Rabu, 29 September 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


YB Hamidah Menghina Kaum Cina

Posted: 28 Sep 2010 09:43 PM PDT

Blog Adun UMNO Sg Rapat, YB Hamidah Osman Kata Orang Cina Celaka, Kurang Ajar

Komen: memang kaum cina sudah kurang ajar dua orang guru melayu dicemoh sedangkan Namewee disanjung ,kata nak 1 Malaysia konon boleh jalanlah........orang melayu bukannya bodoh cuma PKR dan PAS sahaja yang masih bengap

Nah..memang YB ni peniup api perkauman. Apa lagi pengundi dun Sungai Rapat terutamanya pengundi Cina yang berjumlah 7966 orang (atau 27.63% daripada 28,830 pengundi), tolaklah pemimpin perkauman ini. Jangan biarkan pemimpin yang suka mainkan isu perkauman, hidup di muka bumi Malaysia ini. Dahla sokong 2 ekor pengetua yang rasis, pastu kata cina kurang ajar. Kalau marah sangat kat Namewee, dakwalah dibawah Akta Hasutan, bukannya seperti orang bodoh, kokok sana sini kononnya cina nak pijak melayu UMNO.

Si Hamidah ni dulu menang pun dengan majoriti 636 undi. Jadi jangan biarkan pemimpin ini hidup lama lagi. Orang cina, melayu dan lain-lain perlu kuburkan dia dalam pru akan datang. Kalau biarkan si Hamidah ni hidup lama-lama dalam politik, bermakna kita menternak virus perkauman yang boleh hancurkan negara ini kelak. - atsixty

Musim Hujan & Katak Kulim Bernyanyi Kembali

Posted: 28 Sep 2010 09:01 PM PDT

"Yang BABI 'Si Firaun Besar' ini sibuk, apahal?"

Saya tengah khusyuk membaca berita fasal Si YB Katak ini memperkatakan hubungan antara Azmin dengan Datuk Seri Wan Azizah yang turut berkait rapat dengan pemilihan PKR yang bakal dilangsungkan pada November nanti. Kata YB Katak ini, Presiden PKR perlu berdamai dengan calon Timbalan Presiden, iaitu Azmin Ali demi kelangsungan hidup parti itu.

Eh! YB Katak ini sudah dipecat daripada parti itu dengan penuh kontroversi. Mengapa dia masih mahu sibuk-sibuk dengan urusan parti itu?

Tiba-tiba seorang rakan memukul bahu saya. Secepat kilat saya menoleh ke belakang. Rupa-rupanya si mamat. Katanya, "Engkau baca berita ini. Aku pelik betullah dengan 'Si Firaun Besar' ni. Yang 'Si Firaun Besar' ini sibuk, apahal?"


Saya jawab, "Katak ini memang suka menyibuk. Biarlah PKR tu nak terbalik, lingkup, bungkus, apahal dia nak sibuk-sibuk."

"Haah!" jawabnya ringkas.


Berita berkaitan:

Zulkifli nasihat Azmin, Wan Azizah berdamai


[SH] ALOR SETAR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan 'berdamai' dengan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sekiranya mahu parti itu terus bertahan.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, hubungan antara kedua-dua pemimpin PKR itu sememangnya tidak mesra sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

"Saya yakin Wan Azizah tidak akan menerima Azmin sebagai Timbalannya. Sekiranya kemenangan berpihak kepada Azmin, beliau terpaksa menerimanya atas arahan Anwar. Inilah sandiwara keluarga ini, Nurul Izzah (anak Anwar) yang juga tidak bersetuju dengan Azmin," katanya.

Menurutnya, daripada pemerhatian sejak beliau masih bersama parti itu, hubungan Azmin dengan keluarga itu seperti bermasalah. Bagaimana pun, beliau yakin masalah terbabit adalah pergeseran peribadi, bukannya berkaitan politik.

"Sebagai orang politik, Wan Azizah tidak boleh ambil kira hal pergeseran peribadi dengan Azmin. Dia sepatutnya ketepikan pergeseran lama itu dan beri tumpuan khusus pada politiknya," katanya.

Zulkifli mengulas kenyataan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim kelmarin, yang mendakwa Dr Wan Azizah terpaksa menerima pencalonan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, kerana Azmin adalah calon pilihan Anwar.

Zamil dipetik sebagai berkata, hubungan antara Wan Azizah dan Azmin tidak baik dan rahsia pergeseran mereka hanya diketahui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar, Azmin, Dr Wan Azizah, isteri Azmin, iaitu Shamsidar Taharin, Senator Ezam Mohd Nor dan sahabat lama Anwar, S Nalakarupan.

Zulkifli berkata, Dr Wan Azizah tiada pilihan selain terpaksa menerima kehadiran Azmin dengan mengetepikan masalah antara mereka, atau berundur sebagai protes.

"Wan Azizah perlu berkorban jika mahu lihat PKR terus bertahan dan kukuh dalam arena politik tanah air," katanya.

Menurutnya, Azmin dilihat sebagai calon paling layak menduduki jawatan nombor dua tertinggi PKR kerana Azmin memiliki 3K.

"Azmin seorang yang ada kesetiaan, kepimpinan dan kerahsiaan. Dia memang layak jadi Timbalan Presiden PKR. Dia juga seorang yang berjiwa Melayu dan saya percaya dia sanggup mempertahankan bangsa Melayu daripada dicerobohi pihak luar," katanya.


Sumber - dunia cacamarba

Kedah Catat Pelaburan Ke-3 Tertinggi. Apa Komen Pencacai?

Posted: 28 Sep 2010 05:18 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicsf3OdpHcbcHCU9QrNCNmhGS8WIpKnYDBvUmZqRNcG8ZTbaHZClKXsFILAcQ9hhDSygGwgExcQZQLJovg-175sQXyr3tfd_vJbfBYuR5zonZx4WQ24eqxPGrC709t_UTfod3VzWCQhF-p/s1600/2010-09-28_193051.jpg



Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kedah mencatatkan jumlah pelaburan masuk luar negeri yang tertinggi iaitu sebanyak RM1,580,619,651 ataupun RM1.58 billion. Ianya berdasarkan projek-projek yang telah mendapat kelulusan kerajaan negeri pada tahun 2009 dan bagi tempoh Januari hingga Jun bagi tahun 2010. Ia diikuti oleh Selangor sebanyak RM1,492,335,621.

Secara keseluruhan, yakni termasuk pelaburan dalam negeri, Kedah menduduki tangga ke tiga selepas Selangor dan Johor, iaitu sebanyak RM1,786,693,776 dari kesemua 14 buah negeri dalam Malaysia. Kedah yang dianggap negeri mundur oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato' Shafie Afdhal, tidaklah seteruk Sabah yang menduduki tangga ke sepuluh pada kedudukan jumlah pelaburan masuk.

Semua fakta yang dicatatkan itu dapat diakses di laman web rasmi MIDA. Ia bukan fakta yang direka-reka oleh jentera penerangan Pakatan Rakyat.

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew dan ADUN BN Guar Chempedak, Dato' Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail adalah pemimpin BN Kedah yang sangat ghairah bercakap kengenai 'kemerosotan' pelaburan masuk dalam negeri Kedah sejak Pakatan mengambil alih kerajaan. Mungkin kerana mereka ditugaskan oleh pihak BN negeri untuk menjaga isu berkaitan pelaburan.

Dengan penampilan fakta terbaru ini apakah mereka akan berhenti menyalahkan kerajaan negeri kononnya gagal menarik pelaburan asing masuk? Atau mereka akan menukar pula dakwaan bahawa itu semua adalah hasil kejayaan BN Pusat atau semua pelabur itu memulakan langkah sewaktu di zaman BN dan hanya memulakan operasi di zaman Pakatan.

Secara tradisi, BN akan terus mengaku terbabit dalam setiap pencapaian negeri yang cemerlang dan akan menyalahkan kerajaan negeri seratus peratus terhadap setiap pencapaian yang dianggap buruk. Itu fe'el semulajadi mereka. Biarkan BN terus mengaku kerana 'mengaku' adalah kerja yang sangat mudah lantaran tiada kos yang diperlukan. Cukup gigi, lidah dan kulit muka yang tebal.

Sebelum ini ketua pembangkang Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid membidas kerajaan negeri berhubung isu Perbdanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Apa yang pembangkang gambarkan ialah PKNK gagal diuruskan dengan baik di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, tiada projek baru dan hanya meneruskan projek terdahulu.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. PKNK tidak pernah rugi pun sejak Pakatan mengambil alih pada Mac 2008. Ia berdasarkan keuntungan besar yang diperolehi iaitu sebanyak RM88.78 juta. Aset yang ditinggalkan dahulu tidak pernah luak, malah bertambah menjadi RM1.84 billion.

Tahun lalu PKNK meyumbang sebanyak RM15 juta kepada kerajaan negeri untuk pelbagai projek pembangunan dan kebajikan rakyat. Pembangkang mempersoalkan pula tindakan GLC menyumbang kepada kerajaan negeri, seolah-olah ia menjadi satu kesalahan. Walhal, apa salahnya keuntungan GLC dipulangkan kepada rakyat. Bukan kepada projek-projek politik seperti yang telah saya dedahkan dalam beberapa keluaran berhubung penyelewengan GLC di zaman BN.

Memang diakui PKNK yang ditinggalkan kepada kerajaan Pakatan dahulu adalah stabil, namun kepimpinan yang ada memantap dan menyempurnakan lagi. Beberapa pembaharuan dilakukan, antaranya melaksanakan system maklumat pengurusan (MIS) berkomputer terkini selain melantik Amanah Saham Kedah sebagai pengurus dana untuk mengurus dana dan saham tersenarai milik PKNK secara lebih efisien.

Pembangkang mempersoalkan kononnya kerajaan negeri tidak menjelaskan dasar dan hala tuju pembangunan negeri sehingga menyukarkan pihak pelabur membuat keputusan. Kelemahan ketara pembangkang sebenarnya ialah mereka tidak mengikuti perkembangan yang berlaku. Di mana-mana sahaja Menteri Besar sering menekankan bahawa Kedah akan dijadikan Belanda Timur iaitu negeri pertanian terulung di Malaysia. Kedah bakal menjadi pusat pembekal makanan pertanian yang terbesar, malahan pembangunan tanah akan diberi keutamaan kepada bidang pertanian.

Penumpuan dan kesungguhan memajukan bidang pertanian telah banyak membuahkan kejayaan. Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPKSB) misalnya telah mencatat keuntungan besar iaitu sebanyak 600 peratus tahun 2009 berbanding tahun sebelum! Peningkatan keuntungan itu terlalu besar, tapi masakan ia berani dilaporkan oleh media-media primitif yang menjadi talibarut BN.

Dalam perkembangan yang lain Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berjaya melunaskan hutang tertunggak daripada baki RM21 juta kepada hanya berbaki RM8 juta sehingga 30 Jun tahun ini.

Menurut Dato' Bandar, Dato' Khazali Din, pengurangan hutang itu adalah hasil daripada usaha MBAS meningkatkan kutipan cukai pintu, selain keberkesanan kutipan tunggakan cukai pintu yang turut berkurangan daripada RM21 juta kepada RM10 juta.
Ia juga satu rekod pencapaian yang membanggakan. Terdapat juga penyokong PAS yang marah kerana kononnya kerajaan negeri bersusah payah menjelaskan hutang piutang yang ditinggalkan BN. "BN tinggalkan najis, kita pula tolong sapu," kata mereka. Mereka takut jadi macam Terengganu 2004. Lima tahun kerajaan PAS Terengganu bertungkus lumus membayar hutang yang ditinggalkan BN, senang-senang BN ambil balik Terengganu dengan hutang yang berkurangan.

Sebenarnya itulah antara amalan yang terkandung dalam prinsip demokrasi. Kerajaan pengganti bukat setakat mewarisi apa yang baik tetapi juga menanggung bebanan yang ditinggalkan. Jika kita enggan terima prinsip itu, lebih baik dari awal jangan cuba mengambil alih kerajaan.

Janganlah pula samakan Kedah dengan Terengganu 2004. Insya Allah Pakatan Rakyat akan terus berkuasa selepas pilihanraya umum ke 13, bukannya kerajaan sepengal.

Sumber - Kedahlanie

Maki Hamun Dan Mencarut Jadi Makanan Perkasa

Posted: 28 Sep 2010 09:12 AM PDT

Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.

Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar (gambar), sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.


Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

"Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum."

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

"Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya. – Bernama

Ulasan GB

Pertama: apakah demikian caranya "Melayu" bertindak? Melontarkan kata-kata kesat dan mencarut? Bagaimana kalau anda-anda yang berbangsa Melayu dicaruti semula? Islam tidak mengajar kita melampau batas sehingga mengeluarkan perkataan mencarut.

Kedua: Jikalah yang berdemo itu dari Pakatan Rakyat, belum sempat disuruh bersurai, dah pukul, dibalun, disepak, diterajang malah ditahan dan ditangkap.- Greenboc

Muhyiddin Terus Pertikai Tindakan Najib

Posted: 28 Sep 2010 05:17 AM PDT

Muhyiddin: Malaysia Lebih Untung Jika Tidak Ada Perbicaraan Anwar

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi menimbulkan keraguan mengenai tahap sokongannya kepada Datuk Seri Najib Razak apabila berkata Malaysia tentunya berupaya menarik lebih banyak pelabur jika tidak ada pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim.

"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita, Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata.

"Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini," tambah Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata kes Anwar tidak ada kena-mengena dengan kerajaan.

Muhyiddin mengulas kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia dan meminta Najib untuk campurtangan bagi memastikan keadilan untuk mantan Timbalan Perdana Menteri itu.


Kenyataan Muhyiddin itu dilihat sebagai cubaan lemah untuk mempertahankan kritikan antarabangsa dan di dalam negara terhadap Najib dalam menangani isu pendakwaan Anwar atas tuduhan liwat.

Ramai pihak menganggap tuduhan itu mempunyai motif politik, lebih-lebih lagi selepas pengadu Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa Najib dua hari sebelum membuat laporan polis.

Najib pada mulanya enggan mengaku berjumpa dengan Saiful tetapi kemudian mengubah nada selepas perjumpaan itu didedahkan dalam blog-blog dan portal berita.

Pendakwaan terhadap Anwar diteruskan walaupun pemeriksaan pakar mendapati tidak ada tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaan kononnya beliau mangsa liwat.

Peguam Anwar juga gagal mendapatkan keterangan yang diberi oleh Saiful kepada polis atau sampel bahan bukti lain untuk menyediakan pembelaan anak guam mereka.

Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan untuk menggugurkan kes itu walaupun menerima bahawa Saiful mengadakan hubungan sulit dengan pendakwaraya kes itu.

Semua ini menguatkan persepsi bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang meperalatkan polis dan badan kehakiman.

Muhyiddin sebelum ini dilihat sebagai memperlekehkan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Najib apabila berkata beliau menganggap dirinya berjiwa Melayu lebih daripada anak Malaysia.

Jangan Takutkan Dan Bodohkan Orang Kampung

Posted: 28 Sep 2010 02:01 AM PDT

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.


Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.

Kapak Batu

Tiada ulasan: