ANAK SENGAT |
- Hanya yang BODOH mampu ketawa
- Betulkan langkah ke Putrajaya
- TAIK JUDI MARAH JUDI...GELIIII....
- Isu Wang Judi Umno Terlupa Dia Bapa Judi
| Posted: 28 Sep 2010 10:04 PM PDT Takziah buat keluarga ADUN Galas yang menmui penciptanya di saat istiqamah meneruskan perjuangan. Perjuangan bukan mudah namun kejayaan mati dalam perjuangan adalah satu kemenangn besar untuk seorang pejuang. Bagi yang berjuang untuk jahiliyyah dan mati dalam jahiliyyah ..hampir pasti neraka adalah rumah terakhir mereka. Mereka berbangga dan rasa gah didunia namun akan dihina di akhirat .tengok saja padaNamrud dan Firaun.Tengok saje Mustafa Kamal Attartuk…. Penghujung kematian penuh kehinaan. umNO mungkin berseronok dengan kematian ini namun umNO Kelantan tentu bimbang untuk menguji sekali lagi kekuatan mereka… Ada yang suka…?? Tentu hanya blogger umNO yang bodoh dan bangang mampu ketawa…sebelum pemimpin mereka menangis meratapi kekalahan sekali lagi. Allah pasti membantu pejuangnya apatah lagi Kelantan kini diterajui Ulama dan Umara yang seiringan dengan keredhoan Allah |
| Posted: 28 Sep 2010 10:03 PM PDT Pemilihan PKR kini menjadi tumpuan. Kekalutan yang diperbesarkan dan beberapa keputusan di peringkat cabang sangat mengejutkan dan diluar dugaan. Antara yang menarik ilah kekalahan beberapa calon peringkat tertinggi. Ia merupakan isyrat awal walaupun bukan pemutus kepada pemilihan nanti. Sedikit sebanyak ianya member kesan kepada calon bertanding. Kekalahan calon Timbalan Presiden yang juga pengerusi Perhubungan Perak Mustafa Kamil ayub wajar dilihat dari pelbagai sudut. Apakah kekalahan itu sebagai satu penolakan terhadapkepimpinan beliau oleh cabangnya yang tentu lebih mengenali kepimpinan beliau atau ada satu usaha di belakang yang diatur dengan terancang. Walaupun JK Disiplin tidak menerima aduan politik wang, namun sewajarnya ia bukan satu keputusan hakiki. Siapakah calon dan latar belakang calon yang tidak dikenali itu. Apakah ianya memang calon pilihan atau ada tangan ghaib di belakang yang mencaturnya. Saya tidak pasti nasib Khalid Ibrahim yang juga ada pencabarnya. Begitu juga beberapa calon lain. Dalam politik segalanya boleh berlaku. Kekalahan MP Teluk Kemang juga sedikit mengejutkan kerana beliau adalah orang bertanggungjawab mengumpulkan MP PKR dan membuat peristiharan terbuka untuk Azmin Ali. Kekalahan ini membuat beliau membuat kenyataan seperti merajuk. Kita sangat yakin dalam pemilihan peringkat Pusat tentu pelbagai keadaan dan kekalutan boleh berlaku. Apapun itu hanya berlaku jika pimpinan pusat hari ini menganggap ianya perkara kecil. Menyapu masalah di bawah permaidani bukan contoh yang baik. Kita boleh sahja secara mudah menunding jari bahawa ianya adalah kerja musuh terutama umNO yang menjalar di akar umbi PKR. Tiada peliknya kerana sememangnya masih ramai penyokong PKR yang berjiwa umNO kerana tidak merasai aspirasi perjuangan PKR sendiri. Namun suatu tindakan drastic perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan dan kejutan yang lebih besar yang memungkinkan PKR terdedah kepada musuh yang bertapak di peringkat atsan atau sekurang kurangnya umNO Berjaya memenangkan calon yang tidak berkemampuan memimpin PKR. PKR masih belum terlambat…. Atas nama demokrasi barat tanpa disadur oleh Islam…segalanya terdedah kepada manipulasi dn penguasaan musuh… semoga PKR dapat menempuh ujian awal sebagai persediaan ke Putrajaya tanp memikul beban seperti Jamaludin Radzi dan osman jailu. |
| TAIK JUDI MARAH JUDI...GELIIII.... Posted: 28 Sep 2010 02:43 AM PDT UMNO hang toksah nak kalut kat Penang la.. Terutama MERICAN geng.. Hang bukan MELAYU pun... Darah MELAYU Tak sampai SESUDU pun dalam BADAN tapi sembang ngalah MELAYU PARPU... Aku bukan apa.. Kesian Kat LGE tu... Kiri Kanan kena.. Tapi aku pikir2 balik Memang BODO sungguh UMNO pasai kene KUDA oleh GERAKAN... Aku bagi soklan korang jawab... Kenapa Geng2 Merican tu sebuk cube nak jatuhkan PR Pulau Pinang pasai apa? Aku berani JAMIN lah.. Kalau UMNGOK ngan susah payah telan dosa berganda-ganda kemudian berjaya jatuhkan PR Pulau Pinang pun korang jangan HARAP UMNO dapat kuasa kat sana... Aku jamin Kerusi KETUA MENTERI kat PENANG kembali kepada KohSooKoon GERAKAN.. Tapi Gerakan rilek jer.. Mereka diam jer, biarkan UMNGOK dok tabur FITNAH... Kahkahkah Ikut sangat lah GERAKAN jadiklah BALACI depa tu... hahaha Terbaru MERICAN Gang Kalut pasai Hasil JUDI yang di ber pada orang PENANG oleh LGE... Walaupun LGE kata dia asingkan TV-TV Pencacai tetap nak mainkan perkara ini... Lantak koranglah korang tanggung lah DOSA, Aku tak masuk CAMPUR.. Tapi kali nih sape lak nak mengia atau menidakan gambar-gambar yang aku cilok kat bawah nih...? PERTAMA Zaman MADER KEDUA ZAMAN PAKLAH KETIGA ZAMAN NAJIB SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim |
| Isu Wang Judi Umno Terlupa Dia Bapa Judi Posted: 28 Sep 2010 01:13 AM PDT Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu. Bagaimanapun, YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi. Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka. PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010. PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad. Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa "bapa judi" ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi. PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi. Kebiasaannya suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat, contohnya judi halal kalau yang buat itu ialah Kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN. Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC YB Kamalanathan ahli parlimen Hulu Selangor. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
| You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan