Khamis, 9 September 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Keluarga Sosilawati berharap jutawan muncul selamat menjelang Syawal

Posted: 09 Sep 2010 09:00 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Ketika orang Islam bersiap sedia untuk menyambut Aidilfitri esok, bagi keluarga Datuk Sosilawati Lawiya yang hilang sejak 10 hari lalu, sambutan tahun ini tidak bermakna selagi tidak bertemu dengan jutawan kosmetik itu.

Menurut anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, tiada persiapan secara besar-besaran dibuat menyambut Aidilfitri tahun ini.

"Persiapan Aidilfitri tahun ini ala kadar sahaja kerana kami masih lagi bersedih dan menantikan perkembangan terbaru ibu.

"Saya dan adik-beradik berharap sempena Aidilfitri esok ibu dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru misteri kehilangan ibunya, Erni berkata setakat ini masih tiada perkembangan terbaru.

"Kami adik-beradik serah kepada polis untuk menyiasat perkara ini," katanya.

Sosilawati, 47, yang juga bekas isteri penyanyi Nash dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu selepas kali terakhir dilihat pada majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dua hari sebelum itu.

Turut hilang bersama beliau ialah peguam dari Tetuan Kamaruddin & Partners dari Putrajaya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank dari CIMB Bank Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan pemandu peribadi Sosilawati Kamaruddin Shansuddin, 44.

Polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya, Isnin lepas.

Terdahulu, polis mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kes Sosilawati.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata sehingga kini polis tidak menerima sebarang maklumat terbaru berhubung kes itu termasuk menerima laporan yang mendakwa Sosilawati mati dibunuh.

"Kita masih siasat lagi kes ini. Setakat ini polis masih belum menerima sebarang maklumat terbaru yang boleh membawa kepada penemuan mereka.

"Berhubung khabar angin yang mengatakan dia (Sosilawati) telah mati dibunuh, pihak saya langsung tidak mendengar perkara seperti itu. Apa-apa pun biar polis siasat dahulu," katanya.

Amaran Obama, bakar al-Quran akan ‘rangsang’ Al-Qaeda

Posted: 09 Sep 2010 08:45 AM PDT

WASHINGTON, 9 Sept - Presiden Barack Obama hari ini memberi amaran rancangan Pastor Terry Jones dari Florida untuk membakar al-Quran akan memberi nafas baru kepada rangkaian Al-Qeada untuk berkembang, sekali gus meningkatkan serangan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Sehubungan itu Obama menggesa Jones agar mengkaji semula rancangannya yang akan dilakukan Sabtu ini sempena ulang tahun kesembilan memperingati tragedi serangan pengganas di bumi Amerika.

"Tindakan macam ini satu bonanza bagi Al-Qaeda," kata Obama dalam program temu bual ABC, "Good Morning America".

"Anda mungkin berhadapan dengan keganasan serius di tempat-tempat seperti Pakistan atau Afghanistan.

"Ini akan menyebabkan pengambilan individu yang bersedia untuk meletupkan diri mereka di bandar-bandar di Amerika dan juga di Eropah," katanya. – Reuters

Aidilfitri: Anwar seru rakyat terus jana perubahan

Posted: 09 Sep 2010 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat negara ini yang akan menyambut Aidilfitri esok agar terus berusaha menjana perubahan supaya tidak tergelincir dari "fitrah yang murni dan luhur."

"Menjelang Syawal, saya mengambil kesempatan ini, mewakili keluarga dan Parti Keadilan Rakyat mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

"Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada.

"Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi," kata beliau dalam perutusan sempena Aidilfitri dikeluarkan hari ini.

Penasihat PKR ini menambah, sambutan Aidilfitri, salah satu dari maknanya adalah hari di mana "kita sedar dan kembali kepada fitrah, mengingatkan sesungguhnya kita dicipta sebagai makhluk yang penuh kasih sayang, bukannya kebencian."

Justeru kata beliau, Ramadan selama hampir sebulan itu sewajarnya memupuk nurani untuk menghindarkan rasa dengki, benci dan dendam.

"Sering diungkapkan bulan yang mulia itu madrasah ampuh buat melebur dinding hitam pekat yang merosak jiwa dan qalb, serta memangkin kemurnian agar kembali dengan rasa kasih yakni fitrah kita sebagai insan mahkluk kepada Pencipta Yang Agung.

"Malangnya sepanjang Ramadan, masih ada yang menabur kebencian, fitnah dan berharap untuk memecahbelahkan sesama kita," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Anwar menjelaskan, menuduh dan menuding menjadi amalan dan budaya.

"Tatkala masyarakat menginginkan jurang perbedaan dirapatkan, fitnah dan kebencian disemai rekayasa golongan pelampau yang alpa akan fitrahnya sebagai makhluk.

"Keangkuhan meresapi diri kerana merasa tidak terkalahkan dan ramai," kata beliau.

Selain blog Anwar, FMT dan laman Raja Petra turut digodam

Posted: 09 Sep 2010 08:22 AM PDT

Oleh Neville Spykerman

SHAH ALAM, 9 Sept – Blog Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama portal berita freemalaysiatoday.com (FMT) dan laman web Raja Petra Kamarudin tidak dapat diakses hari ini dipercayai ekoran serangan siber.

Penyelaras media kepada Anwar, Mohd Eekmal Ahmad juga mengesahkan blog ketua pembangkang itu tidak boleh diakses hari ini.

"Kami masih menyiasat punca gangguan tetapi ketiga-tiga insider dilihat terjadi secara kebetulan," katanya.

Editor FMT, K. Kabilan berkata portal itu berhadapan dengan gangguan Distributed Denial of Service (DDOS) sekejab-kejab sejak dua tiga minggu lalu sebelum tidak dapat diakses sama sekali mulai pukul 3 pagi tadi.

DDOS adalah satu bentuk serangan berterusan untuk mengelak laman web daripada berfungsi secara berkesan dengan menyalurkan permintaan-permintaan luaran secara berlebihan.

"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan hubungan hari ini," kata Kabilan kepada The Malaysian Insider.

Menurut Kabilan, laman web malaysia-today.net juga tidak dapat diakses ekoran gangguan sejak awal minggu ini.

Dalam pada itu, ketua pegawai teknikal FMT Thirun Nadason dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata pihaknya percaya yang DDOS adalah kerja mereka yang profesional dalam bidang ICT.

"Pasukan kami sedang mengambil tindakan untuk memastikan perkhidmatan boleh disediakan sedia kala tanpa gangguan," katanya.

Pengarang Urusan FMT Phllip Rodrigues mengecam tindakan itu.

"Ini kali kedua insiden seperti ini terjadi tetapi FMT tidak akan terganggu dengan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab dan akan terus membuat laporan tanpa rasa bimbang dan takut," katanya.

"FMT ingin memohon maaf kepada pembaca kami atas sebarang ketidakselesaan yang wujud," katanya.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu pihaknya telah mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam Negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik-pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Zeti Marziana Muhamed berkata bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lepas.

"SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu.

"Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko penggodaman sekiranya terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselmatan laman web," katanya.

Katanya pemilik laman web juga disaran mengambil langkah-langkah yang mencukupi supaya keselamatan web mereka terjamin dan diberi perhatian sewajarnya semasa cuti perayaan.

Anifah Aman Kata Khairy Mencari Publisiti Murahan

Posted: 09 Sep 2010 03:30 AM PDT

Duta Besar Malaysia Ke Indonesia Tidak Akan Dipanggil Pulang - Anifah Aman

PUTRAJAYA: Duta Besar Malaysia ke Indonesia tidak akan dipanggil pulang kerana tindakan itu hanya akan memburukkan hubungan harmoni antara kedua-dua negara yang terjalin sekian lama, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Mengulas saranan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, beliau berkata gesaan tersebut bertujuan mencari publisiti murahan yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

"Memanggil duta kita pulang adalah langkah terakhir sebelum kita memutuskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Saya tidak pasti sama ada Khairy tahu atau tidak mengenai perkara ini.

"Dia mungkin seorang yang pandai, tapi tidak bermakna dia seorang yang bijak," katanya pada sidang media di Wisma Putra, di sini hari ini.

Khairy sebelum ini menggesa agar Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.

Beliau turut mendakwa Anifah sebagai tidak tegas dalam mengeluarkan kenyataan mengenai keselamatan kedutaan Malaysia dan tidak menyampaikan kepada Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa mengenai perkara itu dalam pertemuan kedua-dua pemimpin Isnin lepas.

Mengulas lanjut, Anifah berkata kenyataan Khairy itu menunjukkan Ketua Pemuda Umno tersebut tidak mengikuti perkembangan isu.

"Kita tidak sepatutnya masuk dalam perangkap jenis ini. Dia masih muda dan banyak lagi yang perlu dipelajari mengenai diplomasi," katanya.

Anifah berkata semua pihak harus memahami bahawa dalam isu 'Ganyang Malaysia' oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.

Beliau juga berkata sudah tidak ada sebarang tunjuk perasaan dilakukan BENDERA di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sejak Selasa lepas, iaitu satu perkembangan baik yang diharap berterusan.

Dalam perkembangan lain, Anifah menyifatkan bahawa rancangan sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai memperingati tragedi 11 September sebagai biadap.

"Malaysia mengutuk tindakan itu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang paderi. Saya pasti kerajaan Amerika Syarikat mengetahui pendirian orang Islam di seluruh dunia mengenai perkara ini.

"Wisma Putra akan menyatakan pendirian berhubung perkara ini," katanya. - BERNAMA

Jangan Timbulkan Spekulasi Berhubung Kehilangan Sosilawati

Posted: 09 Sep 2010 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya sejak 30 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata sehingga kini polis tidak menerima sebarang maklumat terbaru berhubung kes itu termasuk menerima laporan yang mendakwa Sosilawati mati dibunuh.

"Kita masih siasat lagi kes ini. Setakat ini polis masih belum menerima sebarang maklumat terbaru yang boleh membawa kepada penemuan mereka.

"Berhubung khabar angin yang mengatakan dia (Sosilawati) telah mati dibunuh, pihak saya langsung tidak mendengar perkara seperti itu. Apa-apa pun biar polis siasat dahulu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ekoran kejadian itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya, Isnin lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah menyalurkan maklumat yang diperolehi daripada saksi-saksi berhubung kes terbabit kepada polis Kuala Lumpur (KL).

"Kes ini adalah di bawah siasatan pihak polis KL. Namun apa juga bantuan...apa sahaja kerjasama yang diperlukan kita akan beri dan itu memangamalan pasukan polis.

"Ada maklumat yang telah disalurkan pada pihak kita dan kita telahpun salurkan (maklumat itu) kepada polis KL termasuk maklumat yang diperolehi dari saksi di Banting berhubung kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota trafik yang bertugas di khemah Ops Sikap di Sungai Buloh.

Tinjauan Bernama di perkarangan rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak dekat sini mendapati rumah itu lengang dan hanya terdapat beberapa individu dipercayai saudara dan kenalan rapat yang berada di rumah berkenaan. - BERNAMA

Aliran trafik lebuh raya dijangka sesak lewat petang

Posted: 09 Sep 2010 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kini semakin meningkat dan keadaan dijangka bertambah sesak menjelang lewat petang ini apabila semakin ramai warga kota memulakan perjalanan balik kampung sempena sambutan Aidilfitri esok.

Jurucakap trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dijangka bermula lewat petang memandangkan hari ini masih ramai warga kota yang bekerja dan masing-masing akan memulakan perjalanan selepas waktu pejabat.

"Aliran menuju ke Kuantan dan Lebuhraya Pantai Timur masih lagi terkawal sekalipun jumlah kenderaan meningkat. Setakat ini tiada nahas jalan raya dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu laman web LLM melaporkan aliran trafik menghala ke selatan semakin sibuk terutama di antara Nilai dan Seremban.

Bagaimanapun laluan trafik ke utara masih lancar sehingga tengah hari ini, kata laman web itu. — Bernama

Mesej Aidilfitri: Guan Eng bertekad martabatkan negeri, orang Melayu

Posted: 09 Sep 2010 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri, yang kini berusia dua setengah tahun, akan berusaha untuk memartabatkan rakyat Pulau Pinang dan orang Melayu dalam memiliki dinamik, Kepakaran dan usahawanan.

Dalam perutusan Aidilfitri dikeluarkan hari ini, Lim berkata sebarang perbezaan fahaman politik boleh dibincang atau dibahaskan, bukannya dibenci atau dihina dan bukannya dikenakan tindakan undang-undang atau didiskriminasikan oleh mereka yang berkuasa.

"Kata-kata perkauman yang menghina maruah dan harga diri warga Malaysia perlu dihentikan serta-merta.

"Tuduh-menuduh antara kaum dan agama tidak akan dapat merapatkan hubungan kita sebagai rakyat yang cintakan Malaysia.

Lim (gambar) berkata, beliau sedih kerana sepanjang bulan Ramadan yang berakhir hari ini, masih ada anasir-anasir yang sanggup mencemarkan kesucian bulan puasa dengan fitnah dan pembohongan perkauman dan agama di mana beliau sendiri sekali lagi menjadi mangsanya.

"Sedih sungguh apabila kemurnian Ramadan dikotorkan oleh segelintir manusia yang gelap hati mereka," katanya.

Sehubungan itu kata Lim, beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pusat yang telah berjanji untuk menangani masalah perkauman supaya benar-benar berani melaksanakan langkah-langkah tegas.

"Tidak boleh ada pilih kasih. Yang bersalah, sama ada dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya atau pun dari kalangan penganut apa-apa agama, perlu dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang atas prinsip keadilan.

"Memerangi masalah perkauman dan amalan agama yang ekstrem bukan sekadar soal politik kepartian.

"Ia adalah isu nasional yang harus ditangani bersama oleh setiap warga yang prihatin kepada keadilan dan demokrasi," katanya.

Lim juga berkata di negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri akan berusaha untuk martabatkan rakyat Pulau Pinang dan orang Melayu memiliki daya dinamik, daya kepakaran dan daya keusahawanan.

"Peruntukan untuk hal ehwal Islam telah bertambah daripada RM12.5 juta pada 2008 kepada RM24.3 juta pada 2010," katanya.

Di antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri adalah mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender.

"Jelas hanya kontraktor Umno yang tidak dapat berdaya saing," katanya lagi.

Kata beliau, kerajaan negeri juga akan menubuhkan Majlis Sains Pulau Pinang yang menggalakkan pelajar pintar dan menubuhkan Penang Tech Center yang menonjolkan pencapaian industri di sini agar menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemeralangan sains dan teknologi.

Selain itu menurut beliau kerajaan negeri juga akan memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru kafa dan mengiktiraf para huffaz.

Lim menambah, pihaknya juga akan menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan dan memberikan bantuan mikrokredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

Bapa kanak-kanak maut mengaku salah miliki bahan letupan

Posted: 09 Sep 2010 12:30 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 9 Sept — Bapa kepada Khairul Arif Ayub, 6, kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian letupan mercun di sini baru-baru ini mengaku salah atas dakwaan memiliki bahan letupan terdiri dari mercun dan bunga api.

Ayub Abd Rahman, 29, mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Erman Che Mat, di sini, hari ini.

Ayub, seorang buruh, didakwa memiliki mercun dan bunga api di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada pukul 3 petang 22 Ogos lepas.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketika merayu jaminan dikurangkan, Ayub berkata beliau memiliki wang yang banyak kerana hanya bekerja sebagai buruh dan kes letupan itu turut melibatkan anak tunggalnya.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda sebelum itu menawarkan jaminan sebanyak RM2,000.

Mohd Erman yang membenarkan jaminan sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin menetapkan 22 September ini untuk tarikh jatuh hukum.

Turut kelihatan berada di mahkamah isteri tertuduh, Kamariah Sufian, 25.

Media melaporkan dalam kejadian letupan pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, Khairul Arif maut selepas dikatakan tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter akibat letupan di sebuah rumah yang dikatakan dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api itu.

Kanak-kanak itu cedera parah di kepala mati di tempat kejadian manakala dua pemuda Mohd Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29, turut mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini. — Bernama

Ibrahim Ali Tidak Perlukan UMNO!

Posted: 09 Sep 2010 12:00 AM PDT

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan lebih tegas hari ini berbanding semalam berkata, pertubuhan bukan kerajaan pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik.

"Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa," kata beliau dalam kenyataan SMS susulan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.

"Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun semalam, Ibrahim (gambar) yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: "Tidak perlu. Ini sudah cukup."

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.

"Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

"Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami," kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

"Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi," katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ibrahim berkata, Perkasa akan terus berjuang untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

"Saya percaya, jika Perkasa tidak wujud, sokongan bukan Melayu kepada BN pun sama selepas pilihan raya umum ke-13 kerana komponen BN, terutama pemimpinnya ada macam-macam rekod yang rakyat tolak dan janji PKR kepada mereka... nampak pasti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya.

Ibrahim juga mendakwa Perkasa cuma memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangannya iaitu mempertahankan perlembagaan negara dan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, salah guna kuasa, sistem penyampaian cekap, mesra rakyat dan pemimpin atau wakil rakyat yang amanah, mesra rakyat, tidak rasuah, bermoral, tidak maksiat dan bertaqwa

KENYATAAN MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

Posted: 08 Sep 2010 11:26 PM PDT

PEJABAT SULTAN KELANTAN

KENYATAAN MEDIA

Assalamualaikum w.b.t.

1. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama pihak media kepada Pejabat Sultan yang sebahagian besar telah membuat liputan baik kepada aktiviti-aktiviti istana sepanjang masa. Saya ingin memaklumkan sekalian orang ramai bahawa Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada sekalian rakyat Negeri Kelantan.

2. Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan amat gembira kerana rakyat Kelantan berada dalam keadaan sejahtera dan keadaan negeri yang aman makmur. Baginda juga berharap rakyat Kelantan yang berada di perantauan dapat pulang berhari raya bersama keluarga dengan selamat dan ceria. Ingatan Tuanku agar sekalian rakyat menjaga keselamatan keluarga semasa berada di rumah dan dalam perjalanan pulang berhari raya.

3. Saya ingin memaklumkan sekalian orang ramai bahawa Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan akan berangkat menziarahi Makam Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab II sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri (09 September 2010 bersamaan 30 Ramadhan 1431H), jam 6.00 petang.

4. Adalah dimaklumkan bahawa Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan akan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, pada pukul 8.15 pagi. Sekalian kaum Muslimin dan Muslimat bolehlah menghadap dan berhari raya dengan Baginda selepas sahaja Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri di masjid tersebut.

5. Kemudian Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan akan berangkat ke Makam D'Raja Langgar pada pukul 10.00 pagi pada Hari Raya Pertama.

6. Kemudian Tuanku akan ke Istana Negeri untuk kaum Muslimin dan Muslimat serta orang-orang yang beragama lain (lelaki dan perempuan) berhari raya dengan Baginda dari pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

7. Saya juga ingin memaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadhan 1431H yang lepas, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah berkenan mencemar duli dengan melawat dan berbuka puasa di seluruh jajahan dalam negeri Kelantan. Sempena majlis berbuka puasa itu juga, Baginda telah menyampaikan pelbagai sumbangan kepada rakyat jelata Baginda yang memerlukan. Ini menunjukkan keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat. Tuanku amat gemar membuat kebajikan dan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan sepanjang bulan Ramadhan.

Berikut merupakan ringkasan program Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan sepanjang bulan Ramadhan 1431H:

15-08-2010 (Ahad) 05 Ramadhan 1431H:
4.35 ptg: Solat Fardhu Asar, Pengurniaan Bantuan: Masjid Mukim Perupok, Daerah Perupok, Bachok
7.27 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Tepus, Daerah Gunong, Bachok

16-08-2010 (Isnin) 06 Ramadhan 1431H:
8.34 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Taman Tanjong Chat, Kota Bharu

17-08-2010 (Selasa) 07 Ramadhan 1431H:
6.50 ptg: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Jeram, Daerah Jeram, Pasir Puteh

18-08-2010 (Rabu) 08 Ramadhan 1431H:
6.45 ptg: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Kok Keli, Daerah Sungai Pinang, Tumpat

19-08-2010 (Khamis) 09 Ramadhan 1431H:
8.32 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Bunut Payong, Kota Bharu

20-08-2010 (Jumaat) 10 Ramadhan 1431H:
1.17 tgh: Solat Fardhu Jumaat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu
7.25 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa, Kota Bharu

21-08-2010 (Sabtu) 11 Ramadhan 1431H:
8.31 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Kota, Kota Bharu

22-08-2010 (Ahad) 12 Ramadhan 1431H:
6.45 ptg: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Pasir Genda, Paloh, Tanah Merah

23-08-2010 (Isnin) 13 Ramadhan 1431H:
6.30 ptg: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Galang, Pulai Chondong, Machang

24-08-2010 (Selasa) 14 Ramadhan 1431H:
7.23 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan, Kota Bharu

25-08-2010 (Rabu) 15 Ramadhan 1431H:
7.24 mlm: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Batu Papan, Gua Musang

30-08-2010 (Isnin) 20 Ramadhan 1431H:
7.21 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Stadium Sultan Mohamed Ke IV, Kota Bharu

31-08-2010 (Selasa) 21 Ramadhan 1431H:
7.21 mlm: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Kampung Rahmat, Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai

01-09-2010 (Rabu) 22 Ramadhan 1431H:
7.20 mlm: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Teliar, Bunut Susu, Pasir Mas

02-09-2010 (Khamis) 23 Ramadhan 1431H:
8.25 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kota Bharu

03-09-2010 (Jumaat) 24 Ramadhan 1431H:
1.13 tgh: Solat Fardhu Jumaat: Masjid Mukim Telok Jering, Tumpat
7.19 mlm: Majlis Berbuka Puasa bersama Penghulu dan Penggawa: Istana Balai Besar, Kota Bharu

04-09-2010 (Sabtu) 25 Ramadhan 1431H:
7.18 mlm: Majlis Pengurniaan Bantuan, Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Mukim Ayer Lanas, Jeli

05-09-2010 (Ahad) 26 Ramadhan 1431H:
7.18 mlm: Majlis Berbuka Puasa dan Solat Fardhu Maghrib bersama Pegawai Tadbir Negeri dan Pegawai Tadbir Agama Negeri: Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu
8.23 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Kota Darul Naim, Kota Bharu

06-09-2010 (Isnin) 27 Ramadhan 1431H:
7.17 mlm: Majlis Berbuka Puasa dan Solat Fardhu Maghrib: Istana Balai Besar, Kota Bharu

07-09-2010 (Selasa) 28 Ramadhan 1431H:
7.17 mlm: Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid An-Nur, Pasir Pekan, Tumpat

08-09-2010 (Rabu) 29 Ramadhan 1431H:
8.23 mlm: Solat Fardhu Isyak dan Solat Terawih: Masjid Al-Muttaqin, Kota Bharu

09-09-2010 (Khamis) 30 Ramadhan 1431H:
4.17 ptg: Solat Fardhu Asar: Masjid Kampung Laut, Sungai Pinang
Ziarah keluarga Allahyarhamah Zainab Bt Mahmod yang meninggal di Port Dickson: Kampung Pulau Kerbau, Sungai Pinang
5.00 ptg: Berangkat Menziarahi Makam Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab II: Makam D'Raja Langgar, Kota Bharu
8.15 mlm: Solat Sunat Tasbih: Masjid Muhammadi, Kota Bharu

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

DATO' HJ. ABDUL HALIM BIN HJ AHMAD
Pengelola Istana D'Raja
Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan
Bertarikh: 08 September 2010

Wajarkah Mahasiswa Berpolitik?

Posted: 08 Sep 2010 06:00 PM PDT

www.iluvislam.com
Oleh: m_chaoz007

Rasanya isu ini telah lama muncul. Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diwujudkan ketika era mantan perdana menteri Tun Doktor Mahathir Mohamad dulu, telah ada suara-suara yang mendesak agar akta ini dimansuhkan. AUKU didakwa menekan dan menyekat suara golongan mahasiswa. Beberapa hari lepas isu ini timbul lagi buat kesekian kalinya berikutan kebenaran yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada guru sekolah untuk menyertai politik . Akta Universiti dan Kolej Universiti boleh diumpamakan seperti peraturan sekolah dulu. Apalagi tujuannya kalau bukan untuk mendisiplinkan pelajar itu sendiri.

Salah satu fasal yang terkandung di dalamnya ialah larangan terhadap mahasiswa untuk berpolitik kepartian.

15 (5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap :

a. Mana-mana parti politik sama ada di ada di dalam atau di luar Malaysia.

Ketika kempen pilihnraya Parlimen Hulu Selangor beberapa bulan yang lalu, 4 orang mahasiswa UKM telah didakwa di mahkamah universiti atas kesalahan seperti dalam akta yang saya nyatakan tadi.

Kelmarin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan akan kesediaan kerajaan untuk berbincang dengan semua pihak termasuk daripada wakil mahasiswa bagi meminda AUKU yang dilihat sebagai penghalang kepada mahasiswa untuk menyatakan pendirian dan pendapat mereka tentang sesuatu isu yang berlaku di Negara kita.Tujuan utamanya adalah untuk melonggarkan peraturan sedia ada supaya mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik kepartian.

Jujurnya , saya berminat mengambil tahu perkara berkaitan politik dan isu semasa di negara ini selepas PRU 2008 lalu yang memperlihatkan keadaan politik negara yang tidak stabil.Tapi tak bermakna saya berminat untuk berpolitik dan jauh sekali bercita-cita untuk menjadi ahli politik ! Tapi tahukah anda, mengambil tahu hal berkaitan politik merupakan salah satu tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia? Sebab dengan kesedaran politiklah yang bakal menentukan siapa yang bakal anda undi ketika pilihanraya umum nanti.Malaysia merupakan Negara demokrasi.Jadi kita bebas untuk memilih mana-mana parti yang kita rasa selari dengan kehendak dan aspirasi sendiri.

Secara umumnya saya menyokong agar akta ini dipinda untuk membolehkan mahasiswa terlibat dengan politik.Ketika ini, rata-rata mahasiswa tidak mengambil tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Tumpuan hanya pada pelajaran dan perkara lain. Apa-apa isu semasa pun ada yang tak tahu langsung. Tiadanya link yang kuat antara mahasiswa dan parti politik menyebabkan masalah dan suara mereka tidak mendapat perhatian kerana kebanyakan pemimpin politik sendiri sudah 'berusia emas'. Keluhan dan cadangan dipandang sepi.

Suara mahasiswa tak sepatutnya dipinggirkan. Pepatah orang tua lebih banyak makan garam tak sepatutnya menjadi alasan. Jika kita lihat majoriti pemimpin kerajaan dan pembangkang ketika ini adalah seorang yang aktif berpersatuan dan berpolitik ketika zaman belajar mereka dulu. Lagipun AUKU belum wujud lagi masa tu. Maka, apa salahnya jika peluang yang sama diberikan kepada mahasiswa sekarang? Demokrasi yang sihat harus diterapkan dari awal agar kematangan kita dalam berfikir juga dididik dari awal lagi.

Namun setiap kebebasan ada hadnya. Cadangan ini harus diperhalusi dengan mendalam agar kebebasan mahasiswa terjamin dan pada masa yang sama ianya tidak disalahgunakan oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Idea dan saranan terpulang kepada pihak yang dijemput untuk bermuzakarah nanti. Mahasiswa yang bercita-cita hendak menyertai politik jangan abaikan pelajaran pula.Ingatlah, amanah ibu bapa besar juga.

Bulan takkan terbelah bagi kali kedua...

Posted: 08 Sep 2010 05:00 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzAKqrmYYqn-a5_uhdoAg0Iv9d-JI2uEE74X7gMJoBSRcIdIkG7md0kn-61n5Usm0ws0AJYPe-tZsmdvEtZzVnoK0bbgAe9jBIxqJczM2aQJMisivBvIJDsY0IawtbstGctyQ8eiU_obyn/s320/IMG00046-20100908-1237.jpg

1. Antara mukjizat Nabi Muhammad s.a.w kepada kaum Quraish sebagai bukti kenabiannya ialah terbelahnya bulan.

2. Mukjizat itu hanyalah sekali sahaja..

3. Dalam politik kepartian di Malaysia parti Islam yang berlambangkan bulan purnama penuh pernah "retak" dan terbelah dua dalam tahun 1980-an.

4. Peristiwa itu dirakamkan oleh seorang penulis Halim Mahmood. Dengan kulit buku melambangkan bulan yang retak dan gambar Asri dan Hj Hadi.

5. Matan presiden Pas ketika itu menghadapi tentangan dari dalam Pas oleh "young turk" yang diketuai oleh TG Nik Abdul Aziz dan TG Hj Abdul Hadi.

6. Akhirnya presiden Pas yang berjaya membawa kepada 'unity goverment' dengan BN selepas sengketa kaum 1969 tersingkir selepas revolusi dalaman Pas.

7. Ramai generasi muda Pas pasca-kepimpinan ulamak tentu sudah lupa peristiwa ini.

8. Tetapi jika dibuka buku 'Asri Dalam Dilema' kita akan dihidangkan dengan detik-detik kejatuhan 'parti Asri sekeluarga'.

9. Bulan retak akibat 'unity goverment' dengan BN yang diarkitekkan oleh Asri dan Tun Razak.

10. Ada yang beranggapan roda kitaran Pas berputar dengan dulunya Hj Hadi menentang polisi Asri berbaik dengan Umno. Sekarang beliau cuba melakar polisi berbaik dengan Umno dan menjadi mesra polisi Asri seperti zaman kritikal dahulu.

11. Walaupun saya dalam beberapa posting mengambarkan mesra 'unity goverment' saya tidak lupa peristiwa ini.

12. Peristiwa inilah yang menyebabkan beberapa pemimpin Pas phobia dengan idea 'unity goverment' kerana "bulan takkan terbelah untuk kali keduanya".

[Sumber]

American Church Will Go Ahead Burning Quran on 911 American Church Will Go Ahead Burning Quran on 911

Posted: 08 Sep 2010 04:00 PM PDT

http://www.fatihsyuhud.com/images/downloads/quran-buning-300x214.jpg

An American church to go ahead with Sept. 11 2010 Quran burning. Well, three days to go.

A Christian minister vowed Tuesday to go ahead with plans to burn copies of the Quran to protest the Sept. 11 terrorist attacks despite warnings from the White House and the top U.S. general in Afghanistan that he would endanger American troops overseas.

Pastor Terry Jones of the Dove World Outreach Center, which has about 50 members, said he understands the government's concerns but plans to go forward with the burning Saturday to mark the ninth anniversary of the attacks.

He left the door open to change his mind, saying he is still praying about his decision, which was condemned Tuesday by an interfaith coalition that met in Washington to respond to a spike in anti-Muslim bigotry.

Picture of Terry Jones the priest who initiate and lead the International Quran burning Day

Tiada ulasan: