia luar kerana tidak boleh dihubungi sebarang kemudahan telefon. Sebuah bangunan sekolah kerajaan beroperasi di Kg. Senagang Ulu, yang terletak dua kM dari Kg. Keritan Ulu turut menghadapi masalah untuk melakukan sebarang akses internet. Sehubungan dengan itu Koro mencadangkan kepada kerajaan supaya talian komunikasi dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada penduduk di empat buah kampung itu. "Kami bersedia untuk menawarkan kawasan tapak pembinaan menara pemancar," katanya kepada wartawan dalam satu temu ramah di sini. Rata-rata penduduk di sini merupakan golongan petani dan terdiri daripada suku kaum Murut dan Dusun. | ||||||||
| Pengurusan Kes Saman Anwar Terhadap Mohd Saiful 10 Jan 2011 Posted: 24 Sep 2010 03:46 AM PDT KUALA LUMPUR - Saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berniat jahat kerana membuat laporan polis yang dirinya diliwat bekas majikannya itu, ditetapkan untuk sebutan pada tarikh lain sementara menunggu perbicaraan kes liwat yang dihadapi Anwar di Mahkamah Tinggi Jenayah selesai. Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Khairul Farhi Yusob menetapkan 10 Januari tahun depan bagi pengurusan kes selepas berjumpa dengan peguam Jason Tay yang mewakili Ketua Pembangkang itu di dalam kamar hari ini. Tay turut membuat sebutan bagi pihak peguam Zamri Idrus, yang mewakili Mohd Saiful. Mahkamah Tinggi Jenayah menetapkan 14 Oktober dan juga pada November dan Disember untuk sambung bicara kes liwat Anwar. Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Mohd Saiful, 25, pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis kerana mempunyai niat tersembunyi dan juga untuk mencemarkan peribadinya sebagai ahli politik. Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa Mohd Saiful tahu yang pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008. Beliau mendakwa hasil daripada laporan polis itu, maruah beliau telah tercemar dan beliau menanggung penderitaan dan aib. Mohd Saiful, dalam pernyataan balasannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu mempunyai justifikasi dan sekiranya perkara itu tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan liwat. | ||||||||
| Keputusan Mahkamah Suntik Semangat Kepada Gerakan Mahasiswa Posted: 24 Sep 2010 03:45 AM PDT Oleh Norasikin Samsi KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur menggugurkan pertuduhan terhadap lima mahasiswa Universti Malaya yang didakwa terbabit berhubung kes 'Bini Puaka' menggambarkan mereka yang dituduh telah menjadi mangsa fitnah dan khianat pihak yang tidak bertanggungjawab. Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman tujuan memangsakan kelima-lima pelajar tersebut adalah bagi mematikan gerakan mahasiswa di universiti tersebut. Pada masa yang sama Mohd Ridzuan juga menganggap keputusan itu sebagai titik permulaan keterbukaan institusi kehakiman sekaligus menyuntik semangat kepada momentum gerakan mahasiswa di negara ini. "Ini menunjukkan keterbukaan sistem mahkamah dan inilah apa yang kita impikan selama ini dan apa yang paling penting keputusan hari ini akan menggerakkan momentum pergerakan mahasiswa. "SMM ingin tegaskan gerakan mahasiswa tidak lagi boleh diperbodohkan oleh mana-mana pihak dan pelajar yang didakwa juga telah bebas daripada semua pertuduhan yang dikenakan selama setahun lebih. "Alhamdulillah di atas kemenangan lima mahasiswa terbabit, SMM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak mahkamah dan peguam kerana mengendalikan perbicaraan kes ini dengan adil dan saksama," kata beliau. Sementara, itu salah seorang yang tertuduh, Shazni Munir Mohd Ithnin bersyukur kerana beliau dan rakan-rakannya dibebaskan dan mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa yang datang memberi sokongan. Ahli Majlis Tertinggi SMM, Mohd Hilman Idham menyambut baik keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan rakan-rakannya. "Keputusan hari ini membuktikan mahasiswa bukan penjenayah sepertimana yang didakwa sebelum ini. Mahasiswa bukanlah mereka yang boleh diambil peluang untuk dikambing hitamkan. "Kita tidak pernah menyokong penjenayah. Keputusan ini telah melakar satu sejarah kepada mahasiswa bahawa mahasiswa bertindak seperti yang dituduh dan mereka bakal menggegarkan arena gerakan mahasiswa tanah air melalui pendirian dan pegangan yang telah kita sepakati bersama," katanya. Pagi tadi mahkamah memutuskan tiada kes 'prima facie' untuk mengaitkan kelima-lima tertuduh bersabit kes itu. Hakim Rozana Ali Yusoff kemudian mengarahkan mereka yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah dibebaskan. Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh melakukan jenayah di bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan. Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi. Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama. Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama. Bagi menyatakan sokongan kepada rakan seperjuangan mereka, SMM mengadakan 'Himpunan Bebaskan Mahasiswa' di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sambil melaungkan 'Bangkit Mahasiswa', 'Tolak Kezaliman' dan 'Student Power. Sementara itu, di luar bangunan mahkamah, ibu Ahmad Syahruildeen, Kamalia Mohd Nor yang tiba selepas keputusan itu dibacakan memeluk erat dan mencium anaknya. Sambil menitis air mata, beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana anaknya telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut. "Makcik amat bersyukur sekali dengan keputusan ini. Setelah hampir setahun lebih menunggu dan akhirnya anak makcik dan rakan-rakannya mendapat pembelaan yang adil hari ini," kata Kamalia. | ||||||||
| PR Bentang Usul Tergempar Jika Tiada Tindakan Terhadap Pengetua Rasis Posted: 24 Sep 2010 03:39 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membuat usul tergempar jika tidak ada tindakan tegas terhadap dua pengetua sekolah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi dan berbaur perkauman terhadap murid sekolah mereka. Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di dalam twitternya menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul tergempar tersebut pada hari pertama Dewan Rakyat bersidang bermula 11 Oktober depan. "Kita tengok perkembangannya dahulu sehingga Parlimen bersidang bulan depan. Jika tidak apa-apa berlaku, kita ahli parlimen Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu ini pada hari pertama dewan bersidang nanti. "Masih ada lagi 18 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang. Kita tengok dahulu apa tindakan mereka," kata Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP ketika dihubungi Suara Keadilan. Dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kata-kata rasis adalah Siti Insyak Mansor dari SMK Tunku Abdul Rahman dan Ungku Aznan Ungku Ismail dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua SMKBS kerana ia di bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada 4 September lalu, media melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya. Siti Insyak didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman pada 12 Ogos lalu ketika menyentuh mengenai masalah disiplin pelajar. Beliau didakwa berkata pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka yang disifatkan hanya anjing yang memakai tali seperti itu. Ungku Aznan pula didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa. | ||||||||
| Di Balik Tirai Besi Bilik Kebal Jabatan Muzium Posted: 24 Sep 2010 03:36 AM PDT
![]() Pembantu muzium di repositori sedang memeriksa keadaan artifak. - Foto THE STAR Oleh ART CHEN PERANAN dan fungsi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang paling utama ialah memulihara bahan-bahan sejarah dan artifak negara. Ia bagi memastikan kelangsungan kesemua bahan-bahan berkenaan supaya dapat disaksikan atau dikaji bagi mengenal pasti susur galur sosiobudaya tanah air sejak zaman-berzaman. Kawasan yang paling bernilai di JMM ialah bilik kebal yang menempatkan pelbagai khazanah dan artifak tidak ternilai. Wartawan Mingguan mStar baru-baru ini secara eksklusif dibawa masuk meninjau di balik tirai besi yang berkeluasan kira-kira tiga gelanggang badminton. Di balik tirai besi bilik kebal Jabatan Muzium Fizikalnya saling tak tumpah seperti pintu bilik besi yang biasanya terdapat di bank-bank untuk menyimpan wang tunai, dokumen penting berkaitan aset dan jongkong emas, tetapi pintu besi ini dikenali sebagai Bilik Kebal di repositori milik Jabatan Muzium. Tiada anggota polis lengkap bersenjata mengawal 24 jam, namun Jabatan Muzium tidak berkompromi terhadap perlindungan dan keselamatan artifak. Untuk memasukinya, perlu melalui tiga pintu iaitu pintu utama repositori, pintu ke bilik kebal dan pintu besi sekaligus membuktikan keselamatannya adalah pada tahap maksimum. ![]() Bekas menghidu minyak wangi berantai ini berusia lebih 200 tahun buatan halus tukang emas Melayu Terengganu. Kebiasaannya pintu besi memerlukan kod rahsia untuk membukanya merupakan pintu terakhir ke bilik kebal tetapi andaian penulis ternyata silap. Ini kerana terdapat satu lagi pintu di sebaliknya dengan jeriji besi tidak ubah seperti lokap. Kamera litar tertutup (CCTV) yang 'meneropong' di pintu masuk utama repositori dengan setiap urusan keluar masuk memerlukan mereka yang mempunyai urusan diwajibkan mendaftar sebanyak dua kali. Apa ada dengan bilik kebal ini sehingga kawalannya diselia rapi sebegitu rupa. Ia adalah elemen paling utama di Bahagian Repositori dikendalikan oleh penolong kurator kanan, penolong kurator dan pembantu muzium yang bertangungjawab menyelia dan memantau operasi. Jabatan Muzium mempunyai tiga repositori iaitu dua di jabatan dan satu di Bandar Baru Bangi, Selangor. Saiz repositori di Bandar Baru Bangi itu bersaiz gudang menghimpunkan banyak koleksi, kebanyakannya bersaiz besar serta keperluan minimum. Kewujudan muzium sebagai khazanah penyimpanan warisan negara tidak akan menjadi realiti tanpa himpunan koleksi artifak. Setiap koleksi yang disimpan dalam bilik kebal ini amat bernilai mencecah jutaan ringgit. ![]() Acuan mata wang yang diperbuat daripada tembaga merah mempunyai reka bentuk tujuh bulatan seperti bunga dan dahannya. Sebaik sahaja melangkah masuk, kelihatan deretan rak menghimpunkan pelbagai jenis tembikar yang kebanyakannya bersaiz besar. Ia tidak ubah seperti tembikar perhiasan biasa, namun faktor ia disimpan di sini bukan dipengaruhi nilai wang ringgit tetapi kerana ia sukar didapati lagi pada masa ini. Difahamkan, bilik kebal tersebut bertujuan menyimpan semua koleksi muzium bernilai tinggi, unik, sukar didapati dan sensitif. Ini termasuk artifak yang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Simpan rapi Bilik kebal itu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti tembikar, senjata, barangan kemas, pingat kebesaran, matawang dan meriam lama. Bagaimanapun, jurugambar tidak dibenarkan mengambil gambar barangan kemas itu secara dekat atas faktor keselamatan. Antara artifak yang terdapat di bilik itu, ialah Keris Besar Madura bersaiz panjang dipercayai digunakan dalam majlis isitiadat kebesaran diraja. Dikatakan, matanya terdapat motif naga yang dipercayai oleh masyarakat Melayu mempunyai kuasa luar biasa sehingga mampu melumpuhkan pihak lawan. Antara lain, acuan mata wang yang diperbuat daripada tembaga merah mempunyai reka bentuk tujuh bulatan seperti bunga. Ia didapati di Kelantan semasa membongkar Istana Sultan Ahmad I yang ditemui tertanam sedalam kira-kira satu meter. Terdapat juga baju perisai berusia kira-kira 200 tahun sebagai benteng pertahanan daripada tikaman dan tetakan senjata musuh dalam peperangan. Sebenarnya banyak koleksi yang disimpan di sini dengan label pendaftaran seperti bekas menghidu minyak wangi berantai berusia lebih 200 tahun. Ini termasuk kotak tembakau atau dikenali celepa yang diperbuat daripada emas berusia kira-kira 200 tahun dipercayai milik sebuah keluarga bangsawan Melayu. | ||||||||
| I'Da World Batal Cadangan Projek RM313b Di Kelantan Posted: 24 Sep 2010 03:35 AM PDT MSTAR ONLINE PETALING JAYA: Syarikat I'Da World Group Sdn Bhd - yang dikatakan mahu menderma sebanyak RM4 bilion kepada Kerajaan PAS Kelantan - membatalkan hasrat mereka melaksanakan cadangan projek pembangunan bernilai RM313 bilion di negeri itu. Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, tindakan dibuat ekoran keputusan kerajaan negeri itu menyenaraihitamkan syarikat itu. "Jadi projek yang kita hendak buat di negeri Kelantan itu telah dibatalkanlah. Kita hendak tutup cerita ini. Saya pun dah malas dah. Kalau dia kata kita disenaraihitamkan, kita hendak tegakkan apa lagi. "Kita tarik diri. Minta maaflah. Mereka kata tidak mahu, apa lagi kita boleh buat," katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Kelana Jaya, Khamis, lapor Malaysiakini. Abdul Rahim mendakwa, syarikatnya juga belum mempunyai wang RM4 bilion yang hendak didermakan kepada PAS Kelantan. Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk menjayakan projek di negeri-negeri lain. Kontroversi mula melanda syarikat berkenaan ekoran tindakannya yang mengejutkan semua pihak kerana bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu. Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta. Replika cek sumbangan itu diterima oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu. PAS pula menafikan parti itu telah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion daripada syarikat berkenaan. Sementara itu, Abdul Rahim menjelaskan, sumbangan berkenaan merupakan satu bentuk bayaran pendahuluan daripada jumlah keuntungan projek yang bakal dilaksanakan. "Tiap-tiap negeri, bila buat projek usahasama, 20 peratus akan diperoleh kerajaan negeri, 80 peratus kepada (rakan niaga). Jadi bila bercakap tentang RM300 bilion, 20 peratus itu lebih kurang RM60 bilion. "Jadi dalam RM4 bilion tadi, sebenarnnya (replika cek) itu tidak ada haribulan. Duit ini kita hendak beri bila kita dapat buat kerja, dasar daripada 20 peratus tadi," tambahnya. Dakwanya lagi, beliau telah berusaha untuk menjalankan projek tersebut sejak tahun 1998 lagi melalui sebuah syarikat dikenali Asas Naim Holdings. "Pada masa itu Tuanku (Ismail Petra) masih sihat lagi," tambahnya. | ||||||||
| Berita Kehilangan Ahli Perniagaan 'Panas' Di India Posted: 24 Sep 2010 03:33 AM PDT MSTAR ONLINE CHENNAI: Beberapa organisasi media di sini mengikuti perkembangan kes kehilangan ahli perniagaan, A. Muthuraja. Menurut wartawan khas dan ketua biro jenayah Chennai, VP Raghu berkata, berita kehilangan Muthuraja akan terus dilaporkan sehingga kebenarannya diketahui. "Lelaki ini ada kaitan dengan industri perfileman di sini dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan industri ini adalah berita panas," katanya. Jelas beliau, akhbar itu juga ingin mengetahui sama ada dua beradik yang juga peguam disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut terlibat dalam kes kehilangan Muthuraja. Sementara itu, wartawan khas meja jenayah Sun TV, Rama Selvaraj berkata, rangkaian televisyennya meminati berita mengenai kes terbabit kerana ia mengambil masa lapan bulan bagi menemui maklumat berhubung kehilangan Muthuraja. "Faktor bahawa dia adalah seorang jutawan tempatan dan menceburi industri perfileman juga adalah satu faktor yang boleh dikaji," katanya. Menurut beliau lagi, laporan berita mengenai kehilangan Muthuraja juga merupakan bentuk 'amaran' kepada ahli perniagaan dari India agar lebih berhati-hati dalam soal keselamatan untuk berurusan di Malaysia. "Kita begitu terganggu dengan perkara yang sudah berlaku, kami berharap ia mungkin dapat dielakkan." katanya. Sun TV menyiarkan berita kehilangan Muthuraja setiap hari menerusi slot berita perdana saluran mereka. Sementara itu, ketua meja jenayah akhbar Malai Malar, M Ravi berkata, Muthuraja merupakan individu penting dan berita kehilangannya merupakan isu besar di Tamil Nadu. "Kami pasti pembaca ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," katanya. Muthuraja, 34, dikatakan datang ke Malaysia untuk bertemu rakan karibnya iaitu suspek utama kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Ahli perniagaan itu bagaimanapun gagal dihubungi isterinya sejak 19 Januari lalu sehingga kini. | ||||||||
| Plat MCA Harus Terbuka Kepada Orang Ramai - NGO Posted: 24 Sep 2010 03:29 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan huruf 'MCA' yang dikatakan hanya untuk ahli parti MCA mendapat bantahan dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan meskipun ia belum dilaksanakan. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata setiap parti mahupun mana-mana pertubuhan dan persatuan tidak wajar mempunyai nombor pendaftaran kenderaan yang tersendiri untuk menentukan kedudukan mereka. "Saya tidak setuju dengan nombor pendaftaran kenderaan untuk MCA itu, ia patut terbuka kepada semua (orang ramai) seperti biasa dengan tiada diskriminasi untuk mana-mana pertubuhan atau kedudukan mereka termasuk pekerjaan seperti doktor atau apa sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat. Pada Selasa lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menunjukkan sepucuk surat yang ditandatangani setiausaha sulit kanan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat kepada media sebagai menjawab kontroversi terdapat arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan. Sebaliknya memo itu mahukan nombor pendaftaran yang sepatutnya dikeluarkan untuk kenderaan di negeri Melaka dikhususkan kepada anggota parti MCA. Surat bertarikh 17 Feb, 2010 itu ditujukan kepada Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan tetapi Ong pada Rabu lepas dilaporkan berkata permohonan itu telah ditolaknya pada Mac lepas. Semalam, Solah dalam satu kenyataan berkata arahan itu masih berkuatkuasa dan pihaknya memerlukan arahan baru daripada Menteri Pengangkutan sekarang bagi membatalkan arahan menteri terdahulu untuk membolehkan nombor pendaftaran tersebut dibuka kepada umum. Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu berkata nombor plat kenderaan tidak seharusnya dikhususkan sebaliknya terbuka kepada mereka yang berminat dan mampu memperolehinya. "Tiada isu yang harus berbangkit, jangan buat isu lah...siapa yang hendak membeli dan suka sesuatu nombor itu boleh membelinya...nombor plat kenderaan bukan khusus untuk mana-mana parti seperti Umno, DAP, PAS atau sebagainya," katanya. Menurut sumber dari Kementerian Pengangkutan, Kong dijangka akan membatalkan arahan terdahulu, untuk membolehkan nombor pendaftaran tersebut dibuka kepada umum dalam masa terdekat. "Tender untuk plat nombor MCA akan dijalankan seperti biasa selepas arahan secara rasmi dikeluarkan dan mereka yang berminat boleh memperolehinya dengan JPJ," katanya. | ||||||||
| I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan - Ahmad Posted: 24 Sep 2010 03:17 AM PDT
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I'Da World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini. Sambil mengesahkan pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai perancangan syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion, Ahmad bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau meragui keupayaan syarikat bumiputera itu. "Sebagai orang politik, kami didatangi oleh sesiapa sahaja, malah memang pegawai syarikat yang mendakwa mewakili I'Da World datang jumpa saya di rumah. "Dia ada ceritakan kepada saya mengenai projek-projek yang mereka rancang nak buat... tapi pada waktu itu dalam hati saya sudah terdetik bahawa mereka ini berkhayal dengan projek-projek itu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat. Laporan media hari ini menyebut, Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abd Rahim Abd Wahab terkilan dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa tidak tahu kewujudan syarikatnya atau bertemu dengannya. Malah Abd Rahim mendakwa mempunyai bukti bahawa Nik Abdul Aziz tahu mengenai kehadiran I'Da World di Kelantan, malah pernah mengadakan mesyuarat bersama beliau dan Ahmad dalam pertemuan berasingan. Mengulas mengenai pertemuan itu Ahmad berkata, beliau sudah menerangkan kepada wakil syarikat berkenaan mengenai prosedur yang perlu diambil bagi melaksanakan apa jua projek di negeri itu. "Mereka nyatakan banyak perkara, nak buat projek di Tumpat dan Rantau Panjang. "Tapi awal-awal lagi saya sudah nyatakan bahawa mereka kena buat permohonan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan selepas itu ia perlu mendapat kelulusan Exco," katanya. Ahad lalu, I'Da World mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan di negeri ini. Replika cek RM4 bilion itu diserahkan kepada Nik Din Nik Mat, yang juga adik kepada Nik Abdul Aziz, yang dijemput menerimanya sebagai mewakili Kerajaan Kelantan ketika majlis makan malam anjuran syarikat berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kota Baru. | ||||||||
| Suspek Kes Sosilawati Dakwa Ditumbuk, Mahu Buat Aduan Esok Posted: 23 Sep 2010 09:57 PM PDT TV SELANGOR KUALA LUMPUR: Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan. Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Khamis lalu. Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka. Peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit. "Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya. Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya. Vijandran berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok. "Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah. "Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama," kata Vijandran. Sementara itu, isteri suspek menemui suami mereka selama 10 minit dalam pengawasan ketat pihak polis. "Mereka tidak dibenarkan dekat dengan satu sama lain. Isteri-isteri mereka amat tenang sepanjang pertemuan," tambahnya. Sosilawati, 47, tiga yang lain — peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, Pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, and pemandu Kamarudin Shansudin, 44, dilaporkan hilang 30 Ogos lalu. Mayat mereka kemudian ditemui di Ladang Gadong berhampiran Banting. Lapan suspek ditahan termasuk peguam dua beradik tersebut. | ||||||||
| RPK Minta Kerajaan Malaysia Buktikan Kesungguhan Posted: 23 Sep 2010 09:54 PM PDT LONDON : Pengendali laman sesawang Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin mencabar kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk menyerahkan paspot baru dan tiket kapal terbang kepada beliau selewat-lewatnya 2 Oktober depan, jika Najib benar-benar mahu menyelesaikan isu antara mereka di mahkamah tanahair. Selain itu, Najib perlu akur kepada syarat-syarat tertentu yang diperincikan dalam satu surat yang akan dihantar peguam Raja Petra kepada Persuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong. Raja Petra bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan surat itu. Beliau berkata dua perkara ini adalah peluang untuk Najib membawanya pulang, selepas pihak berkuasa Malaysia dilaporkan gagal mengesan beliau yang dikatakan menetap di London. "Terpulang pada kerajaan untuk menjawab, atau tutup mulut mereka selama-lamanya. Samada mereka terima atau tidak perlu lagi susah-susah mahu menghubungi saya," kata Petra. "Saya mahu paspot baru dan tiket baru. Tanpa dua benda ini, macam mana saya mahu pulang?" kata Petra yang memberitahu paspotnya telah luput dan Kerajaan Malaysia perlu mengemukakan paspot baru kepadanya bagi membolehkan beliau pulang. Raja Petra menyelamatkan dirinya ke luar negara pada Mei 2009, selepas mendakwa adanya usaha untuk menahan beliau dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Raja Petra tampil ke khalayak umum pada Mei tahun ini selepas polis berkata mereka tidak dapat mengesan dimana beliau berada. Raja Petra berkata beliau telah menemui beberapa pemimpin Umno di United Kingdom sepanjang bersembunyi di sana. Najib menjadi sasaran utama Raja Petra yang menuduh Presiden Umno itu terbabit secara langsung dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. | ||||||||
| Gereja diroboh: Orang Asli dapat pampasan Posted: 23 Sep 2010 09:52 PM PDT
Orang Asli membawa kes mereka ke mahkamah ke atas pengarah Jabatan Tanah dan Galian Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Zakiah juga memutuskan bahawa meskipun tanah berkenaan tidak digazetkan sebagai tanah Orang Asli walaupun sepatutnya berbuat demikian pada tahun 2000 tidak melepaskan pihak defenden. JHEOA dan pentadbir tanah Johor Bahru sebelum ini telah menolak permohonan masyarakat Orang Asli untuk membina sebuah gereja kecil dengan alasan mereka tidak mempunyai hak berbuat demikian kerana tanah itu kepunyaan kerajaan.
Peguam mereka, Steven N Thiru berkata belum dipastikan sama ada pihak defenden akan membuat rayuan berhubung keputusan itu. | ||||||||
| Pemilihan PKR: Kedudukan ADUN, MP jadi tumpuan Posted: 23 Sep 2010 09:47 PM PDT
Lima cabang PKR di Kedah - kecuali Sik - menyaksikan pertandingan bagi semua jawatan, iaitu ketua cabang, timbalan, naib dan jawatankuasa. Ia bertambah menarik apabila ahli parlimen PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul akan menghadapi tentangan sengit daripada seorang anggota cabang P Jayakumar. Pertembungan menarik turut dijangka di Merbok yang mana ketuanya Abdul Rashid Din yang juga ahli parlimen di kawasan itu ditentang oleh ahli majlis pimpinan pusat Saiful Izham Ramli.
Manakala di Kelantan pula, daripada empat cabang lagi yang akan bermesyuarat hari ini, pertandingan di Kuala Krai dijangka menjadi tumpuan berikutan ADUN Guchil Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria bertanding tiga penjuru. Beliau akan dicabar dua anggota cabang Mohd Ariffin Ali dan Mohd Roslan Puteh untuk jawatan ketua cabang. Tiada lagi cabang yang dijadual mengadakan mesyuarat pada Sabtu dan Ahad bagi kedua-dua negeri itu. Sepanjang tiga hari, mulai hari ini, sebanyak 82 cabang akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya di seluruh Malaysia. Minggu lalu, 80 cabang telah bermesyuarat.
Pemimpin lain yang turut menjadi perhatian, Naib Presiden Sivarasa Rasiah (Subang Jaya), Naib Presiden Azmin Ali (Gombak), Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim (Wangsa Maju), timbalan speaker Selangor Haniza Talha (Petaling Jaya Selatan), Elizabeth Wong (Petaling Jaya Utara), ahli parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang). | ||||||||
| Pos Pasik: Hak eksklusif tak termasuk bina gereja Posted: 23 Sep 2010 09:43 PM PDT
"Isu utama saya nampak ialah pembinaan tanpa izin pihak berkuasa Jheoa (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) dan pejabat tanah Gua Musang," kata Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Yusof Wan Ngah. "Masalahnya buat dulu minta kemudian. Kenapa tak bincang atau mohon lebih awal dan minta pandangan pihak berkuasa terlebih dulu. Di sini timbul soalan, gereja itu dibina atas kehendak siapa?" soal beliau. Wan Nik mengulas laporan Malaysiakini pada 17 September lalu yang memaparkan masalah yang dihadapi oleh sebuah gereja yang dibina di Pos Pasik yang didiami oleh kira-kira 600 penduduk orang Asli suku Temiar. Menurut Moses Soo, Pastor yang menyeliakan gereja orang Asli di Kelantan, mulai bulan Mei lalu, mereka mula membina gereja itu dengan batu dan memaklumkan perkara ini kepada Jheoa, namun jabatan di bawah kerajaan persekutuan itu kemudiannya menolak cadangan itu. "Sebenarnya semua urusan tanah di bawah tanggungjawab Ketua Jajahan, maka tidak benar Pos Pasik itu di luar kuasa pejabat jajahan. Cuma ia di luar bidang kuasa majlis daerah memang benar," kata Wan Nik. "Sebab kehidupan nature orang Asli memang tiada rumah ibadat! Keperluan rumah ibadat adalah tertakluk kepada permohonan pihak agama itu sendiri atau kerajaan," katanya. Apapun, katanya, prinsip dan dasar kerajaan negeri adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 3(1) yang memberi hak dan kebebasan semua kaum dan agama mengamalkan cara hidup masing-masing. "Tetapi di sana ada peraturan lain yang perlu dipatuhi bagi mengamalkan kebebasan itu. Maksudnya kebebasan berasaskan rule of law. Pihak pastor Moses Soo tu kena bertimbang rasional, tak boleh nak force tak tentu," kata Wan Nik. "Orang Asli tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana mereka tidak pernah meminta kebenaran Jheoa," katanya . Menurut beliau, Orang Asli Pos Pasik berpendapat adalah menjadi hak mereka bagi membina struktur berkenaan di tanah mereka seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan. | ||||||||
| Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur Posted: 23 Sep 2010 09:40 PM PDT
| ||||||||
| Cek RM4b: Dalang, motif pemberian makin terdedah Posted: 23 Sep 2010 09:38 PM PDT
| ||||||||
| Apa yang benar tentang Program Transformasi Ekonomi? Posted: 23 Sep 2010 09:31 PM PDT Oleh Lim Kit Siang Program Transformasi Ekonomi (ETP), pengumuman terbaru oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, ialah ekoran dari beberapa pengumuman yang menjadi mercu tanda pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Seperti pengumuman lalu "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan", Rancangan Malaysia Kesepuluh maka ETP ini penuh dengan retorik.
Pengumuman yang berbentuk slogan dan berputar ini, biasa terjadi dalam langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan. Ini dengan jelas menunjukkan kerajaan seolah-olah tenggelam punca bagaimana hendak menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi. Cabaran dan program yang terhimpun sepanjang tiga dekad yang lampau yang bersifat membazir berikutan salah pengurusan, rasuah dan salah guna kuasa hanya menguntungkan segelintir golongan sahaja. Ciri yang biasa terdapat dalam pengumuman-pengumuman ini ialah ia mengandungi andaian-andaian yang tidak realistik tentang prospek pertumbuhan ekonomi. Mereka menggunakan pendapat dari buku-buku teks bercorak perniagaan yang diubah suai bagi mewujudkan pandangan yang salah mengenai dasar-dasar yang digubal semula. Beberapa pengumuman tentang "dasar-dasar" dan "strategi-strategi" digunakan secara bebas di sebalik akronim KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP dan Operasi BIZ. Sejak akhir-akhir ini, kerajaan gemar menggunakan alphabet yang berbagai corak dan bunyi dalam pengumuman tentang rancangan mereka. Ia kelihatan kerajaan telah menggantikan dasar-dasar yang kukuh dengan apa yang kelihatan seperti istilah-istilah dalam dunia korporat. Kerajaan bukan entiti korporat Boleh jadi istilah-istilah ini adalah sesuai dalam dunia perniagaan. Kerajaan bukanlah sebuah entiti korporat. Ia bertanggungjawab kepada rakyat dan tidak boleh bergerak atas niat untuk membuat "keuntungan". Namun konsep yang termaktub dalam ETP adalah di luar jangkauan orang awam. Kita disajikan dengan ucapan-ucapan yang enak dan diadun dengan persembahan komputer yang menarik, penuh dengan grafik yang hanya membuat orang ramai keliru. Pada setiap acara ketika dasar-dasar ini diumumkan memperlihatkan ketandusan idea dan ketidakmampuan kerajaan untuk menanggani dasar-dasar yang berbentuk teras dan fundamental yang bertanggungjawab menjerumuskan negara dalam perangkap kumpulan berpendapatan sederhana. Harapan tipis yang ditawarkan pada awal tahun ini bahawa kerajaan akan melaksanakan perubahan di bawah Model Baru Ekonomi telah berkecai akibat serangan bertalu-talu dari Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara) dan para penyokong serta pelindungnya. Mereka menentang segala usaha untuk memperbetulkan dasar-dasar yang gagal berhubung dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
| ||||||||
| Nicol juara Skuasy Terbuka Dunia kali keenam Posted: 23 Sep 2010 09:30 PM PDT BERNAMA
Dengan kemenangan itu, beliau menyamai rekod pemain Australia Sarah Fitz-Gerald yang memenangi lima gelaran Terbuka Dunia. "Fokus saya amat kuat sepanjang pertandingan. Saya benar-benar mahukannya. Sayatidak mahu membiarkannya terlepas," kata anak kelahiran Pulau Pinang berumur 27 tahun itu seperti dipetik dalam laman web rasmi kejohanan, www.sohosquareworldopen.com. Para pertemuan akhir, Nicol (gambar) hanya mengambil masa sejam untuk mengenepikan Omneya dengan 11-5, 11-8 dan 11-6 dalam pertemuan pertama mereka di pusingan akhir terbuka dunia. "Ia mengejutkan bahawa saya boleh berbuat sesuatu seperti yang telah dilakukan oleh Sarah, kerana beliau merupakan seorang pemain yang hebat. "Beliau banyak membantu saya dan dengan jurulatih saya Liz (Irving) beliau memainkan peranan dalam apa yang telah saya buat," kata Nicol. Katanya Sarah kini merupakan rakan sepelatihnya. Tahun ini, Nicol, yang menjadi pemain Nombor Satu Dunia sejak Ogos 2006, telah memenangi kesemua enam gelaran Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) musim ini. Bermula Mac tahun ini, Nicol telah memenangi Terbuka Chennai (7 Mac) dan Terbuka Kuala Lumpur (20 Mac) dan meneruskan rentak kemenangan kemudiannya di Terbuka Pulau Cayman pada 17 April. Selepas dua bulan berehat, beliau kembali semula dan terus menerus memenangi perlawanan pada Terbuka Malaysia (24 Julai), Singapore Masters (31 Julai) dan Terbuka Hong Kong (29 Ogos). |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Dalam satu majlis di Kota Kinabalu, keakraban syarikat itu dengan Umno terserlah apabila syarikat tersebut diberi projek dalam usaha membantu Sabah dengan dakwaan menjayakan 1Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu, beberapa blog turut mendedahkan siapakah sebenarnya Pengerusi Eksekutif I'Da World Group, Abdul Rahim Abdul Wahab.
KUALA LUMPUR — Ratu skuasy negara dan pemain Nombor Satu dunia Nicol David menjuarai Terbuka Dunia Wanita bagi kali kelima selepas menewaskan pemain pilihan Mesir, Omneya Abdel Kawy di bandar raya peranginan Laut Merah, Sharm El Sheikh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan