DUNIACACAMARBA |
- SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
- Orang Gemuk Lebih Hebat di Ranjang!
- Hampir 100 KEMATIAN Selepas 6 Hari Ops Sikap!
- Misteri Kehilangan Jutawan Kosmetik: "Nak duit minta, jangan curi"
- Tutup "The Malaysian Insider"? Ceteknya Hujah!
- UMCO & Parti Komponen BN Jauhi PERKASA. Mungkinkah Ibrahim Ali & Geng Tubuh Parti Baru?
- Adakah Musa Hassan Menyindir diri sendiri...
| Posted: 09 Sep 2010 06:00 AM PDT SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ikhlas daripada: tayadih maysia @ aisyam hidayat Lepas baca, kliklah sekali: | ||
| Orang Gemuk Lebih Hebat di Ranjang! Posted: 09 Sep 2010 12:30 AM PDT Jangan marah lelaki kurus! Berdasarkan kajian selama setahun terhadap prestasi seksual lelaki, para penyelidik mendapati bahawa lelaki dengan indeks massa tubuh lebih tinggi bertahan tujuh minit lebih lama daripada rakan-rakan mereka yang kurus. Alasan dan sebabnya: Lelaki gemuk mempunyai lebih banyak hormon wanita. Apa? Rupa-rupanya estrogen melambatkan orgasme lelaki. Oleh itu, lelaki gemuk lebih feminin (berdasarkan kajian), tetapi lebih hebat untuk memuaskan pasangan mereka. Moga-moga pendedahan ini tidak mendorong anda menjadi gemuk! Malah saiz badan juga sering dijadikan pengukur saiz alat sulit lelaki. Oleh itu, secara jujurnya, saiz badan bukanlah penentu utama untuk "membahagiakan" si isteri. Selain "sihat" walafiat, pengalaman dan keazaman suami penting untuk mencapai kepuasan yang digelar sebagai "nikmat dunia". | ||
| Hampir 100 KEMATIAN Selepas 6 Hari Ops Sikap! Posted: 08 Sep 2010 11:16 PM PDT Hati-hati! Saya petik: [Bernama] KUALA LUMPUR, 9 Sept — Sebanyak 18 kematian dicatat pada hari keenam Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula Jumaat lepas meningkat kepada 95 orang setakat ini. Laporan menerusi laman web Polis Diraja Malaysia mencatatkan mereka yang terkorban ialah tujuh masing-masing penunggang motosikal dan pengguna kereta, lori (dua), dan masing-masing seorang penumpang bas dan pejalan kaki. Selain itu sebanyak 1,336 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 177 di lebuh raya, 340 di jalan persekutuan, 222 di jalan negeri, 517 jalan bandaran dan 80 lagi di jalan-jalan lain. Sebanyak 8,772 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya setakat ini. Ops Sikap ke-22 sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan berakhir pada 17 September ini | ||
| Misteri Kehilangan Jutawan Kosmetik: "Nak duit minta, jangan curi" Posted: 08 Sep 2010 09:23 PM PDT Saya petik: [HM] BATU PAHAT: "Aku dah kena tipu. Kau bayangkan, setiap bulan kebelakangan ini untung meniaga tak nampak...lepas bayar duit elektrik dan air, sudah tidak ada duit simpanan. | ||
| Tutup "The Malaysian Insider"? Ceteknya Hujah! Posted: 08 Sep 2010 07:58 PM PDT Saya malas mengulas panjang tentang kebodohan & kebangangan orang yang menyeru agar SKMM menutup portal berita TMI. Walhal isu ini mudah sahaja. Jika TMI menyiarkan berita yang tidak benar, sila saman portal berita itu, bukannya menyeru pihak berkuasa menutup portal berita tersebut. Lainlah berita yang disiarkan itu benar dan memberikan ancaman besar kepada UMCO & geng untuk memenangi PRU 13 nanti. Cuba selidik akhbar Utusan Malaysia, berapa banyak saman yang sedang dan telah dihadapinya selama ini? Terbaru, Lim Guan Eng dan Ustaz Zakaria berura-ura untuk menyaman Utusan berkaitan dengan isu Bazar Ramadan di Komtar dan isu doa khutbah Jumaat. Seingat saya, ada beberapa tokoh politik menang kes saman terhadap UM termasuklah YB Dato Mahfuz. Ringkasnya, daripada mengharamkan sesebuah penerbitan, bukankah lebih baik menyaman penerbitan itu jika maklumat yang disalurkan tidak benar? Kebebasan media terpelihara, maruah dan kebenaran terbela. Jika mereka berkeras mahu menutup TMI, tutup juga Utusan dan TV3 kerana kedua-dua media ini juga membawa "unsur negatif kepada rakyat dan negara". Saya petik: [UM] KUALA LUMPUR 8 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menutup operasi portal berita The Malaysian Insider kerana berita-berita yang disiarkan selama ini didakwa dilakukan secara semberono, tidak beretika dan berasaskan fakta. | ||
| UMCO & Parti Komponen BN Jauhi PERKASA. Mungkinkah Ibrahim Ali & Geng Tubuh Parti Baru? Posted: 08 Sep 2010 07:32 PM PDT
[BH] PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum. | ||
| Adakah Musa Hassan Menyindir diri sendiri... Posted: 08 Sep 2010 05:00 AM PDT apabila dia menegaskan dan mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun "menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar". "Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan. "Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini.? Mungkin semasa berucap, dia terlupa akan Drama Liwat 1 dan Hikayat Angkut Tilam. |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan