Sabtu, 18 September 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Rakan Sosilawati ditemui mati

Posted: 18 Sep 2010 03:00 PM PDT

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my
http://utusan.com.my/pix/2010/0919/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_01.1.jpg
SARINA JAAFAR

Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.

Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini.

Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini.

"Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya," kata Mohd. Azrul.

Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti.

"Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat.

"Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati," katanya.

Darimana Gelaran Datuk Diperolehi Suspek Pembunuh Sosilawati?

Posted: 18 Sep 2010 01:57 PM PDT

SEBENARNYA sejak hari pertama suspek pembunuh Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya didedahkan kepada umum oleh media massa saya sudah ingin menanyai hal ini. Tetapi kerana kesibukan menyebabkan pertanyaan ini tersimpan dan baru malam ini saya ingin lontarkan.

Apa yang hendak saya tahu dan saya percaya orang lain juga, menegenai gelaran Datuk yang diberikan kepada peguam keturunan India itu. Biasanya gelaran Datuk dikurnikan oleh Sultan ataupun Yang Dipertuan Negeri saja. Lain-lain orang tidak berhak atau valid untuk memberi anugerah berkenaan.

Penganugerahan Datuk itu pula diberikan kepada mereka yang berjasa dan berbakti kepada sultan dan jajahan takluknya. Kalau dulu seseorang itu diberi gelaran atau diangkat menjadi panglima bila dia berjasa kepada negeri misalnya berjaya membunuh petualang negara.

Dalam kes suspek pembunuh Sosilawati ini raja atau sulatan, atau Yang Dipertuan Negeri manakah yang memberi gelaran berkenaan. Saya merasakan kalau gelaran itu sah dan benar dikurniakan oleh sultan atrau raja, apakah ia wajah masih dikekalkan kerana peguam berkenaan setelah dirinya tercemar atau imejnya sudah jadi buruk?

Benar beliau masih belum diadili dan belum didapati bersalah. Tetapi dengan pendedahan dan pengetahuan umum terhadapnya ia meletakkan suspek itu begitu kotor, jijik dan cemar di mana ia tidak wajar lagi memakai gelaran datuk itu?

Mungkin tidak menjadi kesalahan kalau disarankan supaya sultan atau raja atau mana-mana pihak yang memberi gelaran itu menarik balik gelaran berkenaan demi menjaga air muka dan wibawa serta kemuliaan gelaran berkenaan. Apakah seorang suspek sebagai penjenayah boleh dipanggil Datuk?

Saya bimbang ia boleh mengelirukan orang tidak faham mengenai hal ini. Anak-anak sekolah akan beranggapan bahawa Datuk juga boleh melakukan jenayah. Dengan apa yang berlaku itu menjelaskan peguam berkenaan tidak menjaga kemuliaan darjah kebesaran berkenaan.

Kalau ada sultan melucut atau menarik gelaran Datuk daripada orang yang dikurniakan kerana dikatakan melakukan kesalahan atau mencemar nama baik sultan atau institusi istana apa hal pula dengan peguam berkenaan? Apakah dia juga tidak mencemarkan nama sultan dan raja yang memberi gelaran itu dengan apa yang berlaku ke atas dirinya kini?

Ataupun Datuk itu dikurnikan oleh raja atau sultan di luar negara ini. Ataupun datuk itu dibeli daripada mana-mana kesulatan yang tidak sah dan sudah hilangat daulatnya maka itu ia masih belum diambil apa-apa tindakan ke atas penganugarahan itu kepada peguam berkenaan?

[Sumber]

Dulu Mahathir Guna Utusan Jatuhkan Pak Lah, Kini Hentam Najib Pula

Posted: 18 Sep 2010 09:00 AM PDT

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 18 Sept - Media milik Umno, Utusan Malaysia yang digunakan sebagai agen untuk memfitnah Pakatan Rakyat kini menjadi 'senjata makan tuan' apabila akbar itu mula merasai peranannya semakin mengkucar-kacirkan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata akhbar itu dilihat sedang digunakan sebagai platform untuk menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menjatuhkannya.

Ujar beliau, bekas pemimpin Umno itu kini giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk satu ketika dahulu mendesak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi supaya melepaskan jawatannya.

"Saya melihat ada satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib. Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan akhbar itu sebagai hak kebebasan bersuara.

"Semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir mempunyai peranan di Utusan untuk melakukan gerakan seperti mana yang dilakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) satu ketika dahulu.

"Tun Mahathir sewaktu krisisnya dengan Pak Lah mengatakan bahawa (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin lebih layak mengambil tempat Pak Lah kerana dia lebih berani daripada Najib untuk mendesak Pak Lah lebih cepat melepaskan jawatan," komen Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam laman blognya.

Katanya lagi, Abdullah pula menganggap Muhyidin merupakan orang yang menikamnya dari belakang dengan kenyataan yang dibuat di Singapura, dengan menggunakan negara jiran itu untuk mengkrtitik kepimpinan beliau.

Sehubungan itu Mahfuz berkata kini jelas kepada rakyat khususnya orang Melayu untuk menilai baik dan buruk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kononnya membela nasib orang Melayu.

"Sekarang ini terserah kepada orang Melayu untuk membuat penilaian bahawa nasib kaum Melayu bukan menjadi satu agenda kepada mana-mana pihak untuk dijadikan landasan perjuangan tapi hanya sebagai alat untuk politik dalaman Umno.

"Saya tidak nampak Perkasa membela nasib orang Melayu keseluruhannya, hanya sekadar merebut peluang di kalangan pemimpin mereka atas nama Melayu," kata beliau lagi.

Umno, Utusan Politikkan Pembunuhan Sosilawati

Posted: 18 Sep 2010 08:30 AM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 18 Sept - Desakan Ketua Penerangan Umno Selangor supaya polis mengambil tindakan ke atas portal berita TV Selangor milik kerajaan negeri timbul daripada sikap negatif dan kebencian terhadap Pakatan Rakyat sehingga mahu menyekat dan mengekang usaha media membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata beliau kesal sikap yang ditunjukkan oleh Abdul Shukor Idrus kerana dilihat menghalang usaha murni TV Selangor membuka ruang diskusi berhubung bukan sahaja berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau tetapi juga mengenai masalah jenayah berat yang semakin membimbangkan masyarakat.

"Ketika saya ditemubual oleh TV Selangor apa yang saya katakan selari dengan komen Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar iaitu sekiranya pihak polis sedari awal lagi telah menyiasat beberapa kes yang berhubungkait dengan peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati sudah tentunya beliau tidak dibunuh. Apa yang saya persoalkan sama seperti apa yang dikatakan Tan Sri Ismail.

"Media hanya timbulkan persoalan samada ada 'cover up' atau wujud elemen rasuah mengapa kes-kes terdahulu tidak disiasat secara mendalam dan terperinci walhal laporan polis adalah terhadap suspek yang sama yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Sosilawati," tegas Shamsul ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata pemimpim Umno dan media milik parti itu, Utusan Malaysia seolah-olah ingin mempolitikkan kes pembunuhan usahawan wanita tersebut dan bukan megambil peranan pro-aktif sebagaimana TV Selangor untuk mereda atau menurunkan kadar jenayah.

Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeru Kuang mendesak TV Selangor disiasat kerana didakwa menyiarkan laporan mempersoalkan kewibawaan pihak polis berhubung siasatan terhadap suspek utama pembunuhan Sosilawati.

Beliau mendakwa kenyataan Shamsul yang disiarkan portal berita itu telah menjejaskan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta mengganggu prosespenyiasatan.

Sehubungan itu laporan akhbar yang sama pada 16 September juga memetik kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang bercadang memanggil Shamsul berhubung komen beliau yang disarkan TV Selangor.

Namun Shamsul berkata pihaknya sedang menimbangkan untuk menyaman Khgalid kerana kenyataan beliau telah mencalar kredibililitinya sebagai Ketua AMK dan seorang peguam.

Hari Malaysia Sebagai Ingatan Hormati Hak, Kuasa Kerajaan Negeri

Posted: 18 Sep 2010 07:54 AM PDT

SHAH ALAM 18 Sept - Sambutan Hari Malaysia akan lebih bermakna jika Kerajaan Persekutuan menggembalikan hak dan kuasa kerajaan negeri yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut menegaskan 16 September yang merupakan sambutan Hari Malaysia perlu memperkukuh semangat rakyat Malaysia untuk membina sebuah negara yang progresif dan dinamik di peringkat antarabangsa.

"16 September perlu diingati sebagai tarikh keramat yang menyatukan negeri-negeri di Malaysia. Maka, adalah wajar Kerajaan Persekutuan menghormati kuasa negeri-negeri dalam beberapa hal tertentu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Apa ertinya kita meraikan hari 16 September sebagai Hari Malaysia tetapi Kerajaan Persekutuan dalam perkara-perkara tertentu tidak menghormati kuasa dan hak kerajaan negeri," kata Ezli dalam satu kenyataan Khamis lalu.

Dalam hal ini, AMK Selangor menggesa agar isu air antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor dapat diselesaikan segera dengan mengembalikan pengurusan air kembali kepada kerajaan negeri.

Ini bagi memastikan kebajikan rakyat dalam bekalan air Selangor terus terbela.

"Kita juga menggesa agar Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak dan royalti minyak kepada negeri-negeri berkenaan dengan segera dan pada kadar peratusan yang lebih adil dan munasabah.AMK Selangor mendesak agar peruntukan kewangan dipertingkatkan dan berharap tidak ada kekangan politik untuk menyalurkan terus kepada kerajaan negeri.

Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI

Posted: 18 Sep 2010 07:00 AM PDT

Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.

Beliau berkata kesannya ia menjejaskan minat pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia dan apabila ia berlaku, pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap.

"Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Ketua Pemuda Umno Bahagian Pendang Akrom Abdul Hamid di Pendang hari ini.

Katanya kerajaan melakukan beberapa tindakan untuk mengatasi masalah itu dan ia memperlihatkan hasil yang positif tahun ini selepas melalui tempoh yang agak teruk tahun lepas.

"Pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lepas," katanya.

Sementara itu Mukhriz berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan kaum dalam negara perlu sensitif dalam mengutarakan pandangan atau cadangan untuk kepentingan kaum mereka bagi mengelak daripada menyentuh kepentingan kaum-kaum lain.

"Teguran atau cadangan boleh diberikan tetapi ia perlu dibuat dengan keikhlasan. Kalau nak beri cadangan jangan sampai ia menjejaskan kaum-kaum lain kerana ia boleh menyebabkan masalah lain," katanya.

--Bernama

FDI menurun, kerajaan salahkan pembangkang

Umno Yang Sebenarnya Melompat Macam Beruk Dalam Isu Wang Ihsan

Posted: 18 Sep 2010 06:30 AM PDT

Pemuda Umno persoal sumber wang ihsan Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 18 Sept — Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam.

"Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.

"Mereka sangat bimbang dengan dakwaan wang berkenaan dari sumber duit judi yang haram bagi umat Islam... penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya bukan menuduh kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk melaksanakan program penghargaan warga emas sebaliknya hanya mahu penjelasan berhubung dakwaan itu bagi menghilangkan keraguan.

"Kami tidak buat menuduh mereka (kerajaan negeri ) berbuat demikian...cuma mahu penjelasan selepas blog berkenaan (Pisau.Net) membuat dakwaan baru-baru ini kerana ia membabitkan orang ramai terutama warga emas beragama Islam yang turut sama menerima wang berkenaan.

"Ambil tindakan terhadap blog berkenaan sekiranya dakwaan dibuat tidak benar, jangan hanya berdiam diri seperti dilakukan mereka sekarang sehingga menyebabkan rakyat merasa gelisah," katanya.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata sebagai sebuah kerajaan negeri yang mengaku mengamalkan CAT (Kompeten, Akauntabiliti dan Telus), kerajaan negeri harus telus dan menyatakan sumber kewangan bagi program pemberian wang ehsan berkenaan. — Bernama

Muhd Taib: ‘Kita tengok, kita perhati’

Posted: 18 Sep 2010 06:15 AM PDT

SHAH ALAM, 18 Sept — Walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau kerajaan, bekas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhamad Muhd Taib berkata beliau masih lagi memerhatikan perkembangan semasa politik dan Umno di Selangor.

Beliau menafikan dakwaan bahawa beliau kecewa atau merajuk dan menjalani kehidupan biasa selepas tidak memegang jawatan penting setelah pilihan raya umum Mac 2008.

"Kita tengok, kita perhati. Saya kini lebih banyak berehat," katanya kepada petugas media yang ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya di sini malam tadi.

Pertemuan semalam membolehkan media mendengar ulasan daripada Muhammad, yang merupakan Ketua Bahagian Umno Kelana Jaya, mengenai kedudukannya selepas menyepikan diri kira-kira dua tahun.

Mengenai percaturan masa hadapan politiknya selepas 40 tahun bergelumang dalam dunia politik, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmmad Badawi, berkata biarlah masa menentukannya. — Bernama

UMNO bersedia untuk PRU 13 - meleset!

Posted: 18 Sep 2010 05:00 AM PDT

CATATAN ANUAR MOHD NOR - Penyajak Indonesia Rendra, pernah menulis, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Namun dalam FB saya, saya menulis petikan berikut : Bila dikatakan perjuangan itu perlaksanaan kata-kata, apa yang ada hari ini adalah kata-kata itu diletakkan sebagai satu perjuangan, ia hanya merugikan kalau kita terpengaruh..

Apa makna dan maksudnya. Maksudnya adalah perjuangan yang ada hari ini amat mudah – hanya dengan kata-kata dan tidak ada pelaksanaan. Ia tidak menjadikan ucapan itu satu perjuangan malah mungkin menjadi omongan retorik sahaja. Dalam UMNO juga begitu. Semua adalah kata-kata, semua ada janji-janji namun janji-janji perjuangan itu terbatas dan tersekat-sekat. Semua hanya mampu berkata-kata tetapi kata-kata itu hanya untuk tujuan lain. Tujuan adalah untuk menyatakan tersebut terpapar di muka akhbar agar kita dapat dikenali. Sekiranya di kenali maka pasport untuk mendapat apa yang dihajati adalah besar dan mungkin diperoleh. Semua kerana pengaruh politik.

Hari ini kita lihat lagi, kepimpinan yang sedar akan apa yang berlaku, kekurangan yang ada dan langkah yang sepatutnya diambil untuk menjayakan agenda UMNO namun hanya ada dari segi kata-kata tetapi tidak komitmen dan pelaksanaan. Semua seakan terbantut. Perubahan yang dimahukan tidak dapat diperoleh setakat ini – maka UMNO masih tinggal di tahap lama tanpa perubahan. UMNO akan berada di tahap yang sama sehingga mereka berdepan dengan keruntuhan. Mungkin keruntuhan itu akan mengajar dan mendesak perubahan. Mungkin itu yang dapat menyedarkan. Mungkin setelah semua runtuh maka baru usaha untuk mengembalikan perjuangan kepada pelaksanaan kata-kata dilaksanakan.

Setakat ini masih tidak nampak usaha pembaikan yang dilakukan oleh UMNO dapat menarik perhatian pemulangan undi kepada UMNO. UMNO masih lagi gugup dalam soal-soal penerangan, media-media alternatif dan ahli masih lagi gagal melihat masalah yang mereka akan hadapi dan berdepan. Kepimpinan UMNO nampak masalah yang ada, perjuangan yang perlu dalam media tetapi sering kecundang dengan pelaksanaan.

Setakat hari ini, memperkukuhkan ahli dan hubungan dalam UMNO masih di tahap yang amat tidak meyakinkan. Kalau ada ahli UMNO yang mengatakan UMNO sudah pulih dan bersedia untuk pilihan raya akan datang – maka itu adalah kenyataan yang bagi saya meleset.

[Sumber]

M.Rajoli Selamat Dikebumikan

Posted: 18 Sep 2010 04:00 AM PDT

M.Rajoli Selamat Dikebumikan

Setelah koma selama lima jam akibat jangkitan virus di paru-paru dan kekurangan darah putih, pelakon serta pelawak terkenal, M.Rajoli Mohd Zain akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.40 malam tadi di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang berusia 65 tahun meninggalkan dua orang isteri, Hashimah Md Din,55 dan Wan Chik Daud,70, empat orang anak, Siti Zaleha,34, Nur Muhammad,33, Siti Nazirah,27, dan Muhammad Ariff,23, serta tujuh orang cucu.

Allahyarham sebelum ini menderita penyakit limfoma atau kanser kelenjar di otak sejak tahun 2007 dan pernah menjalani pembedahan pada 11 November tahun yang sama.

Selepas pembedahan, Allahyarham telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak empat kali selain rawatan fisioterapi selama enam bulan dan radioterapi.

Bagaimanapun, sejak darah dan air tulang belakangnya diambil untuk tujuan uji kaji, keadaan arwah semakin uzur dan hanya mampu terlantar di atas katil.

Menurut isteri pertama, sehari sebelum meninggal, arwah telah dibawa oleh ahli keluarga ke hospital kerana keadaan kesihatannnya yang semakin teruk.

"Pada malam Khamis, kami bawa arwah ke hospital sebab arwah dah lemah sangat. Arwah dah terlampau uzur sampai makan pun dah tak ada selera.

"Arwah dah tak boleh terima apa-apa makanan atau minuman. Ingatkan nak bawa ke hospital sebab nak masuk tiub, tapi doktor cakap keadaan arwah dah terlalu lemah sangat,"kata Hashimah ketika ditemui sebelum majlis pengembumian arwah suaminya pagi tadi.

Dalam nada yang sebak, Hashimah turut memberitahu tanda-tanda akhir dari arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

"Sehari sebelum raya, arwah genggam kuat tangan saya, seolah-olah tidak mahu lepaskan. Lama juga dia genggam, mata dia pandang je saya. Masa tu saya dah dapat rasa dah," ujar Hashimah menahan sebak.

"Sebelum arwah meninggal, arwah sempat mengucap selama dua jam. Muka arwah pun bersinar-sinar, bersih, bercahaya masa meninggal,"ujar Hashimah yang redha dengan permergian suami tercinta.

Wan Chik Tidak Hadir di Majlis Pengebumian

Ketika majlis pengembumian, kelibat isteri kedua Allahyarham, Wan Chik Daud tidak kelihatan. Menurut salah seorang anak arwah, berita pemergian arwah bapa mereka telah diberitahu kepada Wan Chik melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Difahamkan Wan Chik telah membalas mesej tersebut dengan mengatakan :

"Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh. Amin Ya Rabbalalamin. Kasih sayangku kepadanya tetap abadi. InsyaAllah akan ku dipertemukan dengannya di akhirat kalau tidak di dunia ini."

Jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Al- Aqram, Keramat. Solat jenazah telah diimamkan sendiri oleh anak bongsunya. Jenazah kemudian di bawa ke Tanah Perkuburan Datuk Keramat kira-kira jam 10 pagi tadi untuk dikebumikan.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah. – Portal GUA

Kalau Faizal Tahir Kena 'Gam', Macam Mana Dengan Aleeza Kassim?

Posted: 18 Sep 2010 03:00 AM PDT

http://img268.imageshack.us/img268/5095/ohartisaleezakasim.jpg

[Sumber]


kerja gam mengegam artis ni mungkin yang minat dan kaki pompuan seksi kot? nak tahu jugak syarat gam mengegam ni. Artis pompuan buka baju macam mana baru kena gam?

Perkasa terus gesa Najib perjelas 1 Malaysia elak BN hilang undi

Posted: 18 Sep 2010 02:30 AM PDT

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Perkasa yang baru-baru ini berhadapan polemik dijauhi Umno-BN, hari ini mengulangi pendirian mendesak Datuk Seri Najib Razak agar menjelaskan konsep 1 Malaysia jika tidak mahu ditolak dalam pilihan raya umum ke-13.

Gesaan ini dibuat oleh Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali sehari selepas Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menafikan konsep 1 Malaysia sudah gagal.

Bulan lalu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mencabar Najib menjelaskan idea beliau itu sambil membawa satu resolusi berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sambil mendakwa konsep 1 Malaysia bukan soal berkaitan kesamarataan melibatkan semua kaum.

"Konsep 1 Malaysia jika dinyatakan oleh Perdana Menteri sedang bergerak dengan baik, Perkasa rasa masih perlu diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada semua lapisan masyarakat," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa Perkasa mendapat maklum balas daripada kebanyakan orang Melayu di akar umbi berkaitan konsep 1 Malaysia.

"Ia masih mengelirukan. Ini suara akar umbi yang pimpinan perolehi," kata beliau.

Syed Hassan menambah, di pihak sesetengah masyarakat bukan Melayu, Perkasa mendapati mereka beranggapan ia adalah satu usaha menyamatarafkan semua kaum dalam pembahagian kekayaan negara dan dengan tidak ada kaum dilayan istimewa berbanding yang lain.

"Semua dianggap sama. Perkasa sangat bimbang jika tidak diusahakan dengan lebih jitu untuk memperjelaskan konsep 1 Malaysia ini ia akan membuatkan sesetengah masyarakat tertentu akan menolak Umno dan BN," kata beliau.

Syed Hassan menambah Perkasa menerima konsep 1 Malaysia sepertimana yang pernah ditegaskan oleh Najib di Parlimen tidak lama dulu bahawa ia berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.

Semalan, Najib berkata gagasan 1 Malaysia adalah ''kerja dalam pelaksanaan'', yang akan mencapai objektifnya dengan sokongan dan komitmen padu daripada semua lapisan rakyat.

Beliau menegaskan gagasan 1 Malaysia serta langkah transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan ialah satu proses yang berterusan.

Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan tahun lepas, kata Najib, tidak boleh direalisasikan sepenuhnya hari ini.

"Ingin saya jelaskan di sini, apa yang telah kerajaan lakukan setakat ini hanyalah merupakan permulaan daripada apa yang kita harap dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam beberapa tahun yang akan datang.

"Saya tidak gemar dengan tanggapan bahawa apabila sesuatu perkara tidak berhasil, masyarakat akan mengatakan ''oh... 1 Malaysia tidak berkesan''. Ini tidak betul.

"Saya ingin menyatakan bahawa ia (1 Malaysia) merupakan kerja dalam pelaksanaan, dan kami memerlukan komitmen penuh daripada semua rakyat Malaysia untuk mencapai matlamatnya," kata Najib yang memperkenalkan konsep April 2009 selepas dilantik menjadi perdana menteri keenam.

Pak Lah sokong cadangan ‘Ujian 1 Malaysia’

Posted: 18 Sep 2010 02:00 AM PDT

KEPALA BATAS, 18 Sept — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyambut baik dan menyokong cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya setiap individu, kumpulan dan institusi berpengaruh dalam masyarakat menjalani "Ujian 1Malaysia".

Abdullah berkata ujian berkenaan amat penting bagi memastikan rakyat Malaysia yang berpengaruh bebas daripada bersikap perkauman.

"Saya percaya ujian itu juga akan membuatkan rakyat negara ini akan terus hidup aman, selamat dan bahagia kerana masing-masing tidak bersikap perkauman dalam menjalankan kehidupan seharian," katanya.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Perdana Menteri yang mahu masyarakat negara ini menjalani "Ujian 1 Malaysia" pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitrinya di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu itu ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Adun Bertam Zabariah Abdul Wahab.

Abdullah berkata adalah penting bagi setiap rakyat negara ini mengamalkan konsep 1 Malaysia bagi memastikan mereka tidak melampaui dalam hal-hal berkaitan kaum, agama dan isu sensitif yang lain.

"Peranan rakyat adalah bersatu padu seperti konsep 1 Malaysia yang dilaungkan kerajaan tanpa mengira kaum demi kepentingan semua pihak dan saya yakin dengan ujian yang dicadangkan itu akan mampu menghindarkan negara dari berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum," katanya.

Katanya Malaysia semakin berjaya dan membangun bukan hanya satu kaum sebaliknya adalah kerjasama daripada semua kaum yang terdapat di negara ini. Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya berpegang kuat dan mematuhi perlembagaan serta rukun negara bagi memastikan negara terus aman dan maju.

"Kita mesti menghargai kebaikan dan hubungan antara kaum serta budaya kaum yang ada dalam negara kita kerana ia merupakan satu keistimewaan yang menjadikan Malaysia unggul dan unik," katanya. — Bernama

Gambar TG Nik Aziz Di Majlis Rumah Terbuka PAS Negeri Kelantan

Posted: 18 Sep 2010 01:00 AM PDT












kita sama-sama tunggu gambar yang akan dikemaskini oleh Poji Topeng Perak pulak.

[Sumber]

Live! TGNA Beri Penerangan Kepada Sami

Posted: 17 Sep 2010 11:35 PM PDT

TGNA memberi penerangan berkaitan mata wang dinar dan dirhan.

TGNA juga melayan para sami dengan penuh ramah dan para sami mendoakan supaya kelantan terus ditadbir dengan penuh jayanya oleh TGNA.

Jom, perut saya dah lapar. Sate dan nasi dagang pilihan saya.

Klik pada gambar untuk tatapan lebih jelas.

Live blogging daripada kerabu bersuara. Semoga anda berpuas hati.

Live! TG Nik Aziz Bagi Duit Raya Sami

Posted: 17 Sep 2010 10:20 PM PDT

Tok guru memberi duit raya kepada semua sami yang hadir. Istimewanya duit tersebut berbentuk dinar emas.

Sila klik gambar untuk lebih jelas.

Live! TG Nik Aziz Bersama Sami Buddha

Posted: 17 Sep 2010 09:19 PM PDT

Sekarang tok guru nik aziz beramah mesra dengan raja sami. Tadi berlaku majlis di mana tok sami beramai-ramai mendoakan kesejahteraan kerajaan dan rakyat kelantan.

Klik pada gambar untuk tatapan lebih jelas.

Live! Tetamu Hari Raya PAS Kelantan

Posted: 17 Sep 2010 08:53 PM PDT

Antara tetamu yang hadir. Ketua-ketua agama di kelantan. Mereka menikmati hidangan berupa sayur-sayuran dan sami ini akan mula berpuasaa pada pukul 12 PM.Live blogging dari masa ke semasa saya akan lakukan.

Klik pada gambar untuk tatapan yang jelas.

Live! TG Nik Aziz Bersami Buddha

Posted: 17 Sep 2010 08:37 PM PDT

Sekarang berlansung majlis Rumah Terbuka Raya PAS Kelantan. Tok guru nik aziz sedang melayani sami-sami buddha dan pemimpin agama yang diundang.

Klik pada gambar untuk tatapan lebih jelas.

Rayuan mendesak kepada Tan Sri Khalid Ibrahim

Posted: 17 Sep 2010 08:00 PM PDT

Entri kali ini ialah rayuan segera kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor untuk mempertimbangkan dengan segera menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Keadilan.

Percubaan untuk mendesak Syed Husin Ali mempertahankan jawatan gagal dengan kenyataan terbuka Syed Husin untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Usaha agar Anwar Ibrahim menjadi Presiden dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail menjadi Timbalan Presiden juga saya kira tidak dapat pergi jauh.

Cabaran daripada Zaid Ibrahim pada hemat saya tidak boleh dianggap kredibel selain daripada usaha untuk menyekat Azmin Ali. Saya tidak mahu menyertai spekulasi bahawa Zaid gigih untuk merebut kuasa dan kedudukan di dalam Keadilan.

Satu-satunya tokoh yang saya percaya boleh membawa parti ini ke tahap yang lebih tinggi sebagai Timbalan Presiden ialah Khalid Ibrahim. Beliau mempunyai pengalaman selaku Bendahari Agung, Setiausaha Agung, Pengerusi Perhubungan Negeri. Khalid juga ialah Ketua Perunding pembahagian kerusi pilihanraya tahun 2008. Di bawah kepemimpinan beliau, pembahagian kerusi di antara parti-parti Pakatan Rakyat berjalan lancar. Beliau juga cekap menyantuni tuntutan dan desakan dalaman untuk kerusi tertentu dan jumlah kerusi tertentu. Malah beliau memainkan peranan berkesan di Sabah dan beberapa negeri bermasalah.

Azmin Ali dan juga Zaid Ibrahim tidak ada pengalaman seperti Khalid Ibrahim. Kedua-duanya tidak pernah memegang jawatan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Azmin gagal dengan teruk sebagai Pengerusi Sabah sehingga menyebabkan perpecahan yang lebih parah dan beliau terpaksa digantikan. Azmin tidak pernah memegang jawatan utama memimpin organisasi besar. Beliau hanya ada pengalaman politiking di pejabat Anwar Ibrahim. Zaid ada pengalaman membina ZICO. Tetapi tidak mungkin ZICO dapat dibandingkan saiz dan operasinya dengan PNB dan Guthrie.

Justeru Keadilan memerlukan Khalid Ibrahim memainkan peranan yang lebih besar.

Meski saya mempunyai perbezaan-perbezaan dan perselisihan pandangan yang serius dengan beliau, pengalaman saya sebagai Ketua Penerangan Keadilan Selangor semasa beliau mula memegang jawatan Pengerusi dan kemudiannya apabila saya bertugas sebagai staf Ibu Pejabat ketika beliau menjadi Setiausaha Agung memberikan saya keyakinan bahawa beliau adalah calon terbaik.

Benar beliau lemah politik, tetapi saya kira Keadilan sudah cukup politik dan lebih memerlukan kemampuan mentadbir dan memimpin.

[Sumber]

Tempoh lanjut reman dua peguam kes Sosilawati diketahui hari ini

Posted: 17 Sep 2010 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Polis akan memohon lanjutan reman untuk tiga dari lapan suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata permohonan itu akan dikemukakan esok dan tempoh lanjutan itu akan bergantung kepada keputusan Majistret.

"(Reman) akan sambung esok (hari). Kita belum tahu keputusan (berapa hari). Tunggu mahkamah benarkan," katanya kepada Bernama malam tadi.

Polis membuat tangkapan pertama pada 9 September melibatkan seorang lelaki dipercayai Datuk dan adiknya yang juga seorang peguam di Banting manakala enam lagi ditahan pada 10 September.

Dilaporkan tempoh reman lima suspek disambung hingga Khamis ini manakala tempoh reman tiga lagi, termasuk dua peguam itu akan tamat hari ini.

Mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

[Sumber]

UMNO, Kura-Kura dan Perahu

Posted: 17 Sep 2010 07:00 PM PDT

Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR. Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap 'tunduk kepada DAP' khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya. Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di Masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

[Selanjutnya]

Gambar Tuanku Faris Bersama Tok Guru Nik Aziz Bersalam Dengan Rakyat

Posted: 17 Sep 2010 05:45 PM PDT



tuanku mempersilakan tok guru nik aziz dalam sesi bersalaman



turut bersama adinda tuanku faris (berada di tengah)


ramai orang awam turut mengambil peluang bersalam dengan tuanku, adinda tuanku dan tok guru nik aziz

klik pada gambar untuk tatapan lebih jelas

[Sumber]

Pelakon M. Rajoli meninggal dunia

Posted: 17 Sep 2010 05:00 PM PDT

Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah "bintang yang sentiasa menyinar".

M. Rajoli (gambar) atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Okt 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 Nov 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang. — Bernama

Kami di team kerabu bersuara mengucapkan salam takziah. Mari kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwahh.

Tiada ulasan: