Khamis, 9 September 2010

Biaqpila

Biaqpila


Perutusan Eidul Fitri Presiden PAS

Posted: 09 Sep 2010 09:00 AM PDT


Assalamu'alaikum. Selamat menyambut hari raya Eidilfitri. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan.

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban.

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab.

Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.

Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Eidul Fitri.



BO

Selamat Hari Raya

Posted: 09 Sep 2010 07:00 AM PDT



SALAM AIDILFITRI,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MANA JUA ANDA BERADA.

BAGI YANG TELAH BERADA DI KAMPUNG HALAMAN,ALHAMDULILLAH KERANA TELAH SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI.KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG AKAN BERGERAK BALIK KE KAMPUNG JANGAN LUPA BACA DOA NAIK KENDERAAN SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN.SEMOGA ANDA SENTIASA BERWASPADA DI JALANRAYA.SEDIKIT KELALAIAN MENDATANGKAN BANYAK MUSIBAHNYA.SAYANGILAH NYAWA ANDA DAN NYAWA ORANG LAIN.JANGAN JADIKAN DIRI KITA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA STATISTIK KEMALANGAN MAUT.

DI SAMPING KITA BERGEMBIRA,JANGANLAH DILUPAKAN PADA YANG MERANA.HULOQ-HULOQ LA SEDEKAH KEPADA YANG MEMERLUKANNYA.

SEMPENA AIDILFITRI INI JUGA,KREW BLOG INI INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA DAN SEBAGAINYA SELAMA BERBLOGGING NI....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.



Sokongan bukan Melayu paling kritikal pada BN

Posted: 08 Sep 2010 11:00 PM PDT

Muhammad Yusri Amin


KOTA BHARU, 8 Sept: Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sokongan orang bukan Melayu kepada Umno Barisan Nasional (BN) sekarang berada pada tahap paling kritikal.

Ini, katanya menyebabkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) mengeluarkan kenyataan kononnya PAS adalah parti ekstrem.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri menegaskan kenyataan itu dikeluarkan apabila dilihat sokongan rakyat bukan Melayu kini lebih memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Statement itu dibuat oleh pihak pemimpin yang tidak lagi berada di dalam kepimpinan Umno seperti Zam itu.

"Tujuan dia memang jelas di mana sekarang ini sokongan orang bukan Melayu kepada Umno BN sudah di peringkat yang paling kritikal. Itu sajalah puncanya," katanya kepada media selepas mempengerusikan satu sidang media khas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sini, pagi tadi.

Zainuddin mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merampas harta-harta orang Cina semasa tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pula, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia.

Ekoran itu laporan polis dibuat Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib (2 September), Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di Balai Polis Sungai Senam (2 September), Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yakub Abu Seman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar (2 September) dan Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Jamid Jamah di Balai Polis Batu Pahat (5 September).

"Sekarang ini sokongan rakyat bukan Melayu lebih memihak kepada Pakatan Rakyat yang mengandungi parti campuran Melayu iaitu PAS dan juga parti campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP iaitu parti yang didominasi orang-orang Cina.

"Jadi statement-statement seumpama itu, pada pandangan saya ialah statement yang cuba untuk memecahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat, itu saja, dengan harapan apabila orang Melayu marah kepada PAS maka PAS akan berpecah dan mengharap PAS sendiri akan menimbulkan pertelingkahan terhadap PKR dan DAP. Saya fikir, itu sajalah sebabnya," kata Takiyuddin.

HD

Polis ada petunjuk

Posted: 08 Sep 2010 09:00 PM PDT


SHAH ALAM: Polis percaya jutawan dan pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu yang dilaporkan hilang bersamanya sejak 30 Ogos lalu, masih berada dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata berdasarkan maklumat pihaknya juga yakin dapat menemui Sosilawati dan tiga individu berkenaan.

"Kita ada maklumat tertentu. Insya Allah kita akan dapat jumpa mereka,"
katanya pada sidang media selepas menghadiri perbarisan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam, sempena persaraan beliau 12 September ini.

Musa bagaimanapun berkata, maklumat itu tidak boleh didedahkan kerana ia mungkin membahayakan nyawa mereka.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kehilangan Sosilawati, 47, serta peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 47 dan pegawai CIMB Bank Norhisham Mohammad, 38.
Sosilawati yang juga bekas isteri penyanyi Nash, dilaporkan hilang selepas keluar bersama tiga individu terbabit dipercayai untuk menjalankan urusan pembelian tanah di Banting.

Difahamkan, mereka menaiki dua kereta mewah jenis BMW X5 hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati dan BMW 525i bernombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil.

Kereta Sosilawati ditemui di kawasan letak kereta Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di Subang Jaya, malam kelmarin, manakala kereta Ahmad Kamil pula ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS1, Subang Jaya tidak lama selepas itu.

Musa berkata, siasatan terhadap kereta itu tidak menemui sebarang kesan mencurigakan, termasuk kemungkinan mangsa diculik.

"Insya Allah beliau selamat dan polis masih menyiasat perkara ini. Kita tidak boleh buat agak-agak apa yang berlaku sama ada diculik atau ada apa-apa yang berlaku lagi.

"Bagaimanapun, polis akan mendapatkan keterangan semua keluarga Sosilawati untuk mendapatkan maklumat siapa yang beliau sudah jumpa sebelum dilaporkan hilang," katanya.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesan individu dipercayai seorang peguam yang dikatakan akan ditemui Sosilawati untuk urusan perjanjian kontrak jual beli hartanah berkenaan.

BH

Alat BN: Buka mulut setelah tarikh bersara diumum

Posted: 08 Sep 2010 07:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Sept: Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ia sudah cukup memberitahu rakyat apa yang berlaku di sebalik pemerintahan BN di Putrajaya.

"Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.

Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri.

Baginya, memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman.

Ini, ujarnya tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan pengganti itu ibarat tindakan "habis madu sepah dibuang".

Tambahnya, Musa begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan Umno Bahagian Tampin.

"Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009.

"Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM3 juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontroversi," ujarnya lagi.

PAS, katanya melihat Musa telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama kerajaan.

Namun, beliau berkata, cetusan rasa tidak puas hati yang disebutkan Musa baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota polis di bawah pentadbiran BN.

Idris menambah, tangan dan kaki Musa terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik.

"Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya campur tangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam kerajaan yang mengganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah," ujarnya.

Beliau berkata, rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran itu.

Katanya, kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.

Justeru, beliau menambah, PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN.

Jika tidak, ujarnya mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

HD


SUAP Buat Laporan Polis Terhadap TV3

Posted: 08 Sep 2010 05:00 PM PDT

KUANTAN 8 Sept - Suara Anak Pahang (SUAP) membuat satu laporan polis berhubung penyiaran iklan hari raya oleh sebuah stesen televisyen swasta yang didakwa menghina umat Islam di negara ini.

Laporan polis itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak SUAP, Mohd Shukri Mohd Ramli kira-kira 3 petang semalam di Ibupejabat Polis Daerah Kuantan.
Mohd Shukri berkata pihaknya mahu satu siasatan dijalankan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam penerbitan iklan itu.

"Biarpun kemaafan telah dibuat oleh pihak TV3, namun begitu kes yang cukup biadap ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi kesucian Islam di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kuantan.

Katanya iklan yang disiarkan mulai 2 Sept lalu sebelum ditarik balik tiga hari kemudian tidak wajar diterbitkan untuk siaran tanpa sebarang penapisan oleh pihak berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang memfailkan saman terhadap Pengarah Kreatif TV3, Pengarah Urusan TV3, Media Prima dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung kes itu.

Bernama

Tiada ulasan: