:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
| TAK ADA PENGARUH, TAPI ADA 'OTAK' Posted: 18 Sep 2010 10:34 AM PDT Satu petang, berbual-bual dengan seorang kawan yang bekerja sebagai pemandu lori. Tugasnya menghantar besi-besi yang beratnya bertan-tan. Dia bercerita, bahawa satu hari, dia telah menghantar besi yang besar dan berat ke satu tempat. Sesampai pad destinasi yang dimaksudkan, didapati tidak ada siapa pun yang dapat membantunya menurunkan besi-besi yang besar itu. Ketika itu pula, dia sendirian yang tidak termampu seorang diri mengangkat besi yang besar dan berat itu. "Besi yang berat itu, terpaksa diturunkan juga" Ujarnya dalam perbualan kami "pastu, abang buat macam mana?" soalku. "nak turunkan besi yang berat dari lori ni ada dua kaedah. Dengan tenaga atau dengan otak" dia berceloteh Menarik juga ungkapannya itu. Aku mengambil perhatian terhadap apa yang hendak dinyatakan. "Kalau dengan tenaga tu, tau la. dengan otak tu macam mana?" Soalku "Kita buka pagar lori dulu. lepas tu kita gostankan lori laju-laju, lepas tu brek terkejut. Mesti besi semua tu jatuh" Dia berhujjah. logik dan menarik cara yang disebutkan itu. "memang boleh jatuhlah besi tu, tapi terukkan lori tu" Aku menyampuk. sambil tersenyum dia menjawab, "nak buat macam mana. Kalau tidak, besi tak leh diturunkan la" Aku tersenyum mendengar dia cakap sebegitu. mengingatkan aku kepada orang yang tidak ada pengaruh di kalangan rakyat, tetapi mempunyai minda dan bersedia bertanding untuk mengetuai sesuatu parti politik. sekian Wallahu 'Alam Al-Bakistani - Sri Indah [b] Sg Buloh 19 September 2010 * 12:30 pagi |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan