D'Perbatasan |
- PAS Ikrar Pertahan Hubungan Baik Pelbagai Kaum
- Penurunan Kadar Jenayah Satu Retorik
- Dulu Mahathir Guna Utusan Jatuhkan Pak Lah, Kini Hentam Najib Pula
- PAS buktikan keadilan Islam untuk semua
- Nik Aziz tak tolak ada ulama, wartawan upahan
| PAS Ikrar Pertahan Hubungan Baik Pelbagai Kaum Posted: 17 Sep 2010 10:56 PM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa semua etnik yang membina negara Malaysia perlu dilayan dengan adil dan saksama dan ini merupakan asas yang perlu dipertahankan. ![]() Kata beliau, Islam yang menekankan kecenderungan untuk memperlekehkan orang lain adalah sifat buruk yang mesti dijauhi. Untuk tujuan itu, PAS katanya bukan sahaja akan mempertahankan hubungan baik pelbagai kaum di negara ini dengan berasaskan landasan Islam sebenar bahkan PAS komited untuk menjadikan kewujudan pelbagai etnik ini sebagai rempah yang boleh memperkasakan negara Malaysia itu sendiri. "Menceroboh dan menghalang hak seseorang adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam manakala sikap berlaku adil pula adalah merupakan ciri taqwa orang yang beriman. Adalah sesuatu yang janggal apabila seseorang itu mengaku bertaqwa kepada Allah tetapi gagal melaksanakan keadilan yang sebenar," katanya dalam perutusan sempena penubuhan Hari Malaysia pada 16 September 1963. Sambil memetik ucapannya dalam Muktamar Agung PAS lalu, beliau juga menghuraikan bahawa rakyat Malaysia adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik kerana berada dalam negara yang mengandungi pelbagai etnik, yang berasal dari berbagai bangsa dan datang daripada berbagai negara. "Ini pula ditambah dengan kemeriahan etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama," tambahnya. Menurut beliau, kerencaman ini sekiranya diolah dengan baik akan menjadikan Malaysia ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar. "Inilah yang kita lihat setelah 47 tahun negara Malaysia diwujudkan, dengan kelemahan pimpinan Umno-BN yang sepatutnya sudah membawa negara tercinta ini berdiri teguh dan mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat," katanya. |
| Penurunan Kadar Jenayah Satu Retorik Posted: 17 Sep 2010 10:54 PM PDT Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata pengumuman yang berhubung penurunan indeks jenayah sebanyak 16.24 peratus hanya retorik semata-mata sedangkan pada masa yang sama, media melaporkan jenayah seperti pembuangan bayi, pembunuhan kejam berlaku hampir setiap hari.Pada hakikatnya kata Nasrudin dalam satu kenyataan media DPPP, perkembangan muktahir menunjukkan betapa sadisnya jenayah yang berlaku membuatkan rakyat ragu terhadap dakwaan kononnya indeks jenayah telah menurun. "Rakyat melihat negara kini berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan. Setiap hari akan ada sahaja jenayah dilaporkan berlaku di seluruh negara oleh media massa. Bahkan jenayah tidak lagi dihitung dengan kadar berapa kali kejadiannya setahun, sebulan dan sehari, tetapi kini dihitung mengikut kadar jam, minit dan saat. "DPPP percaya semua pihak bertanggungjawab terhadap usaha membenteras jenayah, namun kerajaan adalah pemegang amanah untuk meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan selamat, aman dan sejahtera. Rakyat tidak boleh dikaburi dengan kenyataan-kenyataan hipokrit dan bersifat retorika politik semata-mata. Katanya lagi, pencapaian NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dilihat sangat tidak meyakinkan. Malah negara masih subur dengan elemen-elemen yang mempunyai potensi besar untuk mendorong berlakunya jenayah ditambah pula langkah pencegahan masih bersifat melepaskan batuk di tangga dan ditangani dengan cara yang tidak serius. "Ianya samalah seperti mencetak kata-kata amaran dan gambar penyakit akibat ketagihan rokok di kotak rokok dan kemudiannya dibenarkan dijual kepada orang ramai. Begitu juga dengan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen untuk operasi hiburan atau kelab malam dan penjualan kondom serta minuman beralkohol di kawasan majoriti Muslim kemudian kerajaan yang sama pula melantik pencegah maksiat supaya menghalang dan menangkap orang yang melakukan maksiat. "Kedua-dua cara memperlihatkan kepada kita betapa tidak seriusnya kerajaan menangani peningkatan indeks jenayah dan mungkar dalam negara kita lantaran mereka berpeluang membuat keuntungan di sebaliknya . "Fenomena ini sangat dikesali dan ia sekali - kali tidak akan dapat membebaskan negara dari belenggu jenayah jika inilah sikap yang ada pada kerajaan," tegas beliau lagi. Tambah Nasrudin, mengutuk sekeras-kerasnya segala jenayah yang berlaku tidak boleh merubah keadaan kecuali satu tindakan berkesan dan bersepadu dengan gandingan semua pihak (kerajaan dan rakyat) dilakukan secara bijak demi masa depan negara. Beliau menegaskan Islam dan syariatnya merupakan satu solusi tepat untuk menghindarkan negara dari badi jenayah yang semakin menular. DPPP juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru. "DPPP berharap agar beliau dapat berkhidmat dengan adil, telus, benar dan saksama serta cekap dan tegas membasmi rasuah dan jenayah dalam negara ini. "Kes jenayah kejam yang menimpa Datuk Sosilawati menjadi kes 'high profile' yang pertama mesti dihadapi oleh Ketua Polis Negara yang baru. Semoga berjaya dengan cahaya kebenaran dan petunjuk Ilahi," ujar beliau. Pengarah Komunikasi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri, Alex Iskandar Liew sebelum ini mengumumkan indeks jenayah keseluruhan dari Januari hingga Ogos telah menurun sebanyak 16.24 peratus. Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan April tahun lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan kononnya telah mencapai hasil signifikan menerusi pelbagai inisiatif NKRA. Berikut adalah sebahagian daripada ratusan kes kejadian jenayah dalam negara kita sejak awal tahun ini. Bermula dengan satu tragedi pembunuhan 4 anggota keluarga di Gemencheh, Januari lalu, terkini negara digemparkan pula dengan pembunuhan kejam ke atas Datuk Sosilawati dan tiga lagi mangsa yang merupakan pembantu beliau. a. Ustazah Norliza Ishak 35, yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 September 2010 - Port Dickson, Negeri Sembilan. b. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan tiga mangsa yang lain dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010 - Kuala Lumpur. c. Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya, Muhaimi Sautar, 33, pada 24 Ogos 2010 - Kota Bharu. d. Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam, ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010 - Sungai Petani . e. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera parah dibahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 Ogos 2010 - Hulu Terengganu. f. Ilya Nabilah Rosnata 19 ditemui mati dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman pada bahagian dadanya, dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum dijumpai terapung di Sungai Bagan dan tangannya diikat pada sebatang pokok 21 Julai 2010 lalu - Pulai Chondong Machang. g. Pengawal Keselamatan dibunuh dengan kejam dalam satu kejadian di Pekan Batu 9. Mangsa dipercayai telah dilanggar terlebih dahulu dan kemudiannya tangan kirinya dipotong dengan sebilah parang pada 4 Julai 2010 - Kajang. h. Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh 53, ditemui mati berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala sehingga terkeluar otaknya dan tiga tikaman di dada kiri di atas tilam dalam sebuah bilik di rumahnya pada 1 Julai 2010 - Selayang. i. Siya Pandian, Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak mati ditembak di bahagian kepala dan dadanya dihadapan kedai mencuci kereta miliknya pada 15 Mac 2010 di Langkap Teluk Intan Perak. j. K Haresarren 18 bulan mati selepas mengalami keretakan tulang rusuk, hatinya pecah dan lebam di seluruh tubuh kerana didera teruk pada 3 Mac 2010 - Petaling Jaya. k. Syafiah Humairah 3, mati dipukul, disepak dan dipijak pada 25 Februari 2010 - Shah Alam. k. Atan Daud 90, Sutiah Katas 80, Ismail Awang 76, dan Siti Khatijah Ismail 22 ditemui terbunuh dengan begitu kejam pada 5 Januari 2010 - Gemencheh, Negeri Sembilan. |
| Dulu Mahathir Guna Utusan Jatuhkan Pak Lah, Kini Hentam Najib Pula Posted: 17 Sep 2010 10:51 PM PDT Media milik Umno, Utusan Malaysia yang digunakan sebagai agen untuk memfitnah Pakatan Rakyat kini menjadi 'senjata makan tuan' apabila akbar itu mula merasai peranannya semakin mengkucar-kacirkan parti itu. Ujar beliau, bekas pemimpin Umno itu kini giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk satu ketika dahulu mendesak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi supaya melepaskan jawatannya. "Saya melihat ada satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib. Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan akhbar itu sebagai hak kebebasan bersuara. "Semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir mempunyai peranan di Utusan untuk melakukan gerakan seperti mana yang dilakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) satu ketika dahulu. "Tun Mahathir sewaktu krisisnya dengan Pak Lah mengatakan bahawa (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin lebih layak mengambil tempat Pak Lah kerana dia lebih berani daripada Najib untuk mendesak Pak Lah lebih cepat melepaskan jawatan," komen Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam laman blognya. Katanya lagi, Abdullah pula menganggap Muhyidin merupakan orang yang menikamnya dari belakang dengan kenyataan yang dibuat di Singapura, dengan menggunakan negara jiran itu untuk mengkrtitik kepimpinan beliau. Sehubungan itu Mahfuz berkata kini jelas kepada rakyat khususnya orang Melayu untuk menilai baik dan buruk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kononnya membela nasib orang Melayu. "Sekarang ini terserah kepada orang Melayu untuk membuat penilaian bahawa nasib kaum Melayu bukan menjadi satu agenda kepada mana-mana pihak untuk dijadikan landasan perjuangan tapi hanya sebagai alat untuk politik dalaman Umno. "Saya tidak nampak Perkasa membela nasib orang Melayu keseluruhannya, hanya sekadar merebut peluang di kalangan pemimpin mereka atas nama Melayu," kata beliau lagi. |
| PAS buktikan keadilan Islam untuk semua Posted: 17 Sep 2010 10:39 PM PDT Ini kerana, katanya PAS berjaya membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa keadilan Islam untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. "Sekarang ini, PAS telah mula melangkah selangkah ke depan. Di mana perjuangannya (Islam) diterima bukan sahaja kepada orang-orang Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam. "Islam memberi keadilan kepada semua, tidak kira bangsa Melayu, India, Cina dan sebagainya. Sama ada seseorang itu Islam atau tidak yang pasti Islam tetap akan memberi keadilan," jelasnya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai di perkarangan Pejabat PAS Dun berkenaan, Jalan Air Putih, di sini hari ini. Justeru itu, beliau mahukan agar semua rakyat di negara ini bersama-sama dengan PAS serta menyokong perjuangan yang dibawanya. Katanya, keadilan Islam yang dibawa oleh PAS tidak memihak hanya kepada satu bangsa sahaja tetapi untuk semua kaum di Malaysia. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menambah, parti itu membuka ruang bercakap, berbincang serta berunding dengan sesiapa sahaja tanpa menggadai dasar dan prinsip perjuangan Islamnya. Sempena majlis tersebut, beliau merasmikan pejabat baru Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai serta Pusat Khidmat Masyarakat di Tingkat 1, Taman Mohd Noor, Batu 1, Jalan Air Putih. Hadir sama ialah Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat, Naib Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Muslimat dan Pemuda PAS kawasan, Rohasni Husin dan Megat Suhaimi Megat Idrus. Hampir 5,000 masyarakat setempat termasuk kaum Tionghua hadir ke majlis rumah terbuka itu yang bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. |
| Nik Aziz tak tolak ada ulama, wartawan upahan Posted: 17 Sep 2010 10:33 PM PDT Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu wartawan dan ulama memainkan peranan yang seiring untuk menjamin keselamatan ummah di dunia dan akhirat.Mursyidul Am PAS itu berkata tanggungjawab kedua-dua golongan ini adalah sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah. "Tinggal lagi, ulama menyampaikan dakwah melalui lisan manakala wartawan menyebarkan maklumat melalui mata pena. "Oleh itu, mereka hendaklah bergerak seiring untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah dunia dan akhirat," katanya berucap di majlis dialog Menteri Besar Kelantan dengan wartawan anjuran Urusetia Penerangan Negeri, di Kota Bharu, malam tadi. Hadir sama, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Ladang Rakyat Dr Azmi Razali Azmi. Nik Abdul Aziz berkata beliau mahu golongan wartawan bertanggungjawab terhadap penulisannya kerana mereka juga akan turut dipersoalkan di akhirat kelak seperti ulama. Beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya ulama upahan seperti juga wartawan upahan kerana tidak menjalankan tugas berlandaskan etika kewartawanan dan sebagai ulama upahan, mereka tidak menyampaikan dakwah yang betul kepada umat Islam sebagaimana ajaran agama sebenarnya. Ditanya sama ada beliau akan terus menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau berkata, ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti. "Saya tidak pernah menawarkan diri untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya, kecuali pertama kali ketika kerajaan campuran BN-PAS, pada 1974," katanya. Menurutnya, keputusan sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya ke-13 nanti bergantung kepada kehendak pucuk pimpinan parti kerana beliau mengakui telah lama berkhidmat dalam parti dan semakin uzur. --Bernama |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan