Kelab Greenboc |
- Songkok Tinggi-tinggi, Bodoh Bertingkat-tingkat!
- Betul-betul Punya Kecoh: Ada Dalang Yang Bikin Kecoh Dalam Pemilihan PKR
- Tayangan "Kecoh Betul" Di Pemilihan PKR. Xavier Menang Di Kota Raja.
- Masa "Tun M" Sudah Berlalu
- Mercu Tanda PAS Pasir Gudang
- Kes Sosilawati: Bomba Digunakan Pam Air Dari Lubang Kubur
- PKR Perlu Cepat. Kita Kesuntukan Masa.
- Kalah Di Tangan Ravi, Kamarul Bahrin Ingin Berundur
- Lim Chong Wei Kalahkan Lin Dan Di Terbuka Jepun
- "Pengurus kempen" Azmin, Kamarul Dan Elizabeth Wong Kecundang
- KSN Diberi katadua Oleh Pemuda MIC Supaya Bertindak Keatas Pengetua Rasis
- Pingat "Datuk" Boleh Dibeli. Tiada Pendaftaran Pengesahan Ketulenan.
| Songkok Tinggi-tinggi, Bodoh Bertingkat-tingkat! Posted: 27 Sep 2010 12:40 AM PDT Muhyiddin Minta Guan Eng Jawab Dakwaan Pemuda UMNOMUAR, 25 Sept - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda UMNO mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda UMNO. "Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelonjakan Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar, Pagoh dekat sini pada Sabtu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang. Muhyiddin ditanya mengenai pendedahan sepucuk surat oleh Pemuda UMNO dalam akhbar pada Sabtu yang membuktikan kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. -BERNAMA Ulasan GB Jawapan oleh bagindareformasi menarik: GAMBAR BUKTI UMNO GUNA DUIT HASIL JUDI UNTUK SEDEKAH! UMNO ang toksah nak kalut kat Penang la.. Terutama MERICAN geng.. Hang bukan MELAYU pun... Darah MELAYU Tak sampai SESUDU pun dalam BADAN tapi sembang ngalah MELAYU PARPU... Aku bukan apa.. Kesian Kat LGE tu... Kiri Kanan kena.. Tapi aku pikir2 balik Memang BODO sungguh UMNO pasai kene KUDA oleh GERAKAN... Aku bagi soklan korang jawab... Kenapa Geng2 Merican tu sebuk cube nak jatuhkan PR Pulau Pinang pasai apa? Aku berani JAMIN lah.. Kalau UMNGOK ngan susah payah telan dosa berganda-ganda kemudian berjaya jatuhkan PR Pulau Pinang pun korang jangan HARAP UMNO dapat kuasa kat sana... Aku jamin Kerusi KETUA MENTERI kat PENANG kembali kepada KohSooKoon GERAKAN.. Tapi Gerakan rilek jer.. Mereka diam jer, biarkan UMNGOK dok tabur FITNAH... Kahkahkah Ikut sangat lah GERAKAN jadiklah BALACI depa tu... hahaha Terbaru MERICAN Gang Kalut pasai Hasil JUDI yang di ber pada orang PENANG oleh LGE... Walaupun LGE kata dia asingkan TV-TV Pencacai tetap nak mainkan perkara ini... Lantak koranglah korang tanggung lah DOSA, Aku tak masuk CAMPUR.. Tapi kali nih sape lak nak mengia atau menidakan gambar-gambar yang aku cilok kat bawah nih...? ![]() PERTAMA Zaman MADER ![]() KEDUA ZAMAN PAKLAH ![]() KETIGA ZAMAN NAJIB ![]() SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim klik kasik besar berite di atas dari the STAR ![]() KAHKAHKAH ini baru serba sedikit sebenar nya BANYAK NAK MAMPUS UMNO dok terima DUIT HASIL SYARIKAT-SYARIKAT HARAM (HALAL KAT MESIA) untuk buat MESJID, BUAT HOSPITAL paling banyak BUAT JALAN RAYA Sebab TU banyak EXIDENT JALAN KAT MESIA nih... Kalau BODOH Jangan TUNJUK kat orang.. ORANG GELAK JER..!! p.s AMIK DUIT PETRONAS (YANG SEBENARNYE DUIT KITE SEMUA sebab minyak bukan hak kerajaan tapi hak kite semua) dan kemudian tak bagi kat kite, kaut semua buat itu buat ini masuk kocek sendiri bagi BINI belanja luar negara SEMUA TU ADALAH HARAM!!! - bagindareformasi Ini pula jawapan dari bekas Mufti Perlis. Intipatinya: penerima tak bersalah, yang menanggung dosa ialah si pemberi.
|
| Betul-betul Punya Kecoh: Ada Dalang Yang Bikin Kecoh Dalam Pemilihan PKR Posted: 26 Sep 2010 10:15 PM PDT Bukan Ahli Dalangi Kekecohan Pemilihan CabangPETALING JAYA 27 SEPT: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata ketegangan yang berlaku dalam beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan pemilihan 2010 di beberapa cabang, sebahagiannya didalangi kelompok yang bukan ahli parti. Beliau berkata, ada kumpulan dari calon tertentu menimbulkan keributan selepas menyedari kehadiran mereka sedikit berbanding pesaing, kemudian memulakan kekecohan bagi menggagalkan proses pemilihan. "Kita mendapat gambarnya dan ibu pejabat mengenal pasti identiti mereka yang bukan lagi menjadi anggota parti, malah sudah mengisytihar keluar parti," katanya. Beliau berkata demikian kepada TV Selangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang berlangsung hampir tiga jam di ibu pejabat, malam tadi. "Apakala menyedari peluang untuk menang itu tipis, maka ketika itulah dilakukan kekacauan. Biasanya dimulakan dengan menghantar beberapa orang yang dengan mudahnya melepasi kawalan kerana jumlah petugas kita yang kecil. Saifuddin berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan mengambil tindakan segera dengan menambah petugas yang mengendalikan proses pemilihan, selain turut menegur pengurusan cabang.Ahli Parlimen Machang itu berkata, pengurusan cabang perlu lebih cekap dari sudut persediaan pentadbiran, logistik, keselamatan dan lokasi yang menjadi tanggungjawab pada proses pemilihan. Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, status pemilihan bagi cabang yang berlaku bermasalah akan ditentukan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat, tidak lama lagi. "Sama ada mereka akan mengadakan mesyuarat sebelum kongres, atau sebelum pengundian MPP (Majlis Pimpinan Pusat) atau pun selepas Kongres. Buat masa ini, kami belum mengadakan pertemuan," katanya. -TVS Ulasan GB GB merasakan kenyataan Setiausaha Agong PKR ada benarnya. Beliau berkata, ada kumpulan dari calon tertentu menimbulkan keributan selepas menyedari kehadiran mereka sedikit berbanding pesaing, kemudian memulakan kekecohan bagi menggagalkan proses pemilihan. Kita ambil satu contoh misalnya di Kota Raja. Cabang Kota Raja menyaksikan ketuanya Dr A Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, berhadapan dengan saingan S Kottappan dan M Telaiamblam. Keputusan yang diperoleh pagi ini menunjukkan menunjukkan Xavier memenangi persaingan tiga penjuru dengan memperoleh 883 undi manakala Kottappan 145 undi dan Telaiamblam pula mendapat 138 undi. Jelas di situ Xavier memenangi persaingan tersebut dengan undi yang banyak. Saifuddin menyatakan pengurusan cabang perlu lebih cekap dari sudut persediaan pentadbiran, logistik, keselamatan dan lokasi yang menjadi tanggungjawab pada proses pemilihan. Ini bertepatan dengan apa yang GB ulaskan sebelum ini. Petikan: Perlu ada sikap tanggungjawab di kalangan pemimpin parti serta peningkatan mutu pengurusan di peringkat cabang supaya hal-hal yang hodoh di dalam pemilihan kali ini tidak berulang. |
| Tayangan "Kecoh Betul" Di Pemilihan PKR. Xavier Menang Di Kota Raja. Posted: 26 Sep 2010 08:45 PM PDT Mesyuarat cabang Klang ditangguhkan ekoran kekecohan yang tercetus disebabkan rasa tidak puas hati dengan proses pengundian.Gambar: Kertas undi pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Selangor dibuang di atas jalan oleh sekumpulan ahli selepas berlaku kekecohan berikutan tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan cabang itu. Keadaan berpunca apabila kira-kira 3,000 daripada 6,000 ahli PKR hadir untuk mengundi di Pandamaran, semalam. Gambar: BH "Tiga calon ketua cabang mengusulkan agar pemilihan ditangguhkan, dan kemudian apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengawas, maka ada yang rampas peti undi dan pecah pintu," kata ketua cabangnya Suhaimi Mohd Nor. Kata beliau, kekecohan timbul kira-kira pukul 3 petang, dua jam sebelum proses pengundian dijadual untuk berakhir. "Kehadiran ahli adalah di luar jangkaan. Jawatankuasa pemilihan menyediakan sebanyak 2,000 kertas undi iaitu sekitar 30 peratus daripada jumlah ahli. "Tetapi yang hadir 50 peratus dan jawatankuasa pemilihan menyediakan kertas undi yang dibuat salinan foto."Ia sepatutnya boleh diterima, tetapi malangnya ada calon yang menolak dan membantah penggunaan kertas salinan foto ini ketika pengundian sedang berlangsung," kata beliau lagi. Jawatan ketua cabang itu ditandingi oleh Suhaimi, P. Krishnasamy, Mohd Fuzi Abd Ranee, Sheikh Ahmad Sheikh Sadarudin dan Yew Boon Lye. Mesyuarat dan pemilihan cabang Kuala Langat juga ditangguhkan atas masalah yang sama. Ketua cabangnya, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata sekumpulan pihak, dipercayai calon yang merasakan akan kalah mencetuskan kekecohan sehingga cuba merampas kertas-kertas undi dan peti undi. "Ini dilakukan oleh mereka yang merasakan sudah rasakan kekalahan," kata beliau yang mendakwa cabangnya mempunyai 8,000 ahli. "Apabila wujud kekecohan sampai peti undi hendak dipecahkan, kami tiada pilihan terpaksa menangguhkan mesyuarat dan pemilihan," kata beliau ketika dihubungi malam ini. Abdullah Sani berkata, ada pihak yang cuba menyerang pegawai pengawas yang mengendalikan pemilihan di cabang itu. Beliau dicabar oleh Bastani Dahlan, David Cheong Kian Young, Mohd Shukor Haris dan Norazmi Mohamed Tahir. Dalam pada itu, Xavier ketika dihubungi lewat malam ini berkata, kesemua 18 peti undi telah dibawa ke ibu pejabat PKR dan sedang dikira. "Proses pengiraan dijangka habis pagi nanti," kata beliau sambil menambah. penyokong-penyokongnya terpaksa melindungi peti undi daripada dirosakkan dan kertas undi dikoyakkan oleh seorang calon yang menentangnya. "Saya tidak melihat apa-apa kesalahan di pihak penyokong saya dalam melindungi peti undi dan kertas daripada dirosakkan," kata Exco Kerajaan Negeri ini sekitar 11.30 malam tadi. Undi mula dikira di Dewan MPSA Bukit Naga bermula pukul 7.20 petang tadi selepas proses pengundian dijalankan dengan baik pada pukul 5.40 petang. Wakil rakyat itu menambah beliau menjangkakan pemilihan dapat dijalankan dengan baik dan tenang manakala semua yang bertanding akan kembali bersatu selepas pemilihan untuk menghadapi pilihan raya umum. "Tetapi yang ini berlaku sebaliknya, dan saya sungguh kecewa dengan apa yang disaksikan hari ini," kata beliau yang berada di ibu pejabat parti di Petaling Jaya semasa dihubungi. Polis dan anggota Rela digunakan untuk meredakan suasana di Kota Raja. Di Subang, Sivarasa berhadapan dengan persaingan lima penjuru iaitu Datuk Shawal Salim, Muhammad Najmi Samsudin, Shahrum Kazindin dan P Voolaganathan. Sivarasa juga Ahli Parlimen Subang. Satu lagi cabang yang dilihat untuk diperhatikan ialah Kota Raja di mana Ketuanya Dr A. Xavier Jayakumar, berhadapan dengan S. Kottappan dan M. Telaiamblam. Dr Xavier adalah ADUN Sri Andalas dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ada laporan yang belum disahkan mengenai pertengkaran berlaku di Kota Raja di mana Dr Xavier Jayakumar mempertahankan jawatannya. Di Kapar, jawatan ketua cabang ditandingi oleh Mohd Bakir Abd Wahab, Abdul Rahman Ibrahim, Azizi Ayob, Mohd Miftahhudin Abdullah, Mohd Ruzaini Mohd Sani dan Khiaarul Anuar Othman. Mesyuarat itu ditangguhkan ekoran kekecohan disebabkan oleh kehadiran ahli yang terlalu ramai berbanding lokasi pemilihan yang sempit di dewan serba guna Meru dan kehilangan nama calon jawatan sayap AMK dan Wanita. "Pegawai pengawas tidak dapat mengawal keadaan apabila perwakilan yang hadir mencetuskan kekecohan, tetapi tiada insiden kerusi terbang di cabang Kapar," kata Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam. TERKINI. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melakar sejarah dengan mengadakan pemilihan langsung buat julung kali, mencatatkan satu lagi rekod — pengiraan undi salah satu cabang yang dilihat panas — Kota Raja di Selangor — berlarutan sehingga pagi ini lapr The Malaysian Insider. Maklumat yang diperoleh sekitar 7 pagi tadi menunjukkan undi masih dikira. Ia seolah-olah menggambarkan berulangnya sejarah pengiraan undi kerusi sehingga membawa sehingga tengah hari keesokan hari di Lembah Klang sedekad lalu. Pengiraan dijalankan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, bermula lewat malam tadi, selepas proses mengira undi di Bukit Naga lewat petang tadi berakhir dengan kekecohan dan tindakan rampas kertas undi dan peti undi. Sebanyak 18 peti undi dibawa ke ibu pejabat PKR untuk dikira dengan kawalan polis. Cabang Kota Raja menyaksikan ketuanya Dr A Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, berhadapan dengan saingan S Kottappan dan M Telaiamblam. Keputusan tidak rasmi yang diperoleh pagi ini menunjukkan menunjukkan Xavier memenangi persaingan tiga penjuru dengan memperoleh 883 undi manakala Kottappan 145 undi dan Telaiamblam pula mendapat 138 undi. Undi rosak dikatakan dalam lingkungan 30. Pengiraan undi jawatan ketua cabang siap dikira pukul pukul 5.30 pagi tadi. Difahamkan setakat pukul 7.40 pagi ini undi bagi jawatan ketua Wanita masih dikira. "Keputusan ketua cabang dan ketua AMK sudah diketahui, tetapi undi bagi sayap Wanita masih dikira," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Kerusi ketua AMK dimenangi oleh Azmizam Zaman Huri. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka akan mengadakan sidang media pukul 10 pagi ini untuk memperjelaskan perkembangan semalam, yang dilihat sebagai paling buruk dan memalukan parti itu. Kota Raja merupakan salah satu daripada, sekurang-kurangnya enam cabang yang berhadapan dengan insiden kecoh sehingga menyebabkan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan terpaksa ditangguhkan dan dipertikaikan. Cabang-cabang lain ialah Klang, Kapar, Kuala Langat dan Subang. Beberapa cabang dari negeri-negeri lain juga dilaporkan bermasalah termasuk cabang Parit Sulong. Cabang-cabang PKR memulakan mesyuarat masing-masing pada 17 September lalu dan akan berakhir 3 Oktober ini sebelum meneruskan proses pemilihan mulai tengah bulan depan. Setakat semalam sekitar 130 cabang telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan masing yang turut membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan pusat. |
| Posted: 26 Sep 2010 07:54 PM PDT Pas mempersoalkan tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat kini keterlaluan dalam memperjuangkan bangsa Melayu yang sebelum ini tidak menjadi perhatian di bawah pentadbirannya.Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, peluang yang diberikan rakyat kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri gagal di manfaatkan sepenuhnya untuk membela bangsa Melayu. "Kenapa Tun bercakap soal Melayu sedangkan beliau diberikan masa yang cukup lama untuk membela orang Melayu, jika apa berlaku kini (akan kurangkan kuasa Melayu) adalah berpunca daripada dasar yang dibawa beliau sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang sedih dengan keadaan orang Melayu kerana mereka tidak sedar mengenai ancaman yang dihadapi masa kini. Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu itu adalah berpunca daripada segelintir individu yang gilakan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri. Dalam pada itu, Abd Fatah yang juga Timbalan Exco Kerajaan Negeri berkata, isu Melayu yang dibangkit oleh Tun Dr Mahathir tidak menguntungkan UMNO yang mahu menjaga rakan parti komponen Barisan Nasional (BN). "Kita tidak tahu sejauh mana isu bangsa mempengaruhi orang Melayu dalam pilihan raya nanti, tetapi UMNO dan BN mungkin mengambil perhatian kerana mereka juga mahu menarik undi dari masyarakat lain. "Apa yang jelas, isu bangsa tidak seharusnya menjadi modal mana-mana badan atau parti untuk berpolitik, ia sudah tidak relevan dan rakyat juga menyedari perkara ini," katanya. -SH Ulasan GB GB dah ulas panjang mengenai TDM ini di SINI |
| Posted: 26 Sep 2010 06:00 PM PDT Jumaat 24 September 2010 bertempat di Taman Mawar Pasir Gudang bersempena dengan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pasir Gudang satu majlis perasmian Bangunan PAS Pasir Gudang telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang Bangunan setinggi tiga tingkat ini dibeli dengan harga RM 270,000 hasil sumbangan dari penyokong-penyokong dan dermawan yang cintakan Islam dan PAS. Bangunan ini menempatkan dewan kuliah dan mesyuarat, juga terdapatnya Pusat Aduan Rakyat yang diseliakan oleh En Syed Othman yang pernah beberapa kali menjadi calon PAS bertanding di Dun Permas dan dibawahnya adalah ruang perniagaan restoran yang disewakan sebagai dana ekonomi PAS Pasir Gudang. Yb Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian telah dijemput untuk merasmikan bangunan PAS Pasir Gudang sekaligus menjadi batu asas dan mercu tanda di Pasir Gudang betapa PAS kini semakin kehadapan dalam menempuh dan memenuhi impian dan mimpi soleh dalam harapan untuk menawan Nusajaya dan Putrajaya. Apapun tahniah kepada PAS Pasir Gudang, AllahuAkbar! -pasjohorbahru |
| Kes Sosilawati: Bomba Digunakan Pam Air Dari Lubang Kubur Posted: 26 Sep 2010 04:02 PM PDT Sebuah jentera bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air yang bertakung dalam dua lubang besar di Ladang Gadong, semalam yang dipercayai kubur seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.Jentera bomba mula memasuki kawasan ladang terbabit kira-kira jam 10.30 pagi disusuli beberapa kenderaan polis termasuk dari Unit Forensik, selain van membawa empat suspek dipercayai pekerja ladang itu, 15 minit kemudian. Mohd Shafik dan rakannya yang berasal dari Taiping, Perak dilaporkan hiang sejak 5 April lalu dan gagal ditemui hingga kini. Mereka sebelum itu dikatakan datang ke sini untuk bertemu dengan seorang peguam yang kini menjadi suspek utama pembunuhan Sosilawati. Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh daripada suspek sendiri. Pada kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebuah jengkaut dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan dipercayai untuk menggali kedua-dua lokasi yang sudah ditanda polis. Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan menghampiri kawasan terbabit selepas pita kuning dipasang oleh polis kira-kira 300 meter dari pintu masuk ladang milik suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu. Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, mereka ke lokasi terbabit selepas polis meminta bantuan bagi menyedut keluar air sungai yang memenuhi lubang berkenaan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun jurucakap itu enggan mengulas lanjut dan meminta kumpulan media supaya berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat terperinci. Kerja mengorek kubur berkenaan dijangka diteruskan hingga malam tadi bagi mencari bukti kemungkinan mayat mangsa suspek ditanam dalam kubur itu. Seorang lagi individu yang hilang dan turut dikatakan menjadi mangsa pembunuhan suspek bekerjaya peguam itu seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34. Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu suspek berkaitan urusan perniagaan. Sementara itu, isteri mendiang yang membatalkan perjalanan pulang ke Ramapuram, India semalam, S Usharani, 24, dilihat sekali lagi memasuki Ibu Pejabat Daerah (IPPD) Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi dan keluar 45 minit kemudian. |
| PKR Perlu Cepat. Kita Kesuntukan Masa. Posted: 26 Sep 2010 03:30 PM PDT Pemilihan cabang: Ahad penuh kecoh, malukan buat PKRKUALA LUMPUR, 26 Sept — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan pemilihan menggunakan sistem secara langsung, menyaksikan situasi paling buruk hari ini — kali pertama sejak bermulanya mesyuarat agung tahunan cabang minggu lalu dengan pemilihan enam bahagian digantung dan dipertikaikan. Lima daripada bahagian itu melibatkan negeri Selangor iaitu Klang, Kapar, Kuala Langat, Subang dan Kota Raja. Satu lagi cabang melibatkan Parit Sulong di Johor. Di Petaling Jaya Utara, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong kalah dan mendakwa pesaingnya tidak layak bertanding tetapi namanya dibenarkan. Seorang pemimpin yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya menyifatkan perjalanan pemilihan hari ini khususnya di cabang-cabang di Selangor itu sebagai "sangat teruk" dan di luar jangkaan mereka. "Ini kali pertama kami mengadakan pemilihan langsung, yang sepatutnya ahli-ahli menunjukkan contoh kepada negara bahawa PKR mampu mengadakan pemilihan dengan tenang dan bersopan, tetapi sebaliknya berlaku," kata pemimpin dengan namanya tidak mahu didedahkan. Beliau menggambarkan bahawa pegawai-pegawai diugut dan diancam agar meneruskan pemilihan. Ia jelas merujuk kepada keadaan di cabang Subang yang pemilihannya ditangguhkan ke hari lain tetapi pegawai pengawas terpaksa mengadakan pemilihan ekoran ugutan sekumpulan ahli. Mesyuarat agung tahunan cabang itu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan kira-kira tengah hari apabila sebahagian ahli meninggalkan pusat pemilihan ekoran kelewatan mengeluarkan kertas undi baru. Kertas undi baru terpaksa dikeluarkan selepas beberapa nama calon tercicir dan dikeluarkan. Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan pemilihan Subang diteruskan selepas pegawai pengawas diugut agar meneruskan pemilihan. Pengundian diteruskan tanpa kehadiran ahli-ahli yang menyokong Naib Presiden R. Sivarasa. "Kami terpaksa adakan pemilihan di sebalik tekanan dan tegangan. Keputusan pemilihan kami serahkan kepada parti untuk putuskan kesahihan sama ada boleh diterima ataupun tidak," kata pegawai berkenaan. Sivarasa yang dihubungi berkata, "pada pandangan saya ia tidak sah kerana pegawai pengawas sudah pun memutuskan pemilihan telah ditangguhkan." "Saya tidak boleh komen sebab saya seorang calon," kata beliau ketika dihubungi sekitar 6 petang tadi. Jawatankuasa pemilihan difahamkan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi memutuskan beberapa insiden yang berlaku hari ini. Mesyuarat berlangsung sekitar 10.30 malam ini. Mesyuarat tergempar itu dipanggil juga ekoran insiden di cabang Kota Raja di mana peti-peti undi dirampas dan "dilarikan" sehingga menyebabkan anggota polis dipanggil. "Peti-peti undi dibawa ke ibu pejabat untuk tindakan lanjut. "Saya tidak pasti sama ada undi akan dikira di ibu pejabat hari ini ataupun esok, kemudian hari," kata pegawai itu lagi. Hari ini, sebanyak 34 cabang dijadual untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini. Di Selangor, lapan cabang mengadakan mesyuarat hari ini iaitu Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Langat, Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara, Subang dan Shah Alam. Di Subang, Sivarasa berhadapan dengan persaingan lima penjuru iaitu Datuk Shawal Salim, Muhammad Najmi Samsudin, Shahrum Kazindin dan P Voolaganathan. Sivarasa juga Ahli Parlimen Subang. Satu lagi cabang yang dilihat untuk diperhatikan ialah Kota Raja di mana Ketuanya Dr A. Xavier Jayakumar berhadapan dengan S. Kottappan dan M. Telaiamblam. Dr Xavier adalah Adun dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Di Kapar, jawatan ketua cabang ditandingi oleh Mohd Bakir Abd Wahab, Abdul Rahman Ibrahim, Azizi Ayob, Mohd Miftahhudin Abdullah, Mohd Ruzaini Mohd Sani dan Khiaarul Anuar Othman. Mesyuarat itu ditangguhkan ekoran kekecohan disebabkan oleh kehadiran ahli yang terlalu ramai berbanding lokasi pemilihan yang sempit di dewan serba guna Meru dan kehilangan nama calon jawatan sayap AMK dan Wanita. "Pegawai pengawas tidak dapat mengawal keadaan apabila perwakilan yang hadir mencetuskan kekecohan, tetapi tiada insiden kerusi terbang di cabang Kapar," kata Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam kepada The Malaysian Insider. Mesyuarat cabang Klang pula ditangguhkan ekoran kekecohan yang tercetus disebabkan rasa tidak puas hati dengan proses pengundian. "Tiga calon ketua cabang mengusulkan agar pemilihan ditangguhkan, dan kemudian apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengawas, maka ada yang rampas peti undi dan pecah pintu," kata ketua cabangnya Suhaimi Mohd Nor. Kata beliau, kekecohan timbul kira-kira pukul 3 petang, dua jam sebelum proses pengundian dijadual untuk berakhir. "Kehadiran ahli adalah di luar jangkaan. Jawatankuasa pemilihan menyediakan sebanyak 2,000 kertas undi iaitu sekitar 30 peratus daripada jumlah ahli. "Tetapi yang hadir 50 peratus dan jawatankuasa pemilihan menyediakan kertas undi yang dibuat salinan foto. "Ia sepatutnya boleh diterima, tetapi malangnya ada calon yang menolak dan membantah penggunaan kertas salinan foto ini ketika pengundian sedang berlangsung," kata beliau lagi. Jawatan ketua cabang itu ditandingi oleh Suhaimi, P. Krishnasamy, Mohd Fuzi Abd Ranee, Sheikh Ahmad Sheikh Sadarudin dan Yew Boon Lye. Mesyuarat dan pemilihan cabang Kuala Langat juga ditangguhkan atas masalah yang sama. Ketua cabangnya, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata sekumpulan pihak, dipercayai calon yang merasakan akan kalah mencetuskan kekecohan sehingga cuba merampas kertas-kertas undi dan peti undi. "Ini dilakukan oleh mereka yang merasakan sudah rasakan kekalahan," kata beliau yang mendakwa cabangnya mempunyai 8,000 ahli. "Apabila wujud kekecohan sampai peti undi hendak dipecahkan, kami tiada pilihan terpaksa menangguhkan mesyuarat dan pemilihan," kata beliau ketika dihubungi malam ini. Abdullah Sani berkata, ada pihak yang cuba menyerang pegawai pengawas yang mengendalikan pemilihan di cabang itu. Beliau dicabar oleh Bastani Dahlan, David Cheong Kian Young, Mohd Shukor Haris dan Norazmi Mohamed Tahir. Dalam pada itu, Xavier ketika dihubungi lewat malam ini berkata, kesemua 18 peti undi telah dibawa ke ibu pejabat PKR dan sedang dikira. "Proses pengiraan dijangka habis pagi nanti," kata beliau sambil menambah. penyokong-penyokongnya terpaksa melindungi peti undi daripada dirosakkan dan kertas undi dikoyakkan oleh seorang calon yang menentangnya. "Saya tidak melihat apa-apa kesalahan di pihak penyokong saya dalam melindungi peti undi dan kertas daripada dirosakkan," kata Exco Kerajaan Negeri ini sekitar 11.30 malam tadi. Undi mula dikira di Dewan MPSA Bukit Naga bermula pukul 7.20 petang tadi selepas proses pengundian dijalankan dengan baik pada pukul 5.40 petang. Wakil rakyat itu menambah beliau menjangkakan pemilihan dapat dijalankan dengan baik dan tenang manakala semua yang bertanding akan kembali bersatu selepas pemilihan untuk menghadapi pilihan raya umum. "Tetapi yang ini berlaku sebaliknya, dan saya sungguh kecewa dengan apa yang disaksikan hari ini," kata beliau yang berada di ibu pejabat parti di Petaling Jaya semasa dihubungi. Polis dan anggota Rela digunakan untuk meredakan suasana di Kota Raja. -TMI Ulasan GB "PKR baru berusia 2 tahun". Dan kita terima alasan tersebut yang menjadi penyebab adanya mesyuarat yang tidak terurus dengan sempurna. Tetapi kita kesuntukan masa. PKR sekalipun masih muda, ia perlu cepat memprofessionalkan dirinya sebelum rakyat jadi bosan dengan dengan pelbagai karenah yang melembabkan perjuangan. Perlu ada sikap tanggungjawab di kalangan pemimpin parti serta peningkatan mutu pengurusan di peringkat cabang supaya hal-hal yang hodoh di dalam pemilihan kali ini tidak berulang. |
| Kalah Di Tangan Ravi, Kamarul Bahrin Ingin Berundur Posted: 26 Sep 2010 08:59 AM PDT Kamarul: Ahli PKR tolak saya sebagai MPDatuk Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan. Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi. Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi. Berikut adalah kenyataan penuh Kamarul Baharin dalam facebooknya: "PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin." Ulasan GB GB telah menyatakan sebelum ini bahawa "grassroot level" itu lebih penting daripada jawatan anda di peringkat pusat. Sesiapa yang cuba untuk mempengaruhi perwakilan dengan jawatannya di peringkat pusat atau kerana ia seorang ahli parlimen, kononnya berpuloh MP menyokong sianu, sekalipun ia benar demikian, ia hanya politiking muurahan untuk membebalkan rakyat. Masalah rakyat, itu sepatutnya diutamakan. Dan rakyat memilih ADUN yang sentiasa mendengar dan membantu menyeselesaikan masalah mereka lantarannya. Malah di dalam banyak ketika, perebutan untuk mendapat jawatan yang tinggi di dalam hirarki parti akan hanya menghasilkan rasa penuh benci dan meluat rakyat, kerana bagi rakyat anda adalah seorang yang tamak kuasa, bukan seorang wakil rakyat yang berguna. Menang sorak dengan pencalonan yang banyak, menang jawatan tertinggi dalam parti belum menjamin anda bisa berjaya di dalam pilihanraya umum kerana rakyat tidak akan memilih mereka yang tidak berkualiti sebagai wakil mereka. Rakyat kini tidak lagi terpukau dengan ucapan retorika dari malam sampai ke pagi, tidak lagi terpesona dengan majlis-majlis selak papan perasmian bangunan atau penyerahan replika kunci besar untuk surau. Tetapi yang rakyat mahukan ialah pemimpin yang kuat bekerja, innovatif, kreatif, mampu merasai denyut nadi kesusahan rakyat, mengeluarkan mereka dari belenggu permasalahan yang mereka hadapi disamping menghasilkan sesuatu yang dilihat sebagai "landmark" perjuangan seseorang pemimpin tersebut. Pilihanraya yang lepas telah menghasilkan ramai wakil-wakil rakyat tangkap muat hasil dari penderitaan rakyat yang dizalimi oleh kerajaan BN. Namun, PRU yang akan datang ini adalah fasa kedua dimana kita akan menyaksikan Pakatan Rakyat, tak kira apa parti, PKR, PAS ataupun DAP, akan dibersihkan pula daripada wakil-wakil rakyat palsu ini, yang fe'elnya memualkan rakyat selama ini sebelum dihantar PR ke Putrajaya nanti. Siapa yang merencana membersihkan PR dari pemimpin palsu yang mencelakakan rakyat itu? Jawapannya: DIA! Katakanlah: 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau memberi kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (3:26) |
| Lim Chong Wei Kalahkan Lin Dan Di Terbuka Jepun Posted: 26 Sep 2010 07:15 AM PDT Chong Wei juara di Jepun kalahkan Lin DanTOKYO: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun selepas menewaskan pemain China dan musuh utamanya, Lin Dan, pada perlawanan final, sebentar tadi. Pemain pilihan utama dari Malaysia itu hanya memerlukan masa 81 minit untuk menang ke atas Lin Dan, 22-20, 16-21, 21-17. Dalam acara perseorangan wanita pula, pemain bukan pilihan yang juga juara remaja dunia 2002, Jiang Yanjiao menewaskan pemain nombor satu dunia, Wang Xin 23-21, 21-18. - AFP
![]() |
| "Pengurus kempen" Azmin, Kamarul Dan Elizabeth Wong Kecundang Posted: 26 Sep 2010 05:18 AM PDT Ahli parlimen Teluk Kemang yang juga Pengurus kempen' Azmin, Datuk Kamarul Baharin Abbas gagal merebut jawatan ketua PKR cabang berkenaan dalam pemilihan hari ini.Beliau tewas kepada pemangku jawatan tersebut, M Ravi yang juga ADUN Port Dickson. Dalam pemilihan hari ini, Ravi mendapat 279 undi. Kamarul Baharin yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mendapat 135 undi. Ravi berkata pemilihan hari ini hanya merupakan "pertandingan bersifat kekeluargaan', malaysiakini dipetik. "Saya tidak ada salahfaham dengan Datuk Kamarul... hari ini, esok dan lusa... kawan tetap kawan," katanya. Sementara itu, Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini. Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh adalah ahli PKR di cabang Petaling Jaya Selatan (PJS). Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala CC Lee mendapat 222. Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru. Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi. Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini. Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat. "Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang muktamad," lapor Malaysiakini lagi.
|
| KSN Diberi katadua Oleh Pemuda MIC Supaya Bertindak Keatas Pengetua Rasis Posted: 26 Sep 2010 03:57 AM PDT Pemuda MIC memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan agar mengambil tindakan ke atas pengetua-pengetua yang mengeluarkan kenyataan rasis termasuk dari Johor selepas timbalan perdana menteri mendakwa yang beliau tiada kuasa eksekutif untuk bertindak.Justeru, Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata, pihaknya akan menyerahkan satu memorandum berkaitan isu itu kepada Sidek, Rabu ini. Kata Mohan, jika tiada sebarang tindakan tegas daripada Sidek dalam tempoh dua minggu, pihaknya akan mengambil pendekatan susulan yang sewajarnya termasuk kemungkinan tindakan perundangan. "Dalam kes Johor, dakwaan adalah jelas dan sudah ada laporan-laporan polis, tetapi tiada tindakan sehingga kini," kata beliau ketika ditanya tujuan memorandum tersebut. Kata Mohan, pihaknya pernah membuat desakan agar dikenakan tindakan tegas sebaik isu itu didedahkan awal Ogos. Mohan menambah, selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah dan menyerahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, maka Pemuda MIC memberikan tempoh dua minggu kepada beliau mengumumkan tindakan yang diambil ke atas pengetua dari Johor. "Kami yakin akan ada tindakan tegas ke atas pengetua terbabit supaya ia menjadi pengajaran kepada pihak lain," kata beliau ketika dihubungi hari ini. "Kami mahu isu ini diselesaikan segera dan buat selama-lamanya... sama ada ada tindakan atau tidak, ia akan menjadi pengajaran kepada semua," kata Mohan. Kata beliau, Pemuda MIC mahu tindakan tegas kerana tidak mahu melihat perbuatan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur rasis di negara ini berulang lagi. "Cukuplah apa yang berlaku setakat ini, perlu ada tindakan tegas pihak berkuasa." katanya. Dalam mesej Twitter semalam, Mohan berkata, "Pemuda MIC akan menghantar memo kepada KSN pada Rabu, menuntut agar mengambil tindakan dalam dua minggu ke atas pengetua." Mesej itu dikeluarkan beberapa jam selepas berita memetik Muhyiddin keluar. Kata Mohan, siasatan ke atas pengetua dari Johor sudah lama berlarutan dan mahu isu berkenaan diselesaikan dengan segera secara muktamad. "Kami tidak mahu orang ramai tertunggu-tunggu hasil siasatan dan kemudian senyap begitu sahaja," katanya lagi. Semalam, Muhyiddin berkata sebarang tindakan tatatertib terhadap kakitangan kerajaan berjawatan tetap mestilah mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada. Selain itu, menurut beliau, setiap tuduhan juga perlu disiasat dengan teliti manakala pegawai kerajaan yang dituduh diberikan peluang seadil-adilnya untuk menjawab tuduhan terhadap mereka. "Kita mesti bersikap adil selaras dengan peruntukan Perlembagaan," katanya. Kata Muhyiddin, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap guru dan pengetua itu telah pun selesai menjalankan tugas mereka. Jawatankuasa siasatan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian. Muhyiddin berkata, dalam kes pengetua dan guru sekolah terbabit yang merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap, kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka terletak di bahu Ketua Setiausaha Negara. "Saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya," katanya. Sebelum ini, timbalan perdana menteri berkata, beliau telah pun membuat keputusan dan berharap orang ramai akan menunggu keputusan JPA. Pada 3 September lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata JPA akan membentangkan kertas siasatan berhubung seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada Lembaga Disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM). Katanya, langkah tersebut akan menentukan sama ada kertas pertuduhan akan dikeluarkan terhadap pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Dia didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan. Di Kedah, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau di Sungai Petani juga mencetuskan suasana tidak senang ekoran kenyataan berbaur perkauman. Bagaimanapun pengetua berkenaan yang didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kira-kira 10 muridnya telah memohon maaf kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Ulasan GB Sebelum ini MCA turut akan menganjurkan demo terhadap isu yang sama. Katadua MIC ini juga dilihat merupakan penampar tepat ke muka TPM. |
| Pingat "Datuk" Boleh Dibeli. Tiada Pendaftaran Pengesahan Ketulenan. Posted: 26 Sep 2010 02:30 AM PDT Sukar Kesan Gelaran Datuk Tanpa Pendaftaran NegaraPETALING JAYA: Amat mudah untuk menggunakan gelaran Datuk palsu berikutan tiada pendaftaran negara bagi mengesahkan ketulenan pengiktirafan itu. Sunday Star mendapati pelbagai sumber diperlukan untuk mengesahkan sama ada gelaran Datuk itu benar atau tidak dan Malaysia mempunyai beribu-ribu individu memegang gelaran tersebut. Baru-baru ini, salah seorang suspek utama dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dikatakan mempunyai gelaran Datuk. Bagaimanapun, berdasarkan siasatan polis di semua negeri mendapati suspek terbabit tidak dikurniakan gelaran Datuk dan dikatakan perolehan gelaran itu dibeli dengan bayaran sejumlah RM180,000. Terdapat 15 sumber berbeza berhubung gelaran Datuk seperti daripada Yang di-Pertuan Agong, negeri dan Wilayah Persekutuan. Pada masa ini, saluran utama bagi pengesahan gelaran tersebut adalah daripada setiausaha kerajaan negeri. Internet merupakan jalan paling mudah namun berdasarkan satu pemeriksaan mendedahkan maklumat yang sedia ada itu kebiasaannya tidak lengkap. Bagaimanapun, terdapat sumber utama yang boleh diperoleh daripada laman web Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor tetapi dalam sumber secara komprehensif. Terdapat satu usaha untuk mencari gelaran Datuk yang dikurniakan pada tahun 2009 tanpa merujuk kerajaan negeri namun tiada dalam senarai komprehensit itu. Sementara itu media menyiarkan senarai yang dikurniakan oleh ketua negeri namun bukan semua yang disenaraikan. Sesetengah laporan memperjelaskan kurniaan itu dengan anugerah yang diberikan serta bilangan anugerah yang diberikan tetapi bukan senarai nama penuh. Sebaliknya, dalam laporan lain pula hanya menyertakan senarai penerima. Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berkata, pangkalan data yang mudah diakses orang awam "Adalah baik sekiranya pangkalan data diselaraskan bagi mengenal pasti terdapat penipuan tetapi bukan keputusan gelaran diberikan kerana kebenaran itu melibatkan hak raja-raja negeri," katanya. Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low berkata, kebanyakan orang tidak mengetahui sama ada gelaran Datuk itu benar atau tidak. Bagi bekas Presiden Majlis Datuk Pulau Pinang, Datuk Seri Nazir Ariff, adalah sukar untuk mengesahkan kesahihan gelaran itu. "Tiada cara untuk mengesahkan mengenai apa yang diperkatakan mereka (segelintir Datuk) adalaghbenar. Kebiasaannya mereka tidak akan memaklumkan negeri mana yang memberikan pengurniaan itu," katanya. -mstar |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






.jpg)


.jpg)









Tiada ulasan:
Catat Ulasan