Kelab Greenboc |
- Ahli UMNO Diseru Sertai PAS - TGNA
- Media Keadilan Juga Hentam Zaid, Mana JPP?
- Kekosongan Kerusi Galas Telah Dimaklum Kepada SPR
- Takiyuddin Berbicara Tentang Apa?
- Semakan Kehakiman Video Lingam - Rakyat Nak Diperbodohkan Lagi
- Senapang RM300
- Respons Kepada Cenangau: Takde Beban Cuma Kepala Batu Di "Galas"
- Beberapa Lokasi Disyaki Jadi Tempat Pembuangan Barang Peribadi Mangsa
- Kesan Air Mani Pada Baju Aaliyah
- Kes Sosilawati: Dokumen Penting Dipunggah Dari Pejabat Suspek
- Kes Sosilawati Memang Kes Besar, Bukan Diperbesarkan
- Islam Yang Ajarkah Jika Dah Sampai Ke Peringkat Mencarut?
- Video: Kereta Lotus Terbakar Di GP Singapura Kelmarin
- Siapa Serigala Berkulit Bebiri Dalam PKR?
- Tujuan Rekod: Gambar Sekitar Solat Jenazah ADUN Galas
- Isu Si-Sepet Dan Si Botol Dibawa Ke Galas
- Saman 4 Pelajar UKM Cabar AUKU Ditolak
- Kes Sosilawati: Peguam Suspek Tidak Tahu Bila Pelanggannya Akan Didakwa
- Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Bekas Pengerusi Eksekutif MAS?
| Ahli UMNO Diseru Sertai PAS - TGNA Posted: 29 Sep 2010 12:15 AM PDT Nik Aziz Ajak Anggota Umno Sertai PAS Demi Perpaduan MelayuKOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu. Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut. "Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baharu, di sini, Rabu. Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut. Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya. Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya. "Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti. "Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya. Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lepas. BERNAMA Ulasan GB Inilah seruan yang sebenarnya! Barulah jelas. Bahawa jika benar nakkan perpaduan, masuk ke dalam PAS. UMNO tak perlu bertanding. Bukan "berkompromi" yang menatijahkan satu untuk engkau, satu untuk aku. Bersatu Melayu di atas dasar Islam bersama PAS. |
| Media Keadilan Juga Hentam Zaid, Mana JPP? Posted: 28 Sep 2010 11:45 PM PDT Azmin 90 - Fuziah, Shamsul dahului calon naibSeperti yang dijangkakan, naib presiden PKR, Azmin Ali pula terus mendahului dengan memperolehi 90 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden. Manakala ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin mendahului pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu November ini. Azmin mendahului para pencabarnya selepas 150 cabang PKR selesai bermesyuarat sehingg ini. Pencabarnya, ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 33 pencalonan, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil (16) manakala menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (4), ahli parlimen Batu Tian Chua (4). Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat dua pencalonan bagi jawatan timbalan presiden manakala Fuziah dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan. Bagaimanapun, Fuziah yang juga pengarah pilihan raya PKR, mendahului pencalonan bagi jawatan naib presiden. Selepas 143 cabang selesai bermesyuarat, beliau memperolehi 108 pencalonan. Manakala Shamsul pula memperolehi 43 pencalonan daripada 159 cabang yang telah bermesyuarat sehingga ini. Manakala penyandang jawatan naib presiden, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memperolehi 24 pencalonan manakala Lee Boon Chye pula mendapat 27 pencalonan. Dua lagi penyandang penyandang jawatan tersebut- Azmin mendapat 11 pencalonan manakala Mustaffa pula memperolehi 31 pencalonan. Turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman (26), Tian (23), Nurul (16), N Gobalakrishnan (15), Khalid (14) dan ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng (11). Dr Wan Azizah pula mendahului pencalonan untuk mengekalkan jawatan presiden. Sehingga ini Wan Azizah mendapat 111 pencalonan daripada 126 cabang yang telah selesai bermesyuarat, manakala ketua umum PKR pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 13 pencalonan. Zaid pula mendapat dua pencalonan.
Ulasan GB Terlalu ketara kini media PKR sendiri mengambil sikap partisan dengan menyiarkan tulisan seorang blogger anti-Zaid di dalam Suara Keadilan. Ini satu perlanggaran etika. Mana JPP? Sepatutnya sebagai media parti, Suara Keadilan tidak sepatutnya menyiarkan apa-apa rencana atau tulisan yang menghentam mana-mana calon. Zaid diwawancara oleh Utusan jadi isu dan masalah besar. Sepatutnya Suara keadilan atau TVS yang mengorak langkah terlebih dahulu mewawancara setiap calon yang bertanding. Mengapa itu tidak dilakukan? Utusan pernah mewancara Presiden PAS, tapi bukan bererti Presiden PAS itu memberi kredit kepada akhbar pencacai itu. Utusan juga pernah membuat liputan terhadap kenyataan-kenyataan pimimpin Pakatan (sekalipun senget), namun tidak bererti pemimpin PR memberi kredit atau mengesahkan akhbar rakan karib PR. Beballah jika membuat induksi yang kononnya Zaid memberi kredit kepada Utusan. Saya bukan menyebelahi Zaid, tetapi saya lihat dari awal lagi Zaid telah cuba disisihkan dan cuba ditekan oleh pihak tertentu yang bersaing dengannya. Yang cuba menyisihkannya bertindak berlebih-lebihan dimana serangan dilakukan tak ubah serangan UMNO walaupun mereka menuduh Zaid membawa perangai UMNO. Zaid cuma mengkritik Presiden parti sebagai boneka, itu yang dijadikan sasaran menghentam Zaid semula. Jika pemimpin tak boleh dikritik, itulah budaya UMNO yang sebenarnya. Ingat, Azmin sendiri pernah mengkritik bekas Ketua PKR Negeri ialah MB Selangor sendiri. Kenapa membisu? Pencalonan yang banyak diterima oleh Dr. Wan Azizah sebagai Presiden adalah kerana Datuk Seri Anwar telah mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan tersebut. Datuk Seri Anwar mengambil sikap yang bijak kerana persediaan awal untuk beliau tumpukan terhadap kesnya di mahkamah. Cabang-cabang menghormati pendirian DSAI, lantas mencalonkan Dr. Wan Azizah yang dilihat "pengganti" terhampir kepada DSAI, untuk menghormati DSAI, bukan pula bererti Dr. Wan Azizah terlebih kanan di dalam hal-hal kepimpinan. Saya rasa Dr. Wan Azizah sendiri mengakui fakta ini dan bersetuju dengan pendapat saya bahawa sebagai "wanita" beliau lebih rela suaminya itu yang menjadi Presiden. Di dalam hal kepimpinan, Firman Allah. "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan". (Surah an-Nisa' 34) dima apara ulamak menekankan bahawa al-qiwamah/kepimpinan adalah terlebih utama diserahkan kepada lelaki dengan sebab faktor kekuatan aqal, jiwa dan tubuh badan. Antara cerita lain pula, kisah sesebuah negara yang diperintah oleh dua orang ratu sehingga negara mereka musnah dan bagi konteks sesebuah negara hari ini, wanita tidak boleh memegang jawatan Presiden sesebuah negara. Dari sirah ini, kita juga dapat mengambil iktibar bahawa wanita tidak berkemampuan untuk menjadi 'ketua' contohnya seperti mereka tidak boleh dilantik untuk "menetapkan perkara-perkara dasar" sesuatu organisasi besar, namun mereka boleh membantu untuk "menggubal perkara-perkara dasar" itu bersama-sama. Dan saya kata Dr. Wan Azizah akan bersetuju dengan saya bahawa dalam banyak keadaan sebelum ini beliau sentiasa "tersepit" dengan dilemma "decision-making" kerana ada banyak "hati-hati" yang terpaksa dijaga. Ketegasan seorang Presiden tidak dapat digunakan sepenuhnya lantaran beliau seorang wanita. Kelemahan ini dieksploitasikan oleh mereka yang berkepentingan. Kes Chandra Muzaffar dahulu telah menjadi sejarah. Dan inilah mesej yang hendak disampaikan oleh Zaid apabila beliau menyatakan beliau ingin meletakkan kuasa Presiden di tempat yang sepatutnya. Zaid bakal tewas hasil perencanaan rapi peringkat tertinggi parti. Apa yang tersiar di Suara Keadilan hari ini adalah bukti. GB apa peduli, hanya sebagai pemerhati. GB lebih menyukai Mustafa Kamil daripada dua yang lain. Tetapi Zaid teraniaya, maka itu GB membelanya. Pencak Mustafa pula tak berapa menjadi. Tetapi doaku untuk PKR supaya sentiasa tenang mengharungi gelombang. Kita ada tugas yang lebih besar selepas ini. Harapan yang mesti dipenuhi. Putrajaya mesti ditawan tak lama lagi. "Allahumma, arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba'ah, wa warinal batila batilaan, warzuqnajtinabah". Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kami kebenaran itu kebenaran dan bimbinglah kami untuk menghampirinya dan tunjukkanlah kami kebatilan itu kebatilan dan bimbinglah kami untuk menjauhinya. "Allahumma kun lanaa wa laa takun alainaa" Ya Allah berada Engkau di pihak kami bukan di pihak lawan kami |
| Kekosongan Kerusi Galas Telah Dimaklum Kepada SPR Posted: 28 Sep 2010 10:36 PM PDT RANTAU PANJANG: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (gambar) mengesahkan sudah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Galas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut. Katanya surat pemakluman itu dihantar pada 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima. "Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad lalu akibat barah usus. - BERNAMA |
| Takiyuddin Berbicara Tentang Apa? Posted: 28 Sep 2010 09:50 PM PDT PAS Sarankan BN Berkompromi Pada Pilihanraya Kecil DUN GalasKOTA BAHARU: PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu. Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara. "Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa. Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam. Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. - BERNAMA
Ulasan GB Setahu GB yang menyebut "perpaduan Melayu" ini adalah UMNO. Sebab di dalam perlembagaan PAS tidak ada isu "kebangsaan" diperjuangkan. Dan jika ada pemimpin PAS yang menyebutnya ia adalah di era UG yang dah dikatakan mati itu. Tetapi rupanya tidak mati, sekali-sekala akan kedengaran suara-suara sumbang itu tentang "perpaduan Melayu" itu.... sepertimana ajakan Abu Jahal kepada Rasulullah untuk "perpaduan Quraisy" dimana Rasulullah hendak ditabalkan jadi Raja. Sudahkah Takiyuddin bawa hal tersebut ke Dewan Harian PAS, atau setidak-tidaknya ke pengetahuan Mursyidul Am PAS sebelum ianya diutarakan? Susahnya kita mempunyai ramai pemimpin-pemimpin sebegini, jawatan tinggi-tinggi pulak tu dalam parti, tapi asyik masukkan gol ke gawang sendiri. Terhimpit kita yang bebal di bawah bangang di atas.... Ya Allah bantulah kami.... |
| Semakan Kehakiman Video Lingam - Rakyat Nak Diperbodohkan Lagi Posted: 28 Sep 2010 08:30 PM PDT VVideo Lingam: Semakan kehakiman - 16 Mei 2011Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) menetapkan 16 Mei bagi mendengar merit semakan kehakiman dua bekas hakim negara dan Datuk VK Lingam yang mencabar penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim. Tarikh itu ditetapkan dalam pengurusan kes hari ini. Bagaimanapun sama ada perbicaraan akan diteruskan juga bergantung kepada kelulusan rayuan yang dibuat oleh pejabat peguam negara kepada Mahkamah Persekutuan. Ia dijadualkan akan didengar oleh hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh. Pada 24 Ogos, dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan dalam menolak permohonan kebenaran ketiga-tiga perayu itu untuk satu semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya, telah menggunakan prinsip yang salah bagi mentafsirkan nilai prima facie untuk diluluskan mengikut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu. Selain memberikan sejumlah RM30,000 kos perundangan bagi ketiga-tiga perayu itu, mahkamah juga mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes berkenaan. Pada 12 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit. Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen. Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku. Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976. Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu. Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini. Ulasan GB Dari perspektif umum, ada usaha pihak tertentu untuk "membersihkan" imej hakim durjana yang membaca kertas penghakiman yang disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang diadilinya. Kedua, sebarang penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak boleh dicabar. Apa lagi alasan hakim-hakim ini? Apakah hakim-hakim ini lebih tinggi kedudukannya daripada DYMM Yang Dipertuan Agong? Ketiga, mengapa hanya tiga hakim untuk Mahkamah Rayuan? Supaya ia mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu? Maka sebab itu keputusan tidak sebulat suara. 2-1. Rakyat nak diperbodohkan lagi! |
| Posted: 28 Sep 2010 08:16 PM PDT Dua Lelaki "Pembuat Senapang" Ditahan PolisKUALA PILAH: Dua lelaki bersaudara pakar membuat senapang dan seorang pelanggan mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungkak kira-kira pada pukul 2 pagi semalam. Enam pucuk senapang yang dirampas polis itu diledakkan oleh letusan angin dan menggunakan bebola besi sebagai peluru. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supritendan Jaafar Baba berkata, pada awalnya polis menyerbu mereka disebabkan terdapat maklumat tentang dadah dan ketika dikepung, suspek berada dalam keadaan khayal dan mereka turut menjumpai dua bungkus dadah jenis syabu. "Suspek berusia 37 dan 28 tahun. Suspek membuat senapang angin itu dengan bahan terpakai dan menjual senjata itu dengan harga RM300 selaras," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini. Selepas disoal siasat, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun dari Kampung Sungai Dua Kecil pada pukul 4.30 petang hari yang sama yang dipercayai telah membeli senapang itu daripada mereka, katanya. "Kita dapati kesemua suspek gagal ujian air kencing dan positif dadah, salah seorang dari mereka juga mempunyai rekod jenayah," katanya. Mereka semua akan didakwa di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali. Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menganggap senapang angin ini seperti barang mainan kerana ia tetap membahayakan. - BERNAMA |
| Respons Kepada Cenangau: Takde Beban Cuma Kepala Batu Di "Galas" Posted: 28 Sep 2010 07:50 PM PDT Saya terbaca di blog cenangau dengan tajuknya: PAS akan tewas di Pilihanraya Kecil Galas.Begini tulisan cenangau: PAS akan tewas di Pilihanraya Kecil Galas Aku harap takdak yang anggap tajuk kat atas tu sebagai doa, tajuk tu cuma ramalan awal aku. Ramalan aku Pas akan kalah di Galas walaupun aku harap sangat Pas akan menang. Ramalan aku berdasarkan beberapa faktor. Faktor utama sekali, kerusi Dun Galas bukan kubu kuat Pas. Masa PRU12 pun, calon Pas cuma boleh menang dengan 640. Satu angka yang sangat kecil kalau nak jadikan bekal untuk menghadapi PRK. Keputusan PRU 2008 Jumlah Pengundi: 10,330 Peratusan Kaum: M:65.81% C:22.03% I:1.81% L:10.32% 1. Che Hashim Sulaima (Pas) (4,399) 2. Mohamad Saufi Deraman (BN) (3,753) Majoriti: 646 Jumlah undi: 8,323 Peratus mengundi: 80.57% Undi rosak: 171 Setakat data yang ada kat aku, setakat suku ke-2 2010 bilangan pengundi untuk DUN Galas ada 11,338 orang. Ada pertambahan 1,008 pengundi berbanding pengundi masa PRU12. Dari angka tu aku rasa mungkin ada lebih 1,200 pengundi baru dan yang berpindah masuk. Dari 1,200 orang yang akan mengundi pertama kali di Dun Galas tu aku harap sangat sebahagian besarnya didaftarkan oleh PPS Pas. Pasainya dari 4,399 pengundi yang undi calon PAS masa PRU12 dulu, akan ada yang akan berubah mengundi calon Umno. Tambah-tambah lagi yang masa PRU 2004 mengundi calon Umno. Jumlah tu belum dicampur untuk suku ke-2 tahun 2010 yang dah pun disahkan dan tentu akan digunakan untuk PRK kali ni. Aku rasa angka tu akan lebih besar lagi. Kalau ada swing 8% dari pengundi yang masa PRU12 undi calon PAS dan lebih dari separuh pengundi baru undi calon Umno memang sah calon PAS akan kalah. Tu tak masuk lagi bantuan "pengundi hantu." Setakat yang aku ingat, banyak isu besar yang boleh buat depa tu swing. Antaranya: Isu Ariffahmi dan PMBK termasuk nama Abe Jak yang turut terkait sama. Isu "Rasuah mengerjakan Haji" TG Nik Aziz. Isu Bazar Tok Guru rugi RM50 juta. Isu sumbangan RM 4 bilion kepada PAS Kelantan. Betul atau tak isu tu tak penting tapi aku yakin dengan 4 peluru tu pun, Umno tak susah untuk dapat swing 8%. Harap-harap Pas Kelantan ada cara yang berkesan untuk mematahkan serangan 4 peluru tu di akar umbi. Tu belum lagi ditambah dengan isu peringkat nasional yang melibatkan Pas dan jugak parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Apa pun, pada aku faktor Razaleigh Hamzah akan main peranan yang cukup besar. Walaupun kebelakangan ni terutama dalam isu royalti, KuLi nampak macam nak berlawan dengan Najib, tapi aku tak rasa dalam PRU Galas KuLi akan lawan Najib. Tapi, kalaulah Pas berjaya buat "faktor Razaleigh Hamzah" tu memihak kepada Pas, insyaalah Pas boleh menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU12. Akhir sekali aku nak ingatkan, walaupun apa pun bentuk yang ada "di atas kertas", faktor bantuan dari langit jangan pulak kita lupa. وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ - cenangaudaunkari ----------------------------- Ulasan GB Adalah berdosa untuk meramalkan begitu kerana: 1) kita tidak boleh mendahului Tuhan 2) kita tidak boleh melemahkan semangat kaum muslimin 3) kita tidak boleh berputus asa (berputus dengan Yang Maha Esa) 4) kita disuruh "wa a'addilahum mastataqtum" (dan bersiap sedialah dengan segala kekuatan kamu..) 5) kita disuruh "ud'u ni astajiblakum" (berdoalah kepadaKu.. nescaya Kuperkenankan) 6) kita dilarang mendengar janji syaitan "asyaitaanu ya'idukumul faqra" (syaitan menjajikan kemiskinan [kekalahan]) 7) Dan anda tidak boleh menafikan sabda Rasulullah : "Kullu kalam addu'a, setiap perkataan itu adalah merupakan do'a" Dan akhirnya jangan bersangka buruk terhadap Allah s.w.t. kelak yang buruklah anda akan perolehi. Allah suruh berkerja bersungguh-sungguh, bukan untuk meramal-ramalkan apatah lagi meramalkan hal yang buruk. Hadith qudsi: "Aku mengikut persangkaan hambaKu terhadapKu". Hadith qudsi lagi: "Sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dilakukannya dengan bersungguh-sungguh." Kalau tak mahu bantu Galas tidak mengapa, tapi jangan jadi si tukang ramal berkepala batu yang tak ada akal fikiran. Kalau jahil, diam dari berkata-kata, jangan kucar-kacirkan saf para pejuang yang ada. Jika PAS kalah, sebenarnya, andalah diantara penyebabnya. Di zaman Umar Al-Khattab, orang sebegini dipancung terlebih dahulu sebelum musuh, lantaran itu beliau digelar Al-Faruq (Singa Allah). GB suka mengikuti jejak langkahnya. |
| Beberapa Lokasi Disyaki Jadi Tempat Pembuangan Barang Peribadi Mangsa Posted: 28 Sep 2010 07:00 PM PDT Polis percaya beberapa lokasi sekitar ladang persendirian milik suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menjadi tempat pembuangan banyak bukti berkaitan pembunuhan itu dan kehilangan tiga ahli perniagaan lain, termasuk seorang dari India.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang mendedahkan perkara itu, berkata polis percaya ladang berkenaan mempunyai banyak lagi bahan bukti untuk dikumpul. "Ini petunjuk baru yang diperoleh daripada hasil siasatan. "Selain dua kubur yang digali, kelmarin, ada beberapa lagi lokasi yang dipercayai mempunyai bahan bukti untuk melengkapkan siasatan kes secara menyeluruh," katanya di sini, semalam. Beliau juga tidak menolak kemungkinan tiga ahli perniagaan yang hilang itu akan disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berikutan modus operandi kehilangan mereka yang sama, selain dipercayai turut didalangi suspek sama. Pada 22 September lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan ahli perniagaan dari India, Muthuraja Allal Kanthan, 34, yang dilaporkan hilang sejak Januari lalu, turut dibunuh. Malah, dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah dan sahabat baiknya turut disahkan hilang selepas menemui suspek utama yang juga peguam yang terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati, April lalu. Kes pembunuhan dan orang hilang itu terbongkar susulan penahanan peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 44. "Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada hasil siasatan. Malah, operasi penggalian kubur kelmarin turut dilakukan kerana kita percaya ia adalah kawasan berkemungkinan mereka (suspek) menggunakan tempat itu bagi membuang bahan bukti, termasuk berkaitan kes kehilangan tiga ahli perniagaan," katanya pada majlis sambutan hari raya anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam. Ditanya sama ada bukti baru seperti tulang ditemui di ladang itu, Mohd Bakri enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kes berprofil tinggi itu secara menyeluruh. "Kita (polis) tidak boleh terlalu memperincikan berhubung penemuan bahan bukti ini, kerana ia masih dalam siasatan," katanya yang mengakui polis tidak berdepan dengan sebarang kesukaran dalam menjalankan siasatan. -BH |
| Kesan Air Mani Pada Baju Aaliyah Posted: 28 Sep 2010 06:08 PM PDT Seorang pegawai sains memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasa, bahawa terdapat kesan air mani dijumpai pada baju kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.Aedrianee Reeza Alwi, 29, yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Jabatan Kimia Malaysia Johor, berkata demikian pada keterangannya terhadap tertuduh, Mohannad Taha Ismail yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah. Saksi yang berpengalaman menjalankan analisis dalam kes jenayah seperti bunuh, rogol dan pergaduhan memberitahu, beliau telah memotong bahagian yang mengandungi air mani itu untuk dibuat analisa lanjut. "Saya temui sperma dan juga spesimen bukan sperma yang bercampur daripada tiga individu. Sel sperma sama dengan spesimen yang diperoleh daripada tertuduh," kata saksi pendakwaan ke-empat berhubung penemuannya. Spesimen bukan sperma itu pula didapati datang tertuduh, mangsa dan juga ibu mangsa, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang bekas pelayan kelab malam yang juga teman wanita tertuduh. Selain itu, Aerrianee juga berkata, ujian pada lampin juga mendapati kehadiran air mani, bagaimanapun tiada profil asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh. Saksi disoal Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin pada pemeriksaan utama. Dalam kes ini, Mohannad Taha, 25, yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah, tiga tahun pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009. Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewanya, nombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, dekat sini. Dia kini berhadapan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Barisan pembelaan diwakili peguam J.Kuldeep Kumar dan Saranjeet Kaur Sidhu. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah bersambung Rabu. -mstar Berita Sebelum
|
| Kes Sosilawati: Dokumen Penting Dipunggah Dari Pejabat Suspek Posted: 28 Sep 2010 05:21 PM PDT Dokumen penting diambil dari pejabat guaman suspekBANTING: Empat pegawai penyiasat polis dan lima kakitangan suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain dilihat sekali lagi memasuki pejabat suspek yang terletak berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, di sini, semalam. Pegawai penyiasat dan yang lain tiba di pejabat suspek yang juga seorang peguam itu pada kira-kira jam 11.15 pagi dan keluar sejam kemudian sebelum beredar meninggalkan kawasan pejabat pada jam 12.50 tengah hari. Mereka dilihat keluar sambil membawa beberapa keping fail dipercayai dokumen penting bagi membantu siasatan pembunuhan itu. Bagaimanapun, tiada kelibat suspek utama mahupun yang lain dilihat bersama mereka. Sementara itu, isteri mendiang ahli perniagaan dari India yang dilaporkan turut menjadi mangsa pembunuhan suspek utama sekali lagi ke IPD Kuala Langat. S Usharani, 24, masuk ke IPD kira-kira pada jam 9 pagi dan keluar pada sebelah malam. Difahamkan, beliau diminta menyambung keterangannya dan mendengar kembali rakaman telefon antara mendiang suaminya, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dengan suspek utama sebelum pulang ke Ramapuram, India, hari ini. Kelmarin, beliau turut ke IPD bersama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam untuk memberi keterangan berhubung kes kehilangan suaminya kepada pasukan risikan. Selain itu, tiada pasukan forensik dilihat masuk ke lokasi pembunuhan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini kecuali anggota polis bertugas saja yang mengawal laluan keluar masuk ladang. Bagaimanapun, buat pertama kalinya media dapat melihat dengan jelas lokasi dan lubang yang menjadi kubur bagi beberapa mangsa pembunuhan suspek utama. Di dalam kawasan ladang yang bertembok batu itu jelas kelihatan dua khemah besar yang digunakan pasukan forensik untuk menjalankan siasatan bagi mencari bukti berhubung beberapa kes pembunuhan yang dilaporkan berlaku di kawasan itu termasuk pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain. -hm |
| Kes Sosilawati Memang Kes Besar, Bukan Diperbesarkan Posted: 28 Sep 2010 02:43 PM PDT Kes Sosilawati: AG bimbang kes diperbesar, laporan polis hujung mingguPeguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, akan diperbesar-besarkan. Beliau berkata terdapat banyak kenyataan yang dibuat pelbagai pihak dalam kes itu, dan media sepatutnya melaporkan hanya fakta tanpa sebarang penambahan kerana ia mungkin menjejaskan kes berkenaan. "Saya fikir ikut sahaja nasihat KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar). Bertenanglah dan biarkan kami lakukan tugas kami. "Saya rasa pada masa yang betul dan apabila siasatan telah selesai, mereka akan memberi satu kenyataan yang wajar serta mendedahkan segalanya. Ketika itu, tiada sebarang masalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini. Gani (gambar) ditanya sama ada beliau melihat campur tangan pelbagai pihak yang tampil membuat kenyataan berhubung kes itu, termasuk keluarga ahli perniagaan India, akan menjejaskan siasatan kes pembunuhan itu. Ahad lepas, Ismail mengingatkan media agar tidak menulis cerita berunsur spekulasi berhubung kes itu, sebaliknya menunggu pengesahan daripada polis. Peringatan itu dibuat berikutan laporan media bahawa dua kubur telah ditemui di ladang tempat Sosilawati dan tiga yang lain didakwa dibunuh. Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shansudin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu, selepas mereka ke Banting, Selangor, untuk urusan penjualan tanah. Pada 13 September lepas polis mengesahkan kesemua mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dibakar serta abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting. Polis menemui tulang serta barangan lain dari sungai berkenaan dan telah menahan lapan suspek, termasuk dua adik beradik peguam, bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan kejam itu. Ditanya jika Jabatan Peguam Negara boleh meyakinkan orang ramai bahawa akan ada satu keputusan di akhir siasatan kes berkenaan, Abdul Gani berkata: "Setahu saya, dalam semua siasatan, sesuatu akan berlaku iaitu sama ada kami dakwa atau tidak. Itu adalah sesuatu yang pasti," katanya. Mengulas mengenai kertas siasatan kes berkenaan yang dikembalikan kepada polis, beliau berkata tidak ada tarikh akhir untuk penghantarannya. "Saya perlu menunggu mereka menghantarnya (kertas siasatan). Biar mereka siasat kes tersebut secara terperinci kerana ia membabitkan kepentingan awam. "Terdapat banyak perkara yang perlu disiasat. Saya tidak boleh memberikan tarikh akhir kepada mereka, tetapi saya tahu mereka sedang bertungkus-lumus. "Dan mereka akan memberikannya kepada saya secepat mungkin. Malah, saya bertemu dengan mereka hampir setiap hari," katanya. Mengenai kawasan yang perlu disiasat semula, beliau berkata: "Banyak, tetapi saya tidak boleh memberitahu anda mengenai kelemahannya," katanya. Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai kertas siasatan kes Sosilawati dalam tempoh dua atau tiga hari lagi. "Kita mempunyai kertas siasatan yang boleh dianggap sebagai mantap, tetapi terpulang kepada perbincangan kita dengan pihak Jabatan Peguam Negara. Iaitu sama ada mereka memerlukan kami untuk mencari bahan-bahan tertentu lagi dalam siasatan kami terhadap kes ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. Ditanya mengenai laporan DNA kes itu, Mohd Bakri berkata polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia. Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak memberi tekanan kepada Jabatan Kimia berhubung perkara itu kerana mereka memerlukan masa bagi menjalankan tugas yang rumit. "Kita mesti berikan mereka masa, pakar patologi, Jabatan Kimia, bagi menganalisis tulang yang kita jumpa. Untuk mendapatkan DNA, bukanlah sesuatu yang mudah," katanya. Mohd Bakri juga mengulangi amaran bahawa polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberita yang salah melaporkan kes Sosilawati. "Saya mesti memberi amaran kepada anda (pemberita) kerana saya akan mengambil tindakan sewajarnya, kami telah memberikan peluang secukupnya bagi anda mendapatkan maklumat, namun bukan untuk menulis sesuatu yang tidak benar, jika tidak, kami akan mengambil keterangan daripada anda," katanya. Sementara itu, Mohd Bakri berkata polis akan melawat beberapa lokasi lagi di sekitar Ladang Gadong, Banting untuk mencari bukti terbaru berhubung kes yang melibatkan suspek kes pembunuhan Sosilawati, berdasarkan beberapa petunjuk baru yang muncul dalam siasatan mereka. "Anda semua perlu ingat, kita menyiasat dalam dua aspek, satu kes yang kita siasat sekarang iaitu kes (pembunuhan) Sosilawati bersama tiga orang, dan satu lagi ialah berkenaan kehilangan tiga orang, dan satu kes pembunuhan yang berlaku di Banting," katanya. – Bernama Ulasan GB Saya hairan dengan sikap Peguam Negara dan PDRM di dalam hal ini. Kes pembunuhan Sosilawati adalah satu kes yang besar, bukan sengaja dibesar-besarkan, dan justeru tentulah banyak andaian dan spekulasi timbul di kalangan semua pihak selagi siasatan terhadapnya belum lagi muktamad. Sepatutnya Peguam Negara dan PDRM berterima kasih di atas perbincangan yang banyak kerana ia mungkin input-input berguna yang boleh membantu siasatan. Tetapi apa yang berlaku ianya tidak dihargai malah cuba disekat di atas alasan "mengganggu siasatan". Masyarakat begitu prihatin dengan kes ini. Apa tidaknya, seolah-olah baru semalam mangsa hidup kemudian tiba-tiba dibunuh dengan kejam. Kemanusian apakah lagi yang ada pada si pembunuh? PDRM menjalankan tugasnya, dan rakyat pula tetap akan tertanya-tanya terhadap tragedi itu, lantas pelbagai teori diketengahkan. Ia tidak boleh disekat. Mustahil untuk menyekatnya. Setiap orang melihat dari sudutpandangnya yang berbeza dan justerunya timbul pelbagai cerita Kerana apa? Untuk mengelakkan tragedi yang serupa tidak berulang lagi ke atas mana-mana anggota masyarakat kita. Yang nyata, sepertimana diakui oleh Ketua Polis Negara, tragedi itu sebenarnya BOLEH DIELAKKAN jika polis telah bertindak pantas semenjak hari pertama mangsa dilaporkan hilang. Ketika itu polis sudah pun menunjukkan kecekapannya untuk menciumi gerak suspek. Tetapi, polis tidak efektif di dalam strateginya bagi menyelamatkan mangsa. Bukankah selama ini maklumat dari orangramai itu amat berharga dan amat diperluka di dalam menyelesaikan banyak kes-kes jenayah? Teruskan kerja. Kami tidak berhasrat lansung untuk menganggu tugas polis. Malah kita mahu semua pihak berkerjasama dengan polis supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat, tepat dan berkesan. |
| Islam Yang Ajarkah Jika Dah Sampai Ke Peringkat Mencarut? Posted: 28 Sep 2010 10:05 AM PDT Namewee lancar album, 50 orang diketuai Perkasa bakar posterGambar: Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah membakar poster Namewee di pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. KUALA LUMPUR, 28 Sept – Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman. Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar (gambar), sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee. Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini. Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu. Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman. "Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum." Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai. "Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya. – Bernama Ulasan GB Pertama: apakah demikian caranya "Melayu" bertindak? Melontarkan kata-kata kesat dan mencarut? Bagaimana kalau anda-anda yang berbangsa Melayu dicaruti semula? Islam tidak mengajar kita melampaui batas sehingga mengeluarkan perkataan mencarut. Kedua: Jikalah yang berdemo itu dari Pakatan Rakyat, belum sempat disuruh bersurai, dah pukul, dibalun, disepak, diterajang malah ditahan dan ditangkap. |
| Video: Kereta Lotus Terbakar Di GP Singapura Kelmarin Posted: 28 Sep 2010 07:24 AM PDT Grand Prix Singapura berakhir dengan suram buat Lotus Racing apabila jentera Heikki Kovalainen terbakar pada pusingan terakhir sekaligus menyaksikan kedua-dua pemandu pasukan itu gagal menamatkan perlumbaan.Jarno Trulli sebelum itu menghadapi masalah kegagalan hidraulik pada lap 26, menamatkan cabaran beliau selepas permulaan yang baik pada awal perlumbaan. Walaupun dihalang oleh pelbagai rintangan, prinsipal pasukan itu, Tony Fernandes tetap positif. "Perlumbaan malam ini menandakan satu anjakan ke hadapan buat kami," ujar Tony. "Kami akan menggunakan semua yang dipelajari hari ini untuk memastikan kami kembali dengan lebih hebat pada 2011." Kovalainen pula sudah semakin hampir untuk menamatkan perlumbaan sebelum jenteranya terbakar. "Saya rasa injap pelepas tekanan minyak kereta saya pecah lalu menyebabkan kebakaran tersebut. "Kami sudah hampir pasti tamat di tempat ke-15 tapi apakan daya, inilah perlumbaan," gurau beliau. Kekecewaan pula menyelubungi Trulli selepas masalah hidraulik yang seringkali menyukarkan beliau sepajang musim menyerang kembali. "Permulaan saya agak baik tapi masalah mula timbul lama kelamaan," menurut Trulli. "Minggu ini agak sukar bagi saya tapi saya berharap dapat menebus kekecewaan di Suzuka, yang merupakan antara litar kegemaran saya." -astroarena |
| Siapa Serigala Berkulit Bebiri Dalam PKR? Posted: 28 Sep 2010 06:30 AM PDT Ada serigala dalam PKR? Oleh Siddique Ghouse Bila Nurul Izzah menyebut adanya "serigala berkulit bebiri" dalam PKR beberapa hari yang lalu, kebanyakan ahli parti itu tercengang-cengang kehairanan; Bila pula adanya serigala seperti itu dalam PKR? Apakah kenyataan seperti itu suatu sandiwara atau apakah ini benar-benar suatu peristiwa? Kalau Nurul bersandiwara, ahli parti kena tarik balik gelaran srikandi yang diberi padanya. Jika ini peristiwa yang benar, ahli parti kena ambil berat dan tidak boleh main-main. Ini bukan sekadar cerita penglipur lara "The Shepherd Boy and the Wolf" dalam koleksi ceritera yang ditulis oleh Aesop. Jika "serigala" itu hanya dijumpai di kota Kuching, tempat Nurul meneriakkan amaran serigala dan hanya akan "membaham bebiri" di persekitaran kota Kucing, barangkali Nurul tidaklah "cemas" sangat. Dia mungkin boleh bisik-bisik kepada ahli dan pimpinan PKR di kota Kuching supaya "berjaga-jaga" kerana serigala itu sudah kelihatan di situ. Tetapi apabila Nurul melihat serigala itu sudah merayau-rayau ke seluruh pelusuk kota dan desa di negeri satu Malaysia, untuk menjadikan dirinya "ketua bebiri" dan nantinya akan membaham lebih banyak bebiri dalam PKR, makanya Nurul sudah tentu menjadi amat cemas lalu meneriakkan amaran dengan nyaring "Awas ! Awas! Serigala itu sudah datang !!" Dia memakai kulit bebiri, dia mahu jadi ketua bebiri! Dia akan membaham bebiri! Parti bebiri akan hancur tinggal tulang! Yang boleh bunuh; bunuh! Yang tidak boleh bunuh; lari! Lari! Barangkali itulah teriakan dalam hati srikandi yang namanya Nurul itu. Hebat juga srikandi Nurul ini. Tak nampak Ahli-ahli parti juga hairan bagaimana srikandi Nurul boleh mengenali serigala itu walhal hampir semua pemimpin besar dalam PKR macam tak "perasan" adanya seekor serigala seperti itu dalam PKR. Takkanlah ketua umum tidak nampak dan beri amaran awal. Takkan presiden, timbalan, naib, setiausaha dan pemimpin kanan PKR lain tak nampak. Hatta ketua strategik yang bertanggungjawab ehwal keselamatan PKR pun macam tak nampak juga. Atau mungkin juga mereka betul-betul tidak nampak kerana barangkali kulit serigala itu "sebijik" macam kulit orang-orang besar dalam PKR. Bila cerita serigala ini di dedahkan oleh srikandi Nurul, ramai orang tertanya-tanya dan pelbagai soalan timbul; macam mana Nurul boleh kenal serigala itu? Bila agaknya kulit bebiri yang dipakai serigala itu terselak dan ternampak oleh wajah sebenar serigala itu? Di mana Nurul nampak wajah sebenar serigala itu ? Di tengah-tengah majlis parti, atau di pejabat parti atau di rumah ketua parti - tempat di mana bebiri selalu bertemu dan berkumpul. Dan persoalan yang paling dinantikan jawabannya ialah siapakah gerangannya pemimpin dalam PKR yang dikatakan serigala berkulitkan bebiri itu? Mengikut Nurul pemimpin seperti serigala ini tidak harus diangkat menjadi pemimpin PKR. Jika baru masuk harus ditendang. Jika sudah lama di dalam parti dia harus diterajang, kerana itulah layanan selayaknya kepada serigala yang ganas yang menyembunyikan jatidirinya semata-mata untuk mempastikan matlamatnya dicapai, iaitu membaham mampus seluruh warga bebiri dan memusnahkan terus "parti bebiri" yakni parti PKR. Siapa serigala PKR? Apapun jua soalan yang dikemukakan, srikandi Nurul mungkin tidak akan mendedahkannya kepada umum siapakah yang dimaksudkan itu. Kecuali orang yang bertanya itu kenalan rapat Nurul atau orang yang dipercayai Nurul. Yang pastinya orang itu bukan Datuk Zaid Ibrahim kerana semasa Nurul memberi amaran serigala dalam PKR di Kota Kucing tempohari, dia dengan jelas menyatakan bahawa ahli-ahli PKR harus memberi tempat kepada tokoh seperti Zaid Ibrahim. Takkan pula Nurul nak sokong seorang tokoh yang bersifatnya "Serigala yang menyamar sebagai Bebiri" yang akan membaham mati ahli dan parti yang diperjuangkan. Jadi tak mungkin serigala itu bernama Zaid. Jadi siapakah yang dimaksudkan? Nak kata naib presiden nombor satu, Azmin Ali itu berwatak serigala dalam PKR, barangkali tak mungkin juga kerana Azmin diketahui sangat rapat dan disayangi ketua umum. Takkan pula "serigala itu boleh masuk kandang bebiri sampai begitu dalam dan berkampung begitu lama" malah bergandingan erat pula dengan ketua umum. Banyak "bual kosong" orang politik di kota yang berjiran dengan kota Kucing, heboh "menggosip" perihal gandingan mantap Azmin-Anwar yang sedang diatur sekarang ini dan gandingan itu katanya turut mahu "membaham" Zaid Ibrahim. Tidak mungkin juga serigala itu naib presiden Mustafa Kamil Ayub kerana Mustafa amat dikenali sebagai budak baik, kerja rajin dalam PKR. Macam-macam projek dia buat untuk mempromosi PKR cumanya kekadang dia lebih banyak memperaga wajahnya yang lawa itu lebih dari imej PKR. Taring Mustafa belum nampak ada "kesan darah membaham bebiri" Terbakar dan bisa Kalau bukan dua Naib Presiden tersebut maka siapa lagi serigala itu kerana serigala yang dimaksudkan oleh Nurul itu adalah yang mahu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kanan PKR. Barangkali serigala itu mengikut Nurul mahu menjadi timbalan presiden atau naib presiden kanan. Kalau serigala itu setakat mahu bertanding AJK Pusat, mungkin Nurul tidak kisah sangat dan tidak akan "sibuk-sibuk" menimbulkan isu yang panas seperti ini. Dia pasti akan turut "terbakar" akibat kepanasan isu ini, kerana "ngauman serigala" itu "bisa" membakar sesiapa sahaja yang berani mengganggu pelan strategiknya. Jadi ahli parti kena mula teropong jauh ke dalam parti mengenalpasti serigala itu. Jangan sampai sudah banyak yang terkorban baru para ahli nak berkonvensyen dan merumuskan resolusi menghapuskan sang Ssrigala itu. Dalam pemilihan PKR kali ini srikandi Nurul sudah memberi isyarat awal bahawa serigala itu sedang bersiap sedia untuk menjadi pemimpin utama parti dan Nurul amat resah jika serigala itu kali ini berjaya lagi sebab itu dia berteriak nyaring kali ini. Mesej Nurul adalah supaya ahli parti segera menganalisis watak serigala ini dan segera mengenalpasti orangnya dan segera menghalau atau membunuhnya dari perkampungan PKR. Orang yang berwatak serigala yang menyamar sebagai bebiri ini mengikut Nurul tidak boleh dibenar memimpin parti PKR. Begitulaj mesej Nurul yang terkandung dalam ucapannya di kota Kuching, Sarawak yang dipetik oleh media alternatif yang ulung, yang antara lain berbunyi; "they should be aware of leaders who were just like a wolf wearing a sheepskin. It means he is being deceitful, dishonest and not to be trusted" Berita ini tidak sempat berlegar luas di media alternatif lain kerana ia tiba-tiba tenggelam atau sengaja dipadam, selepas bermulanya pencalonan bagi jawatan utama PKR yang sedang rancak berjalan sekarang ini. Ahli parti yang sempat mendengar dan faham mungkin sudah mulakan sesuatu untuk menghalau serigala ini. Namun ia tidaklah semudah meneriakkannya kerana serigala tersebut mungkin sudah punya ramai sekali pengikut dari kalangan "bebiri yang pekak dan bisu" yang sedang berkira-kira nak menjadi "ketua umum kepada Ketua JKKK" apabila serigala itu sudah memperoleh kuasa dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat tahun depan. -mk |
| Tujuan Rekod: Gambar Sekitar Solat Jenazah ADUN Galas Posted: 28 Sep 2010 05:39 AM PDT ![]() 8 Syawal 1431H. GUA MUSANG : Dianggarkan sekitar 3000 orang yang hadir dalam solat jenazah ADUN Galas, Chek Hashim Sulaima awal pagi tadi. Sembahyang diimamkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berikut ini adalah koleski gambar yang diambil oleh Blogger Topeng Perak dan Blogger Tok ggawo. dari : idhamlim.blogspot.com ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Ulasan GB Buat bangsal di Pulau Daik Menahan taut sambil mengilau Kalau asal benih yang baik Jatuh ke laut menjadi pulau Ikan berenang di dalam lubuk. Ikan belida terkena panah. Adat pinang pulang ke tampuk. Adat jasad pulang ke tanah. Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga Anak haruan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun, Budi tuan dalam perjuangan kami terima, Terhutang sampai bertahun-tahun. |
| Isu Si-Sepet Dan Si Botol Dibawa Ke Galas Posted: 28 Sep 2010 04:20 AM PDT Ungkapan 'Si Sepet' & 'Si Botol', MCA Mahu Tindakan TegasKUALA LUMPUR 28 SEPT : MCA hari ini menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyiasat dan bertindak terhadap Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Hamim Husin jika terbukti mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap kaum Cina dan India. "Jika perlu, polis harus mendakwa Hamim mengikut Akta Hasutan 1960 kerana menghina masyarakat itu. "Sudah tiba masanya menghentikan tindakan bongkak dan tidak bertolak ansur di kalangan fanatik itu," kata Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok dalam satu kenyataan hari ini. Mengikut Malaysiakini, Loh berkata, MCA terkejut seorang pegawai kanan kerajaan yang tanggungjawab utamanya untuk memupuk semangat patriotik, menjadi begitu rasis dan terhadap komuniti minoriti di negara ini. "Adalah memalukan seorang kakitangan awam yang digajikan BTN yang melatih bakal kakitangan awam sanggup menggunakan kata-kata seperti 'si sepet mata dan 'si kaki botol' ke atas rakyat Malaysia keturunan Cina dan India. Hamim semasa sesi tertutup dengan Puteri Umno semalam dilaporkan The Malaysian Insider sebagai berkata adalah hak memerintah negara di tangan kaum Melayu dan menggesa mereka bersatu mempertahankan hak itu. "Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi anacam," katanya yang dilapor turut berkata, "Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC." "Si mata sepet tidak pernah menjejak ke masjid atau surau tetapi mempunyai satu undi. Si botol hanya tahu naik dan turun ke Batu Caves dan juga mempunyai satu undi," Hamin dilaporkan berkata. -TVS
Ulasan GB Mulai sekarang pastikan semua isu dikumpulkan untuk dibawa ke Galas termasuk isu perkauman UMNO seperti tiada tindakan ke atas pengetua rasis dan juga isu si sepet dan si botol di atas. Masyarakat bukan-Melayu mempunyai banyak isu ekoran dari semangat perkauman yang dimainkan UMNO bersama-sama dengan Perkasa. Sementara isu tempatan seperti isu royalti minyak sepatutnya boleh mendominasikan kempen PRK Galas nanti. Yakin boleh! |
| Saman 4 Pelajar UKM Cabar AUKU Ditolak Posted: 28 Sep 2010 02:50 AM PDT Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos permohonan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mencabar Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang dikenakan terhadap mereka.Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali dalam kamarnya kira-kira pukul tiga petang tadi. Peguam mewakili empat pelajar UKM, Haris Ibrahim ketika ditemui pemberita berkata, hakim dalam keputusannya mendapati Seksyen 15 (5) (A) AUKU tidak bercanggah dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai hak kebebasan bersuara. Berikutan itu, hakim turut memutuskan 7 Oktober depan sebagai tarikh pendengaran hujah injuksi erinford (sementara) yang dikemukakan pihak plaintif bagi menyekat pihak sebelah (UKM) terus mengenakan tindakan disiplin terhadap empat pelajar terbabit sementara menunggu rayuan difailkan. "Pendengaran injuksi erinford tidak dapat diteruskan hari ini kerana peguam mewakili UKM Datuk Shafie Abdullah tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat. "Jadi defendan sebentar tadi memberi jaminan kepada hakim bahawa korum barisan peguamnya akan dapat dipenuhi pada Jumaat depan," katanya. Pada 23 April lalu, empat pelajar tahun akhir Sains Politik UKM tersebut Hilman Idham bersama Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai serta empat aktivis luar lain ditahan dalam sekatan jalan raya sekitar kira-kira pukul 10 malam. Polis menjumpai sekeping video cakera padat (VCD) ceramah oleh parti politik. Kesemua pemimpin Kelab Sains Politik UKM itu kemudiannya menerima surat pertuduhan daripada mahkamah UKM pada 13 Mei lalu menyatakan mereka akan didakwa bawah Seksyen 15 (5) AUKU yang berbunyi: "Tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap – (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia". Mereka bagaimanapun, menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada semasa pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor berlangsung itu adalah untuk tujuan kajian penyelidikan akademik. Turut mewakili pelajar terbabit peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Ashok Kandiah. Sementara itu, Hilman yang ditemui sebaik sahaja selesai perbicaraan berkata walaupun permohonan mereka ditolak tetapi ia tidak akan melunturkan semangat mereka untuk terus berjuang bagi memastikan AUKU dimansuhkan. "Hari ini mahkamah menetapkan bahawa permohonan untuk mencabar AUKU telah ditolak namun kami akan tetap teruskan perjuangan ini. "Ini adalah satu titik permulaan bagi mahasiswa untuk terus bersemangat dan berjuang bagi memastikan AUKU ini dimansuhkan demi masa depan negara. "Ini kerana ia melibatkan masa depan negara dan pendidikan merupakan asas kemajuan negara, jadi AUKU ini perlu dimansuhkan," katanya. Kira-kira 100 penyokong daripada Solidariti Mahsiswa Malaysia (SMM), Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) turut hadir dan berhimpun secara aman diluar perkarangan mahkamah bagi memberikan sokongan moral. -FMT Ulasan GB Bersabar. Akan tiba hari kemenangan itu. ...... teringat GB masa muda-muda di ipt tempatan dulu.... |
| Kes Sosilawati: Peguam Suspek Tidak Tahu Bila Pelanggannya Akan Didakwa Posted: 28 Sep 2010 02:13 AM PDT Kes Bunuh Sosilawati: Peguam Tidak Tahu Bila Pelanggan Akan DidakwaKUALA LUMPUR: Peguam Ravi Nekoo yang mewakili dua adik beradik peguam yang ditahan berhubung pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, berkata beliau tidak tahu bila pelanggannya dan enam lagi suspek akan didakwa. "Perintah tahanan reman pelanggan saya akan berakhir hari Sabtu, jadi saya rasa mereka mungkin didakwa Jumaat ini, atau polis mungkin memutuskan untuk memohon tempoh tahanan dilanjutkan kepada majistret," katanya kepada Bernama pada Selasa. Ravi akan menulis kepada pemangku ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah, bagi membolehkan beliau dan seorang lagi peguam mempunyai akses kepada suspek kerana kedua-dua pelangggannya yang berumur 41 dan 38 tahun kini ditahan kontinjen polis negeri itu. "Setakat ini, hanya sekali polis memberikan akses kepada kami dan isteri suspek bertemu mereka. Bagaimanapun, kami mahu bertemu dengan mereka tanpa kehadiran pegawai polis," katanya. Beliau berkata berdasarkan undang-undang, peruntukan Seksyen 28A(5) Kanun Prosedur Jenayah membenarkan peguam mempunyai akses kepada pelanggannya dalam penglihatan pegawai polis, tapi bukan pendengaran. "Dalam kata lain, mereka (polis) boleh menyaksikan perbualan kami namun mereka tidak boleh mengikutinya. Kami perlukan privasi sepenuhnya dalam perkara ini, yang telah dinafikan sejak kunjungan pertama lagi," katanya. Beliau berkata, polis telah mengguna pakai Seksyen 28A(8) Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan peguam mungkin mengganggu bukti, atau mereka bimbang suspek akan melarikan diri. Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu selepas mereka dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sehingga mati, mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. "Mereka sudah pun mempunyai lebih daripada 14 hari untuk mengumpul bukti daripada suspek, maka kini berikan akses untuk kami bertemu dengan pelanggan kami," katanya yang turut meminta polis membenarkan enam lagi suspek dalam kes itu diberikan akses bertemu peguam mereka. Ravi juga berkata pada masa ini, hanya beliau dan isterinya, Pushpa Ratnam berada dalam pasukan pembelaan bagi kes itu, manakala seorang lagi peguam iaitu D.P.Vijandran belum memutuskan sama ada akan menyertai mereka atau tidak. - BERNAMA |
| Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Bekas Pengerusi Eksekutif MAS? Posted: 28 Sep 2010 01:17 AM PDT Salahuddin gesa PACC siasat kerugian MAS semasa TajuddinKUALA LUMPUR, 28 Sept — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat isu kerugian RM8 bilion MAS didakwa dialami ketika pengurusan bekas pengerusi eksekutifnya Tan Sri Tajudin Ramli. Salahuddin berkata beliau juga telah meminta jawatankuasa khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). yang beliau merupakan salah seorang anggotanya, agar siasat segera isu tersebut selepas badan antirasuah itu gagal menyiasat kes berkenaan. "Hari ini saya telah menghantar surat kepada SPRM dan PAC berhubung kerugian RM8 bilion ditanggung MAS. "Saya mahu kedua-dua agensi ini menyiasat secara terperinci mengenai perkara ini dan memanggil mereka yang terlibat termasuk Tajuddin untuk memberikan keterangan," katanya. Beliau juga menggesa suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dan menyelesaikan isu kerugian MAS. "Saya mahu suruhanjaya diraja isu ini adalah kes berprofil tinggi selain melibatkan agensi termasuk SPRM dan MAS sendiri. "Jadi saya rasa perlu suruhanjaya diraja ini ditubuhkan," katanya. Ini merupakan kali ketiga Salahuddin membuat kenyataan berhubung kerugian MAS selepas kali terakhir pada Ogos lalu. Sebelum ini Salahuddin meminta Perdana Menteri campur tangan dengan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan isu kerugian RM8 bilion yang ditanggung MAS berikutan dakwaan bahawa SPRM mendedahkan maklumat kepada pihak polis sehinggga pihak-pihak bertanggungjawab tidak didakwa lagi. Beliau berkata, berkata isu itu telah berlarutan sejak lapan tahun lalu melibatkan dua bekas perdana menteri sebelum ini, dan Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan komitmen menyelesaikan masalah ini. Laporan polis pertama terhadap Tajuddin pada 2002 kerana dipercayai menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian lebih RM8 bilion. Tajuddin menerajui MAS dari 1994 hingga 2001. Laporan kepada SPRM bertarikh Mei 2009 mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan mendakwa Tajuddin walaupun ketua CCID ketika itu Datuk Ramli Yusoff memberi jaminan pada 2007 bahawa ia ada menemui kesalahan-kesalahan yang boleh dibuktikan. Malah laporan itu mendakwa Tajuddin diberikan akses kepada rekod-rekod siasatan dan polis yang kemudian digunakan untuk dakwaan proses artibrasi. -TMI |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







.jpg)















.jpeg)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan